You are on page 1of 15

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL AKADEMIK HARAPAN

PENDAHULUAN

Murid HARAPAN adalah mereka yang mencapai keputusan akademik gagal tetapi mempunyai harapan untuk lulus. Murid kumpulan HARAPAN ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami keciciran dalam bidang akademik. Oleh itu, bagi membendung senario ini daripada berterusan, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera. Di sinilah terletaknya peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk melaksanakan proses kaunseling yang berfokuskan murid HARAPAN. Langkah-langkah tersebut meliputi aspek, motivasi diri, kemahiran belajar, bengkel latih tubi mata pelajaran dan pengukuhan atau ganjaran serta perkongsian pengalaman melalui lawatan. Program sebegini rupa memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah pihak Guru Bimbingan dan Kaunseling, pihak pentadbir, guru-guru mata pelajaran yang terlibat dan tidak ketinggalan pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

MATLAMAT

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai bilangan murid yang telah berubah prestasi akademiknya dan memperolehi kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan asrama.

OBJEKTIF

Di akhir program ini akan dapat :

3.1

Membantu sekolah mengurangkan meningkatkan prestasi murid.

3.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu murid yang terpilih secara berfokus dan bermaklumat. 3.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha membantu murid HARAPAN cemerlang dalam akademik.

SASARAN

Murid-murid yang mendapat markah di antara 30% hingga 40% berdasarkan maklumat melalui analisis peperiksaan pertengahan tahun 2013. Setiap kumpulan mengandung 8 hingga 10 orang murid.

PELAKSANAAN

Program Yakin Boleh MURID HARAPAN. Program ini terdiri daripada 6 komponen utama termasuklah ;

4.1 Membina Hubungan 4.2 Membina Matlamat 4.3 Mengenalpasti masalah 4.4 Motivasi 4.5 Kemahiran Belajar 4.6 Pengukuhan / Ganjaran

Guru Bimbingan dan Kaunseling atau pihak sekolah diberi kebebasan untuk melaksanakannya sama ada berdasarkan komponen (yang dirangkumkan beberapa modul) atau modul. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga berhak mengulang modul yang berkenaan sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak memenuhi objektif.

PENILAIAN

5.1 Instrumen Pelaksanaan Modul 5.2 Graf Prestasi Diri 5.3 Halatuju Selepas Sekolah

PENUTUP

Syukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya sehingga terhasilnya Modul Akademik HARAPAN ini. Peranan modul ini adalah untuk membina pengalaman bermakna serta membentuk kualiti akademik dalam diri murid. Matlamat jangka panjangnya, diharapkan akan dapat membina insan yang berdaya tahan dalam menghadapi segala cabaran semasa seterusnya mampu berdaya saing untuk mengharung kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang. Akhirnya, bersama-sama kita memohon kepada Tuhan, mudah-mudahan program ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada setiap murid yang terlibat.

Disediakan oleh :

(LENNY SHAFINAZ MD. YUSOFF) GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH Tarikh : 19 Jun 2013

PROSES KERJA

BIL

PROSES KERJA

TEMPOH

PERSONALIA GPK, S/U PEPERIKSAAN, GBKSM GBKSM

CATATAN

Mengesan murid berdasarkan peperiksaan Satu Minggu pertengahan tahun yang ( JUN ) lalu. Satu hari Senaraikan nama murid ( Minggu kedua JUN) Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat. Buat perjumpaan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Berfokus Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas. Menyediakan laporan keberkesanan

Seminggu GBKSM & ( Minggu ketiga Guru Kelas JUN ) Perjumpaan seminggu 2 kali GBKSM ( Jun hingga November ) Ikut keperluan Jika objektif tidak tercapai. Setiap kali selepas perjumpaan

GBKSM

Sepanjang 5 bln

GBKSM

Sepanjang 5 bln

Berbincang / bentangkan 30 minit laporan kepada pengetua ( 1 kali ) 1 minggu Dokumentasi Modul yang ( selepas dijalankan. selesai setiap modul )

GBKSM

GBKSM

AKTIVITI 1 BIDANG TAJUK OBJEKTIF : : : 1. 2. 3. 4. Akademik Ice-Breaking Siapa saya? Pada akhir aktiviti murid dapat : Mengenalpasti ciri-ciri perbezaan individu. Membandingkan potensi setiap individu. Menunjukkan kesyukuran kepada anugerah Tuhan. Menunjukkan sifat hormat kepada perbezaan individu. : 40 Minit Murid HARAPAN Kertas A4, Borang Maklumat Diri, Senarai Semak dan alat tulis LANGKAH :

MASA SASARAN

BAHAN : Peribadi Murid

1. GBKSM memberikan sekeping kertas A4 kepada setiap ahli kumpulan. 2. Semua ahli tulis nama sendiri di ruang atas sebelah kanan. 3. Edarkan kertas tadi kepada rakan-rakan mengikut pusingan jam untuk ditulis personaliti rakan masing-masing. 4. Langkah ini diulang sehinga kembali kepada tuan punya. 5. Akhirnya, GBKSM meminta setiap ahli menjelaskan apa yang mereka baca tentang pandangan orang lain terhadap dirinya. 6. Guru mengedarkan Borang Maklumat Diri dan Senarai Semak Peribadi Murid.

PENILAIAN : Murid saling kenal mengenali antara satu sama lain. RUMUSAN : Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perbezaan. FALSAFAH : Tak kenal maka tak cinta

SENARAI SEMAK PERIBADI MURID NAMA: __________________________ TINGKATAN : ______________

ARAHAN : Berikut adalah senarai masalah yang dihadapi oleh muridmurid sekolah. Baca senarai di bawah dengan teliti, kemudian bulatkan nombor masalah yang anda sendiri sedang hadapi. 1. Saya tidak memahami banyak perkara yang diajar oleh guru. 2. Minat saya untuk belajar semakin berkurangan. 3. Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan. 4. Saya rasa hendak berhenti sekolah. 5. Saya tidak suka kepada sesetengah guru yang mengajar saya. 6. Saya tidak tahu cara belajar yang berkesan. 7. Saya tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai di rumah. 8. Terlalu banyak tugasan diberi dalam beberapa mata pelajaran. 9. Saya tidak begitu minat pada buku-buku mata pelajaran. 10. Tidak dapat siapkan tugasan- tugasan pelajaran pada masa yang ditetapkan. 11. Saya rasa hidup ini sudah tidak punya erti lagi. 12. Saya rasa diri saya sudah rosak. 13. Saya pernah mengambil dadah. 14. Dunia ini terlalu kejam buat diri saya. 15. Saya sangat sensitif dan tidak tahan dimarah. 16. Saya selalu berasa rendah diri. 17. Saya rasa lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sekarang. 18. Saya tidak dapat menahan kemarahan. 19. Saya selalu berasa sedih. 20. Saya kerapkali gagal dalam kerja-kerja yang saya lakukan. 21. Keadaan keluarga saya tidak aman. 22. Saya selalu dimarahi oleh ibu atau bapa. 23. Saya selalu terkongkong oleh keluarga saya. 24. Ibu bapa langsung tidak mempedulikan saya. 25. Adik beradik saya selalu bergaduh antara satu sama lain. 26. Kadang-kadang saya rasa hendak lari dari rumah. 27. Saya telah kehilangan tempat mengadu. 28. Ibu bapa saya selalu pilih kasih.

29. Saya berasa seolah-olah tidak mempunyai keluarga. 30. Tiada kebebasan di rumah saya. 31. Saya selalu bergaduh dengan kawan. 32. Saya tidak mempunyai ramai kawan. 33. Saya sering bergaul dan terikut-ikut tingkah laku rakan yang nakal. 34. Kebanyakan rakan saya adalah yang tidak bersekolah lagi. 35. Ada rakan saya yang mula mengambil dadah. 36. Saya sukar bergaul dengan rakan lain yang berlainan jantina. 37. Saya kecewa kerana rakan rapat memutuskan hubungan dengan saya. 38. Saya takut kehilangan orang yang saya cintai. 39. Saya cemburu atau iri hati kepada orang lain. 40. Tiada seorang pun yang boleh saya mengadu masalah saya. 41. Saya rasa tidak akan dapat mencapai cita-cita saya. 42. Masa depan saya gelap. 43. Tidak tahu apa yang akan saya buat selepas tamat sekolah. 44. Saya tidak tahu cara mencari kerja. 45. Saya tidak mempunyai cita-cita yang tinggi. 46. Tidak mengetahui apa yang saya benar-benar ingini. 47. Saya takutkan masa depan. 48. Ragukan pemilihan kursus untuk persediaan pekerjaan saya. 49. Memerlukan nasihat tentang apa yang harus dibuat selepas sekolah. 50. Saya perlu tahu lebih lanjut tentang pelbagai pekerjaan. ARAHAN : Semak jawapan yang anda telah bulatkan. Sila tulis nombor masalah yang paling mengganggu anda mengikut urutan di dalam ruangan di bawah. a. [ ] b. [ ] Paling menggaggu mengganggu c. [ ] d. [ ] e. [ ] Kurang

Tandakan [ / ] pada salah satu kenyataan di bawah: Saya SANGAT PERLU berjumpa kaunselor [ Saya PERLU berjumpa dengan kaunselor [ ] Saya TIDAK PERLU berjumpa kaunselor [ ] Perkara yang ingin dibincangkan dengan kaunselor:

AKADEMIK [ SOSIAL

] [

PERIBADI [ ] KERJAYA

] [

KELUARGA [ ]

Tanda tangan : ___________________________ _________________ AKTIVITI 2

Tarikh

BIDANG TAJUK OBJEKTIF

: : :

Akademik Motivasi (Graf Kehidupan) Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Membuat analisis pengalaman hidup, susah, senang, suka dan duka. 2. Mencari kekuatan kendiri. 3. Memberi peluang berkongsi pengalaman berasaskan kejujuran dan sikap terbuka. 4. Melahirkan sikap bersyukur. 5. Menimbulkan kemesraan dan empati. 6. Menilai diri sendiri melalui cermin orang lain.

MASA SASARAN BAHAN

: :

90 minit Murid HARAPAN : Kertas A4, pen ataupun pensel bagi setiap ahli.

LANGKAH

1. Semua ahli diminta melukis graf seperti di bawah.

Perasaan

Umur

2. Plot graf dengan garisan positif dan negatif pada paksi Y bagi menggambarkan pengalaman yang menggembirakan dan mendukacitakan. 3. Setiap ahli kumpulan. diminta menjelaskan graf yang dibuat dalam

4. Beri peluang ahli membuat penjelasan. 5. Ahli lain boleh memberi maklumbalas secara bersopan. 6. Setiap ahli boleh bercakap dengan perkataan saya fikir, saya rasa atau saya minta. 7. Fasilitator mendapatkan maklum balas melalui refleksi kendiri.

PENILAIAN : Murid-murid akan cuba mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka.

RUMUSAN : Murid-murid akan menyedari akan kekuatan yang ada pada diri sendiri dan seterusnya bersyukur.

FALSAFAH : Ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

AKTIVITI 3 BIDANG TAJUK OBJEKTIF : : : Akademik Motivasi (Anjakan Diri) Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Menyedari akan pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. 2. Memahami bahawa setiap kerja yang hendak dilakukan memerlukan perancangan yang betul. 60 minit Murid HARAPAN : Bola plastik 50 biji dan bakul.

MASA SASARAN BAHAN

: :

LANGKAH : 1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Satu kumpulan diberikan 50 biji bola plastik sebagai penyerang. 3. Satu kumpulan lagi sebagai pertahanan. 4. GBKSM sebagai pengadil dan memegang bakul. 5. Kumpulan penyerang dikehendaki memasukkan bola plastik ke dalam bakul. 6. Masa yang diberikan selama 2 minit. 7. Setelah masa tamat, kumpulan pertahanan pula menjadi penyerang untuk memasukkan bola plastik ke dalam bakul. 8. Kumpulan yang dapat memasukkan bola plastik ke dalam bakul paling banyak dikira sebagai pemenang. PENILAIAN : Soal jawab dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling. RUMUSAN : Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu berusaha dan bekerjasama untuk menjadi pemenang.

FALSAFAH : Usaha tangga kejayaan

AKTIVITI 4

BIDANG TAJUK OBJEKTIF

: : :

MASA SASARAN BAHAN

: :

Akademik Pengurusan Masa Pada akhir aktiviti murid dapat:1. Mengenalpasti apa yang mereka lakukan dalam satu hari. 2. Menyenaraikan jenis aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. : 60 minit Murid HARAPAN Kertas A4, pen dan pen warna.

LANGKAH : 1. Guru Bimbingan Kaunseling meminta pelajar mengenali potensi diri dan kelemahan diri. 2. Murid menjalankan aktiviti dengan bantuan GBKSM. 3. GBKSM membantu murid mengenalpasti aktiviti harian yang dilakukan oleh murid. Cth: solat, bermain, menonton televisyen, belajar dan membuat kerja rumah. PENILAIAN : Murid mengetahui kepentingan mengurus masa dengan bijak. RUMUSAN : 1. Perlunya disiplin kendiri yang mantap dalam menentukan pengurusan masa. 2. Murid lebih peka tentang menepati masa.

FALSAFAH : Masa itu emas

AKTIVITI 5

BIDANG TAJUK OBJEKTIF

Akademik : Pengukuhan Bengkel Latih Tubi

Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Menguasai kemahiran yang ditentukan dalam mata pelajaran tertentu yang dibengkelkan. 2. Menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran.

MASA SASARAN :

60 Minit

Murid HARAPAN Buku nota, alat tulis dan keperluan mengikut mata

BAHAN : pelajaran.

LANGKAH

1. GBKSM membuat temujanji dengan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) atau Ketua Panitia untuk persediaan bahan serta menjadi fasilitator bengkel. 2. GKMP atau Ketua Panitia memberikan latih tubi kepada muridmurid dan membimbing mereka untuk menyelesaikannya. 3. Latih tubi itu boleh diulang beberapa kali sekiranya murid-murid belum dapat menguasai kemahiran yang telah disampaikan kepadanya.

PENILAIAN : Murid harus menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru mengikut mata pelajaran yang dibengkelkan.

RUMUSAN : Membuktikan kepentingan latih tubi dalam meningkatkan prestasi akademik. FALSAFAH : Sedangkan parang kalau diasah menjadi tajam, inikan pula akal manusia.

AKTIVITI 6 BIDANG TAJUK OBJEKTIF : : : Akademik Penerokaan Kerjaya (Pencarian Maklumat) Pada akhir aktiviti murid dapat:1. Menetapkan hala tuju kerjaya masa hadapan. 2. Mengumpul semua input berkaitan dengan kerjaya yang diminati. 3. Memberi penekanan yang khusus dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan kerjaya mereka di masa hadapan. 40 minit Murid HARAPAN : Komputer di makmal ICT sekolah

MASA SASARAN BAHAN

: :

LANGKAH : 1. Setiap murid diminta menyatakan cita-cita mereka. 2. GBKSM memberi edaran kepada murid dan memberi penerangan tentang tugasan. 3. Murid diminta menyelesaikan tugasan berdasarkan edaran yang diberi. 4. Murid perlu mencetak hasil yang dicari untuk pembentangan pada ahli kumpulan. PENILAIAN : Murid mengetahui maklumat kerjaya yang mereka minati dengan lebih mendalam.

RUMUSAN : Murid jelas tentang bidang kerjaya yang dipilih dengan aplikasi ICT. FALSAFAH : Penerokaan ilmu di hujung jari.

Nama Tingkatan Tarikh

: _______________________________ : _______________________________ : _______________________________

Kerjaya yang dipilih:

1. Pengenalan kerjaya yang dipilih. 2. Bidang tugas kerjaya yang dipilih. 3. Ciri-ciri personalitI kerjaya yang dipilih. 4. Syarat dan kelayakan kerjaya yang dipilih. 5. Institusi yang menawarkan bidang yang dipilih. 6. Prospek kerjaya yang dipilih.

Tandatangan : ______________________________

Disemak oleh : ______________________________