You are on page 1of 13

PRAKTIKAL 4: MIKROSKOP DAN TELESKOP Pengenalan: Pemerhati dapat melihat suatu objek apabila imej yang dihasikan oleh

kanta mata jatuh pada retina. Saiz imej yang dilihat berkadar terus dengan sudut penglihatan. Sudut penglihatan ialah sudut yang dicakup oleh objek dan imej pada mata. Mata manusia yang normal adalah terhad bidang penglihatannya iaitu tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh, dekat ataupun kecil. Oleh itu alat-alat optik seperti teleskop dan mikroskop digunakan untuk membesarkan sudut penglihatan. Jarak terdekat untuk penglihatan jelas manusia ialah 25 cm. Hal ini kerana, kanta cembung boleh berubahubah ciri imejnya, Maka kebanyakan alat-alat optik menggunakan kanta cembung. Untuk mengkaji alat-alat optik kita mesti mengetahui kegunaan, struktur, pelarasan normal, rajah sinar dan ciri imej terakhir. Teleskop dan mikroskop dapat memperluaskan bidang penglihatan dengan menambahkan sudut penglihatan mata dan menghasilkan imej maya yang besar. Teleskop terdiri daripada dua kanta penumpu iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif terletak di bahagian depan objek sementara kanta mata di bahagian belakang kanta objektif. Kanta objektif adalah kanta yang berjarak fokus panjang, sementara kanta mata adalah kanta berjarak fokus pendek (f0 >fm). Sinar cahaya yang selari dari objek di infiniti difokuskan oleh kanta objektif. Imej I yang dibentuk adalah sahih, tertonggeng dan mengecil.

Rajah 1 : Teleskop

Imej I juga terletak pada titik fokus kanta mata dan bertindak sebagai objek bagi kanta mata. Oleh sebab imej I terletak pada titik fokus kanan mata, imej akhir yang terbentuk adalah bersifat maya, tersongsang, membesar, berada di infiniti. Pembesaran yang tinggi dapat diperolehi dengan menambahkan kuasa kanta mata dan merendahkan kuasa kanta objektif. Jumlah jarak di antara kanta objektif dan kanta mata adalah sama dengan (f0+fe). Imej akan kelihatan lebih terang sekiranya diameter kanta objektif dibesarkan kerana lebih banyak cahaya akan dibenarkan masuk ke dalam teleskop. Bagi mikroskop majmuk pula kuasa yang terletak di depan objek ialah kanta objektif sementara kanta yang terletak di belakang kanta objektif ialah kanta mata. Jarak fokus kanta mata yang digunakan dalam mikroskop adalah lebih panjang daripada jarak fokus kanta objektif (fm>fo). Objek yang hendak dikaji diletakkan di depan kanta objek di antara Fo dan 2F0. Sekarang imej II bertindak sebagai objek kepada kanta mata. Kedudukan kanta mata diubahsuai supaya imej II berada pada jarak yang kurang daripada jarak fokusnya. Oleh sebab imej II, berada pada jarak kurang daripada jarak fokus kanta mata,ciri-ciri imej terakhir yang terbentuk ialah maya, tertonggeng dan lebih besar dari objek. Jumlah jarak di antara kanta objektif dan kanta mata adalah lebih daripada (f0+fm). Mikroskop membesarkan satu objek dengan membesarkan sudut penglihatan pada mata pemerhati ( m/0).

Rajah 2 : Mikroskop Majmuk

Tajuk : Mikroskop dan Teleskop Objektif : Untuk membina teleskop dan mikroskop Bahan dan radas : 1. Pemegang kanta 2. Pembaris meter 3. Lampu suluh 4. Plastisin 5. Kanta cembung (+ 2.5 D, +7 D, +14 D, +20 D) Aktiviti 1 : Mencari jarak fokus bagi kanta cembung Prosedur : 1. Kanta diletakkan ke arah tingkap dan sekeping kertas dipegang di belakang kanta. Kertas tersebut digerakkan ke hadapan dan belakang bagi membentuk satu imej seperti pokok di atas kertas. 2. Ciri-ciri imej yang terbentuk direkodkan. 3. Jarak fokus iaitu jarak antara kanta dan imej diukur dan dicatatkan. Langkah ini telah diulang untuk beberapa kanta cembung yang lain. 4. Satu gambar rajah sinar yang menunjukkan bagaimana imej terbentuk untuk kanta cembung bagi objek yang jauh telah dibina. Keputusan : Bagi mikroskop majmuk jarak fokus kanta objektif lebih pendek daripada jarak fokus kanta mata (fo<fe). bagi mikroskop dua kanta cembung yang berkuasa tinggi digunakan iaitu kanta mata dan kanta objektif jarak fokusnya adalah daripada 5.0cm sehingga 10.0cm. Bagi teleskop pula dua kanta cembung digunakan iaitu kanta mata dan kanta

objektif yang satu adalah berkuasa rendah dan yang satu pula adalah kuasa tinggi. Kanta objektif adalah perlu berkuasa rendah yang mempunyai jarak fokus yang panjang manakala kanta mata pula perlu berkuasa tinggi dan mempunyai jarak fokus yang pendek (fo>fe).

Rajah 3 : Mencari jarak fokus bagi kanta Cembung

Aktiviti 2 : Membina sebuah teleskop Prosedur : 1. Beberapa kanta cembung yang berbeza jarak fokus digunakan bagi membina sebuah teleskop dengan mendapatkan imej bagi satu objek yang jauh. 2. Ciri-ciri imej yang terbentuk telah direkodkan. 3. Set up bagi teleskop ditunjukkan dalam gambar rajah sinar di bawah.

Rajah 4 : Set Up Bagi Teleskop

4. Bagaimana imej dapat dilihat diterangkan.

Rajah 5 : Imej Yang Terbentuk Daripada Teleskop

Keputusan :

Rajah

Panjang objek ,

fokus (cm)

kanta 10

15

15

20

20

20

Panjang mata ,

fokus (cm)

kanta 5

10

10

15

Jarak antara kanta objek 15 dan kanta mata ( L ) =( + ) ( cm )

20

25

25

30

35

Pembesaran , M= 2.0 3.0 1.5 4.0 2.0 1.3

Aktiviti 3 : Membina sebuah mikroskop majmuk Prosedur : 1. Beberapa kanta cembung yang berbeza jarak fokus digunakan bagi membina sebuah mikroskop. Bagi mikroskop dua kanta cembung yang mempunyai kuasa yang besar iaitu jarak fokus kecil diperlukan. 2. Sebuah mikroskop dengan mendapatkan imej bagi satu objek dekat dibina. Contohnya huruf besar T. 3. Ciri-ciri imej yang terbentuk telah direkodkan. 4. Set up bagi mikroskop ditunjukkan dalam satu gambar rajah sinar.

Rajah 6 : Set Up Bagi Mikroskop Majmuk

5. Bagaimana imej dapat dilihat diterangkan.

Rajah 7 : Imej yang terbentuk di kanta mata mikroskop majmuk Keputusan :

Rajah

Tinggi Objek ( cm )

Panjang

Fokus 5

10

10

15

Kanta Objek ( cm )

Panjang

Fokus 10

15

20

15

20

20

Kanta Mata (cm )

Tinggi Imej ( cm )

30

26

23

10.8

7.0

6.5

Jarak

antara 22 31.5 42.5 51.5 60

kanta objek dan 20 kanta mata ( L ): L ( ( cm ) + )

Pembesaran, M= = 10 = 8.7 =7.7 = 3.6 = 2.3 = 2.2

Perbincangan : Kuasa kanta adalah suatu sukatan kemampuan sesuatu kanta untuk menumpukan atau mencapahkan sinar-sinar cahaya yang melaluinya. Unit kuasa kanta ialah diopter (D). Kuasa kanta adalah berkadar songsang dengan jarak fokus. Bagi kanta cembung, kuasa dan jarak fokusnya adalah bernilai positif. Bagi kanta cekung, kuasa dan jarak fokusnya adalah bernilai negatif. Kuasa paduan bagi dua kanta nipis yang bersentuhan sama dengan jumlah kuasa kedua-dua kanta. Sebuah teleskop digunakan untuk melihat objek yang sangat jauh. Teleskop diperbuat daripada daripada dua kanta cembung yang iaitu kanta mata dan kanta objektif. Kanta objektif (+2D) mempunyai kuasa yang rendah dan jarak fokus yang panjang manakala kanta mata mempunyai kuasa yang tinggi (+14D) tetapi jarak fokus yang pendek. Kanta yang mempunyai panjang fokus yang lebih tinggi akan menghasilkan diameter yang lebih besar dan ini membolehkan lebih banyak cahaya memasuki ke dalam kanta.Manakala kanta mata, yang lebih rendah panjang fokusnya menghasilkan kuasa pembesarannya yang tinggi. Kanta objektif akan menukar sinar

lampu selari dari objek jauh dan akan membentuk imej yang nyata, terbalik dan tertumpu pada titik fokus. Imej yang terbentuk daripada kanta objektif adalah kecil manakala imej yang terbentuk pada kanta mata adalah besar. Hal ini kerana, kanta mata bertindak sebagai kaca pembesar dan disesuaikan untuk menghasilkan gambar akhir yang adalah maya, terbalik dan diperbesar. Imej terakhir akan dibentuk pada infiniti. Jarak antara kanta objektif dan kanta mata adalah Lo fo+fe. Formula yang boleh digunakan untuk menentukan tahap pembesaran sesuatu objek ialah :

M=
Mikroskop majmuk

pula digunakan bagi melihat objek yang sangat kecil.

Mikroskop majmuk menggunakan dua kanta cembung yang berkuasa tinggi ( +20D dan +14D). Bagi mikroskop majmuk jarak fokus kanta objektif lebih pendek daripada jarak fokus kanta mata (fo<fe). Mikroskop majmuk dibina juga menggunakan panjang fokus yang berbeza bagi menguji kesan panjang fokus dengan tahap pembesaran imej yang dilihat menggunakan mikroskop majmuk. Kanta objektif adalah kanta yang paling dekat kepada objek. Kanta objektif mempunyai jarak fokus yang pendek dan berkuasa tinggi. Kanta objektif membentuk objek yang nyata,terbalik dan imej yang beasar, I1. Objek yang dilihat akan diletak jauh daripada titik fokus kanta objektif iaitu antara F o dan 2Fo . Kanta mata berfungsi sebagai kanta pembesar yang digunakan untuk memperbesar imej pertama, I1 yang terbentuk oleh kanta objektif. Jarak antara kanta objektif dan kanta mata adalah Lo > fo+fe. imej yang terbentuk daripada kanta objektik adalah lebih besar daripada objek. Imej terakhir terbentuk pada titik yang dekat. Semakin panjang fokus kanta mata semakin tinggi tahap pembesaran imej yang terhasil. Imej yang dihasilkan adalah besar bersifat maya dan songsang. Formula untuk mengira tahap pembesaran imej yang terhasil ialah :

M=

Kesimpulan : Kuasa pembesaran bagi mikroskop majmuk dan teleskop sangat penting dan perlu dipertingkatkan demi keberkesanan kedua-dua alat optik ini. Untuk mikroskop majmuk adalah sangat sesuai untuk menggunakan dua kanta cembung yang berkuasa pembesaran tinggi. Manakala untuk teleskop sangat sesuai untuk menggunakan dua kanta cembung, satu kanta yang berkuasa pembesaran tinggi dan satu dengan berkuasa pembesaran rendah. Langkah berjaga-jaga : 1. Pelajar haruslah berhati-hati sewaktu mengendalikan kanta mata dan kanta objektif bagi mengelakkannya jatuh dan pecah. 2. Pelajar hendaklah memastikan bahawa lampu ditutup bagi mendapatkan titik yang terbaik. 3. Sebelum melakukan eksperimen, pelajar perlu memahami konsep kanta dan optik dengan baik agar dapat menjalankan eksperimen dengan baik. Soalan-soalan Pengetahuan dan Kemahiran: 1. Jelaskan fungsi bagi kanta objektif dan kanta mata bagi teleskop? Fungsi bagi kanta objektif bagi teleskop adalah untuk mengumpul cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang terbentuk adalah terang walaupun objek berada pada kedudukan yang jauh. Kanta objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan objek. Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata , terbalik dan mengecil di titik fokus kanta mata. Manakala fungsi kanta mata adalah

untuk memastikan agar keseluruhan cahaya yang terkumpul di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata untuk imej yang lebih terang. Kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. Kanta mata mempunyai ciri seperti memiliki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil bagi membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata.. Ciri imej terakhir ialah infiniti, maya, songsang dan lebih besar dari objek.

2. Bagaimanakah kuasa pembesaran bagi mikroskop dapat ditingkatkan? Kuasa pembesaran mikroskop majmuk dapat ditingkatkan jika kita

mengurangkan panjang fokus kanta objek. Dalam mikroskop majmuk kanta objek berperanan menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej ditukarkan semula menjadi objek bagi kanta mata. Panjang minimum fokus bagi kanta objek adalah 5 cm kerana jika panjang fokus kanta objek terlalu pendek imej yang dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna. Manakala bagi kanta mata pula, panjang fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditingkatkan jika kita ingin meninggikan kuasa pembesaran mikroskop.

3. Nyatakan rumus untuk magnifikasi dikira bagi mikroskop? Mikroskop majmuk digunakan untuk melihat dan memeriksa objek yang sangat kecil seperti bakteria. Ia terdiri dari dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokal yang pendek, yang mana objektif atau jarak fokal, fo dan kanta mata jarak fokal,fe (lebih panjang daripada fo).Objek diletakkan pada jarak, u iaitu lebih besar daripada fo untuk tujuan membentuk sebuah gambar yang nyata,terbalik dan diperbesar. Magnifikasi,M mikroskop majmuk dikira dari formula berikut

F=m0 x me Dimana, mo=magnifikasi objektif dan me=magnifikasi kanta mata.

Senarai Rujukan:

Choong, C. F. (2009). Longman Pre-U Tect STPM Physics Volume 1. Selangor: Pearson Longman . Choong, C. F. (2010). Longman Pre-U Text STPM Physics Volume 2. Selangor: Pearson Longman . Yap Eng Keat, K. G. (2008). Logman Essential Physics Form 5 Bilingual text . Kuala Lumpur : Pearson Longman. Yap Eng Keat, K. G. (2008 ). Longman Essential Physics Form 4 Bilingual text . Selangor: Pearson Longman.