APA ITU PI?? Apa itu pi?

Pi adalah konstan di mana nilainya ditakrifkan sebagai nisbah lilitan bulatan kepada diameternya. Simbol π merupakan huruf Yunani yang disebut dengan nama pi. Simbol π telah diperkenalkan oleh William Jones seorang ahli matematik Welsh pada tahun 1707 akan tetapi tidak mendapat sambutan. Pada 1737, Leonhard Euler (ahli matematik dan fizik Swiss) secara rasminya mempopular simbol π untuk mewakili nilai pi dan digunakan sehingga hari ini. Nilai pi telah wujud beribu-ribu tahun dahulu. Tetapi tiada siapa yang mengetahui orang pertama yang menjumpai nilai pi. Bukti awal wujudnya nilai pi adalah menerusi orang-orang Babylonia dan Mesir di mana mereka telah menggunakan nilai pi untuk mencari luas bulatan. Menurut Ahmes dalam Rhind Papyrus (k.k. 1650 SM), orang Mesir memberi nilai terhampir untuk pi bersamaan 3.160484. Manakala menurut tablet Babylonia (k.k. 1900-1680 SM), orang Babylonia menganggarkan nilai pi bersamaan 3.125. Anggaran nilai-nilai pi ini dikatakan kurang tepat kerana orang Mesir dan Babylonia mendapatkan nilai pi dengan mengukur objek-objek yang berbentuk bulat. Hakikatnya pada waktu itu objek mereka tidaklah berbentuk bulat secara zahirnya. Kira-kira 200 SM, Archimedes telah muncul sebagai orang pertama yang mendapatkan anggaran nilai pi secara teori pengiraan. Archimedes membuktikannya dengan melukis poligon yang lebih besar di luar sebuah bulatan dan poligon yang lebih kecil di dalam bulatan tersebut.

150 3. Kemudian Archimedes telah membuktikan bahawa nilai pi terletak di antara 22/7 (≈3. Ptolemy Zu Chongzhi alKhwarizmi k.1416 14 al-Kashi k.1416 430-501 355/113 k.1408). 1600 . Archimedes tidaklah mengemukakan nilai pi yang sebenar sebaliknya memberikan nilai pi yang lebih hampir dan anggaran ini lebih baik daripada orang Mesir dan Babylonia.k. 800 3. poligon itu akan membentuk seperti bulatan.k. Perjuangan Archimedes tidak terhenti setakat ini kerana terdapat ramai lagi ahli-ahli matematik yang lain yang berusaha mendapatkan anggaran nilai pi yang lebih baik. Archimedes menggunakan poligon yang mempunyai 96 sisi dan mengambil ukuran panjang sisi poligon tersebut.1429) dan 223/71 (≈3. 1430 titik perpuluhan 9 Viete 15401603 titik perpuluhan 17 Roomen 15611615 titik perpuluhan 35 titik perpuluhan Van Ceulen k.k. Contohnya seperti berikut.Apabila bilangan sisi poligon bertambah.k.

1429) . Hasliza bt Julaihi 2. Nilai pi yang lazim digunakan pada masa kini adalah 22/7 (≈3. Nor Hidayatul Ziana bt Jahari 3. PENGARANG : 1. akan tetapi sumbangan mereka itu sangat membantu kita pada hari ini. Nur Hasimah bt Krema 4.Walaupun nilai pi yang dikemukakan oleh ahli-ahli matematik terdahulu bukanlah nilai sebenar. Tan Pei Ping EDITOR : Zainab Afina bt Suharto .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful