You are on page 1of 5

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA SUMBER PENDAPATAN NEGARA Hasil keluaran hutan hujan tropika yang utama dari

segi ekonomi ialah kayu balak. Keluarga pokok yang mengeluarkan kayu balak yang terpenting ialah Dipterocarpeace, yang terdiri daripada pokok Meranti,Cengal, Keruing, Kapur, dan Balau. Keluarga yang kedua penting ialah Leguminosae seperti pokok Kempas dan pokok Merbau. Pengeluaran kayu balak menyumbangkan 1.5% atau RM3.2 juta daripada nilai eksport pada tahun 2000. Oleh itu, sumber perhutanan menyumbangkan kepada pembangunan sosio ekonomi negara dan juga menambahkan peluang pekerjaan.

SUMBER PERUBATAN Terdapat tumbuh-tumbuhan di hutan hujan tropika yang mengandungi fitokimia. Fitokimia adalah bahan kimia semulajadi yang mengandungi nilai perubatan. Tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan sebagai sumber perubatan ialah gandarusa, asam jawa, inai, pokok putat, kacip fatimah dan tongkat ali. Lebih daripada 300 spesies tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai bahan perubatan tradisional. Di antara penyakit-penyakit yang boleh diubati ialah kencing manis, kembung perut, kurap dan lain-lain. Mengikut kajian Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat, 75 peratus daripada spesies tumbuhan uang dikenal pasti dapat menyembuhkan barah hidup di hutan hujan tropika dan kajian menyeluruh mengenainya belum disempurnakan.

Juga dipercayai bahawa tongkat ali jika dikomersilkan ia mampu memberi saingan yang setara kepada Viagra tanpa sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Mengikut kajian Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), tongkat ali sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk mengubati darah tinggi, kencing manis, penyakit angin serta memanaskan badan.

pokok tongkat ali KAWASAN TADAHAN

Bahan perubatan tradisional Melayu yang dihasilkan dari tongkat ali

hutan

Air hujan dialirkan ke sungai Anak sungai sungai

Kawasan tadahan

Kawasan tadahan merupakan suatu kawasan di mana hujan turun dan terkumpul membentuk saliran semulajadi. Air merupakan sumber utama kepada manusia. Apabila hujan turun di kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan, air hujan akan menyerap ke dalam tanah dan tidak mudah tersejat. Air berkumpul di atas tanah membentuk alur. Alur-alur ini akan bercantum membentuk anak-anak sungai.

Tumbuh-tumbuhan membantu mengekalkan lembapan dan memperlahankan kadar aliran air. Oleh itu air di kawasan tadahan dapat dikekalkan. Hutan simpan berfungsi sebagai kawasan tadahan. HABITAT FLORA DAN FAUNA Terdapat pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan yang memerlukan hutan sebagai tempat berlindung dan sebagai sumber makanan Kini hutan hujan tropika di tanah-tanah rendah sebahagian besarnya telah dibersihkan untuk kegunaan pertanian dan kegiatan-kegiatan manusia lain seperti petempatan dan perkilangan. Sekiranya hutan musnah, pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan habitat dan sumber makanan.

seledang PENCEGAH HAKISAN

badak sumatera

Tumbuh-tumbuhan semulajadi juga berfungsi sebagai tutup bumi dan mencegah hakisan. Akarnya mencengkam dan mengikat tanah supaya tidak longgar. Apabila hujan lebat turun, hakisan tidak mudah berlaku kerana air yang mengalir dihalang oleh tumbuh-tumbuhan dan tanah pula dicengkam oleh akar. Di kawasan yang terdedah dan tiada tumbuhan, tanah mudah terhakis. Hutan sedang diterangkan Hutan telah diterangkan

PELINDUNG DARIPADA KESAN CUACA

Sejak kehadiran El Nino dan El Nina, masyarakat lebih menyedari kepentingan mengenai tumbuhan hutan sebagai pelindung kepada kesan cuaca terhadap alam sekitar, terutama mengawal suhu persekitaran. Amalan penebangan tidak terkawal dan pembakaran terbuka di hutan hujan tropika dikenali sebagai faktor utama menyebabkan peningkatan suhu secara mendadak yang dikenali sebagai kesan rumah hijau. Pembakaran terbuka akan menyebabkan pelepasan karbon dioksida serta gas methane yang menyerap kesan radiasi dan membentuk lapisan pengeluar haba dengan membebaskannya dalam atmosfera bumi. Tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen dalam proses fotosintesis. Justeru peneneman semula hutan perlu sejajar dengan penebangan untuk mengurangkan kesan pemanasan global. EKO-PELANCONGAN Eko-pelancongan ialah aktiviti pelancongan yang dirancang untuk menghargai dan mengawal persekitaran berdasarkan tarikan alam semula jadi sesuatu kawasan. Kerajaan kini giat mempromosikan eko pelancongan untuk menambahkan sumber pendapatan negara. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk menarik pelancong menikmati keindahan alam semula jadi di negara kita. Aktiviti seperti meniti silara, mengikut rintis, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman pelancong tentang alam semula jadi di negara kita.

Keindahan hutan dan air terjun

SUMBER PERHUTANAN

Sumber perhutanan termasuk Petai Durian liar Tongkat ali Gaharu Kayu manis Buluh rotan Buluh digunakan untuk membuat kayu penyepit,colok serta perabot. Barangan lain yang dibuat menggunakan hasil hutan termasuk rempah, minyak, pewarna, pelekat, bola golf, gula getah, ubat gigi dan alat solek.

Perabot yang dibuat daripada hasil hutan

Rumpun buluh

You might also like