PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 1 PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

1.1 Sinopsis Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang

digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

1.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi.

1.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni Alam Melayu

Lukisan Gua

Artifak

Seni Pribumi

Kaum Jah-hut

Kaum Mah meri

Pua Kumbu

1

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.4 Pengenalan Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisanlukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh

2

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah. 1.5 Lukisan Gua Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu „Malaya Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya‟ pada bulan November 1959 berkata, “Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

3

sampan. yang terletak berdekatan dengan Gua Niah. dan rusa. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia. Selain itu.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik. Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu. lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. tapir. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang. lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki. geometrik. unsur alam dan juga bentuk abstrak. haiwan. di Hulu Kelantan. Perak. terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong. Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini. Sungai Siput. di Pahang dan juga di Kedah. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan 4 .

Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama. 5 . haiwan. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400. sampan dan abstrak. Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI susunan manusia yang menari.6 Artifak Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Bentuk- bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu. Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. unsur alam. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu. tembikar China dan manik kaca. 1.

Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5. Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasankawasan yang mempunyai sumber emas. termasuk kawasan perkuburan. Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara. Kebanyakan artifak. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong. manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. 6 . Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13. atau di kawasan-kawasan Mesolitik. termasuklah di Gua Niah di Sarawak. telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Johor.000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah.

my) 1.7 Seni Pribumi Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang.gov. dan Hantu. Bes. topeng adalah tunggak budaya mereka. 7 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Loceng Gangsa dari Zaman Logam Layari Internet Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. Poyang.muzium negara. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Moyang. (www. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh.

Mereka juga dikenali sebagai orang laut. Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Moyang Harimau Berantai 8 . Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan. buluh dan rotan.1 Kaum Jah-hut Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. bertam. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Selain hasil anyaman. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan. keagamaan. lagenda serta gambaran kehidupan mereka. kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.7.2 Kaum Mah meri Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. Mahmeri memberi maksud bersisik.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.7. sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey. 1. mistik.

Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai. 9 . Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. figura manusia. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kreativiti mengukir patungpatung berbentuk dewa-dewa. alam flora dan fauna amat menakjubkan.

Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi „mengalihkan‟ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan. penyembahan dan hiburan. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak. lalu secara simboliknya „mengeluarkan‟ penyakit itu dari badan pesakit. salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Untuk mengubati pesakit. gaya dan piuhan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam. Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan. sentiasa menjadi sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. 10 . Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun. Oleh sebab ini. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya. menakut serta melucukan. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit. maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis. hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim. 11 . Selain daripada ukiran kayu. kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran topeng Kaum Mah meri Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin. Bagaimanapun. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti.7. tikar serta perhiasan upacara. Kepercayaan Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang Biasanya. LAYARI INTERNET Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan Mah meri 1. seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu.3 Pua Kumbu Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban. motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang Fauna Buaya mempunyai kuasa untuk menjaga 12 . bekas simpanan. motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan: Motif Engkeramba Penerangan Merupakan gambaran figura roh.

selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi Harimau dan tikus kasturi sering dikarang dalam bentuk abstrak Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Ular membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun dengan sewenang-wenangnya Katak ditenun dengan gaya seperti manusia. Burung pembawa alamat baik kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. buahbuahan. bulan. biji benih dan bunghabungaan. menurut kepercayaan kaum Iban. pucuk rebung. alat tenun Alam & Alatan 13 . Rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu Serangga labah-labah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Motif Penerangan Kepercayaan tempat berhuma (tanaman padi). Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. kunang-kunang. pucuk paku. awan larat. kala jengking dan lipan Flora rotan.

penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan. pengkebumian. seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. Walaubagaimanapun. 14 . perkahwinan. perubatan. Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh. Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan. Bagi masyarakat Iban.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mengikut kepercayaan. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya. menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam. ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak. Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu. motif: buah terabai/Lang Tuai 15 .

8 Rumusan Seni di Alam Melayu sangat unik. Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan alam secara rohaniah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu. Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu. 16 . motif: tangga begi 1.

perkembangan Seni Visual seperti berikut: Maklumat yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk . 5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia 17 .Seniman .Seni Arca .2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia 2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia.Artifak .Seni Plastik .Seni Moden .Karya-karya terkenal 2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka. Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara lain.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 2 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA 2. 4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka. 3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka.Catan Cina .Seni Bina . Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni.Catan air .Seni bina . Ia meliputi tempoh setengah abad.

1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ? 2. 18 .1.4.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.1 Artifak Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan. senjata atau ornamen.4.4 Kandungan Isi 2.3 Kerangka Tajuk-tajuk Pengenalan Seni Visual Malaysia Perkembangan Seni Visual Malaysia Sebelum Merdeka Selepas Merdeka Artifak Seni Plastik Catan Cina Seni Arca Catan Air Senibina Senibina Seni Moden Seniman Karya-karya Terkenal 2.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI A) Tembikar Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Bukit Tengku Lembu.1.4. Keris Taming Sari. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. 2. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha. Ulu Tembeling. keris juga merupakan satu lambang yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara. Kelantan. Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri. 19 . Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Keris Panjang dan Keris Madura. Perak dan Gua Niah. Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi Para pengkaji sejarah dengan motif geometri berbentuk „tulang ikan‟. Pahang. Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung. Bukit Tambun. menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam B) Keris Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Perlis. Keris Pekaka. Di Johor.2 Catan Cina Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Serawak.

Reverend Chuk Mor. Abdullah Ariff dan lain-lain lagi. Ia meliputi tempoh setengah abad. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow.pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna.1. Chai Horng. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.4. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur.3 Catan air Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria. 2. Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Reverend Pak Yuen. Wang Yau. 20 . Terdapat kepercayaan bahawa pengembara.

bangunan pentadbiran kerajaan. sejarah. (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur. masjid. Wilayah Persekutuan (1888).000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid.1. monumen. dan lain-lain lagi. tembok.4. Kedah (1893). dokumentari. (6) Balai Seni di Alor Setar. Melaka (1641). Futurisme dan Konstruktivisme. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. George Anglican di George Town.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme. Pulau Pinang (1817). Contohnya. (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. estetik. istana. (2) Balai Besar di Alor Setar. 21 . zaman Pre-Raphelites. rumah berhala.4 Seni bina Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. pusat pengajian. (5) Gereja St. Surealisme. arkeologi. Kedah (1735). Kubisme. 2. Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina. 1995). Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme. sekolah. Turner dan Constable. Contoh senibina sebelum merdeka: (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir. sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik. ekonomik. Melaka (1728). stesen keretapi.

Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.1 Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum merdeka berkaitan : - Stail dan bentuk tema bahan gaya aliran tahun 2.5 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka Apakah perbezaan di antara aliran seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka? 2. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Latihan 1.5.1 Seni Plastik Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan 22 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rumusan : Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah.

Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk Seniman pada menerapkan ciri ‟nasional‟ atau keaslian‟ seni plastik moden. jalinan. 23 . 2. kayu. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. menguli. Gaya ‟avantgarde‟ yang dipolori oleh penghargaan. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. keluli dan sebagainya. ukiran. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan dan perasaan seniman. besi. Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan.5. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir. bahan dan proses berkarya. tenunan senjata dan sebagainya. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk. Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. logam. batu dan sebagainya. sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media. ruang. senibina. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. menjalin. dan menggelek. menempa. struktur. Bahan yang digunakan ialah kayu. arca. tembikar.2 Seni Arca Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang. tanah liat. mengurut. imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi. menyambung. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu. melentur. membentuk. mencantum dan sebagainya.

Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959). Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan halhal yang menghubungkan catan dengan arca. Raja Shahriman dan Bayu Utomo. Menurut T. Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karyakarya Anthony Lau. Wan Ahmad Wan Mohamod. Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang. Pada tahun 1976 satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara. Latiff Mohidin. Ramlan Abdullah. Teo Tien Eng. budaya. Mad Anuar Ismail. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau. Contohnya. Cheong Laitong dan Latiff Mohidin. Tengku Sabri Tengku Ibrahim. alam dan kehidupan secara umumnya. struktur dan rupa. yang sama tema dengan catannya. Cheong Laitong.K. karya-karya arca Syed Ahmad Jamal. Kuala Lumpur. para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama. Ariffin Ismail. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas 24 . Ham Rabeah Kamarun. Zulkifli Yusof. Kajian Seni Lukis dan Seni Reka. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Chan Teck Meng. berbanding dengan catan. Syed Ahmad Jamal.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI warna. “Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986) Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat.Sabapathy (1976). karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963). Dari segi tema.

hospital. Muzium Negara. 25 . suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom. menara. Dayabumi. Bangunan-bangunan perniagaan. Pelbagai bentuk arca terhasil. 2. anglo-Indian. Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.5. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang. Taman-taman dan kawasan rekreasi. senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum.3 Seni Bina Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri. Bank Bumiputra. bersifat galeri. bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Stadium Negara (1964).PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kelihatan awal dekad 1990-an. bangunan parlimen (1963). Bangunan-bangunan kerajaan. tugu peringatan dan sebagainya. Bangunan-bangunan awam seperti masjid. Masjid Negara. 3. 5. 2. Menjelang era pasca. 4. 6. pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.merdeka. muzium dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi: 1. Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri. elektik dan sebagainya. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandarbandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial. sama ada secara konvensional. Bangunan Sultan Abdul Samad. perpustakaan.

2. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Chuah Thean Teng. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. 26 . Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden. Kuo Ju Ping.4 Seni Moden Pada tahun 1957. Lim Tong Juan dan William K.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His. Perdana Menteri Malaya yang pertama. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat. Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley. Baharuddin Kassim. mengadakan kelas-kelas melukis. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru. sesi perbincangan dan pameran. Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958.K. Balai Seni Lukis Negara di 109. Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Lee Joo For. Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Cheong Lai Tong. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff.5. Tay hooi Keat. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Antaranya ialah perbincangan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mohd Hoessein Enas. Tan Sri Kamarul Ariffin. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Tan Sri Ghazali Shafie. pameran dan sebagainya. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. ceramah. Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun. Tan Sri Dato‟ Azman Hashim. syarahan. Patrick Ng. Puan P. Lim dan ramai lagi. pencinta seni. Peter Harris. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis. laporan. Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Tan Sri Zain Azraii. Syed Ahmad Jamal. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. 27 .G. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Lee Joo For. Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Cheong Laitong. ahli politik dan diplomat. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Nik Zainal Abidin. antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Anthony Lau. Professor Ungku Aziz.

28 . Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. pop. Pottery and Ceramics. Chong Kam Kow. Fashion dan Industrial Design. op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran. Sulaiman Haji Esa. Photography.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Graphics. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture). Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal. Fine Metal. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Chinese Brush Painting. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Photography dan Commercial Art. Textiles. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Ceramics. Tan Teong Eng. Sculpture. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art. Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan. Mereka terdiri dari kumpulan ‟New Scene‟ seperti Redza Piyadasa.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Aspek-aspek Seni Asia Tradisional. Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis. maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. Teori-teori Seni. Rekabentuk Grafik.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Seni Arca. sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini. memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara. telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan. 29 . USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis. Badanbadan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada . Ini termasuk USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan. Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut. Fotografi.

5 Seniman Balai Seni Lukis Negara di 109. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim. Peter Harris. Tan Teong Eng. Nik Zainal Abidin. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Patrick Ng. Syed Ahmad Jamal. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal.5. Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. Mohd Hoessein Enas. Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa. Cheong Lai Tong. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Lee Joo For. Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Chuah Thean Teng. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Sulaiman Haji Esa. 30 . Mereka terdiri dari kumpulan ‟New Scene‟ seperti Redza Piyadasa. Chong Kam Kow. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His. Anthony Lau. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Cheong Laitong.

Cat Air. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. 2.5.5.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. 1948 31 . Pohon-Pohon Kelapa Media : Cat Air Tahun :1951 2.6. Coconut Plantation – Dawn.1 Yong Mun Sen (1896 -1962) 1.2 Abdullah Ariff Abdullah Ariff.5.6 Karya-karya terkenal 2.6. Rumah Atap Di Tepi Pantai Media : Cat Air Tahun : 1960 2. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya. 1960 Dato‟ Mohd Hoessein Enas 2.5. Pastel Kapur. Cat Air.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Abdullah Ariff. 1958 32 .6. Potret Diri.3 Dato‟ Mohd Hoessein Enas.

Datuk Syed Ahmad Jamal Perhubungan ( Arca ) Media : Besi Waja Tahun :1963 33 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Dato‟ Mohd Hoessein Enas .5. Cat Minyak. Mengutip Daun Tembakau Media : Cat Minyak Tahun : 1963 5.4 1. 1959 3. Nobat Media : Cat Minyak Tahun : 1962 4. Pengantin Perempuan Iban Media : Cat Minyak Tahun : 1963 2.6. Gadis Melayu.

Djin Api. Lembu Liar ( Arca ) Media : Batu & Habuk Simen Tahun : 1963 34 . 1957 2.6. Mandi Laut. 1959 2. Cat Minyak Atas Papan.5.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Datuk Syed Ahmad Jamal. Kayu.5 Anthony Lau (1933 - ) Anthony Lau.

6 1. Pulau Pinang Media : Dakwat Tahun : 1952 3. Rimba.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Anthony Lau. 1968 4. Tay Hooi Keat (1910 . Hasil Rimba ( Arca ) Media : Besi Tahun : 1966 2.1989) Jalan Pinang Media : Cat Minyak Tahun :1955 2.5. Pemandangan Pohon Media : Campuran Tahun : 1961 35 . Pondok Melayu. Besi.6.

Pak Utih. Campuran. Lembu Berlaga. 1967 36 . 1958 5.5. Cat Minyak. Kapal Haji Media : Cat Minyak Tahun : 1966 2. Kekecuhan Media : Arkrilik Tahun :1969 Ibrahim Husin.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tay Hooi Keat.7 Ibrahim Husin (1939 - ) 1.6.

8 Zulkifli Dahalan 1.6. Satu Hari Di Bumi Larangan Media : Cat Imulsi Tahun : 1977 2.5.9 Dzulkifli Buyung (1948 - ) Dzulkifli Buyung.6. Di Dalam Ruang Rumah Media : Cat Minyak Tahun :1974 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ibrahim Husin. Kelambu.5. Arkrilik. Are You Alone Out There ?. Kapur Pastel 37 . 1969 2.

Cat Minyak.5. Kapur Pastel. 1966 4. Pago – Pago. Membakar Semut Media : Kapur Pastel Tahun : 1967 Dzulkifli Buyung.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Kapal Kertas.10 A.Latiff Mohidin. 1962 38 .6. Latiff Mohidin A. Lidi Media : Kapur Pastel Tahun : 1962 2.

Kayu 2. Imago Senja ( Cetakan ) Media : Kayu Tahun : 1969 A. pastel. Yati. 1964 39 .6.11 Mazli Mat Som Mazli Mat Som.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Siri Langkawi.Latiff Mohidin.5.

Menyeberang Sungai Media : Cat Air Tahun :1958 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mazli Mat Som. 1965 2.12 Khaw Sia 1.13 Lai Foong Moi Lai Foong Moi. Cat Minyak. Cat Minyak.5.6. 1958 40 . Menanti Nelayan. Waktu Pagi Di Kampung.5.6.

Semangat Angin. Sawah Padi Media : Cat Minyak Tahun :1963 41 . Tanah Dan Air.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.6.5.5. Cat Minyak.15 Yeoh Jin Leng (1929 - ) 1. Menjemur Kain. Gauce. 1961 Patrick Ng Kah Onn. 1958 2.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 ) Patrick Ng Kah Onn.6.

1968 2. Pantai Timur 2. Lilin Dan Pewarna Batik.5. Cat Minyak.6.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.17 Khalil Ibrahim 1.16 Jolly Koh Jolly Ko. Paku Kipas.5.1978 42 . Pantai Timur 1 Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1988 Khalil Ibrahim.6.

5. arca dan karya mula menggunakan perisian komputer. Kemunculan catan hard-edge. 1968 Rumusan Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional.6.18 Chua Thean Teng 1. Musim Buah. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum. Di Tepi Pantai Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1958 Chua Thean Teng.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Lilin Dan Pewarna Batik. Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke peringkat antarabangsa. 43 .

tahun .stail 44 .tema .bentuk aliran karya .bentuk dan makna .1 Bina jadual perbandingan perkembangan seni visual selepas merdeka daripada hasil analisa terhadap bahan bacaan dan internet mengenai : .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 2.tokoh .

Sidi Ghazalba. dalam bukunya ‟Pandangan Islam Tentang Seni‟ menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni.1 Sinopsis Menurut Drs. apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 3 APRESIASI KARYA SENI ORIENTAL 3. Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. 45 . 2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman. 3. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak. Menurut Zakaria Ali.

Asia Selatan dan Asia Timur. 3. negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut.4. karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri. Ia termasuklan Seni Islam.1 Pengenalan Seni Oriental Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Apresiasi Seni Oriental Falsafah dan Stail Perbandingan PandanganTokohtokoh Perbandingan Karya-karya Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciricirinya.4 KANDUNGAN ISI 3. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan tentang kebudayaan. Sebagai contoh. Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah Timur Tengah. 46 . Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. Seni China dan Seni India.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 3.

seni bina dan seni pentas. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia. perasaan. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Seni Islam Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. muzik. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Tiada elemen-elemen figura." Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran. pada semua tempat. Tiada pemisahan antara seni dan agama. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Sunnah dan Ijma' Ulama. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. nafsu. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan 47 . perasaan dan akal fikiran manusia. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. zaman dan situasi menepati citarasa. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan. sifat. Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. keinginan. kehendak. Dalam jiwa. perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat.

Berasaskan kepada keagamaan dan pemujaan. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar. Nilai-Nilai Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India. Dharma dikaitkan degan tugas. contoh Stupa Sanchi. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. (b) Seni China Menurut ahli sejarah. contoh Tiang Asoka. Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya. tahun 132 s. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. 48 . Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina. tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup. contoh Tiang Asoka. Ia berkembang maju pada zaman Maurya. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil. (c) Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya. Zaman Muslim. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI insan yang hampir kepada Allah. Zaman Muslim.m. contoh Stupa Sanchi. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara.

Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan.2 Falsafah dan Stail Pengenalan ‟Philos‟ dalam bahasa Yunani bermaksud bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala ‟Sophia‟ kebijaksanaan atau pengetahuan. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 1. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan. pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka hasilkan.1 Jelaskan tentang perzezaan seni Islam dengan seni India dari sudut keagamaan.4. falsfah Islam dan falsafah timur. 49 . rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan. Socrates. Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada falsafah barat. 3. Atistotle. Plato. Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates. Mohd Taib Osman dan lainlain. Maka ‟Philosophia‟ secara jelasnya membawa maksud ‟mencintai akan kebijaksanaan‟. Leonardo da Vinci.

Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. halal dan berakhlak. didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. dapat dipandang. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi. makhluk dan alam sekitar'. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam. kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Falsafah Seni Islam Sejarah telah membuktikan bahawa. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan). Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. 50 .

disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci. mudah dirobah. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak‟. bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. inspirasi dari model khat lain. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam. penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan. nama kitab atau buku . Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Beliau menegaskan bahawa:„Setiap motif „arabesque‟ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya. Seni Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal. memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Manakala menurut Al-Faruqi. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. 51 .

Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Jenis-jenis Seni Khat Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Thuluth. Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran). kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Diwani. 52 . nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain. Farisi. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca. Diwani. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan. Riq'ah. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Nasakh. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. pemerintahan. surat penghargaan dan sebagainya. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Khat Kufi berasal dari Kufah. Antaranya khat utama ialah Kufi. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Diwani Jali dan Raihani. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.

Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. ia lebih banyak bentuknya . tungku dan topi besi perang. pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah. jubin.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Khat Diwani Jali. gading dan lain-lain. kulit buku. rumit penulisannya. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas. ikan. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. makam. Ia digubah dalam bentuk perahu. bekas air. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth. seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. sejadah. piring. juka dibandingkan dengan khat diwani. Seni Bina Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. daun pintu. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding. Pada zaman tersebut. 53 . buyung. lebih indah dan estatik. perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang. cerek. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. tembikar. reka bentuk yang direka oleh manusia. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan. tikar permaidani. barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. burung dan sebagainya. Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas.1: Corak-Corak Arabes 7 54 . Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan. dewa atau patung. buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Rajah 1.

seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua 55 . kelembapan dan kepanasan.2 Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing (b) Falsafah Seni China Mencius.5: Seni Bina 1.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rajah1. Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan kecerahan.3: Khat Diwani Rajah 1. langit dan bumi serta lelaki dan perempuan.2: Khat Thuluth Rajah 1.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China. akan memudahkan kefahaman rakyat. Menurut Falsafah Toisme pula. manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat. bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal berbadan kecil. kesabaran menanggung penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China. kesopanan. masyarakat dan negara. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang paling kurang memerintah. Seni Tembikar Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan berkilat. Oleh itu. kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga. Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Jika wujud sifat hormat menghormati. Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains dan teknologi. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada 56 . Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu.

Taoism dan Confucianism. Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam. Pada akhir Wangsa Chou. Zaman Sung. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Terdapat banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang. Di guagua Tung Huang. Catan mempunayi falsafah Arca dan Ukiran Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk harimau dan burung hantu. Seni Tembaga Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha. diperbuat daripada marmar. Shensi. Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua 57 . ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san kemanusiaan a) Ciri-ciri catan Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan Catan Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

Seni kaligrafi Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script) Senibina Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

a) Ciri-ciri Senibina

Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting melengkungn ke atas.

Catan lanskap Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

a) Ciri-ciri Catan lanskap Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan

58

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton dan suasana: “Chi Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

Seni Bina

59

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Arca

Seni Tembikar

60

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni Catan Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan mereka. 61 .

manas (minda) dan atma(jiwa ). api dan udara. Sankhya. Confucius dan Toisme Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang berdasarkan catan lanskap . Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang). akasha (eter). 62 . kala (masa).PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI FALSAFAH CHINA Mencius (Ying Yang) Confucius Toisme Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius. air. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Mimamsa dan Vedanta. Inferens (anumana). Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Vaisheshika. Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda) Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Yoga. Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha). (c) Falsafah Seni India Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya. Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi. Dikenali sebagai astika darshana. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra.

jasa dan pengorbanan diri. pancaindera. belas kasihan. sebab dan akibat. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. minda.Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita. murah hati. Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang. Kepentingan – sistem tafsiran Veda. Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Mimansa bererti siasatan. Rajas . Teks asas ialah karya-karya Upanishad. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim). Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha. Mengelak daripada melakukan 63 . Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva. Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal.dan Tamas Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. simpati.Vedanta. intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara.

tindakan yg benar. Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Dibuat daripada batu marmar. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa. Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama. Zaman Muslim. Satya – kebenaran. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Berkembang maju pada zaman Maurya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Seni arca bermula dengan patung. penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Contoh Gua 64 .ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. Seni Lukis Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Seni Bina dan Seni Ukir Bidang Kesenian India. Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. contoh Tiang Asoka.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kekejaman atau mencederakan. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman Guptas. kerana ia lebih tahan dari tanah liat. contoh Stupa Sanchi. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan. keadilan. maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan.

Zaman Muslim. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Contoh Gua Ellora. Badami dan Bagh. Zaman Muslim.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ellora. Badami dan Bagh.merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Stupa dan Brobodur Seni Arca 65 .

juga telah mengemukakan teori estetika yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni. keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu dihayati. ahli falsafah terkenal Islam. 66 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Lukisan Miniatur Radhe Krishna Lukisan Miniatur Rajasthani Hasilkan satu essei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India 3.4. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Menurut Al Ghazali.3 Perbandingan PandanganTokoh-tokoh (a) Pandangan Tokoh Islam Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali. Al Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki.

Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). prosa.  Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa. teater.  Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama. Al Faruqi. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :  Seni melaui pendengaran seperti muzik. manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat. memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. filem dan sebagainya. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri. Al Faruqi menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam. cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921 telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Drs. senia suara dan sebagainya. beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni 67 . tablo.  Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis. seni bina. (b) Pandangan Tokoh China Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. deklamasi puisi. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. seni pakaian dan sebagainya. seni hias. Justeru itu.

adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. sastera (kaavya). Teori „rasa‟ juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik. seni arca. Krya seni ini adalah gambaran keagamaan. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual ang lebih sempurna. seni catan. bentuk seni bina klasik Hindu. Teori „rasa‟ mula berkemba ng dengan teks Sanskrit iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan dalam persembahan drama ‘Fifth Veda’. Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. berhubungkait dengan gambaran simbolisme. muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri. Latihan 1. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak. Konsep saster Hindu seperti „Rasa‟. (c) Pandangan Tokoh India Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin.3 Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni 68 . Berdasarkan Kapila Vatsayan. Kalidasa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan „rasa‟ yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya.

rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan keagamaan. 69 . Manakala falsafah India pula disebut Darsana. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan. yang bersifat ketuhanan. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. spiritual dan percaya bahawa seni berkait rapat dengan masyarakat. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius. Confucius dan Taoisme. di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI RUMUSAN Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses mencari jawapan kepada keindahan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful