SK JENDERAM 2013

HALIMATUSSADIAH IBU SUSUAN NABI SAW
Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang saya hormati, barisan para hakim
yang arif lagi bijaksana serta hadirin yang saya kasihi sekalian.
(nasyid)
Halimatus saadiah kau ibu barakah,
Engkau pemula muqaddimah yang indah,
Episod awal sirah nabi junjungan mulia,
Kau ibu susuan yang bertuah….
Halimatus saadiah isteri kepada al-Harith abdul uzza dari kabilah as-sa’diyah,
dari bani sa’ad bin bakr, menumpahkan kasih sayang yang tinggi kepada Nbi
Muhammad sejak baginda kecil lagi.
Sebagai ibu susuan Rasulullah, wanita solehah Arab itu, gigih mengajar
baginda bertutur sehinggan fasih melatih baginda berjalan di padang pasir
serta membesarkan baginda.
Begitulah kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak. Tiada rungutan
yang diberi, tiada lelah yang dihembus semata-mata demi anak tercinta.
Amalan ibu susuan adalah lumrah dikalangan bangsa arab sejak dahulu
sehingga sekarang. Tradisi itu adalah sebagai langkah menjauhkan anak-anak
arab daripada menghidapi penyakit yang biasa merebak dalam keturunan
asal. Kesannya bayinya mempunyai tubug lebih kuat, otot lebih segar dan
dapat bertutur bahasa arab dengan lebih fasih.
Halimah merupakan ibu susuan yang sanggup menerima nabi Muhammad
setelah ibu-ibu lain enggan menerima baginda kerana status baginda anak
yatim. Halimah sama sekali tidak mengetahui gerangan tuah si bayi kecuali
mengambil baginda kerana nabi Muhammad satu-satunya bayi yang masih
tinggal di susui
Suami halimah berkata : “ tiada salahnya kamu mengambil bayi itu, mudah-
mudahan Allah memberi kita keberkatan pada bayi itu.

SK JENDERAM 2013
(nasyid)
Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya
Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Sifat halimatussa’diah ini mesti di contohi. Beliau sanggup mengasihi anak
susuan seperti anak beliau sendiri. Anak amanah allah. Tiada yang lebih
bernilai melainkan berjaya mendidik anak menjadi insan soleh dan solehah.
Sepertimana firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 15
4L^1O4Ò4Ò =}=Oee"-
gOuCE³g¯4O) L=O;O)³ W
+OuÞU4·EO +OG`q¡ 6-¯O7
+Ou-E¬=¯4Ò4Ò 6-¯O7 W
Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah
dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah.
Kes pembuangan bayi yang sangat berleluasa kini harus dicegah dan
dihapuskan dengan serta merta. Kewajipan keatas kita semua mengingatkan
mereka bahawa anak itu amanah Allah yang sangat bernilai. Hargailah
mereka.
Lalu Halimah membawa nabi Muhammad yang masih bayi itu untuk disusui
walaupun dirinya dalam keadaan yang serba kekurangan termasuklah susu
badannya yang semakin berkurangan.
SK JENDERAM 2013
Namun dihulurkan juga kepada nabi Muhammad untuk menyusu badan dan
tidak semena-mena didapati bayi itu menyusu dengan enak dan puas seolah-
olah terdapat banyak bekalan susu dari badan si ibu susuan itu. Sehinggakan
rasulullah kemudiannya dapat tidur dengan lena seperti kekenyangan dan
cukup bekalan susunya.
(nasyid)
Halimatus saadiah engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman daerah di pinggiran.
Kau menyusui insan pilihan
Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Malah ketika suami Halimah keluar, melihat unta betinanya yang sudah tua
itu didapati unta itu juga dapat mengeluarkan susu dengan banyak sehingga
tidak tertampung untuk diminum.
Bersyukurlah di atas nikmat Allah. Sesungguhnya setiap ketentuan Allah
pasti ada hikmahnya. Kita membantu orang dalam kesusahan demi
mencapai keredhaan ilahi
Ketika nabi Muhammad berumur 4 tahun, suatu peristiwa aneh telah
berlaku di mana dada rasulullah dibelah oleh jibril dan dikeluarkan hatinya.
Lalu dicuci kemudian dimasukkan semula ke dalam dada. Wah!!!!!!! Sungguh
ajaib kejadian ini.
Peristiwa ini telah disaksikan oleh ibu susuan baginda halimatussadiah.
Beliau mengetahui bahawa bayi yang disusukan ini merupakan orang luar
biasa yang diutuskan oleh Allah. Beliau sangat bersyukur kerana menjadi ibu
SK JENDERAM 2013
susuan nabi Muhammad sepertimana firman Allah dalam surah al-Jumuah
ayat 4 yang berbunyi :
Elg¯·O N;_·· *.- gOOg>u·NC }4`
+7.4=EC _ +.-4Ò Ò¬O
÷;_E¼^¯- ´¦1g¬E¬^¯- ^j÷
Maksudnya : pengutusan nabi muahmmad SAW) kepada umat manusia
seluruhnya (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikannya
kepada sesiapa yang dikehendakinya dan sememangnya Allah mempunyai
limpah kurnia yang besar.
Baginda sangat disayangi oleh halimatussadiah. nabi Muhammad juga sangat
menghormati dan memuliakan beliau seperti ibu nya sendiri. Nama
halimatussadiah terkenal dalam sejarah islam kerana pengorbanannya
menyusui serta membesarkan rasulullah
Halimatus saadiah kau ibu barakah,
Engkau pemula muqaddimah yang indah,
Episod awal sirah nabi junjungan mulia,
Kau ibu susuan yang bertuah….
Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidakkan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful