You are on page 1of 7

Tarikh Masa

: 03 Julai 2013 : 08.00 Pagi 6.00 Petang

Tempat : Padang SK Ulu Melaka

Disediakan oleh: JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MELAKA 07000 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN. PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MELAKA KALI KE 30, 2013 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan peraturan-peraturan pertandingan Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Langkawi. (Mengikut kesesuaian)

2.

ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALATAN PERTANDINGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

ACARA 80 meter 80 meter Lari Berpagar 100 meter 200 meter Lompat Tinggi Lompat Jauh Lontar Peluru

PRA x

4 x 25 meter 4 x 100 meter 4 x 200 meter Tarik Tali 11 (Terbuka) 12 50 meter Jumlah Acara 2.1 KELAS 12L & 12P

LELAKI THN THN 12L 10L PRA . 1L . 2L x x x 0.762 m x x x x x x x x x x 2.72 2.72 kg kg x x x x 3 3 x 9 x 4 x

PEREMPUAN THN THN 12P 10P . 1P . 2P x x x 0.762 m x x x x x x x x x x 2.72 2.72 kg kg x x x x 3 3 8 3

Acara 80 meter Lari Berpagar TINGGI PAGAR 0.762 meter PAGAR PERTAMA DARI GARISAN PERMULAAN 12.00 meter JARAK PAGAR 8.00 meter PAGAR AKHIR KE PENAMAT 12.00 meter

BIL PAGAR 8

2.2

Acara 4 x 200 meter

2.2.1 Pelari pertama menggunakan lorong di garisan stagger 200 meter seperti pelari pertama acara 200 meter. 2.2.2 Pelari kedua akan bersedia di garisan stagger yang ditetapkan. 2.2.3 Pelari ketiga akan bersedia di garisan stagger yang ditetapkan. Selepas menerima baton dari pelari kedua, pelari ketiga mesti berlari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudian memotong masuk ke lorong pertama. 2.2.4 Pelari akhir akan bersedia di tempat penerima baton mengikut kedudukan pelari yang dating dengan syarat tidak menghalang dan menolak peserta lain. 3. HADIAH-HADIAH 3.1 3.2 3.3 4. Acara Individu Pertama, Kedua dan Ketiga. Acara Berpasukan Empat pingat kepada pasukan yang mendapat tempat Pertama, Kedua dan Ketiga. Acara Terbuka 10 pingat kepada pasukan yang berjaya menjadi Johan dan Naib Johan.

ACARA PERTANDINGAN 4.1 Setiap rumah sukan hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang peserta bagi acara individu, iaitu acara balapan dan acara padang. Bagi acara lari berganti-ganti, setiap rumah sukan hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja. Bagi acara 80 meter Lari Berpagar dan 200 meter, pertandingan akan diadakan mengikut saringan serta undian yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut : Kumpulan Umur 12 Tahun Ke Bawah 10 Tahun Ke Bawah Tahun 1 dan Tahun 2 4.4 4.5 Individu 2 2 2 Berpasukan 2 1

4.2

4.3

Acara Terbuka boleh disertai oleh peserta dari Kategori 12 Tahun dan juga Kategori 10 Tahun. Bagi mana-mana pasukan yang ingin menghantar atlet dari kategori 10L atau 10P untuk penyertaan bagi acara berpasukan, iaitu 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter, pasukan tersebut boleh berbuat demikian selagi ianya tidak melebihi had maksimum penyertaan seseorang peserta itu.

5.

PENDAFTARAN PESERTA

5.1

Pendaftaran peserta bagi setiap rumah sukan hendaklah dibuat menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Semua butiran hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan rumah sukan masing-masing. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertandingan atau Jawatankuasa Teknik Dan Pertandingan. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti juga mesti didaftarkan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada _____________________ sebelum jam 12.00 tengah hari.

5.2 5.3 6.

PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN 6.1 Penarikan Diri Semasa Kejohanan: 6.1.1 Jjika didapati seseorang peserta menarik diri tanpa sebab, peserta berkenaan tidak dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 6.1.2 Peserta yang tidak cedera dan layak untuk bertanding, tidak dibenarkan menarik diri. Sekiranya berlaku, penyertaan peserta tersebut dalam acara seterusnya akan dibatalkan. Keputusan Pengurus Kejohanan adalah muktamad. 6.2 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti: 6.2.1 Penggantian dalam acara lari berganti-ganti dihadkan kepada seorang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. 6.2.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk pertukaran.

7.

MELAPORKAN DIRI PESERTA 7.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 20 minit untuk acara balapan dan 30 minit untuk acara padang sebelum acara berkenaan berlangsung.

8.

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA/PADANG PERTANDINGAN 8.1 8.2 Peserta-peserta dikehendaki berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena/padang pertandingan dengan diiringi oleh Penyelia Peserta. Bagi acara balapan, peserta yang tamat larian dikehendaki berada di lorong masing-masing, berpusing ke belakang dan menghadap hakim-hakim. Berjalan semula ke tempat peserta tanpa memasuki ke kawasan arena/padang pertandingan.

9.

PERMULAAN BAGI ACARA BALAPAN

9.1 10.

Semua peserta bagi acara balapan akan menggunakan teknik Crouch Start.

UKURAN TINGGI PERMULAAN 10.1 Bagi acara Lompat Tinggi, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut: KATEGORI 12 Tahun LELAKI 1.00 meter PEREMPUAN 0.90 meter

11.

BANTAHAN 11.1 Jika masalah bantahan tentang kelayakan seseorang peserta tidak dapat diselesaikan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Juri Rayuan. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang berlangsung, hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada: a) Tiga puluh minit (30) setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara akhir. 11.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM150.00.

11.2

12.

HURUF/NOMBOR PESERTA 12.1 Huruf dan nombor peserta bagi setiap peserta adalah seperti berikut: RUMAH SUKAN DELIMA NILAM ZAMRUD KENCANA 12.2 12.3 HURUF/NOMBOR A 001 A 099 B 100 B 199 C 200 C 299 D 300 D 399

Nombor-nombor tersebut hendaklah disediakan oleh rumah sukan masingmasing. Setiap kain berukuran 15 cm x 25 cm. Abjad nombor tersebut berwarna hitam manakala nombor pula berwarna merah.

13.

PENENTUAN JOHAN DAN KIRAAN MATA 13.1 Hadiah Peserta Terbaik adalah seperti berikut: 13.1.1 13.1.2 13.2 Peserta Terbaik 12 Tahun Lelaki dan 12 Tahun Perempuan. Peserta Terbaik 10 Tahun Lelaki dan 10 Tahun Perempuan.

Hadiah Peserta Terbaik dipilih berdasarkan pencapaian individu dalam jumlah pungutan pingat emas, perak dan gangsa di samping mencatat rekod baru kejohanan, MSSD, MSSK atau MSSM.

13.3 13.4

Jika tiada rekod dicatatkan, jumlah pungutan pingat emas, perak dan gangsa dalam acara individu akan diambil kira. Johan Keseluruhan 13.4.1 Johan Keseluruhan akan ditentukan dengan jumlah pungutan pingat yang mengikut dan ditentukan dari pungutan pingat emas, perak dan gangsa. Berikut adalah kiraan mata bagi acara individu dan berpasukan: PINGAT/KEDUDUKAN Emas Perak Gangsa Keempat INDIVIDU 5 3 2 1 BERPASUKAN 8 5 3 2

13.4.2

14.

HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 14.1 Semua acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik berhak meminda sususan acara jika perlu. Jika berlaku pindaan, Pengurus Pasukan akan dimaklumkan. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dicatat dalam Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) atau Peraturan-peraturan Pertandingan kejohanan. Semua keputusan adalah muktamad.

14.2

15.

HAL-HAL LAIN 15.1 15.2 Tempat/Khemah akan disediakan untuk peserta dan guru rumah sukan. Orang yang tidak berkenaan dilarang masuk/berada di tempat-tempat tersebut. Selain daripada Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, tiada sesiapapun dibenarkan masuk ke arena/padang pertandingan kecuali dengan kebenaran Pengurus Kejohanan. Undian lorong bagi acara balapan, akan dilakukan secara kaedah selang-seli mengikut acara yang dipertandingkan. Pengurus Pasukan akan dimaklumkan sebelum pertandingan dijalankan. Contoh penyusunan peserta yang dilakukan mengikut kaedah selang-seli yang melibatkan 2 orang peserta bagi setiap acara individu dan satu pasukan bagi acara berpasukan:

15.3

15.4

LORONG 1 2 3 4 5 6 7 8

100 M Delima Nilam Zamrud Kencana Delima Nilam Zamrud Kencana

200 M Kencana Delima Nilam Zamrud

80 M L/PAGAR Kencana Delima Nilam Zamrud -

80 M Kencana Delima Nilam Zamrud Kencana Delima Nilam Zamrud

4 x 100 M Nilam Zamrud Kencana Delima

4 x 200 M Delima Nilam Zamrud Kencana

4 x 25 M Zamrud Kencana Delima Nilam Zamrud Kencana Delima Nilam

15.5

Pengurus Pasukan dan guru rumah sukan yang bertugas mengawal peserta, hendaklah menjaga dan memastikan supaya tidak berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kecacatan dan kematian semasa kejohanan berlangsung.

You might also like