MEMO

Memo merupakan singkatan kepada memorandum iaitu alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi . Memo juga sejenis surat atau disebut surat edaran dalaman ,dengan kata lain , surat rasmi merupakan surat yang dikirimkan keluar , manakal memo merupakan surat kegunaan dalaman. Justeru memo adalah catatan yang disampaikan dalam kakitangan disesebuah instituisi tau organisasi . Memo berbeza daripada surat rasmi dari segi kandungannya yang lebih ringkas bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai catatan salinan kepada . CIRI MEMO Ciri-ciri memo sama seperti penulisan yang lain , iaitu matlumat yang disampaikan hendaklah jelas dan terus kepada maksud . Isi kandungannya hendaklah ringkas , tetapi tepat dan padat. Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan , tarikh , perkara , tandatangan dan sebagainya . Secara umum , cirri yang terdapat pada surat rasmi boleh juga di aplikasikan untuk penulisan memo. FORMAT MEMO Sehingga hari ini tiada satu format standard bagi penulisan memo yang diguna pakai oleh semua pihak . Cara penulisan memo yang digunakan pada hari ini bergantung kepada intituisi dan jabatan masing masing . Ada jabatan yang mempunyai memo standard untuk kegunaan jabatan berkenaan