1.

Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,

Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin –hadirat sekalian. Assalamualaikum pembuka bicara. Salam hijau, bumi Tuhan. “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidato ini. Mengikut kamus dewan, „alam sekitar‟ ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di langit.„Tanggungjawab‟ pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang, manakala „bersama‟ pula diertikan sebagai semua yang terlibat. Oleh itu dapatlah disimpulkan di sini bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian, „bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Hadirin yang dihormati, Negara kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di sana sini mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus pembangunan yang kita nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya keduadua pembangunan ini amat berkait rapat. Hadirin yang dihormati, Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan

adalah melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar. Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga demikian. Hadirin yang dikasihi. Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej kita. Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam sekitar. Hadirin yang dihormati, Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar? Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar. Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar. Hadirin sekalian, Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah sumber

makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar samasama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-bait ini sebelum saya menutup bicara : Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya. Sekian, terima kasih.

2. Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana, Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin –hadirat sekalian. Assalamualaikum pembuka bicara. Salam intelektual, salam 1 Malaysia. “Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum”. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, sebelum suara bergegak gempita, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu tajuk pidato ini. Hadirin sekalian, Secara ringkasnya, kegiatan kokurikulum dapat ditakrifkan sebagai aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut terrmasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana mendatangkan banyak faedah. Bagi mendiskusikan faedah ini, maka saya akan membawakan kepada anda dua indikator saya yang utama.

Hadirin yang dihormati,

Indikator saya yang pertama - kegiatan kokurikulum dapat memanfaatkan masa lapang murid. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya seperti merokok, melepak, mencuri dan lain-lain.Secara tidak langsung, pelajar akan dapat menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan membuat latihan pada setiap petang dan akan mengisi masa petang kita dengan melalukan perkaraperkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli

jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan, maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi seorang pemimpin dan lebih bijak menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka.

Hadiri sidang dewan sekalian,

Menelusuri indikator saya yang kedua - kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita boleh berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum.Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang erat sesama kita.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, suka untuk saya menyeru kepada rakan-rakan agar memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya. Sedang pepatah sudah berkata – badan sihat, otak cerdas.

Sekian, terima kasih.

3. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelami maudu‟ pidato yang berbunyi „Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya‟. Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia. Semarak kasih, sekalung budi buat Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma, penjaga masa yang setia, Dif-dif Tehormat, seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu tajuk pidato saya agar hadirin di dalam dewan ini dapat menghayati pidato ini bersama saya. Hadirin sekalian, Orang Melayu dahulu kala memang bijak mengaitkan perihal masyarakat dengan alam sekitar. Antaranya dengan mencipta bidalan „Melentur buluh biarlah ketika rebungnya‟. Secara ringkasnya, peribahasa „melentur buluh biarlah dari rebungnya‟ merupakan suatu suruhan untuk mengajar dan mendidik anak-anak biarlah selagi kecil, kerana apabila telah besar, keraslah hatinya dan sukar untuk diajar lagi. Oleh itu, secara ringkasnya tajuk pidato saya pada hari ini akan memperihalkan kepada anda semua betapa pentingnya bagi mereka yang bergelar ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi agar nilai murni yang diterapkan akan lebih mudah dicerna dan disemat terus dalam hati sehingga umur anak-anak mereka menginjak dewasa. Bagi mendiskusikan isu ini, maka saya akan membawakan kepada anda dua insikator utama. Hadirin yang dimuliakan, Indikator saya yang pertama – fasa „rebung‟ merupakan fasa di mana kanak-kanak belum terdedah dengan pengaruh luar. Dalam fasa ini, fikiran kanak-kanak masih bersih daripada

segala unsur negatif. Kanak-kanak juga mudah diajar dan mudah menerima apa-apa yang diajarkan kepadanya.

Dalam bidalan ini, anak-anak digambarkan seperti rebung yang lembut dan mudah dibentuk. Jika ibu bapa hendak mendidik anak-anak, haruslah mndidiknya ketika anak itu masih kecil. Hal ini kerana, apabila anak-anak tersebut sudah meningkat dewasa, proses mendidiknya sudah matang. Sebagai contoh, semasa fasa ini kanak-kanak diwajibkan supaya ke sekolah ketika umur mereka menjangkau tujuh tahun. Mereka diajar secara berperingkat-peringkat dari peringkat mengenal huruf sehinggalah mereka tahu membaca, menulis, mengira dan mengira dengan sendirinya. Jika dibandingkan dengan orang dewasa yang baru hendak belajar membaca, menulis dan mengira, kanak-kanak lebih mudah mempelajari apa-apa yang diajarkan kepada mereka. Hadirin pemberi semangat, Indikator saya yang kedua – fasa „buluh‟ merupakan fasa di mana para remaja mudah terpengaruh dengan anasir luar. Keruntuhan akhlak yang berlaku pada zaman ini sering kali dikaitkan dengan golongan remaja. Berbagai-bagai-bagai gejala sosial yang berlaku seperti vandalisme, kes buli, ponteng sekolah dan lain-lain. Hal ini demikian kerana ibu bapa gagal mendidik anak dengan nilai-nilai murni dek lantaran terlalu sibuk mengejar kemewahan dan material. Mereka terlupa bahawa keruntuhan akhlak remaja akan membawa musibah besar kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang. Dalam menelusuri cabaran dunia ini, para remaja lebih gemar meminta nasihat dari rakan sebaya berbanding ibu bapa atau guru. Oleh itu, bagai memastikan para remaja ini tidak terjerumus ke lembah yang hina, maka ibu bapa perlulah memberikan panduan serta pegangan agama yang mantap kepada anak-anak mereka sejak kecil agar anak-anak ini tidak mudah tergelincir apabila dewasa. Hadirin-hadirat sekalian,

Akhir kata, jelaslah bahawa ibu bapa berperanan membentuk anak-anak mereka sejak kecil. Akhlak yang baik dan mulia semasa kecil mampu menjadi benteng yang kukuh kepada anak-anak daripada gejala negatif. Peribahasa „melentur buluh biarlah dari rebungnya „ ini patut menjadi pegangan bagi setiap ibu bapa dalam proses mendidik anak-anak.

Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya – Mari berjalan ke kedai nyonya, Sambil membawa sebakul raga, Melentur buluh biar dari rebungnya, Buluh tak patah, cantik pula acuannya.

Sekian, terima kasih.

4. Membaca Kunci Kejayaan

6. Pentingnya Belajar Komputer

7. Faedah Kelas Tuisyen

10. Bergotong- royong Amalan Mulia

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful