1 BAB 7 – MALAYSIA YANG BERDAULAT 7.1 Idea Pembentukan Malaysia 1.

Idea penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu pentadbiran telah disuarakan oleh British sejak tahun 1887 lagi. 2. Namun, cadangan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan. 3. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan beliau untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei. 4. Sekiranya bergabung dalam Persekutuan Malaysia, negeri-negeri yang masih menjadi tanah jajahan British seperti Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri naungan British iaitu Brunei akan mendapat kemerdekaan. 7.2 Matlamat Pembentukan Malaysia 1. Pembentukan gagasan Malaysia adalah bertujuan untuk menyekat ancaman komunis di Asia Tenggara. 2. Penggabungan negeri-negeri itu akan memesatkan lagi perkembangan ekonomi secara keseluruhannya. 3. Tunku Abdul Rahman menggalakkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk mengimbangi komposisi kaum. 4. Beliau bimbang kemasukan Singapura sahaja akan menyebabkan bilangan kaum bukan bumiputera akan melebihi kaum bumiputera. 5. Penggabungan dalam Persekutuan Malaysia merupakan satu penyelesaian untuk menamatkan pemerintahan British di Singapura, Sabah, dan Sarawak. 7.3 Reaksi terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia Reaksi Negeri-negeri yang terlibat dalam cadangan Persekutuan Malaysia 1. Di Tanah Melayu secara keseluruhannya rakyat menyokong pembentukan gagasan Malaysia. 2. Parti PETIR di Singapura juga menyambut baik gagasan tersebut demi kepentingan keselamatan. 3. Terdapat juga pihak yang menentang iaitu Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh. 4. Pada peringkat awal, penduduk Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia kerana bimbang akan dikuasai oleh pemimpin Tanah Melayu.

©Panitia Sejarah SMK Kamil

2 5. Antara pertubuhan yang menentang gagasan Malaysia ialah: (a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP) (b) Parti Rakyat Brunei (c) United National Kadazan Organization (UNKO) (d) Sarawak National Party (SNAP) (e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) 6. Namun setelah diberi penerangan, ramai penduduk telah menyokong gagasan Malaysia. 7. Sultan Brunei pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia. 8. Namun setelah berlakunya pemberontakan oleh A.M. Azahari, baginda mengambil keputusan untuk tidak menyertai Persekutuan Malaysia. Reaksi dan Negara-negara Jiran 1. Indonesia telah menentang Persekutuan Malaysia yang dianggap sebagai negara neokolonialis untuk mengukuhkan kedudukan Britain di Asia Ten ggara. 2. Indonesia turut melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. 3. Filipina juga menentang penubuhan gagasan Malaysia. 4. Penentangan diketuai oleh Presiden Macapagal yang mendakwa Kesultanan Sulu adalah sebahagian daripada Filipina. Reaksi Negara Barat 1. Amerika Syarikat dan Britain menyokong pembentukan gagasan Malaysia untuk menyelamatkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis dan memelihara kepentingan ekonomi masing-masing di rantau ini. 2. British pula menyokong kemasukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana kedua-dua wilayah tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada penjajah British. 7.4 Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia Langkah ke Arah Pembentukan Malaysia Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

©Panitia Sejarah SMK Kamil

3 1. Mesyuarat ini diadakan antara pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dengan Singapura. 2. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penubuhan Malaysia. 3. Dalam persidangan itu, Jawatan kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) 1. Dipengerusikan oleh Donald Stephens. 2. Tujuannya ialah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan mereka berkaitan dengan gagasan Malaysia. Suruhanjaya Cobbold 1. Ditubuhkan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia. 2. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) 1. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji peruntukan perlembagaan berkaitan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. 2. Pemimpin Parti Perikatan Sabah mengemukakan 20 Perkara Sabah untuk dipertimbangkan oleh JAK. Cabaran dari Negara Indonesia dan Filipina 1. Indonesia dan Filipina menentang penubuhan gagasan Malaysia. 2. Antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah penentangan ialah: (a) Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan Subandrio. (b) Membentuk pakatan serantau iaitu MAPHILINDO. 3. Indonesia dan Filipina akan menyokong Malaysia jika penduduk di Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Persekutuan Malaysia. 4. Oleh itu, Suruhanjaya PBB di bentuk untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia. 7.5 Konfrontasi Indonesia dan perdamaian 1. Indonesia melancarkan konfrontasi kerana terpengaruh dengan Parti Komunis Indonesia. ©Panitia Sejarah SMK Kamil

4

2. Selepas penubuhan Malaysia, konfrontasi diperhebatkan.

3. Antara Iangkah yang diambil untuk menghadapi konfrontasi ialah: (a) Menghantar bantahan rasmi ke PBB. (b) Askar Wataniah diwujudkan untuk membantu pasukan keselamatan. (c) Menghantar perwakilan ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk menangkis propaganda Indonesia yang memburukkan Persekutuan Malaysia. 4. Konfrontasi terhadap Malaysia berkurangan selepas gerakan GESTAPO di Indonesia. 7.6 Perisytiharan Malaysia 1. Laporan PBB tidak dapat dikeluarkan pada tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia kerana terdapat kerumitan semasa menjalankan tinjauan. Tarikh penubuhan Malaysia yang ditetapkan pada 31 Ogos 1963 ditunda sehingga Laporan PBB dapat disiapkan pada 14 Sep tember 1963. 3. Laporan PBB membuktikan lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. 4. Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963. 5. Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. 6. Laporan tentang 20 Perkara Sabah turut menjadi asas Perjanjian Malaysia. 7. Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat peruntukan bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti: (a) Dibenarkan menguasai hal ehwal dalam negeri masing-masing. (b) Kaum bumiputera mendapat hak keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu. (c) Bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai bahasa rasmi. 7.7 Pemisahan Singapura 1. Semasa pilihan raya Parlimen 1964, Parti PETIR telah bertanding untuk menentang Parti Perikatan. ©Panitia Sejarah SMK Kamil

5

2. Pemimpin PETIR telah mem bangkitkan sentimen perkauman semasa kempen pilihan raya. 3. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. 4. Singapura dipisahkan secara rasmi dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

©Panitia Sejarah SMK Kamil