1.

0 PENGENALAN

Kerja kursus ini, menjelaskan kepada kita tentang kompetensi kecerdasan emosi iaitu emosi positif dan emosi negatif, seterusnya cara mengurus emosi dalam sesuatu situasi yang tegang, atau tidak dapat dikawal. Selain itu, kerja kursus ini juga bertujuan untuk mengkaji pandangan dan maksud seseorang individu terhadap

kecerdasan emosi. Melalui pencarian saya dalam internet, dan buku-buku yang berkenaan, saya telah dapat mentafsirkan dan menyatakan kesemua maklumat dan pandangan orang lain terhadap kecerdasan emosi.

Apakah

maksud kecerdasan emosi?

[ Steiner (1997) menjelaskan pengertian kecerdasan emosi bahawa “suatu kemampuan yang dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri terekspresikan untuk meningkatkan maksimal etis sebagai kekuatan peribadi”. Seterusnya, Mayer dan Solovey (Goleman, 1999;

Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memandu fikiran dan tindakan. ] ( http://belajarpsikologi.com/pengertian-kecerdasan-emosional-eq/ )

1

Menurut Danial Goleman (1995) , keberkesanan IQ. [ IQ adalah

EQ

adalah prasyarat untuk

singkatan kepada "Intelligence Quotient". Oleh itu, IQ adalah suatu

"Quotient" bermaksud suatu ukuran piawai.

ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran. ] ( http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KepintaranIQ.pdf ) Jadi ia bermaksud, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak kita rosak ataupun sesuai dikatakan sebagai kecacatan emosi. Pernyataan penilaian seseorang individu intelektual (IQ) bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan (EQ). EQ

tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi

meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu , termasuk aspek kesihatan dan sosial.

[ („Working with Emotional Intelligence‟:Goleman ,D .1998) Berpendapat bahawa IQ bersifat relative tetap , sementara EQ bersifat boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari. ] ( http://www.scribd.com/doc/50176120/KOMPETENSI-KECERDASAN-EMOSI )

Gardner (1983) dalam bukunya Frames Of Mind mengenal pasti 7 jenis kecerdasan manusia yang mana antara dua di antaranya kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal merupakan kecerdasanyang berkait rapat dengan emosi. Menurut Gardner, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan

memahami orang lain, manakala kecerdasan intrapersonal ialah kebolehan membetuk diri sebagai model sesuai dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam kehidupannya.

2

2.0 SENARAI EMOSI POSITIF                           Berhati-hati Berdaya Saing Mengambil berat Bersalah Optimis Penghormatan kendiri Pengurusan konflik Berorientasikan pencapaian Membangunkan individu Keyakinan diri Inisiatif Mencukupi Kagum Terjamin Mampu Terpesona Ceria Belas kasihan Berani Keyakinan Gembira Bersemangat Bertenaga Empati Syukur Anggun                                   NEGATIF Marah Cemas dan bimbang Tidak peduli Bosan Dibebani Kecewa Takut Tamak Sedih Diganggu Teragak-agak Acuh-acuh Tidak sabar Menakutkan Terpencil Jengkel Cemburu Senewen Kesepian Gila Dimanipulasi Sengsara Menjijikkan Terharu Panik Tekanan Membalas dendam Malu Sedih Curiga Letih Tidak selesa Gelisah Membantah SENARAI EMOSI 3 .

melakukan kekeliruan Optimis seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah Penghormatan kendiri keupayaan dan kesedaran untuk memahami.1 POSITIF Berhati-Hati memberi perhatian atau pertimbangan yang teliti. Berdaya Saing kemampuan menghasilkan produk barang dan jasa yang memenuhi pengujian internasional. dan dalam saat bersamaan juga dapat memelihara tingkat pendapatan yang tinggi dan berkelanjutan.2. atau kemampuan daerah menghasilkan tingkat pendapatan dan kesempatan kerja yang tinggi dengan tetap terbuka terhadap persaingan eksterna Mengambil Berat memberi perhatian tentang seseorang Bersalah berbuat keliru. menerima serta menghormati diri sendiri Pengurusan konflik individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan dalam kumpulannya 4 .

kekuatan .Berorientasikan pencapaian desakan untuk membaiki prestasi bagi memenuhi piawai kecemerlangan yang ditetapkan Membangunkan individu mengesan bagaimana orang lain dapat berkembang dan memberi galakan kebolehan dan keupayaan mereka Keyakinan diri nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri disamping mempamerkan kesungguhan untuk mencapai sesuatu Inisiatif sesuatu individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang dan bersedia untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin Mencukupi Memadai. kesanggupan (untukmelakukansesuatu). lengkap (keperluan. hairan. sangat terpikat (tergiur) hatinya. kebolehan.keinginan) Kagum Berasa amat tertarik. gembira (perwatakan) 5 .berkemampuan dan mempunyai kesanggupan Terpesona terkena daya tarik. terkagum-kagum Ceria riang. takjub. Terjamin terjaga Mampu kemampuan.

keriangan Bersemangat berjiwa. berterima kasih dan berasa berhutang budi kepada seseorang Anggun elok. mempunyai tenaga Empati Empati adalah kemampuan menyelami perasaan orang lain tanpa harus tenggelam. sedih melihat orang lain menderita Berani mempunyai hati yang mantap dan rasa percaya diri yang besar dalam menghadapi bahaya. tidak takut Keyakinan kepercayaan yang sungguh-sungguh. gaya) 6 .BelasKasihan perasaan simpati. ketentuan Gembira keadaan gembira. kesukaan. maksud atau tujuan yang terkandung dalam sesuatu perjanjian (ucapan dan lain-lain) Bertenaga berkekuatan. Empati adalah kemampuan dalam mendengarkan perasaan orang lain tanpah harus larut. kesulitan. kepastian. Syukur Memuji. tampan (pakaian. tingkah laku.

Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal. dihina. Cemas dan Bimbang Perasaan cemas dan kebimbangan mungkin menyebabkan gangguan. Takut Ketakutan sebenarnya adalah emosi yang mampu mengawal kita dan melindungi kita ketika ia masih terkawal.namun ketakutan yang berlebihan membuatkan kita tidak mampu berbuat apa. Bosan sudah tidak suka lagi kerana sudah terlalu sering atau banyak dan juga jemu Dibebani menyusahkan seseorang dengan kerja atau tanggungjawab Kecewa Kekecewaan sememangnya tercetus dari diri kita apabila harapan dan impian tidak kesampaian. Tidak Peduli Tidak kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. haloba 7 . Gangguan ini boleh memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu itu.2.apa. Tamak ingin memiliki sesuatu tanpa batasan. gusar dan lain-lain.2 NEGATIF Marah Marah ialah berasa panas hati kerana ditipu.

8 . Cemburu iri hati (kerana orang lain pandai. mengendahkan Menakut-nakutkan membuat sesuatu (mengugut dll) supaya takut Terpencil terasing daripada yang lain.dibiarkan sahaja atau disia-siakan Tidak sabar teruru. berlawanan (berlaku spt musuh dng musuh) diabaikan rasa tidak diberi perhatian. tidak tenang Acuh-acuh peduli. tercegah. dan lain-lain) Senewen . terhalang Teragak.Sedih Sedih merupakan salah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan. dan muncul akibat penderitaan kerana luka.bermusuhan. gugup. bingung.buru . berharta.agak berfikir panjang. tidak dipedulikan. hilang akal. tersendiri Jengkel berasa sangat kesal kerana tidak sampai maksud dll. mengambil berat. derita dan sakit Diganggu Rasa terusik.

gugup. hidup dalam keterasingan kerana kehilangan Gila tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya. paksaan: Membalas Dendam perbuatan membalas perbuatan orang lain krn sakit hati atau dengki Malu Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. tidak ramai. sunyi. atau takut dengan mendadak Tekanan desakan yang kuat. lengang. tidak suka melihat) kerana kotor (keji dan lain-lain) Terharu berasa hiba (kasihan.Kesepian Kesepian merupakan suatu perasaan pedih. 9 . ingatannya) Dimanipulasi perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu atau mengejarkan sesuatu dengan cekap Sengsara kesulitan dan kesusahan hidup.rawan hati) Panik bingung. penderitaan Menjijikkan meluat (mual.

dan senang Gelisah tidak tenteram. selalu merasa khawatir (tt suasana hati). tidak sabar lagi dl menanti Membantah Tidak salah sekiranya kita membantah sesuatu keputusan sekiranya kita tahu bahawa keputusan tersebut ialah salah 10 .Sedih Hati berasa pilu Curiga kurang percaya atau sangsi tentang kebenaran atau kejujuran seseorang Letih tidak bertenaga (kerana baru selesai kerja berat dsb). tidak tenang (tt tidur). lelah sekali: Tidak Selesa keadaan tidak selesa.

3.0 CARA MENGURUS EMOSI 11 .

4. Buruh tersebut mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun itu dengan tali rafia. Seks! Satu daripada nikmat hidup. Peristiwa yang tidak bermoral ini telah berlaku di negeri Perak. malahan berperang. bukan lisan. jadi gila kerananya. Dia tidak dapat mengawal nafsu seksualitinya. Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan hujah-hujah. visual. gagal mengawal keadaan serta membenarkan emosi mempengaruhi keputusan yang dibuat. tertuduh iaitu buruh berharap mahkamah dapat meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka yang juga miskin. Mangsa telah mengalami gangguan seksual yang mendalam dari segi mental dan fizikal. sampai terlupa yang mangsa merupakan anak sendiri. Justeru. tetapi sekarang banyak manusia termasuk buruh. psikologi atau fizikal. Bagaimanapun hakim tidak menimbang rayuan itu kerana perbuatannya disifatkan lebih buruk daripada haiwan. Gangguan seksual ini merupakan sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan. buruh tersebut iaitu ayah kepada anak berusia 10 tahun itu.Tajuk berita yang dipilih ialah “ 14 Rotan Balasan Rogol Anak “. Buruh yang berusia 45 tahun itu. telah terlalu mengikut emosi diri.0 REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI Saya telah memilih satu berita dari akhbar Berita Harian ( JUMAAT 26 OGOS 2011) yang mencerminkan emosi seorang ayah dan anaknya. fakta dan rayuan tertuduh. Teluk Intan pada bulan lalu. ada yang bergaduh. berbunuhan. Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori. Dalam rayuannya. Dalam peristiwa yang menjijikkan ini. Hakim yang mengendalikan kes tersebut telah menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap buruh tersebut. iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap 12 . telah dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen selepas dia mengakui salah laku dan perbuatan keji yang dilakukannya.

Buruh tersebut telah mengalami situasi ini dengan bertindak sebagai seorang saiko. Tanpa syak mangsa mengikut arahan ayahnya. Dalam situasi ini juga . mencederakannya. kerana tidak tahu cara menguruskan perasaan dirinya itu. Perlakuan ini dikatakan di luar batas pemikiran waras. Hal ini menggambarkan kekejaman dan perasaan marah seorang ayah yang tidak menggunakan emosi positifnya. Apabila emosi marah meluap-luap dalam hati akhirnya menyebabkan manusia bertindak ganas dan tidak dapat mengawal perasaannya. dikatakan bahawa semasa kejadian hanya buruh dan anaknya yang berada di dalam rumah dan buruh mengajak anaknya masuk ke dalam bilik tidur. selepas membogelkan mangsa . Dikatakan kemarahan itu bagaikan api yang meniup pada lampu dalam fikiran. Dia juga telah melepaskan kemarahannya terhadap mangsa kerana hanya dia berada dalam rumah pada masa itu. namun mangsa takut selepas diugut akan dicederakan. mangsa telah mengalami gangguan seksual berbentuk ugutan.mengelak perasaan marah dalam hubungan dengan anaknya yang boleh menyebabkan keganasan yang melampau seperti kes merogol ini. Keganasan atau bertindak ganas sering berlaku apabila manusia tidak dapat mengawal perasaan ketika marah. Unsur-unsur kemarahan yang tidak terkawal membuatkan manusia bertindak ganas dan akhirnya menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Mangsa yang terkejut dengan tindakan ayahnya itu meronta dan cuba melepaskan diri .buruh bertindak mengikat kaki dan tangan anaknya itu dengan tali rafia sebelum merogolnya. Secara langsung.ketenteraman peribadi (sexual annoyance). Seharusnya buruh itu . Selain itu.kita dapat melihat bahawa buruh tersebut diselubungi dengan emosi negatifnya sahaja. Kemarahan yang tidak dikekang sering kali menyebabkan pelbagai perkara tidak baik. Seterusnya. dan sebaik masuk ke dalam bilik buruh terus menerkam seluruh badan mangsa dan meraba-rabanya. dan mengugut akan 13 .

Hal ini akan membuatkan kita bertindak salah .Sudah tentu. dan menjalani hidup yang stabil di mana buruh tersebut telah lupa mengaplikasinya. Emosi kita tak menentu dan fikiran sering terganggu. sabar dan sentiasa 14 . Tugasan kerja yang bertimbun. kejam. jijik dan saiko. atau pun keluarga pasti juga turut terjejas. dengan keadaan kita yang cepat naik angin. fizikal. Apa tidaknya. keutamaan ikhlas.mental dan sekeliling mangsa. darah tinggi dan lain-lain. Apabila kita lihat situasi mangsa pula. anak tersebut sekarang sudah pasti terganggu dari segi mental dan fizikal. apakah emosinya sekarang? Sudah tentu anaknya sekarang dalam keadaan trauma di mana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah dirogol ! Justeru. tak tentu pasal melenting marah-marah. Secara tak langsung kesihatan diri pasti akan turut terjejas seperti mudah pening kepala. Di sini saya dapat menyeneraikan beberapa faktor yang mungkin telah menganggu emosi diri buruh tersebut. taat kepada Tuhan. Keadaan ini dapat memudaratkan situasi. masalah keluarga. gagal mengawal emosi diri. migrain. Perasaan runsing. Mendidik hati dan jiwa dengan sifat sabar memerlukan latihan dan amalan. Perkara ini juga mungkin telah mempengaruhi buruh tersebut apatah lagi memikirkan keluarganya yang miskin. Dari segi perhubungan pula. Seterusnya. tak kiralah dengan kawan-kawan sekerja. Jadi punca kesemua ini ialah. Walaubagaimanapun kita dapat mengatasi kesemua masalah ini jikalau kita mengenali cara-cara yang betul bagi menstabilkan keadaan diri dari segi mental dan fizikal. dan masalah dengan kawan-kawan atau orang di sekeliling biasanya akan membuat kita sukar mengawal emosi diri. anak berusia 10 tahun itu tidak dapat menjalani kehidupan yang stabil lagi. kita tidak akan berada dalam keadaan yang waras. harus belajar mengawal emosi diri bagi mengawal keadaan . Pendidikan yang dilakukan secara berterusan dengan amal dan akhlak yang baik akan dapat meningkatkan emosi baik atau kecerdasan emosi ke arah kebaikan dalam hidup.Sesiapa jua.tekanan ditempat kerja.bimbang dan sebagainya kadang-kadang membuatkan kita jadi cepat marah dan melenting tak tentu pasal.

Kita juga boleh mendengar muzik yang diminati. Sifat sabar juga sebagai pendinding kepada sifat marah dengan menjauhi akhlak yang buruk dan menggantikannya dengan akhlak baik dan terpuji.minum minuman kegemaran. apabila kita meluangkan masa bersama keluarga hubungan akan menjadi lebih erat dan sejahtera. jangan sesekali memaksa diri jika fikiran kita memang tidak dapat menerimanya. bulan atau tahun secara tak langsung membuat kita jemu dan bosan. Sepatutnya buruh tersebut juga megenepikan masa bagi anak-anak dan isterinya. apabila kita rasa tidak selesa atau kita perasan bahawa emosi kita terganggu . Walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan segera.buat sesuatu dan lakukan aktiviti yang baru.kita harus cuba tumpukan perhatian dan fikiran pada perkara lain . Oleh itu. Ini akan membuatkan emosi kita makin tak menentu.tak tentu arah dan sukar berfikir dengan tenang. Kita boleh memikirkan perkara-perkara yang pernah menggembirakan kita dahulu supaya emosi kita dapat kembali stabil semula. Cubalah kita tukar rutin seharian . Sekiranya kita tertekan dengan setiap bebanan tugas yang perlu dilaksanakan ditempat kerja mahu pun dirumah.kita harus cuba luangkan masa untuk berehat sekejap iaitu belajar untuk tenangkan diri. Jikalau. buruh tersebut cuma duduk di rumah. Justeru. kerana tiada rasa kasih sayang yang ikhlas dan suci terhadap anaknya.Yang penting adalah kita keluar dari keadaan tekanan tersebut. Sementalahan itu. kita harus sediakan waktu berehat yang cukup. mungkin sekarang dia boleh keluar melakukan aktiviti luar 15 . Misalnya jika sebelum ini selepas pulang dari kerja. Akhir sekali. Seharusnya buruh tersebut mengaplikasikan perkara ini semasa dia di bawah genggaman nafsu.menerima suratan dan musibah yang ditentukan dapat mengawal kemarahan. Buruh tersebut telah dapat melakukan perkara keji itu.buruh tersebut mengamalkan sifat kesabaran sudah tentu dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan perkara kotor itu. Apa saja yang kita rasa senang dan tenang boleh dilakukan. Mungkin rutin harian kita sentiasa sama setiap hari. kita harus belajar membuat pembaharuan hidup. atau berjalan-berjalan menghirup udara segar. Ia sebenarnya akan mempengaruhi perasaan dan fikiran kita yang mengakibatkan kita cepat jadi tegang.

senaman di gym atau senaman yoga dan lain-lain. Secara keseluruhannya. kalau buruh tersebut mengurus emosinya dengan baik keadaan akan bertambah baik dan dia dapat mendirikan keluarga yang lebih bahagia. aerobik. Apa yang paling penting ialah keinginan diri sendiri sama ada mahu menjadikan diri sebagai seorang yang sentiasa yang beremosi tenang. 16 . terkawal atau pun dan seorang gembira. Kegembiraan itu pasti membuatnya lebih tenang dan tenteram. tenteram Keinginan diri sendiri adalah kuasa yang paling hebat dan penawar yang paling mujarab dalam hidup kita. tak sabar.belajar menari.seperti menyiram pokok bunga . Demikianlah beberapa mengawal keadaan cara emosi yang diri boleh anda praktikkan untuk yang tak menentu. Sudah tentu emosi dirinya gembira membuat sesuatu yang baru.

iaitu fikiran saya membentuk apa yang ingin lakukan. pengurusan kendiri.0 REFLEKSI INTROSPEKTIF Soalan ini menyatakan perasaan dan emosi diri saya. minum. Saya seorang yang bersifat optimis. Walaupun cepat mengalah dengan keadaan. inisiatif dan keyakinan diri. PENHORMATAN KENDIRI Seterusnya.cara saya mengawal emosi diri saya.berfikir telah menjadi bahagian yang tak terpisah dari kehidupan. walaupun kadang kala keadaan diri saya memberi kekangan dan mendatangkan masalah namun saya tetap cekal dan berusaha untuk merealisasikan matlamat hidup. saya juga mempunyai emosi yang sama seperti kebanyakkan orang. penghormatan kendiri adalah keupayaan dan kesedaran untuk memahami. namun 17 .di samping emosi diri sebagai seorang pelajar dan bakal guru nanti. Sebenarnya dalam soalan ini . Saya berkata demikian kerana. berfikir sudah menjadi penting dalam kehidupan bagai makan. tidur dan bagi segala rutin harian. OPTIMIS Optimis bermaksud seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. menghadapi cabaran di samping menjalankan rutin harian saya dengan tabah. Tetapi saya menggunakan buah fikiran saya secara positif dan juga secara negatif apabila situasi memaksa. menerima serta menghormati diri sendiri.5. Tanpa sedar. saya rasakan. saya seorang yang mengamalkan sifat penghormatan kendiri. Antara emosi-emosi positif yang saya sering mengaplikasikan ialah optimis. Bagi saya. tetapi soalannya berapa orang yang berfikir secara positif ?. Kini saya semakin sedar akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.saya dikehendaki menyeneraikan emosi positif dan emosi negatif serta cara. Di mana pun dan dalam keadaan bagaimana pun. Bagi kebanyakkan orang. dan yang saya inginkan.

Saya sentiasa berusaha untuk membuat perubahan terutamanya ketika berhadapan dengan masalah dalam melaksanakan tugasan.saya tetap berusaha menguatkan diri untuk bangkit kembali . Individu ini juga akan mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan atau dijangkakan disamping mengenepikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu dalam menyelesaikan tugas. Selain itu. orang lain turut dimobilisasikan menerusi usaha-usaha yang berfaedah dan luar biasa. Saya mengamalkan emosi positif ini dalam kehidupan seharian saya . Contohnya. “ KEYAKINAN DIRI Keyakinan diri pula didefinisikan sebagai pasti dengan nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri di samping mempamerkan kesungguhan untuk mencapai sesuatu.Saya juga menanamkan prinsip bahawa orang hanya akan menghormati saya apabila saya terlebih dahulu menghormati diri saya sendiri. sementara saya membeli yang baru. Jadi antara emosi-emosi negatif yang dapat saya teliti dalam kehidupan seharian saya ialah membantah. ketika saya tidak mempunyai beg buku. marah dan kecewa dengan kedaan sekeliling. Sebagai seorang manusia. inisiatif bererti sesuatu individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang dan bersedia untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. “Respect yourself before you respected by others. percaya pada tenaga diri saya INISIATIF Sementalahan itu.saya akan cuba menggunakan beg plastik atau beg kertas. Saya yakin bahawa saya berkebolehan untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain di samping sendiri. 18 .sudah tentu kita akan melakukan kesalahan dan tertakluk kepada emosi-emosi negatif juga.

MARAH Yang kedua. Bagi menghadapi perasaan ini. sekiranya kita membantah tanpa berfikir dengan jelas dan waras maka bantahan kita itu tidak wajar. kita seharusnya menjadikan kekecewaan tersebut sebagai pengajaraan. dan mengawal emosi marah saya dari semasa ke semasa. Kekecewaan sememangnya tercetus dari diri kita apabila harapan dan impian tidak kesampaian. Sekurang-kurangnya kita harus mengambilnya sebagai nasihat dan bukan bantahan. kerana dia tidak 19 . Ini akan menjadi satu ingatan kepada kita. namun. Tetapi kini. Emosi marah juga akan mendorong kita bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata. Walaupun saya tidak mempunyai fakta untuk membantah pandangan atau keputusan mereka saya tidak peduli. Saya dapat menerima pandangan dan kritikan dan juga memberi pendapat saya sendiri. maka dialah musuh saya selama-lamanya. Saya selalu berasa kecewa dengan kehidupan saya. Selepas mengetahui cara mengawal emosi saya sudah dapat mempraktikkannya. Tidak salah sekiranya kita membantah sesuatu keputusan sekiranya kita tahu bahawa keputusan tersebut ialah salah. termasuk diri kita sendiri. Kesan daripada perasaan marah ialah boleh membahayakan diri kita sendiri. Saya selalu menyalahkan Tuhan. emosi membantah. KECEWA Yang terakhir emosi kecewa.MEMBANTAH Pertama sekali. dan hakitat kehidupan. Membantah nasihat atau cadangan yang baik juga satu contoh perlakuan yang seharusnya kita elak. emosi marah. Saya selalunya suka membantah pandangan orang lain. tetapi ababila seseorang membuatkan saya marah.mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai. Perasaan marah saya akan meluap-luap setiap kali saya mellihatnya. Ini telah mengakibatkan saya kehilangan kawan pada masa dahulu. Saya merupakan seorang pemarah dan tidak dapat mengawal kemarahan saya dalam situasi-situasi yang tertentu. Sebenarnya saya seorang yang ceria serta sering memberikan senyuman kepada orang ramai. saya lebih bersikap keterbukaan.

bagi apa yang saya inginkan. Tetapi saya mengatasi keadaan dan emosi saya yang negatif ini dengan memberi pendahuluan kepada emosi positif seperti kesenangan dan kenyamanan.apa yang terlintas dalam buah fikiran saya ialah. saya juga ingin meneliti emosi saya sebagai bakal guru.atau pendidik kepada anak-anak murid generasi yang akan datang. Justeru . Tambahan pula. Saya akan cuba 20 . kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti . Sekarang saya sedar yang saya perlu berusaha lebih bagi mencapai keinginan saya. guru. kakitangan dan ibu bapa tanpa mengira kaum dan bangsa. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. perasaan kecewa juga bukanlah cara Sebagai seorang pelajar dan penimba ilmu. Hal ini membebankan saya. perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih Cabaran ini didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan. Selain itu. masalah sekolah juga semakin bertambah apabila ini seterusnya bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Saya akan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini dalam tempoh empat tahun lagi. penyelesaiannya. Saya juga akan menstabilkan emosi saya bagi memupuk perpaduan di antara pelajar. emosi saya sering kala terganggu dan tidak stabil. apabila terpaksa menyiapkan kesemua kerja kursus yang diberi. dan tidak stabil apabila memikirkan tentang kesemua kerja kursus ini. yang merupakan mekanisme menyelamatkan diri secara jangka panjang dan menunjukkan gambaran besar yang membuat saya berfikir secara khusus dan memperhatikan hal-hal serta sesuatu secara detail. Justeru emosi saya juga sering terganggu. Situasi memperlihatkan persediaan seseorang guru iaitu saya berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. keadaan di sekolah sekarang menjadi semakin kompleks. Malah.apabila sering kali saya memikirkan hal itu. Hal ini kerana.

Saya berubah menjadi individu yang lebih berguna dan dapat mengawal emosi saya dengan lebih baik. saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan tentang cara bermoral dalam kehidupan seharian yang sempurna. Oleh kerana itu. Melalui kelas kuliah yang telah saya hadiri selama ini. dan keamanan hidup. ketenangan. kita perlu bijak menguruskannya demi kesejahteraan.membuat pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti yang mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko bagi memartabatkan lagi profesion perguruan. keharmonian. 21 . Emosi ialah sesuatu yang penting untuk seseorang insan. Saya akan sentiasa mengingati bahawa profesion perguruan merupakan perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian. Hal ini telah banyak membaiki diri saya yang sedia ada.

6. rasa bersalah.Kompetensi Sosial pula bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapatmengurus hubungannya dengan orang lain. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah. takut. memberi maaf dan sebagainya. Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapatmenguruskan dirinya sendiri. Kesedaran kendiri seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan isyarat dalamannya seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu mengetahui keadaandirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan sebagainya. Terdapat dua jenis Kompetensi Kecerdasan Emosi.0 KESIMPULAN Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Tuhan kepada manusia. Dengan mempelajari kompetensi kecerdasan emosi. iaitu Kesedaran kendiri dan Pengurusan kendiri. meluat. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu itu peroleh dia dapat menguruskannya dengan baik melalui keadaan dalamannya. Antaranya emosi positif dan juga emosi negatif. dukacita. 22 . murung. Sebagai seorang guru pelatih dan bakal guru nanti.Seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri. Terdapat dua cabang lain dalam kompetensi personal. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa keburukan dan memudaratkan keadaan yang sedia ada. tidak berharga. sedih. iaitu Kompetensi Personal dan kompetensi Sosial. Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. kini saya telah dapat mengurus emosi saya dengan baik. saya perlukan pengurusan emosi yang baik kerana kita akan menghadapi pelbagai cabaran pada era moden ini terutamanya dalam bidang perguruan dan pendidikan.

Pada mulanya. 23 . saya dapatmenganalisis kemahiran yang patut digunakan bagi menghadapi pelbagai situasi. Hal ini kerana .Pemahaman ini penting dalam membantu saya semasa sesi pengajaran tutorial. dan bakal guru yang akan berhadapan dengan realiti dunia di luar.saya telah menghadapi keadaan yang sukar bagi mencari maklumat yang berkenaan dengan tajuk Kecerdasan Emosi ini. guru pelatih. Melalui tugasan kerja kursus pendek ini juga saya dapat memahami lebih mendalam tentang isi kandungan mata pelajaran kompetensi kecerdasan emosi. menyiapkan kerja kursus ini. Dengan ini. Hasil daripada tugasan kerja kursus pendek ini .Dengan pengetahuan yang sedia ada tentang kemahiran EQ ini dapat menjadi garispanduan bagi menghadapi cabaran pada masa kini. Walaupun saya tidak tahu cara untuk menyiapkannya akhirnya saya berupaya menyiapkannya. Melalui tugasan ini juga.iaitu emosi-emosi positif dan negatif yang harus diparaktikkan dalam kehidupan seharian kita.Kefahaman yang tinggi penting untuk membolehkan saya membantu rakan yang kurang memahami tentang mata pelajaran yang diajari .0 REFLEKSI Setelah saya. saya telah merungut dan kurang selesa dengan kerja kursus ini. Secara keseluruhannya. Chandraroshini Suppiah .saya telah dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang kehidupan kita. saya telah mendapat implikasi baik kalau dibandingkan dengan implikasi negatif. saya telah menyedari kepentingan ilmu kemahiran yang dapat diadaptasikan dalam kehidupan kerana ia menyediakan pelbagai kaedah yang sistematik dalam menyelesaikan permasalahan harian di samping malah sebagai seorang penimba ilmu.7. saya dapat mengetahui bahawa matapelajaran EQ mempunyai dua subtopik yang utama iaitu kompetensi kendiri yang berkait dengan diri kita sendiri dan kompetensi sosial yang melibatkan masyarakat yang berada di sekeliling kita.

infosihat. from PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi: http://www. Retrieved Ogos 29. Retrieved Ogos 27.Cached 24 .html .my/html/download/Buletin. scribd.scribd. March ).www.8.gov.0 RUJUKAN . from http://jurnalpendidikan. from http://www.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06. Retrieved Ogos 27. -arsitek-peradaban.abatasa.. (2008)..html -Admin.com/post/..Self-Improvement-Mentor./Buletin_Q_Januari_2010. (2009).gov. Kompetensi Kecerdasan Emosi. 2011.my/penyakit/Remaja/MEMAHAMISEKSUALITI. (2010./tips-mengelola-emosi-marah .html -Mohamad Syafie Bin Samsir.com/list-of-human-emotions.risda.self-improvement-mentor. 2011.pdf -www..com . 2011.com/pedagogi/kompetensi-kecerdasanemosi/kompetensi-kecerdasan-emosi.com/doc/19593764/PPISMP-SEM-3Teras-Kemahiran-Emosi -hafizfirdaus.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful