1.

0 TUJUAN Kertas cadangan ini adalah untuk meminta kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjalankan dan membiayai penyelidikan yang bertajuk Kajian Hukum Hudud di Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2.1 Penyataan Masalah Dewasa ini, pelbagai kes-kes jenayah kerap terjadi terutamanya yang melibatkan golongan belia. Namun begitu, kadar peningkatan kes jenayah di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak

menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. “Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah. “Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam. Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan. “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai „bodyguard‟. “Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orangorang besar perlukan „bodyguard‟,” kata Musa. (Petikan akhbar online http://www.themalaysianinsider.com pada 13 Julai 2013)

Peningkatan kadar jenayah ini telah memberi gambaran jelas kepada masyarakat bahawa punca utama permasalahan tersebut adalah kurang menghayati pegangan agama. Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah atau suci. Dalam hal ini Nabi besar Muhammad S.A.W bersabda, 'Tidaklah dilahirkan seorang anak melainkan atas fitrah' (Hr. Muslim). Namun begitu, pencorakan atau didikan daripada ibu bapa menentukan peribadinya. Agama mengajar manusia untuk hidup dalam keadaan yang aman dan menjauhi kerosakan serta kejahatan. Al-Quran diturunkan kepada umat untuk dijadikan panduan dan rujukan. Firman Allah; Maksudnya; "Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (AlQur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang berserah diri." (Surah Al-Nahl, ayat 89) Tuhan Yang Maha Mengetahui telah memberi panduan kepada manusia untuk mencorakkan hidup mereka dengan pencorakan-Nya Yang Maha Sempurna. Hukum hudud daripada segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegah. Manakala hukum hudud daripada segi istilah pula telah ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. Firman Allah; Maksudnya; “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orangorang yang zalim” (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Penyelesaian kepada masalah umat adalah kembali kepada agama dan Tuhan. Peningkatan kadar jenayah akan dapat dikurangkan dengan pelaksanaan hukum hudud kerana setiap apa-apa yng telah ditetapkan Allah itu adalah sempurna tanpa cacat cela. Hanya kita mampu mengubah keadaan diri kita sendiri begitu juga nasib negara dan generasi akan datang. Firman Allah; Maksudnya; "Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra‟d, ayat 11)

2.2 Matlamat Kajian ini bertujuan untuk memberikan kefahaman sebenar tentang pelaksanaan hukum hudud kepada masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Jumlah penduduk Malaysia pada 2010 ialah 28.3 juta, dengan orang Melayu sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk. Bangsa Cina ialah kaum kedua terbanyak dengan 6.4 juta orang merangkumi 22.6% daripada populasi. Bumiputera lain (terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung dan bangsa pribumi Sabah dan Sarawak) menduduki tempat ketiga dengan bilangan 3.3 juta orang (11.7%). Bangsa India di tempat seterusnya dengan 1.9 juta orang (6.7%).

(Statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010)

Taburan penduduk Malaysia

melayu cina peribumi sabah dan sarawak india

2.3 Objektif

1) Mengkaji persepsi masyarakat tentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia 2) Mengenalpasti alternatif mendidik masyarakat untuk memahami pelaksanaan hukum hudud di Malaysia 3) Memahami kefahaman tentang pengertian, tujuan dan kaedah pelaksanaan hukum hudud di Malaysia

3.0 SKOP KAJIAN Skop kajian yang dijalankan adalah terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Mereka adalah pelajar Tahun 2, Fakulti Kejuruteraan Petroleum Dan Tenaga Yang Diperbaharui sebanyak 50 orang yang terdiri daripada pelajar Islam dan bukan Islam.

4.0 HIPOTESIS KAJIAN Pelajar pada masa kini majoritinya kurang faham tentang hukum hudud. Hal ini disebabkan mereka tiada kesedaran tentang penghayatan agama.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN i. Persepsi pelajar Kajian ini dapat mengenalpasti persepsi pelajar terhadap hukum hudud.

ii. Faktor persepsi Terdapat pelbagai persepsi pelajar berkaitan dengan hukum hudud. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi pemahaman dan penghayatan pelajar. Berikut adalah faktor-faktor seperti cara hidup pelajar, pengaruh persekitaran, didikan agama, dan penghayatan pelajar terhadap Islam.

iii. Cara mengatasi Berdasarkan faktor-faktor dan maklumat yang diperolehi, persepsi pelajar terhadap hukum hudud dapat dibaiki agar mereka dapat memahami pengertian sebenar tentang hukum hudud.

6.0 METHODOLOGI KAJIAN Terdapat beberapa methodologi yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapat maklumat dan data-data yang diperlukan. Kajian dijalankan dengan kaedah soal selidik terhadap pelajar. Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan.

ii.

Instrumen kajian Berdasarkan objektif kajian di atas, kerangka konseptual kajian adalah seperti berikut :
MENGKAJI PERSEPSI MASYARAKAT TENTANG PELAKSANAAN HUKUM HUDUD MENGENAL PASTI ALTERNATIF MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK MEMAHAMI PELAKSANAAN HUKUM HUUD MEMAHAMI KEFAHAMAN TENTANG PENGERTIAN, TUJUAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA

RESPONDEN Jantina Tahun Pengajian Fakulti

iii.

Populasi dan Persampelan

Populasi kajian adalah melibatkan para pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian adalah pelajar-pelajar tahun dua Kejuteraan Petroleum yang terpilih dalam kajian ini. Seramai 50 responden akan dipilih dalam kajian ini.

iv.

Analisis data kajian

Data-data kajian akan dimasukkan ke dalam komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 12 dan dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik seperti: i. Statistik deskriptif untuk mengenalpasti persepsi, tahap kefahaman tentang pelaksanaan hukuman hudud dan alternatif untuk mendidik masyarakat tentang perkara ini di Malaysia. ii. Ujian t dan ANOVA untuk mengenalpasti perbezaan persepsi dan berdasarkan perbezaan ciri sosio-demografi responden.

v.

Pemindahan data kajian

Dapatan kajian ini akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

7.0

PERANCANGAN PENYELIDIKAN

Kajian ini dijangka akan mengambil masa selama 3 bulan seperti berikut : Bil 1 Bulan Rancangan Tindakan 1. Perbincangan dengan JAKIM 2. Mengesahkan instrumen kajian 2. 1. Mengadakan bengkel dengan kumpulan fokus 2. Mengedarkan soal selidik pada 50 orang pelajar tahun 2 Sarjana Muda Kejuteraan Petroleum. 3. 1. Memasukkan dan menganalisis data dalam

SPSS 2.Menyiapkan laporan kajian

8.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN Kajian ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 20.00. ringkasan anggaran perbelanjaan secara terperinci ditunjukkan dalam lampiran.

9.0 KESIMPULAN Adalah diharapkan agar cadangan untuk penyelidikan beserta perbelanjaan mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

RUJUKAN

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-perlu-sorok-fakta-jenayahmemang-meningkat-kata-musa-hassan

LAMPIRAN 2: ANGGARAN KOS

PERSEPSI MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP CADANGAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA

TUJUAN PERBINCANGAN AWAL Kertas A4 Minyak Motor Print Binding Photocopy

PERINCIAN

KOS

50

RM 5.00 RM 5.00 RM 1.50 RM 1.50 RM 2.50

JUMLAH 50

RM15.50

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.