SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata malo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Asal Usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

  

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

  

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  

Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

   

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

   

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata. saya:sahaya) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke13. Acheh (1380)   masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi.ialah ni. b.ialah mar. kh. Terengganu (1303-1387)   ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14.dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh. batu bersurat di Pagar Ruyung. Minangkabau (1356)    ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Selepas itu. Syamsuddin al-Sumaterani. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. struktur ayat dan tulisan. th. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. batu bersurat di Kuala Berang. Allah dan rahmat c.dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di.    Awalan ber. . Batu bersurat di Minye Tujuh. Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. dh. muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:    Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri. h(Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha. ph.

masyghul (bersedih) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula. Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman. bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi. atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing . hatta. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda. Perkataan bahasa melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk. d. berulang. Selepas Perang Dunia Kedua. Kegemaran menggunakan bahasa asing. pentadbiran. a. berbelit-belit. . perkara (fenomena) b. c. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Sebelum penjajahan Beritish. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan. edan kesmaran (mabuk asmara).Ciri-ciri bahasa klasik:        ayat: panjang. British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. sahaya. ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah'' Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. alkisah.Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu. adapun. berfungsi sebagai bahasa perantaraan. kesusasteraan.

ghalib. bonus) b. memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab.Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman: a. Jenis-jenis peminjaman a. fitrah. bakhil. kosa kata seperti perkataan. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang). darurat. peminjaman berpindah (vokal/vowel) Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut: Sanskrit . struktur ayat. huruf atau sistem tulisan b. kapal terbang. syamsiah. Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula. khas. istilah. isyarat. tafahus. khadam. dan e. mualaf darab. imbuhan d. peminjaman tulen (matematik. swadaya. Bunyi /sy/ /kh/ /gh/ /f/ /dh/ Contoh Perkataan syarikat. tarikh ghairah. tafsir. e. Daripada bahasa Sanskrit. peluru meriam) d. Inggeris dan sanskrit. kadi. fardu. syarak. peminjaman kuno (purnama) f. isyak khabar. maghrib fakir. haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d) . ghazal.Indonesia – Inggeris Bunyi-bunyi Asing Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu. dan peribahasa asing. terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. swalayan dan swasenyawa. bunyi-bunyi c.Arab . peminjaman kacukan (kasut but) c. peminjaman pemerian (kapal selam. kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga. swasta.

biadab. Sumber Jenis Imbuhan mahapratataAwalan Sanskrit swaekadwipanca-man Akhiran -wan -nita -wati Awalan bi-i Arab-Parsi Akhiran -wi -iah -in -ah -at antiInggeris-Eropah Awalan propoliautoImbuhan Contoh Perkataan maharaja. swadaya. pancalogam. televisyen syampu. anti-Yahudi prokerajaan. seniman. iaitu bahasa Sanskrit. tatarakyat. insani. prauniversiti tatacara. zon. syif. pro-Amerika poliklinik autonomi. sofa lif. staf vaksin. misal. ekanada dwibahasa pancaindera. mahaguru. hartawan biduanita seniwati.. gazet Contoh Perkataan . bimormal abadai. tatasusila swasta./z/ /th/ /q/ zalim. Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. swalayan ekabahasa. ekafungsi. zaman. furqan Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual): Bunyi /f/ /v/ /sy/ /z/ Imbuhan Asing Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa. mahasiswa prakata. kafe. angkasawati binomial. vakum. kusyen zip. wazir sabit. selasa. Lihat jadual di bawah. televisyen. qadim. dan Inggeris-Eropah. fokus. isnin. hadis (disebut sebagai `s') qari. dozen. budiman karyawan. akhiri duniawi ilmiah hadirin ustazah hadirat antibiotik. autograf fasa. prasangka. Arab-Parsi. novel.

teknologi. notis. opera. sains. nasionalisme Kosa kata: lokap. Lampung dan Orang Laut. Walaupun namanya berbeza. Nias. Sumatera. demokrasi. hitam putih (black and white). warden. lesen. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . suprakelas klinikal. polis. cabang Nusantara. reformasi. komen. ulat buku (book worm). jawa. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. sarjan. bulan madu (honey moon). praktikal idealisme. bas. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. ia . Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. doktor. tenis. lori. nepotisme. Pinjaman Nahu Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is) Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load). kritikal. Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. Dialek kawasan Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak.subsupraAkhiran Pengaruh Bahasa Inggeris Aspek Pinjaman -al -isme subgolongan. aiskrim. Kalimantan dan sebagainya. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way). Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia. saman. DINAMIKA BAHASA MELAYU Variasi Bahasa Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Variasi bahasa Dialek Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. radio. motokar. komputer. elaun. Minangkabau. subbidang supranasional. Bahasa Indonesia di Indonesia. kosa kata dan tatabahasa. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia. Acheh. kelas.

iaitu idiolek. dialek sosial. Dialek sosial Oleh itu. orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. dalam majlis rasmi. Misalnya. dialek kawasan atau loghat.merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial. iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Dikaitkan dari segi penggunaan. Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut: . dikatakan sebagai dialek sosial. bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi.

bahasa halus. Contoh bahasa tak formal . bahasa pasar. Contoh bahasa formal .Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.Berdasarkan konteks yang umum. bahasa basahan. . bahasa kasar. bahasa slanga.Bahasa mesra. pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. bahasa dialek dan sebagainya.

tapi you masih hendak ke tempat tu. tidak baku. nahu dan sebagainya. pakwe. struktur ayat dan tatabahasa. pilihan kata. Contoh: You ni betullah degil sangat. struktur ayat. Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. pilihan perkataan. pilihan perkataan. Contoh: Awak sangat degil. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan. boring. dan tatabahasa. iaitu tidak memeningkan sebutan. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap Bahasa Slanga Bahasa tidak rasmi. iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang kenapa macam mana tengah Bahasa Basahan Ragam Bahasa Formal . I dah warning you banyak kali. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader. sekeh. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. intonasi. Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi. tetapi awak masih hendak ke sana. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. danragam bahasa mesra dan bahasa formal. Tidak mementingkan aspek sebutan. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu. intonasi. mengancam.Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal. Ciri-ciri lain: a. Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Contoh: Buang air besar. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). seperti penggunaan anakanda. contoh: dia punya barang. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. contoh: banyak cantik. berbadan dua. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Kedudukan. apa punya budak. pangkat. bonda dan nenda. Menggunakan banyaks ebagai kata penguat. Kerap menggunakan perkataan `punya' . Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua ambik kecik pulak Bahasa Basahan nak tak dah Bahasa Basahan . Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting. ayahanda.(b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah (c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil pula Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. berbulan madu. umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. kekanda. adinda.

kesannya kepada orang lain adalah subjektif. Dialek berbeza dari segi: a. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. bodoh. Bagaimanapun. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per.kubur Bahasa Kasar makam Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). tetapi dianggap biasa di Melaka. Sebutan Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq. c. kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina. jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu) Laras Bahasa . tak berotak dan sebagainya. ayo.dan -kan.

khutbah dan upacara. Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan. . enidikan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif. Jika lisan. maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus Tajuk wacana kepada perkara yang dibincangkan. matematik dan sebagainya. iitu tajuk wacana.Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. surat rasmi atau surat peribadi. peserta dan tujuan. Contohnya. JIka wacana merupaan wacana ilmiah. dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza. laras bahasa doa. cara penyampaian. ayat bias dan ayat songsang. perubatan. Laras dipengaruhi oleh latar. laporan. penutur. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. memorandum atau iklan? Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. sama ada ia merupakan wacana syarahan Cara penyampaian atau ucapan. Sebaliknya. perbahasan dan khutbah atau doa? JIka tulisan sama ada ia esei. dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi Laras (Halliday) merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi. rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan. suka. jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak .

rencana). Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal. iklan). adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orangorang kenamaan atau dif-dif? Jenis dan Ciri Laras Bahasa Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar. objek. Gayat ayat sederahana. Struktur ayat mudah. . surat kiriman dan sebagainya. kurang kata pinjaman. buku). .Misalnya. berita sukan). berita sukan). pengetahuand an penerangan (syarahan. tiada istilah teknikal. iklam). predikat. laporan. ucapan. pengetahuan dan peneranagn (syarahan. Laras Bahasa Perniagaan Tak Formal Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek. maklumat dan pemujukan (rencana. iaitu laras biasa dan laras khusus. encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana. Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana. Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan. contohny: Di larang memijak rumput. Laras Bahasa Biasa Formal/Rasmi Digunakan dalam majlis rasmi. Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah: kosa kata tatabahasa gaya Laras Bahasa Biasa Tidak melibatkan bidang tertentu. mudah difahami.) Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan. ringkas dan padat.

penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan). Laras Bahasa Akademik Meliputi pelbagai bidang seperti sains. kiasan dan sebagainya. ilustrasi dansebagainya. teknologi. misalnya penulisan thesis. metafora. mengawan. graf. Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. komunikasi. Contohnya ialah fotosintesis. dan biasanya perlu dihafal. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut: (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y (D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu. Laras bahasa media . Digunakan dalam iklan. Dalam penulisan ilmiah. Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang. Bersifat teknikal. tender. pendebungaan dan sebagainya. lukisan. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z. disokong pula oleh gambar. pecutan. Laras Bahasa Undang-Undang Tiada gambar. simili. laporan dan sebagainya . habeas corpusdan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum. nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. grafik. peribahasa. atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu .

surat peribadi Ucapan syarahan . dialog. istilah teknik. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah. puitis dan hidup. mementingkan penyusunan. e. Laras Bahasa Agama Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. ambiguiti dan sebagainya. pengulangan. menggunakan bahas tersirat: perlambangan. mengandungi beberapa klaausa. personifikasi. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar. metafora. kisan. dramatik dan puitis. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai. kiasan. laporan. iklan. perbandingan. preskriptif. pemilihan kata c. bunga-bunga bahasadan sebagainya. pertama. maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai. gaya tulisan yang jelas danketuiga. Laras Bahasa Sastera Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa. deskriptif. dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. laind aripada struktur teks cereka. Beberapa ciri bahasa sastera: a kreatif dan imaginatif: kabur mesej b. dan sebagainya haruslah dielakkan. simile. metafora.: monolog.Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri. peribahasa. d. Kesimpulan: Golongan laras Hiburan Biasa Pengetahuan Maklumat Khalayak Umum Bidang Situasi Contoh Bahan Berita. baasa yang digunakan mudah. ilusi. Ayat yang panjang. kedua. isi tulisan mestilah tepat. menggunakan petikan.

morfem. 7. pertuturan. frasa. Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. Wacana 1. khutbah Acara majlis rasmi Rencana. graf. cerpen). Tingkat-tingkat fonem. percakapan' ii. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. dan ayat merupakan peringkat bentuk.Majlis Acara majlis umum Doa. Doa-khutbah Khusus Teknikal Ilmiah Khalayak Umum undang-unang.isi. jadual. khutbah) atau tulisan (seperti surat. binaan serta konstruksinya. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. miring. novel. 2.Upacara/. kesatuan fikiran yang utuh. kata. fizik. pendahuluan b. ucapan. Kimiz. Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. Ia dapat digambarkan seperti berikut: . menarik. rencana matematik. usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan. garis tebal) c. 3. 5. sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato. manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. munasabah. Fizik. kimia. Ia melebihi tingkat ayat. berkesan. 4 Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. klausa. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . dan lain-lain. logik. ekonomi. peta dan statistik. cetakan 6. biologi. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa. penutup d. aartikel. tubuh . Tesis. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. tebal.

. serupa dengan. lagi. iaitu. kesimpulannya. seperti juga. rumusannya. sama juga dengan. sebaliknya. seperti. 9. kedua. walau bagaimanapun. contohnya. dengan itu. apabila. semasa. kemudian. umpama. akhirnya. laksana. Wacana mempunyai penanda. selepas itu. Retorik Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik. ketika. jadi. pada mulanya. seperti yang diterangkan. dengan kata lain. ibarat. sewajarnya. sebab itu. tentulah. Waktu 8. akhirnya. pastilah. selepas. lantaran. Pengesahan Contoh dan. bertentangan dengan. eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. justeru itu. sebagai. bertentangan dengan. seterusnya. tambahan pula. sesuai dengan. sememangnya. bersebelahan dengan. akhir kata. Penyataan semula 4. yakni. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. sesungguhnya. Fungsi 1. juga dikenali sebagai penanda wacana. sebenarnya. sebagai penyimpul kata berhampiran dengan. kemudian. bak kata. Rumusan 6. oleh itu. tetapi. Tempat 7. tambahan lagi. sungguhpun. seterusnya. kemudian daripada itu. bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Pertentangan 11. Contoh 5. di samping. serta. bagai. deskriptif (pengambaran). lama-kelamaan. lambat-laun. selanjutnya. iaitu sama ada naratif (pemerian). sebagai kesimpulan. namun begitu. Tambahan 2. fasal. Urutan 3. pertama. macam.8.

penggunaan pelbagai ragam bahasa 3. menyookong atau menunjukjkan sikap pemerhatian dan untuk menjelaskan berkecuali. retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi.Menggunakan -Cara ini sesuai digunakan menentang. laporan aktiviti. proses. dan pendirian orang ramai. induktif atau analogi. Secara umumnya. ataupenghujahan. deskriptif (pemerian).Mendedahkan sesuatu isu. menggunakan pancainderanya. .Penulis menggambarkan peristiwa. cadangan. penyampaian ideologi. penguasaan tatabahsa 2. Di samping itu. mana teknik sama ada deduktif. kemahiran retorik melibatkan: 1. Retorik dikembangkan dengan empat cara.Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar. . Penghujahan .Menerangkan atau memerikan sesuatu. dengan berasakan fakta atau penulis ada kalanya menggunakan manabukti yang konkrit. Eksposisi . penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi. -Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja. sikap. . minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu. Induktif Deduktif Analogi Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan. Naratif Deskriptif . iaitu naratif(penceritaan).Dalam penulisan pemujukan. pandangan. -Kebenaran yang hendak menerangkan sesuatu hal. atau berbentuk propaganda. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. pengamatannya untuk konsep. Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus. Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik 4. maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang. penguasaan corak dan bentuk penulisan.Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada . contoh kiasan dan sebagainya. perkara. eksposisi (pendedahan). atau ditunjukkan mestilh Di tahap yang lebih halus. sejarah sesuatu. di samping perasaan hati dan pandangannya.

termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. junjung kasih. umur dan keakraban hubungan. pangkat. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 7. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Antara ungkapan berkenaan ialah patik. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. 4. 5. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran. 6. Abang Kakak . 9.Pengalaman seseorang. . drama dan sebagainya. 8. Lihat contoh berikut: Pak Mak Tok Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. bersiram.. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. penulis boleh menggunakan teknikteknik induktif. berangkat. tuanku. 2. rujukan hormat dan ganti nama. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan. deduktif atau analogi. umur. 3. pangkat. bersemayam. Dalam kesantunan berbahasa. Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. watak-watak dalam novel. bercemar duli dan sebagainya. Kesantunan Berbahasa 1.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. dan keakraban hubungan.Dengan cara deksriptif ini.

Profesor dan sebagainya. Mak Long. Kak Ngah. mak ngah ipar dan sebagainya. kak ipar.hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan . Mak Lang. Puan . Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long. Ngah dan Cik seperti Bang Long.Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri. Contoh: abang ipar. Bang Cik dan Kak Cik. Mak Cik. Kak Long. Bang Ngah. 10. 11. Pak Lang. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long. menjadi Mak Cik atau Pak Cik i. Saudari . Profesor dan Syed. adik ipar mak long ipar. Saudara . Encik.digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu. Mak Su. mentua dan ipar. (Pak Mentua.untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri. Cik . Mak Ngah. Pak Ngah. 13. Mak Njang. Doktor.digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Pak Njang. Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat.digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda. Pak Cik. dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor.boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya. Tetuan . Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik. manakala Encik untuk lelaki sahaja. Pak Su. dan orang lelaki bergelar Haji. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan . Mak Mentua dan Tok Mentua). Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: 12.perbahasan dan sebagainya. ii. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin.

Engku.Awangku. Sutan (Minangkabau). Raja Haji Osman . Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.a. Nik (Kelantan).Tan Sri Prof. Megat danPuteri (Perak). Datu (Sabah). Selangor).Pak Ungku.Syarikat Sinaran Sdn. Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifahbagi perempuan. Terengganu). Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa). Datuk Amar). Kedah. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). 15. Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor). Daeng (Bugis). Datuk Paduka. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif.Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. Mak Ungku. Sidi. Pahang. Wan (Kelantan. Wan. Toh Puan. Abang (Sarawak). Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku(Kelantan. Gelaran keturunan orang-orang besar. Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam). Bhd. Datuk Setia).Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku. Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Datuk (Satuk Patingi.Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. . Terengganu). Teuku dan Teungku (Aceh).w. Datuk (Datuk Seri. Pak Nik. . Pangeran Anak. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak. 16. . Nik) . . Mak Wan. Gelaran Kurniaan.) 14. Tun. Puan Sri. Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s. Pangeran. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan.

Menteri Besar. Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun. Sultanah. Ketua Menteri Menteri. Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan Perdana Menteri. Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha . Rujukan Hormat Orang Yang Disapa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Rujukan Hormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan.17. Raja. Ahli Parlimen. Timbalan Perdana Menteri. Tengku Ampuan.

Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu. 2.Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. terdapat 11 pola suku kata. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat.Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan. jenis dan golongan serta kajian tentang ayat. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil. setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan. • Semantik . . Artikulator b.Bidang kajian kata dari segi pembentukan. frasa dan bunyi bahasa. Konsep Bunyi. Dua jenis alat pertuturan iaitu: a.Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal. jenis dan aspek-aspek berkaitan kata. sintaksis dan semantik. Fonem. Huruf dan Suku Kata • Konsep Bunyi . • Suku Kata Dalam Bahasa Melayu . • Morfologi .3. • Fonologi .Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Penggolongan Bunyi Bahasa Alat-alat Pertuturan Manusia . Titik Artikulasi .1 FONOLOGI Sistem Bahasa Melayu Pengenalan 1. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi. Fonologi Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna. . Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. morfologi.Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.Dalam Bahasa Melayu. Sistem Tulisan Bahasa Melayu Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong.0 SISTEM BAHASA MELAYU 3. • Huruf . • Fonem .Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan.Dalam ejaan. • Sintaksis .

c. pergerakan tangan. pita suara akan bergetar. berderham. b. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman. Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu a. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal.contoh. iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh. Vokal membentuk suku kata dan kata. a ) adalah pada suku kata. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini. ε. Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup e e/kor Belas Sate Telek . Tiada sebarang sekatan. b. Bunyi batuk. Vokal a. Vokal umumnya bersuara. halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan. b. konsonan dan bunyi diftong. b. c. e. Sifat-sifat Vokal a. sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan . .Bunyi-bunyi Bahasa a. Vokal depan ( i. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis". c.

e.i i/bu Bilah Kali Saling a a/yam Malu Saya Botak Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa A.Bunyi separuh vokal (Geluncuran) Tanda Baca Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu. . Tatabahasa . h. Konsonan asli terdiri daripada. . Tanda Titik Bertindih [:] . Tanda Sempang [-] .tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.Sisihan (Lateral) . .] .Bunyi letusan (Afrikat) . b.ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat. Tanda Kurung [( )] . b. Konsonan a. sakit. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman. . Tanda Koma [.\. . i.] .wacana hasil himpunan ayat-ayat. g.tatabahasa melibatkan pembentukan kata.Wujud unsur selitan dalam ayat.penggolongan kata .::Pengenalan::. Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud. klausa dan ayat.Sengauan (Nasal) . menyindir.::Latar Belakang Tatabahasa::. udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut. Tanda Titik [. a.Berahir sesuatu ayat / ayat penyata. halangan ataupun geseran. . . Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.Geseran (Frikatif) .Hadir di akhir ayat. Tanda Petik [" "] .Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat. c. Tanda Soal [?] .Getaran (Tril) . e. . . f.Bunyi letupan (Plosif) .Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan. d.Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan. marah. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan. c.proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi perkataan dalam golongan yang sama. d. .] .Bagi kata ganda. Tanda Seru [!] . Tanda Koma Bertindih [.bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi. tekak dan hidung. Ketika dihasilkan.Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat. frasa.Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat. .

Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap mahupun intonasi yang . c.merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata dalam ayat. . struktur dan binaan ayat. dari segi struktur dan pembentukan kata serta penggolongan kata.contoh.binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan menjadi unti bahasa yang bermakna. a. . Sintaksis .bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata. . .. b.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::. . .::Definisi Tatabahasa::.::Bahagian Tatabahasa::.bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat.sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan prediket serta konstituen kepada ayat.struktur kata .ayat mempunyai subjek dan prediket.Morfem ada dua jenis. iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan). `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang menjadi judul dan unsur yang diterangkan.walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu morfem atau lebih. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap.unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Konsep Morfem .frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan. . . . Morfologi . Bahasa  Fonem  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat Tatabahasa  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat . . perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan awalan "ber-". . Ini termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat. . .tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis. . .sintaksis mengkaji bentuk.::Konsep Asas Sintaksis::.

.2.binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-masing dalam sesuatu ayat.kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. .dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata terbitan. 3. . .terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu. Kata Terbitan .::Bentuk Kata::. morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan kata. Kebanyakan daripada kata dasar menerima imbuhan daripada morfem bebas. penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata termasuk struktur dan pembentukan kata.::Definisi Morfologi::. penggolongan kata. . . .sempurna.::Kata Dasar::. Kata Tunggal .terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'. .contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas) = Arus sungai .::Pengenalan::. .1 MORFOLOGI .dalam Bahasa Melayu. . b. . . unit terkecil dipanggil Morfem. . penggandaan atau pemajukan. a.::Morfologi::.kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata. . .kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan.::Konsp Perkataan::.bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada pengimbuhan. dan struktur kata. .::Konsep Morfem::.morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.

kata nama terdiri daripada 'kata nama khas'. Kata Majmuk .satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan. **kata nama khas .kata ganti nama tunjuk .::Proses Pembentukan Kata::.perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan struktur. organisasi.bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar.contoh : Pelajar.Melibatkan awalan. morfem. mimpi.bukan manusia (haiwan.unsur penting dalam binaan nama. . terdiri daripada nama orang. a. .::Pemajmukan::. .tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri. .::Penggandaan::.terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata. penggandaan. **Kata ganti nama . institusi.diri tanya .terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu.kata nama am kongkrit (Kebendaan) . sebahagian kata dasar atau gandaan berentak. .::Pengimbuhan::. d. dan pengakroniman. nama tempat dan nama benda. Kata Ganda . . Kata Nama .diri orang b. namun berfungsi sebagai satu unit. . . rumah. sintaksis dan semantik. Kata Kerja . pemajmukan.hidup .fonologi.terdapat 4 kategori iaitu. . . . sama ada seluruh kata dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa). .proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar.kata nama am abstrak (Bukan kebendaan) . akhiran.contoh : cinta.dieja secara terpisah. .c. . larutan.::Golongan Kata::. apitan dan sisipan.manusia . bangsa. tumbuh-tumbuhan) . 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'. .) **kata nama am . .ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.kata ganti nama diri .

Suka. pemeri.Sekarang.2 SINTAKSIS .. penguat.kata tugas untuk kata seru. Penggolongan kata Adjektif 1. Sukar 2. Jauh 4. .::Ayat::. . Gembira 9.Bulat. 3.Aktif _ Pasif c.cara . Dengar. .dalam dinaan ayat. Bau.Biru. . Jahat 3. pembenar. Dsb d. nafi.jarak .Mudah. arah. tanya.ukuran . penggolongan kata serta pembentukan dan pembinaan ayat.2. Kata Tugas .juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu binaan frasa adjektif.sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa. .waktu .Rasa.perasaan . Kata Kerja . bantu.ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi.Berpelengkap . penegas. .CM. Inci 8. .::Definisi Sintaksis::.Baik.Tak Berpelengkap . perintah.sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat. sendi nama dan pangkal ayat. . Nanti 5.Tak Transitif . Kata Adjektif .Transitif . .Dekat.warna .::Pola-pola Ayat Dasar::. Merah 6.Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat. hubung.dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu.merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja.aspek penting seperti konsep frasa dan klausa.ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan. klausa atau ayat.::Pengenalan::. Bujur 7.sifat .pancaindera . . .bentuk . . . frasa dan klausa adalah penting. bilangan.hadir dalam frasa.

terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. . Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS) d.Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. .::Ragam Ayat::. Jenis-jenis Ayat 1. d. Frasa Sendi Nama (FS) . Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) b. .ayat aktif boleh dipasifkan.Ayat silaan . Frasa Adjektif (FA) .merangkumi ayat aktif dan ayat pasif. klausa terikat (tak bebas) . Ayat perintah .ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif. . c. .terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap. Ayat penyata 2.aktif tak transitif Ayat Pasif .klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.ayat permintaan .contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".sebagai panduan.fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. klausa bebas (utama) b. . .jenis-jenis klausa terdiri daripada.::Jenis-jenis Frasa::.terdiri daripada kata kerja tak transitif. b.Ayat suruhan . Frasa Kerja (FK) . . . .::Jenis-jenis Ayat::. Frasa Nama (FN) .a.aktif transitif . . a.ayat pasif dengan kata kerja.tardapat 4 jenis frasa iaitu : a. . Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) . . Ayat Aktif .::Frasa::.ayat pasif dengan kata nama ganti . a.Ayat larangan .terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat.::Klausa::.ayat pasif dengan perkataan "Kena" . Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK) c.susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar (Ajdektif).

ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas. . .3. dikaitkan dengan masyarakat.::Peribahasa::. ayat tunggal.terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti. ayat majmuk dan sebagainya.Pancangan . mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu. dan polisim. Ayat Majmuk . .bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.::Perkaitan Makna Perkataan::.::Pengenalan::. hiponim. Ayat tanya . . Ayat Tunggal . . .Majmuk Campuran 3.Hiponim .beberapa konsep dipelajari seperti sinonim. b. . antonim.Komplemen . dan faktor-faktor yang mempengaruhi. .::Makna Perkataan::.Pancangan Keterangan .Pancangan Relatif .3 SEMANTIK . . Makna Perkataan .ayat tunggal merupakan ayat dasar.ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti.::Bentuk Ayat::. Ayat seruan 4. homonim.semantik ialah makna kata. .terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif.terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.homonim .Gabungan .Antonim .::Definisi Semantik::. satu cabang linguistik.ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja. . . .Homograf . a.ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat.Polisim . .::Semantik::.Homofon . .

kiasan asal . . ibarat. c. Kiasan Ibarat .peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya. . terdapat 5 jenis perbandingan iaitu. b.peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa.perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. . Tamsil . f. e. umpama. pepatah . a.masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun.ia mengandungi unsur-unsur pengajaran. Ibarat . . .bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud. b.ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia. rumusan . simpulan bahasa . .memberi misalan berkias. kiasan . perumpamaan / simile .mengandungi pengajaran dan teladan. e. d.gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan. .kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain.Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.di dalam perbandingan.bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Tamsil Ibarat .tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata. .menggunakan kata perbandingan seperti bak.rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu. kiasan berpindah .maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain. bidalan . . . . Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan .selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. . c.. b. .::Kiasan::. d. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. . a.::Perbandingan::. .kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu.kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu. laksana dan bagai. a.ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu.Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja. perumpamaan pepatah dan bidalan.terdapat dalam perumpamaan.

kiasan bersandar .kiasan berangkap .kiasan melompat .kiasan berbunga ..kiasan pemanis .kiasan melarat .kiasan terus .

Maka panglima itu pun diberi persalinan. paling. malahan. kurang. cukup. lalu. Pekerja itu sudah pulang. Kanak-kanak itu hendakmakan. sangat Kata penegas  Juga. 1. hanya. mungkin Kata penguat  Terlalu. amboi Kata Tanya ASIBIDIBAM Kata perintah Jangan. 3. itulah orangnya. sakitnya kakiku ! Amboi. betuk. nian.  Sekali. Aspek – masa 1. larangan. 2.. makin. Kami juga ingin ke pekan. Adalah rugi sekiranya anda tidak menguasainya. JENIS KT Kata hubung Dan. patut. harap.. Kata partikel 1.Nota Ringkas Kata Tugas Subtajuk Kata Tugas mesti ditanya dalam BM 1 STPM setiap tahun. permintaan 1. dapat. Ya. Betul. Hatta istana itu pun siaplah. kerana Kata seru Aduh. Dia patut datang bulan lalu. KATA TUGAS  Kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) – tidak boleh jadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (FN/FK/FA)   Hadir dalam ayat. Sila ambil makanan di sana. mengesahkan 2. Depan Belakang bebas 1. jua. 1. memang 2. Tolong temankan adik saya. 2. Hanya dia sahabat baik saya. bahawa. masih  Hendak. arahan. Depan ayat 1. CONTOH 1. 2. mesti. comelnya bayi itu ! Apakah yang ada dalam kotak itu ? Jangan buang sampah di sini. cis. adapun. agak. pun. sungguh. yang. 2. 2. sedang. betul Kata pangkal ayat Maka. 2. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. tolong Kata pembenar Ya. Masakan ibunya palingsedap Sungai itu agak dalam. Ragam . Budak yang sedangmembaca itu adik saya Aduh. mahu. benar  Amat. 2. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. lagi. 2. silaan. Tindakbalas – perintah. Lambat benar bas itu tiba. benar. Indah nian istana bunian. minta. 2. 1. 1. kamilah yang menjaga budak itu. Ahmad akan ke sana esok. usah. 1. Siapakah majikan kamu ? Itulah rumah idamanku. . klausa @ frasa Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu DEFINISI Hubung 2 binaan ayat AMC AMP Lahirkan perasaan Tanya / soal 1.perasaan 1. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. 2. sebermula Kata Bantu  Telah.

Bukan (FN / FSN ) 1. sisi. KSN Di ke KATA SENDI NAMA . tunjukkan selatan. Kata nafi  Bukan   Tidak Bukan. Dua hari lagi. Mereka akan ke Kuantan esok. Tak tentu segala. @ arah yang dituju 2. pecahan setengah.tidak Tidak (FK / FA) Bukan (FK/FA) pertentangan maklumat Kata pemeri  Ialah  adalah Ialah + FN Adalah + FA Adalah + FSN 1.. 2. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. seratus 1. Ibunya bekerja di sekolah itu. ketigatiga 1. Kata arah tepi. Beri penegasan Bukan KN jadi KN 1. Kata penekan nya Kata pembenda nya 1. Projek itu bukan usaha saya. 2. Dia bukan hendak belajar. Kata bilangan Hala 1. tetapi hendak bermain sahaja Pak Ali bukan kaya sangat. tetapi pemurah orangnya. tiaptiap 1.Letaknya dihadapan FN Definisi Contoh tunjukkan tempat 1. Segala persiapan telah dibuat. beberapa 1. Makanan itu bukan untuk Ratna. pisahan masing-masing. 2. 2. 1. saya akan berangkat ke Itali. -tah. masa/waktu 3. Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim. timur dll. Makanan seimbangadalah baik untuk kesihatan badan Sumbangan besar beliauadalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. himpunan beratus-ratus. 2. Buku itu ada di atas meja. lah -kah. semua.. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjara. Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan. 3. Burung-burung itu terbang ke arah 2. Ali menunggu emaknya di perhentian . tunjukkan tempat 1. Lajunya ialah 100 km sejam. 1. berguni-guni. 1. bawah. selatan. belakang atas. Bapanya tidak turun ke sawah hari ini Kenyataan itu tidak benar. dua per tiga 1. Bahasa Melayu ialahsalah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Mereka menuju ke tengahpadang. Tentu (kardinal) dua.

dari

daripada

1.

bas dari pagi ke petang. tunjukkan arah, tempat @ 1. Angin kencang bertiup dari arah waktu/masa selatan. 2. Bola itu ditendang dari penjuru padang. 3. Temoh pembayaran bermula dari pukul sembilan pagi. menyatakan punca bagi 1. Pemain sarkas itu menerima bola manusia/haiwan/benda/unsur daripada beruangnya. mujarad. 2. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. 2. sumber / asal kejadian 1. Ukiran itu diperbuat daripada logam. 3. perbandingan / perbezaan 1. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. 1. menyatakan sasaran 1. Sila kembalikan borang itu kepada manusia/institusi, haiwan dan kerani pejabat ini. unsur mujarad 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. 2. menyatakan pecahan 1. Peserta bengkel itu dibahagiakan kepada dua kumpulan. 3. menyatakan perubahan keadaan 1. Suhu badannya meningkat kepada 39ºC 1. Bas kami bertolah pada pukul tujuh pagi. 1. Wang itu ada pada ibu. 1. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon. 1. Pada pandangan saya, kisah itu hanyalah khayalan. 1. Asrama untuk/bagi penuntutpenuntut Sabah sedang dibina. Hadiah itu untukmu. Tanah seluas dua ekar itu untuk kamu. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.

kepada

pada

1. menunjukkan keterangan waktu/tempat 2. ada pada 3. menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja 4. digunakan pada ungkapan

untuk/bagi untuk

1. tunjukkan kegunaan sesuatu menyatakan bahagian yang 1. ditentukan 2. tujuan 1.

demi

unsur penegas

1.

tentang (mengenai)

membawa maksud rujukan1. sesuatu yang tidak tentu/umum @ mujarad 2.

terhadap

seperti/bagai/ umpama/ laksana dengan

sejak/semenjak akan

oleh

hingga/sampai

dalam/antara

Mereka berbincangtentang masalah negara. Kami berbual tentangkejadianrompakan itu. rujukan penyambut tentu 1. Seseorang ketua harus bersikap adil terhadapanak buahnya. (haiwan/manusia/benda) 2. Tawas akan bertindakbalas terhadapkotoran dalam air. perbandingan 1. Pemuda itu berlagak ...orang kaya. 2. Pasangan mempelai itu ...pinang dibelah dua. 1. maksud bersama2/beserta 1. Ayah pergi ke pekan dengan ibu. 2. cara sesuatu dilakukan 1. Dia menyambut tetamu itu dengan hati terbuka. 3. mamakai/menggunakan 1. Ani melukis potret itu dengan cat air. 4. perbandingan yang 1. Warna bajunya sama biru dengan serupa/sama warna bajuku. penanda waktu/masa 1. Hasnah sugul sejak kematian ibunya. merujuk manusia 1. Wanita itu amat rindu akan anaknya. (penggunaannya mesti 2. Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri didahului KA emotif Bongsu. ayat pasif (di-.../ter-.../kena1. Kuih itu dibeli olehnya 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za’ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. membawa maksud sebab 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. (asalnya oleh sebab) boleh guna ”lantaran” membawa maksud perihal 1. Pegawai itu berjaga sampai pagi. peringkat dan had masa, 2. Anak-anaknya belajar hingga waktu @ tempat peringkat universiti berfungsi sebagai kata arah 1. Dalam hal ini, kita semua setuju (tiada ruang/tiada jarak) 2. Tiada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan pendapat saya

Nota Ringkas Kata Kerja
Kata kerja sering menjadi soalan Calon dimestikan mahir tentang subtajuk ini. wajib BM 1 STPM.

Jenis Kata Kerja :

Jenis KK TT Tanpa Pelengkap

Definisi Boleh berdiri sendiri 1. tanpa objek 2.

Contoh Semua orang pulang pada waktu petang. Padi sedang menguning di sawah.

TT Berpelengkap

MESTI ada pelengkap 1. : 2. KN (ber-...3. kan/menjadi/ada FA 4. 5. (1) Objek (FN) (2) Bo pasif (3) KKT aktif : meN-…-kan

Pokok padi Wan Empukberbatangkan emas Ali menjadi guru sandaran. Pak Samad ada sawah di kampung Mereka menetap di Kampung Dusun Lukanya beransur baik

KKT

meN-…-i meN (4) KKT pasif :

1. Murid-murid sedang mendengarceramah. 2. Ceramah sedang didengaroleh murid-murid. 3. Saya telah menjawab surat itu. 4. Surat itu telah saya jawab.

Transformasi drp. Ayat aktif

Imbuhan Kata Kerja :

.i lokatif 1.. Ayah membelikan adik buku.. 3. Ali membesarkan rumahnya. . 2.. . Aminah menjahitkan adiknya seluar pendek. kan (benefektif) 2. Perbuatan pemuda itu memalukankeluarganya. 1. En. Dia meyakinkan saya tentang kebenaran cerita itu. meN .Jenis Makna Membuat sesuatu 1.. PERBEZAAN Kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. meN ..kan dan akhiran .membesarkan rumah. 2..menuruni lurah. benefektif 1. . Perbandingan akhiran .kan kausatif 1..membaiki motosikal. . Contoh Para peneroka mendirikan rumah secara bergotong-royong.mendekati anak muridnya... . .i : PERSAMAAN Kedua-duanya membawa maksud kausatif... . 2.... i (lokatif) Kata Kerja Transitif 1 Objek dan 2 Objek : I OBJEK . 2....menaiki bas.

Guru membacakan murid-muridnya (OT) karangan yang terbaik (OS). 2. 2 OBJEK 1. Ibu sedang menidurkan adik. 2. 3. Saya menyampaikan salam kepada beliau. . Kakak menjahitkan ibu (OT) sehelai baju (OS). 3.1. Kami mewarnakan mural itu. Hasnah membelikan Asri (OT) sebuah buku (OS).

IV dan I C III. II dan IV D III. I. . maka pilihan yang betul ialah pilihan jawapan D. I dan IV Kata kunci soalan di atas ialah perkataan susunan. III. 30 JUN 2011 Kaedah Logik Menjawab BM 1 Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah soalan BM 1 STPM yang hanya memerlukan pemikiran logik akal untuk menjawabnya ? Saya tunjukkan beberapa soalan sebagai contoh. II. Oleh itu pilihan jawapan yang mungkin ialah C atau D. III dan IV B II. A I. Calon hanya perlu menilai susunan kedua pilihan jawapan C ( I : pengekodan) dan D ( II : perancangan taraf). STPM 2004 16 Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah I pengekodan II perancangan taraf III perancangan dasar IV penilaian hasil dan pemantapan strategi. Tunjukkan catatan yang lebih lama KHAMIS..Menunjukkan catatan terbaru dengan label BM 1 : Teknik Menjawab Soalan. Pilihan jawapan IV mestilah merupakan susunan terakhir kerana penilaian merupakan peringka terakhir. Memandangkan terdapat perkataan perancangan dalam pilihan jawapan II : perancangan taraf yang merupakan proses yang lebih awal daripada I : pengekodan . II.

Yang penting jangan gelabah dan jangan mengalah. Perkataan "mempertimbangkan" dalam pilihan II dan perkataan "memilih"dalam pilihan jawapan III menepati makna perancangan iaitu tindakan yang belum dilaksanakan. Cuba teliti soalan-soalan STPM yang lain untuk melihat soalan-soalan sebegini. Oleh itu jawapan yang betul ialah C. Oleh itu. IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Kata kunci soalan di atas ialah perkataan perancangan. Soalan STPM di atas hanyalah contoh untuk menunjukkan terdapat beberapa soalan yang kelihatan sukar sebenarnya mudah untuk dijawab. Perancangan mestilah perkara yang belum dilaksanakan. . pilihan jawapan I dan IV semestinya salah kerana mengandungi pekataan "melaksanakan". Fikiran mesti tenang ketika menjawab soalan. yang manakah pernyataan yang menunjukkanperancangan bahasa Melayu pada peringkat pertama? I Melaksanakan rancangan yang disusun II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.STPM 2002 14 Antara yang berikut.

0 TIADA STIMULUS. [1] Kertas Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terdiri daripada dua kertas. • kepelbagaian dan kesegaran bahasa Melayu sebagai alat perhubungan.5 .D.C.RABU. iaitu : Kertas 1 (910/1) dan Kertas 2 (910/2). [6] Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan A. 23 MAC 2011 SMK. D) BENTUK SOALAN D1. [3] Kertas 1 mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan. [4] Soalan-soalan dalam kertas ini merangkumi soalan : BAHAGIAN Pemahaman • laras akademik/karya sastera/carta dan bentuk-bentuk lain. kemudian menandakan jawapan tersebut pada kertas jawapan objektif yang berasingan yang disediakan semasa peperiksaan. BANDAR MAS TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1) (A) PENDAHULUAN. A Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu • latar belakang/asal usul/tahap perkembangan B Dinamika Bahasa Melayu.B. [5] Jumlah markah penuh bagi kertas ini ialah 60 markah dengan pemberatan 37. 2 atau 3 gabungan jawapan.Markah tidak ditolak sekiranya jawapan calon salah. • ciri-ciri kesantunan bahasa Melayu C Sistem Bahasa Melayu • pelbagai peraturan bahasa. STPM 2002 12 Bahasa Melayu mengalami perkembangan awal pada zaman kerajaan . [2] Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 2000 dan peperiksaannya pada tahun 2001 ialah sukatan pelajaran baru yang menggantikan sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang digunakan sejak STPM 1992.Calon dikehendaki memilih jawapan yang betul. Markah calon dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul.(fonologi/morfologi/sintaksis) • makna kata/peribahasa (Semantik) [4] Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut (60 soalan) dalam masa 2 jam.

2 JADUAL DIIKUTI OLEH SOALAN.1 Carta STPM 2004 Soalan 11 berdasarkan carta di bawah ini. Austronesia Tibet-China 11 Padanan yang betul bagi bahasa dalam petak P dan Q ialah A Austroasia Polinesia B Austris Melanesia C Austris Austroasia D Austroasia Mikronesia D2. C Adalah dimaklumkan bahawa tugasan ini perlu disiapkan dengan segera.ayat.jadual. B Encik Hashim adalah ketua kumpulan kami yang baru.pola dan stimulus-stimulus lain.gambar rajah.pernyataan.0 MEMPUNYAI STIMULUS Stimulus soalan : Carta.petikan. STPM 2004 13 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang bahasa Melayu klasik kecuali A menyerap unsur bahasa Jawa kuno B meminjam beberapa unsur bahasa Arab C mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit D menjadi media penghasilan karya sastera dan penyebaran ilmu D2.rumus. D Latihan merumus karangan itu adalah bukan untuk semua pelajar dalam kelas ini.A Sailendra B Sriwijaya C Majapahit D Bangkahulu STPM 2003 37 Pilih ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul? A Kereta api yang baru tiba itu adalah dari Johor Bahru. 2. STPM 2004 Bahasa Contoh I Arab I Wajah II Cina II Gincu .

pilih padanan yang betul antara laras rencana dengan laras akademik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV D3. yang manakah terdiri daripada kata kerja pasif? .0 SOALAN YANG JAWAPANNYA DALAM BENTUK JADUAL/KENYATAAN STPM 2001 20 Daripada jadual di bawah.pilih padanan yang betul antara perkataan pinjaman dengan bahasa sumbernya. I II III IV APQSR BPSQR CPSRQ DRQSP STPM 2002 19 Laras rencana Laras akademik I Fakta bersifat khusus Fakta bersifat ilmiah II Bahasanya bersahaja Bahasanya ringkas III Kurang penggunaan istilah Penggunaan istilah teknikal IV Terdapat kepelbagaian idea Idea yang terbatas Berdasarkan jadual di atas. Namun D Walau bagaimanapun Meskipun demikian STPM 2003 35 Antara perkataan yang berhuruf condong berikut. pilih padanan penanda wacana yang sesuai dengan tujuan paparan idea. Tujuan paparan idea Melanjutkan gagasan Menyatakan pertentangan maklumat A Oleh itu. Seterusnya C Dengan itu.III Jawa III Bahaya IV Sanskrit IV Tulen 15 Berdasarkan jadual di atas. Justeru B Di samping itu.

pilih padanan gelaran yang betul Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Gelaran Ikhtisas A Ungku Datuk Tuan Doktor B Tok Imam Profesor Tan Sri C Megat Puan Sri Tunku D Pangeran Syed Cikgu STPM 2004 12 Pilih padanan yang betul antara batu bersurat dengan tempat dan tulisan.memakai kasut hitam bertumit tinggi.0 GAMBAR RAJAH/CARTA DIIKUTI OLEH SOALAN STPM 2003 24. Batu Bersurat Tempat Tulisan A Kedukan Bukit Palembang Palava B Talang Tuwo Palembang Nagiri C Gandasuli Jawa Palava D Pagar Ruyong Acheh Nagiri D4.memakai kaca mata hitam.dan beg tangan berjenama Christine de Or. STPM 2003 23 Daripada jadual yang berikut.0 PETIKAN DIIKUTI OLEH SOALAN Wanita yang ditemui itu berseluar biru.Ramlah terpesona (A) melihat pertunjukan silap mata itu. Ketika keluar dari tempat itu. Bahagian yang bertanda X dalam gambar rajah di atas ialah A vokal depan luas B vokal belakang luas C vokal belakang sempit D vokal depan separuh sempit D5.berambut pendek. bahunya terlanggar (B) oleh pemuda menyebabkan dia terjatuh (C).bertahi lalat di bawah bibir.berkulit cerah.memakai kemeja berlengan panjang. STPM 2002 21 Petikan di atas menepati retorik A laporan B pemerian C penceritaan D penghujahan . Ramlah cepat-cepat bangun dan dia tersenyum (D) memandang pemuda itu.

iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup” STPM 2002 Pernyataan di atas merujuk kepada A susunan vokal B keselarasan vokal C penyesuaian dua huruf vokal D penggabungan dua huruf vokal STPM 2003 • Belakang lidah diangkat setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tanpa menyentuhnya • Lelangit lembut diangkat • Bibir dibundarkan 27 Pernyataan di atas adalah tentang cara penghasilan bunyi . Pasangan itu sedang rancak memetik hasil tanamannya.Pak Mail telah bertindak dengan sendiri Berdasarkan petikan di atas. sebahagian daripada buah-buahan itu boleh disedekahkan kepada jiran mereka. Kata bantu ragam yang terdapat dalam petikan di atas ialah A telah. boleh C sedang. masih B mahu. Mereka mahu menjual buah-buahan yang dipetik itu di pasar malam.STPM 2003 Walaupun hari beransur senja. mahu D masih. Bagi pasangan itu. kata ganda yang berhuruf condong membawa maksud A jamak B himpunan C tidak tentu D kepelbagaian D6. PERNYATAAN/HURAIAN DIIKUTI OLEH SOALAN 31 “Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar.0. Pak Dollah dan isterinya masih di ladang. sedang STPM 2004 39 Belum pun ada apa-apa keputusan dibuat.

• Lelangit lembut dalam keadaan biasa.A vokal tengah B vokal depan luas C vokal depan sempit D vokal belakang sempit STPM 2004 • Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras.0 AYAT DIIKUTI OLEH SOALAN STPM 2002 Berjaya juga akhirnya pendaki gunung Everest itu 43 Ayat di atas A tidak boleh dipasifkan B mengalami proses pengguguran C mengalami proses penyongsangan D boleh menggugurkan unsur keterangan STPM 2003 49. • Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung • Pita suara digetarkan 25 Pernyataan di atas menunjukkan cara-cara mengeluarkan bunyi konsonan A sengauan gusi bersuara B sengauan dua bibir bersuara C sengauan lelangit keras bersuara D sengauan lelangit lembut bersuara D7. Hormatilah Rukunegara kita kalau mahu menjadi rakyat yang setia Dalam ayat di atas. bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai A frasa keterangan B klausa tak bebas C klausa utama D klausa bebas STPM 2004 Motosikal Jaguh kepunyaan anak Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato‟ Sriwijaya telah melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari Ahad yang lalu. .

49 Predikat bagi ayat di atas ialah A melanggar seekor anak kambing jantan B telah melanggar seekor anak kambing jantan C melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman D melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari Ahad yang lalu D8. B Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di rumahnya. C Peluang kenaikan pangkat Encik Haris sudah amat cerah D Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan itu agak kecil sekali . yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas? A Kesihatan Puan Tan sudah baik sungguh.0 RUMUS DIIKUTI OLEH SOALAN Ayat 1 Subjek Predikat Kata kerja kata komplemen subjek predikat STPM 2002 42 Antara ayat yang berikut. B Kain yang dipakainya halus bagai sutera. C Pengetua menjelaskan bahawa murid itu sakit tenat di rumahnya. D Budak itu bangun lalu meninggalkan adiknya yang sedang menangis.yang manakah yang menepati rumus di atas? A Dia mengendalikan program itu untuk ketua jabatannya. STPM 2003 Objek + kata ganti nama tunjuk + X + kata kerja pasif 42 X dalam rumus di atas boleh diisi dengan kata ganti diri A orang ketiga sahaja B orang kedua sahaja C orang pertama sahaja D orang pertama dan kedua STPM 2003 Kata Bantu aspek + kata penguat + kata adjektif 5 Antara yang berikut.

Jumlah markah calon secara keseluruhannya dikira berdasarkan jumlah jawapan yang telah ditandakan/dijawab dengan betul pada kertas jawapan objektif.(E) STRATEGI MENJAWAB 1. B Semasa bunyi vokal dihasilkan. (F) CARA MENJAWAB (LANGKAH DEMI LANGKAH) 1. C Semasa bunyi dihasilkan. Baca dan fahami semua pilihan jawapan dan lakukan perkara yang sama seperti no. Calon dinasihatkan agar berhati-hati semasa memilih jawapan aneka pilihan atau pilihan pecahan yang diberikan. Jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab kerana tindakan ini amat merugikan calon. yang manakah benar tentang bunyi vokal? Skop/pengetahuan : Definisi/ciri-ciri bunyi vokal. D Semasa bunyi dihasilkan. 4. 9. . Calon hendaklah menjawab kesemua 60 soalan mengikut had masa yang ditetapkan iaitu 2 jam. Kepantasan membaca serta kemahiran membahagikan masa sangat penting SEMASA menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan itu dengan betul pada kertas jawapan objektif yang berasingan. tiada pemotongan markah bagi soalan yang salah. Contoh : Antara yang berikut. 7. Baca setiap petikan dengan teliti. Pastikan ruangan yang ditandakan itu betul. Ingat. gariskan kunci soalan (kata/frasa/klausa) dan tentukan skopnya. 2 (gariskan kunci jawapan (kata/frasa/klausa) Contoh : A Semasa bunyi dihasilkan. 3. 8. 6.udara yang keluar dari paru-paru mengalami sempitan di rongga mulut. Calon juga seharusnya dapat memahami petikan/karya sastera/carta dengan baik. Baca dan fahami dengan teliti carta/kenyataan/petikan atau stimulusstimulus lain dan soalan.tiada getaran pada pita suara. 10. 3. udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan di rongga mulut. 5. Gariskan kata kunci atau isi-isi penting semasa membaca petikan agar dapat memudahkan proses menjawab soalan-soalan susulan yang dikemukakan. Bahagikan masa untuk menjawabnya dan jangan berlengah-lengah apabila menjawab mana-mana bahagian yang tertentu yang dianggap sukar. (fahami setiap patah kata) 2. 2. Baca arahan soalan dengan teliti sebelum mula menjawab. kemudian baca 4 pilihan jawapan yang diberikan. udara yang keluar dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. Pastikan kertas soalan tersebut lengkap dan mengandungi 60 soalan. Untuk memahami kehendak soalan.

0 : Kaedah Logik. I. STPM 2004 32 Antara yang berikut. contohnya. 7.0 : Kaedah penyingkiran. G1. STPM 2004 16 Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah I pengekodan II perancangan taraf III perancangan dasar IV penilaian hasil dan pemantapan strategi A I. tetapkan pilihan jawapan.4. pindah kepada soalan yang lain 6. Peruntukkan masa lebih kurang 5 minit untuk menyemak semula pilihan jawapan yang ditanda pada kertas jawapan objektif untuk memastikan bahawa semua 60 soalan telah calon jawab. II dan IV . II. III. Untuk tidak membuang masa. sekiranya masih keliru. ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama? I Masakan ibu enak sekali II Bederma satu amalan mulia III Membuang masa adalah tabiat buruk IV Penggunaan dadah mengancam keselamatan negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV G2. 5. contohnya. IV dan I C III. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk soalan-soalan yang ditinggalkan. III dan IV B II. Setelah melalui semua proses di atas. yang manakah kata tunggal? I Jejari II Rujukan III Kelmarin IV Kosmopolitan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV STPM 2002 50 Antara yang berikut. [G] KAEDAH MENJAWAB SOALAN 2 ATAU TIGA GABUNGAN JAWAPAN.

calon dinasihatkan agar dapat mengagihkan masa dengan bijak agar semua soalan dapat dijawab mengikut masa yang ditetapkan. I dan IV STPM 2002 14 Antara yang berikut. 3. Bersedia lebih awal dengan latih tubi dari semasa ke semasa. Calon gagal untuk menjawab semua soalan. 4. Calon mungkin agak lemah dalam penguasaan bahasa sehingga tidak boleh memahami isi-isi tersirat dalam petikan yang diberikan. Jadi. yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangan bahasa Melayu pada peringkat pertama? I Melaksanakan rancangan yang disusun II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV (H) KELEMAHAN CALON 1. 6. Calon yang kurang cekap membaca mungkin mengambil masa yang agak lama untuk memahami maklumat yang terkandung dalam ketiga-tiga petikan/karya sastera/carta bagi soalan pemahaman. Tindakan ini menyebabkan calon memilih jawapan yang salah. Tindakan ini amat merugikan kerana walaupun markah tidak dipotong bagi jawapan yang salah. 7. Baca soalan dengan cermat/teliti dan cuba fahamkan kehendak soalan. calon sepatutnya cuba untuk menjawab. Calon mungkin lemah dalam bahagian tatabahasa atau fonologi bahasa Melayu. Buat catatan atau nota kecil yang mudah dibawa ke mana-mana untuk dihafal. 3. 8. (I) LANGKAH –LANGKAH MENGATASI KELEMAHAN. Sesetengah calon mungkin meneka jawapan. 5. 2. II. Alasan yang biasa dikemukakan oleh calon ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi. Calon kurang cekap menginterpretasi rangsangan daripada pelbagai bahan yang dikemukakan.D III. . 9. Lazimnya calon kurang yakin atau terkeliru apabila memilih jawapan aneka pilihan yang berbentuk pilihan pecahan mungkin kerana kurang pengetahuan tentang tajuk yang disoal. Calon terlalu gopoh apabila menjawab soalan sehingga tidak peka terhadap kehendak soalan sama ada yang positif atau negatif. Calon cuai ketika menandakan jawapan terutamanya jika jawapan ditandakan dahulu pada kertas soalan sebelum menandakan pada kertas jawapan objektif. 1. Baca arahan soalan dengan teliti sebelum menandakannya pada kertas jawapan objektif supaya tiada sebarang kesilapan dilakukan. 4. 2.

. Diftong : Rentetan vokal 05. 7. fonem. pembentukan akronim]. fon. Vokal : Konsep vokal depan/tengah/belakang/sempit/separuh sempit/ luas/separuh luas 03. huruf dan suku kata [terbuka/tertutup] 02. Klausa : bebas/tak bebas 14. Ragam ayat : Aktif/pasif [penanda pasif ] 16.5. (J) PENUTUP “KECILKAN MASALAH..terbitan/ majmuk/ganda 10. 6. Bentuk ayat : tunggal/majmuk [gabungan/pancangan/keterangan]/campuran 18. Susunan ayat : biasa/songsang [seluruh/sebahagian predikat] hati-hati ayat pasif 15. Konsonan : Konsonan asli/pinjaman/bersuara/tak bersuara 04. BESARKAN PELUANG” “MANUSIA YANG BERJAYA IALAH MANUSIA YANG LUAR BIASA…" MANUSIA BIASA BOLEH MENCAPAI KEJAYAAN SEPERTI YANG DICAPAI OLEH MANUSIA YANG LUAR BIASA . Jenis ayat : penyata/perintah/seru/Tanya 17.. 8. Digunakan dalam soalan [stimulus/stem/jawapan/distraktor] . Fonologi.dengan syarat. Calon dinasihatkan agar tidak menandakan jawapan di kertas soalan. kemudian menandakannya semula pada kertas jawapan objektif kerana tindakan ini bukan sahaja membuang masa bahkan boleh mengelirukan calon. Tanda baca : sempang [-] 08. [K] PEMAHAMAN 01. Tandakan dengan pensel atau hitamkan dengan jelas pada ruangan jawapan di kertas jawapan objektif seperti yang diarahkan. Agihkan masa dengan baik agar semua soalan dapat dijawab dalam tempoh 2 jam. Ayat : subjek/predikat/Pola Ayat Dasar 12. BERUSAHALAH SECARA LUAR BIASA BIASAKAN YANG BETUL… BETULKAN YANG BIASA. Pengejaan : kata pinjaman/imbuhan pinjaman/kata majmuk [mantap/belum mantap] 07. Bentuk kata : tunggal [termasuk akronim.. Pola Keselarasan Vokal 06. Golongan kata : KN/KK/9KA/16KT 11. Penerbitan ayat : pengguguran/penyusunan semula/perluasan 19. Frasa :jenis/binaan 13. Cuba fahami perbezaaan maksud bagi setiap pernyataan yang dikemukakan dalam pilihan jawapan yang diberikan. Morfem : bebas/terikat [imbuhan] 09.

Batanghari IV rekod ahli pelayaran China bertarikh 644-645 Masihi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 13/2003 Antara yang berikut. panduan ejaan.unsur/konstituen/pengaruh/pengekodan/taraf/dasar/variasi/personafikasi/ diksi/laras/wacana/retorik/glottis/vokal/konsonan/diftong/fonologi/ morfologi/sintaksis/semantik/jamak/hukumD-M/tatabahasa/morfem/morfem/ penerang/pelengkap/keterangan/subjek/predikat/relatif/komplemen/frasa /klausa aktif/pasif/songsang/tunggal/dasar/terbitan/artikulasi/ artikulator/objek/inti/ … [L] UJIAN 11/2003 Perkataan yang ada kaitan dengan konsep “Melayu” ditemui pada catatan yang terdapat pada I Batu Bersurat Talang Tuwo II Batu Bersurat Kedukan Bukit III patung di Padang Rocore. dan sebagainya Pernyataan di atas merujuk kepada konsep A penilaian B pemupukan C pengekodan D pemasyarakatan bahasa 15/2002 Antara yang berikut. yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangaan bahasa Melayu pada peringkat pertama? I Melaksanakan rancangan yang disusun II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan . kamus. B Banyak menggunakan partikel dalam ayat C Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan D Penggunaan kata pangkal ayat meluas. 07/2003 “Penyerapan variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan tatabahasa. yang manakah tidak benar tentang bahasa Melayu klasik? A Tidak wujud pendepanan predikat dalam binaan ayat.

III Ana akan menghadiri seminar itu bersama-sama dengan abang anta. separuh sempit. II dan IV C I. III dan IV 37/2002 Perkataan yang tergolong dalam kata terbitan ialah I seteru II ekawarna III setinggan IV sasterawan A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 26/2002 Antara yang berikut. III dan IV D II. konsep sempit. 37/2001 Pilih keterangan yang benar tentang morfem bebas? I Kata tunggal II Kata berimbuhan III Kata yang dapat berdiri sendiri IV Dapat berfungsi sebagai ayat minimal A I. IV Beta berasa amat sedih dengan penderitaan yang menimpa rakyat beta. separuh luas dan luas dikaitkan dengan A kedudukan lidah B pergerakan lidah C turun naik rahang D bukaan rongga mulut 17/2001 Antara berikut yang manakah yang mengandungi unsur-unsur percampuran kod ? I Ah Kau.A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 24/2001 Dalam pengeluaran bunyi vokal bahasa Melayu. yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang . ini barang berapa harga? II I doakan you lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu. II dan III B I.

C Malaysia akan menjadi negara pengeksport kenderaan yang terkenal.dihasilkan dengan menyebut vokal depan luas dahulu. C Boleh diikuti unsur keterangan. I Terdapat unsur geluncuran II Kombinasi dua bunyi vokal III Membentuk lebih daripada satu suku kata IV Mempunyai dua puncak kelantangan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 35/2001 Ayat yang manakah menggunakan kata adjektif sebagai pelengkap? A Keadaan politik di negara jiran semakin genting. D Boleh hadir di hadapan kata kerja 39/2002 Rakyat negara itu telah memberontak demi menuntut hak pemerintahan sendiri Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah A transitif B transitif aktif C tak transitif berpelengkap D tak transitif tanpa pelengkap 48/2003 Antara yang berikut. B Boleh mengikuti kata penguat. B Bendera negara-negara peserta berkibaran di sekeliling stadium. . D Dia tercengang apabila namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu. kemudian digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit ? A Taut B Kain C Halau D Hairan 26/2001 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong. yang manakah ayat pasif yang betul binaannya? I Pakaian ini belum kupakai. yang manakah bukan ciri kata adjektif? A Boleh menjadi predikat ayat. 33/2003 Antara yang berikut.

59/2002 Antara ungkapan yang berikut. II : Orang rumah saya sedang berbual-bual dengan Encik Kamarul. • Penulis perlu meyakinkan pembaca tentang pendapatnya. IV Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja berlepas. C Peluang kenaikan pangkat Encik Haris sudah amat cerah. B Kain yang dipakainya haalus bagai sutera.II Keputusaan ini harus anda umumkan dengan segera. • Penulis mempengaruhi pembaca supaya mengubah pendirian Pernyataan di atas menepati ciri retorik A pemerian . III Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah benar. D Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan itu agak kecil sekali. Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat I dan II ialah I II A Kiasan melarat Kiasan asal B Kiasan berpindah Kiasan terus C Kiasan sandar Kiasan pemanis D Kiasan terus Kiasan berpindah 22/2004 • Penulis mengemukakan bukti yang kukuh dan logik. yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas? A Kesihatan Puan Tan sudah baik sungguh. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 54/2003 Kata Bantu aspek + kata penguat + kata adjektif Antara yang berikut. Kalau mandi pagi pun mandi kerbau. yang manakah yang mempunyai makna konotatif dan makna denotatif? A Ibu kota B Ibu ayam C Ibu pejabat D Ibu pertiwi 58/2003 I : Dahlah kau ni jarang mandi pagi.

2. 4 FEBRUARI 2011 Strategi dan Cara Menjawab BM Kertas 1 STRATEGI MENJAWAB 1. Baca arahan soalan dengan teliti sebelum mula menjawab. II Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas III Nelayan di Pantai Remis tertangkap anak dugong IV Pendatang asing yang lemas kebanyakannya terjerlus ke dalam Lumpur A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 44/2004 Klausa ialah A unit tatabahasa yang terkecil yang boleh berdiri sendiri B unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa C binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas.B pemujukan C penceritaan D penghujahan 29/2004 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi vokal. di 10:24 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 1 : Teknik Menjawab Soalan. A Udara mengalami sekatan B Bentuk bibir boleh bundar atau terhampar C Pita suara bergetar ataupun tidak bergetar D Semasa menghasilkannya. D rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat.. .. kemudian baca 4 pilihan jawapan yang diberikan. lelangit lembut dalam keadaan neutral 37/2004 Ayat yang manakah mengandungi kata kerja aktif transitif? I Kanak-kanak itu tertelan biji durian. Baca setiap petikan dengan teliti. Pastikan kertas soalan tersebut lengkap dan mengandungi 60 soalan. JUMAAT. SEKIAN.

8. B Semasa bunyi vokal dihasilkan. Ingat. Baca dan fahami dengan teliti carta/kenyataan/petikan atau stimulus-stimulus lain dan soalan. tiada pemotongan markah bagi soalan yang salah. (fahami setiap patah kata) 2. tetapkan pilihan jawapan. 7. udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan di rongga mulut. Calon hendaklah menjawab kesemua 60 soalan mengikut had masa yang ditetapkan iaitu 2 jam. udara yang keluar dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. 5.Calon dinasihatkan agar berhati-hati semasa memilih jawapan aneka pilihan atau pilihan pecahan yang diberikan. CARA MENJAWAB 1. Kepantasan membaca serta kemahiran membahagikan masa sangat penting dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.tiada getaran pada pita suara. 4. Pastikan ruangan yang ditandakan itu betul. Bahagikan masa untuk menjawabnya dan jangan berlengah-lengah apabila menjawab mana-mana bahagian yang tertentu yang dianggap sukar. 5. . 3. Jumlah markah calon secara keseluruhannya dikira berdasarkan jumlah jawapan yang telah ditandakan/dijawab dengan betul pada kertas jawapan objektif. Contoh : Antara yang berikut. yang manakah benar tentang bunyi vokal? Skop/pengetahuan : Definisi/ciri-ciri bunyi vokal. Jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab kerana tindakan ini amat merugikan calon. Calon juga seharusnya dapat memahami petikan/karya sastera/carta dengan baik. 9. Untuk tidak membuang masa. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk soalan-soalan yang ditinggalkan. sekiranya masih keliru. gariskan kunci soalan(kata/frasa/klausa) dan tentukan skopnya. 6. Setelah melalui semua proses di atas. 3. pindah kepada soalan yang lain 6. 10. 7. D Semasa bunyi dihasilkan. 4.udara yang keluar dari paru-paru mengalami sempitan di rongga mulut. Peruntukkan masa lebih kurang 5 minit untuk menyemak semula pilihan jawapan yang ditanda pada kertas jawapan objektif untuk memastikan bahawa semua 60 soalan telah dijawab. Baca dan fahami semua pilihan jawapan dan lakukan perkara yang sama seperti no. 2 (gariskan kunci jawapan (kata/frasa/klausa) Contoh : A Semasa bunyi dihasilkan. Untuk memahami kehendak soalan. Gariskan kata kunci atau isi-isi penting semasa membaca petikan agar dapat memudahkan proses menjawab soalan-soalan susulan yang dikemukakan. Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan itu dengan betul pada kertas jawapan objektif yang berasingan. C Semasa bunyi dihasilkan.

B Sekumplan haiwan berkeliaran di tepi padang ragut. C Tiga orang warga asing sedang berehat di kediaman itu. kalau mahu seribu cara. 22 APRIL 2010 Menjawab item/soalan BM 1 menggunakan "Pendekatan Proses" Contoh : Soalan STPM 2008 : nombor 46 46 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap? A Beberapa orang pengembara berada di pulau itu. ULASAN : Memandangkan kehendak soalannya ialah kata kerja (KK). maka calon perlu mencari/menggariskan kata kerja untuk setiap pilihan jawapan. contoh : A Beberapa orang pengembara berada di pulau itu. C Tiga orang warga asing sedang berehat di kediaman itu. D Mereka berkebun sayur di belakang rumah masing-masing. Kesan kehendak soalan (KS).dengan izinNya. D Mereka berkebun sayur di belakang rumah masing-masing. Proses untuk menjawab soalan di atas adalah seperti berikut : PROSES 1. KK pilihan jawapan A = berada . B Sekumpulan haiwan berkeliaran di tepi padang ragut. contoh : 46 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap? Kehendak soalan = kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap atau dikenali juga sebagai kata kerja tak transitif berpelengkap. Gariskan atau buat tanda-tanda lain pada setiap pilihan jawapan yang berkaitan dengan kehendak soalan yang telah anda kenal pasti dalam proses 1. KHAMIS. PROSES 2." di 9:45 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 1 : Teknik Menjawab Soalan."kalau hendak seribu daya.

. maka calon perlu membaca setiap ayat pilihan jawapan A...C. Jawapan A kerana ayat A (Beberapa orang pengembara berada .. penekatan proses ini amat penting untuk membantu calon memberi tumpuan kepada kehendak soalan dan membolehlah calon mengetahui tindakan yang perlu dilakukan pada setiap pilihan jawapan untuk memilih jawapan yang paling tepat. contoh : A Beberapa orang pengembara berada . PROSES 4. pendekatan-pendekatan ini hanya akan berkesan sekiranya calon telah menguasai tajuk/subtajuk yang telah diajar oleh guru-guru.. Namun begitu. dan D sehingga setakat kata kerja yang telah digariskan itu sahaja. Cuba fikirkan maksud yang tersurat disebalik maksud tersurat catatan di bawah ini : Seorang pencuri akan berusaha sedaya upaya untuk masuk ke sesebuah rumah yang disasarkannya. dia mungkin masuk menerusi bumbung rumah atau "lubang angin"... untuk menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 ini.KK pilihan jawapan B = berkeliaran KK pilihan jawapan C = berehat KK pilihan jawapan D = berkebun PROSES 3. dan memerlukan pelengkap untuk melengkapkan makna keseluruhan ayat tersebut. SEKIAN. Sekiranya masih gagal juga.. dia akan "berusaha" masuk ke dalam rumah tersebut menerusi tingkap... calon juga boleh menggunakan "pendekatan penyingkiran" pilihan jawapan yang boleh memandu calon memilih jawapan yang betul.) tidak lengkap maksudnya.. Selain "pendekatan proses". B Sekumplan haiwan berkeliaran .. D Mereka berkebun. Pilih pilihan jawapan yang sekiranya anda baca setakat kata kerja yang digariskan.. Memandangkan KK tak transitif berpelengkap memerlukan pelengkap untuk melengkap maksud ayat.. . C Tiga orang warga asing sedang berehat . Sekiranya dia gagal masuk menerusi pintu belakang atau pintu hadapan. ayat tersebut tidak lengkap maksudnya. ada banyak cara.. Pada pandangan saya.B.sila fahamkan dan cuba untuk soalan-soalan lain RENUNGAN. Kesimpulannya.

tetapi masih boleh menjawab dengan betul.Begitulah juga dengan calon peperiksaan. Sekiranya ada kemahuan. .. peluang anda untuk menjawab dengan betul amat besar kerana ada sesetengah item/soalan yang tidak memerlukan calon tahu kesemuannya..

(bahagian kedua item/soalan) Proses 2 : Memahami perkataan / rangkaikata dalam isu dan mengeluarkan KS. Proses 1 : Mengesan isu dan KS ISU = Penularan penyakit berjangkit telah mengancam kehidupan masyarakat di negara ini dan menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak (bahagian pertama item/soalan) KS = Jelaskan punca berlakunya penularan wabak ini dan kesannya kepada masyarakat. Jelaskan punca berlakunya penularan wabak ini dan kesannya kepada masyarakat. cuba lihat item/soalan berikut. pendahuluan yang anda bina pelu mempunyai 2 struktur iaitu : 1. Latarbelakang isu 2. untuk memahami isu dengan lebih jelas. Pendirian calon Prosesnya bermula dengan pemilihan item/soalan.BM 2 Proses membina perenggan pendahuluan karangan Hasil pengamatan saya sebagai guru. Adalah sukar untuk memahami isu dengan jelas sekiranya anda melihat ayat tersebut secara keseluruhan. terdapat ramai pelajar yang belum berjaya membina pendahuluan karangan yang tepat. Secara umumnya. Oleh itu. anda perlu memberi tumpuan dan mengetahui makna/konsep perkataan/rangkaikata (frasa) tertentu yang terdapat pada bahagian isu.Anda boleh mengesan isu dengan melihat pada bahagian pertama item/soalan sementara pendirian calon bergantung kepada kehendak soalan (KS) yang biasanya terdapat pada bahagian kedua sesuatu item/soalan karangan tersebut. Sila rujuk ISU di atas. Perkataan/rangkaikata yang anda perlu beri tumpuan ialah : (1) Penularan (2) penyakit berjangkit telah (3) mengancam kehidupan masyarakat (4)di negara ini dan (5) menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak. Penularan penyakit berjangkit telah mengancam kehidupan masyarakat di negara ini dan menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak. . Saya akan cuba membantu anda membina perenggan pendahuluan dengan berpandukan kepada beberapa proses dan kriteria tertentu. Untuk lebih jelas.

2 contoh : demam denggi. anda perlu memahami setiap perkataan/rangkaikata tersebut dengan mencari maknanya.1 ancam nyawa 3.1 penyakit yang boleh menjangkiti orang lain 2.yang secara . yang penting anda faham dengan betul. mencari perkataan lain yang sama maksud. Apaapapun cara yang anda gunakan. Punca penularan penyakit berjangkit 2. Kesan kepada masyarakat Setelah selsesai proses ini barulah anda membina perenggan pendahuluan. mencari contoh dan pelbagai cara yang lain. (1) Penularan Apakah maksud menular ? 1. masyarakat sekeliling dan masyarakat negara lain (pelancong asing) KS untuk item/soalan ini ialah : 1.Setelah anda memilih/menggariskan perkataan/rangkaikata seperti di atas.1 merebak 1. Apakah kebimbangannya dan siapakah pihak-pihak itu 5. cacar air dan penyakit-penyakit lain yang boleh berjangkit.1 Malaysia sahaja (5) menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak.2 ancam kesihatan (sakit) (4) di negara ini 4.2 menjangkit (2) penyakit berjangkit Apakah maksud berjangkit dan contohnya ? 2.1 Takut dijangkiti 5.1 ahli keluarga. (3) mengancam kehidupan masyarakat Apakah ancaman penyakit berjangkit tersebut kepada masyarakat ? 3. jiran.

. tindakan. Hal ini kerana. pelaku meminta wang daripada mangsanya untuk membeli dadah. 2. Cuba anda teka apakah isu dan kehendak soalan berdasarkan contoh-contoh pendahuluan di bawah ? Perenggan pendahuluan yang manakah yang dapat membantu anda mengesan isu dan KSnya ? Contoh 1 Kini. penindasan terhadap wanita sering menjadi topik utama di dada-dada akhbar. Contoh 2 Penindasan merupakan satu perbuatan menganiya.khususnya mengandungi : 1. Saya tunjukkan 4 contoh perenggan pendahuluan yang dibuat oleh pelajar saya dan cuba anda kesan isu dan KS (fokus penulisannya) tanpa ditunjukkan item/soalannya. anda sendiri boleh menyemak dan menilai sesebuah pendahuluan yang telah anda buat baik atau sebaliknya dengan menilai satu persatu ayat/idea yang terdapat dalam perenggan pendahuluan tersebut. pendahuluan tersebut dikira baik dan begitulah sebaliknya. Kesimpulannya. Contohnya. mangsa sering berdiam diri dengan menahan perasaan takut itu kerana diugut untuk dicederakan jika memberitah.sekiranya kedua-dua unsur (isu dan KS) tersebut dapat dikesan. masyarakat sering digemparkan akan isu-isu yang melibatkan kaum wanita. sebab) Langkah ( inisiatif. arak ataupun untuk berjudi.rakan) dapat mengesan isu dan kehendak soalan (fokus penulisan) daripada pendahuluantersebut tanpa melihat item/soalannya. Akibat daripada ini. Hal ini terjadi berikutan masalah emosi terhadap pelaku dengan menjadikan wanita sebagai mangsa untuk ditindas bagi kepentingan diri mereka. Punca (faktor. Contoh-contoh tersebut mengandungi kesalahan bahasa yang tidak saya ambilkira dalam penulisan ini. usaha). Pendahuluan yang baik boleh dinilai sekiranya seorang individu lain (guru. Definisi/konsep/ apa-apa sahaja idea yang berkaitan dengan isu. Isu ini sering kali dipaparkan di akhbar-akhbar dan televisyen sama ada di Malaysia atau di luar negara. KS (mesti ada perkataan punca dan perkataan langkah atau perkataan-perkataan lain yang membawa maksud yang sama. Contoh-contoh berkaitan 3. Penindasan terhadap wanita semakin hari semakin menjadi-jadi. Hal ini berikutan berlakunya penindasan terhadap wanita. Tanpa melhat soalan. menguasai dengan kekerasan dan kekejaman.

Perak dan kejadian menyimbah asid di Terengganu. Isu ini juga telah menjadi perbualan hangat oleh orang ramai. baru-baru ini terdapat satu kes seorang suri rumah telah dipukul oleh suaminya dengan menggunakan batang paip PVC. usahakan bukan setakat strukturnya ada malah strukturnya tepat. Contoh 4 Penindasan wanita merupakan satu bentuk kezaliman. Kuncinya. yang manakah lebih baik ?. Ini bukan contoh pendahuluan yang terbaik. Terdapat pelbagai sebab wanita ditindas. Awal bulan ini. Lebih baik lagi. Seiap hari. menerajang dan membaling objek terjhadap wanita merupakan contoh penindasan psikologi terhadap wanita. bunuh. Penindasan terhadap wanita boleh ditakrifkan sebagai perbuatan menindas. . Banyak kejadian penindasan terhadap wanita berlaku antaranya kejadian. Sebagai contoh. Justeru. dua kejadiah keganasan terhadap wanita terjadi iaitu kejadian surirumah diikat dan dibunuh oleh suami d Teluk Intan. Wanita juga sering menjadi hamba seks kepada lelaki yang tidak berperikemanusiaan. rogol dan mencabul kehormatan. memukul. Langkah-langkah untuk mengatasi kes-kes sebegini perlu diambil dengan segera sebelum keadaan ini menjadi semakin serius . Masalah penindasan terhadap wanita ini berlaku akibat daripada pelbagai punca yang mendorong pelaku untuk melakukannya. Terdapat pelbagai punca penindasan wanita yang semakin hari semakin menjadi pada masa ini. Isterinya juga telah mengalami kesan luka dan pendarahan di kepala. Statistik telah menunjukkan bahawa kes penindasan terhadap wanita kian meningkat seiap tahun. cuma persoalannya di sini. Terdapat juga langkah bagi mengatasi masalah ini Cobtoh 3 Penindasan terhadap wanita telah lama terjadi. Yang manakah yang mengandungi struktur pendahuluan yang saya sebutkan di atas ? Fahami denga betul dan usahakan agar pendahuluan yang anda buat menepati strukturstruktur. banyak rencana dan laporan tentang penindasan terhadap wanita yang disiarkan dalam media tempatan.Penindasan terhadap wanita terbahagi kepada dua iaitu menindas dari segi psikologi dan emosi. masih lagi keluasan pembacaan. pelbagai langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. memeras dan menganiya individu bergelar wanita.

Saya dapati. Sebaik sahaja selesai menanda skrip jawapan pelajar untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas. Contoh soalan : Kewujudan laman sosial seperti myspace. dan twitter kian mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira batas baik usia. Bincangkan kesan penggunaan aplikasi jaringan sosial pada abad baharu ini. saya ingin fokuskan tentang kelemahan pelajar memahami isu dalam soalan karangan. Berdasarkan isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar. 16 JUN 2011 Karangan : Kepentingan memahami isu dalam soalan. khususnya pada bahagian A (karangan). skrip jawapan ujian dan peperiksaan) banyak memberi maklumat yang berguna kepada seorang guru tentang kefahaman pelajar terhadap pengajarannya. saya dapati pelajar telah mendefinisikan konsep laman sosial sebagai laman web dan blog atau aplikasi-aplikasi lain. malah lebih buruk lagi terpesong. di 11:16 AM Pautan pada catatan ini 2 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. saya dapat mengesan beberapa kelemahan pelajar. Saya lanjutkan tulisan saya dengan memberi salah satu contoh soalan. agama mahupun sosiobudaya. Di sini. bangsa. facebook. . KHAMIS. Kegagalan pelajar memahami isu dalam soalan karangan telah menyebabkan isi-isi yang dikemukakan tidak tepat.. Proses penandaan terhadap hasil kerja pelajar (latihan. pelajar yang menjawab soalan ini telah tersilap memahami isunya iaitu kewujudan laman sosial (kata kuncinya ialah laman sosial).

Untuk memahami isu dengan lebih jelas, saya nasihatkan pelajar mencari perkataanperkataan lain yang sinonim dengan perkataan dalam isu. Isu dalam soalan di atas ialah 'laman sosial'. Perkataan 'sosial' sudah membawa cukup pengertian tentang kegunaannya. Maka pelajar perlu mencari pekataan lain yang sama maksud (sinonim) dengan perkataan "sosial' seperti perhubungan/komunikasi secara interaktif.

Selain itu, pelajar juga dinasihatkan mencari seberapa banyak contoh yang berkaitan dengan isu. Kebetulan soalan di atas telah memberikan beberapa contoh seperti myspace, facebook dan twitter. Selepas berasa anda telah memahami isu, barulah memulakan proses mencari isi-isi karangan. Proses ini penting untuk mengelak anda silap memahami isu, seterusnya tersilap mengemukakan isi-isi karangan.

Di sini, saya muatkan sebahagian skema tentang soalan di atas.

Kesan baik 1. Melalui laman sosial ini, pelbagai pandangan tentang peningkatan sesebuah organisasi atau negara dapat disuarakan dalam sebuah ruang yang terbuka. - Perdana Menteri Malaysia telah mewujudkan rangkaian 1Malaysia untuk semua rakyat - Melalui rangkaian ini, pelbagai pandangan daripada akar umbi dapat disuarakan dalam situasi yang santai dan kurang formal - Fungsi mesra pengguna yang terdapat dalam aplikasi membolehkan aktiviti penyebaran maklumat dilakukan dengan lebih pantas dan efektif.

2. Kemudahan ini juga digunakan oleh usahawan untuk memasarkan atau mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka -tahap akses yang tinggi terhadap aplikasi laman sosial merupakan peluang terbaik

untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan - secara tidak langsung laman ini telah menyediakan satu saluran yang sangat menguntungkan para usahawan dalam mencari pelanggan baharu di samping mengembangkan pasaran dalam lingkungan yang lebih luas

3. Hasil daripada rangkaian sosial ini wujudlah rangkaian sosial yang telah dapat menghubungkan banyak individu pada satu-satu masa - komunikasi tanpa had ini juga telah berjaya menarik perhatian individu daripada pelbagai peringkat atau lapisan masyarakat dalam menggunakan aplikasinya untuk berhubung antara satu sama lain - kewujudan laman ini membuka ruang dan peluang kepada semua orang untuk berinteraksi dengan lebih mudah dan cepat -tanpa disedari laman ini telah dapat mengukuhkan hubungan dan silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama apabila laman ini menjadi tali penyambung dan tempat bertemu mereka yang terputus hubungan sekian lama

Kesan buruk 4. Pelbagai kegiatan jenayah siber boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab -penyebaran maklumat yang bersifat hasutan dan provokasi boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi ini - pengguna bebas untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa sebarang sekatan oleh pihakpihak berwajib / pihak berkuasa

-perkara sebegini boleh mengundang penyebaran maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang mempunyai tahap pemahaman yang rendah tentang sesuatu isu -maklumat palsu berbentuk fitnah hanya akan mengeruhkan keadaan dan kemungkinan boleh mencetuskan keadaan yang lebih buruk

5. Isu plagiat atau mencuri hak cipta seseorang individu juga boleh terjadi apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri hasil kerja orang lain melalui aplikasi rangkaian sosial - mereka ini dengan mudah menyalin bahan yang telah dihasilkan untuk menjadi hak milik mereka -tiada sebarang sekatan boleh dikenakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab dalam mencuri dan menyalin hasil kerja pihak pertama

6. Isu keagamaan juga sering kali menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab -baru-baru ini ada pihak yang telah menyebarkan pertandingan melukis gambar Nabi Muhammad SAW melalui rangkaian facebook -hal ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam seluruh dunia -provokasi sebegini dilihat sebagai ancaman terhadap umat Islam di seluruh dunia apabila ada pihak yang cuba untuk mempermainkan keharmonian dan keindahan agama Islam -keadaan akan semakin buruk apabila penentangan dibuat membabitkan keganasan dan akhirnya mencetuskan peperangan antara penganut agama Islam dengan pihak lain

Sekian.
di 1:30 PM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

Memandangkan mangsanya ialah wanita. Jadi berdasarkan aspek-aspek tersebut. Contoh item : Fenomena penindasan terhadap kaum wanita masih berleluasa terutamanya di negara-negara Dunia Ketiga.E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. faktor atau kesan selalunya dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu aspek politik.Di sini saya cuba berkongsi salah satu cara untuk mencari isi-isi karangan berdasarkan pengubahsuaian terhadap pendekatan mata pelajaran tersebut. Siapa lagi yang anda rasa turut menyumbang kepada fenomena ini. apakah punca yang menyebabkan berlakunya penindasan tersebut? Cadangkan juga langkah untuk mengatasi fenomena ini. Untuk memudahkan pemahaman anda. Semoga para pelajar dapat meluaskan pemahaman konsepnya. ekonomi dan sosial. Sebagai guru. Isu : penindasan terhadap kaum wanita. KS : Punca dan langkah. JUMAAT. Penindasan pula mesti melibatkan dua pihak iaitu mangsa dan pelakunya (aspek 2 : PELAKU/PENINDAS). Saya pasti para guru tentunya mempunyai pelbagai cara untuk mengajar pelajarnya mencari isi-isi karangan.daripada pelbagai aspek. lebih-lebih lagi pelajar yang agak kurang inisiatif untuk meluaskan pembacaan. Dalam mata pelajaran sejarah. Pada pendapat anda. barulah anda mencari isi-isi yang lebih khusus. Ya. Aspek 2 : PELAKU/PENINDAS . 27 MEI 2011 Karangan : Cara mencari isi yang relevan dengan isu dan kehendak soalan. Fokus : negara Dunia Ketiga. Berdasarkan pengalaman. Calon perlu berfikir dengan tenang. saya dapati ramai pelajar menghadapi masalah untuk mencari isi-isi karangan yang relevan dengan isu dan kehendak soalan. Semua kemungkinan tentang punca-punca penindasan terhadap wanita hendaklah difikirkan secara umum. betul kemungkinan masyarakat juga terlibat (aspek 3 : MASYARAKAT/ ORANG SEKELILING MANGSA). Saya cuba tunjukkan konsepnya. maka tentunya kemungkinan penindasan terhadap wanita berpunca daripada kelemahan wanita itu sendiri (aspek 1 : kelemahan WANITA/mangsa). saya cuba mengambil aspek 2 sahaja sebagai contoh. saya turut mengakuinya.

ada pelbagai jenis kata kunci dalam soalan karangan. Pada pandangan saya. contohnya (1) trauma dengan sejarah silam (pelaku pernah didera semasa kecil) (2) tekanan hidup (nyatakan sebab-sebab tekanan sehingga mengakbatkan pelaku hilang kewarasan) (3) perangai/tabiat/sikap negatif pelaku seperti pemabuk. Ambil masa untuk berfikir dengan teliti !. Ingat. kuncinya ialah keluasan pembacaan di 8:48 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. Lakukan tindakan yang sama untuk aspek-aspek lain yang telah dinyatakan di atas. JUMAAT. Soalan nombor tiga bahagian A Peperiksaan . jangan ambil mudah tentang perkara ini !. Kesilapan memahami kata tugas / kata kunci soalan sangat besar kesannya kepada markah karangan anda.Memandangkan "penindasan" merupakan sesuatu yang berbentuk negatif/buruk. Ingat. calon boleh mengemukakan isi-isi yang lebih banyak apabila calon melakukan proses yang sama untuk aspek-aspek lain. ini bukanlah satu-satunya cara untuk mencari isi. Saya cukup yakin bahawa para guru tentunya telah menerangkan cara-cara menjawab pelbagai jenis kata tugas / kata kunci yang terdapat dlam soalan karangan.Sekiranya daripada aspek 2 sahaja calon sudah boleh mendapat 3 isi. Salah satu jenis kata tugas / kata kunci yang terdapat dalam soalan STPM ialah "sejauh manakah anda bersetuju". Untuk pengetahuan calon. maka saya percaya. calon boleh memilih mana-mana 3 isi untuk kehendak soalan pertama iaitu faktor/punca penindasan terhadap wanita. Kesilapan memahami kehenak sebenar soalan karangan STPM sangat besar risikonya kerana separuh daripada markah mata pelajaran Bahasa Malaysia kertas 2 datangnya daripada bahagian tersebut. 20 MEI 2011 Karangan : Kehendak soalan yang mempunyai perkataan " sejauh manakah anda bersetuju"". maka permulaan perkataan (perkataan pertama) isi mestilah bermula dengan perkataan yang membawa maksud negatif. kaki judi dan sikap-sikap negatif lain. Akhirnya. Maklumat yang saya beri hanyalah sebagai satu bentuk penyelesaian hasil daripada pengamatan terhadap isiisi yang dikemukakan oleh pelajar saya semasa membuat latihan atau menjawab soalan ujian/peperiksaan.

calon perlu menghuraikan penculikan kanak-kanak (isu) berpunca daripada sikap cuai ibu bapa(isi). di 9:44 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. Lebih buruk lagi apabila ada calon yang memasukkan langkah-langkah dalam perenggan isi karangan mereka. Sekiranya kurang jelas dengan maklumat ini. Begitu juga halnya jika kehendak soalannya tentang langkah. calon perlu akur / setuju dengan penyataan yang diberi dalam soalan. saya dapati ramai calon yang memilih soalan ini tersilap menjawab. Hal ini sering dikaitkan dengan sikap cuai ibu bapa.Setara Pertengahan Tahun 2011 daerah Kota Tinggi mengandungi kata tugas tersebut. Bersedialah menghadapi segala kemungkinan tentang kata tugas / kata kunci dalam soalan supaya anda tahu dengan betul cara untuk menjawabnya. 5 MEI 2011 Kepentingan senarai semak. Soalannya adalah seperti berikut : 3. Yang tidak boleh ialah calon mengemukakan kesemua isi karangan hanya tentang kecuaian ibu bapa sebagai punca penculikan kanak-kanak. Ini bermaksud. Calon juga perlu tahu bahawa calon boleh mengemukakan lebih daripada satu perenggan isi tentang kecuaian ibu bapa sebagai punca penculikan kanak-kanak. . Calon perlu menghuraikan tentang langkah yang telah dinyatakan dalam soalan. calon perlu mengemukakan isi-isi lain. selain daripada kecuaian ibu bapa yang turut menjadi punca kanak-kanak diculik seperti kewujudan sindiket penculikan kanak-kanak. dan nyatakan juga langkah-langkah lain yang turut berkaitan dengan isu dalam soalan. di samping perlu memasukkan punca-punca lain yang turut menjadi punca kepada kejadian penculikan kanak-kanak. Sejak belakangan ini masalah penculikan kanak-kanak didapati semakin meningkat dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat. bertanyalah dengan guru anda. calon perlu akur dengan penyataan yang terdapat dalam soalan dan perlu mengemukakan punca-punca lain yang berkaitan dengan isu. dalam perenggan pertama. Untuk menjawab soalan ini. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas. Hasil penandaan. KHAMIS. Selain itu. Kesimpulannya.

Berdasarkan pengalaman saya. Definisi/konsep tentang isu 2. semasa dan sesudah latihan sebelum dihantar kepada guru untuk disemak. . strukturstruktur tersebut ada.bahagian pendahuluan karangan perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3 struktur iaitu: 1. Bahagian rumusan dan alih bahasa juga begitu. di 10:00 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. lama kelamaan anda boleh memahami cara menghasilkan idea yang menepati setiap struktur tersebut. tugasan yang anda buat seharusnya mengandungi struktur-struktur tertentu dan seharusnya kualitinya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Saya berpendapat bahawa kesalahan binaan ayat tersebut boleh diperbaik sekiranya mereka menyemak terlebih dahulu tugasan tersebut. Masih tidak percaya kepentingan senarai semak ?. salah satu puncanya ialah ketiadaan senarai semak semasa pelajar membuat tugasan tersebut. Penyataan tentang kehendak soalan Senarai semak di atas hanyalah satu contoh. Oleh itu. Anda seharusnya membuat senarai semak untuk setiap bahagian tugasan. Kerap kali. Dengan latihan dan bimbingan guru. walaupun mungkin tidak tepat.Mengapakah hal ini berlaku?. Untuk bahagian perenggan isi karangan juga mempunyai struktur. saya yakin bahawa prestasi anda akan meningkat dari hari ke hari. Contoh 3. sama ada karangan. Sebagai contoh. B dan C untuk menyemak dan membetulkan kesalahan-kesalahan . Anda boleh berbincang dengan guru anda untuk membuat senarai semak tersebut. sebelum dihantar kepada guru. Pada pandangan saya. Sebagai guru. rumusan atau alih bahasa yang melibatkan aspek binaan ayat. Senarai semak ini perlu dirujuk sebelum. Sekiranya anda mempunyai senarai semak. hanya segelintir pelajar sahaja yang menunjukkan prestasi yang konsisten dalam setiap tugasan mereka. Tugasan Bahasa Melayu kertas 2 yang meliputi latihan karangan. lebih kurang 5 minit setiap bahagian A. 28 APRIL 2011 Karangan : Aspek binaan ayat. Oleh itu. KHAMIS. rumusan dan alih bahasa merupakan latihan yang berulangkali dibuat oleh pelajar. Yang penting pada peringkat permulaan. rutinnya ialah menanda tugasan pelajar. saya melihat kesalahan ayat yang dibina oleh pelajar. Cubalah. suka saya menasihatkan calon STPM agar memperuntukkan sebahagian masa menjawab.

Pendidikan ialah teras kepada semua ini seperti pendidikan formal atau tidak formal. Pastikan ayat-ayat yang anda bina mengandungi unsur subjek (unsur menerangkan) dan predikat (unsur diterangkan). 7.khususnya bahagian A : karangan. kerana ayat yang sedemikian biasanya mengandungi kesalahan bahasa. AMP komplemen an AMP keterangan) dan ayat majmuk campuran. . 12. 4. Elakkan daripada membina ayat yang panjang dan meleret-leret. Masyarakat akan sedar bahawa masalah remaja bukan lagi merupakan masalah pingiran dan memerlukan suatu pendekatan menyeluruh. Golongan remaja membentuk 40 peratus daripada penduduk negara berumur 15 hingga 40 tahun. yang boleh mempengaruhi markah keseluruhan BM 2. markah bahasa untuk bahagian A : karangan ialah 15 markah. jumlah ini merupakan satu nilai yang besar. Indivdu dan keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat dan untuk membentuk masyarakat yang cemerlang. Untuk pengetahuan calon. Individu ialah keluarga dalam masyarakat. Pelbagai program yang dijalankan selama ini dalam membentuk semula anak-anak yang sudah terjebak agar mereka menjadi manusia yang berkualiti. Pengetahuan tentang binaan ayat diajar secara langsung dalam BM 1. Di samping ajaran agama tidak diketepikan. Golongan remaja yang melakukan masalah melebihi 40 peratus yang menjadi harapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam negara. ayat majmuk pancangan (AMP relatif. Bukan semata-mata bergantung pada fungsi guru di sekolah.binaan ayat. 2. 5. Merangsang anak-anak untuk bertindak dan berkebolehan sebagai insan yang berakhlak mulia. 11. 10. Ia memerlukan pendekatan yang bijak. 3. Tentunya. 8. Ragam ayat : ayat aktif atau pasif Saya tunjukkan beberapa ayat yang dibina oleh pelajar saya untuk anda nilai : 1. Ayat Majmuk : ayat majmuk gabungan. Di samping tidak mengetepikan ajaran agama yang dianuti. Anda harus tahu dan mengaplikasi pengetahuan tentang kepelbagaian aspek binaan ayat semasa menjawab BM 2. 6. Dengan adanya program yang menitik beratkan pembinaan fizikal dan kebendaan. 9. Tentunya telah anda pelajari subtajuk berikut : Susunan Ayat : susunan biasa atau susunan songsang.

Bagi membina masyarakat yang cemerlang. Oleh itu. tanpa melihat ayat sebelum atau sesudahnya. Walau bagaimanapun. Untuk pelajar 6AF dan 6AG : Berikut saya tunjukkan rumusan oleh Nurul Jana bt. sekiranya anda menyemak jawapan terlebih dahulu. Kepincangan yang melibatkan mereka perlu diberi perhatian dan harus difikirkan langkah terbaik untuk memulihkannya.13. Biasakan diri anda membaca bahan-bahan ilmiah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka supaya tabiat ini boleh mempengaruhi cara anda membina ayat. Kesalahan-kesalahan binaan ayat di atas boleh dibetulkan. pendidikan merupakan teras kepada semua ini. Keinginan untuk memebentuk masyarakat yang berkualiti semestinya memerlukan pengorbanan dan pengemblengan tenaga semua pihak. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. permasalahan keluarga perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kesimpulannya. Banyak anak muda kita yang terlibat berumur 15 hingga 30 tahun. kerajaan memperkenalkan Pelan Induk Tindakan Sosial yang membabitkan semua pihak. di 1:35 PM Pautan pada catatan ini 3 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. akliah dan sahsiah anak-anak. pendidikan moral dan akhlak yang murni perlu diberikan di rumah dan diperkukuh lagi di sekolah. Mohd Nor. Selain itu. Pelbagai program yang telah dijalankan selama ini dalam membentuk semula anakanak yang sudah terjebak agar menjadi manusia yang berkualiti perlu diteliti keberkesanannya. tetapi perlu mengandungi makna yang lengkap. Program yang menyeluruh perlu dilaksanakan kerana tidak mahu keadaan menjadi parah.Semasa menyemak jawapan STPM anda. . individu yang menjadi ahli kepada sesebuah keluarga merupakan teras kepada pembentukan masyarakat. program ini menekankan pembentukan rohaniah. yang aspek binaan ayatnya dan aspek pengolahannya dikategorikan sebagai baik. ayat bukan sahaja perlu mematuhi hukum-hukum tatabahasa. Maka. Remaja dilatih berfikir secara analitis dan kritis agar bertindak secara rasional serta tidak mengetepikan agama. Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita kini semakin meningkat dan kian membimbangkan. Ingat. saya cadangkan anda membaca setiap ayat secara berasingan. 14. Untuk membentuk masyarakat yang berkualiti memerlukan pengorbanan dan pengemblengan tenaga semua pihak.

seperti soalan berikut. Terdapat sesetengah soalan BM Kertas 2 STPM yang mempunyai perkataan "cadangkan" dalam kehendak soalannya. Bincangkan kesan buruk itu dan berikan cadangan untuk mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan. . tetapi anda harus menambah idea untuk memperbaik langkah/cara/tindakan tersebut. Soalan di atas mempunyai 2 kehendak soalan iaitu : KS 1 : Kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mengikut peraturan. maka itu bermakna bukan cadangan kerana perkataan "cadangan" bermaksud langkah/cara/tindakan baru dan bukan yang telah atau pernak dilaksanakan.RABU. Pada pendapat saya. Soalan no. anda harus mengemukakan langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan. 20 APRIL 2011 Karangan : Kehendak soalan yang mempunyai perkataan "cadangkan". Untuk KS 2. Bagaimanakah anda berfikir untuk mencari idea untuk menulis perenggan isi bagi KS 2. anda juga boleh memilih langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan yang telah dan pernah dibuat oleh mana-mana pihak. anda harus memikirkan langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan yang belum pernah dilaksanakan/dibuat oleh mana-mana pihak. Penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan buruk. 2 STPM 2004 : 2. Sekiranya anda hanya memilih langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan yang telah dan pernah dibuat oleh mana-mana pihak. Apakah pandangan anda ?. Selain itu. KS 2 : Cadangan untuk mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.

2. ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi. di 12:13 PM Pautan pada catatan ini 4 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara. berhajat. merencanakan. SELASA. anjuran. mengusulkan. wang. saranan: setelah ~ menteri itu disokong. berniat. usul. merangka: ~ strategi serangan. rancangan. saya berikan makna kata "cadangan" menurut Kamus Dewan : cadang. 3. setelititelitinya. wang. mencadangkan 1.Fikirkanlah sedalam-dalamnya. 2. khususnya kata kunci "sejauhmanakah anda bersetuju" dan "bersetujukah anda". 19 APRIL 2011 Karangan : Pebezaan Kata Kunci Soalan antara "Sejauh manakah" dengan "Bersetujukah anda" Kesilapan memahami kehendak soalan bahagian A : Karangan dalam kertas Bahasa Malaysia 2 boleh membawa implikasi yang buruk kepada markah keseluruhan BM 2 anda. ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham. harta. 5. rencana: ~ lima tahun. dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit. ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu. benda. Contoh Item no. dll) utk digunakan apabila perlu. Selamat berfikir. merancang. menguntukkan (harta. bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali. sesuatu yg dicadangkan. dana. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb). menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga. 3 STPM 2004 : . rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan. jangan tidak berfikir. anda perlu behati-hati memahami kata kunci (kata tugas) yang terkandung dalam item/soalan.Fikir. Oleh itu. mempersiapkan. ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya. menyarankan. dsb). 3. bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll).Berikut. Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu. persediaan (wang. 4. cadangan 1. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi. Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu.

(bergantung kepada isu/kehendak soalan item/soalan tersebut. Walaupun ini bukan rangka isi terbaik tetapi pada peringkat awal ini sebelum menduduki peperiksaan STPM. Rangka isi ini boleh diperbaik oleh pelajar-pelajar lain dengan merujuk pelbagai sumber seperti majalah. Kestabilan politik dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang. SELASA.3. laman web berkaitan dan sumbersumber yang lain KS 1 : Punca lumba haram. usaha pelajar ini boleh dibanggakan. calon juga perlu menyatakan faktor-faktor lain yang turut boleh membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang Jika kata kunci soalannya "Sejauh manakah" : Anda perlu akur dengan pernyataan yang dinyatakan dalam item/soalan dan ana perlu menyatakan juga faktor/masalah/kesan/langkah mengatasi yang lain. 1. INGAT : Anda perlu memilih satu plihan sahaja. Anda hendaklah membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dibangkitkan dalam soalan. Penganjur menawarkan ganjaran lumayan . Mohd Musa (6AG 2011). calon perlu akur/setuju bahawa faktor kestabilan politik dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang. 8 MAC 2011 Karangan : ISU = Lumba haram KS = Punca dan langkah mengatasi Rangka isi karangan oleh Norzalika bt. Selain itu. setakat ini belum ada soalan STPM yang mempunyai kata kunci "Bersetujukah anda". sama ada "bersetuju" atau "tidak bersetuju" di 1:35 PM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. akhbar. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Untuk menjawab soalan ini.) Sekiranya kata kunci soalannya "Bersetujukah anda" : Seingat saya.

Melakukan rondaan / pemantauan oleh pihak berkuasa.edarkan risalah / adakan pameran untuk beri kesedaran tentang bahaya/ akibat buruk berlumba haram. cerpen picisan. . atau lokasi yang ramai remaja berlumba haram .memberi kesedaran tentang bahaya pelumbaan haram . .Membina litar termasuk di kawasan pedalaman seperti di kawasan Felda.novel. komik seperti siri 'Mangga Initial D' dan 'Wangan Midnight' . .timbulkan rasa takut dan serik/ngeri dalam kalangan remaja 3. Pengaruh media massa .permainan video seperti 'Need for Speed' menambahkah keghairahan tersebut.kerana tiada/kurang peralatan keselamatan. .. 2.pamerkan gambar-gambar kemalangan ngeri yang melibatkan pelumba haram .hanya sedikit wang pertaruhan dan kos petrol .majalah kenderaan / pengubahsuaian kenderaan bermotor mengghairahkan remaja .ada amaran oleh penerbit filem tetapi tidak diendahkan kerana keseronokan yang ditonjolkan dalam aksi tersebut.melepaskan 'gian' menyertai lumba haram 3. Kos untuk menyertai pelumbaan yang sah mahal .kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan remaja menerusi persatuan-persatuan belia.kos pelumbaan haram lebih murah . Membina lebih banyak kemudahan berlumba di setiap DUN. .hadiah pertaruhan oleh pihak penganjur : wang ringgit dan perempuan .penganjur membuat keuntungan daripada penganjuran lumba haram .sediakan kelengkapan keselamatan percuma atau kos sewa yang rendah.(nyatakan contoh peralatan) .menjadi tarikan utama pelumba haram 2. Mengadakan kempen kesedaran .filem/drama bertemakan lumba haram seperti 'KL Drift' dan 'The Fast and The Furios' mempengaruhi remaja untuk meniru aksi-aksi yang dipaparkan . KS2 : Langkah mengatasi lumba haram. . 1.remaja yang belum berkerjaya / remaja yang berkerjaya biasa tidak mampu / tiada penaja.Kerap menganjukan perlumbaan dengan kos yang lebih rendah .pelumbaan yang sah seperti pelumbaan Cup Prix di Litar Sepang mahal .

Saya cadangkan anda memilih cara menulis perenggan isi. AHAD.pelumba haram bimbang takut ditangkap dan dikenakan tindakan. Terdapat pelbagai cara membina/menulis perenggan isi sokongan sama ada menggunakan pendekatan/teknik induktif. (Y-isi) Formula 2 : Y + X Keadaan pengangkutan awam yang tidak selamat (Y-isi) boleh menyebabkan kemalangan berlaku. di 10:05 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. diikuti oleh penjelasan (huraian) dan diakhiri dengan penegasan. yang bermula dengan penyataan isi. Di sini. .adakan sekatan jalan raya di lokasi yang kerap dijadikan litar lumba haram . deduktif atau eklaktik..maklumkan ibu bapa penglibatan anak mereka. Isu = kemalangan yang melibakan PA (X) KS = punca (isi) (Y) Formula 1 : X + Y Kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam (X-isu) berpunca daripada keadaan pengangkutan awam yang tidak selamat. yang semestinya mengandungi isi yang telah anda pilih. Saya tidak berminat menghuraikan setiap satu teknik tersebut. saya ingin menunjukkan cara membina ayat pertama setiap perenggan isi sokongan.. Cuba pelajar-pelajar lain daripada 6AF dan 6AG menilai dan menambah maklumat pada rangka isi di atas.ibu bapa boleh mengawal anak.pihak polis perlu lebih kerap mengadakan rondaan di kawasan tumpuan lumba haram yang telah dikenal pasti. .tangkap remaja/ sita kenderaan yang diubahsuai. Ingat rangka isi yang lengkap memenuhi semua pertanyaan ASiBiDiBaM.. . (X-isu) . 6 MAC 2011 Formula X dan Y untuk membina ayat pertama perenggan isi sokongan. Lihat contoh formula berikut : Katakanlah.

saya menasihatkan calon memberikan lebih tumpuan pada bahagian ini.memilih tajuk yang lebih diketahui bukannya tajuk yang disukai atau difikirkan senang . C (alih bahasa –15 M) dan D(analisis kesalahan bahasa – 15 M). Bahagian ini mengandungi 4 soalan.1 Membaca dan memahami kehendak soalan (5-10 minit) . Calon hanya dikehendaki memilih dan menjawab hanya satu soalan. Antara 4 bahagian tersebut. Karangan : Pembinaan rangka karangan.0 PENDAHULUAN Bahasa Melayu kertas 2 (910/2) di peringkat STPM mengandungi 4 bahagian soalan. Sebenarnya. panjang karangan antara 650 hingga 700 patah kata.membaca semua soalan . meliputi soalan karangan tidak berformat dan soalan karangan berformat (tidak semestinya).Binaan ayat pertama anda sangat penting kerana penanda boleh mengesan isi anda dengan mudah. A (karangan – 50 M).memahami isu dan kehendak sebenar soalan . Oleh itu. hal ini tidak mungkin berlaku. 90 minit yang diperuntukkan untuk bahagian ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian seperti berikut :2. saya sangat yakin yang calon boleh mendapat markah yang baik dalam bahagian ini sekiranya tiada had masa yang ditetapkan. di 9:26 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. Pembahagian masa ini perlu dibiasakan melalui latihan kawalan masa yang boleh dilakukan di rumah. 2. Oleh itu. kebolehan calon menggunakan masa dengan sebaik mungkin amat penting dalam bahagian karangan ini. B (rumusan – 20 M). Kebiasaannya.0 PANDUAN MENGGUNAKAN MASA Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 90 minit. 1. bahagian A (karangan) merupakan bahagian yang paling penting dan boleh dianggap „nadi‟ atau „jantung‟ kepada prestasi keseluruhan kertas Bahasa Melayu 2. Malangnya.

saya dapat merumuskan bahawa kegagalan calon.2 Membuat rangka karangan (15-20 minit) .pembinaan ayat tunggal dan ayat majmuk (pelbagai jenis) diseimbangkan . 4. bolehkah anda menganalisis dan merumus contoh rangka karangan di bawah ? Soalan 1 Kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah agak hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. tatabahasa dan ejaan kerana banyak kesilapan bahasa memungkinkan anda ditolak 15 markah (maksimum).2 Membuat rangka karangan yang tidak sempurna • Akibatnya. calon akan menulis/menjawab apa-apa idea yang terlintas dikepala dan bukan menjawab kehendak soalan. semakan hasil karangan dan kaedah „imbas kembali‟..0 APA ITU RANGKA KARANGAN ? Sebelum diterangkan. Pada pendapat anda. 2.3 Menulis karangan dan membuat semakan (55-60 minit) . daripada pelbagai cara – pertanyaan langsung. sebahagian besar berpunca daripada :3. Pendahuluan . 3.1 Tidak membuat rangka karangan 3.jangan lupa memperuntukkan lebih kurang 5-10 minit untuk menyemak aspek bahasa seperti struktur ayat.cari 5 hingga 7 isi yang relevan dengan kehendak soalan.banyak menggunakan ayat aktif .0 ANDAIAN SAYA Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya. mengapakah keracunan makanan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. 2.mengenal pasti bentuk/laras/format soalan.membuat rangka ketiga-tiga struktur karangan secara ringkas .

dapat mengetahui tentang kepentingan kebersihan . Kesimpulan . c. Oleh itu.bahan mentah tidak bermutu dan mengandungi bahan kimia berlebihan Lihat rangka isi 1 di atas.kesannya.makanan yang dibekalkan telah luput tarikh gunaannya .kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar semakin meningkat .dapat menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan memastikan makanan yang mereka makan bersih. Kempen kesedaran tentang kebersihan makanan .tidak mengambil berat aspek kebersihan .. Calon tidak boleh memberi idea selain sikap negatif pengusaha kantin dan pembekal makanan sekiranya ingin memperoleh markah (R) yang baik. Sikap negatif pengusaha kantin dan pembekal makanan . Begitulah juga dengan rangka isi-isi yang saya tunjukkan di bawah.kempen dijalankan – ceramah.air yang digunakan tercemar . b.masalah ini tidak boleh dipandang ringan .definisi / konsep keracunan makanan . Ada laporan menyatakan bahawa salah satu punca penyakit jantung ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam menjalani kehidupan . Idea utama/pokok IS 1 di atas ialah SIKAP NEGATIF pengusaha kantin dan pembekal makanan. bermutu dan selamat .kerjasama semua pihak perlu Soalan 2 Kes kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia kebelakangan ini semakin meningkat. 2. tumpuan/fokus idea untuk huraian anda mestilah berpusatkan kepada sikap negatif yang berkaitan sahaja. dan kuiz.banyak punca dan pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasinya Isi sokongan 1. pameran.setiap bulan ada sahaja kes keracunan yang dilaporkan . a. d. kesihatan pelajar terjejas dan boleh membawa maut .makanan terdedah kepada lalat .

asap rokok mengandungi tar. Kehidupan kita semakin sibuk.membawa kesengsaraan hidup . nikotin dan karbon monoksida . Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan penyakit ini menyerang seseorang individu khususnya tekanan yang dihadapi seseorang dalam menjalani kehidupan moden pada zaman ini. Namun ramai orang yang gagal dalam hidup.ramai hadapi masalah hidup .moden pada zaman ini. Pendahuluan . 2. Amalan negatif – merokok dan minum minuman keras . tekanan keluarga dan kerja juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka. Tekanan hidup . Penyakit jantung bukan sahaja membawa kesengsaraaan hidup kepada pesakit.sakit jantung – pembunuh utama di Malaysia . angina dan infaksi. keadaa ini membawa kepada sakit jantung. Endokrin dalam badan merembeskan kumpulan hormon adrenalin yang menyebabkan otot tegang. Berikan ulasan anda tentang pernyataan ini.Arak mengandungi kafein .kegagalan hidup menjejaskan jantung .terdapat pelbagai punca Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia.Nikotin menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung – tersumbat .akhirnya membawa penyakit jantung Tekanan hidup memang menjadi punca utama penyakit jantung. cemas dan pergolakan emosi meningkatkan degupan jantung . angina dan infaksi . golongan pemarah. Tekanan hidup menyebabkan ketegangan fikiran. Tekanan hidup menyebabkan pergolakkan emosi dan selanjutnya peningkatah degupan jantung. Penyakit ini terdiri daripada pelbagai jenis. tetapi juga kepada keluarganya. Semua orang berusaha keras untuk menjadi kaya. antaranya termasuklah penyakit jantung koronari. Kegagalan dalam hidup.pelbagai jenis – penyakit jantung – koronari. Isi sokongan 1. Lama-kelamaan. Akibatnya. Ini meningkatan degupan jantung dan membebankannya. pantang kalah dan mahu berjaya dalam semua hal akan sentiasa cemas.ketegangan fikiran berlaku .marah.

terjadi ateriosklerosis dan angina Amalan merokok dan ketagihan arak juga merupakan punca yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Mereka tidak sedar asap rokok mengandungi campuran 4 000 jenis bahan kimia. huraian mesti khusus 4. mempercepat kadar degupan jantung dan mengurangkan kadar oksigen di dalam darah.penyakit jantung berlaku 5.Kafein menyebabkan kenaikan tekanan darah – mempercepatkan degupan jantung .pekerjaan tidak memerlukan pergerakan fizikal – tidak banyak tenaga digunakan . masalah ini memudahkan pembekuan darah. 3. menepati kehendak soalan 3. Lama-kelamaan.Akibatnya. Ini menyebabkan saluran arteri tersumbat.sibuk bekerja . Kurang bersenam . Bilangannya menakutkan kita. 28 FEBRUARI 2011 Karangan : Ciri-ciri isi sokongan yang baik.berat badan meningkat . tar dan karbon monoksida.0 ANDA FAHAM ? Sejauh manakah tahap pemahaman anda ?. umum (boleh dihurai) 2. mempunyai contoh yang berkaitan . Arak pula mengandungi kafein. Nikotin akan menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung.mendapan lemak berlaku dalam dinding arteri koronari . Ini menyebabkan terjadinya ateriosklerosis dan angina. Ciri-ciri isi sokongan yang baik 1. Lebih 80% lelaki rakyat Malaysia ialah perokok. di 8:58 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Karangan. termasuk nikortin. ISNIN. Kafein ini menyebabkan kenaikkan tekanan darah.. Pemahaman anda dapat dinilai berdasarkan latihan perbengkelan semasa proses P&P kelak.masa terluang sangat kurang .

Kemalangan yg melibatkan pengangkutan awam berpunca daripada keadaan pengangkutan awam yang tidak selamat. Contoh karangan pelajar : Isu = Pembuangan bayi KS = Punca dan langkah.licin • tayar „botak‟ • lampu „signal‟ rosak • enjin x diselenggara mengikut jadual • PA dah lama – 15 thn – contoh seperenggan isi sokongan karangan oleh pelajar 6 Atas Ghazali 2010. Selain itu. Penilaian ini tidak termasuk aspek keutuhan dan aspek bahasa. Pemandu tidak dapat meberhentikan kenderaan mereka dengan cepat khususnya pada waktu hujan akibat permukaan jalan yg licin. Buat sementara waktu. Karangan ini sememangnya mempunyai kesalahan bahasa. Menjawab A Si Bi Di Ba M Contoh kehendak soalan : Punca-punca kemalangan yg melbatkan pengangkutan awam. Berikut merupakan beberapa contoh pendahuluan dan isi sokongan yang boleh dikategorikan sebagai agak baik yang dikarang oleh pelajar.2. Oleh itu. Terdapat peralatan kenderaantersebut yang tidak berfungsi dengan baik. (PA) Contoh rangka isi sokongan (1) PA x selamat (bersifat umum) • brek x bfngsi PA x dpt dikawal musin hujan . Pemeriksaan oleh pihak PUSPAKOM mendapati kebanyakanan bas dan teksi yang diperiksa mempunyai masalah brek yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Kelemahan-kelemahan ini boleh mengundang malapetaka apabila kenderaan ini digunakan di jalan raya. maka aspek baik yang ingin dipaparkan/dinilai menerusi contoh-contoh di bawah hanyalah idea/isi/huraian yang dirasakan agak menepati struktur yang diperlukan. abaikan dahulu aspek tersebut. Pengusaha bas ekspress masih menggunakan bas yg sudah bersia lebih 15 tahun untuk pejalanan yang jauh.lampu isyarat dan tayar kenderaan tersebut tidak di selenggara mengikut jadual. Penulisan struktur pendahuluan dan isi sokongan karangan yang baik melibatkan kesepaduan banyak aspek. calon hanya perlu melihat aspek kerelevanan struktur/kriteria yang perlu sahaja dengan memberi tumpuan kepada . Keadaan enjin yang sudah usang dan tidak diselenggara secara berkala boleh menyebabkan berlakunya kebakaran yang boleh menyebabkan kemalangan terjadi . Menyedari hakikat itu dan tahap kematangan pelajar serta berpandukan konsep "ansur maju".

Bayi yang tidak berdosa itu juga sering dijumpai di tempat-tempat kotor dan jijik. mereka telah mengambil jalan singkat dengan membuang bayi yang dilahirkan. tempat pembuangan sampah. Contoh perenggan pendahuluan oleh Suhaila Sukaimi (6AG) Gejala pembuangan bayi merupakan satu perbuatan yang zalim denganmeninggalkan bayi yang baru lahir di merata-rata tempat. Sememangnya masyarakat kita tidak dapat menerima hakikat ini kerana bertentangan dengan adat ketimuran dan syariat Islam. Walau bagaimanapun. Gejala pembuangan bayi ini berlaku akibat pelbagai punca yang mendorong seseorang individu melakukannya. Setiap hari. Contoh perenggan isi sokongan oleh Norzalika Mohd Musa (6AG) Punca pertama kebanyakan orang membuang bayi yang tidak berdosa ialahperasaan malu. wanita yang terlibat selalunya hilang pertimbangan rasional. malah ada yang dicampakkan ke sungai. Menurut laporan tersebut. Oleh itu. Justeru. Oleh sebabtakut dihina dan disisih oleh masyarakat. Banyak gadis yang .Banyak berita dan laporan tentang kes pembuangan bayi disiarkan dalam media massa tempatan. pelbagai langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. banyak rencana dan laporan tentang kes-kes pembuangan bayi disiarkan dalam media tempatan. bayi yang baru dilahirkan telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di dalam tong sampah. terdapat juga janda yang terlibat dengan gejala ini akibat tergoda oleh lelaki. bayi yang dibuang biasanya dijumpai di perkarangan masjid. Namun begitu. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi.perkataan/frasa/klausa yang digelapkan / bold Contoh perenggan pendahuluan oleh Norzalika Mohd Musa (6AG) Gejala pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Sebagai contoh. Jelaslah disini bahawa perasaan malu membawa kepada puncapembuangan bayi. langkah untuk mengekang masalah ini perlu diambil dengan segera. Para gadis yang mengandung anak luar nikah ingin menutup keaiban yang dilakukan bersama-sama teman lelaki dengan cara mudah iaitu membuang bayi. Dalam keadaan kusut fikiran tanpa bimbingan dan nasihat individu lain. mereka tidak berani menghadapi realiti. Pembuangan bayi merujuk kepada perbuatan meninggalkan bayi yang dilahirkan di merata-rata tempat tanpa sifat perikemanusiaan. Contoh perenggan isi sokongan oleh Farhan Noor Ishak (6AF) Punca utama kes pembuangan bayi berlaku ialah perasaan malu. setelah mereka hamil anak luar nikah.

Anda dinasihatkan mengulangkaji bahagian-bahagian yang dinilai dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia seperti anda mengulangkaji mata pelajaran yang lain. Jangan lupa mengaitkan isi dan huraian tersebut dengan kehendak soalan pada setiap perenggan bagi mengelakkan perenggan isi anda kelihatan tergantung. ISU mesti diberi definisi ATAU maksud ATAU apa-apa juga ayat yang boleh menggambarkan ISU. wanita yang terlibat selalunya akan hilang pertimbangan rasional lalu bertindak membuang bayi. Berdasarkan item/soalan di atas. calon boleh mengesan KS dengan mudah. Setelah mereka hamil. Perkara yang penting ialah ketepatan isi dengan kehendak soalan. RKP = perkataan "meningkat" Apabila calon ingin membina perengan pendahuluan karangan. 27 OKTOBER 2010 Cara membina perenggan pendahuluan karangan BM STPM contoh item/soalan : Kemasukan tenaga kerja asing ke negara kita ini berlaku sejak dahulu dan kini bilangan mereka semakin meningkat.(B) Penerangan : Dalam item/soalan mengandungi 2 bahagian. di samping bertentangan dengan ajaran Islam. Pelajar dinasihatkan membina ayat mudah agar idea yang ingin disampaikan jelas. Dalam bahagian PS. Kesannya. dalam keadaan kusut tanpa bimbingan dan nasihat yang betul daripada orang lain. Bahagian pertama (A) ialah penyataan soalan (PS) dan bahagian kedua (B) ialah kehendak soalan (KS). calon boleh mengesan ISU dan RANGKAI KATA PENTING (RKP)sementara bahagian B. RABU. mereka tidak berani menghadapi realiti. Pastikan juga huraian yang dikemukakan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isi. Rujuk juga panduanpanduan membina struktur karangan dan jadikannya sebagai senarai semak agar penulisan karangan anda menjawab kehendak soalan. . Sememangnya masyarakat kita juga tidak dapat menerima hakikat ini kerana bercanggah dengan adat ketimuran. (A) Berikan penjelasan anda tentang kesan kemasukan tenaga kerja asing kepada masyarakat dan negara ini. malah ahli keluarganya juga akan dipulau oleh masyarakat. takut dihina dan disisih oleh masyarakat.mengandung anak luar nikah akibat kesilapan mereka melakukan seks bebas. Bukan sahaja pelakunya. ISU = tenaga kerja asing KS = kesan kemasukan tenaga kerja asing kepada masyarakat dan negara.

calon boleh menulis sebab/faktor/alasan tenaga kerja asing berminat datang ke negara kita. TINDAKAN KEEMPAT > Bina sekurang-kurangnya 1 ayat/klausa yang berkaitan dengan ISU. Memandangkan KSnya ialah kesan. Kini bilangan mereka semakin ramai di negara kita. Contoh negara-negara asal tenaga keja asing yang datang ke negara kita. sekiranya mengetahui statistiknya. 3. Bilangan mereka semakin bertambah dari tahun ke tahun. TINDAKAN KELIMA> Bina ayat atau ayat-ayat yang mengandungi KS Memandangkan KS item/soalan di atas ialah KESAN. (faktor dalaman) ATAU sebab/faktor/alasan tenaga asing keluar dari negara asal dan datang ke negara kita. Contoh sektor ekonomi yang melibatkan tenaga kerja asing. Fokus perkataannya ialah "meningkat". TINDAKAN KETIGA > Nyatakan contoh yang bersesuaian. (atau) 3.TINDAKAN PERTAMA > Bina sekurang-kurang 1 ayat yang mendefinisikan atau menerangkan maksud ISU. (atau) apa-apa sahaja idea yang menggambarkan/sinonim dengan perkataan "meningkat". (faktor luaran). Calon boleh menyatakan statistik. Dinasihatkan calon membina 2 ayat. 2. sekiranya item/soalan mempunyai 2 kehendak soalan. Contoh pendahuluan karangan : . Contoh definisi/maksud ISU tenaga kerja asing = pekerja dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk bekerja.(atau) 2. Contoh ayat/klausa yang sinonim dengan RKP : 1. maka KSnya ialah Kesan Baik dan Kesan Buruk kemasukan tenaga kerja asing. Antara contoh yang bersesuaian ialah : 1. Contoh-contoh lain yang bersesuaian. TINDAKAN KEDUA> Bina sekurang-kurangnya ayat/klausa yang sinonim dengan RKP RKP dalam PS ialah : bilangan mereka (tenaga kerja asing) meningkat.

3 di atas.1 Lebih banyak maklumat (fakta/idea/pendapat/contoh/bukti statistik) yang anda ketahui.3 Memahami dengan jelas definisi/konsep.2.1. INGATAN : JANGAN terpengaruh dengan tajuk/isu yang mudah.Tenaga kerja asing merujuk kepada pekerja dari luar negara yang datang ke negara kita untuk bekerja (definisi/makna ISU) dalam pelbagai sektor ekonomi.rangkai kata penting dan fokus soalan. BANDAR MAS. khususnya buruh asing dari Indonesia.(alasan ).1 Bincangkan :sama ada membincangkan kebaikan/keburukan/punca/masalah/kesan/langkah mengatasi (bergantung kepada . seperti dinyatakan dalam 2.2 dan 2. 20 APRIL 2010 Panduan Menjawab Item Karangan STPM KECEMERLANGAN STPM : SMK. Pembangunan yang pesat di Malaysia (faktor dalaman) dan kekurangan peluang pekerjaan di negara asal(fakor luaran) menyebabkan mereka terpaksa berhijrah untuk mencari rezeki di negara kita. JOHOR STRATEGI MENJAWAB SOALAN KARANGAN Oleh :MOHD FADIL BIN TALIB (A) PANDUAN AM JANGAN ragu-ragu memperuntukkan masa lebih kurang 10-15 minit untuk melakukan tindakan berikut : 1. Menentukan kata tugas dan memahami kehendaknya : 3.2 Mengetahui dengan jelas kehendak soalan 2. 2. Menentukan dengan pasti soalan yang hendak dijawab berdasarkan pertimbangan berikut : 2. Selain buruh. Membaca kesemua 4 soalan yang diberikan. </i SELASA. Bilangan mereka semakin bertambah ramai dari setahun ke setahun (RKP). Kedatangan mereka telah membawa banyak kebaikan (KS 1)kepada negara kita. Myanmar dan Nepal (contoh negara). Namun begitu. 3. KOTA TINGGI. 2. Malaysia juga turut menggaji tenaga profesional seperti jurutera dan doktor(contoh profesion) untuk menampung kekurangan tenaga pakar di negara kita. kebanjiran tenaga kerja asing ini turut membawa impak negatif <i>(KS 2)<b> kepada masyarakat dan negara. tanpa melihat keseluruhan elemen yang perlu. Sektor pertanian dan perindustrian merupakan antara sektor yang menggunakan ramai tenaga kerja asing (contoh sektor ekonomi).

10Bersetujukah anda :Anda hendaklah membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dibangkitkan dalam soalan 4. mulalah menulis karangan dan jangan lupa untuk menyemak/mengedit karangan yang telah disiapkan untuk membetulkan kesalahan-kesalahan. Penutup (1 pggn X 3markah) 60 hingga 70 patah kata Apakah yang dikatakan pendahuluan ? Apabila pembaca membaca pendahuluan. Kebaikan membuat rangka karangan Penulisan anda dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan tersusun Mengelakkan pengulangan fakta/idea Pastikan anda tahu cara yang betul untuk membuat rangka karangan.7 Nyatakan :menyatakan sesuatu perkara/faktor dengan jelas tanpa perbincangan lanjut. Struktur perenggan pendahuluan : . 3. Pendahuluan (1 pggn X 3markah) 80 hingga 100 patah kata 2. Contohnya ISU : kemalangan jalan raya dan FOKUS : Faktor-faktor kemalangan jalan raya dan Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan raya.pernyataan dalam soalan) 3. (B) Struktur karangan : 1. Selepas melalui semua proses di atas.5 Nilaikan :buat penilaian/keputusan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu perkara yang dinilai 3.6 Analisiskan :menganalisis sesuatu idea/pendapaat/pernyataan dengan mengambilkira semua faktor. 3.9 Sejauhmanakah :Anda perlu akur dengan pernyataan yang dinyatakan dan nyatakan juga faktor/masalah/kesan/langkah mengatasi yang lain (bergantung kepada soalan).4 Bandingkan :menunjukkan persamaan dan perbezaan tentang dua perkara 3.3 Ulaskan :mengulas sebab-akibat atau perkembangan terhadap isu 3.8 Buktikan :memberikan sebab-sebab tentang sesuatu perkaraa dengan hujah/bukti 3. 5. Perlu disusun dengan sistematik dan logik 3. Isi sokongan (5 pggn X 3markah) 100 hingga 120 patah kata 3. mereka akan mengetahui isu yang akan dibicarakan dan fokus perbincangan penulis.2 Jelaskan :memberi penjelasan yang tepat dan terperinci tentang sesuatu idea/isu atau sebab mengenai sesuatu kejadian 3.

Pernyataan soalan (ubahsuai daaripada pernyataan dalam soalan) b. penipuan cek. Bincangkan kesan-kesan (KS-1) yang akan timbul dengan berleluasanya jenayah ini dan cadangkan langkah-langkah (KS-2) untuk mengatasinya. Pendirian Penulis : (PP) Dibina berdasarkan kehendak soalan. Rangkai kata penting (RKP) d. Jenayah ini dianggap lebih berbahaya berbanding jenayah biasa (RKP). jenayah kolar putih (ISU) sering berlaku di negara ini (PS). banyak pihak boleh mengambil inisiatif (PP)untuk mengatasinya bagi mengelakkan negara menghadapi masalah yang lebih besar. Contoh (C) 2. dan pemalsuan kad kredit (C) semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Lantaran itu. terutamanya yang melibatkan aspek ekonomi. Ayat Topik/Judul a. Banyak kesan (PP) yang akan timbul jika jenayah seperti ini berleluasa. Latarbelakang isu : a. Biasanya 2 kehendak dan kadangkala 1 sahaja. Fokus soalan (ada @ tiada) e. seperti golongan profesional dan menggunakan teknologi yang canggih (D). pecah amanah. di samping sukan dikesan. jenayah ini dianggap lebih berbahaya berbanding jenayah biasa (RKP) kerana melibatkan jumlah harta yang besar.1. Contoh pendahuluan : Jenayah kolar putih merujuk kepada jenayah yang hanya dilakukan oleh pihak tertentu. politik dan sosial. mereka mendapat maklumat lebih terperinci yang membolehkan mereka lebih memahami ISU dan FOKUS yang dinyatakan oleh penulis dalam perenggan pendahuluan. Struktur perenggan isi sokongan : 1. bersifat umum supaya boleh dihuraikan/dijelaskan dalam ayat-ayat berikutnya selepas ayat topik/judul . Contoh Soalan : Sejak kebelakangan ini. Oleh itu. Kegiatan jenayah seperti rasuah. penyelewengan kuasa. Definisi @ gambaran/konsep (D) c. (93 pp) Apakah yang dikatakan isi sokongan ? Apabila pembaca membaca isi sokongaan.

3.huraian anda perlulah dapat memberi keyakinan kepada penanda. petroleum. b. Banyak premis seperti premis perniagaan dan kilang mengendalikan bahan-bahan yang mudah terbakar. Huraian/keterangan lanjut untuk menjelaskan idea/konsep yang dinyatakan dalam ayat topik/judul. kebakaran akan berlaku seperti yang terjadi di kilang mercun Bright Sparkles di Selangor. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengemukakan contoh. Ayat Transisi. Boleh ada/tiada b. Namun begitu. Akibatnya. Anda boleh mengabungjalinkan struktur-struktur tersebut untuk menjadikan perenggan isi sokongan sebuah wacana yang utuh. Contoh isi sokongan Pengabaian ciri-ciri keselamatan di tempat kerja(ISI) juga merupakan punca berlakunya kebakaran. merekatidak menyediakan tempat yang selamat untuk menyimpannya (H 1) atau pekerja yang mengendalikan bahan-bahan berbahaya tersebut tidak mematuhi prosedur pengendaliannya (H 2). Penegasan/kesimpulan a. Pekerja-pekerja juga tidak diingatkan tentang bahanyanya (H 3) bahan-bahan tersebut.2. Contoh Soalan : Bincangkan punca-punca kebakaran dan langkah-langkah membendung kebakaran. Sebagai contoh. . Perlu spesifik dan relevan dengan fakta/idea/konsep yang dikemukakan. Huraian/Pengembangan isi a. plastik (C 2) dan bahan kimia yang lain. Begitu juga dengan contoh/bukti/kes tidak semestinya satu struktur yang perlu diasingkan daripada struktur-struktur yang lain. Kejadian yang mengorbankan banyak nyawa ini berlaku disebabkan oleh pengabaian ciri-ciri keselamatan pengendalian bahan berbahaya dan mudah terbakar. Contoh/bukti/kes a. Dibuat dalam bentuk penilaian anda sendiri atau rumusan terhadap satu-satu perenggan isi sokongan. mereka menghisap rokok (C 1)ketika mengendalikan bahan-bahan berbahaya dan mudah terbakar seperti cat. (Penegasan ) (103 pp) Nota : Struktur perenggan isi sokongan di atas tidak semestinya dibuat dalam urutan yang dinyatakan. 4.

mereka dapat membuat penyelesaian kepada isu yang dibincangkan. Strukutur perenggan penutup/kesimpulan 1. Sebahagian dialog/sebahagian ulasan/cerita (novel/cerpen) Apakah antara kemahiran yang penting ? 1. Apakah yang dikatakan perenggan penutup/kesimpulan ? Apabila pembaca membaca perenggan kesimpulan/penutup.1.  merupakan antara bentuk teks yang paling kerap keluar dalam bahagian C STPM. Kemahiran menukar cakap ajuk kepada cakap pindah 2. Kemahiran membina ayat majmuk pancangan komplemen 3. Nasihat : Buang semua ciri-ciri dialog dalam hasil alih bentuk teks yang anda hasilkan. . Boleh juga digunakan dalam sebuah perenggan isi untuk menghubungkan idea satu ayat dengan idea ayat yang berikutnya. Tidak semestinya hadir pada setiap perenggan isi sokongan 3. Biasanya menggunakan penanda wacana 4. Ayat yang dibina dengan tujuan untuk menunjukkan perkaitan/perhubungan antara perenggan isi sokongan dengan perenggan isi sokongan yang lain. 2. SELAMAT MENGULANGKAJI Alih Bentuk Teks : Dialog Panduan mengalih bentuk teks : laras dialog. Kemahiran memahami situasi dialog. JANGAN mengulang/menulis semula idea/fakta/ayat yang telah anda kemukakan pada perenggan pendahuluan dan perenggan isi sokongan. 100% dialog (drama/wawancara) 2. 3. memberikan ingatan kepada pembaca atau mengemukakan cerita yang berkaitan dengan isu dan fokus penulisan anda. Perenggan penutup/kesimpulan tidak mempunyai struktur yang nyata 2. Anda boleh mengakhiri karangan anda dengan memberikan penyelesaian. Jenis-jenis dialog : 1.

masa. Oleh itu calon dilarang membina jenisjenis ayat lain seperti ayat tanya.Ciri-ciri dialog Kependekan kata Cth : mak /dah /nak Kata tiada makna Alih bahasa kepada prosa moden yang biasa Betulkan Emak / sudah / hendak Abaikan/tidak perlu ditafsir Cth : oh/ah/hmmm Kata seru/tanda seru Cis/wah/amboi/aduh/ (!) Bahasa Arab Tukar kepada frasa yang sesuai Cis (dgn perasaan marah) Tukar kepada yang sesuai Alhamdulillah/astaghfirullah/lahaulawala Cth : Alhamdulillah (bersyukur) kuwatailla (sekiranya ada). tempat Siapa Bila Di mana . Personafikasi/metafora Slanga/dialek Cakap ajuk Peka kepada KGND Gugur/ganti dengan frasa yang sesuai Tukar kepada bahasa baku/moden/standard Tukar cakap pindah Ayat yang perlu dibina untuk AB ialah ayat penyata sahaja. Bergantung kepada konteks ayat. Orang. individu Tarikh. Kemungkinan tiada kerana terdapat Lahaulawalaa kuwatailla (mengucap panjang) unsur ‘bias’. tempoh masa Lokasi. Kata tanya Apa Tukarkan Mungkin benda. barang .

. 3..... 4..begitu/ demikian semalam . pastikan calon memahami binaan AMP Komplemen dengan betul. 2. Kata-kata larangan seperti jangan. contohnya : 1.inginkan kepastian/ingin mendapat kepastian. usahlah. . 5..menanyakan.ingin tahu sebab.menjelaskan bahawa. 4. 3. Fahami situasi pertanyaan tersebut dengan jelas.....hari tersebut/ itu masa ini / kini .menerangkan bahawa. kemudian gunakanlah pilihan frasa berikut (bergantung kepada situasi dialog) : 1.Bagaimana Mengapa Cara. alasan Tanda soal (?) dalam teks ABT.pada masa itu di sini . 2. 2. langkah Sebab. ABT prosa dialog memerlukan kemahiran tentang binaan ayat majmuk pancangan komplemen.menyatakan bahawa... ... . . 3... Perhatikan juga perkataan seperti di bawah dan tukarkan : 1. hari ini .di situ begini .. ..... ... 6. tidak boleh digunakan dan perlu digantikan dengan perkataan melarang. . Pada pandangan cikgu.ingin mengetahui.. Oleh itu.masa itu sekarang . menafikan .pada malam sebelum itu ....

PUISI STPM 2006 5.pada hari sebelum itu Jangan sesekali menambah cerita. STPM 2005 5. Cikgu cadangkan calon STPM memberi tumpuan kepada 3 bentuk alih bahasa untuk diulang-kaji dan difahami cara mengalih bahasanya dengan teliti supaya bahagian ini memberi markah yang baik untuk membantu markah keseluruhan BM 2.7. KHAMIS. Panduan tersebut masih belum lengkap dan sempurna. KLASIK 6. PROSA KLASIK . UNDANG-UNDANG 6. DIALOG : CERPEN 6. Label: BM 2 : Alih Bahasa. DIALOG 6. DIALOG STPM 2007 5. Tiga bentuk alih bahasa yang telah dikenal pasti itulah yang perlu diberi lebih tumpuan semasa mengulangkaji pada saat-saat akhir menjelang peeriksaan STPM. DIALOG : WAWANCARA STPM 2008 5. Dengan merujuk analisis kekerapan bentuk alih bahasa dalam peperiksan STPM di bawah. cikgu yakin anda boleh menentukan 3 bentuk alih bahasa tersebut. Panduan di atas hanyalah asas yang sempat cikgu fikirkan. dan dibantu oleh guru-guru di sekolah. Rujuklah sumber-sumber lain. kelmarin . 24 MAC 2011 Analisis Bentuk Alih Bahasa Bahagian C BM 2 STPM 2005-2010 Pada pendapat cikgu. bahagian C : Alih bahasa kertas Bahasa Melayu 2 ini merupakan bahagian penting walaupun hanya membawa 15 markah sahaja.

SAJAK Bagaimana ?. . pebjodoh bilangan yang tidak tepat 5. 3.1 Ayat yang panjang dan berbelit-belit (maksudnya sukar difahami) 1. (C)Buang tetapi gantikan / tukarkan yang berikut : 1.2 Tiada subjek 1. RABU. kata sendi nama yang tidak tepat 6. kata hubung . IKLAN 6. bahasa istana / bahasa dalam 2.4 Banyak ayat pasif 2. SAJAK STPM 2010 5. ciri-ciri BM Klasik (rujuk ciri-ciri BM Klasik) 1. 19 JANUARI 2011 Alih Bahasa : Prosa Klasik Beberapa panduan mengalih bahasa prosa klasik. DIALOG 6. ayat pasif menjadi ayat aktif 2. nama peralatan. (A)Buang terus yang berikut : 1. Label: BM 2 : Alih Bahasa. ayat songsang menjadi ayat susunan biasa 3.3 Banyak ayat songsang 1.STPM 2009 5. kata ganti nama 4. penanda wacana (B)Kekalkan yang berikut : 1. nama jawatan / gelaran dll. kata/frasa/ungkapan yang tidak difahami maksudnya. cakap ajuk kepada cakap pindah.

.

khususnya dari negara Australia. aluminium dan plastik. majalah lama. [20] Dahulu. industri pelancongan di negara kita ini akan terjejas dan negara kita akan hilang sumber pendapatan. masyarakat kini mula memperlihatkan tanda positif tentang usaha yang dijalankan itu. Antaranya surat khabar lama.sampah sarap dibuang di dalam tong sampah atau di merata-rata tempat dan dianggap tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada manusia. Melalui program kempen secara intensif.sampah sarap masih boleh digunakan kerana bahan tersebut dapat dikitar semula. Langkah ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar semula dari luar negara. kaca. Proses ini melibatkan proses mengumpul. Berbagai-bagai bentuk kempen telah dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada kempen secara bergerak di seluruh negara atau melalui iklan-iklan di televisyen. Dengan situasi yang demikian. Dari aspek lain pula. Bahan bernilai yang kita buang ini jika dikitar semula akan lebih meningkatkan lagi nilainya dengan penghasilan barangan baharu yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Kini dengan adanya kemajuan sains dan teknologi.bahanbahan yang tertentu sahaja dapat dikitar semula. Mereka juga seharusnya menyedari bahawa pembuangan sampah-sarap yang sewenang-wenangnya akan mencemarkan dan mengotorkan alam sekitar yang seterusnya memberikan gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke negara kita. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkaskan tanpa menjejaskan isi kandungannya. Kempen ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya kitar semula. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada aklhir jawapan. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. akhbar dan majalah.program kitar semula dapat menjimatkan kos penyelenggaraan yang meliputi kos kawasan pelupusan sampah. Sampah merupakan bahan yang berharga dan bernilai selain bahan-bahan yang kita buang setiap hari.Rumusan : Pentaksiran Kurikulum 1 Pentaksiran Kurikulum 1 Tingkatan 6 Atas Tahun 2011 5. Bahan-bahan yang terbuang ini merupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar. botol. Orang ramai mula peka akan kepentingan kitar semula ini walaupun terpaksa memakan masa yang agak lama untuk membina sikap yang positif terhadap perkara tersebut. Walaupun begitu. Warganegara yang bertanggungjawab harus mengambil tahu tentang kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar. kerja-kerja pengutipan sampah dan . Pengurangan import tersebut juga sekali gus mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang terbuang. Amerika Utara dan Singapura.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik. Kos tersebut penting untuk dimanfaatkan kepada aktiviti yang lain untuk kepentingan orang ramai. IDEA SOKONGAN 2: Sampah yang kita buang.memproses.mengurangkan kos pertambahan lori sampah.Oleh sebab itu. Kepentingan hutan hendaklah difahami. Melalui program kitar semula juga.jika dikitar semula boleh meningkatkan lagi nilainya apabila menghasilkan barang-barang baharu. tempat tersebut akan menarik minat haiwan pembawa kuman dan penyakit. hutan merupakan salah satu sumber yang istimewa dan merupakan pembekal oksigen kepada manusia dan semua makhluk yang hidup di muka bumi ini. Sampah ialah bahan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mencacatkan persekitaran. Kawasan yang bersih akan menjadi kotor. melalui program kitar semula kita dapat mengelakkan pengumpulan sampah dan bawaan penyakit dan sekali gus dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Bayangkan kalau proses penebangan untuk pembuatan kertas berterusan selamalamanya. Jika sampah dibiarkan begitu sahaja dan dikumpulkan sebelum dilupuskan. IDEA SOKONGAN 1: Berbagai-bagai bentuk kempen dilakukan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula. Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang ditebang.Hal ini boleh mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar semula dari luar negara.dan menggunakan bahan-bahan yang terbuang itu semula.orang ramai mula positif tentang program tersebut. Selain itu. IDEA SOKONGAN 3: Pembuangan yang sewenang-wenangnya boleh mencemarkan alam sekitar dan boleh menjejeskan industri pelancongan negara.masalah kekurangan ruang dapat diatasi. Kita seharusnya memelihara hutan untuk tatapan generasi masa akan datang. Januari 2002) Skema jawapan IDEA UTAMA:Kitar semula melibatkan usaha mengumpul.Sebelum ini kita perlu menebang sebanyak 17 batang pokok untuk menghasilkan satu tan kertas. terutama burung gagak dan tikus. .Bahan-bahan ini merupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar.Kini.Selain itu ruang pelupusan sampah dapat diselamatkan. Hal ini demikian kerana program ini dapat menyelamatkan ruang pelupusan sampah dan kawasan berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Demikian juga halnya dengan masalah disiplin di sekolah. yang nampaknya semakin tidak menyenangkan pelbagai pihak.Oleh sebab itu. ISNIN. Mereka menjadi harapan kita bagi meneruskan kesinambungan bangsa dan negara. melepak. Memandangkan hakikat ini. dan melakukan jenayah. di 10:10 AM Pautan pada catatan ini 0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Google Buzz Label: BM 2 : Rumusan. menagih dada. IDEA SOKONGAN 5: Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk menghasilkan kertas. banyak anak muda kita terlibatdalam kes lari dari rumah. maka kepincangan yang melibatkan mereka mesti diberi perhatian yang serius dan harus difikirkan “ubat yang mujarab” untuk memulihkannya.Proses penebangan harus dikawal kerana hutan merupakan sumber oksigen kepada semua hidupan di muka bumi ini.dan kos pertambahan lori sampah. Hari ini. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga perenggan dan panjangnya antara 170-180 patah perkataan.program kitar semula dapat mengatasi masalah berlakunya pengumpulan sampah dan bawaan penyakit dan sekali gus dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.Golongan remaja membentuk lebih 40 peratus daripada penduduk negara inidan mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun dianggar berjumlah 9. kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya.25 juta orang.kerja-kerja memungut sampah. Persoalan yang harus kita fikirkan sekarang ialah keberkesanan pelbagai program .IDEA SOKONGAN 4: Program kitar semula dapat menjimatkan kos dari segi penyelenggaraan kawasan pelupusan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir perenggan [20 markah] Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita kini semakin meningkat. Kita tidak dapat menyembunyikan statistik yang mencatakan kegawatan sosial dalam kalangan remaja kita yang kian membimbangkan ini. KESIMPULAN Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan kebersihan persekitaran. 7 FEBRUARI 2011 Rumusan Fahami petikan di bawah ini.

hinggalah aspek yang berkaitan dengan ketuhanan. Kita perlu sedar bahawa individu ialah sebahagian daripada sesebuah keluarga. badan bukan kerajaan. dan sahsiah anak-anak kita. Atas kepekaan terhadap masalah inilah. Dalam konteks ini. maka kerajaan memperkenalkan Pelan Induk Tindakan Sosial (PINTAS) yang membabitkan pelbagai pihak. maka baiklah keluarga dan masyarakat. masyarakat. di samping tidak pula mengetepikan ajaran agama yang dianuti. sistem pendidikan. Adakah program yang telah disediakan itu mampu membentuk akhlak yang baik. ibu bapa. Dalam hal ini. pihak swasta. malah memerlukan suatu pendekatan menyeluruh dan benar-benar berkesan. akliah. teras kepada semua ini ialah pendidikan. badan korporat. serta mampu memantapkan akiah-rohaniah mereka agar kelak mereka memiliki sifat-sifat kepimpinan yang berdaya saing. Dengan kata lain. dan institusi kekeluargaan itu sendiri. Pada hakikatnya. Nilai-nilai akhlak yang murni sebenarnya bermula dari rumah dan diperkukuh dengan pendidikan di sekolah.yang telah dijalankan selama ini dalam membentuk semula anak-anak yang sudah terjebak itu agar mereka menjadi manusi yang berkualiti. ibu bapa mestilah menerima hakikat bahawa pendidkan moral dan akhlak sukar dilaksanakan kalau semata-mata bergantung pada fungsi guru dan sekolah. maka terbentuklah sebuah . Kita tidak boleh menunggu sehingga keadaan menjadi parah kerana apabila sudah demikian halnya maka apa jua usaha yang diambil akan menjadi kurang berkesan. Dengan penglibatan pelbagai pihak. pendidikan yang dimaksudkan meliputi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. dan berbudaya tinggi? Kita percaya bahawa keinginan untuk membentuk masyarakat yang berkualiti semestinya memerlukan pengorbanan dan penggemblengan tenaga semua pihak : kerajaan. Dalam pendidikan tidak formal. Sekiranya baik individu. iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO). tetapi juga menekankan pembentukan rohaniah. dan individu tertentu. peradaban. media massa. Sekiranya keluarga terurus. bersepadu.pemasalahan keluarga mestilah diselesaikan terlebih dahulu. ibu bapa. alam. bermaruah. Soal meletakkan kesalahan antara satu dengan yang lain diharapkan tidak akan timbul lagi. Kita percaya program yang diperkenalkan bukan sahaja menitikberakan pembinaan fizikal dan kebendaan. Program yang menyeluruh. manakala keluarga pula menjadi paksi kepada pembentukan sesebuah masyarakat. dan membabitkan semua pihak perlu dirangka dan dilaksanakan. Untuk pembinaan sesebuah masyarakat cemerlang. masyarakat akan sedar bahawa masalah remaja bukan lagi merupakan masalah pinggiran. mampu menjana kekuatan mental dan moral yang tinggi. mereka seharusnya dapat memahami tuntutan kelahiran : bermula daripada diri sendiri. Mereka seharusnya dilatih menggunakan kepayaan berfikir secara analitis dan kritis agar dapat bertindak secara rasional. ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik yang boleh merangsang anak-anak untuk bertindak dan berkelakuan sebagi insan yang berakhlak mulia.

Anda boleh menggunakan penanda wacana Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. (a)Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Berita Harian 25/07/98) Selain daripada panduan mencari isi-isi penting yang telah diberi. PANDUAN MERUMUS 1.1 Isi 2. .masyarakat yang bermaruah dan berbudi pekerti mulia. tetapi anda pasti boleh melakukan sesuatu dengan usaha yang terbaik. buat ayat yang betul untuk menggabungkan isi-isi yang dikesan.2 Contoh 2. (b) iaitu bernilai hampir RM600 bilion setahun. (IU:i) Tahun 2010 sudah ditetapkan sebagai sasaran untuk Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia. Setelah mengambil isi dan membuang contoh dan huraian / keterangan lanjut. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Markah 20 ( Isi = 10m dan P = 10m) 2. RABU. Baca dengan teliti setiap perenggan untuk mengasingkan (dengan membuat garisan / menggunakan ‟higlighter pen‟: 2. 5. sementara frasa "dengan kata lain" (perenggan 3 baris 12) menunjukkan kenyataan seterusnya merupakan keterangan lanjut (bukan isi). Dalam petikan di atas. Masa menjawab yang dicadangkan ialah 40 minit 4. calon juga boleh mengenal pasti antara isi atau keterangan lanjut berdasarkan kata/frasa yang menunjukkan sama ada sesuatu isi itu penting atau tidak. (IU:iii) pasaran produk makanan halal dunia ketika ini semakin meningkat. Langkah menetapkan matlamat ini dilakukan untuk memastikan bahawa (IU:ii) potensi besar industri makanan halal dapat dieksploitasi sepenuhnya.3 Huraian/ keterangan lanjut 3. Anda mungkin bukan yang terbaik. frasa "pada hakikatnya. Label: BM 2 : Rumusan." (perenggan 4 baris pertama) menunjukkan kenyataan seterusnya penting (isi). 2 FEBRUARI 2011 BM2 : Cara merumus karangan. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan.

(IS4. Kesemua faktor ini menjadi jalinan yang penting ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apatah lagi. Hingga kini. pertumbuhan ekonomi yang pesat. (IU:iv) Matlamat ini ditetapkan dengan harapan agar negara akan menjadi pusat pengeluaran dan (IU:v) pengumpulan pelbagai jenis produk halal yang dapat memenuhi permintaan dunia yang terus meningkat pada ketika ini. Semua aktiviti yang diadakan itu bertujuan (IS6:ii)untuk memberikan pendedahan tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan makanan halal kepada para pengusaha makanan tempatan. satu persoalan lain telah timbul di sebalik usaha yang dilakukan ini. Malaysia bertindak menetapkan matlamat untuk menjadi pusat makanan halal dunia menjelang 2010. (IS3:ii)Makanan halal bukan sahaja hanya bermaksud makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam tetapi juga (IS3:iii)makanan yang berkhasiat. (IS2:ii)sedang berusaha untuk menetapkan garis panduan yang jelas mengenai makanan halal. Untuk mereliasasikan matlamat tersebut. suasana perdagangan yang menggalakkan. Untuk memastikan bahawa syarikat pengeluar makanan tempatan benar-benar memperoleh manfaat daripada kedudukan negara sebagai pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010. (IS1:i) Malaysia mempunyai faktor sokongan di peringkat dalaman. (K:i) Lebih banyak syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk memperoleh pengiktirafan bagi memastikan produk keluaran mereka boleh diterima di peringkat antarabangsa.iv)selamat dimakan oleh semua orang. (K:ii)kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif. serta (IS1:ii)undang-undang dan peraturan yang berkesan. (IS5: i)Hal ini agak meyedihkan. Berdasarkan potensi besar industri makanan halal. seperti kestabikan politik dan (d) suasana yang aman. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi-agensi lain. (IS2:i)pihak kerajaan melalui beberapa agensi yang berkaitan. Penglibatan pelbagai pihak diperlukan untuk menetapkan garis panduan mengenai produk makanan halal kerana definisi makanan halal amat luas. jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri masih terus berusaha untuk mewujudkan garis panduan yang selaras (IS3:i)yang dapat digunakan oleh setiap individu dan organisasi yang terlibat dalam industri makanan halal.(b)Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) pula melalui satu kajian mendapati bahawa pasaran dunia bagi makanan beku halal telah (c) bertambah dan mencatat jumlah RM106 bilion. seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Namun begitu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. seperti .i)Pembabitan pengusaha makanan tempatan dalam industri makanan ini masih kurang kerana (4:ii) mereka bimbang tidak akan mendapat manfaat seperti yang disasarkan. dan (IS3. tidak memudaratkan kesihatan. (IS6:i)pelbagai agensi kerajaan kini giat melaksanakan aktiviti seperti kursus dan bengkel. apatah lagi ketika (IS5:ii) negara sudah mengorak langkah untuk menjadi pusat pengeksport produk makanan ke seluruh dunia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi. Tidak ada gunanya (K:iii)Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010 jika pengeluar makanan kita tidak mampu memanfaatkannya. bagi mendorong syarikat tempatan lebih banyak menceburi industri makanan yang diiktiraf dunia. Mei 2003) Isu soalan rumusan STPM 1999-2010 STPM 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 ISU Teknologi Maklumat Pembangunan pelancongan Minat membaca dalam kalangan kanak-kanak Teknologi Maklumat Pembangunan sektor pertanian Sistem pendidikan Masalah sosial Iklan Pembangunan sektor pertanian Malysia pusat makanan halal dunia Makanan yang diubahsuai genetik Pembangunan sektor pertanian BM2 . sebaliknya hanya menjadi platform kepada negara-negara lain untuk mengeksport produk makanan halal mereka ke seluruh dunia.potongan cukai pendapatan yang selaras dengan pelaburan yang dibuat untuk pengeluaran makanan.Cara menjawab bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA .

/ SEBAB KESALAHAN 1 kesalahan Hukum D-M Unsur yang diterangkan mesti diletakkan dihadapan unsur yang menerangkan. 5. 4. Untuk analisis/sebab kesalahan. jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan Seorang (1) polis inspektor yang baru dua bulan bertugas telah menceritakan keadaan di daerah itu kepada pemberita./ Jawatankuasa tersebut dikehendaki bertugas setiap hari. (5) Untuk mengawal keadaan di daerah itu memerlukan sukarlawan yang lebih banyak. terutamanya makanan dan pakaian.Kesalahan bahasa meliputi: − ejaan − tanda baca − kosa kata − imbuhan − frasa − klausa/ayat NASIHAT KEPADA CALON : 1. . Masa menjawab yang dicadangkan ialah 20 minit 3./ Untuk memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini. /Walau bagaimanapun. 2./ Beliau menyatakan bahawa banjir itu berpunca daripada sebuah empangan yang pecah akibat gempa bumi yang berlaku di negara jiran. /Pihak polis (4) mensyakibahawa kegiatan tersebut dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. ekoran tertangkapnya (6) beberapa penjenayah. terdapat sesetengah pihak yang (3) mengambil kesempatan mencuri barang-barang. Anda dinasihatkan mengenalpasti dan menulis seberapa banyak kesalahan bahasa yang mungkin. Baca dengan teliti setiap ayat dan beri tumpuan kepada 6 aspek kesalahan bahasa seperti di atas. anda perlu menyatakan jenis kesalahan dan menghuraikan lebih lanjut Kenal pasti kesalahan bahasa dalm petikan di bawah ini./ Dalam kesibukan orang ramai membantu pihak keselamatan menyelamatkan mangsa. kegiatan mencuri dapat dikawal. Bagi setiap kesalahan. (2) sebaliknya pada hari Jumaat. Jawapan perlu dibuat dalam bentuk jadual. sebuah jawatankuasa petugas telah dibentuk.

..mengambil kesempatan dengan mencuri barang-barang...inspektor polis..untuk mengawal keadaan di daerah itu memerlukan (subjek : kerajaan @ pihak polis memerlukan sukarlawan yang lebih banyak SEBAB KESALAHAN 6 Penjodoh bilangan mesti digunakan selepas kata .... Kata yang mengandungi satu suku kata memerlukan alomorf ‟menge-‟ PEMBETULAN ...PEMBETULAN .kecuali.... KH yang sesuai ialah ‟kecuali‟ PEMBETULAN . SEBAB KESALAHAN 4 Pemilihan alomorf yang salah..mengesyaki SEBAB KESALAHAN 5 Ayat tergantung kerana ketiadaan subjek PEMBETULAN . SEBAB KESALAHAN 3 Frasa tersebut memerlukan kata hubung keterangan cara untuk menghubungkan dua frasa PEMBETULAN . SEBAB KESALAHAN 2 Penggunaan Kata Hubung yang salah untuk maksud kekecualian....

Frasa kerja pasif …yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati (yang tidak dapat dinikmati oleh pelajar U lain) 5.. tertinggal perkataan …menelan * berbilion ringgit (*perbelanjaan) 5. Ulangan frasa 3.. KSN …seperti * didakwa… (seperti yang didakwa) . Struktur ayat/tanda baca (noktah) Sesungguhnya UPP……kepada pelajar…dengan adanya…kakitangan pentadbiran. Diksi tidak tepat. Hampir semua calon biasanya meletakkan sasaran gred yang ingin dicapai dalam peperiksaan awam tetapi tidak semuanya melakukan usaha yang mencukupi untuk mencapainya.bilangan tak tentu PEMBETULAN .beberapa orang penjenayah. Kata pemeri … (UPP adalah universiti… (ialah) 2. kata ganda …berbilion ringgit (berbilion-bilion) 6. Ramai calon sudah membuktikannya.. Kata bilangan …di kedua buah kampus… (dikedua-dua) 4. Tanda baca (noktah) …. kata tidak diperlukan Pembinaan prasarana itu juga memanfaatkan pengguna kerana dapatmenghubungi antara satu tempat dengan satu tempat lain dengan lebih cepat (buang juga) (berhubung) 2002 1.telah dibina Di antara 2. Pembinaannya telah disiapkan (dilaksanakan) 4. SELASA. KSN …terletak antara bandaraya…(di antara) 3.. Label: BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa. 20 APRIL 2010 Bahagian D BM Kertas 2 : Analisis Kesalahan Bahasa ANALISIS KESALAHAN BAHASA Petikan AKB bermula pada tahun 2001 2001 1. Gred A bukan senang tetapi bukan mustahil. Anda bagaimana ?. 2003 1.

Frasa kerja pasif …isu yang mereka timbulkan (isu yang ditimbulkan oleh mereka) 3. ini mengaharpkan pihak kerajaan…) 5. KKT –aneksi persona/bentuk terikat 5. Frasa kerja pasif org. KKT …Gol. 1 letak belakang KKTpasif 3.2. Penanda jamak …sebahagian besar anak-anak muda (sebahagian besar anak muda) 4.penanda relatif . KSN tentang/terhadap 2. Frasa adjektif darjah penghabisan 4. ini mengharapkan kepada pihak kerajaan (Gol. Struktur ayat…. Kata bil …setiap orang belia (setiap belia) 2004 * 1.

jangan melawan (jangan = dilarang) . 1. jangan melawan Jadikan dirimu bersifat setiawan Jangan sekali berniat khianat Apa lagi kurang amanat Pekerjaan wajib bukannya sunat Jika dilawan mendapat laknat Pertama di dunia mendapat malu Di dalam akhirat tubuh terpalu Masyhur khabar ke hilir ke ulu Sebab perangai tidak bermalu Sangatlah murka Rabbul Izzati Perintah suami tidak dituruti Hendaklah taat bersungguh hati Kepada suamimu berbuat bakti Jangan takburkan rupamu elok Melebihi kebanyakan makhluk Menyangka dirimu tiada tertolok Jadilah suami diperolok-olok Jangan sekali takburkan bangsa Martabat tinggi di negeri dan desa Memandang suamimu seperti rusa Sombonglah tuan tutur bahasa Lihat contoh syair di atas dan cuba alih bahasakan kepada prosa Melayu moden yang biasa. Kenal pasti subjek (unsur yang diterangkan). contoh : Demikianlah lagi wahai perempuan Taatlah kepada suamimu tuan (siapa yang dikehendaki mentaati suami) Jangan menderhaka.Puisi Melayu Tradisional : Syair Nasihat Kepada Perempuan Demikianlah lagi wahai perempuan Taatlah kepada suamimu tuan Jangan menderhaka. Beberapa panduan mengalih bahasa puisi Melayu tradisional.

agar lebih jelas maksud yang ingin dsampaikan. 3. Pastikan binaan ayat lengkap. Mereka dilarang menderhaka dan melawan suami. 5. Mereka perlu bersifat setia kepada suami. Calon hanya boleh menggunakan ayat penyata sahaja. Jangan menulis maksud yang tersirat disebalik syair tersebut. Contoh alih bahasa rangkap pertama : Kaum perempuan dinasihatkan mentaati suami.Jadikan dirimu bersifat setiawan 2. suruhan dan laangan yang lain.(unsur yang menerangkan) 4. . (contohnya. jangan = dilarang) Begitu juga dengan kata silaan. Binalah ayat yang pendek. Oleh itu kata larangan seperti jangan hendaklah ditukar. mengandungi subjek (unsur yang ingin diterangkan) dan predikat. permintaan.

Maruah mereka telah tercemar . Saya berpendapat bahawa inilah contoh-contoh 'standard' perenggan isi sokongan yang dibuat oleh kebanyakan calon-calon STPM. Mereka takut akan dianiya oleh suami mereka. Emosi wanita akan terganggu apabila berdepan dengan masyarakat. Saya tidak mengedit contoh-contoh yang saya lampirkan. Wanita menjadi lemah apabila dianiya dan didera. si pelaku yang menindas wanita sering menyaksikan bapanya mendera ibunya. Saya akan menunjukkan beberapa contoh perenggan isi sokongan yang dibuat oleh beberapa orang pelajar dan saya ingin anda menilainya sendiri. Wanita yang didera akan merasa ketakutan. si pelaku sering terbayang-bayang dirinya didera oleh bapanya dan akan menghantui dirinya sampai bila-bila. Pendera telah menjatuhkan maruah wanita dalam fenomena ini. Ketakutan dalam diri telah membuat mereka menjadi lebih sensitif. Faham atau tidak faham seseorang pelajar tentang ilmu yang disampaikan oleh seorang guru dapat dilihat dengan lebih objektif menerusi latihan yang dibuat. sederhana atau lemah. Si pelaku juga mungkin pernah didera oleh bapanya. Contoh 1 Punca berlakunya penindasan wanita ialah sejarah silam si pelaku. seorang guru boleh menilai tahap penerimaan ilmu yang disampaikannya semasa proses P&P. Saya harapkan anda akan dapat menentukan dan mengkategorikan perenggan isi sokongan tersebut sebagai baik. Contoh 2 Penindasan terhadap wanita berlaku kerana dianiya atau didera oleh suami atau majikan yang salah menggunakan kuasa. si pelaku akan bertindak agresif dengan menindas orang lain supaya orang lain merasa apa yang dirasakan oleh si pelaku. Pelajar juga boleh belajar atau meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu kemahiran/ilmu dengan cara melihat dan membuat penilaian terhadap latihan rakanrakan sekelasnya yang lain.Semasa kecil. Disebabkan pengalaman hitam ini.Contoh isi sokongan : Punca penindasan terhadap wanita Apabila menanda latihan yang dihantar oleh pelajar. Seterusnya. Inilah cara yang cuba saya aplikasikan di sini. Wanita yang dianiya akan mengalami penderaan psikologi dan emosi. Jarang sekali pelajar memberikan jawapan 'saya tidak faham cikgu' apabila ditanya oleh seorang guru. wanita akan ditindas dan didera. bagi melepaskan geram dan tekanan yang dialami. Ketepikan dahulu kesalahan-kesalahan bahasa yang ada. Akibatnya. Wanita dihina dan menjadi tempat keganasan bagi pendera. Mereka akan hidup dalam kegelisahan. Cuba anda nlaikan markah kerelevanannya (markah R) sahaja. Hal ini akan menyebabkan sikap si pelaku menjadi kejam dan ganas. Pengalaman lampau menyebabkan si pelaku menjadi seorang yang pendendam.

Sewaktu kecil. Keganasan terhadap wanita bukan sahaja tertakhluk kepada penderaan fizikal tetapi meliputi juga penderaan emosi dan mental wanita. Keemahan wanita itu sendiri yang takut ditinggalkan juga mendorong golongan wanita sering dianiya serta diperkuda oleh kaum lelaki yang kejam dan mengambil kesempatan atas kelemahan wanita tersebut. Melalui pengalaman tersebut. menumbok dan sebagainya yang dapat mencederakan fizikal wanita tersebut.akibat penganiyaan ini. Hal ini demikian kerana fizikal wanita yang lemah berbanding kaum lelaki. si pelaku akan menindas orang lain agar dapat merasai pengalaman yang beliau rasa dan mempunyai perasaan dendam. penindasan terhadap wanita berpunca daripada sejarah silam si pelaku yang telah menyebabkan si pelaku melakukannya terhadap orang lain. Mereka takut ditinggalkan dan anak mereka tiada tempat bergantung. Disebabkan kelemahan wanita sering ditindas serta diperkuda oleh kaum lelaki. Contoh 4 Kelemahan pada wanita merupakan salah satu punca kaum wanita sering ditindas. Contoh 5 Si pelaku atau pendera yang mempunyai tabiat yang buruk merupakan punca utama berlakunya penindasan terhadap wanita. si pelaku menyaksikan perbuatan penderaan terhadap wanita dan dirinya sendiri. Oleh itu. Kelemahan pada kaum wanita yang takut melawan menjadikan kaum lelaki menguasai dengan kekuatan sehingga wanita itu sendiri buntu akan hak perlindungan terhadap dirinya. Sikap pelaku yang sememangnya merupakan seorang kaki pukul menyebabkan wanita menjadi mangsanya. Contoh 3 Latar belakang pelaku merupakan punca utama berlakunya penindasan terhadap wanita. Kelemahan wanita menjadikan kaum lelaki mengambil kesempatan untuk mendera wanita tersebut. Pengalaman si pelaku akan menghantui dirinya sehingga menjadi trauma dan seterusnya pengalaman mempengaruhi sikap sehingga dewasa. Contohnya. Bagi mereka yang sudah berumahtangga mempunyai anak. Pengalaman-pengalaman tersebut yang sering menghantui pelaku menyebabkan dia tertekan dengan keadaan . Sejarah silam si pelaku menjadi faktor keganasan terhadap wanita. semasa kecil pelaku sering menyaksikan bapanya mendera ibunya sendiri atau si pelaku itu sendiri sering didera secara mental dan fizikal. Keadaan ini belaku berkemungkinan daripada sejarah silam si pelaku itu sendiri. mangsa tidak sanggup meninggalkan suami yang pendera itu kerana mereka memikir tentang anak mereka. Penderaan yang sering dilakukan penderaan fizikal seperti memukul.

Hal ini demikian kerana pelaku hilang kawalan terhadap diri dan hilang kewarasan fikiran untuk bertindak positif. Pelaku yang kebiasaannya lelaki yang terlibat dengan gejala penagihan dadah. si pelaku akan hilang kawalan terhadap diri sendiri dan hilang kewarasan akal fikiran. kelemahan wanita telah menyebabkan pelaku mudah melakukan penganiyaan .tersebut. jelaslah bahawa sikap buruk si pelaku adalah faktor utama yang menyebabkan penindasan terhadap wanita semakin berleluasa. Tekanan yang dialami menganggu kehidupannya. Mereka akan memukul isteri dan teman wanita atas alasanalasan yang remeh. Kelemahan diri wanita memudahkan mereka ditindas oleh sebab kelemahan fizikal wanita. Apabila keadaan yang sedemikian berlaku. Si pelaku yang mengalami penderaan sewaktu kecil oleh ahli keluarganya sendiri atau menyaksikan bapanya mendera ibunya akan mengalami trauma. Mereka sanggup memukul jika permintaan mereka tidak dipenuhi. mereka kadangkala bertindak lebih zalim dengan melakukan tindakan yang bukan sahaja menyebabkan kecederaan malah mereka juga sanggup membunuh. apabila seorang suami sanggup memukul kepala isterinya sehingga mati apabila isterinya tidak memberikan wang yang dimintanya untuk membeli dadah . Kebiasaanya mereka bersikap pendendam. Oleh yang demikian. Contoh 7 Sikap negatif pelaku merupakan punca utama wanita ditindas. lebih-lebih lagi semasa keinginannya tidak dipenuh. Jelaslah di sini bahawa penindasan terhadap wanita boleh terjadi akibat sikap buruk si pelaku. Konklusinya. Isteri pelaku pula akan menerima apa-apa sahaja perlakuan kerana sikap wanita yang lemah. Contoh 8 Pengalaman buruk yang dialami oleh si pelaku sewaktu kecil turut menyumbang kepada kejadian penindasan terhadap wanita. Mereka akan berindak agresif. Tindakan memukul isteri dan teman wanita akan berlaku kerana hilang pertimbangan fikiran. Dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah dan alkohol. gejala perjudian atau berada di bawah pengaruh alkohol mudah hilang kawalan diri dan kewarasan akal fikiran. Oleh itu. Itulah yang terjadi dalam satu kejadian yang dipaparkan dalam akhbar Harian Metro baru-baru ini. Contoh 6 Punca utama belakunya penindasan terhadap wanita disebabkan sikap pelaku yang mempunyai tabiat buruk Sikap pelaku yang menghisap dadah dan berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan mereka bertindak agresif. Pengalam-pemgalaman buruk masa lalu akan mempengaruhi dirinya sehingga dewasa. pelaku akan memukul dan menyakiti wanita terutamanya isteri mereka. Tekanan yang dialami dan .

contohnya teman wanita. menumbuk dan tindakan-tindakan ganas yang lain dianggap satu bentuk kepuasan agar orang lain turut merasa penderitaan yang dialaminya satu waktu dahulu. dengan contoh-contoh di atas. isteri atau anak perempuan mereka. Semoga anda lebih bersedia menghadapi peperiksaan STPM. Saya harap. seterusnya memperbaikinya. anda boleh belajar sesuatu.Kesimpulannya. memijak tubuh badan.perasaan dendam yang menguasai diri menyebabkan mereka cuba melepaskannya dengan cara menindas kaum yang lemah. kita memang tidak dapat menafikan bahawa kejadiankejadian penderaan terhadap wanita yang berlaku pada hari ini turut berpunca daripada pengalaman-pengalam buruk si pelaku sewaktu kecil. Anda boleh menilai kelemahan-kelemahan yang ada ketika anda membina isi sokongan. anda pasti boleh. Tindakan zalim mereka seperti memukul. . Jika anda mahu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful