Topikȱ4 X Muzikȱ

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyenaraikan ciri-ciri Zaman Barok;

Apresiasi:ȱ ZamanȱBarokȱ

Membezakan antara karya dari genre vokal dan instrumental; Mengenali latar belakang komposer-komposer Zaman Barok; Menyenaraikan beberapa karya dari Zaman Barok; dan Menganalisis karya Zaman Barok dari segi nada lagu, tekstur dan instrumentasi.

X

PENGENALAN

Bersama lagi dalam Topik 4 iaitu topik yang akan mendedahkan anda kepada satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Barok (Baroque). Zaman Barok adalah antara zaman yang paling awal dalam sejarah muzik klasik barat. Zaman ini bermula pada kurun ke-17 iaitu lebih kurang dari tahun 1600 ke 1750. Muzik dalam zaman ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting seperti bentuk muzik yang berbeza, alat muzik, saiz orkestra dan dinamik. Ciri-ciri inilah yang membezakan Zaman Barok dari zaman-zaman yang lain. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada asal usul Zaman Barok. Kita akan membincangkan ciri-ciri penting dalam Zaman Barok bermula dengan latar belakang zaman ini. Anda juga akan mempelajari gaya komposisi zaman ini, komposer-komposer terkenal pada zaman ini dan juga karya mereka. Pada akhir topik ini, anda akan belajar teknik-teknik penting untuk menganalisis skor lagu zaman ini. Kebanyakan daripada ciri-ciri muzik zaman ini bermula sekitar tahun 1600 dan telah mula pudar pada 1730an. Antara matlamat utama muzik pada Zaman Barok adalah muzik harus mempunyai unsur emosi yang dapat menarik perasaan seseorang pendengar.

Muzik pada era ini dikenali sebagai Music of the Late Boroque. Muzik dari Zaman Awal Barok dan Zaman Akhir Barok mempunyai sedikit perbezaan dari segi penggubahan. melodious dan lively. Ciri-ciri muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful. Tetapi dalam topik ini. alat muzik dan gaya muzik setiap komposer. Muzik pada era ini dikenali sebagai Music of the Early Baroque. bangsawan dan kerabat diraja. Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun 1750. Zaman ini berlangsung selama lebih daripada satu kurun. Antara . Gereja pada masa itu tidak memainkan peranan yang penting dalam budaya muzik jika dibandingkan dengan Zaman Renaissance sebelum ini. Muzik zaman ini adalah merdu dan bersemangat.1: Dua kategori muzik pada Zaman Barok Kategori Pertama Bermula sekitar tahun 1600 sehingga 1664. Muzik haruslah mempunyai unsur emosi yang dapat menarik perhatian pendengar.‰ Falsafah yang sama telah dipraktikkan oleh komposer-komposer Zaman Barok. Kategori Kedua Bermula dari 1650 ke 1750. Ahli-ahli muzik dan musicologist zaman sekarang telah membahagikan muzik Zaman Barok kepada dua kategori. Jadual 4. anda akan mempelajari ciri-ciri Zaman Barok secara keseluruhan iaitu ciri-ciri Zaman Awal Barok dan Akhir Barok. kita lihat dahulu sejarah Zaman Barok. Jadual 4. Pada akhir zaman Barok. Kebanyakan daripada persembahan diadakan untuk golongan yang kaya. Falsafah utama Zaman Renaissance adalah „muzik adalah alat komunikasi yang sangat penting dan dapat membangkitkan sebarang jenis emosi dalam pendengar. Zaman ini telah menghasilkan antara komposer-komposer yang paling terkenal dalam era muzik klasik barat. Persembahan awam untuk golongan rakyat biasa tidak banyak diadakan sehingga tahun 1700an. ciri-ciri muzik telah berubah dan bergerak ke arah Zaman Klasikal. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk didengar.1 LATAR BELAKANG ZAMAN BAROK Sebelum kita teruskan dengan lebih mendalam.1 menunjukkan kepada anda dua kategori muzik pada Zaman Barok. Muzik pada Zaman Barok amat digemari oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Komposer-komposer pada Zaman Barok percaya bahawa muzik seharusnya menyentuh perasaan seseorang pendengar. Idea ini datangnya daripada zaman sebelum Zaman Barok iaitu dari Zaman Renaissance.56 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK 4.

Alat muzik brass seperti horn. Antara alat muzik yang banyak digunakan adalah violin. muzik Zaman Baroklah yang mempunyai unsur emosi yang paling tinggi.TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 57 kesemua zaman dalam era klasik barat. (iii) Terraced Dynamics diperkenalkan.1. kita akan membincangkan dengan lebih lanjut beberapa ciri-ciri penting Zaman Barok yang telah dinyatakan di atas. (vii) Tanda masa. (ix) (x) (xi) Melodi yang panjang penuh dengan ornamentasi. viola dan selo. (viii) Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera. . tanda nada dan baluk dipopularkan dan dipraktikkan dengan lebih sistematik. Dalam bahagian yang seterusnya. oratorio. dan Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu. cantata dan sonata. (iv) Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali.1 Ciri-ciri Muzik Zaman Barok Zaman Barok mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting yang membezakannya daripada muzik dari zaman lain. (v) Muzik mode diganti oleh nada major dan minor. Bahagian irama yang menggunakan banyak not semikuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan. Alat muzik utama dalam keluarga woodwind adalah flut. (vi) Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan. Tekstur polifoni banyak digunakan. trompet dan trombon digunakan dalam orkestra besar dan jarang digunakan dalam persembahan solo. Tetapi tekstur homofoni juga digunakan. Tetapi hanya mempunyai satu motif. Kita hanya akan membincangkan ciri-ciri yang utama yang menjadikan Zaman Barok itu unik dan berbeza dari zaman-zaman yang lain. 4. baluk. obo dan bason. Penggunaan alat muzik lute telah mula pudar pada tahun 1620an. Antara ciri-ciri penting ini adalah: (i) (ii) Basso Continuo atau Figured Bass. Alat muzik tuba tidak digunakan dalam era Barok.

Rajah 4. Ia merupakan iringan bes yang konsisten. Basso Continuo merupakan bahagian bes yang dimainkan secara berterusan dan menghasilkan bahagian harmoni untuk sesebuah komposisi. Bahagian nombor ini dikenali sebagai figured bass. Dalam muzik Zaman Barok. Setiap pemain alat muzik continuo haruslah arif dengan balikkan yang dilambangkan oleh setiap nombor. Bahagian ini biasanya dimainkan oleh alat muzik seperti harpsichord. organ atau lute.58 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK (a) Basso Continuo Harmoni adalah elemen muzik yang menjadi sangat popular dan banyak digunakan dalam gubahan-gubahan Zaman Barok. Pemain muzik dikehendaki untuk memainkan bahagian bes dan memasukkan harmoni untuk lagu tersebut dengan hanya membaca nombor-nombor di bahagian bes.1: Skor 1 (Melodi dan bahagian bes dengan iringan figured bass) Setiap nombor mempunyai maknanya yang tersendiri. Setiap nombor melambangkan inversion atau balikkan yang berlainan.2: Terjemahan not C . Sebagai contoh nombor di bawah not C diterjemahkan seperti dalam Rajah 4.2. Rajah 4. Rajah 4.1 adalah contoh lagu 3 bar yang menggunakan iringan figured bass. Komposisi-komposisi muzik Zaman Barok hanya akan mempunyai bahagian melodi dan bahagian bes sahaja. Basso Continuo selalunya diwakili oleh satu baris notasi sahaja dan bahagian harmoni diwakili oleh nombor.

3 (skor 2) di bawah. (c) Irama Irama dan meter tertakluk kepada emosi yang hendak ditunjukkan oleh seseorang komposer. Irama dalam melodi zaman ini juga mempunyai perbezaan di antara bit yang kuat dan bit yang lembut. Tetapi pada akhir zaman ini. iramanya banyak menggunakan not-not kuaver dan semi kuaver.TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 59 Setiap nombor di bawah Rajah 4. Inilah yang dimaksudkan dengan terraced dynamics.3: (Skor 2) Melodi dalam skor 1 dengan bahagian harmoni (b) Terraced dynamics Terraced dynamics bermaksud bunyi kuat atau lembut yang berlangsung untuk satu jangka masa yang lama kemudian ia akan bertukar secara mendadak ke dinamik yang lain. Jika komposisi tersebut bermula dengan f. Rajah 4. Tetapi ada ketika di mana dinamik ini akan bertukar ke p selepas satu frasa yang lama. Pengelompokan not dalam setiap bar menjadi lebih teratur. Dinamik lagu tersebut akan menjadi lebih kuat atau lebih lembut seperti menaik atau menurun tangga. Terraced dynamics merupakan ciri-ciri muzik Zaman Barok yang penting. Terraced dynamics boleh dikaitkan dengan fenomena tangga. maka hampir keseluruhan lagu tersebut akan berada pada dinamik yang sama. Dalam Zaman Barok. dinamik seperti sangat kuat ff dan sangat lembut pp tidak digunakan.1 (skor 1) seharusnya dimainkan seperti dalam Rajah 4. Tetapi perubahan ini tidaklah sangat mendadak seperti dari pp ke ff. Dalam muzik zaman ini. Harmoni Pada permulaan Zaman Barok. chromaticism digunakan (d) . chromaticism digunakan untuk tujuan emosi dan perasaan. Irama dalam muzik zaman ini mempunyai kesinambungan di antara satu bar ke bar yang lain dan satu frasa ke frasa yang lain. Setiap corak irama dapat menimbulkan perasaan yang tertentu.

SEMAK KENDIRI 4. Genre vokal adalah genre yang lebih terkenal dan mendapat sambutan yang lebih baik jika dibandingkan dengan genre instrumental.60 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK untuk membentuk bahagian harmoni sesebuah lagu. f dan mf lebih banyak digunakan jika dibandingkan dengan Zaman Renaissance. Nada major digunakan untuk lagu-lagu yang bersemangat dan patriotik. Nada major dan minor digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara kord-kord yang berlainan. 2. manakala nada minor sering digunakan untuk menunjukkan perasaan sedih dan murung. Sama dengan dinamik dalam lagu. Beberapa corak irama dan melodi yang khusus digunakan untuk menunjukkan emosi-emosi ini. Emosi yang diperkenalkan pada permulaan lagu akan berterusan ke akhir lagu.1 1. mood dalam muzik Zaman Barok akan berkekalan untuk suatu jangka masa yang lama sebelum ia berubah sedikit ke mood yang lain bergantung kepada teks lagu atau keinginan komposer. Lagu yang bermula riang akan berakhir dengan mood yang sama. Apakah yang anda faham tentang Basso Continuo? Apakah yang dimaksudkan dengan Terraced Dynamics? ȱ 4. Tanda p. . Dinamik lebih banyak digunakan dalam muzik Zaman Barok. Bahagian harmoni biasanya jelas kedengaran dalam bahagian basso continuo apabila seseorang pemain memainkan kord-kord untuk mengisi ruang di antara melodi dan bahagian bes. mp. Muzik dalam kedua-dua genre ini mempunyai bentuk yang berlainan.1. Genre vokal dan instrumental adalah dua genre yang amat berbeza. (e) Perpaduan dalam mood lagu (Unity of Mood) Hanya satu emosi sahaja yang diberi tumpuan dalam muzik zaman ini.2 Genre Vokal dan Instrumental Sekarang kita akan bincangkan tentang genre vokal dan juga instrumental. Kehadiran harmoni dalam lagu telah membantu komposer-komposer untuk membangkitkan emosi dan perasaan yang dinyatakan.

Persembahan . Pada awal kurun ke-17.4: Antara genre vokal terkenal (i) Opera Persembahan drama vokal yang mempunyai iringan muzik. Tetapi pada pertengahan kurun ke-17. Persembahan opera adalah mengenai perkara yang dialami oleh setiap masyarakat seperti cinta. Teks dalam persembahan opera tidak mempunyai unsur agama.TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 61 (a) Genre Vokal Genre vokal boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: x x Berunsur agama (sacred). Rajah 4. dan Tidak mempunyai unsur agama (secular). pergaduhan. (v) Oratorio Komposisi muzik berskala besar yang berunsur agama untuk penyanyi solo diiringi oleh orkestra dan kumpulan koir. Cantata membawa maksud komposisi vokal yang dipersembahkan oleh satu penyanyi solo diiringi oleh bahagian basso continuo. Tetapi Cantata tidak mempunyai perhiasan pentas atau kostum. (ii) (iii) Concertato Madrigal Komposisi vokal di mana bahagian alat muzik dan vokal diberi penekanan yang sama. (iv) Cantata Cantata adalah antara genre vokal yang paling terkenal dalam Zaman Barok. Antara genre vokal yang terkenal ditunjukkan dalam Rajah 4. Cantata biasanya dipersembahkan oleh beberapa orang penyanyi diiringi oleh sekumpulan pemuzik. Dipersembahkan dengan kostum di atas pentas bersama iringan orkestra. Beza di antara Cantata dan opera adalah penyanyi opera mempunyai pakaian atau kostum mereka yang khusus bersama dengan perhiasan pentas yang terperinci. perkahwinan dan komedi. Chamber Opera Opera yang lebih kecil daripada opera yang biasa.4.

flut dan klarinet banyak digunakan. alat muzik bertali seperti violin. Suite adalah komposisi instrumental yang pertama yang merangkumi beberapa pergerakan. Teks dalam persembahan Oratorio adalah berunsur agama. Trio Sonata dan sebagainya.5.62 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK Oratorio juga tidak mempunyai perhiasan pentas atau kostum. Sebagai contoh. Antara genre dan bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok ditunjukkan dalam Rajah 4. Dalam zaman ini. Sonata Perkataan Sonata digunakan untuk merujuk kepada beberapa jenis komposisi dalam Barok. Suite merupakan antara bentuk instrumental yang sangat terkenal dalam era Barok. Sonata biasanya dikategorikan sebagai sonatas da chiesa (sonata untuk gereja) atau sonatas da camera (sonata untuk dewan). Sonata pada amnya merujuk kepada sebuah karya muzik untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa pergerakan. Rajah 4.5: Antara genre dan bentuk instrumental yang terkenal pada Zaman Barok (i) Suite Suite adalah sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya tarian. (b) Genre Instrumental Genre instrumental amat terkenal pada Zaman Barok. Sonata for Two Violins. (ii) . viola dan selo dan alat muzik woodwind seperti picollo. Piano Sonata.

2 KOMPOSER Zaman Barok telah menghasilkan antara komposer-kompoer yang paling terkenal dalam era muzik klasik Barat. (iv) Concerto Concerto adalah komposisi instrumental yang digubah untuk satu alat muzik solo diiringi oleh orkestra. Genre ini adalah amat popular pada era Barok. Komposer Zaman Baroklah yang menjadi perintis di antara kesemua zaman untuk menghasilkan muzik yang masih dimainkan dan dipersembahkan sehingga ke hari ini. (vi) Fugue Komposisi untuk alat muzik yang mempunyai tekstur counterpoint. Ini bermaksud komposisi ini mempunyai dua suara atau lebih yang sama penting yang dimainkan serentak. (v) Tocata Tocata merujuk kepada komposisi muzik untuk alat muzik seperti organ dan keybord.1 Kronologi Nama-nama Pencipta Seterusnya anda akan diperkenalkan kepada beberapa komposer Zaman Barok yang terkenal. Ia merangkumi satu pergerakan yang pendek. Irama dan melodi dalam komposisi fugue adalah lebih ceria dan rancak. 4.TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 63 (iii) Theme and Variation Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian tema ini akan mempunyai beberapa variasi yang berlainan.2.1 Berikan EMPAT jenis komposisi instrumental yang digubah dalam genre yang telah dibincangkan di atas. 4. . Jadual 4. AKTIVITI 4.1 menunjukkan komposer-komposer terkenal pada zaman Barok.

Beliau banyak menggubah untuk vokal dan orkestra. Antara karya terkenal beliau adalah The Four Seasons yang merupakan antara karya Zaman Barok yang paling terkenal. (b) (c) (d) . chamber dan orkestra. Komposisi-komposisi beliau masih mempunyai elemen-elemen dan ciri-ciri dari Zaman Renaissance. concerto dan sonatas.1: Komposer-komposer terkenal pada zaman Barok Bil. Purcell berasal daripada keluarga yang agak berada. Beliau telah menggubah beberapa opera. Pachelbel adalah seorang komposer Jerman. Johann Pachelbel (1659-1706) Antara karya terkenal komposer ini adalah Canon in D yang sering dirujuk sebagai PachelbelÊs Canon. Henry Purcell (1659-1695) Purcell merupakan komposer Zaman Barok dari England yang paling terkenal dari negara ini. choral muzik dan lagu instrumental.64 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK Jadual 4. 1 2 3 4 5 6 7 Komposer Claudio Monteverdi Henry Purcell Johann Pachelbel Antonio Vivaldi Johann Sebastian Bach George Frideric Handel Domenico Scarlatti Tahun 1567-1643 1659-1695 1659-1706 1678-1741 1685-1750 1685-1759 1685-1787 (a) Claudio Monteverdi (1567-1643) Monteverdi adalah seorang komposer Itali dan merupakan antara komposer Zaman Barok yang terawal. Bapa beliau merupakan seorang pemuzik untuk kerabat diraja. instrumental. Beliau sering dirujuk sebagai seorang revolusi yang menjadi komposer perintis yang memulakan era Zaman Barok walaupun karya beliau yang awal tidak mempunyai ciri-ciri Zaman Barok. Antonio Vivaldi (1678-1741) Vivaldi merupakan seorang komposer dari Itali. Beliau juga telah menggubah untuk genre-genre lain seperti vokal. Purcell telah menggubah untuk hampir kesemua genre muzik dalam zaman beliau. Beliau juga terkenal untuk komposisi solo concerto.

TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 65 (e) Johann Sebastian Bach (1685-1750) Bach adalah antara komposer Barok yang paling terkenal yang berasal dari Jerman. oratorio dan concerti grossi berliau. Beliau banyak menggubah untuk alat muzik organ. Bapa beliau adalah seorang doktor yang telah menentang aspirasi anaknya untuk menjadi seorang pemuzik. harpsichord dan clavichord. Komposisi-komposisi beliau sering menggunakan elemen counterpoint yang merupakan antara teknik komposisi yang terkenal pada era Barok. Domenico Scarlatti (1685-1787) Scarlatti adalah seorang komposer Itali yang merupakan antara komposer terakhir Zaman Barok. Berikut adalah senarai beberapa karya popular dalam genre vokal dan instrumental dari Zaman Barok. George's Church.2 Karya-Karya Apa kata sekarang kita pelajari karya-karya popular dari Zaman Barok. (f) (g) 4. Penggunaan harpsichord dan clavichord memberikan karya-karya pada zaman ini warna ton yang amat berbeza.2. Perbezaan yang amat ketara di antara karya Zaman Barok dengan karya dari zaman-zaman yang lain adalah dalam penggunaan alat muzik dan warna ton alat muzik. Handel telah mendapat pendidikan awalnya di Jerman dan Itali dan kemudian telah tinggal di England untuk suatu jangka masa yang lama. Karyakarya beliau sering dikatakan mempunyai ciri-ciri Barok yang sangat ketara. . kebanyakan daripada hasil karya Scarlatti hanya mendapat tumpuan dan dicetak selepas kematian beliau. George Frideric Handel (1685-1759) Handel adalah seorang komposer Jerman yang terkenal untuk karya-karya opera. Seperti karya-karya oleh komposer yang lain. Karya-karya beliau banyak mempunyai pengaruh muzik Zaman Barok dan juga muzik dari zaman selepas Zaman Barok iaitu Zaman Klasik. Antara karya terkenal Handel adalah Messiah yang merupakan sebuah oratorio. Beliau belajar untuk bermain harpsichord dan violin dari bapanya yang merupakan seorang pemain organ di St.

S. S. Karya-karya ini akan dianalisis dari segi nada. melodi. alat muzik. Bach (iv) Mass in B Minor oleh J. Bach (b) 4. Maka nama untuk bahagian Overture ini adalah Air on G String. Bahagian solo violin untuk karya ini telah diadaptasikan oleh August Wilhelmj. Bach iaitu Orchestral Suite Overture No. 1 in F Major oleh J. S. Op. Beliau telah mengadaptasikan Overture ini untuk dimainkan oleh violin dan piano. S. S. Bach (iv) The Four Seasons Concerto For Violin. Bach (iii) Air on G String dari Orchestral Suite Overture No. . 3 in D Major. kita akan menilai beberapa karya terkenal dari Zaman Barok. seorang pemain violin Jerman yang amat terkenal pada kurun ke-19. S. bentuk dan tekstur. 3 in D Major oleh J.3 MENGANALISA KARYA-KARYA Dalam bahagian ini. 8 oleh Antonio Vivaldi (v) PachelbelÊs Canon in D oleh Johann Pachelbel Karya Vokal (i) Messiah oleh George Frideric Handel (ii) Jephtha oleh George Frideric Handel (iii) Wachet Auf oleh J. Kita akan mulakan dengan karya oleh J. Beliau telah menukar nada asal lagu ini untuk memudahkan permainannya di atas tali G dalam violin.66 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK (a) Karya Instrumental (i) Brandenburg Concerto No. Bach (ii) Toccata & Fugue in D Minor oleh J.

Bach (i) (ii) Lagu ini adalah dalam nada D major. selo dan contra bass. x x x Bahagian A adalah dari bar 1 ke bar 6. (iii) Alat muzik yang digunakan untuk lagu ini adalah violin dan piano. Tetapi lagu ini juga telah disusun untuk dimainkan oleh alat tali seperti violin. B dan C. Bahagian lagu dalam skor di atas adalah dalam bentuk A. Bach (Sila lihat Rajah 4. Bach Sekarang kita akan menganalisa lagu Air on G String oleh J. viola. Bahagian C Bermula dari bar 12 dan berakhir di bar 19. S. nada asal lagu ini.S.6: Skor lagu Air on G String oleh J. Kemudian frasa ini diulangi dan berakhir di bar 7.6) Rajah 4. S. Bahagian B bermula dari bar 8 dan berakhir di bar 11. .TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 67 (a) Analisis Lagu bagi Air on G String oleh J.

Violin II.7: Sebahagian daripada lagu PachelbelÊs Canon in D Lagu ini mempunyai beberapa jenis penyusunan atau susunan skor untuk alat muzik yang berlainan. Dalam bahagian ini.68 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK (iv) Tekstur untuk lagu ini adalah polifonik kerana setiap alat muzik mempunyai peranannya yang tersendiri. Viola dan Cello. . (i) (ii) Lagu ini adalah dalam nada D Major. Canon bermaksud melodi yang dimainkan secara contrapuntal di mana frasa melodi yang dimainkan oleh satu alat muzik akan di imitasi oleh alat muzik yang lain. (b) Analisis Lagu bagi PachelbelÊs Canon in D Sekarang kita akan menganalisa lagu PachelbelÊs Canon in D (Sila lihat Rajah 4.7) Rajah 4. Canon adalah antara jenis imitasi contrapuntal yang dipopularkan pada Zaman Barok. kita akan menganalisis skor Canon in D yang disusun oleh Danial Dorff untuk Violin I.

Dalam kumpulan yang kecil. tuliskan analisa untuk lagu dalam skor di bawah. Analisa anda haruslah merangkumi.2 1. tekstur dan harmoni. Inilah yang dimaksudkan dengan Canon. nada lagu. jenis instrumentasi. Jarak antara setiap kord dalam satu bar adalah pada jeda ke 5. (iv) Bahagian bes untuk keseluruhan canon ini bergerak dalam sekuan dari I ă V ă vi ă iii . . 2.TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 69 (iii) Perhatikan bahawa frasa yang dimainkan oleh Violin 1 di imitasi oleh Violin II bermula dari bar ke 5 dan kemudian diimitasi oleh Viola bermula dari bar ke 9.IV dan ke I. AKTIVITI 4.

Concerto Madrigal. Antara ciri-ciri penting Zaman Barok:          x x x Basso Continuo atau Figured Bass digunakan. Theme and Variation. Sonata. melodious dan lively. Terraced Dynamics diperkenalkan. Cantata dan Oratorio adalah antara genre vokal pada Zaman Barok. Tocata dan Fugue adalah antara genre instrumental pada Zaman Barok. dan baluk dipopularkan dan Bentuk berlainan diperkenalkan dan dipopularkan seperti opera. x x Genre vokal dan instrumental menjadi popular. Ciri-ciri muzik zaman ini sering dikaitkan dengan perkataan seperti tuneful. cantata dan sonata. tanda nada dipraktikkan dengan lebih sistematik. x x . Penekanan diberikan kepada bahagian alat muzik bertali. Opera. Pergerakan kord yang menggunakan kord triad diperkenalkan. Tekstur polifoni banyak digunakan. Tetapi tekstur homofoni juga digunakan. oratorio. Concerto. dan Satu emosi dari permulaan lagu ke akhir lagu.70 X TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK x Zaman Barok bermula pada sekitar tahun 1600 dan berakhir sekitar tahun 1750. Tanda masa. Alat muzik tuba tidak digunakan dalam era Barok. baluk. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap untuk didengar. Bahagian irama yang menggunakan banyak not semi kuaver untuk menghasilkan perasaan berterusan. Chamber Opera. Bentuk dan genre muzik baru diperkenalkan dalam genre instrumental seperti sonata dan theme and variation. Suite.

London: ABRSM . E. (1989). (1996). New York: McGraw-Hill Companies.TOPIK 4 MUZIK APRESIASI: ZAMAN BAROK W 71 x Komposer terkenal pada Zaman Barok adalah        Claudio Monteverdi Henry Purcell Johann Pachelbel Antonio Vivaldi Johann Sebastian Bach George Frideric Handel Domenico Scarlatti Basso Continuo Canon Cantata Chamber Opera Concertato Madrigal Contrapuntal Opera Oratorio Sekuan Sonata Suite Terraced Dynamics Tocata Theme and Variation Figured Bass Fugue Harpsichord Kamien. Inc. The AB guide to music theory. Music: An appreciation (7th Ed). R. Taylor.