PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) AKIDAH TINGKATAN SATU

SITI NORAZHREEN BINTI AMIN

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

.

ii PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) AKIDAH TINGKATAN SATU SITI NORAZHREEN BINTI AMIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL. 2006 .

iii “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan Nama Penulis Tarikh : : : _____________________________ SITI NORAZHREEN BINTI AMIN 3 APRIL 2006 .

.. dan semua pensyarahpensyarah yang pernah mendidik saya Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan amat berharga Ayahnda Amin Bin Badra Dan Bonda Marsinah Binti Sobat Terima kasih di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.iv DEDIKASI Segala puji dan keagunggan pada MU ya Allah.. Jamaluddin Bin Harun. Sekalung budi. Hingga ke akhir hayat. Buat Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong. Adik Aizah dan Ziah Tidak lupa pada Dan.. Puan Azean... Minta maaf di atas segala kelemahan diri. Bersama kalian tidak akan ku lupakan…. Dr. Assalamualaikum .Mohd Yusof... Buat sahabat-sahabat seperjuangan. Dr Farahwahida Binti Hj.... Puan Norah.

Pn. as. hanan. k. dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia -Nya dapatlah projek perisian ini dapat disiapkan sepenuhnya. Seterusnya buat iena.T seadanya.nuha. Farahwahida Binti Hj.v PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dr. yati. k. sarah. . Semoga segala jasa anda semua diberkati Allah S. Di kesempatan ini. Dr Jamaluddin Bin Harun dan semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Dorongan dan sokongan dari kalian amat saya hargai selagi masih ada hayat dikandung badan.W. serta rakanrakan seperjuangan yang mengenali diri ini diucapkan terima kasih di atas idea-idea dan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. ieda. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong selaku pensyarah pembimbing. aisyah.elly. Norah. Mohd Yusof.

Sebuah perisian bahasa gubahan iaitu Macromedia Authorware 7. Justeru itu.0 serta beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS2. Perisian ini menggabungkan strategi pengajaran tutorial dan latih tubi. Ulead Video Studio 9.0 telah digunakan membangunkan perisian ini. Pembinaan perisian PBK ini berasaskan model reka bentuk ADDIE dan berlandaskan teori pembelajaran Behavirisme dan Kognitivisme.0 dan Sound Forge 6. penyelidik mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah perisian PBK yang bertajuk “Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Akidah Tingkatan Satu”. Antara kelebihan perisian ini ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar. proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan perisian PBK ini menjadikan pelajar aktif dengan pembelajaran mereka.vi ABSTRAK Kecanggihan teknologi maklumat dunia masa kini yang begitu pesat turut melanda dunia pendidikan yang menyeru golongan pendidik agar mengubah kaedah pengajaran dan cara penyampaian ilmu di dalam bilik darjah agar menjadi lebih menarik dan bermotivasi. Isi kandungan bagi perisian PBK ini diambil dari sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM tingkatan Satu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. terdapat juga beberapa kelemahan dari segi pembinaan dan pempakejan yang perlu diatasi. .0. SWISHmax 2. Namun begitu. Secara keseluruhannya.

Generally.0. In the development process are a few problems occurred in developing and packaging of this software that needs to be solved. The main software used in developing this CAL software is Macromedia Authorware 7. This CAL software based on ADDIE’s models and also based on Behaviorism. Two strategies of Computer Aided Learning (CAL) such as tutorial and exercise is used in developing this CAL software. SWISHmax 2. The contents of this CAL software were taken from the syllabus of Pendidikan Islam KBSM form one prepared by the Ministry of Education. the researcher takes an initiative to develop Computer Aided Learning (CAL) software which titled “Computer Aided Learning (CAL) Akidah Form One”.0 and several after supporting software such as Adobe Photoshop CS2. Ulead Video Studio 9.0 and Sound Forge 6. These changes are vital as strategy of teaching need to go hand by hand with the changes in the information technology field. Some of the advantages of this software is it can make the learning process more attractive to the student. the teaching and learning process which uses this CAL software can help student to be actively involve in their learning process. . Malaysia. Therefore. Cognitivsm learning theory.0.vii ABSTRACT The rapid growth of information technology has urged educationalist and teachers to change their traditional way of teaching into a more interactive and motivation may to suit the need to integrated technology in the learning process.

3 9 10 11 .viii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Borang Pengesahan Tesis Judual Perakuan Penyelia Halaman Judul Perakuan Pelajar Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Singkatan Senarai Lampiran i ii iii iv v vi vii viii xii xiii xv xvi BAB I PENGENALAN 1.0 1. Objektif Kajian.3 1.2 1. Rasional Kajian.1 1.4 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah.

1 3.0 2.7 Skop Kajian Kepentingan Projek Definisi Istilah 11 12 15 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.10 Penggunaan Multimedia Dalam PBK Aplikasi Interaktiviti Multimedia Dalam PBK 52 BAB III REKABENTUK PERISIAN 3.4 2.2 Pendahuluan Pengenalan Reka Bentuk Perancangan Pembinaan Perisian Berdasarkan Model Reka Bentuk Dan Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 3.8 Kajian-Kajian Lepas Pendidikan Akidah Pengertian PBK Stategi Pengajaran PBK Teori Pembelajaran Aplikasi Teori Pembelajaran Ke Atas PBK 46 48 2.7 2.5 2.2.3 2.6 1.0 3.2 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 23 27 31 33 37 43 2.6 2.ix 1.5 1.1 Fasa Analisis (Analysis) 57 55 56 .1 Pengenalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 22 2.9 2.

6 Ciri-ciri multimedia yang digunakan Ciri-Ciri Interaktif Hasil Dapatan Penilaian BAB V PERBINCANGAN.2.1 5.2 4.3.2.3 Pendahuluan Perbincangan Rumusan Cadangan 99 100 102 .3 Fasa Pembangunan (Development) 3.3.3.3.3.2 Skrin paparan 72 72 73 73 74 93 95 96 4.3 Fasa Pembangunan (Development) 3.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 57 58 58 59 3.0 5.4 4.2.2 Fasa Rekabentuk (Design) 3.2. RUMUSAN DAN CADANGAN 5.5 4.2 5.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 3.1 Fasa Analisis 3.3 Pelaksanaan Model ADDIE 3.3.3.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 3.x 3.0 4.1 Cartalir Perisian 4.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 59 59 62 67 67 68 BAB IV FASA PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN 4.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 3.3 Pendahuluan Pakej perisian Panduan Pengguna Hasil Pembangunan Perisian 4.1 4.

xi SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C 103-106 107-117 118-119 120-121 .

1 Hasil Penilaian Perisian: Kumpulan Pelajar 95 .1 TAJUK Langkah dan penyelesaian masalah Konfigurasi Asas Sistem Komputer Untuk Pengarangan Perisian PBK MUKA SURAT 41 65 4.xii SENARAI JADUAL NO JADUAL 2.1 3.

14 4.xiii SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.19 Skrin montaj Skrin Masukan Nama Skrin Loading Pengenalan Tajuk Isi Pelajaran Skrin Paparan Objektif Menu Utama Menu pilihan nota Pilihan Latih Tubi Arahan soalan Soalan Objektif Soalan Subjektif Respon Soalan Padanan Respon Soalan Objektif Benar Respon Jawapan Subjektif Benar Respon Jawapan Padanan Benar Respon Soalan Objektif Salah Respon Jawapan Subjektif Salah Respon Jawapan Padanan Salah 74 75 75 76 77 77 78 79 79 80 80 81 81 82 82 83 83 83 .12 4.9 4.11 4.1 Cartalir (flowchart) 4.6 4.15 4.7 4.1 3.2 Isi Kandungan Pelajaran Akidah Tingkatan 1 61 73 4.8 4.16 4.3 4.10 4.18 4.4 4.1 Model Shanon & Weaver Aliran Kerja Berdasarkan Reka Bentuk Model ADDIE 23 57 3.13 4.17 4.5 4.2 4.

20 4.xiv 4.28 4.31 4.32 4.22 4.24 4.30 4.33 Rekod Markah Penilaian Uji Minda Sesi Uji Minda Keputusan Markah Kedudukan markah Penutup Sesi Uji Minda Menu Pilihan Info Sukatan Pelajaran Paparan Bantuan Paparan Pilihan Online Pembangun Perisian Menu Pilihan Glosari Contoh Pilihan Huruf ‘A’ Rehat Minda Skrin pilihan tamat 84 85 85 86 86 87 87 88 88 89 90 90 91 92 .21 4.26 4.23 4.29 4.25 4.27 4.

xv SENARAI SINGKATAN /TATANAMA PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KPM Kementerian Pelajaran Malaysia .

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A B C CARTA ALIR PERISIAN PENILAIAN PAKAR SOAL SELIDIK PENILAIAN 113-117 118-119 120-121 .

Seterusnya perubahan berlaku pada pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang dialami ini merupakan satu usaha yang murni iaitu ke arah memartabatkan bidang pendidikan itu sendiri. pengetahuan dalam jangka masa tertentu. Keadaan ini memberi peluang setiap pelajar membina potensi intelek dengan cara yang paling sesuai mengikut pedagogi yang dapat kita aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk pembangunan Jasmani. pengajaran selama ini hanya berpusatkan guru berubah kepada berpusatkan pelajar. . Sekolah Bestari merupakan satu inovasi dalam pendidikan. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi pelaksanaanya dengan cara bestari. Emosi. Buktinya pada 1996. Secara tidak langsung.2 Menurut Zaidatun Tasir (2004: 1) perubahan yang dialami dalam dunia pendidikan dari masa ke semasa mengikut perubahan zaman seiring perkembangan yang dibawa oleh teori pembelajaran dan teknologi khususnya teknologi komputer. (Ahmad Muhaimin: 2004: 3). Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer sangat dititikberatkan dalam mempertingkatkan mutu pendidikan negara kita. Pelaksanaan Sekolah Bestari telah memberi penekanan kepada penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi flagship dalam Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Rohani dan Intelek (JERI) sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara (Teng Lung Kiu dan Zaidatol Aklamiah Lope Phie: 2004: 15). Bahan-bahan pengajaran yang digunakan dalam bentuk perisian komputer yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mengikut tahap kebolehan. Situasi ini dapat digambarkan melalui proses pendidikan yang dahulunya berasaskan kepada penerangan yang berbantukan papan kapur berubah kepada penggunaan alat berasaskan teknologi.

objektif yang menjadi perkara penting yang hendak dicapai dan seterusnya definisi maksud istilah-istilah yang sering digunakan sepanjang penulisan. cara menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dan sebagainya.3 Fungsi komputer dalam pendidikan. Oleh itu. Sumber maklumat tidak lagi terikat dengan penulisan buku semata-mata tetapi ianya lebih luas lagi.1 Latar Belakang Masalah Sistem pendidikan di negara kita tidak dapat mengelak dari mengalami perubahan apabila kemerdekaan dicapai. Bermula dengan sistem Pendidikan Pondok dan Madrasah yang menekankan pendidikan Islam telah menjadi tumpuan utama bagi orang Melayu dalam memberikan Pendidikan kepada anak-anak mereka. Ianya dicapai daripada perkembangan teknologi komputer itu sendiri. Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar untuk mengubah cara seseorang belajar. Teknologi komputer dalam pendidikan merupakan istilah yang berkaitan dengan multimedia. . di antaranya ialah komputer bertindak sebagai medium untuk membantu proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Baharuddin Aris et al. 1. masalah yang hendak dikaji (pernyataan masalah). BAB I akan diteruskan dengan latar belakang masalah kajian. Beberapa pendekatan dan strategi yang boleh digunakan oleh semua guru bagi memaksimumkan penggunaan komputer dalam pendidikan agar proses pendidikan lebih bersifat interaktif.: 2000: 3). Manakala sistem pendidikan di arus perdana lebih banyak meraikan keperluan pihak penjajah. ianya perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan supaya ianya dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan (Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir: 2003: 23). Skop isi kandungan pelajaran yang dibangunkan. cara mendapatkan maklumat.

Dr. Kesedaran mengenai agama Islam di kalangan orang Melayu semakin meningkat. ta’dib dan tarbiyyah. Matlamat menghasilkan ‘insan seimbang dan harmonis’ menjadi tunjang falsafah dan pendidikan Islam mula mendapat dokongan nyata dengan terbinanya berpuluh-puluh sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA). SekolahSekolah Tahfiz. pada tahun 1987. Manakala menurut Hassan Langgulung (1997: 8). apabila Akta Pendidikan 1961 telah digubal. Sidek Baba (2005: 18-19). proses pendidikan sebenarnya ditinjau dari dua aspek.a. Maahad-Mahaad pengajian Islam secara khusus. Proses ini menekankan pendidikan warisan bererti ilmu itu berpindah dari satu generasi ke satu generasi yang lain mengandungi nilai kemasyarakatan yang terpelihara. Syariah Islam dan sebagainya. sistem pendidikan negara telah mempunyai falsafah Pendidikan sendiri yang amat unik dan pendekatan bersepadu dalam pendidikan mula di perkembangkan. Kegiatan dakwah dari kerajaan. rohani dan emosi manusia yang bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah (Abdul Halim El-Muhammady: 1993: 14).w (Hassan Langgulung: 1991: 5). sebagaimana pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s. Keduanya pendidikan individu iaitu proses pengembangan potensi yang dimiliki dalam diri individu. Pertamanya aspek kemasyarakatan yang melihat proses pendidikan kemsyarakatan. . Menurutnya lagi.4 Menurut Prof. badan-badan bukan kerajaan dan individu muslim semakin nyata sama ada dalam bentuk seminar ataupun bengkel. Selain itu muncul institusi pendidikan yang bercorak agama yang dibangunkan oleh pihak Swasta. Kecenderungan melihat Islam sebagai sumber ketamadunan menyebabkan sistem pendidikan negara memberikan refleksi yang positif terhadap kebangkitan ini. jasmani. Bermulalah Pendidikan Islam diperkenalkan secara formal pada awal tahun 70an sehingga kini. pengenalan subjek agama Islam yang bersifat menjurus seperti Tasawwur Islam. Istilah pendidikan yang dikaitkan dengan pendidikan Islam ialah ta’lim. Namun pendapat yang lain mengatakan bahawa Pendidikan Islam adalah proses mendidik dan melatih akal. Islam tidak hanya dibicarakan sebagai agama semata-mata tetapi ianya meliputi sifat cara hidup muslim yang semakin berkembang subur.

Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa berlaku pemisahan di antara ilmu agama Islam dengan ilmu Sains. Pelbagai usaha digembeling bersama untuk merealisasikan falsafah Pendidikan Islam yang menekankan bahawa pendidikan adalah satu usaha yang berterusan. Ibadah. penekanan aspek method dan teori pengajaran serta pembelajaran perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Akhlak. berpendapat bahawa menyampaikan ilmu pengetahuan. Maksud kesepaduan ilmu di sini ialah pendidikan Islam haruslah diserapkan di dalam ilmu-ilmu lain seperti ilmu Sains. Kini isu kesepaduan ilmu dalam Pendidikan Islam telah lama diperdebatkan sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Maka. di akhirat. Ilmu agama diletakkan di bawah aliran Sosial. Inilah perkembangan yang berlaku dalam dunia pendidikan yang sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan zaman. Menurut Tajul Ariffin Bin Nordin (1993: 37). dengan itu manusia akan sentiasa berusaha menggunakan kebaikkan yang ada di dunia untuk mencari keredhaan Allah S. Sehingga kini. Akan tetapi ianya perlu dikaitkan dengan kehidupan manusia sehari-hari. Untuk itu Abdullah Ishak (1995: 211).T. Inilah reformasi yang perlu dilakukan dalam dunia . Namun apa yang berlaku ialah sistem pendidikan masa kini bersifat terpisah di antara ilmu akademik dengan ilmu agama. proses Pendidikan Islam tidak boleh dianggap sebagai satu mata pelajaran agama semata-mata yang hanya membincangkan khusus perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek agama sahaja seperti Tauhid. Pendidikan Islam haruslah diberikan nafas baru dimana perlunya membuat kesepaduan ilmu. Oleh itu. di sekolah-sekolah harian mempunyai dua aliran yang berbeza iaitu aliran Sains dan aliran Sosial. Matematik. Oleh itu.5 Apabila pertembungan tradisi dalam dunia pendidikan dengan kemajuan teknologi menyebabkan berlakunya perubahan dalam beberapa aspek yang menjadi amalan dan rutin normal dalam sesebuah corak pendidikan. Geografi dan sebagainya. Corak pendidikan ini telah mempengaruhi kefahaman pemikiran masyarakat Islam di sini khususnya. kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan pelajar. kefahaman seperti ini haruslah diperbetulkan.W.

Desakan dari kemajuan teknologi komputer menjadi satu keperluan kepada guru-guru ini untuk merubah situasi pengajaran kepada metode yang lebih bersifat interaktif. Kemajuan teknologi yang dicapai telah memudahkan sebahagian urusan kehidupan manusia. guru pendidikan Islam khususnya perlu melakukan anjakan paradigma terutamanya dari aspek metode pengajaran. Sekiranya guru-guru masih berada ditakuk yang lama pastilah keadaan ini akan menimbulkan perasaan kurang minat pelajar terhadap ilmu yang hendak disampaikan oleh guru. keadaan sekarang jauh berbeza. Contohnya Pelajar sekolah masa kini terdedah dengan penggunaan komputer. Kemajuan demi kemajuan yang kita rasai membuatkan struktur kehidupan manusia juga berubah. Ini terbukti apabila kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam lebih selesa mewarisi tradisi pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru sejak turun temurun. Ini bermakna setiap apa yang dicapai ianya saling berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu. Maka seharusnyalah golongan pendidik mengkaji bagaimana kemajuan teknologi dapat kita seiringkan dengan keperluan dalam dunia pendidikan masa kini. Pelajar hanya menerima konsep dan menghafal apa yang diterima oleh guru. Pengajaran guru bersifat sehala membuatkan pelajar pasif dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Contohnya penggunaan Video untuk menerangkan cara-cara menunaikan solat dengan tertib yang betul. Anak-anak sudah sebati dengan komputer dalam hidup mereka. Menurut Zoraini Wati Abas (1993: 107). Pendekatan yang dapat kita gunakan dalam Pendidikan Islam ini dapat dipelbagaikan sesuai dengan kecanggihan yang terdapat dalam teknologi komputer itu sendiri. Iaitu penggunaan komputer dalam dunia pendidikan. Justeru sesuatu konsep yang sepatutnya mudah dikuasai oleh . Pembelajaran hanya berpusatkan pelajar. sekolah mahupun di Siber Cafe. Dahulu kita dilahirkan dalam dunia serba mekanikal tidak seperti sekarang di mana anak-anak dilahirkan dalam dunia serba elektronik. internet sama ada di rumah.6 pendidikan Islam agar bersedia menyahut cabaran yang terkandung di dalam wawasan 2020. Sedangkan suasana dan persekitaran berbeza seiring dengan perubahan zaman dari masa kesemasa.

Seterusnya pelajar dapat mengaitkan apa yang yang dipelajari dengan kehidupan mereka. Sekiranya umat Islam alpa dan tidak berpegang teguh pada akidah Islam sudah pasti diri umat islam mudah terpengaruh dengan perkaraperkara yang boleh merosakkan akidah mereka. kognitif pelajar juga aktif dalam usaha memahami isi pelajaran. Apa yang lebih penting ialah pelajar-pelajar perlu diajak berfikir mengenai apa yang dipelajarinya dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. semakin meruncing dengan munculnya pelbagai ajaran. Selain itu. mengenai pendidikan Islam sebelum ini kurang baik. masalah sosial yang yang melibatkan umat Islam umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Selain kecerdasan yang pelbagai berbeza setiap individu pelajar dalam kelas menjadikan pengajaran sehala yang disampaikan oleh guru hanya boleh diterima oleh sesetengah pelajar sahaja. Menjadikan komputer sebagai alat yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna bukanlah membawa kefahaman masyarakat. Terutamanya banyaknya unsur negatif yang diperolehi pelajar sehingga boleh membawa kepada kerosakan akidah. Apabila pelajar terlibat secara aktif. Sebenarnya usaha yang perlu dilakukan oleh golongan pendidik ialah menyahut cabaran dunia masa kini lebih terdedah dengan arus globalisasi yang begitu membimbangkan. Apa yang dibuat oleh golongan ini sangat bertentangan dengan akidah Islam. salah satu usaha yang dapat membendung keadaan tersebut adalah dengan menggunakan kecanggihan teknologi ke arah yang lebih bermanfaat kepada kehidupan umat Islam itu sendiri. Menyentuh permasalahan akidah umat Islam masa kini. Bagaimana keadaan generasi akan datang sekiranya generasi muda Islam . Maka. Tanggapan bahawa pendidikan Islam hanya sekadar untuk memberi pengetahuan semata-mata haruslah ditolak. kefahaman serta pegagangan yang membawa kepada kesesatan.7 pelajar menjadi sukar. Semua yang berlaku bertujuan untuk mencemarkan kesucian agama Islam dari landasan yang sebenarnya.

segala kelemahan haruslah dikenalpasti dan difikirkan bersama untuk mencari jalan bagaimana teknologi masa kini dapat membantu pengajaran guru lebih interaktif supaya guru dapat mengembangkan afektif (kefahaman).8 kini tidak menghayati Islam dalam kehidupannya. Di Malaysia salah satu institusi yang bertanggungjawab untuk membendung masalah berlaku adalah sekolah. mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang diperolehi dari persekitaran. Guru-guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu pada penggunaan papan kapur sahaja malah dengan adanya penggunaan komputer dengan . Salah satu sudut. Penghayatan akidah Islam yang sebenar amat penting dan perlu ditekankan dalam diri individu muslim. Oleh itu sistem pendidikan haruslah bijak menghadapi masalah ini. Kesepaduan ilmu yang telah dibincangkan tadi membawa kefahaman kita bahawa Pendidikan Islam adalah sesuai sepanjang zaman dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Sekolah merupakan salah satu cara untuk memberikan kefahaman dan penghayatan akidah Islam yang sebenar. Selain itu. Jestru. maka pengajaran guru itu tidak dapat meninggalkan kesan. kognitif (pemikiran) dan Psikomotor (tingkah laku) pelajar. strategi dan pendekatan serta teknik agar pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sehingga tercapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sekiranya guru gagal menarik perhatian pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Apabila pelajar tidak menghayati apa yang dipelajarinya sudah tentu pelajar tidak mengaitkan apa yang dipelajari dalam pembentukan diri seorang muslim. Maka dengan sebab itu pendidikan akidah merupakan pendidikan yang sangat penting yang perlu diberikan peringkat awal kanak-kanak lagi. tindakan yang diambil oleh pihak guru-guru pendidikan Islam khusunya. Seterusnya menjadikan situasi pembelajaran yang sukar difahami oleh pelajar boleh membawa kepada mudah dan lebih bermotivasi (Ee Ah Meng: 2002: 69).

Kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam tidak berpeluang untuk membuat perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 1. Selain itu. Perkara ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan maklumat mengenai keberkesanan serta pentingnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.2 Pernyataan Masalah. Sumber teknologi dijadikan sebagai salah satu alat untuk menyampaikan maklumat. Guru-guru Pendidikan Islam khususnya juga gemar mengekalkan cara penyampaian yang bersifat sehala sedangkan pelajar-pelajar masa kini mempunyai peribadi yang aktif dan lebih berminat dengan suasana pembelajaran aktif. Atas alasan inilah pembangun cuba untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sabagai salah satu usaha untuk mengatasi sedikit sebanyak masalah yang timbul dalam peroses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya pembelajaran subjek akidah Islam. inovatif dan kreatif. Suasana pembelajaran masa kini telah berubah. . pelajar kini sudah terdedah dengan sumber teknologi seperti penggunaan komputer dan akses internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Pembelajaran subjek akidah di sekolah kebanyakannya masih bersifat sehala dan berpusatkan guru.9 gabungan elemen-elemen multimedia ini ianya lebih kepada pembentukan imej pendidikan bersifat fleksibel. Ditambah dengan kelemahan memiliki kepakaran dan kemahiran dalam perisian tertentu untuk menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer.

Terhasilnya perisian pembelajaran interaktif yang berada di pasaran masa kini telah mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat. Matematik tetapi masih kurang terdapatnya perisian pembelajaran pendidikan Islam. Namun. Sains. Kesedaran menggunakan kemajuan teknologi komputer dalam pendidikan semakin meluas di kalangan pengurusan akademik. Keadaan ini ditambah dengan kesibukan ibu bapa bekerja sudah pasti masa lebih untuk pendidikan anak-anak menjadi terhad. Di antara usaha dilakukan untuk pendidikan anak-anak mereka ialah memanfaatkan kemudahan teknologi dengan membeli perisian yang berasaskan pembelajaran di pasaran. Hanya sebilangan sekolah sahaja yang aktif dengan PBK khususnya sekolah yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan komputer.10 1. Namun realiti yang berlaku sekarang ialah penggunaan komputer dalam Pendidikan Islam di sekolah masih belum meluas lagi penerokaanya.3 Rasional Kajian. kebanyakkannya perisian yang terdapat di pasaran masa kini adalah berasaskan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris. . guru-guru-guru mahupun pelajar di sekolah. Suasana ini membuktikan bahawa pembelajaran melalui perisian telah mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia khususnya. Seterusnya pelaksanaan sesi pembelajaran berbantukan komputer akan memberi galakkan ke atas golongan pendidik untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan Islam.

v.11 1. iv. iii. ii. Konsep Akidah Asas Akidah Islam Konsep Mukmin Dan Muslim Rukun Iman Teras Akidah Islam Dalil Kewujudan Allah S. a. 1. .T. Memabangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) tajuk Asas Akidah Islam Tingkatan satu mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berdasarkan Model Reka Bentuk Perisian Berbantukan Komputer (PBK).5 Skop Kajian Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Satu Bahagian Ulum Syariah perkara Akidah meliputi empat tajuk utama iaitu: i.W.4 Objektif Kajian. Pembangun perisian hanya memfokuskan dua tajuk sahaja iaitu Konsep Akidah dan Asas Akidah Islam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful