You are on page 1of 5

Subjektif: Soalan 1 (a) Berikan empat ciri budaya i. Bersifat dinamik.

Mengalami perubahan kesan perkembangan masa dan kemajuan masyarakatnya. ii. iii. Boleh dipelajari. Budaya boleh dipelajari oleh setiap kaum. Diwarisi. Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. iv. Proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan.

(b) Faktor penghijrahan merupakan penyebab terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia. Nyatakan 6 faktor. i. ii. iii. Peluang pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Sumber yang kaya dan persekitaran yang indah di Malaysia. Galakan penjajah barat yang membawa masuk kaum cina dan kaum india. iv. v. vi. Kemakmuran dan kestabilan ekonomi di Malaysia. Perdagangan negara cina dan negara india ke Malaysia. Perkahwinan politik.

Soalan 2 Pertembungan budaya pelbagai kaum di Malaysia menyebabkan ada ciriciri budaya yang dikekalkan dan berubah. a) Senaraikan 5 faktor yang menyebabkan perubahan terhadap bahasa. Perkahwinan antara dua kaum yang menyebabkan berlakunya akomodasi bahasa Pengaruh globalisasi negara-negara maju yang menyebabkan kemasukan teknologi dan bahasa ke negara-negara lain Perbezaan antara generasi Berlakunya isu atau perkara baru Perkembangan teknologi komputer dan internet

b) Berikan 5 tujuan pantang larang masih diamalkan dalam masyarakat di negara ini. Mengekalkan keunikan budaya kaum masing-masing Mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka Mempunyai erti sendiri yang memberi manfaat dalam kehidupan masing-masing Demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan hidup kerana pantang larang lazimnya berbentuk peraturan Membina masyarakat yang harmoni dengan menghormati adat resam dan budaya kelompok lain

Soalan 3 (a) Senaraikan lima kategori kanak-kanak istimewa di bawah Program Pendidikan Khas. 1. Autisme 2. Down syndrome 3. Disleksia 4. Lewat perkembangan 5. celebral palsy 6. Kecelaruan tingkah laku

(b) Nyatakan lima usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk merapatkan jurang ketaksamaan pendidikan dalam kalangan murid.

1. Memberikan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Skim Baucer Tuisyen (SBT) kepada murid 2. Menyediakan kemudahan fizikal sekolah dan peralatan khas diubahsuai megikut tahap dan jenis kecacatan 3. Melatih guru pendidikan khas untuk mendidik murid yang berkeperluan khas 4. Penggunaan kurikulum yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. Contoh: Kelas Inklusif 5. Perancangan program yang sesuai dengan tahap seperti Program KIA2M dan PROTIM

Soalan 4 (a) Nyatakan empat kumpulan sasar untuk program dalam pelan tindakan pembangunan pendidikan masyarakat orang asli. Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu: a) Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun) Untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal.

b) Peringkat Rendah (7-12 tahun) Untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M.

c) Peringkat Menengah (13-18 tahun) Menekankan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.

d) Peringkat Tertiari Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi.

(b) Nyatakan enam kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dalam persekitaran sekolah.

Mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid supaya langkah pencegahan dapat diambil. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah untuk mewujudkan suasana yang kondusif. Menjadikan guru lebih peka kepada amalan-amalan sekolah termasuklah sistem pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang

Membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat supaya p&p lebih berkesan Mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid yang boleh menyebabkan hubungan yang tidak harmoni. Meningkatkan keyakinan diri mereka yang berasa tersisih selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan. Menimbulkan rasa selamat dan selesa murid semasa di sekolah.

You might also like