(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

)

AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma ) Bil. Tajuk/Topik
Interaksi Bersemu ka (jam) Modul (jam) Jum. Jam

1 2 3 4 5

Definisi konsep. Penilaian Formatif pendidikan Islam. dan Sumatif dalam

8 2 2 6 8 8 4 30 15 2 5

8 4 7 6 8 8 4 45

Bentuk penilaian, contoh dan pelaksanaan. Bidang Pembelajaran yang diuji. Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pendidikan Islam Pembinaan Item Pendidikan Islam Penilaian PAFA Sekolah Rendah

JUMLAH

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 1

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.0 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep pengujian, pengukuran, ciriciri penting pengukuran, penilaian, perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian dan tujuan penilaian.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang: 1. konsep pengujian. 2. konsep pengukuran. 3. Ciri-ciri penting pengukuran. 4. konsep penilaian. 5. Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 6. Tujuan penilaian.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP

PENGUJIAN

PENGUKURAN

PENILAIAN

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti medefinisikan sesuatu perkataan. c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian. 1.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) 1. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.4 Pengujian Pengujian adalah merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang indiividu. malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui . Contohnya sebelum anda dianugerah Ijazah Perguruan. Berikut adalah antara tujuan pengujian: a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi. pengukuran dan penilaian. b) Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian. Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satusatu kemahiran yang telah dipelajari. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan. kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. menyusun ayat-ayat al quran. menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya.3 Pendahuluan Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah.

c) Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain. 1986): a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Fungsi pengukuran adalah seperti berikut : a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai. Rekod prestasi dan profil murid. khususnya sebagai maklum balas kepada murid dan ibu bapa. guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid . soal selidik. penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.5 Pengukuran Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. ii. Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Kecekapan guru. d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid e) Bagi mendapatkan maklumat untuk : i. b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi. senarai semak. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri daripada ujian. Untuk pengukuran di tahap ini. guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk ini. Justeru. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Tahaptahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff. inventori atau sesuatu skala. 1. iii. Bimbingan.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka.

malahan perbezaan antara murid dapat dikira.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. . Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. buruk. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian. yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Dengan kata lain. Skel yang digunakan di tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal). Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff. kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan. b) Di tahap kedua.1 Ciri-ciri Penting Pengukuran Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran: a) Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). 1986). Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi.5. khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan. pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. dianggap baik. Dari maklumat seperti ini. 1. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik. skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Pengukuran dalam pemdidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. b) Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. lemah dan sebagainya. memadai dan sebagainya).

d) Peringkat analisis. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian. e) Peringkat interpretasi dan tindakan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas: a) Peringkat persediaan ujian. . penganalisaan dan penyimpulan. penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) 1. c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.6 Penilaian Penilaian mendapat ditakrifkan dan sebagai proses maklumat mentaksir yang perubahan untuk tingkahlaku menentu. Ia melibatkan proses memberikan berguna pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut: a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. b) Peringkat pentadbiran ujian. b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. pengukuran. Dalam konteks pendidikan. c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran. membuat berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

. Pengukuran juga mengesan hasil pembelajaran.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) Dari segi konsep. Penilaian berfungsi membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan atau peggredan. jenis-jenis kemahiran dan kemajuan.1 Perhubungan di antara penilaian. Pengukuran pula ialah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu.7 Perbezaan antara Pengujian. penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut: Pengujian Pengukuran Penilaian Rajah 1. Pengukuran dan Penilaian Perbezaan antara pengujian. Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Pengujian ialah teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. b) Fungsi. Pengujian berfungsi mengesan hasil pembelajaran yang diperoleh. pengukuran dan pengujian 1. pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut: a) Takrif.

e) Fokus. pengukuran dan penilaian dilaksanakan sebelum. Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) c) Masa diberi. Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran. c) mengetahui keberkesanan pengajarannya. Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran. Penilaian pula adalah berdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian. guru dapat : a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. f) Hasil. Penilaian dijalankan melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik. semasa dan selepas pengajaran. d) Cara. 1.8 Tujuan Penilaian Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Manakala Penilaian menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan. Pengukuran dijalankan melalui berbagai cara memperoleh data kuantitatif. b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid lebih awal dari semasa ke semasa. d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya. rekod anekdot dan senarai semak. dan dalam pembelajaran . Kesemua pengujian. Pengujian dijalankan melalui item-item (soalan-soalan) ujian. soal selidik atau senarai semak. Melalui penilaian.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! . Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. pengukuran dan penilaian? Tahniah. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Latihan Nyatakan perbezaan antara pengujian.

3 Jenis Penilaian Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif: . konsep penilaian sumatif 3. perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai: 1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK PENILAIAN FORMATIF SUMATIF 2.0 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep penilaian formatif.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) TAJUK 2 PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF 2. penilaian sumatif diikuti dengan perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif. konsep penilaian formatif 2. 2. 2.

teks. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan. misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku kelas. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan pembelajaran murid-murid. iii. bab 1.4 Penilaian Formatif Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad. prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu. Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) 2. guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1.5 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Di akhir pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti berikut: a) Jawap soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat 1-5: i. Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa. sesuatu unit pelajaran. ii. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid . Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut. 2. unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. bahagian Tilawah Al Quran Sumber Kejayaan.

Jelaskan pengertian Islam. Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Terangkan maksud poligami dalam Islam. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR. i. b) Soalan 2 c) Soalan 3 2. ii. Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan. ii. Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.6 Perbezaan antara Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut: . PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. cuba lihat soalan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut: a) Soalan 1 i. ii. i. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspekaspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Sebagai contoh penilaian sumatif.

Ujian sumatif kesukarannya terdapat pada semua peringkat. ada yang sangat senang dan ada pula yang sangat susah. Pengukur ujian sumatif adalah pada peperiksaan akhir tahun. h) Jenis-jenis skor.berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja. c) Tekanan dalam penilaian. Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. d) Fokus pengukuran. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif adalah beraneka jenis. manakala ujian sumatif diberi pada akhir satu-satu unit atau kursus. Ujian sumatif difokuskan kepada objektif kursus. Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian rujukan kriteria. g) Jenis alat. Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. . i) Cara melapor skor. b) Masa diberi. Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran. Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran. Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif. e) Sifat sampelan. Ujian sumatif digunakan untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus. Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) a) Fungsi. psikomotor dan afektif. Ujian sumatif biasanya merupakan ujian rujikan norma. f) Kesukaran item. Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian sumatif. jumlah skor diambil kira. PMR. Tahniah. kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! . Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Latihan Terangkan konsep penilaian formatif dan sumatif beserta dengan contoh. j) Contoh. Contoh ujian sumatif termasuklah peperiksaan UPSR. STPM dan seumpamanya. SPM.

penilaian secara penulisan. 4.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai: 1. 3. 3. penilaian secara lisan. Konsep penilaian secara penulisan.0 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang bentuk penilaian yang terdiri daripada penilaian secara pemerhatian. 5.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) TAJUK 3 BENTUK PENILAIAN 3. 3. 2. Konsep penilaian secara lisan. Instrumen penilaian penulisan 6. instrumen penilaian penulisan dan akhir sekali contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian. Mengenal pasti contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian. Konsep penilaian secara pemerhatian. instrumen penilaian lisan.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK BENTUK PENILAIAN TULISAN LISAN PEMERHATIAN . Instrumen penilaian lisan.

j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak. d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran. ujian bertulis. skala kadar. c) Mengesan kemajuan. h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program.3 Pendahuluan Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah: a) Pemerhatian. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada: a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai. g) Mengesan pencapaian. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan. b) Lisan. . i) perlu dirancang secara individu. ujian bertulis dan ujian lisan. b) mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus. perkembangan dan kemajuan murid. b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai. f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak. e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan. c) Penulisan. lembaran kerja. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk : a) Mengesan serta-merta.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) 3.

e) kemahiran bersosial. i) kemahiran mereka cipta.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) 3. b) murid dengan murid.4 Penilaian Secara Pemerhatian Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: a) sikap. g) kemahiran kinestetik. c) murid dengan bahan pembelajaran. Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan. f) kemahiran belajar. c) Amali. . Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. b) perlakuan/amalan.5 Penilaian Secara Lisan Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara: a) murid dengan guru. d) kemahiran manipulatif. h) kemahiran literasi komputer. buku skrap. kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. 3.

k) mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru : a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. e) kefasihan menghafaz. d) penggunaan bahasa yang tepat. b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. i) Nyanyian. c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. g) temu bual.1 Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: a) bacaan kuat. f) Hafazan. e) Perbincangan. i) pertuturan dan sikap. b) pengetahuan fakta.5. . h) soal jawab. h) gaya persembahan. c) Perbahasan. d) Bercerita. 3. c) kecekapan mendengar. j) deklamasi sajak.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: a) kefahaman konsep. b) Syarahan. g) kecekapan mencongak. f) sebutan dalam berbahasa.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan. ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. b) menyusun idea. . pernyataan. 3. e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. b) laporan projek/kerja kursus/folio. d) perbendaharaan kata. c) penggunaan tanda baca. b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. d) huraian atau tafsiran peta. d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.6 Penilaian Secara Penulisan Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: a) karangan. graf atau carta.1 Instrumen Penilaian Penulisan Instrumen Penilaian Penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: a) kemahiran menulis.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) d) mengesan kelancaran dalam sebutan. c) latihan dan ujian bertulis. jadual. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan: a) soalan. ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.6. c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. 3.

Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah: a) soalan subjektif. f) Mentafsir. Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih. e) skema pemarkahan disediakan. d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. b) soalan objektif. . b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami. perkara yang berikut mestilah diambil kira: a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) e) Mengaplikasi. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif. g) Menilai.

konsep dan prinsip.6. konsep asas dan prinsip Memahami Menguji kebolehan calon untuk memahami.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) 3. istilah. - Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain. mentafsir bahan atau idea. merangkakan trend masa depan mengubah menganggar menerangkan memberi contoh mengukur menyukat menentukan menukar membanding dan membeza menambah meramalkan membuat inferens menghubungkait mencirikan mengelas . menterjemah dan menginterpretasi fakta.2 Contoh Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur Mengingati kembali Mentakrif Memerihal Mengenal pasti Melabel Menyenarai Melakar Memadan Menama Menyatakan Melukis Menulis Mengetahui Menguji kebolehan calon mengingat kembali faktafakta sfesifik. kaedah atau prosedur.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit: mengira menunjuk cara mengubahsuai menghitung menjana idea menjelaskan dengan contoh mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen. hukum atau fakta asas. prinsip. - . Menganalisis Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil. membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan. mencerakin menjelaskan melalui contoh memilih mengasingkan membuat andaian menghuraikan mengawal pembolehubah membuat urutan menyusun mengikut keutamaan menggunakan perhubungan ruang dan masa membuat kesimpulan menyelesaikan masalah Mengaplikasi Menguji kebolehan calon menggunakan konsep.

mengaplikasi….dll) dan sertakan contoh frasa atau ayat untuk membuat penilaian. . Menaksir Mengkritik Mentafsir Mewajarkan mengesan kecondongan membuat keputusan menyokong Mensintesis Menguji kebolehan calon untuk mengabungkan idea-idea kecil. memahami.(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur Menggabungkankomponenkomponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif. Tahniah. menggabungkan merancang meringkaskan membina merangkakan berkomunikasi mengeksperimen menganologi mereka cipta mengkonsepsikan membuat gambaran mental mendefinisikan secara operasi membuat hipotesis mereka bentuk Menilai idea/bahan maklumat/ kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu. mentafsir dan membuat suatu rumusan. kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! Tamat. Fikirkan dan buat satu peta minda yang boleh menyatakan perbezaan antara aras kemahiran domain kognitif (mengetahui. - Menilai Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran. tugasan atau kaedah.