PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

[Year]

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM. Saya Muhammad fitri bin ab rahman , Pismp Reka Bentuk Dan Teknologi (A) Semester 5 telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Km10 Jalan Bukit Keteri, 02400 Beseri Perlis. Tempoh praktikum selama sebulan bermula 1 april 2013 hingga 26 april 2013. Harapan saya selama 4 minggu di sekolah ini saya adalah : i. Meningkatkan keyakinan diri. Meninggkatkan keyakinan diri yang saya maksudkan adalah apabila berada di hadapan kelas untuk mengajar memerlukan keyakinan yang tinggi. Sebagai seorang guru, keyakinan amat penting agar dapat menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu saya akan berusaha melatih diri dari masa ke semasa sepanjang tempoh praktikum ini. Selain itu juga saya akan berusaha menyakinkan diri dalam bergaul sesama guru di sekolah.

ii.

Melaksanakan kawalan kelas yang baik. Kawalan kelas sangat perlu dititikberatkan oleh seseorang guru agar proses PnP berjalan dengan lancar. Saya akan berusaha mengenali sikap-sikap murid di dalam kelas samada sikap murid yang terlalu aktif mahupun murid yang pasif. Hal ini perlu saya ketahui kerana pendekatan tertentu perlu digunakan berdasarkan sikap dan penerimaan murid kepada sesuatu pengajaran disampaikan. Saya akan berusaha untuk mengawal kelas supaya lancar agar penumpuan murid terhadap saya dan isi pelajaran tidak terjejas.

iii.

Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi yang menarik minat murid. Subjek kemahiran hidup di sekolah-sekolah rendah kurang mendapat

penekanan. Hal ini kerana subjek ini hanya dianggap sampingan kerana tidak mempunyai peperiksaan umum. Penilaian hanya berdasarkan guru

matapelajaran dan hanya setakat di dalam kelas. Justeru itu, saya nekad untuk mengajar subjek kemahiran hidup menggunakan pelbagai cara dan menjalankan

1

Justeru itu. Harapan saya juga adalah menimba ilmu baru berkaitan subjek kemahiran hidup. Memperoleh pendedahan yang lebih pelbagai berkaitan Reka Bentuk dan Teknologi. praktikum fasa satu ini akan saya gunakan sebagai wadah kepada pendedahan baru seperti budaya belajar murid-murid. 2 . Pengalaman dan pengetahuan ini dapat saya aplikasikan dalam kerjaya guru kelak. iklim dan budaya sekolah dan pengurusan berkaitan subjek kemahiran hidup. Sebagai seorang guru pelatih saya hanya mempunyai teori-teori berkaitan kemahiran hidup. iv.PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM [Year] pelbagai aktiviti dalam bilik darjah serta luar bilik darjah agar murid lebih bersemangat serta mendapat manfaat dari subjek ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful