You are on page 1of 1

Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju)

Tema Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.

Maksud rangkap:
Rangkap 1 Bahasa Melayu dijunjung tinggi dan sebati di jiwa bangsa Melayu.Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa, kesetiaan dan sikap amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan kedudukannya agar terus teguh dan mantap selain berperanan penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh perpaduan. Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang dengan semangat yang kental untuk mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada di dunia ini. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar yang hebat. Mereka begitu berani menjelajah ke seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan usaha itulah, bahasa Melayu mula tersebar. Rangkap 5 Bahasa Melayu sentiasa disanjung tinggi. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Kini, bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.

Persoalan:
i. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. ii. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. iii. Persoalan sejarah kegemilangan bahasa Melayu. iv. Persoalan peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi.

Pengajaran: Nilai Murni: i. Kita hendaklah menunjukkan rasa sayang dan bangga sebagai penutur bahasa Melayu. i. Nilai bersopan santun. ii. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu . iii. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. iv. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan dihormati serta diiktiraf oleh masyarakat dunia ii. Nilai kesetiaan. iii. Nilai amanah. iv. Nilai kasih sayang.

You might also like