W Mohamad Malieki bin W Mohamad Hanapi, Blok Sena 2, E109, IPGM Kampus Perlis, 01000 Behor Pulai, Perlis

.

En Mohamad Nizam bin Hamid, Ketua Unit Disiplin, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis, Perlis 2 NOVEMBER 2009

Tuan, Memohon Untuk Menuntut Kad Matrik Merujuk perkara diatas, saya W Mohamad Malieki bin W Mohamad Hanapi, PISMP PJ semester 2, ingin menuntut kad matrik saya yang berada dalam jagaan tuan. 2. Semasa kejadian saya, keluar dari kawasan institut mengikut prosedur biasa. Saya meninggalkan kad matrik di pondok pengawal. Apabila kembali ke institut kira-kira pada pukul 6.30 petang saya dapati kad matrik saya telah tiada di pondok pengawal. Pada sangkaan saya, kad matrik tersebut telah hilang. Tetapi apabila nama saya disenaraikan dalam senarai pelatih yang perlu menuntut kad matrik, saya tidak menyalahkan pihak HEP kerana mungkin ada sedikit kekeliruan yang berlaku berkenaan penahanan kad matrik saya. 3. Sehubungan dengan itu, sekiranya penahanan kad matrik tersebut disebabkan kesalahan yang saya lakukan, saya amat berharap agar pihak tuan dapat memaafkan kesilapan yang telah saya lakukan tempoh hari. Saya dengan ini memohon jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan agar memberi peluang kepada saya untuk menuntut kembali kad matrik saya yang berada dalam jagaan tuan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(W Mohamad Malieki bin W Mohamad Hanapi) Pelatih IPGM Kampus Perlis.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful