You are on page 1of 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) PERJALANAN PERGI KE KEM REKREASI INTAN SURAYA Pada pagi 19 Mac 2012

, rombongan peserta BIG daripada Kumpulan Matematik 2, Pendidikan Seni Visual dan Prasekolah telah berkumpul di Kantin Kampus Tuanku Bainun untuk bersedia bertolak ke Kem Rekreasi Intan Suraya. Para peserta diminta untuk berkumpul di kantin tepat pada pukul 8.00 pagi seperti mana yang telah ditetapkan dalam jadual tentatif program untuk mendengar taklimat ringkas daripada pensyarah. Sebelum mendengar taklimat, para peserta diarah untuk menyusun barang-barang mereka ke dalam bas. Semasa sesi penyusunan barang, telah dapat dibuktikan bahawa semangat kerjasama daripada semua peserta ditonjolkan melalui sikap tolong-menolong tidak mengira agama, kaum dan bangsa. Setelah taklimat disampaikan, peserta dimaklumkan bahawa perjalanan ke Kem Rekreasi Intan Suraya telah ditangguh kerana masalah tayar bas kampus yang pancit. Oleh itu, para peserta diminta untuk menunggu di kantin sehingga masalah tersebut selesai. Pada masa yang sama, para peserta juga diarah untuk makan sarapan pagi terlebih dahulu kerana dijangka bas tidak akan berhenti di Bukit Merah, Perak untuk makan memandangkan masa yang tidak mencukupi. Perkara yang telah dipelajari daripada insiden tersebut adalah mengenai dengan erti kesabaran. Erti kesabaran telah ditunjukkan oleh para peserta semasa menunggu ketibaan bas. Walaupun perjalanan ke kem sebenarnya bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi telah dilanjakkan pada pukul 10.15 pagi. Setelah ketibaan bas, para peserta diminta untuk beratur mengikut jantina untuk masuk ke dalam bas. Pemilihan bas telah dibuat dan peserta perempuan akan menaiki bas persiaran manakala peserta lelaki menaiki bas kampus. Bas bertolak kira-kira pada pukul 10.20 pagi. Beberapa jam kemudian, bas telah berhenti ke Bukit Merah, Perak untuk memberi peluang kepada para peserta pergi ke tandas, makan dan sebagainya. Setelah 30 minit diberikan, bas mula bertolak ke destinasi. Kemudian, kira-kira pukul 2.00 petang bas telah sampai ke Kem Rekreasi Intan Suraya.

setelah barang-barang peribadi dikeluarkan daripada bas tersebut. Terima kasih. Sekian. walaupun panas terik cahaya matahari memanah ke arah para peserta.Akhirnya. Para peserta berjalan mengikut kumpulan masing-masing dengan tidak boleh berpecah belah daripada kumpulan sehingga sampai ke destinasi. . para peserta diarahkan sekali lagi untuk berjalan ke kem sejauh kira-kira dua kilometer. namun para peserta tetap meneruskan perjalanan sehinggalah berjaya sampai ke tempat yang dituju. Misalnya. Pengajaran yang telah dipelajari daripada aktiviti di atas adalah mengenai dengan kesungguhan.