P. 1
Kajian Tindakan Muzik Rekoder

Kajian Tindakan Muzik Rekoder

|Views: 7|Likes:
Published by Khairul Nizam

More info:

Published by: Khairul Nizam on Jul 11, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/04/2015

pdf

text

original

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN : Kaedah Penjarian Not Rekoder Menggunakan Sistem Pernomboran PENDAHULUAN Malaysia merupakan

sebuah negara yang begitu cepat membangun dalam semua bidang.Hasrat kerajaan Malaysia ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju pada 2020.Untuk mencapai hasrat ini, keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang ditadbir oleh golongan pendidik yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Pentadbiran sekolah melalui proses berstruktur yang merangkumi sistem pendidikan negara bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Dalam bidang akademik, matlamat sesebuah sekolah ialah untuk memberi pendidikan yang maksimum dalam semua mata pelajaran yang ditawarkan untuk membolehkan kefahaman pembelajaran yang menyeluruh dan sempurna supaya potensi mereka dalam bidang-bidang tersebut dapat dipertingkatkan di peringkat kerjaya dan hidup seterusnya. 1.1 REFLEKSI P&P Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi tahap 1 dan juga 2. Walaupun demikian saya hanya mengajar murid Tahun 3 , Tahun 4 dan Tahun 5 di SK. Peramu Jaya. Saya akan membuat kajian terhadap Tahun 4 Cemerlang bagaimana Sistem Penjarian Bernombor dapat dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain rekoder.Murid-murid kelas ini merupakan murid yang pertengahan dalam semua mata pelajaran. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid.

Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas ini amat merisaukan kerana mereka bukan sahaja tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat memainkan tempo dengan betul serta membaca skor lagu dengan baik.. Salah satu puncanya adalah

Oleh yang demikian kajian ini cuba mencari punca masalah yang menyebabkan murid-murid Tahun 4 Cemerlang .2 SOROTAN LITERATUR Sejak dahulu lagi. Ini menunjukkan muzik memainkan peranan dalam pertumbuhan sesuatu hidupan. Murid saya berminat dalam mata pelajaran ini. 1. .Mereka lambat dalam penjarian yang sedia ada digunakan dalam P&P. para ilmuan ‘psikologi perkembangan’ mengatakan mendengar muzik dapat mempengaruhi perkembangan otak dan kesihatan mental manusia.Menurut Dr Alfred Tomatis yang bertugas di Peranchis. Eksperimen telah dilakukan oleh seorang ‘pemuzik professional.Terutamanya jika diminta untuk meniup rekoder tersebut. Ada yang boleh menguasai dengan cepat namun terdapat sesetengah murid sebaliknya. Peramu Jaya . Justeru itu perkembangan dan penguasaan murid terhadap pembelajaran muzik adalah berbeza di kalangan mereka. Kajian yang telah dijalankan ini merujuk kepada perkembangan mata pelajaran muzik di kalangan murid Tahap 2 tahun 4. Beliau telah menanam labu dan terdapat perbezaan pada tanaman beliau . Colorado kepada tanaman beliau. menyatakan muzik dapat memberi energi ataupun tenaga kepada otak. SK. Objektif.kurangnya dari segi amali dan teori ini pada masa mereka di tahun 3 dahulu dan juga tidak mempunyai pengalaman yang lepas serta pengaruh persekitaran yang membuatkan mereka tidak mahir dan tahu untuk menggunakan alat-alat muzik tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menarik mereka dengan lebih cekap lagi dalam tiupan rekoder?.Pengajaran tidak didapat dicapai. Pekan tidak dapat mengaplikasikan penjarian rekoder dengan betul semasa membuat persembahan rekoder. misalnya labu yang dihalakan kepada muzik klasik telah tumbuh dengan subur dan batangnya telah melingkari radio tersebut. manakala labu yang dihalakan kearah radio yang mempunyai muzik rock tidak tumbuh dengan baik. Saya memberi semangat dan dorongan kepada murid kelas itu dengan memberi pelbagai ganjaran seperti hadiah kecil dalam usaha untuk mengubah situasi tersebut. Dorothy Retallack pada tahun 1970 di Temple Buell College.

dengan ini kanak-kanak tidak akan rasa dipaksa dan tertekan dalam proses pembelajaran. Melakukan aktiviti pergerakan ataupun bermain merupakan langkah yang baik dalam perkembangan kemampuan seseorang. Semenjak murid-murid beliau memngamalkan apa yang telah beliau sarankan. ceria dan bersemangat. dimana pada suatu hari dilihat murid-muridnya tidak bersemangat serta daya kefahaman mereka lemah. . Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky. Dalcroze menggunakan gerak tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik. jadi beliau bertanya kepada muridnya adakah mereka bersarapan sambil mendengar muzik. perubahan telah berlaku kepada muridnya menjadi lebih cerdas.Begitu juga dengan pendidikan muzik. Disekolah rendah pendidikan muzik terdiri dari beberapa aspek contohnya nyanyian.kemahiran dalam mengendali alat perkusi yang tidak berpic atau yang berpic dan juga permainan alat rekoder. Menurut Stephanie Merrit. Direktur Pusat Muzik Dan Pencitraan California menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru. mereka menjawab tidak. jadi mulai detik itu beliau menyuruh murid-muridnya mendengar muzik diwaktu pagi sambil bersarapan.1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep penjarian. peringkat umur kanak-kanak Aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan serta kemampuan mereka. Menurut Depdikbud 1999. gerakan . Kanak-kanak ataupun orang dewasa akan memberi tindak balas secara spontan terhadap sesuatu yang berbunyi dan melahirkan ekspresi diri melalui muzik. Dalam perbualan harian juga terdapat perkara asas dalam muzik iaitu misalnya seperti irama dan juga tona. mengatakan perkembangan individu dan kemampuan boleh dikembangkan secara beransur-ansur dengan cara bermain sambil belajar. telah menjadi sebahagian daripada alam kehidupan manusia dan juga budaya masyarakat.Aktiviti yang dilakukan tanpa paksaan akan meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak.

Pendidikan muzik juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk mempelajari notasi muzik seperti mengetahui jenis dan nama-nama not. Disamping penguasaan kemahiran murid-murid juga akan diterapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. tanda rehat . membuat tepukan irama dengan alatan muzikal. Kanak-kanak akan mendengar. Disamping itu juga dapat memberi ruang kepada murid untuk mencipta irama sendiri ( kreativiti ). ini kerana dalam sesuatu majlis muzik dari pelbagai kaum akan dipersembahkan. faktor persekitaran ataupun rakan juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap permainan alat muzik. Kebanyakan murid mudah . meter. Pendidikan Muzik di sekolah rendah hanya meliputi perkara asas sahaja iaitu asas bahasa muzik seperti irama.Pendidikan muzik di sekolah rendah. Pendidikan Muzik juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai kebudayaan dan adat resam masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita. tanda masa. kaedah Carl Orff dapat di gunakan dimana akan menggalakkan murid-murid melalui empat aspek pembelajaran yang utama iaitu mengekspresi samada dari segi emosi ataupun gerakan apabila mendengar bunyi. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Manakala faktor baka atau keluarga yang berminat terhadap muzik secara tidak langsung akan mempengaruhi anak-anak mereka kearah minat yang sama. telah memberi pengalaman muzik kepada kanakkanak ( murid ) dalam permainan rekoder. Di samping itu. Muzik dapat merapatkan hubungan diantara pelbagai kaum. Literasi iaitu membaca skor ataupun notasi dan akhir sekali Improvisasi iaitu mengubah suai kepada yang lebih kreatif. ekspresi dan sistem notasi sama ada simbol ataupun notasi lidi. kerana setiap latihan yang diadakan akan berjalan dengan lancar. latihan pada skor lagu dan seterusnya akan mengaplikasikan permainan rekoder. Imitasi iaitu cara peniruan dan guru boleh dijadikan role model kepada murid. Sokongan yang diberi oleh ibu bapa tetutamanya dari aspek sosial ekonomi juga akan mempengaruhi kejayaan murid-murid. dan simbolsimbol yang terdapat semasa Pendidikan Muzik. Selain faktor ibu bapa. ini juga bermaksud murid belajar melalui pengalaman . melodi.

Ini secara tidak langsung membantu guru muzik mengatasi masalah tersebut selain daripada dapat mencungkil minat dan bakat murid semulajadi murid ekoran kerjasama sokongan keluarga dan pengaruh persekitaran. Justeru itu mata pelajaran Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ini disediakan untuk mengenal pasti punca kegagalan murid mengendalikan alat perkusi dengan baik supaya dapat memberikan persembahan yang berkualiti terutamanya semasa majlis di peringkat sekolah. Kemahiran membaca dan ’merasai ’ corak irama juga merupakan faktor asas dalam penghayatan muzik (Gordon. Dapatan kajian ini akan meningkatkan penguasaan murid terhadap permainan rekoder.com .terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Pekan tidak dapat mengaplikasikan tiupan rekoder atau mempersembahkan ensembel rekoder dengan baik. Oleh itu murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran ini supaya persembahan muzikal menjadi lebih bemutu. pembelajaran muzik terlalu rumit sekiranya seorang pelajar itu tidak berminat untuk melibatkan diri dalam muzik. 1968). Melalui tenik atau kaedah yang betul akan membolehkan murid-murid mengetahui dan menguasai aspek-aspek pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru semasa pendidikan muzik di dalam bilik darjah.0 FOKUS KAJIAN . 2. Aspek-aspek ini tidak mungkin akan dapat dikuasai dengan baik tanpa penghayatan yang lebih terhadap latar belakang Pendidikan Muzik. langsung akan terikut dengan ajakan rakan untuk turut sama menyertainya.teknikmuzik. dengan rakan yang berminat untuk Sekiranya murid tersebut berkawan mereka secara tidak menyertai aktiviti muzik. Menurut Dr Mohamad Salleh dalam laman web http://www. Dapatan yang diperolehi nanti akan menjawab beberapa persoalan mengapa murid Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya .

amatlah baik sekiranya masalahmasalah pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan. kajian ini juga akan menarik minat murid dalam pembelajaran berkaitan not rekoder. Sesetengah murid dapat meniup rekoder dengan cepat tanpa sebarang kekeliruan dan meniup dengan baik .Kajian ini dijalankan dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran penjarian rekoder menggunakan kaedah penomboran. Malahan minat yang ditunjukkan juga berbeza di antara setiap murid. Peramu Jaya supaya pengkaji dapat mengenal pasti permasalahan tersebut dan . Terdapat sebahagian murid berpotensi tinggi dalam kemahiran muzik mereka dan sebaliknya. Memandangkan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan muridmurid tahun 4 Cemerlang dalam penjarian rekoder. 2. kajian akan dijalankan untuk mengetahui punca kegagalan atau masalah yang dihadapi dalam penjarian rekoder di kalangan murid Tahun 4 Cemerlang di SK. Disamping itu. Namun terdapat murid ramai yang tidak dapat meniup rekoder dengan baik walaupun menggunakan not-not yang mudah. Penguasaan kemahiran muzik juga dapat dilihat di kalangan murid semasa sesi pembelajaran di kelas. Kemahiran dan minat terhadap mata pelajaran muzik juga turut menunjukkan perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan. gerakan dan permainan alat perkusi dan permainan rekoder. Justeru itu. Kebanyakan mereka akan tidak dapat menunjukkan bakat persembahan yang baik apabila diminta memainkannya. Lagu yang dimainkan pula adalah mudah dari segi melodinya Persoalan yang di kemukakan dalam kajian ini ialah tentang kaedah yang diamalkan oleh guru sama ada dapat mengendalikan penjarian rekoder dengan berkesan ataupun tidak.1 TINJAUAN MASALAH Pendidikan Muzik di sekolah rendah meliputi bidang nyanyian.

Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam meniup rekoder. . Peramu Jaya .dapat menghasilkan murid yang berkemahiran meniup rekoder dengan baik di kalangan murid Tahun 4 Cemerlang. Kajian ini dijalankan bertujuan menghuraikan beberapa persoalan seperti berikut : i. 3. iii Membantu murid Tahun 4 Cemerlang untuk menghuraikan permasalahan yang dihadapi dalam permainan rekoder.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Analisis tinjauan masalah akan difokuskan untuk mengenal pasti sejauh mana murid dapat : a. 2. Pekan tidak dapat meniup rekoder dengan baik.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan pencapaian keseluruhan mata pelajaran Pendidikan Muzik dan menarik minat murid untuk belajar permainan rekoder.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kaedah penjarian rekoder dengan menggunakan sistem nombor menggunakan media pengajaran yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Mengenal penjarian rekoder 3. ii Mengetahui punca yang menyebabkan kegagalan murid Tahun 4 Cemerlang di SK. Mengenal not rekoder b.

Megenal not-not muzik. 2.2 OBJEKTIF KHUSUS Membantu murid-murid : 1. Meniup rekoder dengan lancar 3. 3.3 SOALAN KAJIAN Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut : i Apakah betul minat dan latar belakang murid akan mempengaruhi mereka dalam tiupan rekoder dengan baik ? ii Apakah pandangan murid dan faedah pendidikan permainan rekoder ? iii Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam mengendalikan kelas rekoder ? iv Bagaimanakah cara ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran tiupan rekoder dapat di pertingkatkan dikalangan murid Tahun 4 Cemerlang dan juga di sekolah amnya. Perlaksanaan kajian ini hanya mengambil sebahagian masa daripada masa sebenar .3. Kajian ini hanya berfokus kepada penjarian rekoder sahaja. Pahang.Pekan . 5. Rensponden adalah seramai 10 orang dari kelas yang sama. Mereka terdiri dari 5 murid perempuan dan 5 murid lelaki.0 KUMPULAN SASARAN Tumpuan kajian ini adalah untuk 10 orang murid Tahun Empat Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya . Ini bermakna kajian ini melibatkan murid yang sederhana bagi membantu mereka mengingati penjarian rekoder dan lulus dalam ujian amali. Mengingat penjarian kaedah bernombor. 4.dan penekanan diberi dalam sistem pernomboran.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN KAJIAN Kajian yang dijalankan hanya bertumpu kepada murid Tahun 4 Cemerlang sahaja.

Keputusan kajian kearah tindakan. Sesi temubual dengan kumpulan sasaran akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka tentang minat mereka terhadap permainan rekoder. Menyampaikan secara hubungkait penjarian dengan notasi. Pemerhatian akan dilakukan terhadap perhatian dan respon murid. Penganalisian data menggunakan SPSS. Membuat refleksi ke atas soalan kajian. . Ujian Amali. Maklumat yang diperolehi daripada sesi temubual akan digunakan untuk untuk melihat sejauh mana kesahan dapatan. 4. Membuat data menggunakan SPSS. 6. Ujian yang berkaitan dengan kemahiran penjarian rekoder. 3. Mengadakan sesi temubual dan sola selidik terhadap kumpulan sasaran. Mengumpul dan menganalisis data. Membuat keputusan. Pemerhatian. Membentuk fokus kajian. 5. 5.1 PROSEDUR PERLAKSANAAN TINDAKAN Kajian tindakan ini adalah untuk : 1. 2.4 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN Perlaksanaan tindakan akan dijalankan seperti berikut : 1. 2. 5.Pada setiap unit terdapat objektif tersendiri dan ini banyak membantu pelajar mencapai kefahaman maksimum. 2. Temubual. Hasil dapatan akan diilustrasikan dalam bentukgraf/rajah bagi memudahkan proses menginterpretasikan keberkesanan media pengajaran yang digunakan.3 CARA ANALISIS DATA Statistik deskriptif akan digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan frekuensi. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.yang telah ditetapkan oleh KPM untuk memberi ruang kepada murid-murid mengikuti kelas seperti biasa. 5.2 CARA PENGUMPULAN DATA Data dikumpulkan melalui beberapa kaedah iaitu : 1. Banyak terdapat ilustrasi untuk membantu meneguhkan kafahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diberikan. 3. 3. 5. Membuat ujian amali. min dan sisihan paiawai. peratus.

Bibliografi Lampiran .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->