You are on page 1of 16

REFLEKSI BAB 1

Pada semester yang baharu ini, saya telah didedahkan dengan satu bidang pembelajaran yang baru iaitu bimbingan dan kaunseling.subjek EDU 3107 ini amat berguna kerana tugas seorang guru memang tidak boleh lari dari memberi bimbingan kepada murid-muridnya. Sudah menjadi lumrah, murid-murid lebih senang menerima apa yang diperkatakan oleh guru mereka berbanding orang lain. Bagi mereka guru tahu segala-galanya dan mampu menyelesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi. Setelah mempelajari bab yang pertama dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, saya dapati bahawa bimbingan dan kaunseling mempunyai kepentingan yang amat banyak kepada diri saya terutama apabila saya akan bergelar bakal guru kelak. Berdasarkan dari pembacaan awal yang telah saya buat, bimbingan dan kaunseling ini mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri di mana bimbingan adalah tugas pendidikan. Selain daripada itu, bimbingan ini merupakan suatu proses pengetahuan yang diperlukan oleh semua orang. Setiap orang memerlukan bimbingan seumur hidup dari kecil hinggalah dewasa kerana manusia itu cenderung untuk melakukan kesilapan. Pada pandangan saya, bimbingan ini adalah untuk mencegah sesuatu perkara itu daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya keadaan anak murid kita sama ada mereka berada dalam keadaan yang baik ataupun tidak. Perkara yang paling penting sekali ialah setiap insan mampu berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadi, kita sebagai guru hendaklah tidak terlalu cepat melabel atau menghukum anak murid dengan satu gelaran yang tidak enak didengar kerana akan mengeruhkan lagi keadaan kanak-kanak tersebut. Mengetahui definisi kaunseling dan psikoterapi adalah satu perkara baharu yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui. Maklumlah selama ini kita hanya meletakkan tugas memberi Bimbingan dan Kaunseling ini kepada guru tertentu sahaja tanpa disedari semua guru adalah guru bimbingan. Secara rumusannya, pandangan saya kaunseling ialah pertemuan antara seorang individu dengan individu yang lain sehingga menjalinkan suatu kepercayaan

saya berharap perkara yang akan saya pelajari dalam bab-bab seterusnya dapat menyiapkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang serba boleh dalam bidang akademik. Saya berharap dengan apa yang dicurahkan oleh pensyarah kepada saya dapat saya praktikkan semsa berada di sekolah nanti supaya saya dapat membantu kanak-kanak yang bermasalah agar mereka dapat keluar dari kepompong permasalahan itu. Sehubungan dengan ini. Begitu juga dengan pengertian psikoterapi di mana pada menurut fahaman saya maksud perkataan tersebut ialah bertindak untuk merubah terus suatu struktur perwatakan seseorang. kokurikulum mahupun juga bimbingan dan kaunseling. .untuk berbincang dan menerima nasihat serta mencari jalan penyelesaian mengenai sesuatu permasalahan.

Perkara yang saya pelajari pada minggu ini pada mulanya diingat tidak penting. perkhimatan penempatan. perkhidmatan perundingan dan rujukan serta laini-lain lagi. jadual waktu persekolahan yang agak padat memaksa mereka untuk mendiamkan diri apabila soalan mengenai kereelaan untuk menjadi guru pembimbing dan kaunseling diajukan. Pada pandangan saya. penilaian dan sebagainya. Tambahan pula. Perkara-perkara ini merupakan antara bidang-bidang tugas yang terdapat dalam bimbingan dan kaunseling. saya mendapati tajuk ini merupakan antara kunci kepada bidang bimbingan dan kaunseling. Sekiranya seseorang itu melakukan pekerjaan dalam keadaan terpaksa. Oleh itu. kaunseling dan psikoterapi kini saya didedahkan pula dengan tajuk yang kedua iaitu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. maka. perkhimatan pencegah penyalahgunaan dadah. seseorang itu perlu mempunyai niat serta ikhlas dalam melakukan sesuatu. tanggungjawab profesional. Antara perkara lain yang telah kami pelajari dalam bab yang kedua ini ialah mengenai jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang ada. Di dalam tajuk ini. hasilnya besar kemungkinan adalah tidak cantik. saya telah didedahkan dengan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan. Antaranya ialah perkhidmatan kaunseling. Oleh itu tidak hairan sekiranya kebanyakkan guru pada masa kini menolak untuk menjadi guru bimbingan dan kaunseling kerana pada pandangan mereka tugas guru bimbingan dan kaunseling adalah sangat banyak dan ini akan membebankan mereka. sya berazam untuk menanamkan sifat rela dan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan . Ini kerana didalam tajuk ini. kami diterangkan mengenai etika-etika yang perlu difahami dan dihayati oleh semua kaunselor dan guru pembimbing iaitu antaranya ialah etika kerahsiaan. jenis kaunseling dan etika kaunselor. Dengan ini barulah apa yang dibuat kelak akan menjadi dan terlaksana dengan jayanya. namus setelah mendengar dengan lebih lanjut kuliah yang disampaikan oleh pesyarah dan juga dari pembacaan-pembacaan tambahan yang saya buat.REFLEKSI BAB 2 Setelah mempelajari dan mendengar kuliah mengenai konsep asas bimbingan.

tanggungjawab yang perlu saya pikul adalah banyak dan berat.yang akan diberikan kelak. Ini amat penting kerana apabila saya menjadi guru yang sebenar nanti. .

mengikut apa yang telah dipelajari oleh saya. Oleh itu. Sewaktu berada di sekolah. jangkaan saya meleset sama sekali kerana ternyata tugas guru pembimbing amat berat. mereka juga perlu mengelolakan prosedur program Bimbingan dan Kaunseling serta menentukan hala tuju unit bimbingan dan kaunseling dengan menyediakan garis panduan agar mudah untuk mengendalikan satu-satu program atau masalah yang dihadapi oleh murid. saya amat beruntung kerana dapat mempelajari bidang ini semasa berada di Institut. saya melihat guru bimbingan terlibat dengan perancangan seperti mengadakan ceramah atau bengkel untuk murid-murid. Tidak dilupakan juga. ibu bapa. saya didedahkan tentang peranan guru biasa sebagai guru pembimbing.REFLEKSI BAB 3 Di dalam bab yang ketiga ini. guru bimbingan juga bertindak sebagai pakar rujuk atau rundingan bagi guru lain apabila mereka berhadapan dengan masalah berkenaan murid-murid mereka dan komuniti sekolah yang lain. Namun begitu. Sebelum memasuki bab ini. Pada pandangan saya juga. Selain itu. Dahulunya saya tidak mengetahui apakah tugas-tugas guru bimbingan di sekolah. saya berpendapat bahawa hanya guru tertentu sahaja yang perlu menjalankan tanggungjawab sebagai guru pembimbing tetapi selepas diberi penerangan oleh pensyarah barulah saya tahu bahawa guru biasa juga tidak terlepas daripada memikul peranan sebagai guru bimbingan. Ini kerana pendedahan mengenai bidang ini membolehkan saya untuk menimba ilmu yang baharu serta menambahkan lagi bidang yang mampu saya . Di sini. Guru bimbingan juga perlu memastikan pengawalan di mana sesuatu program yang dijalankan itu menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling serta bersedia memberi penambah-baikkan sekiranya berlaku kekurangan di sana sini. kita dapat lihat peranan guru pembimbing sangat luas kerana mereka diibaratkan seperti jambatan yang menjadi penghubung kepada seluruh komuniti yang terdapat di sekolah. guru bimbingan merupakan penghubung antara murid dengan guru lain. serta murid-murid yang lain. Di dalam fikiran saya terbuku persoalan mengenai adakah mereka hanya bertindak apabila ada murid-murid menghadapi masalah.

. Selain daripada itu. saya dapat menajamkan lagi sikap dan sifat untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. kebanyakkan guru biasa mengelak untuk menjadi guru pembimbing. ‘berat sama dipikul. ringan sama dijinjing’. dengan mempelajari bidang ini. Harapan saya kelak ialah semasa saya berada di sekolah nanti. Selain itu juga. mereka juga haruslah tidak lepas tangan kepada guru bimbingan sahaja ketika sesuatu program di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dilaksanakan. Berdasarkan pengalaman saya di sekolah. pada pendapat saya lagi mereka tidak mempunyai pendedahan berkenaan dengan kemahiran kaunseling yang cukup. terdapat juga guru yang menganggap perkhidmatan kaunseling hanya merupakan tugas kaunselor. Hal ini terjadi disebabkan mereka merasa terbeban dengan jadual waktu mengajar yang banyak. Hal ini kerana semua guru biasa juga adalah guru bimbingan. Bak kata pepatah.capai. Bukan itu sahaja. kebanyakkan murid-murid juga tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada guru tersebut sehingga melahirkan rasa putus asa dan ada di antara guru-guru ini yang berputus asa dan meninggalkan terus tugas sebagai guru bimbingan. Selain itu. Faktor ini juga antara penyebab kenapa ramai guru biasa mengelak menjadi guru bimbingan iaitu masa yang diambil untuk mengenal pasti masalah pelajar memakan masa yang panjang dan juga tenaga guruguru terbabit. Berdasarkan apa yang saya lihat. Selain itu. saya dapat melaksanakan tanggungjawab bukan saja sebagai seorang guru akademik tetapi bersama-sama dapat membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling semasa menjalankan aktiviti di sekolah. seharusnya semua guru perlu bekerjasama dengan guru-guru bimbingan demi memastikan anak-anak murid mereka tidak menghadapi sebarang masalah.

apa yang saya perolehi ialah Teori Psikoanalitik digunakan untuk merawat individu yang terganggu jiwanya. Seterusnya. Setelah membuat bacaan ringkas mengenai bab ini. Pada pandangan saya. baik dan bertanggung jawab manakala untuk Teori Gestalt menekankan pada masa sekarang. Seterusnya ialah Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif yang mana salah satu teori yang saya minat pandangannya berkenaan dengan pemikiran manusia yang tidak . Teori Pemusatan Perorangan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional. Di dalam bab yang keempat ini iaitu teori-teori kaunseling. Terapi Realiti. Teori Analisis Transaksional dan Terapi Eklektik. saya telah didedahkan tentang teori-teori kaunseling. Pada pandangan saya. tanpa sesuatu pegangan. bagaimana seseorang guru itu hendak membantu muridnya. teori-teori kaunseling ini mempunyai prinsip yang sama iaitu untuk menguatkan hubungan keakraban antara kaunselor dan klien. Apabila kaunselor telah mendapat kepercayaan daripada klien. Teori ini juga akan menjadi pegangan kepada mana-mana guru bimbingan sebagai panduan untuk dirinya membimbing murid-murid yang bermasalah. Hal ini sekaligus memudahkan kaunselor untuk membimbing klien menyelesaikan permasalahan mereka. klien akan lebih bersifat terbuka untuk berkongsi masalah mereka dengan kaunselor. apa yang saya faham ialah penekanan diberikan kepada tingkah laku seseorang kerana senang untuk diukur berbanding pemikiran dan perasaan. Teori Pemusatan Perorangan(humanistik) dan Teori Rasional Emotif(pendekatan kognitif). Hal ini kerana.REFLEKSI BAB 4 Di dalam bab yang keempat. sudah pasti muridmuridnya akan terumbang-ambing dan hanyut dalam permasalahannya. Selain itu terdapat juga teori-teori yang lain yang kurang ditekankan semasa kuliah antaranya ialah Teori Pendekatan Gestalt. menjadi satu keperluan untuk kita mengetahui teori-teori ini kerana teori merupakan asas-asas dasar yang menjadi tunjang kepada pembentukan sesuatu pengetahuan. Bagi Terapi Tingkah Laku pula. Antara teori-teori yang saya telah pelajari ialah Teori Behavioris. berdasarkan pemerhatian dan pemahaman mental dan emosi. saya telah mempelajari beberapa jenis teori. di sini dan ketika ini dan kurang mementingkan sebab musabab pada satu-satu masalah itu.

rasional wajar ditukar kepada pemikiran yang rasional demi untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Akhir sekali ialah Terapi Eklektik yang mana akan menggunakan mana-mana sahaja teori berdasarkan kesesuaian mengikut satu-satu permasalahan dan masa. Bagi Terapi Realiti pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu realiti praktik dan realiti moral yang mana keperluan untuk menyayangi dan disayangi. Semoga apa yang saya pelajari ini dapat dipraktikkan ketika saya menjejakkan kaki ke sekolah kelak. Saya amat tertarik dengan teori A-B-C-D-E yang diperkenalkan oleh teori RET ini. pemilihan teori dapat dilakukan untuk mengikut kesesuaian murid dan masalah yang dihadapinya . Selain daripada itu. . Itulah pentingnya bagi saya seorang bakal guru dalam mempelajari teori-teori di dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling ini. saya tahu bahawa peranan kaunselor bagi Teori Pemusatan Klien adalah sebagai fasilitator. teori behaviourisme menggunakan kaedah yang lebih santai iaitu teknik peneguhan. Secara umumnya. Harapan saya kelak ialah. penstrukturan semula kognitif dan lain-lain. Bagi teori RET pula kaunselor perlu aktif dan mengarah untuk membuat pembetulan pemikiran yang tidak rasional. Teori berikutnya yang saya pelajari ialah Teori Analisis Transaksional di mana ditekankan hubungan dinamik interaksi antara manusia. dengan pendedahan teori-teori ini dapat membantu saya membimbing murid-murid yang menghadapi masalah dalam kehidupan mereka. Sementara itu.

pada pendapat saya sesuatu permasalahan itu mungkin tidak akan dapat diselesaikan oleh kaunselor itu dan klien juga tidak mempunyai keinginan untuk menceritakan masalah yang dialaminya kepada kaunselor tersebut. pemparafrasaan. Pendapat saya. Perkara ini mungkin nampak seperti remeh tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap hubungan yang akan terjalin antara kaunselor dan klien. untuk menjadi seorang kaunselor dia perlulah mempunyai kredibiliti dan personaliti yang mana mampu menarik individu tertentu untuk mendekatinya. saya dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut di dalam kelas sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah semasa menjalani praktikum fasa 3 ini. konfrontasi. Elemen yang dimaksudkan ialah kemahiran asas dalam kaunseling. interpretasi. muka yang manis dan sentiasa tersenyum serta menguasai kemahiran-kemahiran komunikasi seperti kemahiran menyoal. Sekiranya seorang kaunselor tidak dapat membentuk hubungan yang baik antara dirinya dengan klien. tugasan yang diberikan oleh pensyarah memerlukan saya untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini dalam penghasilan video kaunseling. kesenyapan.REFLEKSI BAB 5 Pada minggu ini. mendengar. Saya merasakan bahawa seorang kaunselor perlu kelihatan tenang. saya telah mempelajari satu elemen penting dalam pengendalian sesi bimbingan dan kaunseling. selalunya orang yang berjumpa dengan kaunselor adalah orang yang mempunyai masalah jadi kemahiran empati perlulah dikuasai oleh kaunselor. refleksi perasaan. penting untuk saya memahami sebenarbenarnya kemahiran ini supaya murid-murid akan berasa selesa untuk menceritakan masalah mereka kepada saya sekiranya mengalami masalah dan tidaklah mereka . pemberian nasihat. Tidak dilupakan juga. kemahiran ketika ini dan akhir sekali membuat rumusan. Apa yang saya faham mengenai empati ialah kita meletakkan diri kita di tempat individu itu berada agar kita dapat menyelami keperitan yang dialaminya. Bukan itu sahaja. memberi perhatian dan juga memahami sesuatu perkara yang disampaikan. Melalui pendedahan ini. Saya juga mengetahui mengenai kemahiran-kemahiran lain seperti refleksi idea. Seperti apa yang saya tahu.

tidak menyiapkan kerja rumah dan sebagainya. Hal ini kerana takut kanak-kanak tersebut menjadi lebih keliru dan terus dirundung permasalahan. . tahap-tahap inilah yang akan membantu kejayaan sesuatu kaunseling yang dijalankan kerana sekiranya satu tahap tidak dapat dilepasi oleh sesebuah sesi kaunseling maka tidak sepatutnya kaunselor berganjak ke tahap yang lain.menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini di dalam kelas seperti membuat bising. ketiganya ialah struktur. Dalam bab yang kelima ini juga. yang ketujuh perancangan dan yang terakhir ialah penamatan. Adalah penting untuk seseorang guru kaunseling menguasai tahap-tahap ini supaya murid-murid yang datang berjumpa dengannya akan mudah untuk berbincang. yang kelima ialah penerokaan. saya telah diberi penerangan mengenai peringkat-peringkat sesi kaunseling. yang keempat ialah perhubungan. Diharapkan dengan pendedahan bab ini. yang keenam pula ialah pengukuhan. Dari apa yang saya pelajari terdapat 8 tahap yang pertamanya ialah penyediaan dan kemasukkan. Bukan itu sahaja. keduanya ialah penjelasan. saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya berkenaan dengan subjek bimbingan dan kaunseling ini serta dapat menggunakan sedikit ilmu berkaitan bab kemahiran dan tahap-tahap kaunseling dalam membantu murid-murid menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka pada masa saya menjadi guru kelak.

pada pandangan saya guru perlu mengambil perhatian berkaitan dengan teknik kreatif. bermain secara bersosial dan bermain secara koperatif. Hal ini kerana. murid-murid akan menceritakan masalah mereka dengan hanya mengekspresikan perasaan mereka dengan susunan alatan mainan di atas pasir tersebut. positif. menarik dan sesuatu yang baharu itulah yang dapat saya gambarkan mengenai bab yang keenam ini. Terapi bermain ini juga memerlukan seorang kaunselor itu arif mengenai tafsiran sesuatu corak yang dihasilkan oleh murid. terapi bercerita.REFLEKSI BAB 6 Seronok. kami diberi tugasan untuk menjalankan beberapa jenis terapi dalam sesi kaunseling dan perkara ini adalah menyeronokkan untuk dipelajari. plot. Namun begitu. pada peringkat rendah guru perlulah sentiasa memberi panduan agar mereka tidak hilang punca dan arah serta objektif terapi yang dijalankan tidak terpesong dari apa yang diharapkan. menyelesaikan masalah melalui cara yang kreatif. Bukan itu sahaja. masa dan lain-lain serta mengadakan sesi soal jawab serta berbincang . Hal ini kerana. terapi seni dan juga terapi muzik. bermain secara selari. semasa di dalam dewan kuliah. terapi ini dilihat dapat menggambarkan keadaan emosi dalaman bagi setiap watak. Bagi saya terapi sebegini memang sangat sesuai digunakan kepada murid-murid sekolah rendah malahan amat bersesuaian juga untuk mereka yang berada pada peringkat menengah dan dewasa. Terapi bermain menggunakan pasir adalah sangat menarik minat saya untuk dibincangkan. saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai terapi bermain. sensitif dan menyambung cerita. dapat membuat reflek keadaan insan secara universal dan menunjukkan sebab dan akibat perjalanan sesebuah cerita. Terapi yang kedua ialah terapi bercerita. Melalui terapi ini. Terapi-terapi yang saya maksudkan ialah terapi bermain. Melalui pembacaan yang telah saya buat di samping pendedahan yang diberikan oleh pensyarah terdapat jenis bermain yang ditekankan iaitu bermain sendiri-sendiri. Pertamanya. Mungkin pada masa saya berada di sekolah nanti saya dapat menggunakan terapi ini bagi menggambarkan situasi penceritaan melalui watak.

Sekiranya murid tersebut berasa marah dia akan mengetuk drum dengan kuat berulang kali dan pada masa tersebut guru bolehlah mendekati murid dan bertanyakan apa yang membuatkan dia merasa marah. . risau. Terapi ini memerlukan murid untuk melukis dan mewarnakan sesuatu gambar dan daripada itu guru kaunselor bolehlah menilai dan membuat tafsiran apa yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak tersebut.mengenai nilai-nilai yang ingin disampaikan agar dapat mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Memandangkan saya telah mempelajari Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard Gardner. Bagi saya pelbagai kemungkinan boleh diluahkan oleh murid melalui terapi seni seperti gembira. Harapan saya selepas ini ialah untuk mempelajari dan mendalami topik ini dengan lebih mendalam kerana pada pandangan saya ianya amat berguna dan saya dapat mengaplikasikannya di dalam kelas semasa berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai masalah. Melalui terapi muzik pula. sedih dan juga kecewa. Semasa melakukan demonstrasi pensyarah sedikit sebanyak membantu saya dan rakan dalam mengendalikan terapi tersebut. saya dapat membuat penambah-baikan dari segi pemahaman terhadap kehendak dan keperluan murid degan lebih mendalam lagi. Terapi seterusnya ialah terapi seni. murid-murid akan memilih alat muzik yang dia ingin bermain dan cuba untuk membunyikannya. Sebagai contoh. saya adalah orang yang perlu membuat demonstrasi di dalam kelas. marah.

Kelompok bimbingan setahu saya lebih kepada menyebarkan maklumat kepada murid. kelompok tugasan. Oleh hal yang demikian. berkeyakinan. Apabila klien sudah mula mempercayai kaunselor maka klien akan berasa selamat dan akan mula menceritakan masalahnya dalam kelompok yang dipercayainya. boleh melawak. Selain itu kaunselor juga perlu bersifat mesra. Menurut kefahaman saya kelompok terapeutik dijalankan untuk membuka ruang kepada ahli-ahli meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dan belajar menangani masalah daripada ahli-ahli lain di dalam kumpulan. Kelompok seterusnya ialah kelompok tugasan di mana diadakan untuk mencapai satu matlamat tertentu. Melalui pendedahan berkaitan dengan bab ini. Dari apa yang telah saya pelajari terdapat 6 kategori kaunseling kelompok iaitu kelompok bimbingan. Ini kerana sesi kaunseling seperti ini bukan suatu perkara mudah untuk dijalankan.REFLEKSI BAB 7 Pada pandangan saya. kaunselor perlulah pandai menyimpan rahsia klien. Kaunseling kelompok perkembangan pula dibahagi kepada 3 kategori iaitu kelompok latihan. sebagai seorang guru atau kaunselor kita perlulah menjadi sebagai pemudah cara kepada satu-satu sesi kaunseling yang berlangsung. Untuk kelompok psikoterapi pula sesi kaunseling ini lebih kepada merawat bagi ahli-ahli di dalam kelompok terutamanya yang mempunyai masalah gangguan emosi. menerangkan mengenai satu sesi kaunseling yang dilakukan secara berkelompok. pertembungan dan kelompok maraton. berkarisma. Saya juga turut didedahkan dengan proses untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok di mana terbahagi kepada 4 peringkat iaitu permulaan. transisi. Hal ini akan memudahkan kaunselor untuk membantu sesuatu kelompok menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. bab yang ketujuh ini. kelompok perkembangan. fleksibel dan lain-lain. Bagi saya. saya merasakan perlu untuk guru baharu seperti saya mendalami cara bagaimana untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok. perlaksanaan dan penutup. guru perlu . Mengikut pendapat saya lagi. kelompok psikoterapi. kelompok terapeutik dan kelompok membantu diri. Akhir sekali ialah kelompok membantu diri di mana terdiri daripada ahli yang homogenous dan sedang membincang satu masalah yang sama.

saya dapat membuat refleksi mengenai dinamika dalam kelompok. Tidak dilupakan juga kaunselor juga akan mempunyai karisma di mana berusaha untuk membantu klien. Selepas melakukan pembacaan di perpustakaan. sekiranya saya dilantik menjadi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah di mana saya ditempatkan. Perkara ini secara tidak langsung menghasilkan kejelekitan kelompok. ahli di dalam kaunseling kelompok tersebut memiliki beberapa unsur persamaan dari segi pengalaman. . Bukan itu sahaja. kaunselor juga perlu bijak mengawal peranan ahli-ahli agar tidak ada yang mendominasi perbualan serta bijak mencari topik perbincangan agar tidak berlaku kesenyapan. Pada pembacaan saya. Apa yang saya harapkan. Dalam sesi tersebut juga setahu saya akan berlaku perkongsian maklumat yang terkini dalam kalangan ahli. Saya rasakan bahawa untuk mengadakan sesi kaunseling berkelompok seseorang guru itu perlulah mempunyai pengalaman supaya sesi kaunseling yang dijalankan tidak tersasar dari objektif yang hendak dicapai. Selain daripada itu. Demi memastikan unsur dinamika dalam kelompok diterapkan. saya rasa kemahiran komunikasi atau kemahiran sosial adalah penting supaya hubungan rapport dapat diwujudkan dan secara tidak langsung dapat membentuk hubungan interpersonal di dalam kelompok. saya dapat menggunakan segala apa yang dipelajari di institut ini terutamanya dalam mengendalikan kaunseling kelompok. Hal ini memudahkan mereka untuk duduk berbincang sesama sendiri. malah mereka mempunyai satu harapan atau matlamat yang sama yang hendak dicapai.mengikut turutan keempat-empat proses ini supaya tidak menimbulkan kepayahan kepada guru mengendalikan kaunseling kelompok yang selalunya terdiri sehingga 8-12 orang.

Selain itu. dapat saya katakana di sini bahawa fungsi utama kaunseling kerjaya adalah untuk membantu klien mengalami perkembangan dari segi kerjaya. Mereka tidak akan memaksa murid untuk mengikuti keputusan yang telah dibincangkan bersama. . Perbincangan bersama antara guru dan murid dijalankan dalam bentuk ujian kerjaya dan sebagainya. Sebagai seorang guru. Guru akan memberikan penerangan mengenai keputusan ujian kerjaya yang telah dijalankan oleh murid. Dari situlah murid akan diberikan panduan dan nasihat mengenai arah tuju mereka dalam melanjutkan pelajaran mereka ke tahap mengengah pula.REFLEKSI BAB 8 Di dalam bab yang kelapan. Seseorang guru pembimbing atau guru kaunseling hanya boleh memberikan pendapat. saya didedahkan dengan bab asas kerjaya dan memahami diri pelajar. Berdasarkan pembacaan dan penjelasan-penjelasan yang telah diberikan oleh pensyarah. memilih mahupun menukar pekerjaan. Klien memerlukan kaunseling ketika mencari. murid-murid boleh berjumpa dengan guru pembimbing atau pun guru kaunselor bagi mendapatkan pendapat dan nasihat mengenai keputusan yang bakal dibuat. saya perlu membantu murid-murid untuk membuat pilihan mengenai sesuatu keputusan yang bakal mereka ambil. sekolah berasrama penuh ataupun MRSM. Kaunseling kerjaya juga adalah berasaskan satu perhubungan peribadi positif antara kaunselor dengan klien. Terdapat beberapa jenis teori kaunseling kerjaya antaranya ialah Teori Holland yang cuba mengaitkan sahsiah seseorang dengan jenis kerjaya. murid-murid tahun 6 yang sudah selesai menduduki UPSR perlu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pengajian di sekolah menengah biasa. saya juga turut didedahkan dengan kaunseling kerjaya oleh para pensyarah. pandangan dan nasihat sahaja kepada murid. Sebagai contoh. Teori Super yang menjelaskan bahawa pendidikan kerjaya merupakan sebahagian daripada proses perkembangan jangka panjang yang bermula dari awal kehidupan sehingga akhir hayat. Apabila situasi sebegini timbul.

Dengan ini.Harapan dan rumusan yang saya dapat buat berdasarkan tajuk yang terakhir ini ialah bimbingan dan kaunseling meliputi banyak aspek dan salah satu antaranya ialah membantu klien untuk menetukan corak hidup atau laluan yang akan dipilih oleh mereka. Namun begitu. saya berharap dengan mempelajari dan menghayati kelapan-lapan tajuk dalam subjek EDU 3107 ini akan dapat membantu serta menyiapkan diri saya untuk bergelar guru yang sebenar kelak. . Guru pembimbing atau guru kaunseling tidak mempunyai hak untuk menetapkan arah tuju seseorang. mereka boleh dinasihatkan dan diberi panduan dalam memilih haluan hidup.