You are on page 1of 5

PERATURAN PERKHEMAHAN Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan.

.Sebarang permohanan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan. Semua peraturan displin yang dikuatkuasakan di sekolah akan dikuatkuasakan disepanjang perkhemahan . Peserta-peserta juga tidak dibenarkan membawa makanan dari luar (kecuali Bahan yang telah ditetapkan oleh j/Kuasa pelaksana) atau membeli makanan di luar kawasan perkhemahan. Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang. Para peserta di larang membawa barang-barang kemas atau barang-barang yang berharga termasuklah peralatan elektronik. Para peserta ditegah sama sekali daripada memasuki kawasankawasan larangan yang ditandakan atau yang ditetapkan oleh j/kuasa pelaksana SEPERTI BERKELIARAN DI DALAM KELAS termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina. Semua peserta dikehendaki memakai uniform lengkap mengikut unit masing-masing dan sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa,khususnya semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan. Semua peserta perlu sentisitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

DISIPLIN PERKHEMAHAN Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yangv ditetapkan semasa menyertai perkhemahan Peserta-peserta yang disabitkan bersalah melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kecil Displin dan disahkan sekurang-kurangnya tiga orang Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan dan Setiusaha Jawatankuasa Pelaksana.

Sebarang kemenangan yang diperolehi oleh mana mana peserta yang telah disabitkan bersalah melanggar mana-mana peraturan perkhemahan akan dibatalkan dengan serta merta.

PERATURAN PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN 1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di meratarata tempat. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatangbinatang. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa perkhemahan. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. Penjagaan keutamaan. diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi

12.

13.

14.

15.

16.

17.

Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu. akan

18.

19.

20.

SENARAI PERALATAN INDUK (GURU) 1. Peti Pertolongan Cemas 2. Alatan Tulis 3. Kertas Mahjong/A4/Lukisan 4. Khemah 5. Plastik sampah 6. Parang 7. Belerang 8. Tali rapia 9. Kamera 10. Wisel SENARAI BARANG YANG DIPERLUKAN (MURID) 1. Pakaian seragam mengikut unit. 2. Pakaian sukan (T-shirt Tunas Puteri hijau & seluar track) 3. Pakaian solat 4. Buku Log 5. Ubat-ubatan peribadi 6. Sudu 7. Tuala mandi 8. Alat tulis 9. Wisel 10. Kasut 2 pasang 11. Selipar 12. Lampu suluh 13. Berus gigi 14. Sabun 15. Botol air * Lain-lain alatan sekiranya perlu