You are on page 1of 115

1.

2 PEMBELAHAN DAN PENGERINGAN KAYU


Selepas penebangan pokok, kayu-kayu balak akan dibawa keluar ke kilang papan untuk diproses lalu dijadikan beberapa bentuk seperti papan, beroti dan sebagainya. Dalam proses penghasilan kayu untuk kegunaan di pasaran, kayu balak akan melalui proses pembelahan. Proses pembelahan dilakukan untuk menghasilkan pelbagai saiz produk kayu, antaranya ialah tiang, beroti, beroti kecil dan papan jalur.

1.2.1 Pembelahan Kayu


Pembelahan kayu adalah satu proses di mana sebatang balak dibelah untuk menjadi pelbagai saiz kayu atau papan. Kerja pembelahan ini biasanya dilakukan di kilang-kilang papan ataupun dikenali sebagai sawmill. Balak-balak akan dibelah dengan menggunakan pelbagai mesin berkuasa kerja kayu seperti mesin gergaji pita dan mesin gergaji bulat. Biasanya balak-balak akan dibelah mengikut kaedah-kaedah berikut: a. Kaedah Belah Layang b. Kaedah Belah Tangen c. Kaedah Belah Suku
Cara belahan kayu

1.2.2 Pengeringan Kayu


Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair yang terdapat dalam rongga sel dan dinding kayu. Ianya dapat menurunkan peratus lembapan dari 8% hingga 15%. Jika kelembapan tinggi, kayu akan mudah rosak atau reput basah. Tujuan pengeringan adalah untuk: 1. 2. 3. 4. 5. Menambahkan kekuatan, ketahanlasakan dan senang dikerjakan; Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut dan menggeleding; Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap; Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai bahan bakar; dan Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.

Berikut adalah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sesuatu proses pengeringan: a. Jenis kayu; b. Cara susunan kayu; c. Saiz kayu;

d. Keadaan cuaca dan lokasi; dan e. Cara pengeringan dijalankan. *3 kaedah pengeringan kayu 1. Pengeringan Scr Proses semula jadi 2. Pengeringan Tanur/ Relau
Kelemahan: (a) Lambat kering (b)pengeringan yg sukar dikawal Kaedah: (a) kayu yg basah disusun scr teratur dan dilindungi di bawah bumbung (b) kayu tsebut akan dibiarkan kering dgn sendirinya Jangka Masa: (a) jenis kayu (b) kandungan lembapan kayu (c) cara tersusun (d) cuaca semasa pengeringan Kebaikan: (a) masa yg singkat diperlukan, tidak boleh dr satu minggu (b) mgurangkan keretakan (c)mgawal kecacatan Kaedah: (a) satu relau @ tanur yg dpt mgawal suhu, kelembapan dan peredaran udara diperlukan (b) suhu perlu ditinggikan serta dikawal peredaran udara spy proses mjadi cepat (c) pd hujung proses, stim diperlukan utk mgurangkan retak d mgawal kecacatan kayu Jenis-jenis: (a) Tanur berbilik (b) Tanur bperingkat (c) Tanur jet stim (d)Tanur berkipas luar (d) Tanur Berkipas dalam Kayu balak dimasukkan ke dlm sungai spy sbahagian besar sap ( cairan dlm tumbuhan yg mbawa nutrien ke semua bahagian tumbuhan) dikeluarkan oleh air.

3. Pengeringan Air

1.2.3 Pengawetan Kayu


Tujuan pengawetan kayu dijalankan adalah untuk mengelak kayu diserang serangga dan cendawan. Selain itu ia juga dapat melambatkan rebakan api ketika kebakaran. Ciri-ciri bahan pengawet yang akan digunakan mestilah: a. b. c. d. e. f. g. Amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak; Boleh kekal dalam kayu iaitu tidak meruap/sejat keluar; Bahan yang mudah meresap/menembusi ke dalam sel kayu; Tidak toksik kepada manusia/haiwan dan mudah digunakan; Murah dan mudah didapati; Tidak merosakkan kayu dan menghakis keluli; dan Menghambatkan kebakaran.

1.2.4 Kecacatan Kayu


Kecacatan kayu adalah keadaan ketidaksempurnaan pada kayu yang menyebabkan kualiti kayu menurun. Dua punca utama kecacatan kayu berpunca daripada: a. Agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dan lain-lain. b. Kecacatan semasa pengeringan (seperti rekah, pecah, melengkung, piuh dan meleding).

Rajah 1.5 menunjukkan jenis-jenis kecacatan kayu.

1.3 KAYU DALAM PASARAN


Di bahagian ini, kita akan lihat pada beberapa jenis bentuk kayu yang boleh diperolehi di pasaran.

Jenis Bentuk Kayu (a) Tiang

(b) Beroti (c) Papan

Penerangan -salah satu komponen penting dlm pembinaan rumah @ bangunan kediaman. -biasanya saiz tiang adalah 100mm x 100mm hingga 150mm x 150mm dan panjangnya mlebihi 10m. -mrupakan struktur yg penting dlm pembinaan bangunan spt rumah -dihasilkan drpd kayu yg kuat terutamanya drpd kayu gred A iaitu Kayu Keras Berat - adalah kayu yg mpunyai ketebalan dr 38mm hingga 100mm, lebar dr 75mm hingga 150mm dan panjang di antara 3m hingga m. -digunakan utk dijadikan gelegar, kekuda bumbung dan rasuk -adalah produk kayu yg bersaiz tebal dari 12mm hingga 37mm dan lebar mlebihi 150mm. -digunakan utk mbuat lantai, dinding dan pintu dlm sesuatu bahagian rumah - digunakan sbg bahan mbuat projek reka bentuk dan penghasilan projek reka cipta.

1.4 PAPAN BUATAN


Di bahagian ini akan menerangkan dua daripada jenis-jenis papan buatan

1.4.1 Papan Lapis


Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipanggil venier. Bilangan lapisan dan tebalnya adalah ganjil sama ada tiga, lima ataupun tujuh. Lapisan diglu dengan arah ira bertindihan bersudut tepat antara satu sama lain. Arah susunan yang bertentangan perlu untuk: a. Memberikan kekuatan yang lebih tinggi; b. Mengurangkan anjakan antara lapisan;

c. d. e. f.

Tidak mudah pecah; Tahan ketukan; Boleh dilenturkan; dan Mudah dikerjakan.

a. Jenis-Jenis Papan Lapis Tutup i. Jenis luaran (exterior grade plywood) tahan lembap. Diperbuat daripada kayu gred tinggi dan diglukan dengan glu kalis air sesuai untuk kawasan kelembapan 18%. Jenis dalam (interior grade plywood) di mana sesuai untuk lembapan kurang 18%. Jenis tahan lembap yang sesuai untuk pelbagai keadaan cuaca. Jenis tahan didih yang juga sesuai untuk pelbagai keadaan dan cuaca.

ii. iii. iv.

b. Kegunaan Am Papan Lapis Tutup i. Untuk membuat acuan konkrit. ii. Untuk menghasilkan web atau rasuk kepingan papan lapis. iii. Untuk menghasilkan panel kulit tegasan. iv. Untuk membina perabot. v. Untuk pembinaan umum. Papan Lapis Vinil Tutup

vi.

Papan lapis Vinil terdiri daripada satu lapisan vinil plastik yang dilekatkan di kepingan papan lapis. Lapisan vinil dibuat daripada resin urea atau melamin. Terdapat banyak pilihan warna dan tekstur. Ia tahan lasak, kalis air, tahan panas dan senang dibersihkan. Ia digunakan untuk

kemasan muka meja, perabot, panel dan digunakan untuk acuan (framework) prategasan yang berkualiti tinggi.

1.4.2 Papan Gentian Keras (MDF Medium Density Fibre Board)


MDF merupakan papan gentian dengan dua permukaan yang licin. Ia dihasilkan melalui proses pengeringan. Gentiannya diikat dengan menggunakan damar tiruan yang melekit. Gentian ini mengandungi struktur tekstur yang sama halus dan dapat menghasilkan permukaan yang licin. Papan MDF terdiri daripada dua jenis iaitu: a. Papan gentian MDF tanpa kemasan Tutup Pada asalnya, papan gentian MDF dibuat tanpa lapisan kemasan berwarna-warni. Kemasan muka MDF dibuat setelah projek siap dibina. Saiz ketebalan di pasaran ialah 6mm hingga 32mm, lebarnya 0.9 hingga 1.2m dan panjangnya 1.8 hingga 3.6m. Ia digunakan dalam pembinaan perabot. Kelemahan MDF adalah ia mudah menyerap air lalu bergelembung jika kemasan permukaan kurang berkualiti. b. Papan gentian MDF kemasan muka yang berkualiti tinggi atau Cemboard (Rajah 1.7) Tutup

Rajah 1.7: Lapisan papan gentian MDF kemasan muka berkualiti tinggi atau Cemboard

TOPIK2: TANGGAM KERJA KAYU


PENGENALAN
Tahukah anda tanggam telah mula diperkenalkan di negara kita sejak zaman pemerintahan beraja lagi? Pada masa itu istana-istana sultan dibina daripada kayu terpilih tanpa menggunakan paku ataupun skru untuk mencantum beberapa bahagian struktur bangunan. Jika anda berpeluang melawat Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, anda dapat melihat binaannya yang diperbuat daripada kayu dan penyambungan bahagian-bahagian tertentu kayu adalah menggunakan tanggam.

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagianbahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:

Tanggam melebar; Tanggam siku; Tanggam pemidang; dan Tanggam memanjang.

2.1 TANGGAM MELEBAR


Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara jenis tanggam melebar adalah: a. b. c. d. Tanggam glu gesel; Tanggam penetap; Tanggam lidah dan lurah; dan Tanggam tetingkat.

2.1.1 Tanggam Glu Gesel


Tanggam glu gesel, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 dibuat dengan menyediakan tepi kedua-dua keping papan secara lurus dan bersegi tepat sebelum ianya diglukan. Kepingan papan tersebut diapitkan serentak dan dibiarkan selama sekurang-kurangnya 24 jam supaya glu dapat mengeras dengan sempurna bagi menghasilkan cantuman yang kukuh.

2.1.2 Tanggam Penetap


Tanggam jenis ini (Rajah 2.2) serupa dengan tanggam temu tetapi perbezaannya ialah penetap dipasangkan kepada setiap hujung kayu yang akan dicantum. Papan atau kayu yang sesuai untuk tanggam jenis ini hendaklah berketebalan tidak kurang daripada 12mm.

2.1.3 Tanggam Lidah dan Lurah


Tanggam lidah dan lurah (Rajah 2.3) merupakan tanggam melebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai dan dinding papan. Pada setiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain. Tanggam jenis ini dipasang dengan cara mengapit dan memaku serong.

2.1.4 Tanggam Tetingkat


Di dalam tanggam ini, tepi kedua-dua papan dibuat tetingkat dan dipasang dengan glu dan diapit (Rajah 2.4). Fungsi tingkat ini adalah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.

2.2 TANGGAM SIKU


Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam pembinaan kotak dan laci. Di antara jenis tanggam dalam kategori tanggam siku adalah a. Tanggam temu; b. Tanggam rencong; dan c. Tanggam bajang.

2.2.1 Tanggam Temu


Tanggam Temu (Rajah 2.5) dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut tepat.

2.2.2 Tanggam Rencong


Tanggam ini (Rajah 2.6) adalah cara yang paling senang untuk menunjukkan sudut kotak yang tidak menunjukkan kerataan hujung kayu. Di sini, kedua-dua bahagian papan hendaklah sama tebal. Kemudian, kedua-dua hujung papan akan dicantum dengan menggunakan glu kayu.

2.2.3 Tanggam Bajang


Tanggam jenis ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan hujung kayu boleh dilihat di kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6. Tanggam jenis ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang. Tanggam bajang adalah tanggam yang terkuat sekali, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

2.3 TANGGAM PEMIDANG

Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel dan pemidang gambar. Tanggam pemidang terdiri daripada: a. b. c. d. Tanggam lekap; Tanggam kekang; Tanggam penetap; dan Tanggam lubang dan puting

2.3.1 Tanggam Lekap


Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu: a. Tanggam lekap siku atau pepenjuru Tutup Digunakan pada sudut pemidang yang kecil (Rajah 2.8).

Rajah 2.8: Tanggam lekap siku/pepenjuru b. Tanggam lekap penjuru rencong Tutup Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu (Rajah 2.9).

Rajah 2.9: Tanggam lekap penjuru rencong c. Tanggam lekap T Tutup Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya (Rajah 2.10).

Rajah 2.10: Tanggam lekap T d. Tanggam lekap palang Tutup Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang (Rajah 2.11).

Rajah 2.11: Tanggam lekap palang e. Tanggam lekap bajang Tutup Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar (Rajah 2.12).

Rajah 2.12: Tanggam lekap bajang

2.3.2 Tanggam Kekang


Tanggam jenis ini kadangkala digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting. Tanggam kekang terdiri daripada dua bahagian, iaitu pin dan cabang. Tebalnya ialah daripada ketebalan kayu. Ada tiga bentuk tanggam kekang yang digunakan, iaitu: a. Tanggam kekang T Tutup Digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya (Rajah 2.13).

Rajah 2.13: Tanggam kekang T b. Tanggam kekang penjuru Tutup Nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan puting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang (Rajah 2.14).

Rajah 2.14: Tanggam kekang pepenjuru c. Tanggam kekang penjuru rencong Tutup Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah hujung ataupun sebelah sahaja (Rajah 2.15). Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong diperlukan, misalnya pada pemidang kaca.

Rajah 2.15: Tanggam kekang penjuru rencong

2.3.3 Tanggam Penetap


Tanggam penetap merupakan sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan ke dalam tepi kayu sedalam tiga kali diameternya (Rajah 2.16). Tanggam jenis ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam jenis ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasang sendiri (knock-down furniture).

Rajah 2.16: Tanggam penetap

2.3.4 Tanggam Lubang dan Puting


Tanggam jenis ini merupakan tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan setiap bentuk mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan adalah (Rajah 2.172.20): Klik pada bentuk-bentuk tanggam lubang dan puting berikut untuk melihat keterangannya. a. Tanggam lubang dan puting biasa Tutup Rujuk Rajah 2.17 untuk gambaran contoh tanggam lubang dan puting biasa.

b. Tanggam lubang dan puting berjanjang Tutup

Rujuk Rajah 2.18 untuk gambaran contoh tanggam lubang dan puting berjanjang.

c. Tanggam lubang dan puting berbahu tinggi rendah Tutup Rujuk Rajah 2.18 untuk gambaran contoh tanggam lubang dan puting berjanjang.

d. Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah Tutup Rujuk Rajah 2.20 untuk gambaran contoh tanggam lubang dan puting berbahu sebelah.

2.4 TANGGAM MEMANJANG


Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan, iaitu: a. b. c. d. Tanggam skaf; Tanggam plat sambut; Tanggam sambung jari; dan Tanggam sambung lekap.

2.4.1 Tanggam Skaf


Tanggam skaf banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2 kali ukuran lebarnya. Di tengah-tengah tanggam, ditebuk pula lubang untuk menerima baji lipat (Rajah 2.21).

Rajah 2.21: Tanggam skaf

2.4.2 Tanggam Plat Sambut


Sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua batang kayu dikerat lurus pada hujungnya dan disambungkan bersama-sama dua keping logam atau plat kayu di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya ialah empat kali lebar kayu yang berkenaan (Rajah 2.22).

Rajah 2.22: Tanggam plat sambut

2.4.3 Tanggam Sambung Jari


Tanggam sambung jari biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil, terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini dua kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu (Rajah 2.23). Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.

Rajah 2.23: Tanggam sambung jari

2.4.4 Tanggam Sambung Lekap


Hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu (Rajah 2.24). Tanggam jenis ini digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

Rajah 2.24: Tanggam sambung lekap

TOPIK3: BAHAN PEMASANGAN DAN KEMASAN

3.1 BAHAN PEMASANGAN


Pemasangan adalah satu proses di mana dua bahagian yang sama atau berbeza dicantum bagi menyiapkan satu projek yang lengkap. Satu pemasangan yang sempurna seharusnya kukuh, stabil, tepat dan cantik. Oleh itu bahan-bahan pemasangan yang sesuai, ekonomi, selamat dan tahan lama haruslah diberi pertimbangan sebelum melakukan kerja pemasangan. Tiga jenis bahan pemasangan yang digunakan dalam kerja kayu ialah: a. Paku; b. Skru; dan c. Glu.

3.1.1 Paku
Paku adalah sejenis bahan pemasangan yang kerap digunakan kerana ia mudah diperolehi dan harganya berpatutan. Kebanyakan paku diperbuat daripada keluli lembut. Paku jenis besi bergalvani sesuai digunakan pada tempat-tempat yang terdedah tanpa dibuat kemasan. a. Jenis-jenis Paku Terdapat pelbagai jenis paku yang mempunyai sifat dan kegunaan yang berbeza. Jenisjenis paku yang lazim digunakan adalah seperti dalam Rajah 3.1. Jenis-jenis paku (a) Paku biasa (b) Paku Kotak (c) Paku Panel Penerangan
~Paku ini berkepala bulat ~digunakan dlm pembinaan yg berat spt memaku rangka dinding, mbuat kotak dan pembinaan am. ~serupa dgn paku biasa kecuali toloknya lebih kecil ~digunakan apabila didapati paku biasa mungkin meretakkan hujung kayu. ~sesuai utk mbuat kotak dan pembinaan. ~ sejenis paku dawai yg halus ~ kepalanya berbentuk kon yg terbalik. ~ apabila dipakukan ked lm kayu, kesannya kurang kelihatan. ~ saiznya antara 12mm hingga 50mm ~digunakan utk kerja2 kemasan spt memasang pelapisan dinding, kerja perabot @ kerja yg tidak melihatkan kepala paku yg mencacatkan kemasan permukaan ~kepalanya berbentuk peluru ~ boleh dibenamkan ke dlm kayu dgn mggunakan alat pembenam paku ~paku dawai yg halus serupa dgn paku panel ~ kadangkala paku jenis ini tanpa kepala ~ sesuai utk memaku kumai dan bahan-bahan lain yg nipis ~ sejenis paku nipis segiempat bujur dan bergelugur yg diperbuat drpd keluli ~ sesuai digunakan utk menemukan beberapa keeping papan dan juga tanggam lain.

(d) Paku kemasan

(e) Paku Venier (f) Paku bergelugur

Rajah 3.1: Jenis-jenis paku Saiz paku, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2, digunakan berdasarkan tujuan dan fungsi penggunaannya.

Cara-cara Memaku Paku akan dibenamkan kepada bahagian kayu yang akan dicantum dengan menggunakan tukul kuku kambing. i. Kaedah memaku yang betul adalah dengan memaku secara serong. Ini bertujuan memberi pegangan dan cantuman yang lebih kuat berbanding memaku secara tegak (Rajah3.3).

ii.

Kepala paku akan dibenamkan dengan menggunakan pembenam paku bagi tujuan menghasilkan permukaan yang lebih kemas apabila kemasan terakhir dilakukan.

Rajah 3.3: Cara memaku dan penggunaan pembenam

3.1.2 Skru
Kebanyakan skru untuk kerja kayu diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang. Skru yang diperbuat daripada keluli lembut boleh digalvani, dikrom, dioksidakan atau disalut dengan tar untuk kerja-kerja yang tertentu. Skru digunakan dengan meluas untuk memasang kelengkapan perabot seperti engsel, kunci, selak dan lain-lain lagi kepada kayu. Terdapat pelbagai jenis skru yang berada di pasaran akan dibincangkan dalam bahagian ini. a. Jenis Skru Jenis dan saiz skru ditunjukkan dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Jenis dan saiz skru jenis-jenis skru berikut untuk melihat keterangannya. Skru kepala rata
~ diperbuat drpd keluli lembut bergalvani, tembaga dan Loyang utk mencegah karat ~ dipasang dgn cermat kerana ia mudah patah

Skru kepala bulat ~skru ini mpunyai kepala yg bulat dgn bahagian bawahnya rata ~diperbuat drpd keluli, loyang @ tembaga ~digunakan utk mgikat bahagian2 kayu dan sbg hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu

Skru kepala timbul ~merupakan cantuman skru kepala rata dan skru kepala nulat yg dperbuat drpd bahan yg sama ttp lebih kuat drpd skru kepala bulat ~digunakan utk mgikat kepingan logam kpd kayu di man kekuatan dan kecantikan diutamakan spt dlm pemasangan engsel hiasan dan pendakap logam

~Digunakan utk kerja biasa di mana kepala skrunya sama rata dgn permukaan kayu spt dlm pemasangan meja, kerusi, engsel, selak dan barang2 logam yg lain

Skru kepala Alen ~sejenis skru yg banyak digunakan dlm industry pembuatan dan phasilan perabot masa kini ~kepala skru ini berbentuk bulat dan berlubang berbentuk segi enam ~digunakan utk memasang dan membuka skru jenis ini

Rajah 3.5: Pemutar skru Alen Cara Memasang Skru i. ii. iii. iv. Lubang hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru. Bagi kayu lembut, lubang cuma diperlukan pada keping kayu atas sahaja dan buatkan lubang benam untuk skru jika perlu. Bagi kayu keras pula, lubang menerima batang bajak diperlukan pada kepingan kayu atas sementara lubang panduan diperlukan pada kepingan kayu bawah. Skru mestilah dipasang dengan pemutar skru yang sesuai dan ia tidak sepatutnya diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus mengakibatkan daya pegangan pada kayu berkurangan. Skru boleh dipasang dengan lebih mudah jika hujungnya direndam di dalam lilin atau sabun.

v.

Kelebihan Menggunakan Skru i. ii. iii. Cantuman lebih kuat berbanding paku kerana adanya benang skru. Mudah dipasang atau dibuka jika berlaku kesilapan pencantuman. Benda kerja tidak rosak semasa mencabut atau memasang semula bahagian yang akan dicantum.

3.1.3 Glu
Glu ialah suatu bahan yang digunakan untuk mencantumkan dua benda kerja yang sama atau berbeza jenis. Ia dihasilkan daripada pelbagai bahan yang terdiri daripada protein binatang, pokok, sayuran, susu, petroleum dan lain-lain lagi. Secara umumnya glu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu glu asli dan glu tiruan. Klik pada glu asli dan glu tiruan berikut untuk melihat keterangannya. a. Glu Asli Tutup

Tiga jenis glu asli yang biasa terdapat dalam pasaran adalah: i. Glu Binatang Glu ini dihasilkan daripada kulit, tulang dan perut binatang. Glu jenis ini sesuai untuk kerja dalaman seperti membuat venier kayu dan papan lapis dalam menghasilkan perabot.

ii.

Glu Kesin Kesin ialah sejenis serbuk yang didapati daripada susu. Kesin dicairkan di dalam air dengan alkali dan akan menjadi glu kesin. la mempunyai sifat rintangan air dan suhu yang sederhana dan akan melumur kayu keras. la menjadi kering disebabkan kehilangan air dan tindak balas bahan kimia.

iii.

Glu Protein Sayur Glu ini diperbuat daripada minyak yang didapati daripada sayuran seperti kacang soya, kacang tanah, benih kapas dan dicampur dengan bahan-bahan kimia yang lain.

b. Glu Tiruan Tutup Glu tiruan digunakan dengan meluas berbanding glu asli dan mudah diperolehi di pasaran. Empat jenis glu tiruan yang biasa digunakan adalah: i. Glu Resin Urea Formaldehid Glu ini digunakan secara sejuk dan dihasilkan dalam keadaan resin cecair. Semasa proses penyediaan, glu akan dicampurkan dengan agen pengeras sebelum digunakan. Glu ini tidak melumur dan mempunyai sifat rintangan daripada cuaca panas dan kulat. la sesuai digunakan untuk merekat venier, papan lapis dan jenis papan yang lain.

ii.

Epoksi Glu ini adalah sejenis resin yang cepat mengeras apabila dicampurkan dengan agen pengeras. la mempunyai sifat rintangan terhadap bahan-bahan kimia, air dan suhu yang tinggi. Selain itu, kelebihan glu ini adalah ia tidak melumur. Glu ini sesuai digunakan untuk merekatkan bahan-bahan seperti kayu, logam, kaca, tembikar, jubin, getah, plastik dan sebagainya.

iii.

Glu PVA Glu jenis ini digunakan secara meluas kerana ia dihasilkan sebagai bancuh siap dan boleh disimpan lama jika tertutup rapat. la senang digunakan, tidak melumur kecuali dengan bahan logam. Selain itu juga ia tidak membakar, bukan toksik, tidak berkulat dan mencapai kekuatan maksimum dalam jangka masa 12 jam. Glu PVA digunakan dalam pembinaan am seperti merekat tanggam, papan lapis dan sebagainya.

Glu Sentuh Ianya sejenis cecair getah tiruan yang sangat senang terbakar. Cara menggunakannya ialah dengan menyapu keseluruhan kedua-dua permukaan benda kerja dengan lapisan yang nipis kemudian dibiarkan kering sekejap lebih kurang 1020 minit. Selepas itu kedua-dua benda kerja tersebut dilekatkan, kemudian ditekan dan diurut hingga rata. Ia sesuai digunakan untuk merekatkan bahan-bahan yang berlainan seperti lapisan plastik hiasan, venier, kain, kulit dan kaca.

3.2 BAHAN KEMASAN KERJA KAYU


Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum diguna dan dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kualiti dan kecantikan benda kerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi, benda kerja atau projek perlu dirawat terlebih dahulu supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Tujuan kemasan adalah untuk: a. b. c. d. Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik; Menghilangkan kesan calar atau cacat; Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga; dan Supaya projek kerja kayu lebih tahan lama.

3.2.1 Bahan Penyumbat


Bahan penyumbat digunakan untuk menyumbat lubang-lubang akibat daripada kecacatan kayu, kesan daripada kesilapan semasa proses mencantum serta celahan-celahan yang terbuka semasa kerja-kerja pemasangan projek kerja kayu. Penyumbat yang biasa digunakan ialah tepung penyumbat dan wood filler. Klik pada penyumbat-penyumbat berikut untuk melihat keterangannya. a. Tepung Penyumbat Tutup

i. ii. iii. iv.

Tepung penyumbat adalah dalam bentuk yang mudah dibancuh dengan air. Ianya perlu dibancuh sehingga menjadi sebati. Ia dilakukan sebelum kerja-kerja menggosok dengan kertas las. Ia mempunyai warna yang menyerupai warna kayu atau kemasan warna yang diperlukan nanti. Tepung penyumbat biasanya digosok melintang urat kayu.

b. Wood filler Tutup Kini, wood filler adalah sejenis penyumbat yang digunakan dengan meluas (Rajah 3.6). Ia adalah daripada jenis sedia guna tanpa memerlukan bancuhan.

Rajah 3.6: Kerja menutup lubang dan kecacatan kayu dengan wood filler

3.2.2 Pewarna Kayu


Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna. Terdapat tiga jenis tona warna iaitu: Pewarna minyak Digunakan utk menggilap lilin dan disapu bg mlarutkan pelumur di dlm turpentin @ petrol Pewarna spirit Mesti dibancuh dgn syelek dan spirit btujuan myamakan permukaan kayu dan mdapatkan kemasan yg sekata Pewarna air Digunakan terus pada pmukaan kayu sebelum myapu laker ~disapu dgn mggunakan berus @ kain

3.2.3 Bahan Penyudah

Bahan penyudah merupakan bahan yang terakhir digunakan selepas kerja-kerja meyumbat atau merawat kecacatan kayu, sebelum sesuatu produk kayu diguna atau dipasarkan. Terdapat pelbagai jenis bahan penyudah yang digunakan sesuai dengan kehendak pengguna serta keadaan di mana produk tersebut digunakan. Jenis-jenis Bahan Penyudah (a) Cat Minyak Penerangan
~mpunyai pewarna dan cecair minyak linseed ~menjadi kering mlalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan ~mmerlukan 3 lapisan cat: lapisan asas, lapisan alas, lapisan kemasan ~cat lapisan cat mgandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sbg pewarna ~Alat2 mengecat spt berus dan alat penyembur ~jenis cat kegunaan khas: cat tahan api ~ mgandungi ammonium fosfat ~digunakan utk mnambahkan sifat rintangan thadap keboakaran pd kayu dan jenis papan yg ttentu dlm perusahaan pembinaan Mrupakan kemasan yg lazim digunakan pd kayu ~ syelek ialah resin asli yg dihasilkan dr tahi serangga bernama Lac Bug ~syelak didapati sbg serpihan yg perlu dilarutkan did lm alcohol utk digunakan @ dibeli scr bancuh siap ~syelek yg telah dilarutkan disimpan did lm bekas kaca ~merupakan sejenis varnis minyak yg mggunakan resin asli @ resin tiruan ~Ia dimasak dlm minyak pengering dan dicairkan dlm pelarut spt turpentine tulen dan spirit spy mudah disapu @disembur ~digunakan khas pada kayu yg diguna utk pembinaan dlm dan luar ~laker yg biasa digunakan ialah jenis resin ~ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering ~laker ini dilarut dgn thinner, boleh disapu atau disembur ~merupakan kepingan kayu nipis yg ditampal pada permukaan kayu ~ia menyerupai rupa kayu yg asli ttp ia hanya perlu ditampal pd permukaan kayu spy kelihatan spt urat kayu ~jenis-jenis kayu: (a)kayu cengal (b)kayu nyatoh (c)kayu balau (d)kayu meranti (e)kayu sepetir

(b) Cat Kegunaan Khas (c) Syelek

(d) Sampang

(e) Laker

(f) Venier Kayu

3.3 KERTAS LAS


Kertas las seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 digunakan untuk melicinkan permukaan kayu sebelum bahan penyudah atau selepas bahan penyumbat digunakan. Ia dijual dalam bentuk keping berukuran 22cm 27cm.

Rajah 3.7: Kertas Las Klik pada gred dan kaedah penggunaan kertas las berikut untuk melihat keterangannya. a. Gred Kertas Las Tutup Kertas las ditentukan dengan gred seperti 00, 0, 1, 2, 3. Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus. Manakala, 1 adalah halus dan 2 serta 3 adalah gred kasar. Bahan yang digunakan untuk membuat kertas pelelas ialah silikon karbida dan aluminium oksida. Terdapat dua jenis kertas las iaitu: i. ii. Kertas las kalis air untuk logam; dan Kertas las tidak kalis air untuk kerja kayu.

b. Kaedah Penggunaan Kertas Las Tutup Kertas las ditentukan dengan gred seperti 00, 0, 1, 2, 3. Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus. Manakala, 1 adalah halus dan 2 serta 3 adalah gred kasar. Bahan yang digunakan untuk membuat kertas pelelas ialah silikon karbida dan aluminium oksida. Terdapat dua jenis kertas las iaitu: i. ii. iii. iv. Gunakan bongkah kayu yang diperbuat daripada gabus, kayu lembut atau getah untuk menghasilkan permukaan yang sekata. Gunakan kertas las gred 2 (kasar) untuk menggosok. Kertas las hendaklah digosok selari dengan permukaan kayu. Kerja melelas boleh dilakukan sama ada dengan tangan atau mesin pelelas mudah alih (Rajah 3.8).

Rajah 3.8: Kerja melelas permukaan projek/benda kerja

TOPIK4: KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI) 4.1 MEMAHAMI LUKISAN KERJA


Lukisan Kerja (working drawings) perlu disediakan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek atau kerja amali dimulakan. Lukisan kerja adalah merupakan proses awal penyediaan lukisan selepas proses reka bentuk produk. Lukisan ini menerangkan rupa bentuk produk yang lengkap dengan dimensi melalui pelan, pandangan sisi, pandangan hadapan serta keratan dan lukisan butiran atau tercerai. Ia akan disediakan di dalam skala yang tertentu dan kadangkala mempunyai spesifikasi tersendiri. Tiga jenis lukisan yang terkandung dalam lukisan kerja ialah: a. Lukisan Ortografik; b. Lukisan Isometri dan; c. Lukisan Terperinci atau Lukisan Butiran. Tujuan Lukisan Kerja disediakan adalah untuk: i. ii. iii. iv. v. Menggambarkan projek yang sebenar yang akan disiapkan; Mengetahui dimensi atau ukuran bahagian-bahagian projek amali; Menyenaraikan bahan-bahan, alatan serta bahan kemasan yang akan digunakan; Menyenaraikan langkah-langkah dalam menyiapkan projek amali; dan Mengenal pasti bahan kemasan yang sesuai digunakan.

4.1.1 Lukisan Ortografik


Lukisan ortografik seperti dalam Rajah 4.1 merupakan lukisan dua dimensi (2D) yang memaparkan lebih daripada dua pandangan bagi sesuatu objek. Unjuran ortografik biasanya dilihat dari tiga sudut pandangan iaitu: a. Pandangan hadapan; b. Pandangan atas atau pelan; dan c. Pandangan sisi. Pandangan ini dilihat tepat dan tegak 90 dari arah yang dinyatakan. Pandangan atas (pelan) biasanya dilukis di sebelah atas. Manakala, pandangan hadapan dan pandangan sisi pula dilukis di sebelah kanan atau kiri. Pandangan hadapan bergantung kepada arah yang dilihat.

4.1.2 Lukisan Isometri


Lukisan isometri seperti dalam Rajah 4.2 ialah sejenis lukisan piktorial. Lukisan ini menunjukkan gambaran yang jelas tentang sesuatu objek atau struktur. Lukisan isometri mudah difahami kerana bentuk objek dapat dilihat dari ketiga-tiga tepinya, iaitu permukaan hadapan, permukaan atas dan permukaan sisi. Lukisan isometri mempunyai tiga paksi iaitu paksi condong kiri, paksi tegak dan paksi condong kanan. Paksi condong lukisan isometrik bersudut 30. Paksi lukisan isometrik boleh disusun pada beberapa sudut iaitu: a. Paksi lazim; b. Paksi terbalik; dan c. Paksi mengufuk.

4.1.3 Lukisan Terperinci


Lukisan terperinci ataupun dikenali sebagai lukisan butiran (Rajah 4.3) merupakan satu lukisan yang menggambarkan secara terperinci sesuatu bahagian yang akan dibuat dalam sesuatu projek amali. Setiap bahagian yang tercerai akan diberikan dimensi lengkap seperti panjang, lebar dan tebal sesuatu bahan yang akan digunakan. Selain itu juga ia akan memberi panduan kepada pelajar apakah kaedah sambungan serta bahan sambungan yang paling sesuai digunakan.

Rajah 4.3: Lukisan terperinci

4.2.1 Apakah Bill of Material?


Bill of Material adalah senarai bahan-bahan atau barang-barang yang digunakan di dalam melaksanakan atau menyiapkan sesuatu produk atau kerja amali atau khususnya untuk proses pengeluaran atau pembuatan. Bahan-bahan yang terlibat adalah dikategorikan kepada beberapa bahagian:
(a) Bahan-bahan Mentah Utama (b) Hardware and Fitting serta aksesori (c) perekat @ Glu (d) bahan Kemasan (e) bahan-bahan bungkusan Contohnya kayu, papan gentian khas (MDF), papan lapis, venier Contohnya paku, skru, bolt dan nat, engsel, runner, pemegang Resin, polivinil asetat (PVAc). Urea formaldehid, perekat poliurethan, hardener Stain, laker, thinner, syelek Kotak, plastik, polistirena

4.2.2 Kepentingan Bill of Material


Antara kebaikan sistem penyediaan Bill of Material adalah seperti berikut:

a. Dapat membuat perancangan awal tentang segala bahan yang akan digunakan sebelum sesuatu projek amali itu dijalankan. b. Dapat membuat perancangan pembelian dan sentiasa memastikan stok yang ada mencukupi untuk setiap projek yang akan dilaksanakan. c. Dapat membuat pengawalan bahan-bahan (penjimatan) semasa projek sedang dijalankan. d. Dapat membuat pengiraan/anggaran kos yang terlibat di dalam penghasilan projek amali. e. Dapat memastikan proses penghasilan projek amali sentiasa berjalan lancar, bersistematik dan seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti. Contoh borang Bill of Material adalah seperti pada Jadual 4.1. Jadual 4.1: Contoh Bill of Material Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Description Detail A - see drawing 3 Detail B - see drawing 3 Detail C - see drawing 3 Detail D - see drawing 3 Detail E - see drawing 3 F - Hex Bolt G- Hex Nut H - Flat washer I - Lock washer Size / Grade 2" x 2" x 10" - 1/8" wall square tubing 2" x 1/8" x 5" cold rolled stock 1.5" x 1.5" x 6 - 1/8" wall square tubing 5/8" round cold rolled stock " OD x 3/8" ID x 1.75" round stock 3/8" - 16 X 2.75" grade 5 bolt 3/8" - 16 hex nut 3/8" - 16 flat washer 3/8" - 16 lock washer Qty 1 1 1 1 2 2 2 2 2 Style N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A

4.3 KAEDAH MENYEDIAKAN BAHAN KERJA AMALI


Selepas Bill of Material disediakan, langkah seterusnya adalah: a. Kenali bahan kayu dengan melihat struktur ira kayu dan jenis kayu yang digunakan. b. Membezakan kayu yang baik dan bebas dari kecacatan seperti menggeleding, retak, berlubang, berbuku, urat berpintal, berpiuh dan sebagainya. c. Menyediakan kayu. Pilih muka lebar dan ketam hingga rata serta tandakan ( ) dan pilih muka tebal, ketam hingga rata serta tandakan ( ).

d. Membuat tanda dengan menolok lebar yang dikehendaki pada kedua-dua tepi daripada muka tepi. Ketam hingga ke garisan tolok. Uji dengan tolok lurus dan sesiku L. e. Membuat tanda dengan menolok tebal yang dikehendaki, ketam hingga ke garisan tolok. Uji tolok lurus dan tolok rata. f. Gergaji satu hujung kayu dan uji dengan sesiku L. g. Ukur dan tanda panjang yang dikehendaki dari hujung yang dipotong. Kerat dengan gergaji hingga ke tepi garisan tanda panjang.

4.3.1 Modul Tempat Letak Pasu


Langkah Kerja

i.

Mentafsir lukisan projek Tutup


Kenal pasti Pelan Projek Tempat Letak Pasu dalam Maklumat Rujukan Senaraikan bahan yang diperlukan untuk membina projek ini Tentukan kedudukan tanggam dan jenis tanggam yang sesuai

ii.

Mentafsir lukisan projek Tutup


Ukur, tanda dan potong mengikut senarai yang ditentukan Uji kerataan dan kepersegian kayu Ketam kayu jika perlu

iii.

TanggamTemu (Rajah 4.6) Tutup


Rancang tanda pada kayu Glu pada tepi kayu dan temukan Pakukan dengan paku benam untuk menguatkan sambungan tanggam Apitkan kayu dengan menggunakan apit panjang (biarkan hingga kering) Uji kepersegian sudut tanggam

iv.

Membina Tapak Atas Tempat Letak Pasu (Rajah 4.7) Tutup


Ukur, tanda dan potong kayu mengikut senarai yang ditentukan Uji kerataan dan kepersegian kayu Ketam kayu jika perlu Sediakan bahagian kayu kumai dan potong mengikut saiz Potong kayu kumai pada sudut 45 pada kedua-dua hujungnya Glu pada tepi dan hujung kayu kumai serta temukan pada tepi muka tapak Paku bahagian kayu kumai dengan paku panel

v.

Membina Rak Tengah Tempat Letak Pasu (Rajah 4.8) Tutup

Ukur, tanda dan potong kayu mengikut senarai yang ditentukan Uji kerataan dan kepersegian kayu Ketam kayu jika perlu Sediakan bahagian kayu kumai dan potong mengikut saiz Potong kayu kumai pada sudut 45 pada kedua-dua hujungnya Glu pada tepi dan hujung kayu kumai serta temukan pada tepi muka tapak Paku bahagian kayu kumai dengan paku panel

vi.

Memasang Projek Tutup


Rancang tanda kedudukan semua kaki projek Sapukan glu pada bahagian yang bertemu antara bahagian kaki dan tepi kotak Skrukan bahagian kaki dan tepi kotak dengan skru benam kepala Philips Uji kedudukan tegak bahagian kaki dengan sesiku L Rancang tanda kedudukan rak tengah Skrukan bahagian kaki dan rak tengah dengan skru benam kepala Philips Uji kedudukan tegak bahagian kaki Tutupkan kepala skru Philips dengan penutup kepala skru

vii.

Kerja Kemasan Tutup

Kemasan adalah merupakan satu proses yang terakhir sebelum sesuatu projek itu boleh digunakan. Tujuan kemasan dilakukan adalah untuk menjadikan projek itu kemas dan cantik, tahan lama, mudah dibersihkan dan mempunyai nilai sebelum dipasarkan. Pelbagai jenis bahan kemasan boleh digunakan seperti syelek, cat, varnis, kemasan marmar, perekat (pembalut) dan sebagainya. Sebelum kerja menyapu atau menyembur bahan kemasan dilakukan, projek haruslah dirawat dan dilicinkan terlebih dahulu.
(a) merawat permukaan kayu ~proses merawat adalah dgn myumbat lubang2 @kecacatan yg ada pd permukaan kayu ~Ia boleh mggunakan tepung penyumbat @ wood filler bersama2 dgn pengikis ~proses melicinkan permukaan kayu adalah dgn mggunakan kertas las yg mpunyai pelbagai gred ~ianya boleh lakukan dgn mggunakan tangan iaitu bsama bongkah kayu @mesin khas yg dipanggil mesin pelelas mudah alih @berkuasa ~benamkan kepala paku yg tdapat pd projek dgn pembenam paku ~ sumbatkan lubang yg tdapat pd projek dgn tepung penyumbat @ penyumbat plastik ~lelaskan projek dgn kertas las ~warnakan projek dgn kemasan warna dan lutsinar

(b) melicinkan permukaan kayu

(c) kaedah kemasa

5.1 KAEDAH PENGHANTARAN BEKALAN AIR BERSIH


Air mentah yang telah diproses di loji rawatan air perlu disalurkan kepada pengguna industri dan domestik. Sistem penghantaran bekalan air sumber dikatakan cekap jika ia menepati keperluan berikut: a. Kualiti air memenuhi kehendak-kehendak tempatan seperti warna, bau, kekerasan dan pepejal terampai; b. Kadar tekanan dan kuantiti air yang mencukupi untuk semua kegunaan; c. Kekurangan kadar bekalan yang tidak melebihi 15% iaitu pada kadar minimum; dan d. Spesifikasi sistem yang tahan lama, ekonomikal dan senang disenggarakan. Terdapat tiga kaedah penghantaran bekalan air sumber di mana setiap satunya dapat mewujudkan tekanan di dalam paip bekal untuk agihan iaitu: i. ii. iii. Sistem Graviti; Sistem Berpam; dan Sistem Graviti dan Berpam

5.1.1 Sistem Graviti


Konsep sistem graviti adalah keadaan di mana air disalurkan dari tempat tinggi ke tempat rendah dengan menggunakan daya graviti. Loji pembersihan air dibina di atas tapak yang arasnya terletak lebih tinggi daripada pengguna. Tekanan perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah sehingga merosakkan sistem agihan. Kerugian turus akan merendahkan tekanan air. Fenomena ini akan menyebabkan pengguna di bahagian hujung sistem agihan menerima tekanan yang kurang daripada pengguna di bahagian awal sistem. Proses peningkatan semula tekanan dapat dilakukan seberapa banyak kali yang diperlukan selagi kuantiti air mencukupi.

5.1.2 Sistem Berpam


Sistem berpam digunakan jika turus tekanan pengguna rendah atau pengguna berada di tempat yang lebih tinggi daripada loji bekalan air. Di dalam sistem ini, air yang telah diproses dipam terus ke dalam paip utama tanpa memerlukan

storan. Kelebihan utama sistem ini ialah tekanan air pengguna dapat diubah suai mengikut keperluan.

5.1.3 Sistem Graviti dan Berpam


Dalam sistem ini, air yang telah diproses dipam naik untuk disimpan di dalam tangki atau kolam air diparas yang tinggi. Penghantaran air kepada pengguna dari tangki atau kolam ini dilakukan secara graviti. Ini bermakna semua pengguna mesti berada di paras yang lebih rendah daripada tangki atau kolam tersebut. Sistem ini paling kerap digunakan kerana faktor keberkesanan dan ekonomikal. Sistem ini mempunyai kelebihan storan air semasa bekalan elektrik terputus di samping memerlukan pam sederhana yang berkadar sama.

5.2 KAEDAH PENGAGIHAN BEKALAN AIR AWAM


Paip bekalan air lazimnya ditanam di dalam tanah dan dirintangkan mengikut tataatur jalan raya. Pengagihan bekalan air untuk skim perumahan lazimnya mempunyai empat kaedah iaitu: a. b. c. d. Kaedah Hujung Mati; Kaedah Grid; Kaedah Gelang; dan Kaedah Jejarian.

5.2.1 Kaedah Hujung Mati


Kaedah ini sesuai digunakan untuk skim perumahan kerana faktor ekonomikal dan senang untuk pembangunan seterusnya. Kaedah tersebut adalah ekonomikal kerana penggunaan paip yang kurang berbanding kaedah yang lain. Panjang sesuatu pemasangan paip adalah pada tahap yang minimum. Kelemahan utama sistem ini ialah air hanya mengalir pada satu arah mati sahaja. Jika berlaku kerosakan pada mana-mana paip, bekalan air kepada semua pengguna akan terputus. Aliran air sebegini juga boleh mengurangkan kesegaran air. Selain itu, tekanan air juga tidak dapat ditingkatkan ketika diperlukan terutamanya semasa berlaku kebakaran. Keadaan susun atur kaedah ini ditunjukkan di dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Susun atur paip bagi kaedah hujung mati

5.2.2 Kaedah Grid


Sistem ini sesuai digunakan bagi bandar-bandar yang terancang. Dalam kaedah grid ini, semua paip utama, cabang dan suapan dicantumkan di antara satu sama lain. Kaedah ini agak mahal kerana melibatkan penggunaan paip yang lebih panjang bagi membekal air kepada pengguna. Namun begitu, kelebihannya ialah keupayaan sistem ini membekalkan air yang sentiasa segar dan secara berterusan. Bekalan air ke pengguna tidak akan terjejas sekiranya berlaku kebocoran pada mana-mana bahagian tertentu. Kadar tekanan air dapat ditingkatkan dengan menghalakan aliran air ke tempat yang diperlukan. Kedudukan susun atur kaedah ini ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Susun atur paip bagi kaedah grid

5.2.3 Kaedah Gelang


Konsep kaedah ini hampir sama seperti kaedah grid. Perbezaannya ialah kewujudan gegelang yang berbentuk bulat atau segiempat yang disediakan di sekitar kawasan yang memerlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan. Kaedah ini sesuai digunakan bagi bandar yang mempunyai sistem jalan raya yang teratur dan lurus. Biasanya kaedah ini digunakan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Keadaan susun atur kaedah gelang ini ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Susun atur paip bagi kaedah gelang

5.2.4 Kaedah Jejarian


Sistem jejarian sesuai digunakan bagi bandar atau skim perumahan yang mempunyai susun atur jalan raya berjejari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Susun atur paip bagi kaedah jejarian

5.3 SISTEM AGIHAN AIR DOMESTIK


Proses menyalurkan air kepada pengguna memerlukan satu sistem agihan lengkap yang merangkumi: a. b. c. d. e. f. g. h. Paip utama; Paip perkhidmatan; Paip agihan; Pili air; Meter; Pam (sekiranya ada); Tangki simpanan (terdapat paip limpahan dan cucian); dan Injap.

5.3.1 Kaedah Penyambungan Paip Bekalan Air Utama Kepada Paip Agihan
Air dibekalkan kepada pengguna apabila terdapat permintaan dari pengguna itu sendiri. Notis bertulis perlu diberikan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja-kerja penyambungan ke sesalur air dilakukan. Maka apabila permohonan diluluskan, kerja-kerja penyambungan akan dijalankan berdasarkan pelan keratan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Pelan keratan keadaan penyambungan ke kediaman Kaedah penyambungannya bermula dengan sesalur air digerudi dan disadap dengan suatu alat khas semasa air sedang mengalir. Sebuah injap palam dipasangkan pada sesalur dan paip penghubung disambungkan kepada injap tersebut. Keadaan penyambungan seperti ini ditunjukkan pada Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Mekanisme penyambung antara paip utama ke kediaman Bentuk leher angsa dibentuk pada paip untuk melegakan tegasan pada paip dan injap seperti ditunjukkan pada Rajah 5.7. Paip dipasang di atas lapisan pasir setebal 50mm. Injap penahan dipasang pada paip di dalam sebuah kotak yang mempunyai penutup berengsel.

Rajah 5.7: Penyambungan paip dari paip salur utama ke kediaman Sambungan paip bawah tanah ke meter hendaklah dibengkang-bengkokkan untuk membolehkan paip tersebut mengenap. Paip yang dibengkang-bengkokkan ini membolehkan proses pengecutan berlaku dan menghalang tegasan pada paip tersebut.

5.3.2 Sistem Bekalan Air Sejuk Domestik


Terdapat dua sistem bekalan air sejuk untuk rumah-rumah kediaman masa kini iaitu: a. Sistem bekalan air secara terus; dan b. Sistem bekalan air secara tidak terus. Kedua-dua sistem ini akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.

5.4 BEKALAN AIR SECARA TERUS


Sistem ini membekalkan air bersih kepada semua peralatan kebersihan dalam sesebuah rumah kediaman secara terus daripada saluran air utama. Tangki bekalan air bersih diperlukan hanya untuk pembekalan air ke silinder simpanan air panas. Kapasiti minimum tangki air sejuk adalah 114 liter atau bersamaan dengan muatan silinder air panas. Rujuk Rajah 5.8 bagi mengenal sistem bekalan air secara langsung.

Rajah 5.8: Sistem bekalan air terus Sistem bekalan secara terus mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (a) air yg dibekalkan mlalui kaedah ini mbolehkan pengguna sentiasa menerima bekalan air bersih dr pembekal mlalui paip perkhidmatan (b) kaedah bekalan air secara terus tidak memerlukan tangki simpanan ~ pengguna tidak perlu mjalankan penyenggaraan scr rutin bg mjamin kualiti air yg digunakan (c) kerja2 penyenggaraan dan penaikan taraf dilakukan pada paip utama

5.5 BEKALAN AIR SECARA TIDAK TERUS

Dalam sistem ini, semua pemasangan kecuali bekalan pada sinki dan pancuran air dibekalkan secara tidak langsung dari tangki simpanan air sejuk. Oleh kerana tangki membekalkan air ke semua peralatan kebersihan, maka muatan tangki simpanan adalah dua kali ganda dari tangki untuk sistem bekalan air secara terus, iaitu 227 liter. Rujuk Rajah 5.9 bagi mengenal sistem bekalan air secara tidak terus. Sistem bekalan air secara tidak terus mempunyai kelebihan atau kekurangan seperti berikut: (a)Air yg dibekalkan mlalui kaedah ini mbolehkan pengguna menerima bekalan air bersih dari tangki simpanan secara berterusan walaupun bekalan air melalui paip utama terputus (b) Kaedah bekalan air secara tidak terus memerlukan tangki simpanan. Oleh itu, pengguna perlu mjalankan penyenggaran secara rutin bagi mjamin kualiti air yg digunakan. (c) kaedah ini terdedah kpd masalah kebersihan sekiranya kerja2 penyenggaran tidak dilakukan. Kejadian spt paip utama pecah @apabila kerja2 penyambungan baru dibuat myebabkan tanah, lumpur @ kotoran di tempat di mana kerja dibuat dibawa ke tangki simpanan di rumah pengguna.

Rajah 5.9: Sistem Bekalan Air Tak Terus

5.5.1 Pengagihan Air ke Kelengkapan Perpaipan di Rumah


Berikut adalah pengagihan air ke kelengkapan perpaipan di rumah: (a) Air dr paip bekal dibawa ke tangki oleh paip menegak yg juga dikenali sbg paip perkhidmatan. Garis pusat yg sesuai utk paip ini adalah 13mm. (b) Dari tangki, air dibawa masuk ke pemasangan2 tmasuk tangki air panas mlalui paip agihan. (c) Perhatikan bgmn paip di dapur mdapat bekalan air terus dr paip bekalan. (d) Paip agihan disambung di tangki 50mm (2 inci) dari bawah @ dasar tangki spy kotoran did lm tangki tidak memasuki paip2 tersebut. (e) Kunci air dipasang selalu dan sesudah tangki utk memisahkan tangki dr sistem air ini sekiranya ada keperluan pembaikan dan servis. (f) Paip limpahan diletakkan di atas sedikit dari aras injap bola bg mberi laluan air spy tidak melebihi had aras yg ditampung tangki sekiranya berlaku kerosakan pada injap. (g) Paip cuci disambung di bahagian dasar tangki; Drain @ Emptying plug mestilah disediakan apbl air perlu dikosongkan utk kerja penyenggaran @mengganti tangki baru.

5.5.2 Tangki Air Simpanan


Penggunaan tangki simpanan dapat menjamin bekalan air bagi sekurang-kurangnya sehari jika paip utama tidak membekalkan air. Seterusnya, ini dapat memenuhi kehendak segera contohnya apabila berlaku kebakaran, air dari tangki terus dapat digunakan dan dalam masa yang sama air terus memenuhi tangki. Sekiranya bekalan air panas diperlukan untuk sesebuah rumah, maka bekalan untuk tangki air panas boleh didapati daripada tangki simpanan. Ini dapat mengurangkan keperluan injap keselamatan (safety valve requirement). Di antara perkara yang perlu dipertimbangkan apabila tangki simpanan digunakan adalah: a. Ianya berkehendakkan ruang/tempat dan bahan penyokong yang mencukupi; dan b. Tangki air mudah menjadi kotor lebih-lebih lagi jika tidak ditutup.

Bahagian-bahagian yang terdapat pada sebuah tangki simpanan air yang lazim adalah seperti dalam Rajah 5.10.

Rajah 5.10: Tangki simpanan air Sumber: Kerja paip domestik tingkatan 4 dan 5 KBSM Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan untuk tangki simpanan walau bagaimanapun, jenis gentian kaca dan bahan polimer/plastik adalah yang paling luas digunakan. Bahan jenis ini digunakan kerana: i. ii. iii. iv. Ia ringan dan senang dipasang; Ia tidak berkarat; Sudut di permukaan dalamnya senang dicuci; dan Ia memerlukan tapak yang rata; tidak kuat sekiranya diletak di atas alang kayu sahaja.

5.5.3 Anggaran Bekalan Air yang Diperlukan di Bangunan Kecil/Domestik


Bekalan air sehari untuk sebuah rumah biasa ditentukan dengan mengambil kira jumlah penghuninya. Kebanyakan rumah biasa adalah tertakluk kepada undang-undang kecil (by laws) tertentu yang menentukan bahawa setiap penghuni mesti mendapat bekalan sebanyak 90 liter sehari. Dengan ini anggaran bekalan air yang diperlukan oleh sesebuah rumah dapat ditentukan dengan mendarab jumlah penghuni dengan angka tersebut. Untuk bangunan lain pula, penentuan bekalan air dibuat dengan mengambil kira pemasangan di bangunan itu mengikut Jadual 5.1. Jadual 5.1: Penentuan Bekalan Air untuk Bangunan Lain

Pemasangan Besen basuh (washing basin) basuh tangan


Isipadu (liter)

basuh tangan dan muka basuh rambut 40 110 10 150

5 10 20

Pancur mandi (shower) Tempat mandi (bath) Mangkuk Tandas (water closet) Mesin Pencuci kain (washing machine) Sinki

cuci pinggan lain-lain 15 10

5.5.4 Kedudukan Tangki Air dan Pemasangannya


Berikut disenaraikan kedudukan tangki air dan pemasangannya: (a) Di bangunan2 kecil, tangki air selalunya ditempatkan di ruang bawah bumbung utk mdapatkan tekanan yg baik dan di ruang atas bilik air. (b) Di bangunan2 besar, tangki air ditempatkan mgikut zon dgn mgadakan tangki2 berasingan yg mgambil kira kehendak pihak bomba dan pihak penguasa air. (c) Di negara-negara sejuk, ruang tangki air dipanaskan utk mengelakkan pembekuan air. (d) Ruang di mana tangki diletakkan mestilah mpunyai pertukaran udara yg memuaskan. (e) Ruang tersebut mestilah cukup besar utk mlakukan kerja2 pembaikan dan pembersihan dan juga utk menukarkan tangki2 itu apbl berlaku kerosakan @ lain2 masalah. (f) Tiap2 tangki mesti mpunyai paip amaran/ paip limpah, di mana air akan keluar apbl injap bola rosak.

6.1 JENIS-JENIS BAHAN PERPAIPAN


Bahan-bahan perpaipan merupakan bahan yang sangat penting dalam kerja-kerja pemasangan sistem bekalan air. Terdapat pelbagai jenis bahan perpaipan di pasaran, yang sering digunakan. Antaranya ialah paip besi bergalvani (Galvanised Iron), klorida polivinil (PVC), polietilena (PE) dan kuprum.

6.1.1 Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron GI )


Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron) BS 1387 atau paip BG dihasilkan daripada bahan keluli lembut dengan lapisan yang disadur dengan lapisan zink. Paip BG jenis ini dikelaskan dan mempunyai kod warna tertentu serta mempunyai kegunaan seperti dalam Jadual 6.1. Jadual 6.1: Pengkelasan Paip BG Kelas A B C Kod Warna Perang/Coklat Biru Merah Kegunaan Paip limpah dan pengalihudaraan tangki simpan Paip agihan Paip perkhidmatan

Saiz paip besi bergalvani ini ditentukan oleh diameter dalaman dan panjang piawainya ialah 6 meter bagi sebatang paip. Rajah 6.1 menunjukkan parameter rujukan iaitu tebal dinding dan diameter dalaman serta maklumat yang diperolehi daripada sebatang paip besi bergalvani.

Rajah 6.1: Keratan rentas dan maklumat yang terdapat pada paip BG Jadual 6.2 menunjukkan perincian bagi tiga kelas paip BG yang biasa. Jadual 6.2: Perincian Tiga Kelas Paip BG Saiz Nominal mm 13 20 25 32 40 in 1 1 1 A 2.00 2.35 2.65 2.65 2.99 t- tebal dinding (mm) Kelas paip B 2.65 2.65 3.25 3.25 3.25 C 3.25 3.25 4.05 4.05 4.05 14 14 11 11 11 Benang Per 25mm

a. Kebaikan paip besi bergalvani: i. ii. iii. Senang didapati; Kuat dan dapat menanggung tekanan yang kuat; dan Saiz yang boleh didapati 6150 mm.

b. Kelemahan paip besi bergalvani: i. ii. iii. Mudah berkarat; Memerlukan kerja yang lebih seperti membenang; dan Harga agak mahal.

6.1.2 Paip Klorida Polivinil (PVC)


Paip PVC MS 628:1982/BS 4346:PT.2:1970 merupakan sejenis paip plastik berwarna kelabu yang digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Paip ini tidak sesuai digunakan untuk menyalurkan air panas dan paip perkhidmatan. Paip jenis ini ringan, mudah dikendalikan dan permukaannya licin. Kelas yang biasa digunakan dalam pemasangan paip domestik ialah kelas E, 7 dan 6 yang mempunyai ketebalan dinding berlainan mengikut saiz diameter dan kelasnya (rujuk Jadual 6.3).

Jadual 6.3: Perincian Paip PVC Saiz Nominal E mm 13 20 25 32 in Min. 1 1.7 1.9 2.2 2.7 Mak. 2.1 2.5 2.7 3.2 Min. 3.7 3.9 4.5 4.8 Mak. 4.1 4.3 5.0 5.3 Min. 2.8 2.9 3.4 4.0 Mak. 3.3 3.4 4.0 4.3 6 meter dan 4 meter/ Kelabu t- tebal dinding (mm) Kelas paip 7 6 Panjang/ Warna Paip

Maklumat yang boleh diperolehi pada batang paip PVC adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Maklumat yang terdapat pada paip PVC

6.1.3 Paip Polietilena (PE)


Paip PE MS 1058 PE80 berwarna hitam dan mempunyai ciri-ciri tahan karat, elastik, liat dan boleh dilentur. Paip ini digunakan untuk mengalirkan air dari paip induk ke meter air. Saiz paip ini ditentukan mengikut saiz diameter luaran. Saiz yang digunakan dalam pemasangan paip domestik ialah 20 mm hingga 40 mm dan ukuran ketebalan dindingnya berbeza, seperti dalam Jadual 6.4. Paip PE dikeluarkan dari kilang dalam bentuk gegelung 100 meter dam 200 meter panjang. Paip PE dikira berdasarkan Tekanan Nominal atau Pressure Nominal (PN) iaitu jumlah tahap tekanan dalaman paip. Kebaikan paip jenis ini adalah ia boleh lentur (flexible) dan boleh digunakan sama ada di atas ataupun di bawah tanah. Jadual 6.4: Perincian Paip Polietilena

t- tebal dinding (mm) Saiz nominal luaran (mm) PN6 20 25 32 40 2.3 PN (pressure nominal) PN8 2.3 2.4 PN10 2.3 2.4 3.0 PN12. 5 2.3 2.9 3.7 PN16 2.3 2.8 3.6 4.5 100 meter dan 200 meter Panjang (m)

6.1.4 Paip Kuprum


Paip kuprum biasanya digunakan untuk penyaluran air panas dalam sistem bekalan air di dalam rumah. Paip jenis ini mempunyai permukaan yang licin dan kekuatan tegangan yang tinggi. Permukaan paip ini licin dan akan menyebabkan rintangan yang kecil terhadap aliran air. Ia juga sesuai digunakan di atas ataupun di bawah tanah. Saiz-saiz yang biasa digunakan ( luar) adalah 15, 18, 22, 28 , 35, 42 dan 54mm. Cara penyambungan paip kuprum: a. Capillary dan compression joint untuk membekal air panas; dan b. Kimpalan untuk longkang di atas tanah.

6.2 JENIS-JENIS KELENGKAPAN PAIP


Kelengkapan paip adalah sangat penting dalam sistem bekalan air di dalam rumah atau sesuatu bangunan. Ia adalah bahagian penghujung yang dihubungkan oleh bahan perpaipan. Di antara jenis kelengkapan paip adalah tangki simbah, tangki simpanan air dan pili.

6.2.1 Tangki Simbah


Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas. Tangki simbah diperbuat daripada plastik atau tembikar. Tangki simbah boleh menyimpan air sehingga 9 liter. Struktur tangki simbah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Struktur bahagian tangki simbah a. Jenis-jenis Tangki Simbah Tutup Terdapat tiga jenis tangki simbah iaitu:
(i) Tangki Simbah Aras Tinggi (ii) Tangki Simbah Aras Rendah ~ Digunakan bersama mangkuk tandas jenis cangkung ~Dipasang pd jarak 2 meter dari aras lantai ~ Digunakan bersama mangkuk tandas jenis duduk ~ diperbuat drpd tembikar @ PVC dan terletak tinggi sedikit dari aras mangkuk tandas ~ Menyimbah air pada bekas urinal secara automatic mengikut masa tertentu. ~ Biasanya terdapat di dalam bilik air lelaki sahaja. Kini juga terdapat dalam tandas jenis duduk.

(iii) Tangki Simbah Automatik

b. Bahagian Utama dan Fungsi Tangki Simbah Tutup Tangki simbah aras tinggi dan rendah mempunyai bahagian utama yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Bahagian-bahagian tangki simbah Jadual 6.5 menunjukkan bahagian-bahgian serta fungsi tangki simbah. Bahagian Paip alur masuk (Paip agihan) Paip alur keluar (paip simbah) Paip limpah Fungsi Membolehkkan air masuk ke dlm tangki simbah

Menyalur air keluar dr tangki simbah utk menyimbah serta mbersihkan mangkuk tandas Menyalur air keluar dr tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola @ penumpang Injap bebola Mengawal kemasukan air ke dlm tangki simbah Pelampung ~bergerak bersama paras air ~mengawal paras air dgn menutup injap bebola mlalui lengan pelampung ~lengan pelampung yg bgerak ke atas menolak omboh dlm injap bebola Injap gegendang ~mengawal air masuk ke tiub sifon ~Apbila tuil ditarik, injap gegendang akan naik dan mbenarkan air masuk ke tiub sifon utk menyimbah mangkuk tandas Tuil tarik / ~Tuil tarik tdapat di luar tangki simbah ~Apbila mangkuk tandas perlu dicuci, tangkai pelepas tuil ditarik utk menyimbah air Tiub sifon Menyalur air ke paip simbah

c. Langkah-langkah Menggantikan Pelampung dan Pelaras Injap Bebola Tutup Tujuh langkah menggantikan pelampung dan pelaras injap bebola adalah seperti dalam Rajah 6.6: 1. Pelaras injap dikunci dgn mengetatkan nat pengunci dan paip alur masuk dibuka. 2. Asas air di dlm tangki dipastikan tidak melebihi aras lubang paip limpah. 3. Pelampung digantikan dgn yg baru dan diuji dgn memasukkan air ke tangki simbah.

4. Paip alur masuk ditutup dan air dari tangki simbah dikeluarkan dgn menekan @ menarik tuil simbahan. 5. Jika aras air naik, pemutar skru diguna utk memutar skru pelaras hingga hujungnya menghampiri hujung injap bebola. 6. Penutup tangki simbah dibuka dan ditanggalkan dari lenggannya dgn memutarnya ke arah lawan pusingan jam. 7. Jika aras air terlalu rendah, hujung skru pelaras dijauhkan drpd hujung injap bebola.

Rajah 6.6: Langkah-langkah bagi menggantikan pelampung dan pelaras injap bebola d. Proses simbahan Tutup Proses simbahan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.7.

Rajah 6.7: Proses simbahan

Apabila plat tertebuk dan injap gegendang naik, air akan mengalir masuk melalui lubang-lubang pada plat tertebuk ke ruang kosong tiub sifon kerana tekanan dalam tiub sifon lebih rendah.

6.2.2 Pili
Pili berfungsi mengawal pengaliran dan penggunaan air keluar melalui hujung batang paip. Ia diperbuat daripada loyang (campuran logam kuprum dengan zink). Terdapat juga pili yang diperbuat daripada klorida polivinil (PVC). Saiz pili yang lazim digunakan ialah 13mm dan 20mm mengikut diameter alur masuk. Terdapat dua jenis pili iaitu pili bebibir dan pili bertiang. Klik pada pili bebibir dan pili bertiang berikut untuk melihat keterangannya. a. Pili bebibir Tutup Pili bebibir mempunyai alur masuk melintang (mendatar) (Rajah 6.8). Ia biasa digunakan pada sinki dapur dan tab mandi. Pemulas kepalanya berbentuk lintang atau berpalang (kapstan). Biasanya pili jenis ini diperbuat daripada loyang atau yang disadur dengan kromium.

Rajah 6.8: Pili bebibir b. Pili bertiang Tutup Pili jenis ini mempunyai alur masuk menegak dan biasanya diperbuat daripada loyang bersadur kromium (Rajah 6.9). Ia lazimnya digunakan pada besen cuci tangan yang diperbuat daripada tembikar. Ia juga boleh didapati dengan pemulas berpalang (kapstan). Pili jenis ini diikat pada besen dan tab mandian dengan menggunakan nat lawan jam.

Rajah 6.9: Pili bertiang

6.2.3 Perangkap
Perangkap diperbuat daripada klorida polivinil (PVC) atau besi bergalvani. Saiz yang biasa digunakan ialah yang berdiameter 32mm dan 38mm. Perangkap digunakan untuk: i. ii. iii. Memerangkap sisa kotoran daripada mengalir ke dalam longkang; Menyekat serangga daripada masuk ke dalam sinki; dan Menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah.

Tiga jenis perangkap yang biasa digunakan dalam sistem perpaipan ialah: a. Perangkap botol (Rajah 6.10); b. Perangkap S (Rajah 6.11); dan c. Perangkap P (Rajah 6.12). a. Perangkap botol Rujuk Rajah 6.10 untuk contoh perangkap botol.

Rajah 6.10: Perangkap botol b. Perangkap S Rujuk Rajah 6.11 untuk contoh perangkap S.

Rajah 6.11: Perangkap S c. Perangkap P Rujuk Rajah 6.12 untuk contoh perangkap P.

Rajah 6.12: Perangkap P

6.3 BAHAN PEMASANGAN DAN PENYAMBUNGAN


Bahan pemasangan (Bahan Pepasang) digunakan untuk menyambung bahan perpaipan dengan kelengkapan perpaipan yang terdapat dalam sistem bekalan air sejuk atau air panas. Setiap jenis bahan pemasangan dibuat mengikut jenis bahan perpaipan. Jadual 6.6 menunjukkan pelbagai jenis bahan penyambungan paip serta fungsi dan contoh penyambungannya. Jadual 6.6: Bahan untuk Menyambung Paip Jenis-jenis penyambung paip BG PVC Poll

Fungsi/Contoh Penyambungan

Penyual Soket PT Menyambung paip PVC kepada alat kelengkapan paip dan menyambung paip yang berlainan jenis seperti PVC kepada BG Bersaiz 13mm hingga 50mm. Menyambung paip yang sama

Tiada jenis ini

Tiada jenis ini

Soket penjodoh

Tiada jenis ini Palam Tiada jenis ini Nat pengunci Tiada jenis ini Tee sama

diameternya tanpa memusingkan paip yang sedia ada. Menutup hujung paip atau hujung tee yang tidak digunakan. Saiz 13mm hingga 50mm. Mengetatkan sambungan paip seperti pada sambungan tangki dan tangki simbah. Saiz 13mm hingga 25mm. Membuat sambungan bercabang yang sama diameternya pada sudut 90o Saiz 15mm hingga 50mm. Membuat sambungan bercabang yang berlainan diameternya. Saiz 13mm 20mm, 13mm 25mm, dan 20mm 25mm. Menyambung dua jenis penyambung atau alat kelengkapan yang berdekatan yang sama diameternya. Saiz 13mm 50mm. Menyambung paip yang berlainan jenis seperti paip BG kepada paip PVC. Saiz 13 hingga 50mm. Menyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang sama diameternya. Bersaiz 13mm hingga 50mm. Menyambung batang paip dan alat perpaipan yang tidak sama diameternya. Saiz 13mm 20mm, 13mm 25mm, dan 20mm 25mm. Digunakan untuk mengubah arah

Tee pengecil

Puting heksagon

Penyuai soket injap

Soket sama

Soket pengecil

Soket 90o sama

sambungan batang paip yang sama diameternya pada sudut 90o Saiz 13mm - 50mm. Mengubah arah sambungan batang paip yang tidak sama diameternya pada sudut 90o. Saiz 13mm 20mm, 13mm 25mm, dan 20mm 25mm.

Soket 90o pengecil

Bahan penyambungan (Bahan Sebatian) adalah bahan yang digunakan semasa melakukan kerjakerja pemasangan bahan perpaipan dengan bahan-bahan pemasangan ataupun kelengkapan perpaipan yang lain. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi sambungan supaya paip air tidak bocor melalui sambungan yang telah dibuat. Antara bahan penyambungan yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perpaipan ialah pita PTFE (Rajah 6.13), simen pelarut (solvent cement), pasta zink oksida dan mayang tali guni.

Rajah 6.13: Bahan penyambungan pita PTFE

7.1 Kaedah penyambungan Paip Polivinil Klorida (PVC)


Pada pelajaran yang lepas, anda telah mempelajari ciri-ciri paip PVC. Dalam kerja penyambungan paip PVC, ia lebih mudah dilaksanakan jika berbanding dengan penyambungan

paip BG. Anda akan mempelajari bahan penyambungan, alatan tangan dan kaedah penyambungan paip PVC.

7.1.1 Bahan-bahan Penyambungan


Rajah-rajah yang berikut menunjukkan bahan-bahan penyambungan yang diperlukan, (rujuk Jadual 7.1).

Jadual 7.1: Bahan-bahan Penyambungan. (a) Batang paip PVC

Rajah 7.1: Batang paip PVC (b) Simen pelarut

Rajah 7.2: Simen pelarut

(c) Siku 90 sama PVC

Rajah 7.3: Siku 90 sama PVC (d) Soket pengecil PVC

Rajah 7.4: Soket pengecil PVC (e) Kunci paip PVC

Rajah 7.5: Kunci paip PVC (f) Pili paip PVC

Rajah 7.6: Pili paip PVC

7.1.2 Alatan tangan


Rajah-rajah yang berikut pula menunjukkan alatan tangan yang diperlukan untuk penyambungan pip PVC, (rujuk Jadual 7.2). Jadual 7.2: Alatan Tangan. (a) Gergaji besi

Rajah 7.7: Gergaji besi (b) Pemotong PVC

Rajah 7.8: Pemotong PVC (c) Kikir rata

Rajah 7.9: Kikir rata

(d) Spana boleh laras

Rajah 7.10: Spana boleh laras

7.1.3 Menyambung Paip PVC


Berikut disenaraikan langkah demi langkah untuk menyambung paip PVC. Langkah Keselamatan a. Ketika menggunakan simen pelarut, jangan menghidu kerana bau dan bahan simen pelarut adalah beracun. b. Simpan simen pelarut di tempat yang selamat selepas menggunakannya.

7.2 Kaedah penyambungan paip BG


Berbanding dengan paip PVC, penyambungan paip BG lebih rumit dilaksanakan dan mengambil masa yang lebih lama. Walau bagaimanapun sambungannya kukuh dan tahan lama.

7.2.1 Bahan-bahan Penyambungan


Rajah-rajah yang berikut menunjukkan bahan-bahan penyambungan yang diperlukan, (rujuk jadual 7.3). Jadual 7.3: Bahan-bahan Penyambungan (a) Paip BG

Rajah 7.15: Paip BG

(b) Pita PTFE (Poly Tetra Fluoro Ettelena)

Rajah 7.16: Pita PTFE (c) Tee sama BG

Rajah 7.17: Tee sama BG (d) Siku 90 sama BG

Rajah 7.18: Siku 90 sama BG (e) Puting Heksagon BG

Rajah 7.19: Puting Heksagon BG

(f) Soket Sama BG

Rajah 7.20: Soket sama BG (g) Pili Bebibir

Rajah 7.21: Pili Bebibir

7.2.2 Alatan Tangan Paip


Rajah-rajah yang berikut pula menunjukkan alatan tangan yang diperlukan untuk penyambungan paip BG, (rujuk jadual 7.4). Jadual 7.4: Alatan Tangan Paip (a) Perengkuh paip

Rajah 7.22: Perengkuh paip

(b) Playar boleh laras

Rajah 7.23: Playar boleh laras (c) Gergaji Besi

Rajah 7.24: Gergaji Besi

Rajah 7.25: Lukisan Kerja Pemasangan Paip BG

7.2.3 Menyambung Paip BG

Berikut disenaraikan langkah demi langkah untuk menyambung paip BG. (a) Pintarkan pita PTFE pada hujung batang paip BG yg telah dibuat ulir. (b) sambungkan paip BG dgn Tee sama BG dan siku 90. Ketatkan sambungan dgn mggunakan perengkuh paip. (c) Sambungkan putting heksagon pada hujung siku 90. (d) Pasangkan dgn ketat soket sama BG bersama dgn siku 90 tadi. (e) Akhir sekali pasangkan pili bebibir pada hujung soket sama BG dan ketatkan dgn mggunakan spana boleh laras.

7.3 KAEDAH PENYAMBUNGAN PAIP POLI


Kini paip poli semakin meluas digunakan dalam sistem bekalan air kita. Penyambungan paip poli paling mudah dilaksanakan berbanding dengan paip PVC dan paip BG. Paip poli tidak memerlukan bahan penyambungan. Jadi penyambungan paip poli menjimatkan kos.

7.3.1 Bahan-bahan Penyambungan Paip Poli


Rajah-rajah yang berikut menunjukkan bahan-bahan penyambungan yang diperlukan, (rujuk jadual 7.5). Jadual 7.5: Bahan-bahan Penyambungan Paip Poli (a) Paip poli

Rajah 7.30: Paip Poli

(b) Penyambung paip poli

Rajah 7.31(a): Penyambung paip poli penyambung

Rajah 7.31(b): Penyambung paip poli - penutup

7.3.2 Alatan Tangan


Berikut disenaraikan alatan tangan yang diperlukan untuk menyambung paip poli, (rujuk Rajah 7.24 dan 7.8).

(i). Gergaji Besi atau Pemotong PVC; dan

Rajah 7.24: Gergaji Besi atau Pemotong PVC

(ii). Spana cengkam seribu

Rajah 7.8:Spana cengkam seribu

7.3.3 Penyambungan Paip Poli


Berikut disenaraikan langkah demi langkah untuk menyambung paip poli. (a) Gunakan gergaji besi utk memotong paip poli mgikut ukuran yg diperlukan. (b) Pasangkan sarung dan gelang getah pada hujung paip poli. (c) Masukkan paip poli yg hujungnya telah dipasangkan dgn gelang getah dan sarung ke dalam penyambung sehingga mencecah had maksimum. (d) Tolakkan sarung rapat sehingga menolak gelang getah ke dalam dan mencengkam paip poli dgn kukuh. (e) Rapatkan penutup ke penyambung kemudian, pusingkan dgn tangan sehingga penutup rapat dgn penyambung. Kemudian ketatkan penutup mggunakan playar cengkam seribu spy penyambungan paip poli mjadi ketat dan kukuh. (f) Akhir sekali pasangkan pili bebibir kpd penyambung paip poli

8.1 ALAT MENANDA


Berikut disenaraikan alat-alat yang digunakan untuk menanda. Klik pada alat-alat berikut untuk melihat keterangannya.

a. Penggarit Tutup i. ii. iii. Digunakan untuk membuat garisan pada permukaan logam. Dibuat daripada keluli karbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja pada hujungnya. Kedua-dua hujung matanya halus dan tajam. Hujung penggarit yang bengkok digunakan untuk menggaris garisan di tempat yang sukar dilakukan dengan hujung yang lurus.

Rajah 8.1: Penggarit b. Penebuk Titik Tutup i. ii. Digunakan untuk menanda kekal pada garisan permukaan logam. Dibuat daripada keluli keras dan mempunyai hujung yang tajam bersudu 3060.

Rajah 8.2: Penebuk titik c. Penebuk Pusat Tutup

i. ii. iii. iv.

Mata penebuk pusat bersudut 60 atau 90 digunakan untuk menanda kekal. Mata yang bersudut 60 digunakan untuk menanda garisan kekal. Mata yang bersudut 90 pula untuk menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi dilakukan. Dibuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja.

Rajah 8.3: Penebuk pusat

d. Plat Permukaan Tutup i. ii. iii. iv. Mempunyai permukaan yang licin dan rata. Bahagian tepi yang lurus dan bersudut tepat 90 antara satu dengan lain. Plat ini dibuat daripada besi tuang atau granit. Permukaan plat perlu ditutup supaya tidak rosak atau terhakis apabila tidak digunakan. Bersih dan keringkan permukaan plat dan sapukan satu lapisan nipis minyak pelincir. Plat permukaan digunakan untuk:

Menguji kerataan sesuatu permukaan benda kerja. Kerja-kerja menapak.

Rajah 8.4: Plat permukaan

e. Bongkah V Tutup i. ii. iii. Dibuat daripada besi tuang. Bongkah V biasanya digunakan secara berpasangan. Digunakan untuk menetapkan batang bulat ketika kerja menapak.

Rajah 8.5: Bongkah

Terdapat dua jenis bahan menanda yang biasa digunakan, iaitu kapur dan sulfat. Berikut disenaraikan prosedur untuk menanda. i. ii. iii. Bersih dan gosok permukaan yang hendak ditanda. Warnakan permukaan benda kerja yang hendak ditanda dengan berus khas atau penyembur. Biarkan bahan penanda kering.

8.2 ALAT-ALAT MENGUKUR DAN MENGUJI


Subtopik ini akan membincangkan alat-alat mengukur dan menguji seperti mikrometer, angkup vernier dan tolok dial.

8.2.1 Alat Mengukur


Berikut adalah alat-alat untuk mengukur: Klik pada alat-alat berikut untuk melihat keterangannya. a. Mikrometer Tutup Mikrometer merupakan alat pengukur jitu (Rajah 8.6). Terdapat dua jenis micrometer, i. ii. Mikrometer luar digunakan untuk mengukur garis pusat benda bulat, tebal dan lebar kepingan rata. Mikrometer dalam digunakan untuk mengukur garis pusat bahagian dalam.

Rajah 8.6: Mikrometer

Rajah 8.7: Cara membaca mikrometer

b. Angkup Vernier Tutup Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur sehingga ketepatan 1/100mm (Rajah 8.8).

Rajah 8.8: Angkup Vernier Cara Membaca Angkup Vernier

Skala utama disenggatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan dengan 1mm. Skala Vernier yang panjangnya 9mm disenggatkan kepada 10 bahagian yang sama. Garisan ke10 skala vernier sejajar tepat kepada garisan ke-9 skala utama. Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.02 mm i. Bacaan skala utama yang terhampir dengan mm Bacaan skala Vernier senggatan ke-39 yang sejajar dengan Skala satu garisan pada skala utama 66 x 1.00 = 66.00mm

ii.

39 x 0.02 =

0.78mm

Jumlah

66.78mm

8.2.2 Alat Menguji


Berikut adalah alat-alat untuk menguji: Klik pada alat-alat berikut untuk melihat keterangannya. a. Tolok Dail(Dial Gauge) Tutup Antara kegunaan tolok dial adalah untuk: i. ii. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat. Menguji keregangan antara dua gear.

Rajah 8.9: Menguji kerataan roda tenaga

b. Tolok Dial Gerek (Dial Gauge) Tutup Alat ini paling cepat dan pantas menyemak kehausan gerek silinder.

Rajah 8.10: Tolok dial gerek

Rajah 8.11: Menguji kehausan gerek silinder

c. Tolok Teleskopik (Dial Gauge) Tutup Alat ini berbentuk T digunakan untuk mengukur garis pusat silinder (Rajah 8.12). Tolok teleskopik dimasukkan ke dalam lubang dan kemudian pusingkan tombol untuk membebaskan pelocok pada kedudukan pemegang tegak. Ketatkan dan pusingkan pelocok pada kedudukan pemegang tegak. Ketatkan dan pusingkan pelocik dengan memusingkan tombolnya. Keluarkan tolok teleskopik untuk diukur garis pusat silinder tersebut dengan menggunakan mikrometer luar.

Rajah 8.12: Tolok teleskopik

d. Tolok Perasa (Feeler Gauge) Tutup Tolok perasa merupakan set bilah atau dawai yang mempunyai nilai ketebalan tertentu.

Rajah 8.14: Tolok perasa jenis dawai Rajah 8.13: Tolok perasa jenis bilah

Gerakkan tetikus anda pada jenis-jenis tolok perasa berikut untuk melihat keterangannya. Tolok perasa bilah Utk menguji kelegaan benda kerja yg rata spt kelegaan injap @ kelegaan titik sesentuh

Tolok perasa dawai

Utk menguji kelegaan benda kerja yg tidak rata spt celahan palam pencucuh

e. Tepi Lurus Tutup Dibuat daripada keluli berkarbon yang dikeraskan, dibaja dan diratakan. Berbentuk segi empat tepat atau segi empat bujur. Digunakan untuk mengukur kerataan benda kerja (Rajah 8.15).

Rajah 8.15: Tepi lurus

f. Pembaris Keluli Tutup Alat ini dibuat daripada keluli kalis karat. Kegunaannya ialah untuk mengukur garis lurus (Rajah 8.16).

Rajah 8.16: Pembaris keluli

g. Pembaris Keluli Tutup

Alat ini digunakan untuk menguji ketepatan sudut 90 pada sebelah luar atau dalam benda kerja (Rajah 8.17).

Rajah 8.17: Sesiku L

8.3 ALAT-ALAT SERVIS


Subtopik ini akan membincangkan alat-alat servis seperti jek lantai, sangga keselamatan, hoist dan creeper. (a) Jek lantai ~digunakan utk mengangkat kenderaan ~Bahagian yg diangkat mestilah di bahagian yg padu spt kerangka, lengan gantungan @ gender utk mengelakkan kerosakan pd bahagian lantai kenderaan ~setelah diangkat kenderaan, hendaklah disangga dgn mggunakan sangga keselamatan ~digunakan utk mgangkat kenderaan bg memudahkan mekanik mlakukan kerja mbaiki bahagian bawah kenderaan ~digunakan sms mlakukan kerja di bahagian bawah kenderaan yg telah disangga bg memudahkan kerja

(b) Sangga Keselamatan (c) Hoist (d) Creeper

8.4 ALAT TANGAN


Subtopik ini pula akan membincangkan beberapa alat tangan seperti sepana, soket, pemutar skru, pencabut stad, playar dan tukul. Klik pada alat-alat berikut untuk melihat keterangannya.

a. Sepana Tutup Sepana digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan bolt dan nat. Saiz sepana terdapat dalam ukuran metrik dan inci. Lihat Rajah 8.22.

Rajah 8.22: Sepana Jenis Sepana i. ii. iii. Sepana hujung terbuka. Sepana gelang. Sepana gabung.

b. Soket Tutup Soket digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat. Soket mesti digunakan bersama-sama dengan hendal. Lihat Rajah 8.23.

Rajah 8.23: Jenis soket

c. Pemutar Skru Tutup Pemutar skru terdapat dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz. Pemutar skru digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru. Bahagian hujung pemutar skru biasanya rata atau daripada jenis Philip. Lihat Rajah 8.24.

Rajah 8.24: Pemutar skru

d. Pencabut Stad Tutup Pencabut stad digunakan untuk mengeluarkan stad. Lihat Rajah 8.25.

Rajah 8.25: Pencabut Stad

e. Playar Tutup

Rajah 8.26: Playar Berikut disenaraikan kegunaan setiap playar di atas. Gerakkan tetikus anda pada alat-alat servis berikut untuk melihat keterangannya.

f. Tukul Tutup Terdapat pelbagai jenis tukul yang digunakan untuk kerja-kerja mengetuk. Kepala tukul dikelaskan kepada dua jenis iaitu tukul kepala keras dan tukul kepala lembut seperti dalam Rajah 8.27.

Rajah 8.27: Jenis Tukul Tukul kepala keras dan tukul kepala lembut biasanya digunakan di dalam bengkel automatif. Tukul kepala lembut dibuat daripada plastik dan getah, digunakan untuk mengetuk bahagianbahagian benda kerja supaya tidak rosak.

g. Alat Khas Tutup Alat ini merupakan alat yang dibuat khas untuk sesuatu kerja. Tanpa alat khas, kerja yang hendak dilakukan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Biasanya setiap pembuat kenderaan mempunyai alat khasnya sendiri. Lihat Rajah 8.28.

Rajah 8.28: Alat khas

Berikut adalah contoh tugasan yang boleh dilakukan untuk manguji kefahaman pelajar. i. Tugasan Menggunakan jek lantai dan sangga keselamatan. Menggunakan hoist. Peralatan

ii.

iii.

Langkah Kerja

Menggunakan jek lantai dan sangga keselamatan; dan Menggunakan hoist.


Pandu kenderaan perlahan-lahan sehingga kedudukan roda tepat di atas hoist. Tarik brek tangan dan letakkan bongkah kayu pada roda hadapan dan belakang. Tekan suis untuk menaikkan kenderaan mengikut kesesuaian kerja seperti membaiki paip ekzos, kerja greasing dan mengeluarkan minyak enjin. Setelah mencapai ketinggian yang dikehendaki, hoist dikunci. Setelah selesai kerja, turunkan semula kenderaan perlahan-lahan.

8.5.1 Enjin
a. Fungsi Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.

b. Kendalian Rujuk Rajah 8.29 untuk kendalian enjin dua lejang.

Rajah 8.29: Enjin dua lejang

c. Kendalian Enjin Dua Lejang Enjin dua lejang tidak menggunakan injap. Sebaliknya, terdapat liang pada dinding silinder yang ditutup dan dibuka oleh penggerak piston iaitu liang masuk, liang pindah dan liang ekzos. Lihat Rajah 8.29. Pergerakan ke atas: i. ii. iii. iv. v. vi. Aci engkol berpusing menyebabkan piston bergerak dari TTB ke TTA. Piston menutup liang pindah dan liang ekzos. Liang masuk terbuka pada ketika ini. Pergerakan piston memampatkan campuran udara dan bahan api di ruang pembakaran. Vakum terwujud dalam kotak engkol. Campuran udara dan bahan api dari koburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui liang masuk.

Pergerakan ke bawah: vii. viii. ix. x. xi. Pada akhir pergerakan piston ke atas, palam pencucuh mengeluarkan bunga api dan membakar campuran udara dan bahan api yang telah dimampatkan. Pembakaran menyebabkan ledakan dan menghasilkan kuasa yang tinggi. Piston ditolak dari TTA ke TTB menyebabkan liang ekzos dan liang pindah terbuka. Liang masuk tertutup dan pergerakan piston menolak campuran udara dan bahan api melalui pindah ke ruang pembakaran. Gas ekzos keluar melalui liang ekzos.

Rajah 8.30: Enjin empat lejang Kendalian Enjin Empat Lejang Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang masuk, mampatan, kuasa dan ekzos seperti dalam Rajah 8.30. Gerakkan tetikus anda pada kendalian enjin empat lejang berikut untuk melihat keterangannya. Empat lejang
1. Lejang Masukan

Keterangan
- Piston bgerak dr TTA ke TTB. Vakum terwujud di bahagian atas piston dlm silinder. ~Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup ~tekanan atmosfera menolak campuran udara dan bahan api dr koburetor ked lm silinder mlalui injap masuk yg terbuka. ~piston bergerak dr TTB ke TTA ~Kedua-dua injap tertutup ~campuran udara dan bahan api dimampatkan ~piston mhampiri TTA dlm lejang mampatan ~Campuran udara dan bahan api dicucuh oleh bunga api yg dikeluarkan oleh palam pencucuh ~Ledakan mhasilkan kuasa yg tinggi ~Piston ditolak dr TTA ke TTB ~Kedua-dua injap masih tertutup ~Apabila piston sampai ke TTB, injap ekzos mula mbuka ~pergerakan piston dr TTB ke TTA menolak gas yg terbakar keluar mlalui injap ekzos ~pada akhir lejang ekzos, injap masuk mula membuka ~proses ini berulang selagi enjin hidupd

2. Lejang mampatan 3. Lejang kuasa

4. Lejang ekzos

Jadual 8.1: Perbezaan antara Enjin Dua Lejang dengan Enjin Empat Lejang

Enjin Dua Lejang (a) Pembukaan dan penutupan liang dikawal oleh piston. (b) Satu pusingan aci engkol melengkapkan satu kitaran. (c) Minyak pelincir dicampur dengan bahan api petrol bagi tujuan pelinciran. (d) Kepala piston mempunyai pemesong untuk mengawal pengaliran campuran udara dan bahan api ke dalam silinder.

Enjin Empat Lejang (a) Salur masuk dan salur ekzos dikawal oleh injap. (b) Dua pusingan aci engkol melengkapkan satu kitaran. (c) Terdapat takungan asing unuk menakung minyak pelincir bagi tujuan pelinciran. (d) Tiada pemesong pada kepala piston.

8.5.2 Pengelasan Enjin

a. Susunan Injap Rujuk Rajah 8.31 untuk susunan injap.

Rajah 8.31: Susunan Injap

b. Jumlah Silinder Rujuk Rajah 8.32 untuk lihat jumlah silinder.

Rajah 8.32: Jumlah Silinder

c. Jenis Susunan Silinder Rujuk Rajah 8.33 untuk jenis susunan silinder.

Rajah 8.33: Jenis susunan silinder

d. Kepala Silinder Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang pembakaran. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci sesondol, pepasangan injap dan palam pencucuh. Kepala silinder enjin lama dibuat daripada besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium. Lihat Rajah 8.34.

Rajah 8.34: Kepala silinder

e. Aci Sesondol Fungsi utama aci sesondol ialah membuka injap masuk dan ekzos mengikut urutan yang ditetapkan. Gear aci sesondol dipasang pada bahagian hadapan aci sesondol dan disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasangan. Aci sesondol

biasanya dibuat daripada besi tuang. Jurnal aci sesondol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam kepala silinder. Lihat Rajah 8.35.

Rajah 8.35: Aci sesondol

f. Pandu Injap Pandu utama aci sesondol ialah tempat batang injap bergerak. Terdapat dua jenis pandu injap, iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. Jenis kamiran dibuat semasa proses pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada lubang dalam kepala silinder.

g. Dudukan injap Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara. Jenis dudukan injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Dudukan kamiran terdapat pada kepala silinder besi tuang sementara jenis pasang tekan terdapat dalam kepala silinder aloi aluminium. Sudut dudukan injap dalam enjin ialah 45 atau 30. Lihat Rajah 8.36.

Rajah 8.36: Pandu injap dan dudukan injap

h. Pepasangan Injap Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis Popet atau cendawan. Injap dibuat daripada proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka, batang dan jidar injap. Terdapat dua jenis injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap ekzos. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. Sudut muka injap ialah 45 dan 30. Lihat Rajah 8.37. Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran. Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung, ukuran dan ketegangannya.

Rajah 8.37: Pepasangan injap

i. Panca Rongga Masuk Panca rongga masuk dibuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada kepala silinder. Karburetor atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang disambung ke setiap silinder. Campuran udara dan bahan api masuk melalui saluran ini.

j. Panca Rongga Ekzos Panca rongga ekzos dibuat daripada besi tuang dan dipasang pada tepi silinder. Semasa injap ekzos terbuka, gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke paip ekzos.

k. Jenis Aci Sesondol


Aci Sesondol Atas Tunggal (SOHC). Aci Sesondol Atas Kembar (DOHC).

Rajah 8.38: Jenis aci sesondol

l. Jenis Ruang Pembakaran

Rajah 8.39: Jenis ruang pembakaran

8.5.3 Ujian Mampatan

Ujian mampatan dilakukan atas sebab yang berikut: a. Kuasa enjin berkurangan.

b. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.

c. Penggunaan bahan api yang tinggi. Jenis Ujian Mampatan: i. Mampatan kering.

ii.

Mampatan basah.

Ujian mampatan basah dilakukan apabila bacaan ujian mampatan kering adalah rendah daripada spesifikasi. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder.

8.5.4 Aktiviti
Berikut adalah aktiviti yang dijalankan berkaitan pelbagai jenis alatan mengukur, menguji dan menanda. Klik pada alat-alat berikut untuk melihat keterangannya. a. Tugasan Tutup i. ii. iii. iv. v. vi. Mengenal bahagian dan komponen kepala silinder. Menanggal kepala silinder enjin dua lejang. Menanggal kepala silinder enjin empat lejang. Mengenal pengelasan enjin. Melakukan ujian mampatan kering dan basah. Menganalisis hasil ujian mampatan kering dan basah.

b. Peralatan Tutup Alat dan mesin i. Alat tangan; dan

ii.

Penguji mampatan

Bahan dan kelengkapan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Kenderaan yang boleh digunakan; Enjin empat lejang; Enjin dua lejang; Enjin OHC; Manual workshop; Minyak pelincir; Carta enjin; dan Model enjin.

c. Langkah Kerja Tutup i. ii. iii. iv. Merombak rawat kepala silinder enjin dua lejang satu silinder. Merombak rawat kepala silinder enjin empat lejang empat silinder. Menguji dan merekod ujian mampatan kering dan basah. Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum ujian mampatan ialah:

Hidup dan panaskan enjin. Semua palam pencucuh dikeluarkan. Kabel dari gelung penyalaan dibumikan. Injap pendikit mesti dibuka penuh semasa ujian.

Rajah 8.40: Cara mengeluarkan but getah palam pencucuh v. Ujian mampatan kering

Pasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh. Engkol enjin sehingga jarum tolok mampatan sampai ke kedudukan stabil. Ulang semula gerak kerja (i) dan (ii) pada semua silinder yang lain. Rekodkan semua bacaan.

Rajah 8.41: Memasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh vi. Ujian mampatan basah

Masukkan sedikit minyak pelincir ke dalam silinder enjin. Ulang gerak kerja ujian mampatan kering.

vii.

Rekod Ujian Mampatan Silinder 1 2 3 4 Mampatan kering (a) Mampatan basah (b) (b) (a)

9.1 PENGENALAN SISTEM BAHAN API


Fungi utama sistem bahan api ialah memebekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang optimum. Kadar campuran berubah mengikut keadaan jalan yang dilalui oleh kenderaan.

9.1.1 Tangki Bahan Api


Tangki bahan api biasanya terletak jauh dari enjin untuk mengelakkan kebakaran khususnya ketika berlaku kemalangan. Biasanya tangki ini diperbuat daripada keluli tertekan. Di dalam tangki terdapat sesekat untuk mengurangkan bahan api bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak dalam tangki dan fungsinya ialah menghantar isyarat menunjukkan muatan tangki.

9.1.2 Pam Bahan Api


Fungsi pam bahan api ialah mengepam bahan api daripada tangki ke enjin. Terdapat dua jenis pam iaitu mekanikal dan elektrik diguna dalam kenderaan. Pam mekanikal dipasang pada enjin sementara pam elektrik dipasang dalam tangki bahan api. Kebanyakan kenderaan moden mengguna pam elektrik. Lihat Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Pam bahan api mekanikal

9.1.3 Tolok Bahan Api


Tolok bahan api menunjukkan paras bahan api dalam tangki minyak. Dua jenis tolok diguna dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis thermostatik.

9.1.4 Penapis Udara


Fungsi penapis udara ialah membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. Sila lihat Rajah 9.2. Penapis yang kotor dan tersumbat akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan membazirkan bahan api.Terdapat dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah dipasang atas corong karburetor.

Rajah 9.2: Penapis udara

9.1.5 Penapis Bahan Api


Bahan api perlu bersih apabila memasuki karburetor. Ia mengelakkan orifis karburetor daripada tersumbat. Bahan api yang kotor juga boleh menyebabkan injektor tersumbat. Lihat Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Penapis bahan api

9.1.6 Karburetor
Fungsi karburetor ialah membekalkan campuran udara dan bahanapi mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Berdasarkan aliran udara ia dibahagi kepada aliran tepi, bawah dan atas. Sila lihat Rajah 9.4(a), 9.4. Karburetor juga dikelaskan mengikut corongnya samada satu corong atau dua corong. Lihat Rajah 9.5.

Rajah 9.4: Jenis karburator berdasarkan udara

Rajah 9.5: Jenis satu corong Kenderaan melalui pelbagai keadaan semasa bergerak atas jalan. Bagi memenuhi keadaan ini berbagai litar digunakan dalam karburetor untuk menyalurkan campuran udara dan bahan api. Litar-litar utama ialah pelampung, pencekik, kelajuan melahu/rendah, kelajuan tinggi, kuasa penuh dan pencepat. Lihat Rajah 9.6.

Rajah 9.6: Litar pelampung

9.1.7 Sistem Pancitan Bahan Api Elektronik


Kendalian sistem ini adalah dengan memancit bahan api ke dalam panca rongga sedutan yang mengalirkan udara. Sistem ini adalah lebih effisyen berbanding dengan sistem karburetor kerana

ia dapat menyukat bahan api dengan lebih tepat mengikut keadaan jalan. Sukatan ditentukan oleh unit kawalan elektronik yang dibantu oleh penderia. Berdasarkan isyarat penderia, unit kawalan elektronik memberi isyarat kepada pemancit untuk menyembur bahan api.

9.1.8 Kendalian
Bahan api dari tangki disalurkan oleh pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki. Sebuah pengatur dalam sistem mampastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar.

9.1.9 Pemancit
Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang bergerak apabila arus laluinya. Lihat Rajah 9.7.

Rajah 9.7: Pemancit

9.2 PENGENALAN SISTEM PENYALAAN


Dalam enjin pembakaran dalam, campuran udara dan bahan api dimampat semasa lejang mampatan. Maka keadaan ini memerlukan percikan bunga api yang bervoltan tinggi dalam lingkungan 25000 volt.

9.2.1 Sistem Penyalaan Bateri


Kendalian sistem ini adalah berdasarkan menyambung dan memutuskan pengaliran arus melalui litar utama dalam sistem penyalaan bateri. Apabila arus mengalir melalui litar utama dan dibumikan melalui titik sesentuh yang tertutup akan terwujud medan magnet dalam gelung penyalaan. Bekalan arus terputus bila titik sesentuh terbuka dan medan magnet jatuh dalam gelung penyalaan mewujudkan arus bervoltan tinggi yang disalurkan ke plag pencucuh. Komponen utama dalam sistem ini ialah bateri, suis penyalaan, titik sesentuh, pengagih, gelung penyalaan dan plag pencucuh. Lihat Rajah 9.8.

Rajah 9.8: Sistem penyalaan bateri

9.2.2 Bateri
Bateri membekalkan arus untuk mengendalikan semua sistem dalam enjin. Terdapat dua jenis bateri iaitu basah dan kering. Setiap sel bateri mengandungi plat positif dan negatif. Plat-plat ini diasingkan oleh pemisah. Setiap sel boleh mengeluarkan dua volt dan bateri kenderaan biasa adalah 6 volt dan 12 volt. Lihat Rajah 9.9.

Rajah 9.9: Binaan sel bateri

9.2.3 Gelung Penyalaan


Kandungan gelung terdiri daripada dua belitan dawai tembaga berpenebat. Arus yang mengalir dalam belitan utama menghasilkan daya magnet. Apabila aliran arus terputus, medan magnet runtuh dan voltan tinggi dalam lingkungan 25000 volt dihantar ke plag pencucuh.

9.2.4 Plag Pencucuh


Fungsi plag pencucuh ialah memercihkan bunga api di antara elektrod tengah dan tepi untuk mencucuh campuran udara dan bahan api yang termampat dalam ruang pembakaran. Lihat Rajah 9.10.

Rajah 9.10: Binaan plag pencucuh

9.2.5 Sistem Penyalaan Elektronik


Penggunaan sistem penyalaan elektronik telah mengalami perubahan drastik hingga kini. Kebanyakan kenderaan tidak mengguna pengagih lagi. Setiap silinder mempunyai gelung penyalaan sendiri dan titik penyalaan ditentukan oleh isyarat daripada penderia aci engkol dan aci sesendol yang menghantar isyarat kepada unit kawalan elektronik.

9.2.6 Penderia
Penderia mengukur dan menterjemahkan isyarat yang diterima kepada isyarat elektrikal. Isyarat tersebut dihantar kepada unit kawalan elektronik yang akan membanding dengan voltan yang dihantar kepada penderia tersebut. Lihat Rajah 9.11.

Rajah 9.11: Penderia aliran udara

9.2.7 Unit Kawalan Elektronik


Unit kawalan elektronik diprogram mengikut spesifikasi enjin yang berfungsi untuk menerima isyarat daripada penderia, merekod, menganalisis isyarat dan membuat keputusan. Dengan maklumat tersebut unit ini akan mengarahkan penggerak-penggerak yang terdapat dalam enjin.

9.3 SISTEM PENYEJUKAN DAN SISTEM PELINCIRAN


Enjin pembakaran dalam perlu disejukkan semasa kendalian. Kegagalannya boleh menyebabkan bahagian-bahagiannya terlebur akibat suhu yang tinggi.

9.3.1 Sistem Penyejukan


Terdapat dua jenis sistem penejukan iaitu mengguna udara dan penyejuk. Enjin yang disejukkan oleh udara mempunyai sirip dikeliling silinder enjin dan dibantu oleh penghembus yang mengarahkan udara dikeliling silinder. Jenis kedua mengguna sistem penyejuk bertekanan. Dalam sistem ini penyejuk mengalir di sekeliling silinder dan disejukkan apabila mengalir melalui radiator. Pengaliran penyejuk dibantu oleh pam air. Pam air ini dikendalikan oleh tali sawat yang disambung kepada takal aci engkol. Komponen utama dalam sistem ini adalah radiator, pam air, kipas, thermostat dan paip hos.

9.3.2 Radiator
Air yang melaui selubung air perlu disejukkan sebelum beredar semula. Proses ini disempurnakan dengan mendedahkan penyejuk ke udara melalui permukaan yang luas. Paip dan sirip yang terdapat dalam radiator memudahkan proses pengalihan haba daripada penyejuk ke udara. Lihat Rajah 9.12.

Rajah 9.12: Radiator

9.3.3 Pam Air


Pam ini yang dilengkapi dengan pendesak bantu mengedarkan penyejuk dalam sistem. Pam air dipasang pada hadapan bungkah enjin dan dipacu oleh tali sawat.

9.3.4 Pelinciran Enjin


Pengendalian bahagian enjin yang bergerak menyebabkan geseran. Keadaan ini menyebabkan bahgian tersebut haus dengan mudah dan menjadi panas. Maka minyak pelincir perlu digunakan untuk melincir bahagian-bahagian enjin. Pelincir yang diguna dalam enjin kenderaan adalah hasil sampingan semasa memproses minyak mentah petroliam. Selain daripada minyak pelincir gris juga digunakan untuk tujuan melincirkan pergerakan bahagian tertentu.

Selain daripada melincirkan bahagian-bahagian, minyak pelincir juga berfungsi sebagai pengadang di antara dinding silinder dan omboh. Ia juga menyejukkan bahagian-bahagian yang bergerak dan bergeser serta mengalirkan kotoran dan serpihan keluar ke takungan minyak. Minyak yang kotor ditapis oleh penapis minyak yang terpasang pada enjin. Minyak pelincir lama ke lamaan akan menjadi kotor dan perlu diganti dengan yang baru. Panduan mengganti minyak pelincir serta penapis terdapat dalam manual kereta. Pelbagai kaedah digunakan untuk melincirkan enjin. Biasanya enjin motosikal silinder tunggal mengguna kaedah menyimbah minyak ke bahagian-bahagian. Ini dilakukan oleh penceduk yang terpasang pada rod penyambung. Sementara enjin berbilang silinder mengguna pam minyak pelincir untuk mengepam minyak daripada takungan kepada bahagian-bahagian enjin. Lihat Rajah 9.13.

Rajah 9.13: Sistem pelinciran kereta

10.1 SISTEM PENGHANTARAN KUASA


Rangkaian penghantaran kuasa merupakan bahagian-bahagian yang mengalirkan kuasa daripada enjin sampai ke roda. Bahagian-bahagian ini terdiri daripada klac, plat tekanan, kotak gear, aci putar, kerbeda dan aci pacu. Sila lihat Rajah 10.1. Pacuan roda berbeda mengikut kedudukan enjin dalam kereta. Pacuan roda hadapan dan belakang mempunyai senarai rangkaian penghantaran kuasa yang berlainan.

Rajah 10.1: Bahagian-bahagian sistem penghantaran kuasa

10.1.1 Klac
Plat klac yang juga dikenali sebagai piring geseran merupakan bahagian yang menyambung dan mengasingkan enjin dan kotak gear. Plat ini mengandungi pegas kusyen untuk menyerap getaran semasa berlakunya percantuman di antara plat klac dan roda tenaga. Pada plat klac diribetkan lapik asbestos. Lapik asbestos lama kelamaan akan haus dan plat klac perlu diganti.

10.1.2 Plat Tekanan


Unit ini berbentuk bulat menyerupai perumah dan mengandungi piring dan pegas serta gegendang atau pegas tekanan (bergantung kepada jenis) yang dipasang dalam penutup klac. Apabila injak klac ditekan, maka plat klac adalah bebas dan mengasingkan enjin daripada rangkaian penghantaran kuasa yang lain. Tindakan ini memudahkan pertukaran gear.

Rajah 10.2: Pepasangan klac

10.1.3 Kendalian dan Servis


Injak klac menggerakkan sistem samada secara mekanikal atau hidraulik. Galas pelepas akan menekan tuil pelepas yang seterusnya menarik plat tekanan memisahkan plat klac daripada roda tenaga. Apabila tuil dilepaskan, plat tekanan akan menolak plat klac dan menyebabkannya bercantum dengan roda tenaga. Kerja menservis berkala yang selalu dilakukan ialah memeriksa gerak bebas injak klac serta penggantian plat klac, plat tekanan dan galas tuil pelepas. Lihat Rajah 10.3.

Rajah 10.3: Gerak bebas injak klac

10.2 SISTEM KOTAK GEAR


Apabila kenderaan melalui keadaan jalan yang berbeza khususnya semasa melalui bukit, maka kenderaan memerlukan tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan jalan yang rata. Masalah ini

dipermudahkan dengan adanya kotak gear. Dengan membezakan cantuman gear, maka kenderaan boleh bergerak dengan selesa dalam apa jua keadaan jalan. Terdapat dua jenis kotak gear, iaitu manual dan automatik.

10.2.1 Kotak Gear Manual


Kotak gear manual mengandungi rangkaian gear yang tersusun dalam satu kotak. Unit ini memudahkan penukaran kelajuan kenderaan, menanggung beban serta naik bukit. Kotak gear juga memudahkan kenderaan maju, undur dan bebas. Dalam keadaan bebas enjin boleh dihidupkan tanpa kenderaan bergerak. Kedudukan gear yang biasa terdapat dalam kenderaan penumpang ialah gear bebas, pertama, kedua, ketiga, keempat dan gear undur. Gigi gear yang biasa digunakan dalam kotak gear adalah jeni heliks. Gear ini adalah kuat dan senyap semasa kendalian. Lihat Rajah 10.4.

Rajah 10.4: Kotak gear manual

10.2.2 Unit Segerak


Unit segerak memudahkan penukaran gear semasa kenderaan berjalan. Ia juga mengurangkan kehausan gear.

10.2.3 Kerbeda
Kerbeda mengalirkan kuasa enjin dari aci putar ke roda pemacu. Seterusnya membolehkan pemindahan daya kilas ke roda pada sudut 90. Semasa kenderaan berjalan lurus kerbeda menentukan pusingan kedua dua belah roda adalah sama. Semasa membelok kerbeda membolehkan pusingan roda kiri dan kanan berbeza bagi mengelakkan kegelinciran. Lihat Rajah 10.5.

Rajah 10.5: Kerbeda

10.2.4 Kotak Gear Automatik


Bahagian-bahagian utama dalam kotak gear automatik ialah gandingan bendalir, pam minyak, klac dan band serta pepasangan gear planetary. Kendalian kotak gear adalah dengan pergerakan gandingan bendalir. Kuasa dialihkan melalui turbin, gear planetary dan seterusnya ke aci pemacu. Kerja menservis bagi kotak gear ialah penukaran minyak gear dan penapis mengikut jadual berkala. Minyak pelincir yang digunakan dalam kotak gear automatik adalah berbeza berbanding dengan minyak kotak gear manual. Lihat Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Gear planetary


10.3 SISTEM BREK =Usaha memberhentikan kenderaan yg sudah bergerak laju mmerlukan tenaga yg setimpal ttp diaplikasikan dgn hanya menekan injak brek ~Kerja membrek dilakukan dgn mudah mlalui aplikasi sistem hidraulik = 2 Sistem brek dlm kenderaan iaitu (a) brek kuasa bantuan vakum (b) bantuan hidraulik Bahagian-bahagian Utama Penerangan pam induk brek brek servo silinder roda kasut/lapik brek

10.3.1 Kendalian (a) Apabila injak brek ditekan, omboh dlm pam induk brek akan mhasilkan tekanan dan menolak bendalir mlalui paip ke roda silinder (b) Omboh dlm roda silinder menolak kekasut brek bergesel dgn gelendung brek (c) Apabila injak brek dilepaskan, pegas pembalik menarik kekasut brek drpd gelendung brek (d) Kekasut brek menolak omboh silinder roda yg mana seterusnya menolak bendalir brek ke pam induk brek dan menolak omboh dlm pam induk ke tempat asal (e) Bendalir brek mempunyai sifat-sifat tertentu seperti menyerap air, berfungsi sebagai pelincir dan juga tidak mudah mengembang. 10.3.2 Pam Induk Brek

Pan induk brek dipasang sebelah belakang injak brek (lihat Rajah 10.8). Dua bahagian utama pam induk ialah takungan dan badan silinder induk. Dalam silinder terdapat dua set omboh bertujuan untuk mengasingkan sistem hadapan dan sistem belakang. Tujuannya ialah, jika satu set rosak yang satu lagi masih berfungsi sementara.

Rajah 10.8: Pam induk brek 10.3.3 Silinder Roda Terdapat dua omboh dalam silinder roda. Ini adalah untuk menggerakkan dua kekasut brek. 10.3.4 Brek Ceper Terdapat dua jenis brek pada roda. Brek ceper biasanya digunakan pada roda hadapan. Bahagian lain yang terdapat dalam unit ialah angkup yang mempunyai pad brek. Ia adalah lebih cekap daripada jenis gelendung brek. 10.3.5 Brek Gelendung Brek gelendung biasanya digunakan pada roda belakang. Ia mengandungi silinder roda dan kekasut brek. 10.3.6 Brek Udara Brek udara biasanya digunakan dalam kenderaan berat seperti lori besar dan bas. Jika brek hidraulik digunakan, maka akan memerlukan tenaga yang tinggi untuk menekan injak brek memandangkan kenderaan tersebut adalah berat dan biasanya membawa muatan berat. Dalam sistem brek udara, tekanan udara digunakan untuk menggerakkan rangkaian bahagian-bahagian yang menggerakkan kekasut brek. Bahagian utama dalam sistem ini adalah pemampat udara, tangki udara, perangkap air dan lengan yang menggerakkan kekasut brek.

You might also like