You are on page 1of 4

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM ANAK ANGKAT BINA INSAN GURU SEMESTER 4

Kelas PISMP IP4H dan IP4B telah menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) di SK Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau Kedah untuk semester 4 ini. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut adalah merangkumi aktiviti perkhemahan, program anak angkat, seminar motivasi bagi murid-murid tahun 5 dan 6 serta gotong-royong di kawasan sekolah. Seperti program-program BIG yang lalu, saya juga telah mengenalpasti kekuatan (strenghth), kelemahan (weakness), peluang (opportunity), dan ancaman (threat) yang terdapat sepanjang kelangsungan saya dan rakan-rakan menjalankan program ini. Kekuatan (Strenghth) Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya mengikuti program ini, terdapat beberapa kekuatan yang menyumbang kepada kelancaran program ini. Semua pelajar dapat memberikan kerjasama yang cukup baik

walaupun terdiri daripada kelas yang berbeza. Hal ini dapat dilihat dalam setiap aktiviti yang berlangsung di mana pelajar-pelajar cukup mesra dan berjaya melaksanakannya dalam suasana yang baik tanpa sebarang salah faham. Dalam pada itu, pensyarah terlibat juga telah memberikan dorongan dan sokongan yang menggalakkan kepada semua peserta. Pensyarah-pensyarah turut hadir dan membuat pemantauan juga perbincangan bersama pelajar supaya kerjakerja yang akan dilaksanakan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Walaupun terpaksa tidur di khemah, namun mereka tetap bersama pelajar tanpa mengira

keadaan. Dalam mengikuti program ini, kekuatan yang dilihat turut terdapat ialah kewujudan peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai suasana kampung. Seperti saya sendiri, walaupun berasal daripada

kampung, namun pengalaman melihat pelbagai jenis haiwan ternakan dalam jumlah yang terlalu besar di belakang rumah merupakan satu pengalaman baru buat saya. Juga, melihat bagaimana suasana dan keadaan penduduk kampung yang menyara hidup dengan menoreh getah. Sememangnya pengalaman yang berharga ini benarbenar bermakna buat saya. Keseronokan berada di dalam program ini telah member peluang kepada peserta menjalinkan hubungan yang utuh dengan penduduk kampung di sini. Walaupun hanya tiga hari, namun ikatan yang terjalin amat bernilai buat para peserta. Kelemahan (Weakness) Di sebalik kelancaran program ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang harus diperbaiki untuk masa-masa akan datang. Masalah pengurusan masa adalah antara yang berjaya dikenalpasti. Peserta dilihat masih lagi tidak berjaya berada di sesuatu tempat berkumpul atau program tepat pada waktunya. diperoleh mendapati, ada segelintir masih Pemerhatian yang

berjalan perlahan walaupun sudah

lambat dan ditunggu oleh pensyarah dan rakan-rakan. Seharusnya, peserta harus mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya menepati masa kerana kelewatan yang berlaku walaupun sedikit akan menjejaskan aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa seterusnya. Barangkali, ini merupakan program pertama yang melibatkan keluarga angkat, saya melihat sedikit ketidaksesuaian berlaku dalam pemberian hadiah kepada keluarga angkat. Cenderamata yang dipilih

perlulah bersesuaian dengan jenis program yang dibuat dan penglibatan ahlinya perlu diambil kira. Selain itu, dilihat juga peserta yang dipasangkan dengan peserta

lain bagi satu keluarga angkat tidak dapat menunjukkan keyakinan diri yang sebenar. Hal ini, disebabkan ada diantara mereka masih malu-malu. Oleh itu, peserta harus belajar untuk mengurangkan perasaan sedemikian kerana ia akan menjejaskan mutu dan peluang bagi meningkatkan keyakinan diri. Juga, terdapat segelintir yang tidak mengambil serius dengan matlamat program kali ini. Perkara ini seharusnya

dititikberatkan oleh setiap peserta dan perlu menanamkan dalam diri masing-masing tentang tanggungjawab yang perlu mereka pikul untuk menjadikan program ini bermakna dan memberi kesan yang baik pada diri masing-masing. Peluang (Opportunity) Dari aspek peluang yang dikenalpasti, layanan yang diberikan oleh penduduk kampung membuka hati kami untuk ke kampung. Semasa saya sampai di sana, mereka semua menyambut mesra kedatangan kami semua dan kelihatan sungguh seronok. Peserta juga berkesempatan untuk mengenali suasana kampung. Peluang yang terbuka ini, amat bermakna bagi peserta yang tinggal di kawasan Bandar. Oleh yang demikian mereka, dapat belajar untuk menyesuiakan diri berhadapan dengan suasana hidup di kampung-kampung. Peluang yang turut diperoleh oleh peserta ialah dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk kampung. Ini

dilihat satu peluang yang baik kerana peserta bukan sahaja belajar di dalam kampus malah dapat juga mengenali penduduk di sekitar tempat belajar, dengan adanya program ini. Ancaman (Threat) Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa ancaman yang dikenalpasti melalui program yang dijalankan ini. Ancaman yang pertama ialah kawasan

perkhemahan yang diberikan adalah agak tidak sesuai. Kawasan tersebut adalah di

bahagian tepi padang yang hampir dengan tempat pembuangan kayu-kayu dan juga terdapat sisa-sisa sampah seperti plastik. Saya berpendapat bahawa adalah lebih selamat jika persekitaran kawasan adalah bebas dari perkara-perkara tersebut kerana ia boleh menimbulkan bahaya yang tidak dijangka sekiranya kayu-kayu tersebut berselerak di kawasan perkhemahan. Binatang-binatang atau serangga

berbisa juga turut akan hadir sekiranya kawasan sedemikian tidak dihapuskan dan ini akan membahayakan keselematan para peserta. Selain itu, perkhidmatan bas yang tidak berkualiti turut menjadi ancaman kepada program yang dijalankan. Perkhidmatan bas mengalami masalah pada awalnya kerana bertembung dengan kumpulan yang lain. Ditambaha pula dengan bilangan bas yang hanya satu sahaja. Perkara ini, boleh mengundang kepada masalah pengurusan yang lain dan jika tidak berjaya diatasi dan mungkin akan menyebabkan penundaan berlaku. Program

angkat yang dijalankan, dilihat peluang kepada peserta mendapat keluarga angkat masing-masing. Namun, ada diantara keluarga yang tidak sepenuhnya sudi untuk menerima anak angkat. Hal ini,menyebabkan peserta yang tidak mempunyai

keluarga angkat tidak berpeluang untuk menimba pengalaman yang sepatutnya. Juga, ia menyebabkan masalah pengurusan menjadi celaru tidak kira dari pihak peserta ataupun penduduk kampung.