Akibat Curi Tulang Terima kasih pengerusi majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang bijaksana, guru

-guru,rakan-rakan dan hadirin yang dikasihi, sala, sejahtera dan salam satu Malaysia. Tajuk cerita saya ialah Akibat Curi Tulang. Sang kancil, Sang Beruang, Sang Monyet, Sang Tupai dan Sang Gajah bersahabt baik. Mereka tinggal di dalam hutan yang sama. Pada suatu hari, mereka hendak keluar mencari makanan. Namun, Sang Tupai tidak dapat ikut serta kerana kurang sihat. Jadi, mereka terpaksa meninggalkan Sang Tupai sendiri. “kasihan Sang Tupai terpaksa tinggal sendiri. Apa kata Sang Monyet tolong temankannya?” cadang Sang Kancil. Sang Beruang, Sang Monyet dan Sang Gajah bersetuju dengan cadangan itu. Sang Kancil, Sang Beruang dan Sang Gajah pun memulakan perjalanan. Sejurus selepas mereka hilang daripada pandangan, Sang Tupai melompat-lompat dengan gembira. Sang Monyet terkejut melihat telatah Sang Tupai itu. Sebenarnya Sang Tupai berpura-pura sakit kerana malas hendak mencari makanan. Sang Tupai memujuk Sang Monyet bersubahat dengannya. Sang Monyet termakan pujukan sahabatnya itu. Mereka pun tidur sementara menunggu makanan. Tidak lama kemudian, Sang Kancil, Sang Beruang, dan Sang Gajah pulang dengan membawa pelbagai jenis buah-buahan. Sang Tupai dan Sang Monyet berasa gembira kerana tidak perlu susah payah mencari makanan. Mereka makan dengan sepuas-puasnya. Pada keesokan harinya, Sang kancil dan sahabatnya bersiap sedia hendak mencari makanan. Pada kali ini, Sang Monyet pula berpura-pura sakit. Sang Tupai beria-ia hendak menemani Sang Monyet.

Selepas Sang Kancil dan dua sahabatnya pergi, Sang Monyet dan Sang Tupai sekali lagi gembira kerana tidak perlu keluar mencari makanan. Sang Monyet dan Sang Tupai pun tidur dengan nyenyaknya. Ruparupanya gelagat mereka diperhatikan oleh Sang ular sawa dan Sang harimau. Sang Ular Sawa pun terus membelit Sang Tupai. Sang Harimau pula memijak ekor Sang Monyet agar mereka tidak boleh melepaskan diri. “tolong! Tolong !” jerit Sang Tupai dan Sang Monyet Mereka sangat takut, mereka tidak mahu menjadi makanan bagi Sang Ular Sawa dan Sang Harimau. Tiba-tiba kepala Sang Ular Sawa dan Sang Harimau dipukul dengan sebatang kayu. Rupa-rupanya, Sang Beruang dan Sang Gajah telah memukul kepala kedua-dua haiwan itu dengan sebatang kayu. Akhirnya, Sang Ular Sawa dan Sang harimau berlari dari situ dalam ketakutan. Sang Tupai dan Sang Monyet berterima kasih kepada Sang Kancil, Sang Beruang dan Sang Gajah kerana menyelamatkan mereka. Mereka menyesal dengan perbuatan mereka. Mereka berjanji tidak akan curi tulang lagi. Sang kancil, Sang Beruang dan Sang Gajah telah memaafkan Sang Tupai dan Sang Monyet. Mereka keluar mencari makanan bersama-sama. Akhirnya suasana menjadi ceria semula. Hai, kawan-kawan Moral cerita ini ialah jangan kita cuba menipu rakan yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada kita. Sekian, terima kasih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful