You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB TENIS IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK ************************************************************************************************ A. Pengenalan Penubuhan Kelab Tenis ini adalah hasil ilham daripada Encik Manogaran, pensyarah penasihat GERKO Tenis IPGKTAR. Idea penubuhan ini juga bertitik tolak daripada cadangan penubuhan yang telah mendapat respon yang amat menggalakkan daripada pelajar kampus yang menyertai Program Play+Stay Tennis Coaching Course yang diadakan di Pusat Tenis Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA) pada 5 hingga 7 Oktober 2012. Semasa majlis penutupan Program Play+Stay tersebut, Presiden SLTA Dato Patrick Liew berharap agar pelbagai aktiviti berkaitan sukan tenis digiatkan di kampus secara aktif melalui ilmu dan pengalaman yang telah ditimba semasa Program Play+Stay. Sehubungan dengan itu, penubuhan Kelab Tenis IPGKTAR akan menjadi mdium untuk menyelaraskan segala kegiatan sukan tenis yang aktif di kampus juga kawasan sekitarnya. Seramai 39 pelajar telah bersetuju untuk menjadi ahli Kelab Tenis IPGKTAR. Sehubungan itu, setelah berbincang dengan Encik Michael Belekum, Ketua Unit Kokurikulum IPGKTAR, beliau bersetuju untuk menjadikan pelajar yang mengikuti GERKO permainan tenis secara automatik mendapat keahlian Kelab Tenis. B. Objektif Kelab Tenis 1. Untuk menubuhkan Kelab Tenis IPGKTAR. 2. Merealisasikan aspirasi IPG Sukan dan Program 1Murid 1Sukan. 3. Menyelaras segala aktiviti berkaitan sukan tenis di peringkat kampus. 4. Memberi pendedahan yang lebih luas kepada ahli kelab dan pelajar kampus tentang sukan tenis.

5. Membentuk satu pasukan pemain tenis IPGKTAR untuk menyertai kejohanan kejohanan sukan tenis yang diadakan di luar kampus. 6. Memastikan kemudahan gelanggang tenis di kampus digunakan dengan sebaik baiknya melalui aktiviti berkaitan sukan tenis. 7. Menganjurkan klinik tenis & tenis mini yang melibatkan penyertaan daripada sekolah sekolah rendah berhampiran kampus. 8. Menghasilkan pemain pelapis tenis kampus dengan latihan berstruktur melalui Kelab Tenis IPGKTAR. 9. Mempromosi serta membudayakan sukan tenis untuk dijadikan sebagai sukan pilihan kepada pelajar kampus dalam kegiatan kesukanan dan rekreasi. C. Keahlian Keahlian adalah terdiri dari kalangan; a) Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa di IPGKTAR b) 39 pelajar yang mengikuti Program Play+Stay Tennis Coaches c) Pelajar yang mengikuti GERKO permainan tenis d) Staf IPGKTAR D. Perlembagaan Kelab Tenis Perlembagaan Kelab Tenis boleh dirujuk pada Lampiran A. E. Penutup Adalah menjadi hasrat dan harapan penubuhan Kelab Tenis ini diluluskan oleh pihak pengurusan IPG Kampus Tun Abdul Razak. Diharap semua pihak yang terlibat dapat memberi perhatian, pertimbangan dan sokongan serta kerjasama untuk menjayakan penubuhan Kelab Tenis ini agar segala aktiviti berkaitan sukan tenis dapat diselaraskan di bawah kelab ini. Segala komitmen serta iltizam daripada semua pihak untuk penubuhan Kelab Tenis amatlah dihargai dan dirakamkan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MOHAMAD FARDZIZUL BIN ISMAIL) Pengerusi Pelajar Program Play+Stay Tennis Course Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Disokong oleh,

.. DisokongA/L oleh, (EN. MANOGARAN SUBRAMANIAM) Pensyarah Penasihat GERKO Tenis _____________________ Institut Pendidikan Guru (ARRZAHARA Kampus Tun Abdul Razak BT AFFENDI) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program BIG Siri 3 Khidmat Pendidikan PISMP SN 1110

. (ENCIK MICHAEL BELEKUM) Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Diluluskan oleh,

(HAMSIAH BINTI ABDULLAH MASNI) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

You might also like