1.

0 PENGENALAN Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum,1992). Menurut Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulum perlu dilakukan untuk mengesan perkara-perkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspek kualiti kurikulum sedia ada. Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal telah dipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui program Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah. Dalam Seminar Kebangsaan penilaian KBSM tahun 1996, beberapa kelemahan dalam pelaksanaan KBSM di sekolah telah dikenalpasti iaitu terlalu menjurus ke arah berorientasikan peperiksaan dan mencadangkan supaya bentuk penilaian dikaji semula dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah diberikan pengiktirafan (Zalina, 1996). Ini adalah selaras dengan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai teras membangunkan modal insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran yang dapat dikuasai oleh pelajar.

2.0 PENILAIAN KBSM Penilaian KBSM mempunyai dua bentuk, iaitu: 1.Penilaian penilaian yang dijalankan Guru secara berterusan penilaian atau

formatif.

menjalankan

dengan

t u j u a n u n t u k m e n g e t a h u i p e n y e r t a a n p e l a j a r terhadap pengetahuan , kemahiran dan nilai murni. Penilaian secara berterusanmelalui berbagai cara seperti pemerhatian, soal jawab, hasil kerja dan ujian.

1

2.Penilaian dalam bentuk peperiksaan. Penilaian ini dijalankan untuk mengetahui p e n c a p a i a n ini juga pelajar pada sebagai projek. masa-masa penilaian itu tertentu seperti di akhir penggal dan penghujung tahun. Penilaian bertulis, amali dikenali dalam bentuk s u m a t i f . Peperiksaan dilakukan melalui berbagai cara seperti ujian dant u g a s Disamping d i a d a k a n j u g a p e p e r i k s a a n y a n g dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan seperti PMR, SPM dan STPM. Untuk mempertingkatkan keberkesanan pentaksiran pelajaran sains di peringkat SPM, format dan pentaksiran itu mulai Pusat matapelajaran tahun 1999, ini diperbaiki. Lembaga Kurikulum Sehubungan dengan

Peperiksaan

Perkembangan

t e l a h memperkenalkan satu kaedah penilaian amali sains yang baru bagi mata pelajaran elektif seperti Biologi, Kimia dan Fizik yang dipanggil Pentaksiran Amali Berasaskan Sekolah atau ringkasnya Peka Biologi, Peka Kimia dan Peka Fizik. Penekanan dalam Peka ini bukan sahaja kepada aspek kognitif (pengetahuan)tetapi kemahiran proses juga sains, terhadap kemahiran saintifik dan atau k e m a h i r a n manipulatif kemahiran

(afektif) nilai murni. Penilaian dalam peka juga melibatkan p e n i l a i a n prestasi, penilaian produk (hasil) dan penilaian proses. Tugasan ini perlu dijalankan serentak dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perancangan strategik dan a k t i v i t i p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n y a n g b e r k e s a n d a n kawalan disiplin dalam kelas yang saiznya mungkin seramai 30 hingga 40 orang pelajar

3.0 PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA) “Penaksiran Kerja Amali” (PEKA) merupakan satu pendekatan baru yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di sekolah. PEKA digubal adalah bertujuan untuk menggantikan peperiksaan amali bagi mata pelajaran sains seperti Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tingkatan 1 hingga 5. Ini kerana penaksiran mata
2

Kimia dan Sains tingkatan 1 hingga 5 di mana setiap mata pelajaran mempunyai PEKA tersendiri. 1999). Ujian Rujukan Kriteria ialah satu pendekatan penaksiran di mana prestasi pelajar ditaksir berdasarkan kriteria yang telah di tentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan tidak di banding dengan prestasi pelajar lain (Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM. PEKA ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan rujukan kriteria yang menjurus kepada penjaminan kualiti. Sehubungan dengan itu panduan PEKA telah dihasilkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Kertas 2 dan Kertas 3. Fizik. Penjaminan kualiti pula merujuk kepada tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang akan dilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan. melalui beberapa 3 siri mesyuarat. yang dilakukan secara formatif di peringkat sekolah. bengkel dan .Instrumen pentaksiran dalam pendidikan ialah perkara atau bahan yang digunakan dalam menentukan. 1999). Produk dalam konteks ini ialah individu yang telah melalui satu proses pendidikan manakala kualitinya ialah ciri-ciri individu yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1999) PEKA sains adalah merujuk kepada mata pelajaran utama sains iaitu Biologi. mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses pendidikan (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.pelajaran sains semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1993 hinggalah tahun 1998 dijalankan dalam tiga kertas iaituKertas 1. Matlamat utama perlaksanaan PEKA adalah untuk mempertingkat penilaian prestasi pelajar khususnya melibatkan penguasaan kemahiran saintifik pelajar dan penerapan nilai murni.

guru kanan dan guru yang pengalaman dalam mata pelajaran Fizik. dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan. prinsip. Usaha ini dibuat melalui pernyataan kriteria yang jelas . kriteria serta prosedur bagaimana cara untuk melaksanakan proses penilaian berkesan dalam mata pelajaran Fizik. • Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada proses mengumpul dan merumus skor oleh guru yang mengajar bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Aspek kuantitatif dalam PEKA sains merujuk kepada apa yang ditaksir. Sains di samping pegawai kurikulum dan pengawai penilai. • Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada aspek kuantitatif dan kualitatif pentaksiran itu sendiri. mekanisme penyelarasan dan pemantauan. Perumusan akan dibuat di peringkat mikro dan makro berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan dan peraturan penggredan yang telah dibina. Kimia. Biologi. Kimia. Biologi. iaitu elemen yang dihasratkan akan diperkembangkan dalam diri pelajar menerusi mata pelajaran sains (Sains. Panduan PEKA mengandungi maklumat yang berkaitan dengan konsep. Biologi dan Sains. • Dimoderatkan pula merujuk kepada usaha memastikan yang tiap-tiap pelajar ditaksir berdasarkan aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif yang sama.perbincanganyang melibatkan guru pakar. PEKA merupakan sistem penaksiran yang dilaksanakan (dirancang. ditadbir. Dengan itu semua sekolah akan menumpukan kepada penaksiran yang merujuk kepada elemen yang sama. diskor. Aspek kualitatif merujuk kepada di mana penaksiran itu 4 . Fizik Dan Kimia).

Pelajar hendaklah diberitahu apa yang hendak ditaksir terhadap dirinya. 1999). dan melalui PEKA guru mampu mengetahui tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia. Maklumbalas ini akan membolehkan pelajar memperbaiki penguasaan kemahiran proses sains.didasarkan. Pencapaian pelajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan agar semua sekolah dapat menumpukan kepada kriteria yang sama. Pelajar bersedia untuk ditaksir.0 PRINSIP-PRINSIP PENAKSIRAN PEKA Prinsip-prinsip penaksiran yang digunakan di dalam PEKA ialah : i. ii. PEKA bertujuan untuk menentukan bahawa pelajar benar-benar menguasai kemahiran saintifik.0 OBJEKTIF PEKA SAINS • PEKA Sains dilaksanakan untuk membolehkan murid:menguasai kemahiran saintifik • • Memperkukuhkan teori dan konsep sains Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni 5 . 4. iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. 5. iii. PEKA yang menekankan pentaksiran berasaskan sekolah adalah selari dengan aliran pentaksiran kerja amali sains di negara-negara lain dan para pendidik sains berpendapat pentaksiran berasaskan sekolah adalah lebih baik daripada ujian amali (Cheung & Yip. 2004). Secara keseluruhan. Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tersebut telah mengikuti proses pembelajaran.

bagaimana.0 CIRI-CIRI PEKA SAINS Dalam usaha untuk merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran. • Telus dan terbuka Murid mengetahui apa. Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid yang telah bersedia untuk ditaksir dalam keadaan tenang. maka proses pentaksiran dalam PEKA Sains disasarkan pada ciri-ciri berikut: • Keserasian dengan kehendak kurikulum Format pentaksiran dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik. Pentaksiran juga dilaksanakan berdasarkan ilustrasi berikut. ILUSTRASI PENTAKSIRAN MULA 6 . • Kebolehsanaan dan sistematik Format pantaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru. sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains • Berpusatkan murid Aktiviti yang ditaksir dilakukan sepenuhnya oleh murid.6. bila dan di mana pentaksiran adan dilakukan.

PENATARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PERKARA YANG DITAFSIR INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENATARAN PANDUAN PENSKORAN MENSKOR MEREKOD TIDAK SKOR YA MERUMUS PENGREDAN PELAPORAN DAN PENSIJILAN TAMAT • Pelbagai instrumen 7 .

laporan amali. • Pemantauan berkala Pemantauan dilakukan secara berkala dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dilakukan berterusan sehingga murid menguasai kemahiran yang ditafsir. temu bual. guru pentaksir dan murid yang terlibat. • Pelaporan positif Skor yang dilaporkan akan menunjukkan tahap penguasaan yang boleh menggalakkan murid memperbaiki tahap penguasaan dari semasa ke semasa. Penyelia Petang. pemantau.0 PENGOPERASIAN PEKA SAINS • Penataran Penataran ialah pendedahan dan penyebaran maklumat PEKA sains kepada pihak yang terlibat dengan PEKA Sains seperti penyelaras.Pentaksiran dilakukan dengan menggunakan pelbagai instrumen. Penolong kanan. • Pelaksanaan PEKA 8 . pentadbir sekolah (pengetua. • Mempunyai skor Skor yang diberikan oleh pentafsir melalui PEKA Sains adalah sah dan boleh dipercayai. Guru Kanan Sains). senarai semak. folio dan lain-lain. skala kadar. 7. Jurulatih Utama Negeri (JUN) dan Jurulatih Utama Daerah (JUD) akan mengadakan mesyuarat Penataran PEKA. • Formatif dan berterusan Murid diberi peluang untuk memperbaiki skor dalam kemahiran yang ditafsir. Contoh: pemerhatian.

• Pemantau luar  Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia  Jemaah Nazir Sekolah  Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 9 . • Pemantauan Pemantauan ialah satu proses untuk melihat dan memastikan PEKA Sains dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan (rujuk Borang Pemantauan pada lampiran). penggunaan yang betul terhadap peraturan penskoran dan pemberian skor yang betul bagi setiap murid.PEKA Sains dijalankan oleh Pentaksir Sekolah (PS) di sekolah mengikut prosedur berikut: • • • • • • • • • • Perancangan Penataran Pelaksanaan Penyelarasan Pemantauan Pengesanan Penskoran Pengredan Persijilan Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses yang dijalankan untuk memastikan kefahaman terhadap peraturan penskoran.

 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)  Ketua Pentaksir Negari  Ketua Pentaksir Kawasan/Daerah • Pemantau dalaman  Pengetua  Penolong Kanan  Guru Cemerlang  Guru Kanan Matapelajaran  Guru-guru yang dilantik oleh pengetua. kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program.0 PENTADBIRAN PEKA SAINS DI SMK JENAGOR 10 . 8.0 KONSTRUK YANG DITAFSIR PEKA Sains ditaksir berdasarkan konstruk berikut: I Merancang penyiasatan/ eksperimen II Menjalankan penyiasatan/ eksperimen III Mengumpul dan merekod data IV Mentafsir data dan membuat kesimpulan V Sikap saintifik dan nilai murni 9. • Pengesanan Pengesanan ialah proses menilai program PEKA Sains dari segi pencapaian objektif.

Untuk subjek sains terutama untuk sains tingkatan empat dan lima. Tajuk-tajuk eksperimen adalah seperti berikut. . 10.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PEKA SAINS 11 .PEKA Sains di SMK Jenagor dilaksanakan terhadap pelajar tingkatan 1 hingga 5 mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM. Tempoh pelaksanaan PEKA Sains adalah bermula dari bulan januari hingga Ogos. Pentaksir sekolah yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran sains akan mentafsir pelajar mereka mengikut konstruk yang telah ditentukan. tajuk-tajuk untuk PEKA adalah terdiri daripada tajuk-tajuk pembelajaran sains tingkatan empat dan lima.

Pelajar diberi masa selama 1 jam 20 minit untuk menjalankan eksperimen dan melenkapkan laporan amali mereka. Tajuk ini pelajar telah pelajari di dalam kelas di bawah topik Mikroorganisma.1 Sebelum pentaksiran. pelajar harus melengkapkan laporan amali mereka iaitu keputusan. tarikh dan tempat juga ditentukan oleh saya. saya akan menerangkan terlebih dahulu langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menjalankan eksperimen tersebut bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan semasa para pelajar menjalankan eksperimen. bertanggungjawab dan sistematik. Saya juga meminta pelajar menyiapkan dahulu laporan amali sains mengikut format yang terdapat dalam buku panduan amalli sains tingkatan 5. dan kesimpulan.. Contoh tajuk amali yang diberi ialah untuk mengkaji kesan cahaya terhadap kadar pembiakan bakteria. Sebelum pelajar menjalankan eksperimen.Kemudian barulah pelajar dibenarkan menjalankan eksperimen yang telah diarahkan secara berkumpulan dengan berpandukan prosedur eksperimen yang telah ditulis dalam laporan amali pelajar.10. perbincangan. Setiap pelajar mesti menghantar laporan amali yang lengkap sebelum mereka masuk ke kelas untuk P&P seterusnya. Tajuk amali mestilah tajuk yang berkaitan dengan P&P yang telah dipelajari di dalam kelas. Di sini saya akan mentafsir pelajar dari aspek merancang eksperimen. 12 . Setelah pelajar selesai menjalankan eksperimen dalam masa yang ditetapkan.2 Semasa pentaksiran Saya membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang pelajar. 10. Saya selaku guru matapelajaran Sains merangkap sebagai pentaksir sekolah (PS) menberikan pelajar tajuk tugasan amali dan apakah elemen-elemen yang akan ditaksir oleh saya. Masa. Pelajar harus menjalankan eksperimen tersebut dengan bantuan dan kerjasama ahli kumpulan masing-masing sehingga eksperimen tersebut berjaya dilaksanakan manakala saya akan mentafsir pelajar dari aspek kebolehan menjalankan eksperimen seperti kebolehan mengguna dan mengendalikan radas dan bahan dengan betul dan cermat dan juga dari aspek nilai-nilai murni seperti sifat bekerjasama.

Skor diberi berpandukan petunjuk prestasi yang terdapat dalam Jadual Peraturan penskoran dan direkodkan dalam Borang Skor Individu (rujuk lampiran). Konstruk ditafsir Konstruk I Merancang Eksperimen Kebolehan mempamerkan perancangan menyeluruh yang mengandungi perkara berikut dengan tepat: 1.Laporan amali yang telah diterima oleh saya akan disemak dan ditafsir berdasarkan skor dalam Buku Panduan pantaksiran kerja Amali sains SPM. penggunaan dan 13 Skor 3 Boleh menguasai semua petunjuk prestasi dengan . Tujuan eksperimen 2. kebolehan melukis radas dengan betul.dan kebolehan melukis graf dengan betul sekiranya ada serta dapat menyatakan rumusan dan kesimpulan dengan betul. kebolehan merekod data pemerhatian dalam jadual dengan betul. Kaedah atau teknik Skor 3 Mengandungi semua lima petunjuk prestasi yang ditulis dengan tepat Skor 2 Mengandungi mana-mana tiga atau empat petunjuk prestasi yang ditulis dengan tepat Skor 1 Menguasai prestasi mana-mana yang ditulis yang Petunjuk Prestasi Skor satu atau dua petunjuk dengan tepat Konstruk II Menjalankan eksperimen Kebolehan menjalankan eksperimen mengikut perancangan. Berikut ialah jadual Peraturan penskoran. Bahan dan atau radas 5. Hipotesis 3. Laporan amali yang diterima akan ditafsir dari aspek kebolehan menulis laporan mengikut format. Semua pembolehubah yang terlibat 4.

4. Kebolehan mengguna dan mengendali bahan/radas 2.pengendalian bahan/ radas 1. Boleh mencatatkan data/ 14 mana satu petunjuk pemerhatian yang diperolehi . Kebolehan melakar/melukis spesimen/peralatan sains dengan susunan yang betul dan tepat betul Skor 2 Boleh menguasai manamana betul Skor 1 Boleh menguasai manamana satu petunjuk prestasi dengan betul dua hingga tiga petunjuk prestasi dengan Konstruk III Mengumpul dan merekod data/pemerhatian 1. Kebolehan menyimpan radas/bahan dengan betul dan selamat. Kebolehan membersihkan bahan/radas dengan cara yang betul 3. Boleh melengkapkan pembolehubah dimanipulasikan dalam jadual dengan betul/ merekod ukuran kepada bilangan titik perpuluhan yang sepadan mengikut ketetapan alat pengukuran ( jika ada) Skor 3 Boleh menguasai semua petunjuk prestasi dengan betul Skor 2 Boleh menguasai manamana dua petunjuk prestasi dengan betul Skor 1 Boleh menguasai mana- 3. Boleh membina jadual dengan pembolehubah yang betul / menunjukkan pemerhatian yang sepatutnya 2.

Minat dan sikap ingin tahu • Kerap bertanya guru dan rakan berkaitan dengan tugasan/ • Sentiasa bersedia mendengar idea dan pendapat orang lain/ Skor 3 Mengamalkan semua Petunjuk Prestasi Skor 2 Mengamalkan mana-mana dua Petunjuk Prestasi Skor 1 • Bersungguh-sungguh dalam melakukan 15 Mengamal mana-mana . Boleh mentafsir data/ membuat perbincangan/ melukis graf dengan kaedah yang betul : • • Tajuk graf Paksi berlabel dan berunit • • Skala seragam Bentuk graf sesuai dengan eksperimen 2. Boleh menyatakan hipotesis diterima / ditolak 3. Membuat kesimpulan/ Skor 3 Boleh menguasai semua petunjuk prestasi dengan betul Skor 2 Boleh menguasai manamana dua petunjuk prestasi dengan betul Skor 1 Boleh menguasai manamana satu petunjuk prestasi dengan betul rumusan Konstruk V Sikap saintifik dan nilai murni 1.daripada eksperimen dengan betul prestasi dengan betul Konstruk IV Mentafsir data dan membuat kesimpulan 1.

Bekerjasama • Sentiasa bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan 4.3 Selepas pentaksiran 16 . rakan dan alam sekitar satu Petunjuk Prestasi 10.sesuatu perkara 2. Bertanggungjawab • Sentiasa yakin kepada kemampuan diri dalam menjalankan penyiasatan dan berani mempertahahankan kebenaran idea • Menjaga keselamatan diri. Sistematik • Kerap menjalankan penyiasatan dan eksperimen dengan sistematik/ • Melaporkan data atau pemerhatian dengan tepat dan benar apabila memperihalkan dan merekod 3.

sekiranya pelajar adalah pelajar tingkatan lima. Dalam sijil tersebut dimasukkan gred bagi setiap perkara yang ditafsir.0 KESAN PELAKSANAAN PEKA SAINS 17 . Seterusnya.Sekiranya pelajar adalah pelajar tingkatan 4. 11.Saya akan membuat pelaporan dalam bentuk sijil yang dikeluarkan oleh pihak sekolah menggunakan format daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Rumus skor bagi setiap perkara yang ditafsir diambil daripada jumlah tiga skor yang tertinggi (Rujuk contoh Borang Skor Individu di lampiran) Jadual Pengredan Jumlah skor 8-9 5-7 3-4 1-2 TH Gred A B C D X penerangan Mencapai tahap cemerlang Mencapai tahap kepujian Mencapai tahap memuaskan Belum mencapai tahap minimum Tidak hadir Kemudian Borang Skor Individu diserahkan kepada Ketua Panitia Sains untuk simpanan. pentaksiran akan masih diteruskan untuk PEKA yang berikutnya sehinggalah pelajar tersebut meningkat ke tingkatan 5. (Rujuk contoh sijil pelaporan di lampiran). gred pencapaian pelajar dalam perkara yang ditafsir hendaklah dilakukan di akhir pentaksiran di tingkatan lima berdasarkan Peraturan Pengredan . Borang Skor Individu (rujuk lampiran). Segala rekod dan evidens pelajar akan dimasukkan ke dalam fail PEKA individu yang telah dilengkapkan dengan borang penyerahan evidens dan borang pergerakan Evidens. PEKA perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua eksperimen di tingkatan empat dan dua eksperimen di tingkatan lima. Kemudian skor yang diperolehi akan dimaklumkan kepada pelajar supaya penambahbaikan dapat dilakukan oleh pelajar pada masa akan datang.

Guru juga membangkitkan tentang masa yang tidak mencukupi serta tugas pentaksiran yang 18 . bilangan pelajar yang ramai. perlu mentaksir bilangan pelajar yang ramai. elemen yang perlu ditaksir terlalu banyak. Alias (2001) dalam kajiannya mendapati kursus yang berkaitan PEKA yang telah dihadiri masih belum memadai untuk membantu guru memahami sepenuhnya prosedur melaksanakan PEKA. alat radas dan bahan yang tidak mencukupi serta tiadanya pemantauan dilakukan. Guru pula kurang pasti tentang cara membina serta menggunakan rubrik penskoran dan merasakan mereka memerlukan latihan tambahan. 1992). sikap negatif pelajar terhadap PEKA. 12. Kajian oleh Siti Aloyah (2002) yang bertujuan untuk menilai implementasi program PEKA Biologi telah dapat mencungkil beberapa cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru dan pelajar semasa melaksanakan PEKA Biologi. Beliau juga menyatakan faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan program PEKA mengikut perspektif guru adalah masa yang tidak mencukupi. pemberian skor yang tidak adil. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa walaupun pelajar seronok menjalankan aktivitiaktiviti PEKA Biologi tetapi mereka kurang pasti tentang kemahiran yang harus mereka kuasai.Kelebihan melaksanakanpentaksiran berasaskan sekolah adalah guru dapat menyediakan maklumat yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan mengenai prestasi amali pelajar dan pelajar juga sentiasa bersedia untuk tugasan secara formatif (Buchan & Jenkins. elemen yang hendak ditaksir terlalu banyak dan pelajar bersikap negatif terhadap PEKA.0 KEKANGAN PELAKSANAAN PEKA SAINS Masalah utama guru semasa pelaksanaan PEKA adalah masa yang tidak mencukupi. kesukaran menentukan skor dengan tepat.

khususnya dari segi peningkatan penguasaan kemahiran proses sains. Faiza (2002) mendapati masalah yang dihadapi oleh guru adalah skema penskoran yang terlalu rubrik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa jika Program PEKA dilaksanakan seperti yang disarankan dalam Buku Panduan PEKA (Lembaga Peperiksaan Malaysia. tetapi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi didapati adalah tidak selari dengan pencapaian dalam PEKA iaitu boleh dibahagikan kepada kategori cemerlang. Program PEKA adalah satu jenis pentaksiran berasaskan sekolah di mana program ini melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat pelajar secara berterusan. peralatan makmal yang tidak mencukupi dan pemilihan eksperimen yang sesuai untuk ditaksir. Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak pengurusan sekolah) kurang membantu mereka semasa melaksanakan PEKA Biologi.Guru juga merasakan bahawa sistem sokongan (Lembaga Peperiksaan Malaysia. Beliau juga mendapati walaupun pencapaian pelajar dalam PEKA Biologi adalah cemerlang. 13.terlalu membebankan dan tidak terurus. pelaksanaan Program PEKA mempunyai kekangannya sendiri. Maklumat ini bukan sahaja memberi indikator kepada guru tentang pengajarannya. Jabatan Pendidikan Negeri. 19 . program ini mampu memberi kesan yang memberangsangkan. 1999). Kajian oleh Cheong dan Wang (1976) dan Chan (1984) mendapati pelajar gagal menguasai kemahiran proses sains semasa Peperiksaan Amali Sains diamalkan sebagai mod pentaksiran kerja amali sains. Peperiksaan Amali Sains yang diamalkan sebelum PEKA diperkenalkan sering mendapat kritikan khususnya dari segi kesahan dan keberkesanannya. tetapi juga kepada pelajar tentang kemajuan mereka.0 RUMUSAN Program PEKA adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains bersepadu. Walau bagaimanapun. sederhana dan lemah.

Penerbit UTM. (2003). D. Skudai. S. Cheung. Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Pelaksanaan PEKA Biologi di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Hillcrest.RUJUKAN. Universiti Kebangsaan Malaysia. S.. 22(2). 153-169 Cheong. (2007). D. The Internal Assessment of Practical Skills in Science in England& Wales. Journal of Educational Research. Teacher perceptions of the objectives of science learning. 1960 -91: Some Issues in Historical Perspective International Journal of ScienceEducation. How science teachers' concerns about school-based assessment of practical work vary with time: The Hong Kong experience. A.& Jenkins. Alias Mingan.(2004). Researc in Science and Technological Education. Pelaksanaan Pentaksiran Amali Sains Berdasarkan Sekolah Di BeberapaBuah Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak . 6. Tidak diterbitkan 20 . Projek Penyelidikan SarjanaPendidikan. & Wang. (1976). 14(4).Tidak diterbitkan Buchan. 367 – 380.(1992). Pengajian Kurikulum. Y. E. C. (2001).Y.. & Yip. Seri Gombak Selangor Darul Ehsan . 57-66 Faiza Hussein. Abdul Rahim Hamdan.

Chan.Ginn. 13 Kelemahan KBSM. (1984). Acquisition of science process skills among Form IV students in Kota Bharu.Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. G. Panduan PEKA Biologi untuk Peperiksaan SPM 1999 dan SPM 2000. (1996). Tidak diterbitkan. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2002) Penilaian Pelaksanaan Program PEKA Biologi . 21 . Disertasi Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. S. Universiti Malaya. Zalina Yahya. Siti Aloyah Alias. Projek PenyelidikanSarjana Pendidikan. Utusan Malaysia 9 September.

LAMPIRAN • • • • • • • • • • • • • Surat /pekeliling PEKA Contoh surat pelantikan pentaksir sekolah Contoh format instrumen Contoh tugasan amali sains Contoh penskoran Evidens Contoh sijil pelaporan Contoh muka depan PEKA pelajar Contoh borang penyerahan evidens Contoh borang pergerakan evidens Contoh borang skor individu Contoh borang semakan/pemantau Contoh borang gred kelompok Contoh jadual kerja pentaksiran 22 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful