You are on page 1of 25

TOPIK 1: TERMOKIMIA Pengenalan Termokimia

Tenaga

Keupayaan untuk melakukan kerja atau perubahan Kerja, W = Daya (F) Jarak (d)

Tenaga dan kerja mempunyai unit yang sama dalam SI iaitu joule (J)

Dalam kimia, kerja W adalah perubahan tenaga yang terarah hasil daripada sesuatu proses.

Tenaga terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu:

Tenaga kinetik Tenaga radiasi Tenaga terma Tenaga kimia Tenaga keupayaan

Perubahan tenaga dalam tindak balas kimia

Semua tindak balas kimia mengalami perubahan tenaga.

Hasil tindak balas dan bahan tindak balas mempunyai tenaga yang berbeza.

Hampir semua perubahan tenaga yang berlaku dalam tindak balas kimia berupa HABA. Haba adalah satu bentuk tenaga terma.

Haba adalah pemindahan tenaga terma daripada dua jasad yang mempunyai suhu yang berlainan

Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia.

Hukum Pertama Termodinamik

Hukum keabadian tenaga

Hukum Pertama Termodinamik Haba tindak balas

Tenaga dalaman

Hukum Keabadian Tenaga

Menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta maupun dimusnahkan, ia cuma berubah bentuk.

Semua bentuk tenaga boleh saling bertukar bentuk. Penukar bentuk tenaga adalah mesin (semula jadi atau buatan). Semasa tenaga bertukar bentuk, magnitudnya kekal, tidak bertambah, atau berkurang.

Tenaga dalaman Jumlah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan = . . +. .

= +

= =

Haba tindak balas

Perubahan kandungan tenaga apabila 1 mol bahan tindak balas bertindak balas atau 1 mol hasil tindak balas terbentuk dipanggil haba tindak balas dan diberi simbol H.

Unit tenaga bagi haba tindak balas ialah joule (J).

Muatan haba tentu

Kapasiti haba sesuatu bahan ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhunya sebanyak 1K.

Q = perubahan haba m = jisim bahan (g) t = perubahan suhu c = muatan haba tentu unit J g-1 OC-1

Entalpi ialah kandungan haba dalam sistem

H = mct H adalah perubahan haba

Tindak balas eksotermik

Tindak balas eksotermik adalah disertai dengan pembebasan tenaga haba ke sekelilingnya.

Tenaga haba yang dibebaskan akan menyebakan bekas yang menampung tindak balas itu terasa panas apabila disentuh dengan tangan.

Suhu campuran bahanbahan tindak balas eksotermik akan menaik. Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif

H = negatif, iaitu: Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas, H = Hh - Hb

Contoh-contoh : Tindak balas pembakaran bahan api Tindak balas pemendakan Tindak balas penyesaran Tindak balas peneutralan

Tindak balas endotermik

Tindak balas endotermik adalah disertai dengan penyerapan tenaga haba daripada sekeliling.

Tenaga haba yang diserap daripada sekeliling akan menyebabkan bekas yang menampung tindak balas itu terasa sejuk apabila disentuh dengan tangan.

Suhu campuran bahan-bahan tindak balas endotermik akan menurun. Perubahan tenaga tindak balas Endotermik akan menunjukan nilai positif.

H = positif iaitu Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas, H = Hh - Hb

Contoh-contoh: Penguraian kalsium karbonat apabila dipanaskan dengan kuat. Melarutkan garam ammonium klorida di dalam air

TOPIK 2: TERMOKIMIA Kalorimeter

Kalorimeter ialah pengiraan kuantitatif bagi haba yang diperlukan atau dihasilkan semasa proses tidak balas kimia, perubahan fizikal dan muatan haba.

Kalorimeter ialah sebagai alat yang digunakan untuk mengira haba tindak balas ketika menjelaskan proses tindak balas kimia yang berlaku.

Terdapat dua jenis kalorimeter iaitu Coffee-Cup Calorimeter and Bomb Calorimeter.

Jenis-jenis kalorimeter

Coffee-cup calorimeter

Alat ini merupakan satu alat yang ringkas yang direka untuk digunakan di dalam makmal.

Ia direka menggunakan cawan polistirena dan termometer.

Alat ini digunakan untuk mencari perubahan haba sesuatu bahan yang terdiri daripada dua larutan.

Larutan tersebut perlu dimasukkan ke dalam kalorimeter dan catat suhu awal dan suhu akhir setelah tindak balas selesai.

Apabila tindak balas berlaku pada tekanan tetap di dalam Coffee-Cup Calorimeter, perubahan entalpi akan melibatkan haba.

Bomb calorimeter

Jenis kalorimeter ini merupakan alat penyukat tindak balas haba yang jitu dan ia mempunyai isi padu tetap.

Digunakan untuk menyukat perubahan tenaga untuk tindak balas yang tidak akan berlaku sehingga dimulakan dengan sengaja.

Tangki air tersebut besar dan bertindak sebagai penebat sepenuhnya.

Bahan tindak balas akan diletakkan di dalam bomb, iaitu diletakkan di dalam bekas yang ditutup dan di rendamkan di dalam tangki air.

Apabila tindak balas berakhir, haba yang dilepaskan akan di serap oleh periuk api (bomb), air dan sebarang kelengkapan yang terdapat di dalam air.

Seterusnya, suhu keseluruhan bahan di dalam tangki akan meningkat.

Daripada perubahan suhu dan muatan haba kalorimeter (air dan semua yang terdapat di dalam air), suhu yang dibebaskan telah dikira.

Pengacau (stirrer) akan memastikan haba yang dibebaskan akan disebarkan secara sekata sebelum suhu akhir akan diambil.

Muatan haba 1) Muatan haba ialah kuantiti haba sesuatu bahan yang diperlukan untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 . 2) Muatan haba sesuatu objek bergantung pada jisim objek dan jenis objek.

Muatan haba tentu (specific heat capacity)

Haba pendam tentu (molar heat capacity)

Muatan haba tentu suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1 bagi 1kg bahan itu. Formulanya ialah:

Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah keadaan jirim sesuatu bahan bergantung pada jisim bahan dan jenis bahan tersebut. Formulanya ialah:

c = muatan haba tentu Q = kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan m = jisim objek t = perubahan suhu Unitnya ialah J kg-1 OC-1

L = haba pendam tentu Q = kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan m = jisim Unitnya ialah J kg-1

TOPIK 3: TERMOKIMIA Entalpi

Definisi haba (entalpi)

Kandungan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan atau sistem Simbol = H

Definisi haba tindak balas

Perubahan haba yang berlaku apabila bilangan mol bahan tindak balas seperti yang ditunjukkan dalam persamaan kimia bertindak bersama pada keadaan piawai untuk membentuk hasil tindakbalas dalam keadaan piawai Keadaan piawai ialah keadaan di mana: Suhu = 25 C atau 298 K Tekanan = 1 atm atau 101.3 kPa Kepekatan = 1.0 mol dm-3 Bahan dan hasil tindakbalas mesti berada pada keadaan fizik yang biasa pada suhu 25C dan tekanan 1 atm

Tindak balas entalpi

Haba pemendakan

Haba penyesaran

Haba peneutralan

Haba pembakaran

Haba pemendakan

Perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan terbentuk daripada tindak balas larutan ionnya pada keadaan piawai Contoh: Ag+ (ak) + Cl- (ak) AgCl (p) H= -65.5 KJmol-1

Haba penyesaran

Perubahan haba yang berlaku apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai oleh logam yang lebih elektropositif Contoh: Fe (p) + CuSO4 (ak) FeSO4 (ak) + Cu (p) H= -150 KJmol-1

Haba peneutralan

Haba yang dibebaskan apabila satu mol ion hidrogen daripada asid bergabung dengan satu mol hidroksida untuk membentuk satu mol air pada keadaan piawai Contoh: HNO3 (ak) + NaOH (ak) NaNO3 (ak) + H2 (ce) H= -57 KJmol-1

Haba pembakaran

Haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen pada keadaan piawai. Contoh: CH4 (g) + 202 (g) CO2 (g) + 2H2O (ce) H= -890 KJmol-1

TOPIK 4: TERMOKIMIA Entalpi

Entalpi, H merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan terbentuk daripada unsurunsurnya pada tekanan tetap.

Entalpi, H ditakrifkan

Di mana H = U + pV H adalah entalpi system @ tindak balas dalam Joules U adalah tenaga dalaman system @ tindak balas dalam Joules P adalah tekanan yang bertindak ke atas system @ tindak balas V adalah isipadu system @ tindak balas dalam meter padu

Hukum Hess

Hukum Hess menyatakan bahawa

Haba keseluruhan atau akhir tindak balas adalah sama dengan jumlah haba proses tindak balas. H1 = H2 + H3 + H4

Untuk menentukan entalpi suatu tindak balas, kita boleh menambah beberapa tindak balas. Hasil yang diperolehi akan menunjukkan nilai yang sama. Contoh untuk menentukan entalpi :

Jadi, persamaan termokinia yang tepat adalah: N2(g) + O2(g) -- -> 2NO2(g) H = 68 KJ

Perubahan entalpi pembentukan piawai Perubahan entalpi pembentukan piawai ialah haba yang diserapkan atau dibebaskan apabila satu mol bahan dibentuk daripada unsur-unsurnya di bawah keadaan piawai. Perubahan 0 entalpi pembentukan piawai bagi bahan diberi symbol . Sebagai contoh, entalpi pembentukan piawai bagi air ialah 285.5 kJ mol1. Ini merujuk 0 kepada perubahan berikut : H2(g) + O2 (g) H2O(l) = 285.5 kJ mol1

Ini bererti apabila 1 mol air (cecair) terbentuk daripada hydrogen (H) dan oksigen (O) dalam keadaan bergas, 285.5 kJ haba dibebaskan (tindak balas eksotermik)

Secara lazim, perubahan entalpi pembentukan piawai bagi unsur-unsur di bawah keadaan piawai diberikan nilai sifar.

Maka, perubahan entalpi pembentukan piawai bagi air boleh diwakili oleh profil tenaga berikut :

Sesetengah perubahan entalpi pembentukan piawai adalah bernilai positif. Contohnya, perubahan entalpi pembentukan piawai bagi etana, C2H2 adalah + 227 kJ mol1. 2C (p) + H2 (g) C2H2 (g) = + 227.0 kJ mol1

Perubahan entalpi pembentukan piawai sesetengah bahan tidak boleh ditentukan secara langsung oleh eksperimen.

Misalnya, karbon tidak berpadu secara langsung dengan dengan gas hydrogen di bawah sebarang keadaan untuk menghasilkan etana.

Perubahan entalpi pembentukan piawai bagi etana sebenarnya diperoleh dengan menggunakan hukum Hess seperti berikut C (p) + O2 (g) CO2 (g) 1 = - 394 kJ mol1 H2 (g) + O2 (g) H2 O(g) 2 . = - 296 kJ mol1 C2H2 (g) + O2 (g) 2CO2 (p) + H2 O(ce) 3 . = - 1311 kJ mol1

H1, H2 dan H3 semuanya boleh ditentukan secara terus dalam makmal.kitaran termokimia berikut digunakan :

Mengikut Hukum Hess :

x + ( - 1311) = 2(-394) + (-296)

x=

+ 227 kJ mol-1

Entalpi tindak balas dan entalpi pembentukan,

Bagi suatu tindak balas am, A+B=C+D

Maka, perubahan entalpi tindak balas diberikan oleh formula berikut:

= (hasil) + (bahan tindak balas)

Contoh :

2 Al (p) + Cr2O3 (p) 2 Cr (p) + Al2O3 (p) Diberikan :


(Al2O3)

= - 1669 kJ mol1,

(Cr2O3) =

-1128 kJ mol1

2 Al (p) + Cr2O3 (p) 2 Cr (p) + Al2O3 (p) H : H 0 -1128 0 - 1669

= ( - 1669 + 0 ) - ( - 1128 + 0 )

= - 541 kJ.

Perubahan entalpi pembakaran piawai,

Perubahan entalpi pembakaran piawai adalah haba yang dibebaskan apabila 1 mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan di bawah keadaan piawai.

Perubahan entalpi pembakaran piawai beberapa bahan diberikan berikut :

(karbon)

C (p)

O2 (g)

CO2 (g)

= - 394 kJ mol1

(propana)

C3H8 (g) + 5O2 (g) 3CO2 (g) + 4H2 O(ce)

. = - 2202 kJ mol1

(etanol)

C2H2OH (ce) + 3O2 (g) 2CO2 (g) + 3H2 (ce)

. = - 1368 kJ mol1

(asid etanoik)

CH3COOH (ce) + 2O2(g) 2CO2 (g) + 2H2O(ce)

. = - 876 kJ mol1

Menggunakan nilai untuk meramalkan kestabilan relatif sebatian

Haba pembentukan piawai bagi sebatian mewakili tenaga yang dipindah dari atau kepada persekitaran apabila ikatan kimia dalam unsur berpecah dan ikatan terbaru terbentuk dalam sebatian itu.

Nilai sebatian memberi maklumat yang baik tentang kestabilannya dan penguraian kepada unsur-unsurnya.

Sebatian yang sangat eksotermik dengan nilai yang paling negatif biasanya paling stabil dan tidak mudah terurai menjadi unsur-unsurnya.

Manakala, sebatian yang paling endotermik dengan nilai yang paling positif adalah tidak stabil dan cenderung untuk terurai (mungkin secara meletup) dengan pemanasan sedikit ataupun pada keadaan biasa.

Contoh sebatian stabil dan tidak stabil:

Sebatian stabil Al2O3 NaCl HF

kJ mol-1

Sebatian tak stabil Cl2O7 NCl3 SnH4

mol-1 -75.7 -230 -163

-1679 -411 -271

Haba pembentukan piawai dan kestabilan

Perubahan entalpi pembentukan piawai bagi oksida dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur ditunjukkan dalam jadual berikut. Oksida Na2O MgO Al2O3 SiO2 P4O10 SO4 Cl2O7 kJ mol-1 sebatian - 416 - 602 - 1670 -911 -3012 -395 + 265 mol-1 oksigen - 832 - 1204 - 1113 -911 -602 -264 + 76

Perubahan kestabilan dari segi tenaga bertambah daripada Na2O hingga Al2O3 dan menyusut daripada SiO2 hingga Cl2O7.

Ini menerangkan sifat penurunan yang kuat bagi magnesium dan aluminium dan ketakstabilan diklorin heptoksida, Cl2O7 yang mudah meletup.

Bahan yang paling stabil terhadap penguraian kepada unsure-unsurnya (iaitu sangat eksotermik) mungkin paling reaktif sebagai reagen.

Tidak berguna untuk membandingkan nilai bagi sebatian yang tidak mengandungi unsur yang sama, misalnya CO dengan SiCl4.

Ini berbeza dengan hidrida halogen. Nilai berguna untuk menunjukkan kesan penambahan saiz atom halogen terhadap kestabilan.

Lebih kecil saiz halogen, lebih stabil hidrida halogen itu.

Sebatian stabil kJ mol-1

HF (g) -271

HCl (g) -92

HBr -36

HI (g) + 26.5

Haba pembentukan hydrogen peroksida ialah -186 kJ mol-, H2 (g) + O2 (g) H2 O2(c)
2

= - 186 kJ mol1

Daripada data ini kita menyangka bahawa hydrogen peroksida sangat stabil, namun mudah terurai menjadi air dan oksigen.

Ia adalah kerana hanya menghuraikan kestabilan hydrogen peroksida secara relative terhadap unsurunsurnya.

Oleh itu apabila hydrogen peroksida terurai, bahan itu tidak menghasilkan hydrogen dan oksigen tetapi menghasilkan air dan oksigen: H2O2 (c) H2O (c) + O2 (g) = 98 kJ mol1

Ini bererti hydrogen peroksida tidak stabil secara tenaga berbanding air dan oksigen.

Contoh ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menentukan terhadap bahan apa sebatian itu stabil atau tidak stabil.

TOPIK 5: TERMOKIMIA Makanan dan bahan api

Bahan api

Bahan api ialah bahan kimia yang dapat dibakar untuk membebaskan tenaga haba. Ini bermakna bahan api yang digunakan mestilah merupakan bahan api yang Menghasilkan tenaga haba yang banyak Mempunyai harga yang rendah Mudah diperoleh Tidak mencemarkan alam sekitar Pemilihan bahan api untuk kegunaan industri adalah berdasarkan faktor berikut: Haba pembakaran Kos tenaga Sumber bahan api Kesan kepada alam sekitar

Kebanyakan bahan api yang digunakan adalah bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

Bahan api yang berbeza mempunyai haba pembakaran yang berlainan.

Petroleum

Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi.

Terbentuk daripada pereputan sisa haiwan dan tumbuhan yang tenggelam ke dasar laut berjuta-juta tahun dahulu.

Komponen-komponen petroleum berbeza dari segi saiz, oleh itu setiap komponen mempunyai takat lebur dan takat didih tersendiri.

Perbezaan dalam takat didih ini membolehkan komponen-komponen petroleum diasingkan melalui penyulingan berperingkat, iaitu cara penyulingan pada julat suhu yang berlainan.

Proses industri bagi pengasingan komponen-komponen di dalam petroleum dipanggil penapisan petroleum.

Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan.

Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

Sifat pecahan-pecahan petroleum yang diperolehi

Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu

Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu

makin kurang likat pecahan itu makin cerah warnanya makin mudah pecahan itu terbakar makin bersih nyalanya (kurang berjelaga)

makin likat pecahan itu makin gelap warnanya makin sukar pecahan itu terbakar makin berjelaga nyalanya.

Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya. Pecahan Petroleum Gas-gas petroleum (takat didih paling rendah) Petrol Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan. Nafta Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut Kerosin Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin ) Kegunaan Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.

Diesel

Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.

Minyak pelincir

Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran

Parafin

Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci

Minyak Bahan Api

Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa

Bitumen (takat didih paling tinggi)

Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.

Tenaga solar

Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari.

Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas.

Tenaga matahari sekarang digunakan dalam beberapa pengunaan: Pemanasan (air panas, pemanasan bangunan, masakan) Generasi elektrik (fotovoltaik, enjin pemanasan) Penyahmasinan air laut.

Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos persekitaran dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil yang semakin terasa.

You might also like