BAB 1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:  Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik  Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik.  Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.

1.1 PENGENALAN  Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.  Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia 1.2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 1.2.1 Masyarakat  Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.  Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.  Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya.  Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.

 Berinteraksi -Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga. interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakati.  Mempunyai kepimpinan -Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. . Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.  Mengalami perubahan . Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat . memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu. Ia wujud di pelbagai peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah.  Berbudaya -Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya. penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara. Jelasnya. Perhubungan. 1.sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden. masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya . interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.1 Ciri-Ciri Masyarakat  Berkelompok -Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok.Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang.1.  Mempunyai aturan sosial .Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan.2.

Taylor. budaya adalahi satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan.  Menurut Edward B. 1.2. sosial.2.  Boleh dikongsi -Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan. adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.  Kamus Dewan (2005) “Budaya adalah kemajuan fikiran. yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi.  Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satusatu kumpulan insan. ekonomi. tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain.2. minum. undangundang. kepercayaan. nilai dan sebagainya. adat. Budaya rakyat Malaysia (Melayu. roti canai. yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia. kesenian.2 Budaya  Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. berkelakuan dan sebagainya”. kepercayaan.1 Ciri-ciri budaya:  Boleh dipelajari -Ia tidak dengan sendiri. akal budi (cara berfikir). Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.  Boleh diwarisi -Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Ia merangkumi sistem politik.  Boleh berubah-ubah .1. Umpamanya makan nasi lemak. tatasusila. oleh itu mesti dipelajari.

umpamanya budaya menghormati alam sekitar. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis. isyarat. lambang dansebagainya).Caucasoid (putih) ii. logo. bangsa Cina.. Ini termasuk adat resam. i.2. bunyi (siulan.  Bersifat sejagat -Ia wujud dalam semua kelompok manusia. bunyian alat muzik ).4 Bangsa  Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang sama. Melayu.-Budaya adalah tidak statik. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat.( isyarat tangan. agama dan sebagainya  Mempunyai unsur simbolik -Unsur-unsur berupa imej (bendera. dan berubah kepada atap genting dewasa ini. American (merah) iv. tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman. pengaruh luar.  Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persaaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah. kegiatan ekonomi.2.e. . 1. Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada: i. muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.3 Etnik  Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Negroid (hitam) iii.  Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. masa dan tempat. India dn lain-lain. Mongoloid (kuning) 1. warna. bahasa dan pakaian. Pengkaji barat.

i.  Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain.  Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan cara hidup. sosial dan sebagainya. budaya warisan serta mereka etisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain. sikap dan tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka. v. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik. Indi dsb. bangsa menggambarkan anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia.  Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi: i. ekonomi.  Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri etnik. Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain Mencetuskan persengketaan senyap kerana bidaya etnik lain dianggap mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikapego dan kebanggaan yang melulu Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur cara hidup dan budaya etnik lain Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka seperti “katak di bawah tempurung”. iii.  Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap etnik lain. nilai. Sejarah. Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik  Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Cina.e Melayu. ii.  Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi. iv. . Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja.

manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros mereka”. tetapi kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.  Difinisi integrasi sosial : Proses menyatupadukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing (Ting. sosial dsb.  Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan.  Contohnya penulis barat mengatakan: “kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas keras mereka. . Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik . Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: “Orang Cina adalah pengotor”. Jenis-jenis integrasi:  Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi. 1977). Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain. 1.  Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik  Integrasi kebudayaan : Usha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya kebangsaan. Ianya bertujuan untuk mencapai keamanan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.3 KONSEP INTEGRASI  Integrasi (integration) wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. politik.  Integrasi sosial adalah cetusan seorang ahli sosiologi British David Lockwood di tahun 1950an. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka.  Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial. diskriminasi terhadap satu sama lain.

oleh masyarakat Malaysia. AKOMODASI (Acomodation)  Proses etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. ii. SEGREGASI (Segregation)  Hubungan yg bersifat pemisahan antara etnik di dalam kawasan tempat tinggal.  Teori asimilasi ini menggunakan formula A+B+C = A  A mewakili etnik dominant. Hubungan bentu ini sepertimana dasar apartheid yg di amalkan oleh negara Afrika Selatan.  Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep pembahagian kuasa 1. i. Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui programprogram pendidikan. ASIMILASI  Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga terbentuk satu kelompok manusia yg mempunyai identiti yang sama. manakala B dan C mewakili etnik minoriti. i. persekolahan.e pemberian ‘ang pow’ pemakaian tali leher dsb. Proses penerimaan tersebut sesekali tidak akan menyebabkan hilang identiti asal mereka. antaranya: i. AKULTURASI  Proses penerimaan budaya dari kelompok lain sehingga kebudayaan kelompok tersebut diterimapakai sebagai kebudayaan sendiri. Ideanya ialah lama kelamaan semua kumpulan akan mematuhi pola- . pengangkutan kemudahan awam dsb sesebuah negara. iv. iii. Walau bagaimana pun mereka hidup dalam harmoni.4 TEORI INTEGRASI ETNIK Menurut ahli soiologi.e Swiss. masyarakat Cina Kelantan. Di Malaysia ia berlaku pada masyarakat Baba Nyonya Melaka. integrasi etnik berlaku dalam beberapa peringkat.

pola golongan diminan dan meluapakan kebudayaan dan identiti masing-masing. B dan C.B dan C mewakili etnik yang berlainan. manakala D adalah etnik yang terhasil dari penyatuan A.  Teori ini menggunakan formula A+B+C = D  A. . Cara utamanya ialah melalui perkahwinan campur. v. AMALGAMASI  Proses percampuran budaya dan ras sehingga membentuk budaya dan ras yang baru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful