Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya

Keunikan tertera pada pakaian dan perabut masyarakat Baba dan Nyonya Asal Usul Peranakan Cina Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.

Mewarisi Tradisi Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.

Bahasa yang digunakan Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Pakaian Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina. Makanan Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Pantang Larang Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak hentihenti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Muzik Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-

upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini, Muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Kesimpulan Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Sumber Rujukan : Berita Harian -6/9/2010 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka ASWARA
Baba dan Nyonya Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasigenerasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian.

Sejarah dan budaya Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Hang Li Po. Pengikutpengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan.Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan. perayaan Tanglung. walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. dengan mengikut . kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu. Raja Cina telah menghantar puteri.[2] Pada kurun ke-15. apabila Laksamana Cheng Ho. pada 1459. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan. seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. tetapi masih terus diamalkan. semasa pemerintahan Parameswara. upacara ini telahpun diubah suai. seorang Cina Muslim melawat Melaka. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina. kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal. banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini. serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Oleh itu. terutamanya Singapura. adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan. Namun. Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Sejak beberapa kurun. Menurut penerangan traditional. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu. seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka.

British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang. dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.budaya tempatan dan juga penjajah. dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Melayu. dan dapat bercakap dengan Cina. British. Hal ini menyebakan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka menukar kepada Kristian. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa. Belanda. dan pertenggahan antara Cina. Terdapat tanda-tanda Portugis. kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris. kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. terutamanya. Pada pertengahan abad ke-20. kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik. akibat daripda penjajahan British atas Malaya. Melayu dan British. Melayu dan Barat. .

inci kabin. warisan tradisi Cina dan mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu. Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Dikenali sebagai 'kebaya nyonya' . Tetapi kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini. Umpamanya. "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Bagaimanapun. iaitu ayam goreng cara Nyon ya. sistem keluarga dan agama masih dikekalkan. kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu. Mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa. "Kesan dari pengaruh Melayu. Kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha dan ada yang memilih Islam atau Kristian. Contohnya. yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura. Ayam buah keluak. berbanding peribahasa Melayu.dikatakan. Contohnya 'ayam kapitan'. . lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan rempah masakan Melayu. zaman semakin berubah. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas. sejenis kari ayam kering. dan lain-lain. makanan dan budaya." Generasi perempuan atau Nyonya hingga kini masih pakai kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu. Mereka memiliki dua budaya. peranakan Baba Nyonya sudah wujud sejak 600 tahun lalu dan kini telah mencecah lebih 600 orang di Melaka. Tidak termasuk yang berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Umpamanya 'lai' untuk 'datang'. Bagaimana bahasa mereka? Pada dasarnya. dan pindang bandeng. bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa Melayu. budaya Baba Nyonya semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu. zaman sebelum penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. kuah ikan. masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.

.. adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak.Selain itu.. iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. dan abang: ayah = 'ntia (爹 tia) datuk = 'ngkong (公 kong) kakak = tachi (大姊 tōa-chí) bapa saudara = impek (伯 peh) adik bapa = nchek (叔 chek) suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu) Perkataan berkaitan dengan rumah. mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama. saya = goa (我 góa) kamu = lu (汝) dia = i (伊 i) kita = wa lang (我人 góa lâng) Hubungan sanak saudara... Contoh bahasa. Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam. adik. Kata ganti nama. ibu rumah = tian (廳 thian) kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin) tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng) serambi dalam = pangkeng (pang-keng) .

桌 toh) permaidani = tanak (毯仔 thán-á) cat = chat (漆 chhat) Bagaimanapun. Tua Pek Kong (大伯公 Tōa-Peh Kong)) membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun) melutut = kui (跪 kūi) . dan sebagainya. iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu. kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina. peralatan dapur diberi nama Melayu. "sepit" (iaitu penyepit).. Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba: tokong = bio (廟 biō) tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa. Bagaimanapun. tauyu. kecuali barangan jenis Cina seperti: teko = tekuan (茶壺 tê-kòan) sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî) cerek = teko (茶壺 t -k ) Terdapat satu pengecualian. Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak. kianchai.. Perkataan berkaitan dengan agama. kuchai.serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin) lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong) meja = toh (bahasa Hokkien. kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (燖).

Baba Nyonya atau peranakan merupakan masyarakat unik kerana memiliki dua budaya warisan tradisi Cina yang pada masa sama mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu terutama dari segi bahasa.Keunikan Budaya Baba dan Nyonya MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya dikenali juga sebagai kaum Peranakan dan mereka merupakan kaum miroriti yang tinggal di negeri Melaka. dari segi anutan. Menurut sejarah. makanan dan budaya. masyarakat ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar termasuk dari China untuk berdagang di Melaka. Pedagangpedagang dari China ini berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya. . Agama Bagaimanapun. Kebanyakan masyarakat ini masih mengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat juga yang telah menukar agama ke Agama Islam dan juga Kristian..

Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian dari kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Kebaya Nyonya ini adalah pakaian tradisional untuk kaum hawa budaya Baba Nyonya ini. Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu. Lebih ironik apabila generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini kebanyakannya semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. budaya baba Nyonya semakin pupus dan generasi baru pun ada yang tidak tahu menahu budaya yang unik ini. Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di negeri Melaka. jumlah masyarakat Baba Nyonya kini semakin berkurangan.Masakan Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan. apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan kepada anda semua. berikutan budaya ini. Impaknya. Tahukah anda semua. Zaman terus berlalu. kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu. tentang budaya . kebaya nyonya mula wujud.

masakan Baba Nyonya juga terkenal dan digemari ramai sehingga hari ini. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. .Kebaya Nyonya Selain itu. pang-teh. Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.dan bak-wan Selain itu. masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. sambal. iaitu 'mee sua tau'. Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina.

masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol. biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu. wajik. Keunikan negara kita yang sangat terkenal sebangai sebuah negara yang berbilang bangsa sudah terbukti di mana masyarakat Malaysia boleh bergaul dan menyesuaikan diri dengan pelbagai budaya dan adat Kuih-muih . Itulah yang dimaksudkan keharmonian dalam masyarakat-masyarakat di Malaysia.Nasi Kunyit Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah. tapai. bahulu dan lain-lain lagi.

mereka juga mampu bertutur dalam bahasa Hokkien manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan bangsa Cina. Pakaian Baba dan Nyonya Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai kebaya nyonya merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.Kepakaran masak komuniti Nyonya merupakan sati lagenda. makanan itu sangat sempurna di campur pula dengan nasi putih yang dimasak secara stim sementara pencuci mulut dan kuih adalah petanda kepada kelembutan dan peribadi yang berwarna warni. Pertuturan Selain berbahasa Melayu. . Dengan herba dan rempah.

boria dan pancaragam serunai Cina. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng. Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. . Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja. penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi.Perkahwinan Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu.

Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama. cincin berlian dan lain-lain. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding.Adat Perkahwinan Baba Nyonya Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. khinzir. kuih genggang. Selain dari 'sang ih'. apam berkuah dan onde-onde. gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan. Setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni. hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' diuruskan dahulu. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. Persiapan bilik pengantin juga perlu dan ia diletakkan langsir. Dua hari sebelum perkahwinan. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik. ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. . bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok. Pada hari tersebut. tanglung. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. pisang goreng dari pisang raja. bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Pada peringkat awal perkahwinan.

Inilah yang dilakukan oleh kerajaan Melaka. Oleh itu membayar ufti sebegitu banyak adalah suatu penindasan dari sebuah kuasa penjajah (kerajaan Siam) waktu itu.osted by Ibnu Hasyim Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook PADA ketika Kerajaan Melayu Melaka memulakan empayernya pada awal kurun ke-15. Ini merupakan satu simbolik dan strategi yang berkesan oleh pihak kerajaan Melaka. Dua buah kuasa besar yang terdiri daripada Kerajaan Majapahit (Indonesia) dan Kerajaan Siam (Thailand) sedang bersaing hebat bagi merebut kuasa dan jajahan takluk masingmasing di kawasan ini. mereka akan mengadakan hubungan baik dengan lawatan Cheng Ho. 'Parameswara sebelumnya cuma bertaraf kepala suku atau ketua kaum sahaja'. Pada ketika Laksamana Cheng Ho membawa armadanya ke Asia Tenggara (Nusantara). Justeru. Berdasarkan ikatan persahabatan dengan . keadaan politik di rantau Asia Tenggara ketika itu tidaklah begitu stabil. Menurut catatan Ma Huan seorang jurutulis yang ikut serta dalam pelayaran tersebut mengatakan. Bagi negara yang ingin selamat dan terhindar daripada serangan Siam atau Majapahit. kedatangan armada Cheng Ho beserta dengan kekuatan ketenteraannya menjamin kedamaian negara-negara di rantau ini dan mengelakkan berlakunya peperangan. Kekuatan dan kehebatan armada Cheng Ho ini telah menakutkan negara-negara di rantau ini untuk berperang sesama sendiri. Mereka menerima kedatangan Cheng Ho sebagai sahabat dan 'pelindung' kepada ancaman daripada kuasa luar seperti Siam dan Majapahit pada ketika itu. Dengan itu kerajaan Melaka berasa selamat dan dapat membangunkan pelabuhan serta negeri mereka dengan aman damai. Ini selari dengan dasar negara Dinasti Ming ketika itu yang menekankan dasar persahabatan dan bukannya membawa persengketaan. Melaka pada waktu itu di bawah takluk Siam dan terpaksa membayar ufti tahunan berupa 40 unit pohon emas.

Beliau dan pengikutnya terus menziarahi Raja Melaka. beliau menempatkan pasukannya di suatu kawasan berbukit. Disampaikan hadiah terdiri dari emas. diplomatik dan sosial secara perdamaian dengan pemerintah berbagai negeri di Laut Cina Selatan.M. Di Melaka. Tandanya Laksamana Cheng Ho dengan kekuatan kerajaannya. bahkan kunjungan muhibah Cheng Ho itu berjaya membangunkan hubungan politik. Tradisi payung kuning bagi raja-raja Melayu pun bermula dari sejak itu. Malah. yang akhirnya disebut Bukit Cina atau Chinese Hill. telah berjaya membebaskan dan menyelamatkan kerajaan Melayu Melaka dari penjajahan kerajaan Siam. Bukan itu sahaja. Kesan sejarah pengikut Cheng Ho: Kuburan lama di Bukit Cina. dengan tanpa tumpah darah setitik pun. Melaka . wang China.pemikiran-pemikiran Islam agama anutannya. Cheng Ho telah mengutus surat kepada kerajaan Siam supaya ufti dihentikan. tidak lama kemudian. Raja Parameswara telah memeluk agama Islam dengan memakai gelaran Raja Parameswara Iskandar Shah (1392-1414 T.). iaitu Parameswara yang masih beragama Hindu. sutera porsolen dan beberapa payung kuning.

M. . serta ukiran patung Laksamana Cheng Ho.). Melaka.Pada tahun 1459. Bukti petempatan ini masih wujud hingga ke hari ini dengan adanya kuburan kuno (lama) di atas Bukit Cina (seperti gambar di atas). sekali lagi Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka dengan membawa Puteri Hang Li Poh untuk dijodohkan dengan Sultan Melaka pada ketika itu iaitu Sultan Mansur Shah (1458-1477 T. Perigi Raja atau Perigi Puteri Hang Li Poh. dan pengikut-pengikut puteri ini telah juga ditempatkan di sekitar kawasan Bukit Cina lalu membentuk petempatan yang lebih luas di kaki Bukit Cina. Kuil 'San Pao Kung' atau 'Sam Po Bo' iaitu gelaran kehormat kepada Cheng Ho.

Perigi Raja atau Perigi Puteri Hang Li Poh .

.

Kuil 'San Pao Kung' atau 'Sam Po Bo'. di Bukit Cina. Melaka .

kesan tinggalan istana Puteri Hang Li Poh tidak dapat dijejaki hingga ke hari ini. Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan Melaka telah memerintahkan agar didirikan sebuah istana khas bagi puteri ini di puncak Bukit Cina. Melaka Keturunan Baba dan Nyonya di Melaka Kemunculan masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka adalah daripada keturunan pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang datang bersama armada Cheng Ho pada tahun 1459.Ukiran Patung Laksamana Cheng Ho di Kuil 'San Pao Kung' atau 'Sam Po Bo'. Walau bagaimanapun. Kesan petempatan pengikutnya pula dapat dilihat berdasarkan . di Bukit Cina. Manakala pengikut puteri ini pula tinggal di petempatan yang dibina di kaki Bukit Cina dan kawasan sekitarnya.

Keturunan pengikut Puteri Hang Li Poh inilah yang dikata membentuk masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka juga `amat fasih' bertutur dalam bahasa Melayu dialek Baba dan Nyonya sebagai bahasa pertama. Tengah laot patah kemudi-nya. dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang-orang Melayu. Nama mereka dikenali dengan permulaan sebagai `Baba' bagi kaum lelaki (misalnya Baba Kim Teck). Hutang budi dapat di bayer. Hutang hati mengikat diri. Mereka telah diasimilasikan ke dalam masyarakat dan budaya Melayu sehinggakan identiti budaya mereka banyak yang telah hilang dan digantikan dengan unsur-unsur budaya Melayu. Jerok mari dalam kendi.adanya perigi yang digunakan mereka yang dikenali sebagai `Perigi Raja' atau `Perigi Puteri Hang Li Poh' di kaki Bukit Cina tersebut. Contoh bahasa Melayu dialek Baba dan Nyonya dapat dilihat dalam pantun dondang sayang seperti berikut: Naday bugis tolak blayar. Pisang mas bawak blayer. dan `Nyonya' bagi kaum wanita (misalnya Nyonya Che Pon). Hutang budi balas di dunia. Hutang hati apa ganti-nya. Keturunan Baba dan Nyonya Berbaju Kebaya Melayu dan nyanyi Dondang Sayang .

kedudukan mereka kini berselerakan terutama sekali di Negeri-negeri Selat bekas Jajahan British di Pulau Pinang dan Singapura. Sebab itulah dikatakan bahawa Warisan Baba Nyonya menjadi bahagian yang penting dalam khazanah seluruh bangsa Malaysia. dengan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina. khususnya di negeri Melaka. Begitu juga daripada aspek pemakanan. mereka mengamalkan campuran masakan Cina dan Melayu beridentitikan masakan Baba Nyonya yang pedas dan berempah. perayaan Pesta Tanglung. . di samping mengamalkan adat resam Melayu dan penjajahan Barat. Kaum Baba dan Nyonya ini mengamalkan agama-agama tradisional Cina. Selain Melaka. Mereka juga dikenali sebagai Cina Peranakan atau "Straits Chinese". Tanah Melayu.Baba dan Nyonya menarikan Tarian Melayu Tradisioanal Mengikut sejarah. bahasa Inggeris dan bahasa Hokkien. Baba dan Nyonya merupakan golongan keturunan Cina yang sangat unik kedudukannya yang terdapat di Negeri-Negeri Selat. Bahasa mereka juga unik dengan mengamalkan Dialek Baba-Melayu: campuran bahasa Melayu. Mereka kaya kaya dengan kebudayaan. dan sangat unik dengan ciri-ciri campurannya.

Ini kerana ramai daripada mereka terutamanya keturunan muda yang telah berhijrah ke negeri-negeri lain ataupun berkahwin dengan orang-orang Melayu atau Cina dan memeluk agama Islam atau Buddha. . mungkin kurang daripada 100 ribu orang.Pakaian Tradisional Pengantin masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka Pada hari ini. Petempatan tradisional mereka ini dipelihara utuh di sekitar Banda Hilir dan kawasan Tengkera. Petempatan tradisional mereka masih dipelihara oleh kerajaan dan dijadikan muzium ataupun pusat-pusat pelancongan di negeri Melaka. kerajaan Negeri Melaka masih mengekalkan petempatan tradisional mereka sebagai warisan budaya yang tidak ternilai harganya. bilangan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin berkurangan. rekaan dan hiasan dalamannya yang menarik serta begitu unik sekali. Walau bagaimanapun. Pelancong berpeluang untuk menatap rumah-rumah tradisional Baba dan Nyonya yang masih dikekalkan dalam bentuk asal dengan seni bina.

Hanya warisan artifak untuk tatapan generasi hari ini yang mampu mengukir senyuman dan menceritakan segalanya kepada para pengunjung yang melawatnya. (CRI) REPLIKA armada Cheng Ho ini turut menjadi tarikan pengunjung ke Zheng He Park. .Bangunan lama berupa deretan rumah kedai tersebut sebagai khazanah silam yang menyimpan seribu satu kenangan menceritakan tentang kewujudan masyarakat ini serta keunikan budaya mereka yang telah mula ditelan zaman.

Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang Cina dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan. ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu. Wakil dari pihak lelaki biasanya seorang wanita tua akan pergi ke rumah pihak perempuan. http://sayangmelaka. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia.html Keturunan Baba dan Nyonya telah berada di Melaka sejak abad kelima belas. Unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu memperngaruhi adat perkahwinan ini.blogspot. adak merisik adalah perlu. Pada masa dahulu perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting di kalangan orang peranakan.html Sama seperti masyarakat Melayu. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir dalam masakmemasak. Apabila si anak telah mencapai satu tahap yang memuaskan.Adat Perkahwinan Baba dan Nyonya MELAKA 829 views http://jochoo.blogspot.com/2010/11/people-baba-nyonya-community. Biasanya. membuat sulaman. pertukangan tangan dan menjahit. 'orang tengah' akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka. Ini adalah kerana pihak lelaki ingin mengetahui sama .com/2007/04/melaka-trip-museum-shopping.

periuk belanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. http://doodooplease. Asalkan bakal menantu adalah pilihan anak mereka. 'Mueynang' ditugaskan untuk menghantar barangan ini ke rumah pihak perempuan. jika pengantin lelaki dilahirkan dalam Tahun Kambing manakala pengantin perempuan pula dalam Tahun Anjing. Biasanya pertolongan seorang tukan tilik diperlukan.ada gadis yang hendak dipinang mempunyai budi pekerti yang baik. perkahwinan tersebut dipersetujui. Sepanjang tempoh ini. Pihak lelaki menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran yang sepatutnya diberi kepada pihak perempuan dalam majlis ini. Peminangan ini diketuai oleh 'Mueynang'. pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin. maka ditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan.com/2010/06/baba-nyonya-facing-generation-blood. Separuh lagi akan dijelaskan pada hari perkahwinan. satu rombongan meminang akan dihantr.html Apabila peminangan diterima. Majlis naik belanja ataupun 'hari tukar cincin' akan diadakan jika tidak ada apa-apa yang berlaku dalam tempoh ujian tersebut. Buah-buahan ini diletakkan dalam 'bakul siah' yang bertingkat-tingkat. maka kedua-dua pihak akan berpendapat bahawa pasangan ini adalah tidak secocok. Misalnya. pinggan mangkuk. Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buah-buahan yang dihantar dan sepasang lilin. Pertukaran cincin pun dilakukan. Butir-butir seperti tarikh lahir.blogspot. ia tidak lagi diamalkan oleh kebanyakan keluarga peranakan. Semasa majlis naik belanja ini. empat botol arak. Dua botol air sirap dan sebungkus gula-gula akan diberi kepada pihak lelaki pula. Mereka akan berbincang mengenai identiti kedua-dua pengantin ini. Kini. bersopan-santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika ini berlaku. Jika keluarga pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut. masa lahir dan tahun mengikut kalendar Cina bagi kedua-dua penganting diambil kira. pihak perempuan meminta tempoh sebulan untuk menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan ataupun tidak. Ini menandakan mereka amat gembira serta sukacita menerima barangan hantaran tersebut. daging babi panggang berserta dengan buah-buahan seperti limau dan epal. . Pihak lelaki perempuan akan berunding sesama mereka.

Wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak pengantin perempuan. Bunga rampai ditaburkan di tengah tilam baru. Di empat penjuru katil diletakkan 'angpau'. Rumah dihiasi dengan indahnya dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga diletakkan di meja sembahyang. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut dengan kertas merah) yang diletakkan di atas nyiru. Kedua-dua penganting dikehendaki berpakaian serba putih. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara 'cohtau' di rumah masing-masing.http://tanjungmutiara. Sementara itu. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan ianya tidak padam sehingga dua belas hari selepas perkahwinan. kedua-dua pengantin akan memakai pakaian perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya yang boleh dilihat di Muzium Melaka. Perkakas baru dalam bilik tersebut juga diletakkan 'angpau'. . Pengantin lelaki akan meniaki kereta dengan diiringi oleh pengapit dan pengiringnya yang masing bujang. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan menjalankan upacara ini. Pada hari perkahwinan.com/2011/07/22/melaka/ Perbincangan kedua-dua pihak akan diadakan bagi menentukan hari perkahwinan. Mereka akan diberitahu bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan seharusnya dapat memjalankan tanggungjawab masing-masing. rambut pengantin perempuan di sisir oleh seorang wanita biasanya sanak-saudaranya sendiri. Sebelum majlis perkahwinan diadakan. Bilik ini sentiasa terkunci dan hanya akan dibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam. Bantal-bantal disusun dan langsir baru dipasang. Upacara menyiapkan bilik pengantin di rumah pihak lelaki diadakan seminggu sebelum hari perkahwinan. Berbagai-bagai persediaan dijalankan di rumah masing-masing terutamanya pihak pengantin lelaki.

kedua-dua pengantin memohon maaf serta diminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua-dua belah ibu bapa mereka. kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah.html Apabila sampai di rumah pengantin perempuan. Upacara di rumah pihak lelaki diadakan secara besar-besaran. Di dalam adat ini kedua-dua penganting akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Dia akan diberi 'angpau' oleh pengantin lelaki. Mereka disuruh sembahyang. Ada juga yang memberi barang-barang kemas berupa cincin ataupun rantai. Pihak keluarga pengantin lelaki akan sentiasa memandang gerak-geri pengantin perempuan semasa berjalan. Kedua-dua penganting akan bersembahyang dan dianggap sah sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan. Ia dikenali sebagai upacara 'sembahyang samkai'. Pengantin lelaki akan dibantu oleh 'pak-chi-nek' sementara pengantin perempuan pula oleh 'sang-ke-um'. Selepas itu mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Kadangkala kedua-dua pembantu ini mesti melakukan tugas mereka berpuluh-puluh kali kerana terdapat banyak sanak-saudara. Jamuan ini akan hanya dimulakan apabila ahli keluarga pengantin perempuan sampai. Walau bagaimanapun pada masa ini. lambut dan 'lembut' seolah-olah pengantin perempuan tersebut sedang menari.com/2009/08/ah-tuan-yee-baba-nyonya. Biasanya orang-orang yang 'disojah' memberi 'angpau' kepada mereka.blogspot. pintu kereta pengantin lelaki dibuka oleh seorang pemuda. Kebanyakan orang-orang Baba dan Nyonya lebih suka jamuan makan ini diadakan di rumah. Setiap langkah perlu diatur dengan rapi. Jamuan makan perkahwinan akan diadakan pada sebelah petang. Mereka dibenarkan berdiri ketika melakukannya. Suatu jamuan ringan akan diadakan. Ini adalah kerana setiap kali keduadua melutut. Tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Selesai sembahyang. Ini disusuli pula oleh 'adat sojah'.http://melialissa. biasanya adik lelaki pengantin perempuan. mesti dipastikan pakaian mereka adalah kemas dan rapi. Adatnya pula dikenali sebagai 'Perkahwinan Tambo Seroni' kerana tiupan serunai dapat didengari di sepanjang majlis perkahwinan. Ia diadakan di rumah pengantin lelaki. . Jika mengikut tradisi. kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak 'adat sojah'.

Kedua-dua ekor ayam yang berbulu merah tadai dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan di bawah katil pengantin. Adat 'dua belas hari' akan diadakan dua belas hari selapas perkahwinan. maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Satu jamuan diadakan di rumah pihak perempuan.Pada keesokan harinya. maka anak perempuan akan diperolehi. Warna merah memainkan peranan yang penting dalam majlish perkahwinan Baba dan Nyonya kerana warna merah dipercayai membawa tuah. maka anak lelaki akan diperolehi oleh kedua-dua mempelai itu. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Sebagainya balasan. ibu bapa pengantin perempuan akan memberi dua ekor ayam yang berbulu merah (seekor ayam jantan dan seekor ayam betina). Ini ternyata bernar terutamanya di kalangan golongan peranakan di Melaka. Kononnya. Jika ayam betina yang keluar dahulu. Ini juga dipercayai oleh masyarakat Cina. kebahagian dan kerharmonian. pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua mentuanya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Kedua-dua pengantin dijamu dengan nasi lemak bersama-sama dua belas jenis sambal. Pengantin lelaki akan memberi 'angpau' kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya. Ayam-ayam tersebut dipercayai membara kemakmuran dan kebahagian kepada keturunan kedua-dua pangantin tersebut. Ianya hendak dipelihara selagi ada hayatnya. Adalah adat bahawa kedua-dua ekor ayam tadi tidak boleh disembelih atau dijual. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak. jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawah katil tersebut. Kita dapat membuat kesimpulan bahawa adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini bukan sahaja memakan masa yang lama tetapi penuh dengan adat-istiadat. Kesemua barang-barang ini dibalut dengan kertas merah. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan bagi merestui perkahwinan mereka. ramai daripada kaum Baba dan Nyonya sekarang meringkaskan adat perkahwinan tersebut malahan ada segelintir masyarakat ini tidak mengamalkannya lagi. Justeru itu. dua batang tebu dan dua batang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. . Namun demikian masih ada golongan orang peranakan yang menjalankan adat perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya kerana mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan zaman dan hanyut dibawa arus kemodenan.

Bahasa Baba Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia. dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien. Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Pada dasarnya. mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama. termasuk juga sebutan bahasa Hokkien. bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. merupakan satu bahasa yang berasingan. umpamanya lai untuk 'datang'. yang tidak difahami oleh orang-orang Melayu. peralatan dapur diberi nama Melayu. "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". berbanding peribahasa Melayu. Orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu. Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu. Orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam. khususnya bagi idea-idea yang abstrak. kecuali barangan jenis Cina seperti: . [sunting Contoh lain penggunaan perkataan yang digunakan dalam etnik baba dan nyonya saya = goa anda = lu dia = i kita = wa lang Bagaimanapun. bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu. Orang-orang Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas. Selain itu. Umpamanya. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka. Antara perbezaan ini adalah: Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.

kuchai. kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami. iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu. Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak. Perkataan berkaitan dengan agama Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba: tokong = bio membakar colok = sio-hio [sunting] Perkataan berkaitan dengan hubungan sanak saudara Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak. dan abang: ayah = 'ntia (爹 tia) datuk = 'ngkong (公 kong) kakak = tachi (大姊 tōa-chí) bapa saudara = impek (伯 peh) adik bapa = nchek (叔 chek) suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu) [sunting] Perkataan berkaitan dengan rumah ibu rumah = tian (廳 thian) kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin) tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng) serambi dalam = pangkeng (pang-keng) serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin) lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong) . adik. kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm. tauyu. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina. kianchai. Bagaimanapun. dan sebagainya. "sepit" (iaitu penyepit).teko = tekuan sudu sup = tngsi cerek = teko Terdapat satu pengecualian.

tauyu. Bagaimanapun. kuchai. "sepit" (iaitu penyepit). Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.meja = toh (bahasa Hokkien. [sunting] Perkataan berkaitan dengan agama Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba: tokong = bio (廟 biō) tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa. iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu. Tua Pek Kong (大伯公 Tōa-Peh Kong)) membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun) melutut = kui (跪 kūi) BABA DAN NYONYA Asal-usul Kaum peranakan Baba dan Nyonya sudah wujud di negera ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak. Kumpulan kaum minoriti ini menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan nyonya atau peranakan kerana mereka memiliki dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina pada masa yang sama mengamalkan ciri- . kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (燖). kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami. 桌 toh) permaidani = tanak (毯仔 thán-á) cat = chat (漆 chhat) Bagaimanapun. peralatan dapur diberi nama Melayu. kecuali barangan jenis Cina seperti: teko = tekuan (茶壺 tê-kòan) sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî) cerek = teko (茶壺 t -k ) Terdapat satu pengecualian. kianchai. Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak. dan sebagainya.

kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba. asam lengkuas dan serai. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan orang Melayu. Budaya Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh. kuih apom balik. Selai itu. Antaranya ayam pongteh. Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan. Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. bauh keras.Walau bagaimanapun. Tarian . masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Mulai tahun 1930 an. cendol dan tapai pulut. Manakala. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan tumit. ayam kunyit cili. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Pakaian Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian baju kebaya dengan kain sarung. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur asin).ciri budaya masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. masak lemak dan ayam kunyit cili. selain itu.

Seterusnya ibu bapa pengantin akan memasang lilin merah di atas meja yang di sediakan. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu malam. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan dimasukan bersama-sama dengan air gula yang telah dimasak. dan pengajaran. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja sam kai dikenali sebagai tok wee.Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa. Manakala pada bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan kuih “ih” yang berwarna-warni. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Diatas kain sam kai terdapat dua batang lilin merah. kemewahan. Fu Kien Opera dan Dondang Sayang Baba Nyonya Adat Resam Perkahwinan Seperti kaum lain kam Baba Nyonya juga turut mempunyai adapt resamnya tersendiri. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri. Upaca cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sam kai ( colok ) akan dinaikkan mengadap pintu utama ruang tamu. Kuih “ih” ini juga digunakan oleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya. Kain tok wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan abadi dan juga hiasan yang mewakili perlanjutan. .

Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi lagi. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. pemikiran. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu kita semua tahui. kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan nagara dan agama kita . setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada peringkat perkongsian nilai.Kesimpulan Secara kesimpulan. Ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan. Akhir sekali.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful