You are on page 1of 8

ANDRAGOGI DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN ORANG DEWASA

1 Votes Topic: Pendidik Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan karena maksudnya yang agak luas dan banyak tokoh yang memberikan pandangan yang berbeda-beda. Antara tokoh terkenal adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya. Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran anak-anak. Perkataan itu diambil dari Yunani yaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Kemudian Knowles memberi makna andragogi. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Namun, Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran anakanak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa. Walaupun begitu, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. Pada permulaan abad ketujuh di Eropa, sekolah didirikan dengan tujuan mengajar anak-anak. Sekolah dasar adalah sekolah yang mendidik anak-anak lelaki dalam menyalurkan ilmu keagamaan dan membentuk mereka menjadi paderi. Kemudian sekolah itu dikenali sebagai ‘Catheral’ atau sekolah rahib. Memandang guru-guru di sekolah itu mempunyai prinsip dan misi terhadap kepercayaan dan upacara keagamaan bagi pelajar anak-anak ini, mereka mengendalikan strategi pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Pedagogy’ yang bermaksud seni dan kebudayaan untuk pembelajaran anak-anak. Selepas Perang Dunia Pertama, muncul pula faham berkenaan dengan keunikan orang dewasa sebagai pelajar. Pembelajaran dewasa mula menarik perhatian di setiap tempat. Perkembangan pembelajaran dewasa adalah berperingkat yaitu bermula pada zaman pertanian, industri dan seterusnya Informasi dan Teknologi. Alexander Kapp, guru dari Jerman menguraikan prinsip pembelajaran oleh Plato (Nottingham Andragogy Group 1983). John Frederick Herbert, juga dari Jerman menyangkal penggunaannya. Dengan itu, andragogi lenyap daripada pandangan pembelajaran hampir seabad. Andragogi muncul semula di Eropa pada tahun 1921 dan meluas digunakan pada tahun 1960an di Perancis, Belanda dan Yugoslavia. Artikel Knowles ‘Andragogy Not Pedagogy’, diterbitkan dalam Adult Leadership pada 1968 adalah karya pertamanya berkenaan dengan andragogi. Manakala Lindeman pula menitikberatkan komitmen dalam hal bertindak ke arah Sendiri (self-directed),

memperkayakan pengetahuan serta meningkatkan kelayakan teknikal dan profesional dan seterusnya membawa kepada perubahan dalam sikap serta dalam pembangunan diri serta penglibatan dalam pembangunan sosial.’ Lindeman (1972) “Pembelajaran dewasa (andragogi) merupakan teknik baru dalam kaidah pembelajaran. Ia merupakan proses di mana pelajar dewasa sadar bagaimana menilai pengalaman yang diperoleh. setiap satunya mempunyai andaian yang munasabah. ekonomi dan kebudayaan. pedagogi sudah muncul. Menurut Knowles. Edward Lindeman. Perkataan itu diambil dari Yunani yaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. collage dan universitas di mana seseorang dianggap sebagai dewasa oleh masyarakat membangunkan kemahiran. sebelum wujudnya andragogi. Dan saya tidak mengatakan yang pedagogi itu buruk manakala andragogi adalah baik. Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran anak-anak. Namun. Lindeman boleh dilihat sebagai ‘spiritual father’ manakala Knowles pula ‘putative father’ andragogi. Fakta dan guru merupakan peranan kedua dalam sesi pembelajaran.” Knowles (1979) “…setiap orang dewasa mempunyai tanggapan yang spesifik dan menghargai segala bidang kerjaya. keluarga. “Saya tidak mengatakan yang pedagogi adalah untuk anak-anak saja dan andragogi adalah untuk orang dewasa. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran anak-anak. guru juga harus menyatakan tentang kepentingan pendidikan formal. Tough dan sebagainya. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Definisi Andragogi Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan karena maksudnya yang agak luas dan banyak tokoh yang memberikan pandangan yang berbeda-beda. memandangkan ada beberapa andaian pedagogi realistik untuk orang dewasa dan beberapa situasi dan beberapa andaian andragogi sesuai untuk anak-anak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa.” Gesner (1956) “Pembelajaran dewasa ialah satu konsep di mana aktivitas yang sengaja diadakan bagi pembangunan orang dewasa. tahap dan cara tidak kira format ataupun tidak serta sama adanya memanjangkan ataupun menggantikan pendidikan asas di sekolah.” RWK Paterson (1979) “Pembelajaran dewasa adalah keseluruhan proses pendidikan terancang di mana kandungan. kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. Fakta dan informasi serta berbagai pengetahuan yang digunakan adalah dengan tujuan menyelesaikan masalah. Antara lain tokoh terkenal adalah Malcolm Knowles. Dalam proses ini guru akan menggunakan fungsifungsi baru. Walaupun begitu. .pengalaman dan penyelesaian masalah melalui pembelajaran dewasa. Linderman dan Knowles memainkan peranan penting dalam evolusi andragogi di Amerika. kebahagiaan. kehidupan dan hubungan komunitinya. ‘Subject-matter’ kadangkala dibawa ke dalam situasi ini dan digunakan dalam bidang kerjaya sekiranya diperlukan. Kemudian Knowles memberi makna andragogi. Pembangunan di sini bermaksud peningkatan kesedaran. penambahan pengalaman dan pengetahuan.

Pertama. Hipotesis kedua adalah ‘Individu belajar dengan berkesan apabila mampu melibatkan dirinya dalam keperluan dan pengkayaan struktur dirinya’. kita hanya dapat membantunya belajar’. berurutan serta terancang bagi individu yang dicirikan sebagai dewasa bagi memperoleh ataupun memantapkan lagi nilai. On Adult Educations (1980) Carl R. Hipotesis ini dipetik daripada teori personalitas beliau yang menyatakan setiap individu wujud dalam perubahan secara berterusan melalui pengalaman yang dimiliki. Rogers juga percaya bahwa pembelajaran adalah proses semula jadi seperti mana pentingnya pernafasan dalam proses kehidupan. Rogers menyatakan pembelajaran adalah berdasarkan kepada lima hipotesis asas.Orang dewasa ingin dan berkecenderungan bertindak ke arah sendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung pada orang lain. kemahiran dan pengetahuan yang sudah ada. ‘Kita tidak dapat mengajar orang lain secara langsung. ‘Pengalaman yang. Andaikan Andragogi Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah sendiri atau self-directedness dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. melibatkan perubahan dalam organisasi diri menerusi simbolisasi diri dan struktur organisasi diri menjadi lebih rigid dan tenang apabila batasan ketakutan dapat disingkirkan’..” General Conference of UNESCO (1976) “. Rogers menyatakan pembelajaran adalah proses internal yang dikawal oleh pelajar dan berkaitan dengan seluruh interaksi individu itu dengan sekitarnya. Ini bermakna. Keseluruhannya. sistematik. Berbagai persepsi dalam berbagai perkara yang terbimbing. Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar . ational Advisory Council. Hipotesis Rogers yang terakhir adalah ‘Situasi pendidikan paling berkesan mengetengahkan keberkesanan pembelajaran apabila: Ketakutan di dalam diri pelajar dapat dikurangkan dan diminimumkan. Hipotesis ketiga dan keempat digabungkan. dapat disimpulkan bahawa pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran yang disadari. . Terdapat beberapa pengandaian andragogi yang diberikan oleh Knowles (1980). jika terbatin. Setelah melihat definisi-definisi tokoh yang mempunyai pandangan yang berbeda-beda. Program pembelajaran dewasa perlu bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini. penting untuk mengambil kira bahawa pembelajaran yang dilakukan perlu berkaitan dengan setiap individu.Orang dewasa yang terlibat dengan apa saja kursus pembelajaran sama ada secara biasa ataupun lebih berkualitas adalah untuk meningkatkan kemahiran baru atau menambahkan kemahiran dan kelayakan yang telah dimiliki”.

Peranan pengalaman . program-program pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan keupayaan untuk belajar. penyelesaian masalah dan bertukar-tukar pengalaman. pencapaian dan minat. Kesungguhan orang dewasa menguasai suatu kemahiran ataupun pengetahuan adalah untuk keperluan hidup ataupun semasa. Keperluan menyempurnakan sendiri .Orang dewasa sedar keperluan pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar. orang dewasa membangunkan keperluan psikologi mereka bagi mendapatkan perhatian dan penghargaan daripada orang lain.Pengalaman orang dewasa adalah sumber pembelajaran yang penting. Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah . Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-teknik berasaskan pengalaman seperti perbincangan dan penyelesaian masalah. Kesediaan belajar . .Orang dewasa mempunyai kesempurnaan sendiri dan mampu menilai sendiri keputusan dan menentukan hidup mereka sendiri. Model Andragogi Model andragogi dibentuk berdasarkan andaian-andaian di atas: Keperluan bagi memenuhi rasa ingin tahu/ke arah sendiri . Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai . Kesediaan belajar ini penting bagi membangunkan sendiri. Pengalaman yang dimiliki ini berbeda-beda mengikut latar belakang. Peranan fasilitator di sini adalah untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan untuk memenuhi rasa ingin tahu. ‘need to know’. pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian. cara pembelajaran.Orang dewasa bersedia untuk belajar perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti kehidupan. keperluan.Orang dewasa memiliki berbagai pengalaman yang diperoleh dari zaman remaja.Orang dewasa belajar bersungguh-sungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup. Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah perbincangan kumpulan. Oleh itu. Tough (1979) mendapati apabila orang dewasa berkemampuan untuk belajar dan memperoleh faedah daripada pembelajarannya dan juga mengambil kira keburukan apabila tidak mempelajarinya.Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman .Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar. Oleh itu.

Prinsip Andragogi Malcolm Knowles (1980) 1. Pelajar lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dan kehidupan mereka. 3. Pelajar perlu diberikan motivasi bagi mengubah tingkah laku. 3. Pemusatan pengalaman menjadi asas pembelajaran. Masalah memberi tenaga. Pelajar perlu sedar tingkah laku yang tidak diingini dan mempunyai gambaran jelas berkenaan dengan tingkah laku yang diingini. 2. Miller (1904) 1. 2. 2. Tough (1979) mendapati orang dewasa sentiasa mendapat motivasi untuk pertumbuhan dan pembangunan diri tetapi motivasi ini sering kali gagal karena wujudnya konsep negatif pada diri pelajar. arah dan menggalakkan daya belajar dan ia perlu dimotivasikan. masa terhadap dan program yang disertai tidak menepati prinsip-prinsip pembelajaran dewasa. Pelajar memperoleh bahan-bahan pembelajaran yang bersesuai-an yang dapat membantunya. Pengalaman yang dimiliki mesti bermakna kepada pelajar. 4. gaji tinggi) tetapi pendorong dalaman adalah lebih berpengaruh (seperti kualiti kehidupan. Orang dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua kerja mereka. Pembelajaran adalah berdasarkan problem-centered. Gibb (1960) 1. Pelajar mesti diberikan tujuan sejauh mana pencapaian tujuannya. Pengalaman adalah asas aktivitas pembelajaran. penghargaan).Orang dewasa belajar berdasarkan berpusatkan kehidupan dan ia begitu berbeda dengan anakanak yang tertumpu pada pelajaran atau berpusatkan subjek. Setiap perkara yang dipelajari adalah berkaitan dengan hidup mereka. . Menjadi tanggungjawab pelajar menerima pengalaman sebagai suatu yang bermakna.Orang dewasa mendapat motivasi daripada pendorong luaran (seperti kenaikan pangkat. Pembelajaran adalah tertumpu pada masalah (problem-centered). Tujuan ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar mempunyai peluang mencuba tingkah laku yang baru.Orientasi pembelajaran . Peranan motivasi .

Orang dewasa belajar dengan lebih baik apabila secara personelnya mereka terlibat dalam proses merancang. Orang Dewasa sebagai Pelajar Menurut Knowles terdapat empat definisi dewasa yaitu: 1. Pembelajaran adalah proses yang berterusan. Fasilitator perlu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran. mempunyai kerja sepenuh masa dan berkeluarga. Pembelajaran dewasa adalah bidang baru dan Knowles mempelopori bidang ini dan menguraikan beberapa kriteria pelajar dewasa: Orang dewasa adalah bebas dan bertindak ke arah sendiri . Self-concept dan self-directedness hanya diperoleh apabila individu itu menamatkan zaman persekolahannya. Orang dewasa merasakan keperluan dalam berbagai bidang kemahiran dan pengalaman yang dimiliki adalah penting bagi masa depan mereka. Daripada aspek sosial: Individu itu dianggap dewasa apabila dia dapat memainkan peranan sebagai orang dewasa. fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri. fasilitator perlu mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar. 2. memiliki lesen memandu dan berkahwin. Maka. 3.Berdasarkan ringkasan prinsip-prinsip yang diberikan oleh beberapa tokoh di atas. Contohnya. 2. bekerja sepenuh masa dan berumah tangga. Orang dewasa belajar dengan baik apabila mereka mempunyai motivasi untuk berubah. Sebagai pemudah cara. individu itu dikatakan dewasa apabila dia sudah melalui zaman anak-anak dan remaja serta dipengaruhi oleh aktivitas sosial yang disertai semasa berada dalam alam persekolahan. menilai dan melaksanakan persekitaran mereka tanpa mengganggu tahap keselamatan estim diri mereka.Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak. 4. Daripada aspek biologi: Individu itu mencapai tahap dewasa apabila mencapai peringkat umur tertentu dan mampu melahirkan anak. dapat disimpulkan bahawa prinsip andragogi adalah: 1. orang dewasa mempunyai tujuan sebagai seorang pelajar. Daripada aspek psikologi: Individu itu dianggap dewasa apabila dia mencapai tahap kesempurnaan sendiri di mana dia mampu menguruskan hidupnya sendiri. 4. Berbanding dengan anakanak dan remaja. . Daripada aspek undang-undang: Individu itu dianggap dewasa apabila mencapai syarat yang tertakluk dalam undang-undang dan membolehkan dia terlibat dalam mengundi. 3. Orang dewasa memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahui tahap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran. self-discovered atau mempunyai kemahiran dan strategi spesifik.

Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktivitas kerja. pendidikan dan sebagainya. Orang dewasa adalah praktikal .Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan pada dirinya. Fasilitator membantu pelajar mencapai tujuan mereka. Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan memberi nilai kepada mereka. Walaupun berbagai definisi dilontarkan oleh pelopor-pelopor pembelajaran dewasa. Ia berbeda karena pedagogi meluaskan pengaruhnya dalam pendidikan formal yang merangkumi pendidikan sekolah dasar. Orang dewasa mengaitkan pembelajaran mereka dengan pengalaman yang dimiliki.Sebelum menyertai kursus. Kesimpulan Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran kontinyuitas dalam jangka masa panjang di mana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Oleh itu. Oleh itu. Orang dewasa perlu dihormati . Tujuan dan objektif kursus dibuat pada permulaan kursus. orang dewasa tahu tujuan yang perlu dicapai. penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar sebelum kursus itu bermula. Orang dewasa tidak lagi bergantung harap dengan orang lain karena mereka bertindak ke arah sendiri.Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. . Ia dianggap sepadan dengan pemikiran dan pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa. Orang dewasa mempunyai tujuan .Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar. Andragogi diaplikasikan dalam semua bentuk pembelajaran orang dewasa dengan meluaskan skop-skop latihan. fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan kehidupan mereka. menengah dan institusi-institusi pendidikan tinggi. Pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting dalam meningkatkan keupayaan orang dewasa dalam meneruskan proses pembelajaran. tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. pembangunan. namun mereka memberikan kesimpulan yang sama. Orang dewasa adalah berpusatkan objektif . Pelajar perlu diberi peluang sama rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.Orang dewasa mempunyai pengalaman . Fungsi yang nyata dalam konsep andragogi adalah bertentangan dengan prinsip pedagogi.