You are on page 1of 3

POST MORTEM OTI 2 2013 MATA PELAJARAN UPSR TAHUN 2013

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) 1. Murid tidak boleh membaca 2. Murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik terutama murid pemulihan 3. Penggunaan tatabahasa kurang mantap

Cara mengatasi: 1. Memperbanyakkan latihan membaca.Perlu memastikan murid lancar membaca dari tahap 1 lagi. 2. Memperbanyakkan lagi latihan berbentuk objektif. Perlu diperkenalkan latihan mengikut format UPSR di tahap 1 lagi. 3. Perlu memberi penekanan dalam aspek tatabahasa seperti tanda bacaan, simpulan bahasa,peribahasa dan lain-lain lagi. BAHASA MELAYU (PENULISAN) 1. Murid tidak bolah membaca dan menguasai kemahiran membaca dengan baik dan lancar.Ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis karangan dengan baik. 2. Murid lemah dalam penyampaian isi serta tidak dapat menghuraikan dan mengembangkan isi karangan dengan baik. 3. Murid tidak memahami kehendak soalan,penguasaan dan penggunaan kosa kata dan struktur ayat yang lemah.

Cara Mengatasi: 1. Menggalakkan murid-murid supaya banyak membaca dengan menyertai Program Nilam dan kempen membaca. 2. Menggalakkan murid membaca bahan bacaan tambahan seperti Dewan menambah dan memantapkan penguasaan kosa kata dengan baik. 3. Menggalakkan murid membuat peta minda (isi-isi penting) sebelum menulis setiap karangan. 4. Bagi pelajar yang lemah, digalakkan menyalin contoh-contoh karangan yang baik.

BAHASA INGGERIS 1. Tidak memahami peta, diagram yang diberi dan tidak dapat menganalisisnya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan (Soalan 1-5) 2. Penggunaan bahasa, tatabahasa (Grammar), kosa kata (Vocabulary) masih lemah. 3. Tidak dapat mengembangkan idea serta membina dan menulis ayat dengan baik. 4. Tidak memahami kehendak soalan dan tidak memberi respon kepada soalan aras tinggi. Cara Mengatasi: 1. Latih tubi berterusan dengan memperkenalkan lebih banyak bentuk-bentuk soalan pemahaman. 2. Perbanyakkan latihan mengikut bahagian-bahagian (section) yang murid masih lemah. 3. Pengenalan dan penekanan kepada vocabulary dan grammar dari Tahun 1 lagi. 4. Latihan membina, menulis dan membaca ayat pendek perlu diperkenalkan dari Tahun 1 lagi. 5. Pengenalan format UPSR yang mudah bermula dari Tahun 1 dan diteruskan berperingkat-peringkat hingga ke Tahun 4. 6. Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka seharian. 7. Menggalakkan murid membaca banyak bahan bacaan Bahasa Inggeris.

MATEMATIK 1. Murid tidak menguasai sifir dan lemah kemahiran asas Matematik. 2. Murid lemah memilih kaedah dan teknik untuk menyelesaikan masalah dalam soalan Kertas 1. 3. Murid lemah dalam mempersembahkan jawapan dengan baik dan tidak dapat menjawab soalan dengan lengkap dan betul jalan kiranya dalam soalan Kertas 2. 4. Murid lemah dalam menjawab soalan aras tinggi yang menerapkan unsur KBKK. 5. Murid tidak dapat memahami dengan jelas soalan dwibahasa. Cara Mengatasi:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Murid dikehendaki menghafal dan menguasai sifir setiap hari. Latihan congak untuk melatih murid membuat penguraian. Latih tubi untuk menguasai kemahiran penukaran unit. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut format UPSR. Banyakkan latihan menjawab soalan Kertas 2 dengan jalan pengiraan yang betul dan lengkap. Buku-buku kerja untuk pinjaman kelompok perlu diperbanyakkan. Galakkan muris menggaris setiap soalan dan kata kunci yang penting. Galakkan pembelajaran rakan sebaya untuk membimbing murid yang lemah. Lebih memberi tumpuan soalan penyelesaian masalah yang di dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan murid memahami operasi apa yang terlibat.

SAINS

BAHAGIAN A 1. Murid kurang/lemah dalam mengingati fakta yang telah dipelajri khususnya topik Tahun 4 dan 5. 2. Lemah dalam mengenal pasti jawapan yang betul dalam keempat-empat jawapan yang diberikan. 3. Murid lemah dalam menjawab soalan aras tinggi yang mempunyai unsur KBKK. 4. Murid lemah dalam memahami konsep dan aplikasi Sains dalam soalan yang dikemukakan.

BAHAGIAN B 1. Kurang memahami dan menguasai laras bahasa dan istilah sians. 2. Penguasaan KPS kurang mantap seperti membuat inferens perbandingan, inferens terkawal dan pemerhatian lain. 3. Tidak menggaris soalan atau fakta yang ditanya dalam soalan. 4. Murid kurang mengaplikasi terkini dan kemahiran yang dipraktik untuk soalan KPS. Cara Mengatasi: 1. Memberi nota tambahan yang ringkas,padat dan mempunyai rajah / ilustrasi bagi memantapkan fakta dan penguasaan murid. 2. Menggalakkan pembacaan Kamus Sains untuk menambahkan pengetahuan murid. 3. Menyediakan buku-buku rujukan dan buku kerja tambahan. 4. Pengenalan dan penekanan kepada istilah-istilah sains semasa di dalam proses P&P dalam kelas. 5. Latih tubi menjawab soalan tahun 4,5,& 6 secara topikal dan mengikut format UPSR serta soalan-soalan UPSR yang lalu. 6. Bertukar-tukar soalan antara sekolah-sekolah di dalam kelompok, daerah dan negeri bagi menguji tahap kebolehan dan pencapaian murid dari semasa ke semasa. 7. Penekanan kepada KPS dan KMS dalam P&P di dalam kelas. 8. P&P berpusatkan murid dan memperbanyakkan uji kaji (eksperimen) bagi mengukuhkan kefahaman murid. 9. Memastikan murid Tahun 6 menjalani amali ( PEKA ) dan keputusannya direkodkan.

You might also like