Literasi Bahasa WAJ31 04

1.0 Pengenalan Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Ini bermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid Justru itu kemahiran membaca perlu dikuasai diperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sekiranya seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya mereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka juga akan merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar. Justeru, itu, Program Pemulihan Bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Menurut Margaret et.al (1989), guru haruslah memulakan pengajaran mengikut tahap yang sesuai.

Aktiviti terpenting yang perlu ditekankan ketika mengajar pemulihan bacaan adalah sebutan fonetik yang betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti rajah di bawah.

Pemulihan Bacaan

Page 1

Literasi Bahasa WAJ31 04
2.0 Faktor-faktor murid tidak dapat membaca. Menurut Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Menurut Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, senario membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya: a) Kekurangan guru bagi mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang

mengalami masalah membaca dan menulis. b) Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi

mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. c) Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. d) Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal. e) Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran. f) Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan; dan Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. g) Murid tidak mendapat perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa terhadap kemajuan pelajaran mereka. h) Murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama. “Jadi, NUTP berpandangan, kerajaan perlu mengukuhkan peranan kelas pemulihan bagi memastikan murid yang mengalami masalah tersebut dapat `dipulihkan’ secara Pemulihan Bacaan Page 2

Literasi Bahasa WAJ31 04
lebih berkesan. Oleh itu sebelum seseorang kanak-kanak itu diajar membaca

mereka mestilah terlebih dahulu boleh bertutur.

3.0

Teori Pemerolehan Bahasa Menurut B. F. Skinner yang mempelopori Teori Behaviorisme, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanakkanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran seperti pujian, senyuman, tepukan atau pelukan apabila kanak-kanak itu dapat memberi respon dalam pertuturan. Apabila situasi ini sentiasa berulang maka tahap penguasaan bahasa kanak-kanak itu akan semakin berkembang dari hari ke sehari. Berlandaskan kepada Teori Kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Menurut Jean Piaget, peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Ketika berumur 2 hingga 7 tahun kanakk-kanak memasuki Dalam peringkat ini perguasaan peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasi beberapa kemahiran seperti hokum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan persirian.

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur. Pemulihan Bacaan Page 3

4 ½ hingga 7 tahun • • • perkembangan otak memasuki fasa terakhir. Page 4 Pemulihan Bacaan . rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni. kosa kata berkembang sehingga 270. pada peringkat ini. 2 ½ hingga 4 ½ tahun • • • • • • • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa. belajar bahasa dengan mengumpul perkataan. corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan. kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka. perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial. kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.Literasi Bahasa WAJ31 04 0 hingga 2 ½ tahun • • • • • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan. mampu mengingat sehingga 1500 kota kata. • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata. terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan. cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka. kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar. kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.

iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem). Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.Literasi Bahasa WAJ31 04 • Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada ‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadi perkataan.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau Pemulihan Bacaan Page 5 . Huruf dan Bunyi HURUF a b c d e f g h i j k l m BUNYI aaaaa beh ceh deh eeeee feh geh heh iiiii jeh keh el em HURUF n o p q r s t u v w y z BUNYI en ooooo peh qeh rer sss teh uuuuu vev weh yeh zeh Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Menurut Isahak Haron (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca.

Kaedah Atan Long. Kaedah cerakin. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa. Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS). Aktiviti yang dijalankan juga khas. 1992). Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas. dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’. 4. Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Pemulihan Bacaan Page 6 . Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini. 1989). Jadi muridmurid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Kaedah DBP.0. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. kaedah fonetik. kaedah abjad.Literasi Bahasa WAJ31 04 kaedah pandang dan sebut. Konsep Pendidikan Pemulihan Program Pemulihan Khas merupakan satu usaha yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca. kaedah eklektik. kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun. Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. menulis dan mengira.

ii Isahak Haron & Koh Boh Boon. mentakrifkan kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa. Antaranya ialah : I. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan’. iv AE Tanseley dan R. iii Pringle (1966) ‘Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar. Culliforf.1 Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan olehh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.Literasi Bahasa WAJ31 04 4. 1983 ‘Perkhidmatan Khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolahsekolah biasa’. Dengan segala takrifan di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat berbanding dengan kanakPemulihan Bacaan Page 7 . menulis dan mengira. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) ‘dalam konteks KBSR Program pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca. melalui latiihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

kemahiran-kemahiran membaca secara sistematik iaitu contohnya seperti berikut: 1. Mengenal suku kata 2.3 2. kaedah dan teknik program pemulihan bagi membantu murid-murid yang lambat atau lemah untuk menguasai sesuatu kemahiran terutamanya kemahiran asas 3M iaitu membaca. : baju.4 v kv kvk kvkk 3.2 2.1 2. Mengenal perkataan 3. gigi : kereta.4 3.2 1.3 3. perut Page 8 . zip : ikan.4 1.6 Pemulihan Bacaan v+kv kv+kv kv+kv+kv kvk v+kvk kv+kvk : ubi.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Bacaan Sebagai seorang pendidik setiap guru haruslah bijak merancang strategi. petola : bas. menulis dan mengira agar murid-murid ini tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.Literasi Bahasa WAJ31 04 kanak lain yang seusia dengannya dalam menerima sesuatu pembelajaran atau kemahiran tertentu yang diajar dalam kurikullum sekolah biasa.2 3.6 Abjad kecil secara turutan Abjad kecil secara rawak Abjad besar secara turutan Abjad besar secara rawak Abjad kecil dengan gambar Abjad kecil dengan abjad besar Untuk merancang Program Pemulihan Bacaan guru haruslah mengenal pasti dan menyenaraikan 2.5 1. 4. ibu. epal : kasut. Mengenal abjad 1.1 1.1 3.3 1.5 3.

tong : abang.10 v+kvkk 3. Secara tidak langsung.Literasi Bahasa WAJ31 04 3. garpu : cincin.2 rangkai kata 5.13 kvk+kvkk 3. Pemulihan Bacaan Page 9 .1 Petikan mudah – perkataan kv+kv. CONTOH KAD SUKU KATA.14 kvkk+kvk 3. udang : parang. Antara kaedah pembelajaran yang sesuai digunakan dalam aktiviti pemulihan bacaan ialah latih tubi. kambing : songkok. kasut kulit 6. terung : nangka. aktiviti ini dapat membantu murid cepat membaca.terkawal 6. Mengenal rangkai kata 4.2 ayat kompleks : bakul rotan.15 kvkk+kvkk 4.9 kvk+kv kvk+kvk kvkk : pintu.1 ayat mudah 5. songket : longkang.1 rangkai kata mudah : batu bata.11 kv+kvkk 3. Penggunaan tulisan berwarna untuk membezakan suku kata juga adalah penting untuk membantu murid mengeja atau membaca sesuatu perkataan yang diberi. kad-kad perkataan. Guru perlu menyediakan kad-kad suku kata. kangkung 3. Bacaan & Pemahaman 6.8 3.2 Petikan kompleks Setelah menyenaraikan kemahiran-kemahiran membaca secara sistematik guru perlu merancang kaedah atau strategi yang sesuai untuk memulihkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang telah dikenal pasti. tangga : bintang.12 kvkk+kv 3. titi kayu 4. kad-kad ayat dan lembaran-lembaran cerita pendek. Membina ayat 5. cermin : gong.7 3.

Literasi Bahasa WAJ31 04 ba kul ja lan + = = jalan bakul + CONTOH KAD PERKATAAN memasak permata tembikai membaca CONTOH KAD AYAT Ibu memasak nasi di dapur Lawatan ke zoo Melaka telah dibatalkan Pemulihan Bacaan Page 10 .

Oleh itu.1 Konsep Kaedah Fonetik Kaedah ini dikenal sebagai kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. huruf menjadi satu unsur bahasa. Kaedah fonetik ini hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa perlu mengingat nama huruf. Menurut Palmer.Literasi Bahasa WAJ31 04 5. a) Murid menghafal bunyi huruf. Kaedah pemulihan bacaan yang akan dibincangkan di sini ialah Kaedah Fonetik.1.0 Kaedah Pemulihan Bacaan Pelbagai kaedah pemulihan bacaan telah dirancang bagi membantu kanak-kanak membaca dengan lancar dan bermakna. seperti berikut: Bunyi vokal Pemulihan Bacaan Page 11 . proses pengajaran bacaan asas hendaklah didtumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi teersebut membawa makna. huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah symbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan. 5. bukan hurufnya. Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.2 Langkah-langkah pengajaran Kaedah Fonetik. bukan nama huruf.1 Kaedah Fonetik 5. Bunyi huruf vokal diperkenalkan kepada murid dan diikuti dengan bunyi huruf konsonan.1. 5.

Literasi Bahasa WAJ31 04 a e i o u aaaaa eeeee iiiii ooooo uuuuu Vokal e dalam abjad Melayu membawa 2 bunyi iaitu /e/ = iii (e taling – helah) dan /e/ = e’ yang ditulis ə dalam bidang fonetik ( e pepet – belah) Bunyi konsonan b c d f g h j k l m beh ceh deh feh geh heh jeh keh el em b) Kemudian murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: ba da ta tanpa membunyikan be dan aaa tanpa membunyikan ce dan aaa tanpa membunyikan te dan aaa c) Menggabungkan suku kata bagi membentuk perkataan Contoh: Pemulihan Bacaan Page 12 .

[ u ] (uuu) = [ bu ] [ k ] (keh). [ u ] (uuu) = [ ku ] = [ bu ] + [ ku ] = [buku ] d) Pembacaan ayat-ayat mudah: Contoh: Ibu beli buku Ibu buka buku Ibu baca buku Pemulihan Bacaan Page 13 .Literasi Bahasa WAJ31 04 Perkataan “ buku” dibaca dengan bunyi huruf: [ b ] (beh).

• • Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. MEMBUNYIKAN HURUF VOKAL MEMBUNYIKAN SUKU KATA MENGGABUNG SUKU KATA MEMBENTUK PERKATAAN MEMBACA AYAT MUDAH 5.Literasi Bahasa WAJ31 04 Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah fonetik. • • Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.3 • • Kelebihan Kaedah Fonetik Sesuai dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa melayu yang bersifat fonemik. Membolehkan murid membaca perkataan-perkataan baharu. 5.1.1. walaupun belum dipelajari kerana mereka dapat membunyikan huruf-huruf vokal dan konsonan dengan baik. Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar. Page 14 Pemulihan Bacaan .4 Kelemahan kaedah Fonetik • Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya.

Murid yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam.Literasi Bahasa WAJ31 04 • Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.Menurut Abd Aziz Abdul Talib (2000). api dan awan. adik. lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kaedah ini digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. buku. bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid.2. Setelah murid menghafal nama abjad.2 Kaedah Abjad. 5.1 Konsep Kaedah Abjad. berpendapat kaedah abjad berpegang kepada Untuk perkataan. Menurut Walker. Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan dijalankan semenjak Kerajaan Greek dan Rom. serentak. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. Zulkifley Hamid (1994) . mereka terlebih dahulu diperkenalkan prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk pengenalan abjad. guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Seterusnya murid diajar pula permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola. membolehkan murid membaca Manakala. Pemulihan Bacaan Page 15 . 5. • Sukar untuk membunyikan fenom diftong dan digraf. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham (1985) pula berpendapat kedua-dua huruf besar dan huruf kecil didedahkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. batu dan besi.

Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil. saya. bola.Literasi Bahasa WAJ31 04 Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. ba ba. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu.2. 5. murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu . Contoh : Sebut huruf-huruf di bawah A B C D E F G H I J K L M N O a b c d e f g h i j k l m n o P Q R S T U V W X Y Z P q r s t u v w x y z b) Menggabungkan huruf vokal dan huruf konsonan bagi membentuk suku kata seperti contoh dalam gambarajah di bawah. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataanperkataan mudah seperti baju. Pemulihan Bacaan Page 16 .2 a) Langkah-langkah Pengajaran Kaedah Abjad. ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu.

Literasi Bahasa WAJ31 04 c) Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan. Pemulihan Bacaan Page 17 . Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah abjad. Contoh : bu + ku = buku ku + ku = kuku du + ku = duku d) Pembacaan ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv Contoh : Busu baca buku. Buku Busu baru. Buku Busu biru.

• Murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. 5. belum dipelajari kerana mereka dapa mengenal membunyikan vocal dan konsonan dengan baik.3 • Kelebihan Kaedah Abjad: Sesuai dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku kata-suku kata yang hamper tetap bunyinya. walaupun dan huruf-huruf • • Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Pemulihan Bacaan Page 18 .4 • Kelemahan Kaedah Abjad: Menurut Prof Atan Long : Kaedah Abjad akan melambatkan murid penekanan kepada penghafazan huruf boleh membaca di samping menghilangkan minat. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. • Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid –murid.2. • Membolehkan murid membaca perkataan-perkataan baharu.Literasi Bahasa WAJ31 04 5. • Kaedah ini memberi kanak-kanak peluang untuk berinisiatif.2.

• Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. Selalunya perkataan tersebut ditunjukkan seperti pada kad imbasan. 2000).Literasi Bahasa WAJ31 04 • Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secaara keseluruhan dan bermakna.1 • Konsep Kaedah Pandang Dan Sebut dalam pengajaran bacaan bermula pada tahun Kaedah ini dianggap baik dan moden Kaedah Pandang dan Sebut 1970-an (Abd. • Menurut Goodman: Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.perkataan pada bahan yang ditunjukkan. buku buku Pemulihan Bacaan Page 19 . Perkara yang dipandang. oleh ahli-ahli bahasa.3 Kaedah Pandang dan Sebut. 5.3. • • • • Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata Aktiviti utama – memandang dan menyebut. Aziz Abd Talib. 5. Perkara yang disebut.

Contoh : baju bapa biru = ba + ju = ba + pa = bi + ru c) Kemudian murid diperkenalkan dengan beberapa ayat mudah yang mengandungi beberapa perkataan yang telah dikuasai. Pemulihan Bacaan Page 20 .1.1 Langkah-langkah Pengajaran Kaedah Sebut. a) Murid terus diperkenalkan kepada perkataan.Literasi Bahasa WAJ31 04 5. Setelah murid mampu menyebut perkataan yang guru tunjukkan. tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar. Baju bapa baru. Contoh: Bapa ada baju . guru mencerakinkan perkataan itu menjadi suku kata. Contoh: Pandang dan Selalunya perkataan baju b) Mencerakin perkataan menjadi suku kata.3. Baju bapa warna biru.

Murid diminta mengecam terus dengan tidak mngeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah ayat. Gambarajah di bawah menunjukkan kronologi kaedah pandang dan sebut.Literasi Bahasa WAJ31 04 Mencerakinkan perkataan : • • • Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkaikata. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin dengan perkataan lain. Murid-murid diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. murid diminta terus membaca.3. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Membina dan membaca ayat : • • • • . Setelah mengecam. mencerai-ceraikan satu bahagian yang lebih besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. MENYEBUT PERKATAAN MENCERAKIN PERKATAAN MEMBINA DAN MEMBACA AYAT 5.2 Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut: • Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat Page 21 Pemulihan Bacaan . Banyakkan latih tubi.

Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai. Selain menggunakan kaedah fonetik.3.Literasi Bahasa WAJ31 04 dijimatkan. 5. Sebagai pendidik haruslah mempunyai komitmen yang tinggi bagi mengatasi masalah ini. • • Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya. Bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajar asas kemahiran bacaan.4 Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut: • • • • Murid tidak pandai mengeja. Guru perlu mempunyai Pemulihan Bacaan Page 22 . Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca. penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid boleh digunakan untuk membantu dalam pengajaran pemulihan bacaan ini. kaedah abjad dan kaedah pandang dan sebut dalam pemulihan bacaan. 6 Penutup Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca boleh menjejaskan potensi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam semua mata pelajaran. Perbendaharaan kata murid terbatas. Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan.

Bahan pengajaran pula perlulah menarik. memilih bahan.Literasi Bahasa WAJ31 04 kemahiran untuk memproses bahan.. Pemulihan bacaan perlu diberi penekanan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan kanak-kanak dari peringkat awal.2 REFLEKSI Refleksi Saadiah binti Abd Hamid Pada 18 Februari yang lalu saya telah mererima tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek WAJ3104 iaitu Literasi Bahasa. Pemulihan Bacaan Page 23 Kami dikehendaki menyiapkan KKP ini secara kumpulan berempat dalam . p e m u l i h a n b a c a a n p e r l u l a h d i l a k u k a n d e n g a n m e n g g u n a k a n pendekatan. Guru perlu mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi dapat membantu Aktiviti kebolehbacaan murid. dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran membaca. . menggunakan dan menilai bahan. kaedah. Pengetahuan dan pengalaman guru dalam merancang dan menyediakan proses pembelajaran murid. tempoh 3 minggu. membina.0 7. dan memenuhi minat murid. mengolah bahan. Ujian diagnostik bacaan perlu dijalankan unutk membantu guru mengesan kelemahan dan tahap bacaan murid supaya guru dapat merancang aktivitiaktiviti yang boleh menarik minat murid dalam pengajaran pemulihan bacaan. 7.

saya telah membuat sedikit penambahbaikan di saatsaat akhir. Sahaliza telah membantu saya menghantarkannya melalui email kepada rakan-rakan yang lain untuk rujukan dan penambahbaikan. Pada hari yang sama juga saya telah menghantar email kepada 3 orang lagi rakan dalam kumpulan untuk menerangkan tugasan masingmasing. Pada 21 Februari saya mula menghubungi rakan-rakan sekumpulan melalui talifon untuk berbincang pembahagian tugas masingmasing.Literasi Bahasa WAJ31 04 Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Saya juga telah membantu Puan Sivagami membuat penambahbaikan dalam menyediakan bahan pengajaran berbentuk slide PowerPoint. kami dapat saling berhubung dan membantu antara satu sama lain. Saya mengambil tugas untuk membuat nota lemgkap tentang pemulihan Bacaan. Pemulihan Bacaan Page 24 . Sebelum mencetak KKP ini saya juga telah memohon jasa baik Pensyarah kami iaitu En Husin bin Fateh Din untuk menyemak sepintas lalu nota yang telah saya dan ahli kumpulan saya sediakan. namun dengan adanya teknologi canggih. membuat penambahbaikan nota yang telah disediakan. Walaupun kami tinggal berjauhan. Pada 26 Februari saya telah menyiapkan draf nota dan Pn. Setelah itu Puan Vellamah pula telah meminta nasihat daripada saya tentang laporan bahan pengajaran. Saya merasa teruja apabila dapat memasukan unsur animasi dan bunyi yang dirakam sendiri ke dalam slide tersebut. Hasil nasihat dank omen beliau. Saya telah memberi pandangan secara bertulis kepada beliau dan akhirnya beliau telah berjaya menyiapkan laporan yang ditugaskan untuknya.

Sebelum ini.2 Refleksi Sahaliza bt. terdapat murid-murid yang tidak mahir atau kurang mahir membaca. banyak pengetahuan tentang permasalahan yang dialami murid-murid saya terutamanya dari segi bacaan telah kenalpasti. Semoga dengan pengalaman yang saya dapat dari perolehi sepanjang menyiapkan KKP ini dapat saya aplikasikan dalam membantu pelajar-pelajar saya yang masih tidak dapat menguasi kemahiran membaca dengan baik. Perkara ini menimbulkan masalah Pemulihan Bacaan Page 25 . Md Shah Semasa mempelajari Literasi Bahasa.Literasi Bahasa WAJ31 04 KKP ini juga amat bermakna bagi saya kerana melalui tugasan ini saya juga dapat lebih memahami teknik mengajar membaca yang lebih sistematik. SAADIAH BINTI ABD HAMID 680325-08-5084 7.

. Kaedah-kaedah dalam Pemulihan Bacaan seperti Kaedah Fonetik.3 Refleksi Sivagami A/P Ramasamy Salam sejahtera……. Kami telah diberi tugasan kumpulan untuk mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu. Setiap ahli telah diagihkan tugasan masing-masing. Dalam proses menyiapkan tugasan ini saya telah merujuk kepada beberapa bahan seperti buku-buku dari internet. bagaimana mengatasi masalah lemah membaca dan juga peralatan bantuan mengajar yang sesuai untuk membantu mengatasi masalahmasalah di kalangan murid-murid saya. Pemulihan Bacaan Page 26 . Kumpulan saya seramai empat orang. Contohcontoh di dalam nota-nota yang saya kumpul sedikit-sebanyak telah memberikan ide-ide yang sesuai untuk saya aplikasikan ke dalam sistem pengajaran saya di sekolah dan juga untuk digunakan ke dalam penyiapan tugasan saya ini. Melalui rujukan ini. saya telah mendapat banyak pengetahuan untuk mengenalpasti jenis permasalahan. kuliah dan kawan-kawan. Setelah mengikuti kelas Literasi Bahasa. SAHALIZA BT MD SHAH 7. saya diberi tajuk Pemulihan Bacaan untuk tugasan kumpulan saya.Literasi Bahasa WAJ31 04 kepada saya untuk mencapai objektif pengajaran kerana saya tidak mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah ini. Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut adalah satu bentuk mekanisma yang baik untuk dijadikan alat bantuan mengajar.

4 Refleksi Vellammah A/P Narayanasamy Saya Vellammah A/P Narayanasamy. Kerja kursus kali ini. Semoga rakan-rakan yang lain juga akan mendapat manfaat yang sama melalui tugasan ini. Apabila bahagian tugas saya telah siap.disemak dan berpuas hati.Literasi Bahasa WAJ31 04 Sepanjang menyiapkan tugasan ini .Tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. saya mampu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada murid saya. Berhadapan dengan murid berkenaan dalam situasi sebenar. saya menggunakan buku-buku rujukan yang berkaitan selain pengalaman sedia ada boleh dikongsikan bersama dalam tugasan ini. jarak masa untuk penghantaran tugasan mencukupi. Melalui tugasan ini juga. nota dari modul. saya dapat mempelajari dengan lebih terpeinci berkenaan masalah yang murid sering hadapi dalam aspek membaca dan menulis.Setiap ahli memberi kerjasama dan tahu tugas masing-masing.Selain itu. Saya tidak merasa tertekan untuk menyiapkan tugasan ini. bahan-bahan rujukan dari buku dan internet serta gabungan kerja dan idea ahli kumpulan. (SIVAGAMI A/P RAMASAMY) 760211085668 7. Selain daripada email. Kadang-kadang melalui sms sahaja. dapatlah saya dan rakan menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. ada kaitan secara langsung dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Ini disebabkan saya adalah opsyen bahasa tamil dan tidak pernah Pemulihan Bacaan Page 27 . saya juga berhubung dan berbincang melalui telefon jika memerlukan jawapan yang cepat dengan ahli kumpulan. Berkat tunjuk ajar pensyarah. saya emailkan kepada rakan yang mengumpul semua maklumat untuk proses terakhir sebelum dihantar kepada pensyarah. mengambil peluang berkongsi pengalaman saya semasa menyiapkan tugasan Literasi Bahasa. Semasa menyiapkan tugasan ini. Saya amat berharap ilmu dan pengetahuan yang telah saya perolehi ini akan dapat saya aplikasikan dengan sebaik-baiknya sepanjang saya meneruskan karier sebagai seorang pendidik ini.

Semasa proses mencari maklumat melalui internet. Disamping itu. Komunikasi sebegini membawa manfaahat seperti merapatkan hubungan diantara kawankawannya serta dapat mengenal diantara satu sama lain. Sekiranya perasaan sabar tersebut menjelma menjadi sifat malas dan kurang sabar sudah pasti pengaplikasian perisian multimedia sebagai media pengajaran dan pembelajaran ini tidak akan berelaku.Kumpulan saya mengambil tajuk Aktiviti Pemulihan bacaan. Disebabkan tugasan ini tugasan berkumpulan saya sentiasa membuat rujukan dan bertanyakan serta bertukar pendapat bersama dengan kawan-kawan saya iaitu Saadah.Tetapi saya tidak berputus asa dan meneruskan pencarian bahan contoh-contoh laporan di internet. hasil tugasan yang ingin kita siapkan telah mencapai objektif penyiapannya. Ini seterusnya dapat membantu memotivasikan dan mengekalkan minat murid untuk mengikuti Pemulihan Bacaan Page 28 .. Masalah ini juga menyebabkan saya kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja ini kerana perlu menjalankan tugas-tugas ini dahulu .Disamping itu kami juga ada peluang menggunakan kemudaan teknologi yang ada sekarang dengan luasnya. saya mengalami kesulitan kerana informasi yang terdapat dalam internet terlalu umum dan tidak menepati soalan yang diberikan.Setelah mengharungi pelbagai masalah akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program grafik apatalagi membuat analisa pula tentang bahan yang disediakan itu. Melalui kesabaran. Walaupunbagaimanapun saya pernah belajar mata pelajaran bahasa melayu disekolah dan saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan tugasan ini.Literasi Bahasa WAJ31 04 mengajar matapelajaran bahasa melayu di sekolah. Tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran dan rasa iltizam yang menggunung tinggi.Pengenalan Komputer sebagai sumber BBM dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik dan menyeronokkan.Liza dan Sivagami melalui telefon dan email sahaja memandangkan mereka tinggal jauh.Saya ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang analisa bahan bantu belajar dalam bentuk grafik dalam program power point yang disediakan oleh kumpulan saya. saya juga tidak ada kemudahan untuk keperpustakaan untuk membuat rujukan dan tidak ada masa yang mencukupi memandangkan bebanan tanggungjawab yag besar di rumah dan di sekolah. Saya dapati tidak mudah untuk mendapatkan apa yang dikehendaki itu.

Pemulihan Bacaan Page 29 .Literasi Bahasa WAJ31 04 keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran. BIBLIOGRAFI Abd. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Talib. Fenomena ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam merealisasikan objektif pemulihan yang ingin dicapai. Aminuddin bin Mamat dan Sheikh Roslan Sheikh Abdullah. Modul Program Pengsiswazahan Guru : Literasi Bahasa. Pengajaran dan Pengujian Bahasa : Perspektif untuk Perguruan. Aziz Abd. Cyberjaya Selangor : Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. (1989). (2011) .

(1981) . Bhd. Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-sekolah. Pedagogi – Kaedah Am Mengajar. Isahak Haron. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. (1990). Juriah Long et. Utusan Malaysia. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Al. Pengajaran dan Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Boh Boon. Husin Fateh Din. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : Utusan Publication Distributer Sdn.Literasi Bahasa WAJ31 04 Atan Long. Bhd. Mastura Mohamed Berawi. Selangor. Bhd. Literasi Bahasa Melayu. Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. (2009). Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 11 Oktober 2005 Pemulihan Bacaan Page 30 . Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia Pra Sekolah. (1981). (1986). Nazariah Sani dan Siti Hajar Idrus. Subang Jaya. (2011).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful