PANCAKE

Bahan-bahan : 3 sudu besar butter - dicairkan (boleh juga guna minyak masak atau minyak jagung) 1 biji telur 1 cawan tepung naik sendiri 1 sudu teh baking powder 1 sudu besar gula 1 cawan susu segar 1 sudu besar jus lemon (jika tak nak letak pun tak apa) secubit garam (atau secukup rasa)

Cara-cara : 1. 2. 3. 4. 5. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati (CT guna whisk jer, subuh2 guna blender takut bising sangat :D ) Biarkan adunan selama 10 minit Tuangkan sesudu adunan dalam kuali non stick yang telah panas.* Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (permukaan seakan berbuih atau berlubang2).* Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

Nota : *Panaskan non-stick frying pan menggunakan api paling kecil, sapu dengan sedikit mentega kemudian lap dengan paper towel. Kemudian tuang 1/2 cawan adunan pancake di tengah2 pan tadi. Biar sehingga permukaannya berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap. (Ini cara Mat Gebu).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful