You are on page 1of 22

1.

0 Pengenalan Kerja Kursus bagi subjek Falsafah Pendidikan di Malaysia Edu 3101 bagi Ambilan Januari 2013 merupakan kerja kursus yang memfokuskan mengenai Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah merupakan salah satu cabang pendidikan yang tidak asing lagi. Namun sedalam manakah pengetahuan kita mengenai bidang falsafah?

Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Umumnya, falsafah merupakan satu sistem cabahan idea-idea yang mendalam mengenai fitrah manusia dan makna realiti bergantung kepada tempat, keadaan sosial dan ekonomi. Pendidikan pula dapat diterjemah sebagai proses memperkembang kebolehan manusia kepada pencapaian maksimum. Hal ini dipersetujui oleh John dewey (1859-1952) dalam Choong Lean Keow (2008) yang menyatakan bahawa pendidikan merupan satu proses yang bertujuan mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Dengan ini, gabung jalin kedua-dua perkataan falsafah dan pendidikan ini melahirkan satu maksud baru yakni satu bidang ilmu yang mengkaji mengenai penyatuan ilmu pengetahuan bagi memperkembang potensi manusia yang bertujuan proses sosiolisasi, pembentukan budaya dan penempatan sosial. Falsafah pendidikan telah menjadi salah satu perbincangan hebat dari dahulu sehingga sekarang oleh para ilmuan. Disebabkan itu, wujudnya pelbagai falsafah pendidikan yang diguna pakai dahulu sehinggalah sekarang seperti Falsafah Pendidikan Islam, Timur, dan Barat. Secara tidak langsung, Malaysia sebagai negara membangun telah mencedok pelbagai tersebut. falsafah pendidikan dari ketiga-tiga falsafah pendidikan

2.1 Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan daripada perspektif Islam membawa maksud proses berterusan untuk memupuk potensi manusia dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani ke arah keseimbangan untuk menjadi insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam pula amat menekankan pendidikan

mengenai mengenali Allah Yang Esa kerana semua perkara asanya bermula daripada Pencipta itu sendiri. Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Bidang pendidikan Islam pula sangat luas kerana pendidikan Islam terbahagi kepada tujuh cabang utama iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. a) Al-Imaniyah ( Pendidikan iman ) Al-Khuluqiyah ( Pendidikan akhlak ) Al-Jismiyah ( Pendidikan jasmani ) Al-Aqiliyah ( Pendidikan mental ) Al-Nafsiyah ( Pendidikan jiwa ) Al-Ijlimaiyah ( Pendidikan sosial ) Al-Jinisiyah ( Pendidikan Seks ) Institusi pendidikan Sifat menyeluruh dan terperinci dalam pendidikan Islam membuatkan para ilmuan di Tanah Melayu dahulu menerima baik pendidikan Islam dan menyebar luas pendidikan ini. Sejak zaman sebelum penjajahan British lagi Tanah Melayu sudah menerima pendidikan berteraskan agama Islam selepas berkembangnya agama Islam di Melaka. Menurut Hikayat Abdullah dalam Choong Lean Keow (2008), pendidikan Islam pada mulanya diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok. Hal ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam dalam kalangan penduduk Muslim tempatan pada ketika itu. Kurikulum pengajaran pula berdasarkan pada kurikulum Masjidil Haram di Mekah. Terdapat banyak matapelajaran yang disampaikan antaranya ialah ilmu Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Nahu, Hadith, Sufi, Tasawuf dan Akhlaq, Bahasa arab dan Tulisan Jawi. Selepas tamat pembelajaran bersama tok guru tersebut, para murid berkhidmat kepada penduduk di kampong sebagai guru ataupun melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur Tengah seperti Universiti AlAzhar. Hal ini menunjukkan pendidikan Islam berkembang meluas memandangkan pendidikan individu bukan sahaja terhad sehingga ke peringkat sekolah pondok malah sehingga ke peringkat universiti. Zaman penjajahan Portugis menyaksikan kemerosotan penyebaran Pendidikan Islam memandangkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik diperkenalkan. Begitu juga ketika British mengambil alih tampuk pemerintahan di Tanah Melayu kena sistem Pendidikan Sekolah Inggeris diwujudkan menyebabkan perkembangan pendidikan Islam terhenti. Namun begitu, menurut Abd. Rahim Abd Rasyid (2003), Selain sekolah berbahasa pengantar Inggeris, terdapat sekolah -sekolah rendah berbahasa Melayu setakat darjah lima di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran. Di luar sistem pendidikan yang ditadbir kerajaan, terdapat sekolah persendirian ... sekolah-sekolah agama, pondok dan madrasah yang dikendalikan oleh komuniti Muslim setempat atau di Bandar-bandar. Setelah Tanah Melayu merdeka dan membentuk negara Malaysia, terdapat akta yang menekankan mengenai pendidikan Islam iaitu Akta Pelajaran 1961. Akta ini menjadikan pendidikan Islam kewajipan bagi Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, seorang murid Islam mesti diberikan pendidikan Islam sepanjang ia berada

di sekolah rendah dan menengah. Implikasi daripada akta pelajaran 1961 ialah wujudnya Pengetahuan Agama Islam dalam kurikulum pendidikan sekolah. Secara tidak langsung, perkara ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam itu sendiri di mana hasilnya dapat dilihat kini iaitu rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam lebih ramai. Akta ini dikuatkuasakan selama 25 tahun dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah.

a) Kurikulum Hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi murid-murid Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini juga menampakkan keberhasilannya dengan lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini, terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, kursus Tamadun Islam ( kini Tamadun Islam Tamadun Asia) telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut Pendidikan Guru ) sejak 1983 sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah untuk memperkenalkan falsafah pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka secara tidak langsung falsafah pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama dapat dicapai.

b) Pendidik Pendidikan Islam yang diperkenalkan kepada rakyat tempatan sebelum zaman kolonialisme British diajar oleh guru-guru yang dikenali sebagai ulama di rumah-rumah mereka. Apabila bilangan pelajar bertambah, para ulama mula mengajar di masjid, surau dan madrasah. Kemudian, setelah institusi agama iaitu sekolah pondok ditubuhkan, pengajar di institusi ini ialah Tok Guru. Kebanyakan tenaga pengajar bagi subjek pendidikan Islam ini menimba ilmu dengan cara melanjutkan pelajaran ke timur Tengah atau berguru dengan ustaz-ustaz.

2.2 Falsafah Pendidikan Timur


Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli falsafah Timur kerana mereka sentiasa beranggapan bahawa ilmu akan membolehkan seseorang mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang serta mencapai kehendak ekonomi dan sosial. Demi kecintaan terhadap ilmu, terdapat beberapa ahli alsafah yang tampil membuat ajaran untuk dijadikan panduan untuk pengikut mereka. Sebagai contoh ialah Kung Fu Tze yang terkenal dengan Confucius. Confucius membawa ajaran yang diikuti oleh penganutnya selama beribu tahun lamanya. Malaysia tidak terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit sebanyak falsafah pendidikan Confucius. a) Kurikulum

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Banyak nila-nilai yang ditekankan dalam aspek moral seperti : Menghormati ibu bapa Hormat orang yang lebih tua Ketekunan Kesetiaan Jimat cermat Tolak ansur Kebijaksanaan Keberanian Nila-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang manusia yang mampu mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati dalam kalangan penduduk setempat. Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajara. Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-murid beragama Islam. Hal ini amat jelas bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.

b) Pendidik Dalam falsafah pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa komited terhadap tanggungjawab serta mesti mengenali dan memahami setiap muridnya supaya potensi para murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Selari dengan pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak sebagai mentor di dalam kelas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah membimbing murid dan menganalisis kebolehan murid.

2.3 Falsafah Pendidikan Barat


Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan Islam dan Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat. Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat

kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini. Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Jadi, apakah implikasi Falsafah Pendidikan Moden Barat ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ini? Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar.

2.3.1 Progresivisme a) Kurikulum Mazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka. b) Pendidik Dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Hal ini sudah pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. c) Kaedah Mengajar Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah mengajar yang disyorkan bagi mazhab progresivisme ini iaitu : 1. Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif 2. Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling 3. Pengalaman langsung dengan penglibatan murid Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-soalan guru. Aplikasi daripada mazhab

progresivisme dapat dilihat dalam salah satu tunjang KSSR yang menekankan mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.

2.3.2 Rekonstruktivisme a) Kurikulum Mazhab rekonstruktivisme mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Mazhab ini juga berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada diri. Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi penekanan terhadap pembentukan masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial. Terdapat beberapa bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu : 1. Sosial (Contoh : Kajian Sosial) 2. Isu-isu tempatan 3. Isu-isu antarabangsa Dapat dilihat di sini bahawa terdapat persamaan antara kurikulum daripada mazhab ini dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk memantapkan sahsiah dan moral pelajar. Tunjang ini amat penting dalam usaha melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dalam aspek sosial.

b) Pendidik Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif dan inovatif. Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh guru seiring dengan matlamat yang mahu mengasaskan corak budaya baharu dan pembentukan semula masyarakat. Dari aspek pendidikan di Malaysia, fungsi guru juga mempunyai peranan sama seperti guru yang membawa mazhab rekonstruktivisme ini. Perkara ini jelas dilihat dalam kelas di mana guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am. Sebagai contoh, dalam kelas guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan menggalakkan para pelajar untuk mencari artikel berkenaan isu semasa dan isu global di luar dan dalam negara. Dengan cara ini, pelajar akan belajar menegnai perkembangan isu tempatan dan antarabangsa. Isuisu yang berkaitan dengan nasionaliti dan patriotisme pula akan mewujudkan semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan mendapat kesedaran untuk memberi sumbangan kepada negara dan menjadi golongan yang mewujudkan masyarakat yang memaksimumkan potensi diri ke arah kebaikan. Hal ini sejajar dengan kurikulum persekolahan KSSR yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.

1. 2. 3. 4.

c) Kaedah mengajar Kaedah mengajar bagi mazhab ini ialah berpusatkan murid di mana murid-murid diberi penekanan mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah sepeti : Aktiviti Sumbangsaran Main peranan Simulasi Kaedah-kaedah ini mempunyai fungsi utamanya dengan murid sebagai penggerak utama. Kaedah ini juga dapat dilihat dalam silibus kurikulum Malaysia yang mahukan aktiviti kurikulum yang dijalankan dalam kelas bukan sahaja berpusatkan guru malah mesti berpusatkan pelajar sekali kerana pelajar sebagai penerima ilmu tidak boleh bersifat statik dalam mencerna ilmu malah perlu bersikap lebih terbuka untuk memperluas skop sesuatu ilmu itu. 2.3.3 Eksistentialisme a) Kurikulum Mazhab ini lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistentialisme bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepadaa individu-individu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa matapelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni, kesusasteraan dan drama. Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu melayan setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain. b) Pendidik Guru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan emosi dalam pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan belajar. Dengan ini, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif, sesuai dengan kecenderungan terhadap pilihan pembelajaran mereka. c) Kaedah mengajar Disebabkan tiada kurikulum khusus bagi para pelajar dalam mazhab ini, kaedah mengajar yang digunakan ialah berpusatkan aktiviti dan pelajar . Menurut Choong Lean Keow (2008) , main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam.

implikasi falsafah barat BINCANGKAN IMPLIKASI FALAFAH PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN TIMUR TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU. Akta Pendidikan 1961 di Malaysia telah menetapkan polisi-polisi pendidikan yang digunakan hampir 3 dekad lamanya sebelum dipinda pada tahun 1996 dan buat pertama kalinya menetapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebelumnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghasilkan warganegara yang berpengetahuan dan berkebolehan. Seterusnya mempunyai nilai moral yang tinggi dan boleh mencapai kejayaan kepada diri sendiri dan masyarakat. Bagi mencapai aspirasi ini karajaan telah berusahan bersungguh-sungguh agar perlaksaannya berjalan dengan lancar. Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah berfungsi untuk membina guru-guru yang mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meninginkan insan yang seimbang dan harmoni. Kedua-dua falsafah ini bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Sebagai seorang guru menjadi satu tanggungjawab agar merealisasikan pendidikan negara agar dapat menghadapi wawasan 2020. Menerusi Falsafah pendidikan yang ia sebenarnya diambil kira melalui pelbagai aspek untuk menghasilkan masyarakat yang maju, bertamadun, berdaya saing dan tahan dengan ujian

tidak kiralah ujian dari segi emosi dan jasmani. Kita tidak mahu kelak dimasa hadapan negara melahirkan masyarakat yang tidak mempunyai akhlak yang baik biarpun memperolehi kejayaan tetapi sekiranya tidak memiliki akhlak yang baik maka sesuatu tamadun itu akan hancur seperti mana yang berlaku pada zaman kegelapan di Tanah Arab ketika dahulu. Kejayaan dan juga akhlak kedua-duanya adalah sama penting bagi melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu dari segi amalan dan dihormati oleh semua orang sekalipun masyarakat dunia. a) Implikasi falsafah pendidikan islam Terdapat implikasi dalam pembentukan falsafah pendidikan adalah dari falsafah pendidikan islam, barat dan timur. Antaranya yang dapat dilihat ialah terdapat unsur-unsur agama dan ketuhanan menerusi Falsafah Pendidikan Islam iaitu agar bangsa Malaysia mempunyai sifat keagamaan yang kuat serta mempunyai jati diri yang tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat barat khasnya. Selain itu dapat dilihat Falsafah Pendidikan Negara diambil dari ideology Falsafah Pendidikan Islam Terbentuk dengan jelas seperti mengaitkan dengan teori menyepadukan elemen roh, jasad dan akal dalam menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi yang kukuh dalam pembentukan sistem pendidikan negara. Dalam masyarakat moden dan manusia mula bergerak pantas begitu juga dengan pembangunan. Oleh itu, unsur-unsur ilmu dan juga perkara yang berkaitan dengan agama tidak boleh diabaikan. Ia banyak memberikan kekuatan dan pertunjuk kepada sesiapa sahaja. Menurut tokoh-tokoh islam ilmu mestilah bertujuan kepada kerohanian dan manusia harus menyembah tuhan dan yakin akan diri sendiri (Tajul Ariffin & Aini,1992). Kepentingan ilmu dan hubungan dengan kepercayaan kepada tuhan sebenarnya tercatat dalam falsafah tersebut. Selain itu, dalam falsafah islam juga menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan begitulah juga apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menekankan melahirkan insan yang seimbang. b) Implikasi Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Barat juga memberi implikasi terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui falsafah pendidikan dapat dilihat dalam dua bahagian Iaitu tradisional dan moden. Ia menekankan aspek Pererialisme dan Esensisalisme. Maksud pererial ialah tidak berubah atau lebih jelas sesuatu yang tidak berubah iaitu berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia yang bersifat sejagat dan tidak berubah. Seperti mana yang terdapat dalam falsafah pendidikan ialah mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional inidividu, lebih pasif, menekankan agama melebihi sains, serta melatih 3M dan kemahiran meningkatkan kemahiran mental dan menaakul. Manakala Esensesilisme pula berkonsepkan menumpukan perkaraperkara asas sahaja dan perkara ini boleh berubah dari semasa ke semasa serta bersifat praktikal dan pragmatik.

Menerusi matlamat pendidikan pula, pengajaran maklumat lebih kepada berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid-murid sebagai penghayatan budaya. Lebih kepada penumpuan terhadap inovasi kurikulum sekolah dengan perancangan yang rapi dan guru memainkan peranan utama, memberi latihan intelek dan mental seterusnya menerapkan 3M dan nilai kemasyarakatan ditekankan. Selain itu, terdapat juga cebisan Falsafah Pendidikan yang mengambil kira ahli pendidik dan falsafah pendidikan yang terkenal dari Amerika Syarikat pada abad ke20 iaitu John Dewey iaitu membawa kepada fahaman pramatisme dengan mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang menyeluruh. Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan manusia yang holistik dari segi Jasmani, Emosi,Rohani, intelek dan sosial. c) Implikasi Falsafah Pendidikan Timur Seterusnya implikasi Falsafah Pendidikan Timur iaitu berasaskan falsafah cina dan india. Menerusi falsafah timur lebih menekankan kepada aspek intelek dan rohani sahaja. Penekanan tidak diberikan kepada unsur jasmani seperti mana di Malaysia. Di Malaysia pendidikan jasmani dan kesihatan diberi penekanan dan juga merupakan salah satu mata pelajaran di sekolah. Selain itu, pelajar juga diwajibkan untuk menyertai sukan dan permainan pada peringkat sekolah, daerah dan negara. Melaluinya pelajar akan memperolehi kesihatan dari segi fizikal dan mental serta dapat menyumbang sesuatu kepada negara. Walau bagaimanapun tidak banyak sekolah tidak mengikut seperti mana yang disarankan oleh kerajaan. Kebiasaannya mata pelajaran ini diabaikan oleh kebanyakan sekolah dan ada juga yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Keadaan ini akan menyebabkan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai. Menurut Conficius dalam Falsafah Pendidikan Conficius pendidikan adalah untuk semua dengan tidak mengira status sosio ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara. Menerusi sistem pendidikan negara semua orang berhak untuk mendapat pendidikan tidak kiralah golongan miskin mahupun kaya dan tidak diabaikan juga mereka yang berkeupayaan khas. Dewasa ini banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada semua Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya merekan dapat berdikari di masa akan datang bagi menghadapi dunia globalisasi dan cabaran wawasan 2020 serta tidak disisih. Kesimpulanya, sekalipun terdapat banyak implikasi terhadap falsafah pendidikan timur, islam dan barat perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling bekerjasama dan berganding bahu antara satu sama lain demi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Guru-guru hendaklah sentiasa mewujudkan akauntabiliti dan integrity dalam diri dan masyarakat demi

melahirkan insane yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidika kebangsaan dan guru bagi bertanding dengan dunia globalisasi.

IMPLIKASI PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Menurut Mok Soon Sang (2010) dalam Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia menyatakan bahawa kemunculan falsafah pendidikan yang bersifat persekutuan dan berpusat akan membawa pelbagai implikasi terhadap sistem pendidikan negara kita. Beliau telah menggariskan empat implikasi yang biasanya terjadi kepada sistem pendidikan negara iaitu implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap pendidik, implikasi terhadap kaedah pengajaran dan akhir sekali implikasi terhadap institusi pendidikan.

Implikasi terhadap kurikulum merupakan antara implikasi yang jelas kelihatan seandainya falsafah pendidikan islam dilaksanakan. Ini kerana kerangka kurikulum sudah tentunya akan berubah dan ada penambahbaikan. Strategi perlaksanaan dasar falsafah pendidikan islam memerlukan usaha daripada Kementerian Pendidikan dan dalam kalangan komuniti guru. Ini semua amat penting bagi memastikan bahawa falsafah pendidikan islam ini benar-benar berjalan. Perubahan sukatan pelajaran melalui kerangka utama pembelajaran akan menyaksikan pembelajaran dan pengajaran lebih berorientasikan kepada program bersepadu. Guru seharusnya memastikan segala ilmu yang diajar dihayati oleh kesemua pelajar. Bahan-bahan pengajaran juga akan lebih mengutamakan nilai-nilai moral dan akhlak dalam pembelajaran melibatkan semua mata pelajaran. Perubahan juga berlaku dalam program pendidikan kerana pendidikan islam mementingkan pengajaran yang disulam ajaran agama yang dapat menjadikan murid seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Implikasi yang seterusnya ialah implikasi terhadap pendidik. Menurut Mok Soon Sang (2010), akan berlaku perubahan sikap pendidik dan professionalnya untuk memastikan tugasan mengajar dengan tujuan dan dasar fasafah pendidikan islam adalah selari. Pendidik juga akan berubah dengan mempunyai pandangan dan visi yang lebih positif kepada amanahnya untuk memastikan amanahnya dijalankan dengan jayanya. Perubahan professional ini turut sama akan mengubah strategi dan teknik pengajarannya agar lebih sesuai kerana untuk melahirkan modal insan yang lebih berguna kepada negara. Selain itu, komuniti guru juga akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah role-model di sekolah kepada anak-anak didik.

Implikasi juga berlaku terhadap kaedah pengajaran di dalam kelas. Falsafah pendidikan islam menekankan penghayatan dalam pengajaran di mana segala ilmu itu haruslah dibuktikan dengan penghayatan dalam amalan seharian. Sebagai contoh sekiranya guru tersebut mengajar tentang ilmu alam sekitar seperti kajian tempatan yang menerangkan mengenai bentuk muka bumi, pengajaran juga haruslah disulamkan dengan penghayatan kepada keindahan dan keagungan ciptaan Allah Taala. Kerana itulah cara yang paling mudah untuk murid-murid bagi menghayati kehebatan kuasa Allah Taala, tuhan yang satu di muka bumi ini yang tidak diperanakkan dan tidak pula beranak. Ini kerana islam sangat mementingkan pendidikan. Menurut Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus Khoirul Wafa (2002), dengan pendidikan yang benar-benar berkualiti, maka akan terbentuklah individu yang akhirnya menghasilkan suasana kehidupan sosial yang bermoral.

Implikasi yang terakhir adalah implikasi yang berlaku terhadap institusi pendidikan. Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan murid-murid mengikut tujuan dan cita-cita falsafah pendidikan islam. Perubahan juga akan berlaku dari sudut prasarana dan kemudahan infrastruktur. Sebagai contoh dari aspek keagamaan, kebanyakan sekolah-sekolah mempunyai surau bagi aktiviti keagamaan. Malah surau akan dijadikan sebagai suatu tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti keagamaan disamping penggunaan dewan dan bilik komputer sekolah. Perubahan aktiviti budaya sekolah juga berubah dengan adanya pelbagai aktiviti keagamaan seperti bacaan doa, tahlil dan sebagainya. Pembentukan biah solehah (suasana beragama) juga akan dipertingkatkan bagi memastikan falsafah pendidikan islam yang diamalkan betul-betul berkesan kepada para murid yang terlibat.

Islam amat menekankan aspek pendidikan kepada penganutnya. Disebabkan oleh itulah, Allah Taala telah menurunkan kalamNya yang pertama kepada Rasullullah S.A.W melalui perantaraan Jibrail A.S mengenai menuntut ilmu. Allah Taala itu maha pemurah lagi maha pengasihani, justeru pohonlah apa sahaja yang baik, nescaya Allah Taala akan makbulkan dengan syarat sentiasa mengingatiNya. Justeru untuk menjadi hambaNya yang dikasihiNya, maka tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin sehingga ajal menjemput balik ke sana. Disebabkan oleh itulah islam amat mementingkan pendidikan, malah pendidikan boleh dilaksanakan di mana sahaja tempat yang baik. Tidak semestinya hanya di sekolah dan surau serta masjid, malah di tengahtengah padang pasir pun tidak mengapa. Ini kerana proses pendidikanlah yang menyebabkan umat islam kukuh dan hebat di dunia ini.

Menurut Sopwan Hadi (2010) dalam laman webnya, pendidikan merupakan suatu proses oleh

generasi muda untuk mereka menjalani kehidupan dan memenuhi tujuan hidupnya secara lebih efektif dan efisien. Pendidikan lebih daripada pengajaran, kerana pengajaran sebagai suatu proses pemindahan ilmu pengetahuan, sedangkan pendidikan merupakan transformasi nilai dan pembentukan keperibadian dengan segala aspek yang dicakupinya. Perbezaan pendidikan dan pengajaran terletak pada penekanan pendidikan terhadap pembentukan kesedaran dan keperibadian anak didik di samping menyampaikan ilmu kepada kumpulan sasaran.

Pengertian pendidikan secara umum yang dihubungkan dengan Islam ialah pendidikan sebagai suatu sistem keagamaan. Ini secara tidak langsung menimbulkan pengertian-pengertian baru, yang secara implisitnya menjelaskan karakteristik yang dimilikinya. Menurut Nur Uhbiyati (1998) melalui Hidayatulhaq di dalam laman webnya, pendidikan Islam itu sendiri adalah pendidikan yang berdasarkan Islam. Isi ilmu adalah teori. Isi ilmu bumi adalah teori tentang bumi.

Maka isi Ilmu pendidikan adalah teori-teori tentang pendidikan, Ilmu pendidikan Islam secara lengkap bukanlah hanya sekadar teori. Tetapi perlu adanya penghayatan dan amalan dalam kehidupan.

Pengertian pendidikan islam adalah lebih luas skopnya. Pendidikan adalah aktiviti yang dirancang secara sedar untuk membantu seseorang atau sekelompok manusia dalam mengembangkan pandangan hidup, sikap, dan keterampilan hidup, baik yang bersifat luaran mahupun dalaman. Menurut Abdul Fatah Jalal melalui Hidayatulhaq di dalam laman webnya, tujuan umum pendidikan Islam ialah melahirkan hamba Allah Taala yang patuh padaNya. Jadi menurut Islam, pendidikan haruslah mampu menjadikan seluruh manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah Taala. Yang dimaksud menghambakan diri ialah beribadah kepada Allah dan taat pada perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Islam menghendaki agar manusia dididik supaya ia mampu merealisasikan tujuan hidupnya sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah. Tujuan hidup menusia hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Seperti dalam surat Adz-Dzariyat ayat 56 :

Dan Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.

Jalal juga menyatakan bahawa sebahagian orang hanya melihat ibadah itu dari skop yang terbatas iaitu seperti menunaikan solat, berpuasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat,

ibadah haji, serta mengucapkan syahadat. Tetapi sebenarnya ibadah itu mencakupi semua amal, fikiran, dan perasaan yang dihadapkan (atau disandarkan) kepada Allah. Aspek ibadah merupakan kewajipan orang islam untuk mempelajarinya agar ia dapat mengamalkannya dengan cara yang benar. Ibadah ialah jalan hidup yang mencakupi seluruh aspek kehidupan serta segala yang dilakukan manusia sama ada perkataan, perbuatan, perasaan, pemikiran yang bersangkutan dengan Allah Taala.

SUMBANGAN FALSAFAH ISLAM DLM PERKEMBANGAN FPK Dalam Falsafah pendidikan Islam, ia memberikan keutamaan terhadap aspek keagamaan. Perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Griffen Encharang, 2009). Ia juga mempunyai beberapa prinsip yang menekankan unsur kerohanian. Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di duniadan di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T (Mok Soon Sang, 2003). Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur ini dapat dilihat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam elemennya sendiri iaitu elemn yang berbunyi seperti berikut. ....untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam KBSR dan KBSM juga, Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral

mencerminkan ciri-ciri pembelajaran efektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama. Ciri-ciri pembelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Islam yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan

insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia.

Pendahuluan Falsafah pendidikan digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang memberi sumbangan kepada kemakmuran Negara. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksanaan. kebijaksanaan (Mok Soon Sang, 2010). Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan (Tajul dan Noraini, 1992). Pendidikan pula bermaksud proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan 2 sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama (Annick, 1999). Pendidikan merupakan proses perubahan manusia untuk mencapai aktualisasi diri atau dengan kata lain mencapai kesedaran diri. Ia berkait rapat dengan kesedaran hubungan antara manusia dengan pencipta, manusia lain, makhluk lain dan alam. Kesimpulannya, falsafah diertikan sebagai perihal mencintai

Falsafah Penididkan Kebangsaan


Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penyuluh dan pedoman kepada segala usaha mengembang dan

memajukan pendidikan. Ia juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan Negara dan sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem pendidikan Negara serta menghapuskan salah faham dan keraguan dalam melaksanakan tugasan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

Implikasi Falsafah Barat ke atas Pendidikan Di Malaysia


Menurut Tajul dan Noraini (1992), sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin (Azizi Jaafar, 2009). Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan daripada fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat demi kepentingan pembangunan Negara daripada kepentingan individu. Menurut Mok Soon Sang (2010) sama seperti falsafah essensialisme, falsafah parennialisme juga mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Matlamat ini dikira sebagai lebih mengutamakan Negara daripada individu itu sendiri dan ia menunjukkan sistem pendidikan lama di Malaysia bersifat tradisional. Falsafah pendidikan yang terlalu progesif tidak sesuai diserapkan dalam Dasar

Pendidikan Negara kita. Jadi pemilihan beberpa prinsip falsafah parennialisme juga boleh diterima. Aliran parennialisme mementingkan nilai (Azizi Jaafar, 2009). Dengan menanam nilai-nilai kepada pelajar,mereka dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi. Di samping itu, parennialisme yang rasional akan membantu melahirkan rakyat yang berkualiti. Falsafah pendidikan kebangsaan juga mengharapkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar agar mereka menjadi masyarakat yang berakhlak mulia. Walaupun pada dasarnya falsafah pendidikan progressivisme tidak diamalkan sepenuhnya di Negara ini, tetapi secara tidak langsung kita dapat melihat perkaitannya dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu. Falsafah progressivisme mahukan perkembangan pelajar dari segi intelek dan fizikal oleh itu, progressivisme memberi kuasa dan kebebasan pelajar untuk mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Ia akan melahirkan sikap yang berkeyakinan diri pelajar dan mereka akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk manghadapi dugaan dan cabaran pada masa akan datang (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Progressivisme mementingkan operasi penyelidikan yang menjadi pemangkin pembangunan teknologi jadi fahaman aliran progressivisme dapat melahirkan masyarakat saintifik, progresif dan inovatif kerana kajian penyelidikan saintifik dipupuk secara meluas dan menyeluruh. Di dalam falsafah pendidikan juga meggalakkan pelajar agar mempunyai sikap yang kretif dan inovatif agar dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi Negara. Sekolah merupakan tempat dimana segala ilmu penyelidikan dilakukan seperti di makmal. Pelajar bukan sahaja menerima ilmu daripada guru, malah turut melakukan penyelidikan untuk mengembangkan ilmu tersebut. Falsafah pendidikan juga mengharapkan potensi pelajar berkembang dengan menyeluruh tetapi dalam fahaman progressivisme ini,

agama diketepikan. Justeru itu, falsafah pendidikan kebangsaan menyatupadukan antara perkembangan potensi pelajar yang seimbang serta unsur spiritual. Ini kerana kemajuan tanpa agama akan menyebabkan manusia hilang pedoman serta nilai dalam diri akan terhakis dan manjadikan manusia bersifat ego dan individualistik. Falsafah pendidikan eksistensialisme mempunyai konsep yang kabur dan mendatar. Fahaman ini berkaitan dengan kebebasan dalaman untuk mengarahkan penhidupan. Kebebasan secara keseluruhan tidak sesuai dalam pendidikan di Negara ini kerana kebebasan tanpa petunjuk tidak akan dapat membawa pelajar ke destinasi yang diharapkan iaitu kepada matlamat pendidikan yang mengharapkan pelajar mencapai kesedaran kendiri. Falsafah yang berlandaskan agama adalah lebih baik dalam proses pembelajaran. Dalam fahaman ini mengajar manusia mengembangkan potensi individu untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Falsafah eksistensialisme mangharapkan dapat mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada serta tabah dalam menghadapi segala jenis masalah (Tajul,1992). Dalam hal ini, konsep pendidikan eksistensialisme yang baik dan berguna sahaja yang 9 dijadikan panduan, bukanlah perkara yang bercanggah dengan agama. Falsafah ini mengajar kita supaya bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat tanpa menyalahkan orang lain. Falsafah pendidikan juga mengharapkan pelajar mempunyai sifat tanggungjawab kepada diri dan masyarakat. Selain itu perkembangan potensi yang menyeluruh juga disarankan tetapi dalam falsafah pendidikan, kebebasan yang diharapkan bukanlah kebebasan yang mutlak. Kebebasan yang disarankan ialah kebebasan yang mampunyai petunjuk agar manusia mempunyai hala tuju yang benar.

Kesimpulan
Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di

Malaysia. Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari falsafah barat. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan falsafah barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan parennialisme manakala falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya penumpuan kesemua mazhab berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Di dalam falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang memberikan penumpuan pembinaan insan yang berketerampilan dan aspek ini juga terdapat dalam falsafah pendidikan kita. Keempat-empat falsafah yang telah dibincangkan ini boleh dikatakan sebagai asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan Negara kita. Hanya mengambil aspek-aspek yang penting dan berguna sahaja yang diambil kira dalam penggubalan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan juga meletakkan kembali asas kepada perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahanbahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan. Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi,

sosial dan jasmani secara seimbang. Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka. Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

REFLEKSI Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami Falsafah Pendidikan Negara. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan mendokong falsafah ini pada masa hadapan. Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang bukan sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek.saya berpendapat falsafah yang digubal ini sesuai dan bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan, bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan peredaran zaman. Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang falsafah ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada masa hadapan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kami perlu mengenal dan menghayati falsafah ini sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada masa hadapan. Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak. Sekian, terima kasih.

Pendahuluan Falsafah pendidikan digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang memberi sumbangan kepada kemakmuran Negara. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksanaan. Kesimpulannya, falsafah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan (Mok Soon Sang, 2010). Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan (Tajul dan Noraini, 1992). Pendidikan pula bermaksud proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan 2 sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama (Annick, 1999). Pendidikan merupakan proses perubahan manusia untuk mencapai aktualisasi diri atau dengan kata lain mencapai kesedaran diri. Ia berkait rapat dengan kesedaran hubungan antara manusia dengan pencipta, manusia lain, makhluk lain dan alam.

You might also like