You are on page 1of 10

TUGASAN BERKUMPULAN BMM 3112 PADA 24 JUN 2013 / ISNIN

Ahli Kumpulan : 1. Che Mohd Jamil Bin Muhamad 2. Mohd Nur Azlan Bin Kamaruzaman 3. Mohamad Faris Edhwan Bin Zakaria 4. Muhamad Azri Bin Abd Rahman 5. Nasyirin Fadilah Binti Mohd Yassin 6. Nik Noradilla Binti Zakaria 7. Siti Nazirah Binti Mustapar Kamal

SINOPSIS SEJARAH MELAYU Sejarah Melayu lebih menceritakan menceritakan mengenai asal-usul raja Melayu serta menceritakan mengenai kerajaan Melayu hingga kedatangan orang Portugis. Sejarah Melayu ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, bahagian pertama lebih kepada unsur mitos dan dongeng yang menceritakan mengenai asal-usul raja-raja dalam sesebuah negara, asal-usul negeri dan sabagainya. Misalnya, mengisahkan asal-usul raja-raja melayu yang dikatakan berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain. Sebermula, mengisahkan apabila perkahwinan antara Raja Suran yang masuk ke dalam laut dan mengahwini Puteri daripada negeri Barsam yang bernama Puteri Mahtabul. Hasil perkahwinan mereka ini melahirkan tiga orang putera yang diberi nama Nila Utama, Nila Pahlawan dan juga Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga putera ini telah turun ke Bukit Siguntang dengan penuh gemilang apabila mereka turun di sebuah kawasan sawah padi yang dimiliki oleh Wan Malini dan Wan Empuk. Wan Empuk dan Wan Malini telah berkahwin dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Manakala, Nila Utama telah dikahwinkan dengan anak Demang Lebar Daun.

Pembukaan negeri Singapura oleh Nila Utama juga banyak berunsurkan mitos misalnya penemuan binatang yang lalu dihadapan Demang Lebar Daun yang sungguh tangkas dan menjadikan nama binatang tersebut iaitu singa. Maka dari nama Temasek

berubah kepada nama Singapura. Cara pemerintahan raja-raja melayu turut diceritakan dalam Sejarah Melayu yang lebih menceritakan mengenai kelima-lima pemerintah Singapura berdasarkan unsur-unsur lagenda yang berkait dengan kegagahan dan kekuatan. Raja Iskandar Syah telah diserang oleh orang Majapahit dan menyebabkan baginda terpaksa melarikan diri ke Melaka lalu membuka kerajaan Melaka.

Terdapat juga pelbagai mitos mengenai pembukaan Samuder-Pasai yang dikaitkan dengan penemuan seekor semut besar. Dalam penceritaan mengenai pembukann negeri Samudera-Pasai juga dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu apabila Merah Silu yang bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan mengajar Merah Silu mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas daripada peristiwa tersebut baginda Merah Silu telah menukarkan namanya kepada Sultan Malikul Salleh.

Di dalam Sejarah Melayu juga turut menceritakan mengenai pemerintah negeri Melaka iaitu Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda,Raja Tengah,Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah), Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim),Sultan Mansur Syah (Raja Abdullah), Sultan Alauddin Riayat Syah (Raja Hussain), Sultan Mahmud Syah (Raja Mamad Atau Raja Muhammad),Sultan Ahmad Syah (Raja Ahmad.

Sejarah Melayu juga mengisahkan tentang zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan Melaka kedalam tangan Portugis apabila angkatan Peringgi yang diiringi oleh Alfonso dalbuquerque menyerang Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud yang memerintah Melaka pada ketika itu melarikan diri ke negeri Pahang. Maka pelantikan Tun Seri Lanang sebagai Bendahara Diraja oleh Sultan Abdullah Maayah Syah untuk mencatat mengenai salasilah diraja itu maka terhasilnya catatan yang dikenali sebagai Sejarah Melayu ataupun Sulalatus Salatin.

KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU 1) BAHASA

Berdasarkan kajian teks sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang. Terdapat beberapa pengaruh bahasa asing dalam teks tersebut. Pengaruh dari India terutamanya agama Hindu menyebabkan bahasa Sanskrit digunakan secara meluas.. Banyak

perbendaharaan kata diterima masuk ke dalam Bahasa Melayu iaitu aspek kebudayaan dari India yang meliputi segala bidang atau bahagian. Banyak perbendaharaan kata diterima masuk ke dalam bahasa Melayu iaitu perkataan yang menyatakan aspek kebudayaan dari India yang meliputi bidang nama bahagian tubuh, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan, senjata, perkataan agama dan bidang pertanian. Beberapa contoh perbendaharaan kata dari bahasa Hindu dan Sanskrit seperti bahu, muka rupa, neraca, kodi, sutera, gajah, singa, serigala, cempaka, cendana, delima, kasturi, cemeti, sauku (cambuk), sena (tentera), dosa, surga (syurga), neraka, agama dan puasa.

Dalam sejarah Melayu juga banyak bahasa istana digunakan seperti beta, berangkat, beradu, santap, semayam kerana cerita yang dihasilkan adalah berkisar di istana. Winstedt menyatakan bahawa penulis Sejarah Melayu adalah seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Sanskrit, Parsi, Tamil dan Arab. Hal ini terjadi kerana banyaknya terdapat pengaruh bahasabahasa tersebut dalam sejarah melayu. Kedatangan pedagang-pedagang dari India, Cina, Arab dan Parsi tentu mendedahkan Melaka kepada pelbagai rupa kebudayaan dan akibatnya ialah campur aduk kebudayaan yang menarik. Kesannya akibat dan pengaruh kebudayaan negeri-negeri tersebut ke atas Melaka. Sejarah Melayu mempunyai mukadimahnya yang tersendiri. Hal ini jelas memperlihatkan pengaruh sastera Parsi ke atasnya. Empat ciri mukadimah di dalam Sejarah Melayu ialah : a. Dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah dan Nabi Muhammad. b. Pengarang memperkenalkan dirinya lantas memohon kemaafan atas

kelemahannya serta kecetekan pengetahuannya. c. Pengarang mengemukakan sebab dia berbuat demikian ; . Pada suatu masa bahawa Fakir duduk pada suatu majlis dengan orang besar-besar bersenda gurau. Pada antara itu ada seorang orang besar, terlebih

mulianya dan terlebih besar mertabatnya daripada yang lain, maka berkata ia kepada fakir . d. Pengarang menyebut tarikh dan hari dia memulakan kerjanya.

Beberapa ciri bahasa yang digunakan dalam teks sejarah melayu adalah seperti berikut: i. Struktur ayat.

Ciri utama gaya bahasa Melayu klasik adalah merangkumi ayat yang mana ayat-ayat yang digunakan panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit malah pembentukan ayat lebih kepada pasif daripada aktif.

ii.

Bahasa istana

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa istana seperti gering, santap, beradu, bersemayang, gundik, beta dan sebagainya.

iii.

Penggunaan kata pangkal ayat.

Terdapat juga perkataan atau rangkai kata kuno dalam petikan. Banyak menggunakan perdu perkataan sebagai pembuka kata untuk sesuatu cerita atau peristiwa seperti maka, hatta, bahawasanya, alkisah. Contohnya :

Syahdan maka tengah baginda duduk berkata-kata itu, maka kedengaranlah bunyibunyian itu makin azimat bunyian serta bunyinya bedil terlalu gegak gempita bunyinya.

iv.

Penggunaan Partikal.

Banyak juga partikal lah dan pun digunakan terutamanya pada kata kerja seperti santaplah, magkatlah, beradulah. Contohnya: Setelah diajari oleh baginda tuan

puteri itu, maka tuan puteri pun masuklah ke dalam penjaranya tetapi zahirnya juga dikatakan dan kepada batinnya hendak mencari tipu juga.

v.

Penggunaan bentuk kiasan, perbandingan serta penggunaan laras puisi.

Penggunaan bentuk kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Hal ini terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Kebanyakkan ayat dalam prosa bahasa Melayu klasik terdiri daripada ayat songsang. Ini bererti kedudukan topik atau subjek ayat adalah di belakang atau predikat ayat. Contohnya : Terlalu elok paras Tuan Puteri tiada berbanding lagi. Berangkatlah hulubalang sekalian menghadap baginda sultan. Dalam prosa bahasa Melayu klasik tidak ada ketetapan yang menghadkan panjang sesuatu perenggan. Oleh itu perenggan-perenggan adalah panjang dan mengelirukan. Selain itu tema yang diutarakan adalah berkisar pada sejarah tokoh istana dan peristiwa yang berlaku atau berkisar diistana. Unsur kepahlawanan yang berlaku termasuk peperangan dan kegagahan raja atau putera raja sering digunakan di samping cerita kayangan seperti Hikayat Malim Deman.

2) POLITIK Dari sudut politik, Pengarang dengan cemerlang telah menghuraikan jurai keturunan raja Melaka secara lebih terperinci. Pengarang telah memperlihatkan urutan masa pemerintahan raja-raja Melayu Melaka yang sebenar bersesuaian dengan maklumat sejarah kini. Sebagai contoh, ialah kronologi urutan zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Syah sehinggalah kejatuhan negeri itu ke tangan Portugis semasa

pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Selain itu, Sejarah Melayu memperlihatkan wujudnya hubungan diplomatik antara Negeri Cina dengan Melaka. Hubungan ini nyata ada di sebutkan dalam sumber-sumber seperti sumber cina Yung Lo Shih-lu (TM 1425-1430), Hsuan-te Shih-Tu TM (1438), Tai Zhong Shi Lu dan Liang Liji yang

memperlihatkan wujudkan hubungan Melaka dengan Kerajaan Cina. Contohnya,

Sejarah Ming Dinasti TM 1368-1643 menyebutkan dalam bulan kesepuluh tahun 1403 , Maharaja telah menghantar Yin ChIng sebagai utusan China ke Negeri Melaka

3) SOSIOEKONOMI Dari Sudut ekonomi, Sejarah Melayu mengambarkan bahawa Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat maju dan menjadi tumpuan. Tun Sri Lanang mengambarkan: Adapun pada zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun berkampung, maka dari Ayer leleh datang ke Kuala Muar Pasar tiada berputusan, jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada mebawa api, barang di mana berhenti disana adalah rumah orang Kerana masa itu rakyat Melaka Sembilan belas laksa banyaknya yang di dalam negeri itu juga. Gambaran kegemilangan Melaka ini bukannya hanya satu cerita yang diada-adakan tetapi turut tertulis dalam sumber-sumber sejarah tempatan dan luar seperti Arab, Portugal dan Cina serta penemuan-penemuan arkeologi dan syiling Melaka yang membuktikan Melaka pada abad ke -15 dan awal abad ke-16 adalah merupakan antara pelabuhan entreport terbesar didunia. Hal ini terbukti apabila sumber Arab melaporkan bahawa Kalah (Melaka) merupakan pusat pertemuan antara pedagang yang datang dari Jazirah dan Oman dengan kapal-kapal dari Cina. Tome Pires pula telah mencatatkan bahawa saudagar Gujerat mengunjungi Melaka setiap tahun dengan empat buah kapal yang tinggi muatannya. Hal ini membuktikan bahawa Melaka pada abad ke 15 adalah sebuah pelabuhan terkenal seperti yang tertulis dalam Sejarah Melayu.

Sejarah Melayu memperlihatkan ciri sosial dan budaya masyarakat melayu. Sejarah Melayu penting dalam merakamkan nilai budaya dan adat istiadat masyarakat melayu yang meliputi institusi pemerintahan dan rakyat biasa. Antaranya ialah adatadat yang wujud di istana, adat menyembah raja, pertabalan, kemangkatan, adat perkahwinan , kematian dan sebagainya yang di ceritakan didalam Sejarah Melayu. Paling penting, ialah corak susunan sosial yang telah dinyatakan dalam Sejarah Melayu dengan melambangkan kekuasaan raja di peringkat atasnya dan diakhiri dengan

golongan rakyat yang di anggap sebagai memberikan taat yang tidak berbelah bagi. Abdul Rahman Kaeh (1974) telah membuat Susunan hierarki masyarakat Melayu yang terbahagi kepada 4 iaitu didahului oleh raja, bangsawan, rakyat biasa dan golongan Hamba. Hirearki ini jika di perhatikan boleh ditingkatkan melalui kepakaran dan kebolehan masing-masing seperti yang terpamer dari Cerita Hang Tuah dan Badang yang dinaikkkan ketaraf Bangsawan kerana kebolehan dan ketangkasan Mereka.

TUGASAN BERKUMPULAN BMM 3112 PADA 25 JUN 2013 / SELASA

Ahli Kumpulan : 1. Che Mohd Jamil Bin Muhamad 2. Muhamad Ropi Bin Juhari @ Zahari 3. Nur Izzati Binti Shukri @ Md Nor 4. Siti Nazirah Binti Mustapar Kamal 5. Wan Nur Aida Sakinah Binti Wan Jusoh

Bahasa Melayu dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan- Pelaksanaan.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, keperluan untuk mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta lambang identiti dan citra negara amat mendesak. Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan: Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.

Namun demikian, penduduk Malaysia mempunyai kebebasan menggunakan bahasa-bahasa lain dalam urusan tidak rasmi serta mempelajari bahasa-bahasa tersebut (Malaysia 1970: 222 - 223). Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang disemak pada 1971 pula memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu digunakan bagi semua maksud-maksud rasmi.

Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 162/167 (disemak pada tahun 1971) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal dan bahasa rasmi di negara Malaysia. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan, telah dijadikan asas pembinaan negara, khususnya melalui peranannya sebagai bahasa pembentuk jati diri negara bangsa, sebagai bahasa

perpaduan kaum, sebagai bahasa rasmi pentadbiran negara, dan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara Malaysia.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undangundang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan.

Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159 (5). Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160 (2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10 (4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Hal ini malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral. Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1) (a) dan (b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-undang dan dasar

tertentu yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan persoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan Perkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul kerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan

mempertahan Perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

You might also like