ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013

1.0 Pengenalan Sebelum kita menjalin hubungan dengan orang lain, kita perlu mengenali diri kita sendiri terlebih dahulu. Dalam konteks ini, kita sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani wajib mengenali struktur dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalan penjagaan kesihatan diri serta aplikasinya dalam kegiatan sukan sepertimana yang dijelaskan oleh Gerard dan Bryan (2007), “The sciences of anatomy and physiology are the foundation for understanding the structures and functions of the human body”.

Pada masa yang sama juga pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi dapat dijadikan asas bagi menggambarkan teknik-teknik lakuan sukan. Hal ini penting kerana pengaplikasian sains dalam sukan dapat meningkatkan prestasi lakuan motor ke tahap yang lebih optimum (Dr. Syarifah Maimunah dalam Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2004).

1.1

Anatomi Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud “memotong atau membelah anggota badan” untuk melihat strukturnya (Dzulkifli dan Jamaliyah, 2004). Sebaliknya, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) berpendapat Anatomi berasal daripada perkataan Yunani „ana‟ yang bermaksud asingkan dan „tome‟ bermaksud memotong. Gerard dan Bryan (2007) pula menerangkan konsep anatomi seperti : “Anatomy (a-NAT-ō-mē; ana- = up; -tomy = process of cutting) is the science of structure and the relationships among structures”.

1

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat anatomi didefinisikan sebagai kajian atau pengetahuan mengenai tubuh manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Mengikut Evelyn (2001) anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan bahagian-bahagiannya antara satu sama lain. Manakala, PPK (2004) pula menjelaskan bahawa anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Berdasarkan Dzulkifli dan Jamaliyah (2004) anatomi sebagai morfologi atau sains bentuk.

Kita perlu mengakui hakikat bahawa disiplin ini adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke-19 serta masih merupakan bidang sains yang dinamik dan berkembang. Memandangkan keadaan sedemikian, tidak hairanlah bahawa bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana bermula sejak 2300 tahun yang lalu. pada asasnya, anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisiplin seperti berikut.

Anatomi
Anatomi Kasar (gross)
Anatomi Kawasan (regional) Anatomi Bersistem (systemic) Anatomi Permukaan (surface)

Anatomi Mikroskopik

Rajah 1.1: Bidang Anatomi

2

1 Anatomi Mikroskopik Mikroskopik atau histologi ialah kajian tentang struktur halus pada tubuh badan dan sitology. misalnya lengan.1. 1.1. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya. 3 . Contohnya. 1. kajian tentang sel tisu dengan bantuan mikroskop. Pengajian anatomi mikroskopik penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel. kita akan mengkaji semua komponen system otot apabila mengkaji sistem otot.1 Anatomi Kasar 1. Sebagai contoh.1.3 Anatomi Permukaan Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.2 Anatomi Bersistem Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 1. Manakala. Evelyn (2001) menyatakan anatomi regional adalah mempelajari tentang kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah.1.1. kepala. kaki. 1.1.1.1 Anatomi Kawasan Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan.1. dada dan sebagainya yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua region. anatomi bahagian abdomen atau kepala.

Manakala. -logy = study of) is the science of body functions. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi.= nature. Mengikut Evelyn (2001) fisiologi ialah kajian tentang fungsi tubuh manusia dalam keadaan normal. Gerard dan Bryan (2007) pula menerangkan konsep fisiologi seperti : “Physiology (fiź-ē-OL-ō-jē. physio. Justeru. Namun. that is. 4 . keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan (Ashaario. tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Ia juga terdapat kaitannya dengan kajian tindakan fizikal dan gerakan-gerakan yang berlaku dalam badan. fisiologi diertikan sebagai cabang ilmu sains berkenaan fungsi organisma atau proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010). sekiranya tulang itu lembut dan nipis. how the body parts work”. fisiologi dapat dirumuskan sebagai suatu cabang ilmu sains yang mengkaji struktur organisma.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 1.2 Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh. Firhan Abqari (2010) dalam blognya pula menyatakan bahawa fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh dan bagaimana ia berfungsi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur.

Struktur tubuh manusia disusun mengikut aras organisasi struktur. iaitu aras kimia.). aras tisu.3: Atom Hidrogen 5 . Rajah 1. fosforus (P) dan Kalsium (Ca) (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa. aras sistem dan aras organisma (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa.3 Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza dan kompleks. 1. 2004) Atom terlibat dalam tindak balas dan terdiri daripada nukleus dan elektron. PPK (2004) menjelaskan Rajah 1.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 1. aras sel. 2012).1 Aras Kimia Tubuh manusia terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom (Dzulkifli dan Jamaliyah. karbon (C). Tortora dan Bryan Derrickson. (2007). nitrogen (N). United States: John Wiley & Sons.1. aras organ. hydrogen (H). Introduction To The Human Body: The Essentials Of Anatomy and Physiology (7th ed. 2012). Ahli kimia berpendapat bahawa lebih 99% daripada jisim tubuh manusia terbina daripada oksigen (O).3: Aras Organisasi Struktur Tubuh Manusia Sumber: Gerard J.

berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja. lipid.1 Aras Sel Sel merupakan unit hidupan yang terkecil dalam tubuh manusia. 1. sel rangka. Rajah 1. Sel mempunyai pelbagai fungsi. 2001). glukosa (C6H12O6) dan air (H2O). Azrul Benjamin (2010) dalam blognya menyatakan tubuh manusia ialah organisma multisel.3: Sel Tipikal dan Organel Sel-sel ini merupakan unit yang paling ringkas dan terkecil yang terdapat dalam badan kita. Pada aras sel. antaranya sebagai penganut nutrient dan oksigen. iaitu aras kimia mengabungkan atomatom ini untuk membentuk molekul. Contoh molekul dalam tubuh manusia adalah hemoglobin (HbO 2). Molekul pula terdiri daripada dua atau lebih atom yang digabungkan menerusi ikatan kimia. Tubuh manusia meliputi lebih daripada 10 trilion sel yang terbahagi kepada lebih kurang 230 jenis antaranya ialah sel otot. protein dan asid nukleik yang menjalankan tugas yang berbeza dan mempunyai strukturstruktur khusus yang dikenali sebagai organel (Evelyn.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 aras pertama struktur manusia. sel saraf dan sel darah (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa. 6 . menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO 2 daripada tubuh kita. molekul-molekul pula bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai molekul makro seperti karbohidrat.1. 2012).

4: Jenis-jenis Tisu Cecha Achyanadia (2011) dalam blognya menerangkan bahawa setiap tisu memainkan peranan tersendiri berdasarkan ciri-ciri. penurasan.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 1. Rajah 1. perembesan.1. Fungsi tisu meliputi tetapi tidak terhad kepada perlindungan. Tisu ini membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh. 2007).5: Tisu Epitelium 7 . Terdapat empat jenis tisu dalam badan kita. iaitu : Epitelium Tisu Penghubung Otot Saraf Rajah 1. perkumuhan. Tisu epitelium tersebar secara meluas pada tubuh. Semua sel ini akan mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi khusus (Gerard dan Bryan. peresapan dan penerimaan sensori. melapisi rongga tubuh dan organ lompang serta membentuk kelenjar.1 Aras Tisu Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa (2012) menerangkan tisu adalah suatu struktur berserat yang terbina daripada gabungan sel yang serupa dan yang mempunyai asalan yang sama.

5: Tisu Saraf 8 . melindungi tubuh daripada penyakit dan membantu dalam membaik pulih kerosakan pada tisu (PPK. Dzulkifli dan Jamaliyah (2004) sebagai dalam menganggap satu badan alat yang tisu saraf komunikasi beroperasi secara berterusan melalui impuls elektrik. 2001). tisu penghubung juga menyokong dan menyambung tisu-tisu antara otot dengan tulang (tendon) dan tulang ke Rajah 1. Tisu otot terbina daripada sel-sel yang berkeupayaan untuk memendek atau menguncup bagi menghasilkan gerakan pada bahagianbahagian tubuh (Evelyn.5: Tisu Penghubung tulang (ligamen). Baharudin Omar dan Mohd. Tisu otot juga akan kelihatan berwarna merah hasil daripada salur darah yang banyak pada tisu ini. Tisu saraf terdiri daripada Rajah 1. Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara protin kontraktil aktin dan miosin dalam tisu otot. Selain itu.5: Pemendekkan yang dis dan Penguncupan otot secara berlapis -lapis dan dilitupi tisu penghubung. menyimpan lemak. 2004). Hamim (1996) menyatakan tisu otot mempunyai banyak sel otot atau serat otot Rajah 1.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Tisu penghubung perantara menyatukan atau tisu struktur yang berbeza untuk membentuk satu struktur yang lebih besar.

Tisu saraf terdapat pada otak. 9 .1. Neuron membawa impuls sementara sel neuroglia pula membentu dalam penghantaran impuls dan juga membekalkan nutrien kepada neuron (Baharudin Omar dan Mohd. saraf juga terlibat dalam pencetusan emosi. pembentukan memori dan juga proses taakulan (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa. 1996). dua atau lebih tisu berbeza be rgabung untuk membentuk organ yang setiap satunya mempunyai fungsi yang khusus. korda spina dan saraf periferi. 2004). Pada masa yang sama. ginjal dan jantung. 2012).5: Organ-organ Respiratori bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama seperti organ-organ respiratori merangkumi paru-paru.1 Aras Organ Pada aras organ.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 neuron dan sel neuroglia. K e b a n ya k ka n o r g a n m e m p u n ya i keempat-empat jenis tisu antaranya hati. Tisu saraf berperanan untuk menyelaras dan mengawal kebanyakan aktiviti tubuh. trakea. Hamim. bronkiol dan sebagainya memastikan udara yang masuk keluar daripada paru-paru boleh meresap oksigen ke dalam darah dan karbon dioksida untuk dikumuhkan. Cecha Achyanadia (2011) dalam blognya menerangkan organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk s u a t u s i s t e m o r g a n t u b u h ya n g Rajah 1. Organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh (PPK. 1.

Menyokong berat badan. Sistem Rangka Tulang Rangka Kartilej Ligamen Sendi Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. Mengekalkan postur badan. 10 . Rambut Kuku Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu-tisu dalaman. Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang Lokasi perlekatan otot.1 Aras Sistem Aras sistem terdiri daripada organ-organ yang saling berkait dalam melaksanakan satu fungsi umum.1. Tuas untuk pergerakan badan. Mempamerkan ekspresi muka. Sintesis vitamin D. Terdapat sebelas sistem utama bagi tubuh manusia. Lokasi kelenjar peluh dan kelenjar minyak.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 1. iaitu Sistem Organ Sistem Integumentari Komponen Utama Kulit Fungsi Utama Pembalut luar tubuh. Lokasi pengesan rasa. Sistem Otot Otot Rangka Menghasilkan lokomotor. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot. Melindungi dan menyokong organ-organ badan.

Salur darah adalah medium aliran darah ke seluruh badan. Bertindak balas terhadap perubahan (rangsangan) dalaman dan luaran badan dengan mengaktifkan yang berkaitan. 11 . Sistem Endokrina Kalenjar : Kelenjar merembeskan hormon  Tiroid  Pituitari  Adrenal  Pineal  Pankreas  Timus  Ovari  Testis untuk menyeleraskan dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan. Jantung Darah Salur darah Jantung mengepam darah. Sistem Kardiovaskular Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan. reproduktif dan kegunaan nutrien oleh sel-sel badan (metabolisme). Darah adalah pengangkutan utama badan dengan membawa hormon.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Sistem Saraf Otak Saraf Tunjang Saraf Perferi Reseptor Sistem kawalan tindak balas pantas badan. nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori. Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran.

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Sistem Limfatik Nodus Limfa Pembuluh limfatik Duktus torasik Organ :  Timus  Limfa Rumah kepad sel darah putih yang menjadi system pertahanan badan (imunisasi) dari jangkitan dan penyakit. Paru-paru sebagai lokasi pertukaran gas antara oksigen dengan karbon dioksida. Mengawal keseimbangan asidbes dalam darah. Mengkumuhkan puing ke dalam aliran limfatik. Sistem Urinari Ginjal Pundi Kencing Menyingkirkan bahan-bahan kumuh nitrogen dari badan. Sistem Respiratori Rongga Hidung Farinks Larinks Bronkiol Paru-paru Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida. Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis. Memungut cecair yang bocor dari pembuluh darah dan mengembalikannya. Mengawal air dan elektrolit. 12 . Sistem Pencernaan Rongga Mulut Esophagus Perut Usus besar Usus kecil Rectum Anus Memecahkan makanan kepada unit-unit yang boleh diserap oleh darah untuk diagihkan ke seluruh sel badan.

Hamim Rajikin (1996) sistem kardiovaskular diumpamakan seperti sistem penyejuk kereta di mana ia terdiri daripada tiga komponen asas. Mengikut PPK (2004) sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem yang lain berfungsi dengan berkesan.4 Sistem Jantung Sistem jantung dikenali juga sebagai sistem kardiovaskular. 2005). hormon dan keperluannlain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk Rajah 1.1 Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular terbahagi kepada 3 bahagian utama. 2004) 1. 1.6: Kedudukan Jantung dalam Tubuh dikumuh serta produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh (Mohd Khairi dan Borhannudin. iaitu : 13 . pam (jantung) dan salur pembuluh darah. nutrien. Menurut Baharudin Omar dan Mohd.2 Aras Organisma Aras ini adalah aras tertinggi dan terbesar dalam organisasi struktur tubuh manusia.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 1. iaitu cecair yang berkitar (darah).1. Sistem kardiovaskular menjalankan peranan ini dengan mengangkut oksigen.4. Semua sistem tubuh bergabung dan bekerjasama untuk sesuatu organisma atau dalam konteks manusia yang berfungsi untuk meneruskan kehidupannya (Dzulkifli dan Jamaliyah.

ventrikal kanan dan ventrikal kiri seperti dalam Rajah 1. 2001).1. Manakala.6: Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular 1. Jantung ialah satu organ berotot dan berongga seberat 342 gram (Evelyn. Hamim (1996) jantung ialah pusat bagi sistem kardiovaskular dan memainkan peranan utma dalan peredaran darah.7.7: Struktur Jantung Manusia 14 . Rajah 1.4. atrium kiri.1 Jantung Menurut Baharudin dan Mohd.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular Jantung Darah Pembuluh Darah Rajah 1. Mohd Khairi dan Borhannudin (2005) menyatakan jantung adalah organ yang berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen dan nutrien. Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan.

1.1 Pembuluh Darah Pembuluh darah merupakan jaringan salur yang membawa darah dari jantung ke tisu tubuh dan mengembalikan semula darah 15 . Isi padu darah terdiri daripada 55% plasma dan 45% eritrosit.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Rajah 1.4.9: Jenis-jenis Sel yang Terkandung Dalam Darah 1.1. Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal (PPK.8: Bagaimana Jantung Mengepam Darah 1.1 Darah Darah adalah tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis sel termasuk eritrosit.10: Darah Rajah 1. Rajah 1.4. 2004). biasanya mempunyai 5 hingga 6 liter darah dalam sistem biologinya. Menurut Evelyn (2001) orang dewasa yang mempunyai berat badan dalam lingkungan 70 kg. leukosit dan platlet yang terkandung dalam plasma.

2 Fungsi Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengangkat bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah (Baharudin dan Mohd. Pembuluh darah terdiri daripada : Arteri Pembuluh Darah Kapilari Vena Rajah 1.11: Salur Arteri. Hamim.12. Vena Dan Kapilari Melengkapi Pengaliran Darah 1.4. 1996). Selain itu. 16 . 1996). Rajah 1. Hamim.11: Pembuluh Darah Salur darah ini membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran darah daripada jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. proses perederan darah mengangkut oksigen dsripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 tersebut ke jantung (Baharudin dan Mohd.

13: Laluan darah melalui badan Rajah 1. Oksigen yang merentasi membran alveolus dan kapilari seterusnya meresap ke dalam darah.3 Struktur dan Fungsi Bahagian-Bahagian Jantung Jantung terbina daripada otot-otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di permukaan luar dan endokardium di bahagian dalam.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Semasa inspirasi.14: Arteri menghantar oksigen ke semua organ-organ badan dan urat mengambil darah yang mempunyai karbon dioksida di dalamnya dan kembali ke paru-paru 1. Gas oksigen ini akan disimpan dalam alveolus untuk sementara. Kemudia. karbon dioksida akan dihembus keluar daripada paru-paru melalui salur pernafasan.12: Laluan darah ke dan dari paruparu Rajah 1. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap merentasi membrane alveolus dan meresap ke dalam darah melalui kapilari. udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke paru-paru melalui salur pernafasan. Jantung pula akan mengepam darah kurang oksigen ke paru-paru. Rajah 1. 2005). Manakala. dinding otot yang membentuk dua 17 . darah beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu lain di dalam badan.4. Dua ruang di atas. iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini terpisah antara satu sama lain oleh struktur yang dikenali sebagai septum interatrial (Mohd Khairi dan Borhannudin. Manakala.

Struktur dan fungsi bahagian jantung dapat dilihat dengan jelas dalam Lampiran 1.16: perbandingan pernan atrium dan ventrikel dalam menjalankan fungsi sistem kardiovaskular. 18 . Fungsi septum interventrikel terdapat antara kedua-dua ventrikel tersebut. Dinding otot ventrikal lebih tebal berbanding atrium. Injap Bikuspid Ventrikel Atrium Injap Trikuspid Ruang penerima darah kurang oksigen Mengepam darah ke seluruh badan dan ke paru-paru Ventrikel kanan mengepam darah ke paruparu Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh Atrium kanan menerima darah kurang oksigen daripada tisu tubuh Atrium kiri menerima darah kaya oksigen daripada paruparu Rajah 1.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 ruang bawah ialah ventrikal. Perbezaan fungsi atrium dan ventrikel dalam sistem kardiovaskular boleh dilihat dalam Rajah 1.16.

4 Peredaran Darah Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua kitaran. 1995).4. iaitu darah yang keluar daripada jantung menerusi arteri pulmonary dan aorta (Steve Parker. iaitu injap-injap bikuspid dan trikuspid membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel. iaitu : Peredaran Darah Kitaran Pulmonari Kitaran pulmonary ialah peredaran darah yang membawa darah kurang oksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah kaya oksigen dikembalikan ke jantung. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang. 1.17: Kitaran Peredaran Darah 19 . Kitaran Sistemik Kitaran sistemik pula membolehkan dara kaya oksigen serta bernutrien dibawa ke seluruh badan dan membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung Rajah 1. Injap atrioventrikular.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Evelyn (2001) menerangka injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel serta pada arteri-arteri hanya boleh membenarkan pengaliran darah berlaku pada satu arah sahaja.

Kesimpulannya. Dalam keadaan ini. memang tidak dapat dinafikan bahawa fahaman tinggi tentang sistem kardiovaskular boleh menjadi motivasi kepada kita untuk memilih dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apabila otot-otot menguncup. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani. injap-injap pada vena akan membenarkan pengaliran darah ke arah jantung sahaja. Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan secara konsisten adalah cara terbaik untuk melatih dan mempertingkatkan keberkesanan sistem ini interatrial (Mohd Khairi dan Borhannudin. Mekanisme yang berlaku menghalakan pengaliran darah ke arah atrial kanan jantung. PPK (2004) menjelaskan bahawa semasa inspirasi. 2005). 20 . 2001). vena akan tertekan dan darah yang terkandung di dalamnya akan ditolak ke arah jantung. tekanan intratorasik menurun. Keadaan ini menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung. kita perlu memainkan peranan sebagai fasilitator mendedahkan murid memeriksa kesihatan diri sekurangkurangnya sekali dalam setahun bagi tujuan memantau fungsi jantungnya. vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah kurang oksigen. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi. Keluaran (output) jantung akan semakin tinggi sekiranya tekanan semakin tinggi. Mekanisme pernafasan yang membantu keluaran (output) jantung ini dikenali sebagai „pam pernafasan‟ (Evelyn. Mekanisme penguncupan dan pengenduran otot begini membolehkan darah disalurkan ke jantung (Wan Patanah Wan Yusoff.ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013 Terdapat beberapa faktor yang membantu pengedaran semula darah ke jantung. 2000). Vena akan penuh semula dengan darah semasa otot mengendur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful