You are on page 1of 5

Gout, insya-Allah anda boleh pulih

Tarikh : Monday, April 09 @ 19:47:14 MYT


Topik : Tips @ Petua

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat
Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan
paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun
ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH
(National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta
penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia
jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh
peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus
meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada
bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di
bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu
jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA)
yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil
makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan
kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan
kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang
mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat
remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl
dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila
kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid
urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10
mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout
tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras
disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga
seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah
pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh
sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah
hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari
tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya
mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan
memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan
pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol
(Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan
asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik.
Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan
kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot.
Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar
memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis
langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan
doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia
memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu
selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun”
yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan
pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout,
ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan
doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka
ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama
tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang
betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul
kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat
pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin
rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh.
Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat
bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini
menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru
saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat
masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini.
Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah
pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak
menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu


menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh
Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid
borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan


berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat
dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini
lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai
dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti
dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana
kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata
dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam,
mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja
dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan
pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja
akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau
ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak
mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam
(kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon
seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak
ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah
mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki
motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang
dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat
capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya
tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl
Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau
kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget
dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan
Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan
penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan
England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet
tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok
lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum
segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum
berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang
sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan
menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout
macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya
kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin
hampir.

Sekian wassalam wallahualam


http://emjayjb.multiply.com/