SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 1

PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

1.1

Sipnosis Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang

banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem
ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi.

1.3

Definisi dan Pengertian Ekosistem

Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993).

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara

1

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997).

(iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai dengan keadaan ekosistemnya.

(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi

2

karbon. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material. . Semak Kendiri 1 i. Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. nitrogen.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI hubungan timbal balik. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem .4 Fungsi Ekosistem Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahanbahan. 1. Terangkan bagaimanakah ekosistem berfungsi? 3 . Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? ii. pengguna yang pelbagai dan pengurai . Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal.

and Forseth. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. earthworms and other creatures. Chapter 4 The macrofauna. P. M. http://soils. Coyne. Soil Biology Primer [online]. Blackwell 1. Delmar Publishers. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. I. (2002) Introductory Ecology. Cotgreave. 2. 3.S.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI SENARAI BAHAN RUJUKAN 1.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web online 4 .usda. Science.ants.

Setiap ekosistem mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada lokasi yang berbeza. 3. ekosistem kolam dan agro ekosistem padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini. 2. . Komunitikomuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem 2. ekosistem seperti ekosistem sawah akuatik.3.1 Ekosistem Akuatik Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .Menerangkan jenis-jenis ekosistem 2.1 JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM Sinopsis Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing.3 Jenis-Jenis Ekosistem Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem hutan paya bakau. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar 5 . Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada tahap biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. ekosistem hutan hujan tropika. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi. 2. ekosistem hutan gambut.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 2 2. anda dapat: 1.

iv. Kawasan bakteria sulfur kimosintetik membentuk makanan asas (hydrothermal vents) . Terumbu Karang di Pulau Perhentian Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :- i . Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih utama dunia. Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah alga perang. Muara (estuaries) vi. karang.2 Ekosistem Air Masin (Marin) Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Bahagian air dalam (Profundal) iii.Bahagian cetek (oceanic) ii. Dasar laut (benthic). Paya Garam (salt marshes) vii. Masalah alam sekitar yang 6 . dan jerung.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2. Kawasan antara tidal (tides) tinggi dan rendah (intertidal) v. Terumbu Karang (coral reefs) ix. Ikan dalam ekosistem marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . cephalopods.3. echinoderms. Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian perseribu (ppt) . Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan klorida. dinoflagellates.

2.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0. empangan. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik. pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.009% dari jumlah air dunia. Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang produktif. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.3 Ekosistem Air Tawar Ekosistem ini meliputi 0. 2. Tanah Lembab (Wetlands). Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah kehilangan air.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak mampan. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien penting kepada hidupan lain. 7 .3. Ekosistem Air Tawar Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai. 3.- 1. kawasan dimana tanah tepu dengan air Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber makanan kepada ikan anaromous. pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis.

Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada ikan. kumbang air dan kura-kura. oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan .3. Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi tekanan kepada ekosistem akuatik.3. iklimnya adalah sangat panas. Ekosistem Kolam 2. Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. air bersih. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai. Terdapat juga ular.1 Ekosistem Kolam Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang asas iaitu pengeluar.3.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan terletak di kawasan sekitar garisan tanah pamah seperti Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan di Hutan hujan tropika ini .3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar.3. saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk kehidupan haiwan liar. 2. Sebagai contoh kitar nutrien. serta menerima lebih daripada 250 dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 ° C 8 . penampung banjir.

3. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama pertumbuhan sepanjang tahun.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia. kurang daripada 20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI sm³ hujan setahun. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid.ciri terendam air. adalah kawalan iklim utama di hutan Hutan Hujan Tropika 2. Dianggarkan terdapat seluas 1. Ekosistem Paya Gambut 9 .5 Ekosistem Paya Gambut Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada tumbuh- tumbuhan setebal 20 meter. di mana 70% daripadanya terdapat di Sarawak. Faktor latitud hujan tropika.

Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. 10 . Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome ini. Kerana kompleksiti ekosistem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil. Ada haiwan yang hidup di lantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu. Tumbuh- tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini.4 Biodiversiti. banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di ekosistem . katak beracun Sebagai contoh dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam. Kompleksiti sesuatu ekosistem ber gantung kepada biodiversiti sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan sebagai beberapa cara yang berbeza.4.Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini. Satu cara adalah untuk mendefinisikan sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2. Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran yang berkesan. leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. Kompleksiti dan Kestabilan Biodiversiti berapa sesuatu adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies. D. 2. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun. Anai-anai adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini.1 Biodiversiti. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat daripada atas . Tumbuh-tum buhan di ekosistem tropika ini hutan hujan mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun hidup. Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. granuliferus yang berwarna merah di bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.

4. Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia diantara ekosistem Hutan Hujan Tropika 11 . Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula jadi tumbuhan. 2. Senaraikan perbezaan dan persamaan dengan Hutan Paya Gambut. Civet Otter. harimau.2 Biodiversiti. Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai. Proboscis Monkey. gajah asia. Aktiviti 1 1. Sumatran Rhinoceros. Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya Gambut Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat tinggal lebih kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan bagi daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang utan.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 2.

tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. habitat untuk perikanan. air. penggunaan per kapita. Di antara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan. haiwan.1 Sinopsis Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 3 PERKHIDMATAN EKOSISTEM 3. merosakkan. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan kepada tanah. mengubah ekosistem setiap hari seperti pengaliran racun perosak. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang. balak. menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji benih. Banyak aktiviti manusia yang mengganggu . Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar perkembangan manusia (saiz populasi. Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian.memperkenalkan spesies bukan asli. air dan udara. pencemaran penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah. 2. 3. Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat . dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan). 3. anda dapat: 1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia . makanan dan kesihatan kita. terdapat tempat 12 . baja dan bahan buangan tanah. Membincangkan perkhidmatan ekosistem.Ekosistem semula jadi . Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan.3 Kitaran Biogeokimia Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi.mengitar dan menggerakkan nutrient.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini.

kitar air menulenkan air. pengaliran permukaan. dan memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang lain. Rajah 3. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi. Semasa proses-proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengewapan. Air boleh bertukar bentuk daripada cecair.3. Bertentangan dengan proses kondensasi dimana air akan membebaskan kitaran tenaga kepersekitaran dan dalam memanaskan persekitarannya. air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran air ini. Satu contoh semasa proses pengewapan.1 Kajian Kes: Kitaran air Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi.1 Kitar Air Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba. kawasan tadahan ke kawasan membekalkan tanah dengan air bersih . pemendakan. yang menyebabkan suhu berubah. Dengan perpindahan air dari satu tadahan yang lain. di atas dan dibawah permukaan tanah. penurasan. kondensasi. pepejal dan gas. Rajah menetapkan air menerangkan kesignifikan kehidupan dan ekosistem di bumi. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi 13 .

dimana setiap nutrien di persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen. Dua nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen.3.3.2. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) . Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Nitrate yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien. NH3. 3. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dan dimana bakteria pengikat nitrogen ini .1 Kitar Nitrogen. Kedua -dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik. mengikatkan nitrogen di udara menukarnya kepada ammonia. HNO3. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3. ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem. kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).1 3. 14 . Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Asid nitrik. NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba .

Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat. juga gas rumah hijau yang meyumbang kepada pemanasan sejagat.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Kitar Nitrogen Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan pertumbuhan. Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai baja. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan. Nitrogen digabungkan dalam sebagai nutrien atau baja untuk banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein. 15 . Untuk melengkapkan kitar nitrogen. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk membentuk ammonia. Lain-lain hasil dari proses ini ialah nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa . Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan Proses Haber. bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen.

3. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora. membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida. Bila tumbuhan berfotosintesis . 16 .2 Kitar Karbon Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria. protein dan makanan lain.3. dan menggunakannya untuk membina molekul gula.ia menggunakan karbon dioksid daripada udara . menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. haiwan yang memakan tumbuhan. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati. Ini memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. Karnivora seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya. kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. kanji. dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya.

3.6 Kitar Kalium 17 .3.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. 3.5 Kitar Fosforus .

3. (2002) Introductory Ecology. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. Cotgreave.ants. 2. M.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web [online] Chapter 2 The food web and soil health 18 . P. Delmar Publishers. and Forseth. earthworms and other creatures.7 Kitar Sulfur Senarai Rujukan 1.3. Blackwell Science.usda. I. Chapter 4 The macrofauna. Soil Biology Primer [online]. Coyne.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 3. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. http://soils.S.

Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu. bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil. 19 . Pilih dari laman. rekodkan jenis tanaman pada lokasi (contoh. dimeterikan dan dilabelkan dengan nama anda dan lokasi kutipan. nutrien dan air. aman.Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan.ciri dalam jadual di bawah. hutan. Masukkan sampel-sampel ke dalam bag plastik. Pada setiap lokasi. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah. Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer).SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Amali 1 Ekosistem Tanah . paya. kemudian gunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. laman dan lain-lain) dan ciri. kawasan tumbuhan asli. Tugasan: Mengukur Makrofauna Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana. Sebagai contoh. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan.di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. buang ciri tersebut. tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Kumpul satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon – tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. menyimpan dan memindahkan tenaga .

kemudian tuangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah Daripada beg-beg sampel . Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji. periksa sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon dengan menggunakan microskope atau kanta tangan. liat dll) Jadual 1 Kembali ke makmal. Masukkan satu sampel yang diketahui ke dalam corong Tulgren. mengikut prosedur yang sama. anda akan boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi. campurkan sampel tanah dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. Biarkan selama 2 hari. Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Masukkan sampel dari lokasi kedua ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari. Kenalpasti semua organisma dan kelaskan kedalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki – 20 .SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Lokasi 1 Lokasi 2 Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir.

dan kenal pasti dalam kumpulan. Jika terlalu banyak. b. anggarkan jumlah yang sepatutnya. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ Jadual 3 21 . Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ Jadual 2 Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI cacing. kumpulan B 8 kaki – laba-laba. Kira jumlah individu dalam setiap kumpulan. Kira jumlah individu dari setiap kumpulan. a. hama dan lain-lain).

Anda juga mesti memasukkan satu jadual ringkasan bagi menunjukkan keputusan anda. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. B seliter tanah/litupan bil. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan.perbezaan tersebut? 2. dan satu penerangan tentang perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. pendahuluan yang menerangkan tentang amali tersebut. individu seliter tanah/litupan 15 7 Laporan Anda – Menerangkan peranan biota tanah Laporan anda mestilah mengandungi tajuk.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. 3. nematod dan lain-lain). pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga 22 . labelkan jenis-jenis biota (contohnya. 1. apa yang mereka lakukan (pemangsa. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat dan betul.fungi. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2 contoh: bil individu kum. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan. individu seliter tanah/litupan bil.

Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda. 4. dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan).SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI berlaku. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang berfungsi. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah? 5. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ianya sihat. 23 . 6. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna dan mikrofauna? Apakah fungsi-fungsi utama dua kumpulan tersebut? jaringan makanan boleh menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah. Contoh.

Dalam kumpulan 4 orang . pilih dua lokasi di kawasan institut anda untuk membuat kajian lapangan ekosistem tanah. Buat pemerhatian terhadap beberapa ciri-ciri yang terdapat di lokasi-lokasi tersebut. Lengkapkan jadual-jadual berikut: Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir. liat dll) Lokasi 1 Lokasi 2 Jadual 1 a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ 24 . 2. 3.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI ILMU PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK )1 Pengumpulan Data Ekosistem Tanah Arahan: 1.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI Jadual 2 b. dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. B seliter tanah/litupan bil. Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2 contoh: bil individu kum. individu seliter tanah/litupan 15 7 25 . individu seliter tanah/litupan bil. Makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ Jadual 3 Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun.

1999.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web (Jaringan makanan Tanah) Chapter 2 The food web and soil health (Jaringan makanan dan Kesihatan Tanah) 26 . Ch. Coyne M. Menilai pelaporan. Bincangkan dan hantarkan laporan kajian kepada pensyarah anda untuk di beri markah. http://soils.usda.SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 4. RUJUKAN. 1. TAKSIRAN: 3. 4 The macrofauna. Soil Microbiology. Soil Biology Primer [online].S.usda.gov/sqy/concepts/soil_biology/Create soil food web 2. 3. Delmar Publishers. http://soils.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI 27 .