You are on page 1of 10

Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani

Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran. Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler,

perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan,

kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani. Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982) meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah Game Sense (den Duyn, 1997), Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1982), Play Practice (Launder, 2001) dan Games Concept Approach (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003). Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

Untuk memahami apa yang hendak dilakukan Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI

Bucher & Wuest ( 1987)

Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat

Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program.

OBJEKTIF-OBJEKTIF Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama;

Pembangunan fizikal atau organik

Pembangunan neurootot atau motor

Pembangunan kognatif

Pembangunan sosial,emosi dan afektif

Pembangunan fizikal atau organik Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu.

Objektif pembangunan neurootot atau motor


Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga Bergerak dengan kecap dan indah

1. Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat di dalam aktiviti seperti berlari, melompat, bergayut, menyepak, membongkok, mengilas dan melontar. 2. Di dalam aktiviti pendidikan jasmani ,kemahiran neurootot membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi. 3. Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang mungkin ada pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai.

Di samping itu, kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan, membina keyakinan diri dan mendapat pengiktirafan diri.

OBJEKTIF PEMBANGUNAN KOGNATIF Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan, undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani

Melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan.

OBJEKTIF PEMBANGUNAN SOSIAL, EMOSI DAN AFEKTIF Objektif pembangunan sosial untuk menolong seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri. Objektif pembangunan emosi melatih mengawal emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain. Objektif pembangunan afektif melibatkan sikap,apresiasi dan nilai

Matlamat PJ

Membantu mencapai pembangunan individu optimum

Matlamat PJ

Membangunkan kemahiran motor yang sesuai dari kemahiran asas hingga kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitik beratkan sukan seumur hidup Membangun dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan; Mengajar akan kepentingan kecergasan serta bagaimana ianya mempengaruhi senaman Menyediakan kepimpinan yang berkemahiran dan prasarana yang mencukupi ynd dapat menyediakan peluang bagi individu atu kumpulan untuk bertindak dalam situasi fizikal yang menyegarkan, meransang dan mencergaskan minda serta berwibawa

Memahami apa yang hendak dilakukan Bantu dan hasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika menghadapi masalah Bucher dan Wuest (1987); Matlamat PJ Memahami nilai PJ lebih mendalam Memberi sumbangan PJ kepada masyarakat Hargai pencapaian pelajar melalui penglibatan dalam program

PERKEMBANGAN MENTAL PERKEMBANGAN EMOSI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL


Dilihat dari 4 aspek

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JAMANI

PERKEMBANGAN SOSIAL

Pertumbuhan (kuantitatif)
1. Pendidikan Jasmani dapat merangsang pertumbuhan fizikal . Kesedaran tentang pengambilan makanan yang sesuai dan betul kepada badan dapat dibarikan melalui PJ

2. Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan fizikal diri sendiri.

3. Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka. dalam PJ bukan hanya diberi keutamaan kepada aktiviti fizikal sahaja malah pendidikan tentang kesihatan badan juga diberi keutamaan .

4. PJ juga dapat menambah kualiti hidup murid-murid. -Cara pengambilan diet yang betul.

Perkembangan Fizikal (kualitatif)


1. Murid peka terhadap kesihatan badan. Murid lebih mengambil berat tentang kesihatan badan dan memberi keutamaan untuk meningkatkannya Berat badan (BMI) murid stabil melalui penjagaan makanan yang seimbang dan senaman yang berterusan

2. Memberi peluang untuk mengenali dirinya dan mengembangkan bakat atau kemahiran

3. Murid dapat menunjukkan potensi dan bakat mereka melalui aktiviti sukan cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, kemahiran sukan.

4. Murid mempunyai kekuatan Otot dan daya tahan otot yang tinggi Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan Ini dapat dikuasai oleh murid melalui latihan dan aktiviti fizikal yang berterusan dalam PJ

Perkembangan Mental Dalam Pendidikan Jasmani


1. Mengembangkan pengetahuan dan keterampilan yang berkaitan dengan aktiviti jasmani dan perkembangan estetika. 2. Mengembangkan kepercayaan diri dan kemampuan untuk menguasai keterampilan gerak dasar yang akan mendorong melibatkan diri dalam aktiviti jasmani. 3. Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui melibatkan diri dalam aktiviti jasmani baik secara kelompok mahupun perseorangan. 4. Menikmati kesenangan dan keriangan melalui aktiviti jasmani, termasuk permainan olahraga.

Aspek Domain Mental (Kognitif)


Perkembangan kognitif bagi pelajar awal remaja menunjukkan perubahan dan peningkatan semakin ketara dan mereka mula berfikir secara abstrak yang dikenali sebagai pemikiran operasi formal. Menurut Piaget (1969), golongan ini berupaya melakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu (i) menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak; (ii) mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri; (iii) mengaplikasi prinsip-prinsip penyelesaian masalah; (iv) membentuk hipotesis menyelesaikan masalah; (v) skemata atau struktur mental akan bertambah.

Menurut Coon & Mitterer (2007), perkembangan intelek pelajar pada peringkat ini adalah melalui akomodasi maka adalah baik jika guru mengikut strategi satu langkah ke depan (one step ahead) di mana guru berusaha mengajar lebih daripada pemahaman semasa pelajar (Heckhausen, 1987). Guru tidak seharusnya memaksa pelajar untuk belajar dan menurut Santrock (2007), terdapat beberapa strategi mengajar berdasarkan teori Piaget antaranya: (i) mewujudkan pendekatan konstruktivisme; (ii) memudah cara; (iii) mengambil kira ilmu pengetahuan dan pemikiran; (iv) menggunakan penilaian berterusan; (v) mempromosikan suasana intelek pelajar secara semula jadi; (vi) berkonsepkan penerokaan.

McPherson, Curtis dan Loy (1989) melaporkan bahawa senaman mempunyai kesan yang penting ke atas perkembangan kognitif. Mereka telah mengkaji pengaruh aktiviti-aktiviti fizikal ke atas penguasaan struktur-struktur kognitif dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 11 tahun. Mereka yang aktif dalam kegiatan jasmani mencatatkan perkembangan sebanyak enam kali ganda berbanding dengan kanak-kanak yang tidak aktif. Kanak-kanak yang aktif dalam sukan juga menunjukkan daya kefahaman (depth of understanding) yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak aktif.

You might also like