You are on page 1of 2

Pengenalan

:
Program motivasi “ KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKADEMIK ” ini dirancang untuk membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan Dendang ini meningkatkan prestasi masing-masing. Pemerhatian terhadap murid-murid di sekolah ini mendapati mereka mempunyai kelemahan yang ketara dari segi pengurusan masa belajar serta sahsiah sehinggakan menyebabkan kegagalan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Walaupun dapat memahami pelajaran yang diajar,mereka masih lagi gagal mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan disebabkan oleh faktor diri, persikitaran serta ibu bapa. Justeru program kali ini dirancang menjurus kepada penumpuan terhadap kemahiran menguruskan masa pembelajaran serta meningkatkan sahsiah diri serta semangat dikalangan pelajar dan juga memberikan pendedahan terhadap tanggungjwab ibu bapa dalam membantu anak-anak menjadi cemerlang dari segi pelajaran mahupun sahsiah diri. Program Motivasi ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun 2013 dan juga bagi pelajar tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 2014 dan juga bagi pelajar tahun 4 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 2015. Program yang dijalankan ini digunakan sebagai pemangkin dan kesediaan untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Diharapkan agar matlamat sekolah dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi mencapai impian untuk menjulangi serta memcatatkan rekod terbaik sekolah bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.

Nama program:
Program Peningkatan Sahsiah dan Kecemerlangan Akademik SK.Dendang sesi 2013

Objektif: Pelajar
1. 2. 3. 4.
5. 6.

Mendedahkan kepada murid kepentingan pembangunan sahsiah kepada diri, persekitaran, masyarakat dan negara. Memberi motivasi agar diri pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran. Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Mendedahkan kepada pelajar konsep pengurusan masa dan kaedah belajar yang betul.

Ibu bapa
1. 2. 3. 4. Tanggungjawab terhadap anak-anak dari segi pengurusan masa. Tanggungjawab terhadap pembentukkan sahsiah anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa dalam membantu pihak sekolah menangani masalah anak-anak supaya kecemerlangan sahsiah dan akademik yang seimbang dapat dicapai. Tanggungjawab mendidik anak-anak diluar kawasan sekolah.

Diluluskan oleh.60 x 60 ) -pen (RM 1. Justeru itu.00 x 52 ) Kertas sijil Jumlah Keseluruhan Jumlah RM36. diharapkan segala perancangan dan pelaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada para pelajar yang akan menghadapi UPSR 2013. Disemak oleh.00 3 Jumlah Pendapatan 1) BIMBINGAN DAN KAUNSELING : RM 168.00 RM 52.00 RM 168. Dalam pada itu. Disediakan oleh. . diharap program ini akan memberikan input yang berguna kepada para pelajar yang menyertai program ini bagi menghadapi peperiksaan UPSR serta menjadi pelajar yang cemerlang.Kumpulan sasaran: 1) 2) 3) 4) 5) Pelajar Tahun Empat seramai Pelajar Tahun lima seramai Pelajar Tahun enam seramai Ibu bapa / Penjaga seramai Kesemua guru-guru/Staf SK Dendang seramai 16 orang ( sesi 2015 ) 24 orang ( sesi 2014) 12 orang (sesi 2013) 40 orang 22 orang Anggaran Perbelanjaan: Bil 1 Perkara Bahan Murid -fail ( RM 0.00 Penutup: Diharap agar program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan. Perak.00 RM 80. Setiuasaha HEM Sesi 2013 SK Dendang . Semoga segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik kepada pelajar.