You are on page 1of 6

http://nisamokhtar591.blogspot.com/2011/08/tugasan-2-program-latihan-individu-1.html http://prasso.wordpress.

com/2007/09/17/teknik-servis/

Pengenalan Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang.5 gram. Untuk pemain wanita pula. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56. Pegawai Permainan Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. CARA BERMAIN Memilih raket Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :  Saiz gengaman tangan . Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. baju-T berkolar atau tanpa kolar. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Selain itu. Saiznya pula ialah diantara 6. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain. Pakaian Pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.35 hingga 6. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih. skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang. mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Bagi sukan perseorangan. iaitu diluar tempat jaring dipasang.65 cm diameter. pakaian seragam hendaklah dipakai. stoking dan kasut getah. Bagi sukan berpasukan.Bola Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. . pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu.7 hingga 58. terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

Cara memegang raket tenis Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama. Tempoh permainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan. Dengandemikian. Saiz dan berat raket Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis. Untuk bahagian wanita pula. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Dalam permainan. . mata kedua yang dipungut dikira 30-0. yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam. satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Sepanjang permainan. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita. mata untuk pembuat servis dikira dahulu. seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya. Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. matanya dikira 15-0. maka dikira 40-0.

Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan.Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Bagi permainan beregu. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. jika kedudukan terikat pada 5-5 . maka permainan boleh dimulakan. . dan para pegawai permainan sudah bersedia. seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang. Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian . Setelah penentuan dibuat. pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Dalam hal begini. Bagaimanapun. Setelah servis bersih dibuat. permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan.

0 Permainan Individu Bagi permainan perseorangan. 5. Apabila permainan tamat. pukulan semula tidak boleh dituntut untuk dilakukan semula. Terdapat enam fasa utama semasa melakukan servis. . Sekiranya menggunakan tangan kanan. Tentukan kedudukan dengan meletakkan kaki dengan selesa seluas bahu pada kedudukan sebelah di hadapan dan sebelah lagi dibelakang. Servis dimulakan di garisan belakang. Bahu kanan hendaklah terus ke arah lawan. 3. Meminta lawannya memilih gelanggang. Setelah selesai permainan pertama. satu undian dengan membaling duit syiling akan diadakan.Membuat servis. pemain yang menerima servis akan menjadi pembuat servis dalam permainan berikutnya. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. satu kesalahan telah dilakukan. 2. Servis tenis 1. 2.0 Kemahiran Servis Tenis Servis merupakan pukulan pembuka permainan. pukulan pioner ini sangat penting bagi pemain dapat menguasainya. Hayunan semula berakhir pada sebelah kiri pemain. kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil. maka dia sudah melakukan satu kesalahan. Pemenangnya akan memilih salah satu daripada tiga perkara berikut :1. letak kiri ke hadapan dan kaki ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35 cm di belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya. pemain haruslah melontarkan bola ke udara (Peraturan 6) seterusnya memukul bola dengan raket sebelum bola jatuh ke tanah. sekiranya penerima bola sengaja untuk memainkan bola. Tu6. 2. 1. di kaki belakang dalam kedudukan ‘siap sedia’ sekarang berpindah ke depan apabila lutut dan badan menjadi lurus. Kedudukan bola yang betul di udara akan membolehkan perimbangan badan dikekalkan dengan baik. Tetapi jika pemain cuba membuat pukulan tetapi gagal. Ketika membuat servis. 4. bererti servis yang telah dilakukan dianggap batal dan tidak dikira. Gerakkan tangan ke arah bawah bersama-sama. Servis masih lagi dalam permainan jika bola melepasi jaring tanpa melantun dan jatuh dalam gelanggang servis yang berpenjuru bertentangan dengan penerima servis (peraturan). maka pukulan semula akan diminta. Jika tidak. ‘Pangkal’ raket ialah kira-kira pada kedudukan menegak ke arah bola dengan tindakan pergelangan tangan yang memeri. permainan dimulakan dengan pemain yang membuat servis berdiri di belakang garisan belakang antara tanda tengah lanjutan yang diadakan secara imaginasi dengan garisan perseorangan tangan kanan. Memilih gelangang. 3. Jika pemain yang melakukan servis meletakkan bola di udara tetapi tidak cuba membuat pukulan. Pemain juga hendaklah meletakkan kedua-dua belah kaki pada tanda tengah yang betul dan jangan menyentuh garisan belakang atau kawasan gelanggang dengan kaki sehinggalah bola dipukul. 3. Berat badan pembuat servis. maka pukulan semula akan dibuat. Untuk menentukan siapa yang mula-mula membuat servis dan memilih gelanggang permainan. American twist dan servis rata. 2. Gunakan pencapaian setinggi yang mungkin. Tangan kiri ‘meletakkan bola’ pada kedudukan semasa tangan kanan menarik raket untuk ‘melantunkan bola’. Bagaimanapun. Jika penerima servis masih belum bersedia. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas. 1. kaki kanan lambat bergerak ke depan untuk mendapatkan semula perimbangan badan. Di samping itu. Pemain lawan boleh membuat pilihan membuat servis atau menerima servis. Penerima pukulan boleh berada di mana-mana yang difikirkan paling sesuai untuk membalas pukulan.Pukulan servis berakhir apabila raket menyentuh bola ataupun orang yang menerima servis cuba untuk memukulnya. Oleh kerana itu.mpukan pandangan mata terhadap bola. pukulan servis bertukar ke sebelah tanda tengah untuk mata berikutnya. Tindakan melambung dalam servis hendaklah dibuat pada bola. Perhatikan bahawa walaupun berat badan telah berpindah ke depan.Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Kemudian pemain-pemain akan membuat servis dalam permainan yang berselang-selang sehinggalah tamat enam set perlawanan. Perhatikan bagaimana kaki belakang (kanan) dianjakkan ke belakang pada kedudukan ini. Pembuat servis mempunyai cubaan kedua melakukannya dalam setiap mata jika servis pertamanya gagal. pemain yang melakukan servis tidak boleh melakukan servis sebelum lawannya bersedia. Oleh itu pemain lawan akan berpeluang memilih gelanggang. Selepas setiap mata dipungut.

dan melantun terus ke gelanggang servis yang betul dikira sebagai pukulan semula. Toss bagi servis yang baik ialah di hadapan kepala dan dilempar lurus ke atas. servis pertama yang dilakukan adalah di bahagian yang betul adalah salah. maka pemain yang membuat servis akan mendapat mata. Pasangan lawan pula akan membuat keputusan siapa yang akan membuat servis dalam permainan kedua. maka servis tersebut dikira salah kerana bola menyentuh rakan membuat servis ataupun apa-apa yang dipakai atau dipegangnya. Jika permainan tamat sebelum kesilapan itu disedari.0 Permainan Beregu Pasangan yang membuat servis pertama berpeluang membuat keputusan tentang pemain mana yang akan melakukan servis dalam permainan permulaan. Pemain yang melakukan servis boleh melompat semasa melakukan servis tetapi servis ia akan menjadi suatu kesalahan jika semasa memukul bola. Manakala jika servis mengenai rakan penerima servis pula. (Garisan Luar) Untuk menerima servis.B. Tidak ada peraturan yang mengkehendaki pemain yang mula-mula membalas servis dalam permainan kedua. pemain juga berpeluang untuk membuat servis sekali lagi di tempat yang betul. pemain tidak bolah berjalan ataupun berlari sementara melakukan servis (Peraturan 7) tetapi pergerakan yang sedikit dibenarkan mengikut budi bicara hakim pertandingan (Peraturan 7A).C. Tetapi apa juga mata yang didapati daripada sebarang servis salah sebelum pengesanan itu.D dan seterusnya sehinggalah set itu tamat. pemain tidak boleh bertukar kedudukan sehinggalah bermulanya set baru. perintah servis akan kekal sebagai berubah.A. Semua mata yang telah diperolehi sehingga pengesanan ini akan dikira. 3. Pada permulaan set baru. tetapi tidak semasa permainan sesuatu set diteruskan. Setelah pemain mengambil tempat masing-masing di dalam gelanggang. A membuat keputusan untuk membuat servis pembukaan dan C memilih hendak membuat servis dalam permainan kedua. perintah mungkin diubah jika perlu. Orang yang membuat servis mestilah berdiri di garisan belakang antara satu tanda tengah garisan imaginasi yang berterusan dengan garisan tepi beregu. Jika pemain melakukan servis yang salah.B. sebagai telah dipinda. Jika sesuatu permainan telah tamat sebelum pengesanan itu dibuat.Tambahan pula. (gambar) Tahap untuk melakukan servis adalah berdirilah di belakang garis baseline dan fokuskan fikiran untuk mengarahkan bola pada daerah servis lawan. tetap tidak berganjak. Jika servis kedua masih juga salah. maka pemain akan terus bermain dalam gelanggang itu sehingga permainan tamat. Gambar Jika seseorang pemain melakukan kesalahan semasa servis . Sekiranya servis yang dilakukan mengenai rakan pembuat servis. maka pemain dibenarkan membuat satu lagi servis dari tempat yang sama. pemain yang membuat servis menyentuh gelanggang ataupun garisan belakang dengan kakinya ataupun di kawasan yang salah iaitu pada tanda pusat garisan belakang ataupun melampaui garisan panjang. Selain itu. Kesalahan yang sering dilakukan semasa menerima servis ialah pemain menerima servis di gelanggang yang salah. Perkara ini boleh dilatih dengan menggambarkan lingkaran di lantai dan toss yang dilakukan dan tempat jatuhnya bola adalah pada tempat yang sama. Selepas servis yang baik. permaianan diteruskan sehinggalah satu mata dicapai oleh mana-mana pemain. Selain itu. Pemain hanya boleh beredar ke gelanggang yang betul dalam permainan penerimaan berikutnya dalam set tersebut. Katakan A dan B memenangi undi pada perlawanan pembukaan dan memilih untuk membuat servis. maka perintah servis tetap. Bola servis yang mengenai jaring. B akan membuat servis dalam permainan ketiga dan D dalam permainan keempat.C. . A membuat servis semula dalam permainan kelima dan servis diteruskan dengan A. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di belakang dengan arah kaki selari dengan garis baseline.pasangan yang membuat servis mestilah membuat servis sebaik sahaja kesilapan itu telah disedari. Pemain hendaklah melempar bola (toss) secara konsisten pada satu tempat yang sama. pemain mestilah membuat servis sebaik sahaja kesalahan tersebut dikesan.D. kesalahan kaki semasa servis turut dititikberatkan. Koordinasi tangan dan mata adalah perkara yang pertama perlu dilatih kerana untuk memulakan pukulan pembuka permainan atau servis. maka pemain yang membuat servis akan kehilangan mata. Bola servis yang mengenai tempat lain daripada jaring dikirakan sebagai satu kesalahan. pemain-pemain hendaklah membuat keputusan siapakah yang akan menerima servis di gelanggang kanan dan siapa pula di gelanggang kiri. jika kesalahan pertama disebabkan membuat servis dari tempat yang salah. (Peraturan 14) Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain ialah.