Aktiviti prabacaan a. Mengenal gambar yang berlainan seperti membulatkan gambar yang berlainan b.

Mengenal bentuk yang berlainan. PRABACAAN 2.1 Pendahuluan Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara „tidak boleh membaca‟ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang „senang‟ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah „alphabetic‟ dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guruguru kita – „kaedah abjad‟ , „kaedah fonik‟, „kaedah pandang dan sebut‟, „kaedah eklektik‟ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca

Perdagangan. mencipta. menulis dan mengira – bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai. definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat „mengenal huruf‟ sudah tidak memadai lagi. Untuk mencapai taraf kemahiran ini.2 Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di Peringkat Awal Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca. kejayaannya – dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. dan ibu bapa. mesej moral. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Maksudnya. Sivik. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain. Pertanian. Kesusasteraan. hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas) . dan membuat komunikasi. Ilmu Alam. maka sistem persekolahan itu dianggap gagal. Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai „functionally literate‟ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar. tugas guru belum dikira sempurna. ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains. Seni Perusahaan. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita. beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. menulis dan mengira kepada anak-anak. Jika ini belum dicapai. dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. dan harus dikaji semula serta dipulihkan. Sejarah. 2. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti. atau tidak dapat membaca dengan cekap. Kemahiran 3M adalah „alat‟ asas untuk seseorang meneroka ilmu. dan sebagainya. lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan. dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai „biasa‟ bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai „ilmu pengetahuan‟.dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita. kerana di dalam sistem pelajaran formal. Dalam konteks dunia hari ini. Muzik. Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran. kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan. guru-guru. sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. mata pelajaran Teknikal.

atau bercampur-gaul dengan orangorang Melayu. pokok. “ka – ki” dan sebagainya. 2. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.1 Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu. dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. perkataan pensel. a. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah. 2. sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a.c.o.b. 2. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”.3.…z. b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah „normal‟ dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar. Misalnya batu.b. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. menguasai perbendaharaan kata yang „mencukupi‟ akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a. atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat . Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1.c…hingga z.i. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.3. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan. meja.2 Kaedah „Pandang dan Sebut‟ (look and say) Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal „nama setiap huruf itu‟. pensel dan sebagainya. budak. sekolah. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek.3 Kaedah Pengajaran yang Biasa Dibuat. rumah. c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek). Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. dan sebagainya. di sekolahsekolah dasar kita.e.u. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan . Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf.

Kemudian baru diajar mengeja tiaptiap perkataan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. idea. Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasabahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina. Bahkan ramai yang menghafal „perkataan -perkataan‟ berdasarkan gambar daripada „mengenal‟ perkataan-perkataan. Mereka harus mengenal beberapa puluh „lambang perkataan‟ sebelum boleh membaca ayat-ayat. yang melambangkan sesuatu benda. Misalnya. „t‟ – „tah‟. sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu. dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiaptiap huruf dengan bunyinya. „tu‟. diajar „bunyi-bunyi‟ huruf. „da‟. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu „bunyi‟ – lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu. „ba‟. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. „lu‟. bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Jadi. dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. terutama mengajar murid-murid Melayu. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi . Misalnya „a‟ dibunyikan „aa…‟. Kemahiran murid-murid „mengenal‟ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. „s‟ – „ss‟. dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan. „u‟ – „uu…‟. dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang „baru‟.gambar dan perkataan.3. „z‟ – „zz…‟. sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula. baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris.3 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan „bunyi‟ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna. suku kata pula dibina. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba „mengenal‟ keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar. 2. „ka‟. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Tetapi. „mi‟ dan sebagainya.

tetapi Kaedah itu haruslah sistematik. Bagi bahasa Melayu. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. „lalu‟. The Teaching of Reading. struktur suku-katanya. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas. Nyata sekali. dan tatabahasanya di suatu pihak. . yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar „eklektik‟ tetapi sistematik. Ada yang menggunakan penujuan sintetik.perkataan-perkataan – „dada‟.4 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid. situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. agak banyak yang mengajar kurang sistematik. „‟The analytic-synthetic method… entails selection of carefully graded words. compare and synthesize more or less simultaneously right from the beginning. m. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. „batu‟. maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba. Geneva : International Bureau of Education 1949. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. 24. Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan. „kata‟. sentences and simple passage which children analyse. 1949. kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini. Gena. ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. dan sebagainya.3. kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik.s. in the desired order.‟‟ 1 1 Twelfh International Conference on Public Education. (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara „huruf‟ dan „bunyinya‟). 2. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataanperkataan ini. and in doing so become acquainted with the elements of language. while learning the mechanics of reading. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain.

b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya). pada peringkat awal. Dengan cara begini dalam dua.2. c… sampai z secara tertib biasa. bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus „kaedah fonik‟ dan „kaedah pandang dan sebut‟ dalam satu pelajaran membaca. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit. c) Ciri-ciri yang baik daripada „kaedah fonik‟ dan „kaedah pandang dan sebut‟ boleh digabungkan. b. Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali. misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku . b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. selang-seli. terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: aou dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Kita tidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf.4 Kaedah Gabungan yang dicadangkan Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. dalam satu dua pelajaran. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. misalnya: dkm dengan menggunakan kad imbasan. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat. dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca. dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. Malahan kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a.

dan „kuku‟ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku Gantikan „buku‟ dengan „baju‟. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda . kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu bu ku buku ba ba baba bu ka buka ba ju baju Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku Kemudian gantikan „aku‟ dengan „baba‟ dan ulang membacanya.Ulangkan ini beberapa kali. „baju‟. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan. iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama.” Beliau berpendapat. mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Dari segi umur. kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal. merangkak dan berdiri terlebih dahulu. membelek-belek bahan bacaan. konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a.5 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental. empat hari. e. ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. keupayaan matanya mengecam bentuk. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca. ibubapa dan guru. factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. k dan membaca suku kata. d. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan. kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. khususnya yang berupa cerita. Menurutnya. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. emosi dan fizikal. kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. emosi dan mental. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. sama ada di peringkat mendirikan asas. Selain faktor fizikal. Dari segi mental.buku uda Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga. o : b. dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di . mereka perlu meniarap. Secara luas. perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. Sebagai contoh. Secara khusus. i. emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. 2. “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu. sejam sehari. Dari segi emosi. melihat bahan bacaan. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. Cuma bentuknya berbeza. usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak.

6 Aktiviti Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua. lain-lain. benda yang tidak boleh dimakan. dan alat tulis-menulis. aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. pakaian. Bahan: Gambar benda hidup. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. benda bukan hidup. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. . Dengan kata lain. aktiviti koordinasi psikomotor. Menurut Ismail Zakaria. 2. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. Aktiviti Guru/Murid: 1. pengamatan pendengaran. kemahiran pengamatan penglihatan. baju. makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. iaitu pengamatan penglihatan. Tiga kategori aktiviti disediakan. kelas dan kumpulan. dan pergerakan tangan dan mata. Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. benda yang boleh dimakan. warna dan saiz. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca)  merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)  berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca  berjalan ( mahir membaca peringkat rendah)  berlari ( mahir membaca peringkat tinggi) 2. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini.bawah. Bahan: Pelbagai gambar kereta. latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.

Aktiviti Guru/Murid: 1. 2. petir. paku. meja dan batu. meja. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. hujan lebat. tempurung. Bahan: Paku. hujan lebat. air menitik. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. tanah liat. pakaian. angin kencang. petir. 4. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. angin menderu. batang kayu. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 3. Bahan: Plastisin. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. tin. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin. alat tulis-menulis dan lain-lain. dan ombak. dan bubur kertas. 3. batu. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. 4. 2. dan ombak. Aktiviti Guru/Murid: 1. air menitik. . angin menderu. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup. angin kencang. tempurung. 2. tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. batang kayu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

cawan.2 Peringkat Prabacaan • Kanak-kanak perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti Murid: 1. • Selain itu. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan permainan huruf. Oleh itu. Berikut ialah kemahiran yang perlu diberi perhatian. apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan. 3. model tiang bendera. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama 2. Bahan: Lembaran kerja. manik.1. 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar 7. suku kata dan perkataan. • Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. • Pada peringkat ini. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf 4. kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. benda maujud (dulang berpasir. bola. . 2. anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan berkesan. menyusun benda atau gambar mengikut urutan 6. 3. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza 3.Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan. dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid. memadankan huruf mengikut urutan. model pokok. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan 5. air). anda perlu memberi penekanan terhadap simbol dan maknanya.

Kaedah Ayat dan Cerita 6. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata 4. 2. 3. Kaedah Suku Kata 4. murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengenal pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut. Pendekatan Cerakinan 7. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan betul 2. Pendekatan PEBAS 8. Kaedah Fonik 3. Kaedah Perkataan 5. anda harus bijaksana memilih kaedah serta pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-benar dapat menolong murid-murid anda. Berikut ialah perkara-perkara tersebut: 1. Cara ini akan membantu murid-murid mengenal huruf. • Setelah meneliti keterangan di atas. bahan bacaan yang dipilih haruslah mengandungi perkataan-perkataan yang sudah ada dalam pengalaman murid-murid. Antara kaedah dan pendekatan yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut: 1. Seterusnya. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis huruf. Pendengaran: Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan . suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja. Pendekatan Gabungan Bunyi Kata 9. anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda ambil perhatian. Penglihatan: Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas.• Untuk melaksanakan tujuan di atas. Penguasaan bahasa lisan: Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi-bunyi tertentu. Pendekatan Abjad-Suku Kata • Bagaimana anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan? Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda: 1. Kaedah Abjad 2. Oleh itu. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata 3.

7. i. 1. anda harus mengajarkan kemahiran-kemahiran yang berikut kepada mereka. Oleh itu. Gabung jalin semua aspek bahasa: Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca di kalangan muridmurid. anda patut mengetahui apa yang diminati oleh murid-murid anda. 3.1.pendengaran kanak-kanak. bertutur dan menulis terlebih dahulu. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut. membaca perkataan yang sama rimanya sacara nyaring 6. mengecam dan menyebut perkataan berdasarkan bunyi huruf. suku kata atau . carta huruf-huruf kecil dan besar dan lain-lain yang sesuai. Melalui latihan ini murid-murid dapat mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan. Untuk merangsang minat murid-murid. anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar. mengumpulkan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf awal 5. 6. kad-kad perkataan iv.3 Membaca secara mekanis • Untuk membolehkan murid-murid anda membaca secara mekanis. Hubungan huruf dengan bunyinya: Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. membunyikan huruf dalam perkataan 2. kad-kad huruf ii. Biasanya kanak-kanak amat gemar akan gambar atau kad-kad yang berwarna-warni. kad-kad suku kata iii. memadankan perkataan yang sama sebutannya 7. membunyikan huruf yang ditunjukkan 3. 4. 5. pita rakaman vi. Merangsang dan menghidupkan minat murid: Sebagai guru. anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal perkataan-perkataan dalam pelajaran membaca. latihan membaca melalui aktiviti bercerita atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang menarik. Anda patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini. Peraturan membaca dari kiri ke kanan: Dalam tulisan Rumi. carta bergambar v. susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan. carta huruf-huruf vokal dan konsonan vii. membaca perkataan bergambar 4.

menceritakan semula cerita yang pernah dibaca 8. Penelitian akan mengambil kira aspek isi dan bahasa. menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks 5. memahami bahan-bahan berbentuk teknikal yang berkaitan dengan sesuatu ilmu pengetahuan. Antara kemahiran tersebut adalah seperti yang berikut.perkataan lain yang terkandung di dalamnya 8. 3. jadual dan data 4. 3.4 Membaca dan memahami • Pada peringkat ini. menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bahan yang dibaca 10. 1. carta. membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah dipelajari 9. mulakan bimbingan anda terhadap kemahiran membaca dan memaham dari peringkat awal lagi. membaca bahan-bahan bacaan secara nyaring dengan intonasi dan sebutan yang betul • Kemahiran-kemahiran di atas harus diajar melalui latihan atau aktiviti yang dibantu dengan alat atau bahan pengajaran yang menarik supaya murid-murid tidak jemu. menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan pendapat sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan bacaan 6. kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran belajar dan berfikir. harus memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar supaya murid-murid dibantu mengembangkan perbendaharaan kata mereka. • Proses bacaan yang meneliti aspek isi ini melibatkan kemahiran membaca kritis. cuba anda bayangkan betapa besarnya peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan amanah membimbing murid-murid supaya menguasai pelbagai kemahiran dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang tertinggi.1. memahami peta. menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi 2. Oleh itu. menggambarkan isi bahan bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah 3.1. Oleh itu. rajah. . • Walau bagaimanapun anda jangan lupa pada tujuh perkara yang telah disebutkan di atas tadi kerana tujuh perkara itu dapat dijadikan panduan untuk merancang pengajaran peringkat-peringkat membaca yang berkesan. • Setelah meneliti kemahiran-kemahiran di atas. menyatakan pokok persoalan dalam sesuatu ayat 7. memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu penyataan 9. graf. anda sebagai guru.5 Bacaan intensif • Bacaan intensif ialah bacaan yang dilakukan secara teliti dengan bimbingan guru.

minat membaca 5. bab. boleh menguasai dan menggunakan gaya bahasa prosa serta puisi dengan baik 7. boleh membaca dengan baik dan betul dari segi sebutan dan intonasi. 2. anda sebagai guru bahasa Melayu mesti menguasai ilmu tatabahasa supaya murid-murid anda mendapat bimbingan semaksimum mungkin. tinggi daya pemikiran kreatif dan kritisnya 6. boleh membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca 3. Bimbing murid-murid anda . dapat mengenal pasti pelbagai laras bahasa 7.6 Bacaan ekstensif • Bacaan ini dilakukan di luar kelas secara kendiri tanpa bimbingan guru. Murid-murid boleh membaca bahan bacaan sebanyak mungkin dalam tempoh yang tidak terhad. judul. mahir merujuk kamus dalam usaha mencari makna perkataan sukar yang ditemui 8. lancar membaca 3. cekap merujuk kamus untuk mencari makna perkataan dalam ayat dan seterusnya mengayakan mereka dengan perbendaharaan kata 4. daftar kata. • Bahan bacaan harus daripada pelbagai laras dan bidang ilmu kerana murid-murid sepatutnya merasa puas. pendekatan dan teknik yang berkesan. dapat membaca dengan lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan yang betul 3. • Walaupun bacaan ini merupakan aktiviti kendiri.1. dapat mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahan yang dibaca 6. anda akan berjaya melahirkan murid-murid yang. Oleh yang demikian. boleh membaca sendiri tanpa disuruh 2. kaya dengan pengetahuan 4. • Aspek bahasa yang diteliti sewaktu membaca. mempunyai kepantasan membaca dan memaham yang berkualiti. boleh menilai dan mengulas isi atau idea yang tersurat serta tersirat dalam bahan yang dibaca 5. mendedahkan murid-murid pada aspek tatabahasa yang meliputi komponen morfologi dan sintaksis. • Proses bacaan akan melibatkan penelitian indeks. seronok. • Jika anda dapat membimbing murid-murid pada peringkat bacaan intensif dengan menggunakan kaedah. anda sebagai guru perlu menggerak dan meragsang murid-murid anda supaya menguasai kemahiran ini kerana melalui bacaan ektensif anda dapat melahirkan murid-murid yang.kemahiran memaham dan kemahiran mengesan idea dalam bahan bacaan yang dibaca. dan terhibur selepas aktiviti membaca tersebut. kandungan dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat umum. 1. • Anda harus memainkan peranan sebagai fasilitator. 1.

membuat senarai semak atau catatan tentang faedah dan peningkatan yang mereka peroleh hasil bacaan ekstensif yang telah dilakukan .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful