Aktiviti prabacaan a. Mengenal gambar yang berlainan seperti membulatkan gambar yang berlainan b.

Mengenal bentuk yang berlainan. PRABACAAN 2.1 Pendahuluan Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara „tidak boleh membaca‟ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang „senang‟ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah „alphabetic‟ dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guruguru kita – „kaedah abjad‟ , „kaedah fonik‟, „kaedah pandang dan sebut‟, „kaedah eklektik‟ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca

Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai „functionally literate‟ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar. sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran. dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain. dan ibu bapa. Maksudnya. Untuk mencapai taraf kemahiran ini. Jika ini belum dicapai. beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Dalam konteks dunia hari ini. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai „biasa‟ bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis. kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan. dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Kesusasteraan. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita. ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains. Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. atau tidak dapat membaca dengan cekap. dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. 2. Pertanian. mesej moral. dan sebagainya. Perdagangan. Sejarah. Muzik. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti. mencipta. Sivik. menulis dan mengira – bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai. kejayaannya – dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca. hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas) . Kemahiran 3M adalah „alat‟ asas untuk seseorang meneroka ilmu. apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan. menulis dan mengira kepada anak-anak. mata pelajaran Teknikal. Seni Perusahaan. tugas guru belum dikira sempurna. definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat „mengenal huruf‟ sudah tidak memadai lagi.2 Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di Peringkat Awal Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca. dan membuat komunikasi. guru-guru. dan harus dikaji semula serta dipulihkan. maka sistem persekolahan itu dianggap gagal. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita. kerana di dalam sistem pelajaran formal. asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Ilmu Alam. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai „ilmu pengetahuan‟. lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari.dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah.

Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. sekolah. sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan.3. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek). perkataan pensel.2 Kaedah „Pandang dan Sebut‟ (look and say) Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan . meja. budak. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca.c. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah. menguasai perbendaharaan kata yang „mencukupi‟ akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu.1 Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu. atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .3. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. 2. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf.3 Kaedah Pengajaran yang Biasa Dibuat. rumah. Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.b. b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah „normal‟ dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar.o. 2. pokok. a.i. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a. 2.…z.u.a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1. dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan.c…hingga z.b. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. pensel dan sebagainya. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal „nama setiap huruf itu‟. Misalnya batu. “ka – ki” dan sebagainya. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. dan sebagainya. atau bercampur-gaul dengan orangorang Melayu. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a.e. di sekolahsekolah dasar kita. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”.

sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula. baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris. „lu‟. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. Mereka harus mengenal beberapa puluh „lambang perkataan‟ sebelum boleh membaca ayat-ayat. dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan. Misalnya „a‟ dibunyikan „aa…‟. Tetapi. „s‟ – „ss‟. „ba‟. Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasabahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina. suku kata pula dibina. Setelah mereka tahu hubungan tiaptiap huruf dengan bunyinya.3 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan „bunyi‟ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi . „tu‟. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. „mi‟ dan sebagainya. „z‟ – „zz…‟. Jadi. Misalnya. dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang „baru‟. Kemahiran murid-murid „mengenal‟ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. „ka‟. „da‟. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. terutama mengajar murid-murid Melayu. Bahkan ramai yang menghafal „perkataan -perkataan‟ berdasarkan gambar daripada „mengenal‟ perkataan-perkataan.gambar dan perkataan. 2. „t‟ – „tah‟. sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. yang melambangkan sesuatu benda. dan sebagainya. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu „bunyi‟ – lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu. Kemudian baru diajar mengeja tiaptiap perkataan. bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba „mengenal‟ keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. idea. „u‟ – „uu…‟. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. bercelaru dari segi symbol-sound relationship. dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar. diajar „bunyi-bunyi‟ huruf.3. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu.

compare and synthesize more or less simultaneously right from the beginning. maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. . sentences and simple passage which children analyse. (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara „huruf‟ dan „bunyinya‟). 1949. and in doing so become acquainted with the elements of language. oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. „kata‟. agak banyak yang mengajar kurang sistematik. dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. dan tatabahasanya di suatu pihak. 24. Nyata sekali. „lalu‟. The Teaching of Reading. while learning the mechanics of reading. m. „‟The analytic-synthetic method… entails selection of carefully graded words. kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas. kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini. struktur suku-katanya. tetapi Kaedah itu haruslah sistematik. Bagi bahasa Melayu. ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. dan sebagainya. Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. in the desired order. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar „eklektik‟ tetapi sistematik.3. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.4 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid.perkataan-perkataan – „dada‟.s. Ada yang menggunakan penujuan sintetik. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataanperkataan ini. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba. Gena. situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. 2.‟‟ 1 1 Twelfh International Conference on Public Education. „batu‟. yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu. Geneva : International Bureau of Education 1949.

b. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus „kaedah fonik‟ dan „kaedah pandang dan sebut‟ dalam satu pelajaran membaca. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. pada peringkat awal. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: aou dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Dengan cara begini dalam dua. dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya). misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku . dalam satu dua pelajaran. misalnya: dkm dengan menggunakan kad imbasan. c… sampai z secara tertib biasa. Malahan kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a. tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat. bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Kita tidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf. Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali.2. dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan. selang-seli.4 Kaedah Gabungan yang dicadangkan Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit. c) Ciri-ciri yang baik daripada „kaedah fonik‟ dan „kaedah pandang dan sebut‟ boleh digabungkan.

„baju‟. dan „kuku‟ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu bu ku buku ba ba baba bu ka buka ba ju baju Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku Kemudian gantikan „aku‟ dengan „baba‟ dan ulang membacanya. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda .Ulangkan ini beberapa kali. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku Gantikan „buku‟ dengan „baju‟.

Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. k dan membaca suku kata. kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di . Dari segi umur. konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Sebagai contoh. emosi dan fizikal. d. khususnya yang berupa cerita. sejam sehari. perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. Selain faktor fizikal. factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. mereka perlu meniarap. i. Dari segi emosi. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan. 2. dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan. emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak. Cuma bentuknya berbeza. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu.buku uda Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga. empat hari. e. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. o : b. Menurutnya. sama ada di peringkat mendirikan asas. mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.5 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental. iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan. keupayaan matanya mengecam bentuk. Secara khusus. Dari segi mental. ibubapa dan guru. sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. emosi dan mental. usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia. melihat bahan bacaan. Secara luas. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca. kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan. membelek-belek bahan bacaan.” Beliau berpendapat.

Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. kemahiran pengamatan penglihatan. pakaian. pengamatan pendengaran. aktiviti koordinasi psikomotor. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis. Aktiviti Guru/Murid: 1. baju. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. iaitu pengamatan penglihatan. aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Bahan: Gambar benda hidup. Bahan: Pelbagai gambar kereta. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Dengan kata lain. lain-lain. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca)  merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)  berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca  berjalan ( mahir membaca peringkat rendah)  berlari ( mahir membaca peringkat tinggi) 2. 2. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. dan alat tulis-menulis. benda bukan hidup. dan pergerakan tangan dan mata. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini.bawah. . makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Menurut Ismail Zakaria.6 Aktiviti Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua. latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. warna dan saiz. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu. Tiga kategori aktiviti disediakan. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. benda yang boleh dimakan. Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. benda yang tidak boleh dimakan. kelas dan kumpulan.

2. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. meja dan batu. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 4. hujan lebat. Aktiviti Guru/Murid: 1. dan ombak. tin. hujan lebat. petir. alat tulis-menulis dan lain-lain. Bahan: Plastisin. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. dan ombak. tempurung. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup. dan bubur kertas.3. tempurung. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. meja. Aktiviti Guru/Murid: 1. angin kencang. 4. tanah liat. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir. pakaian. angin kencang. Bahan: Paku. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin. tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. 2. batang kayu. petir. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. angin menderu. angin menderu. 3. 3. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. . Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir. air menitik. paku. batu. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Aktiviti Guru/Murid: 1. air menitik. batang kayu. 2. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin. 3.

model pokok. 1. • Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. model tiang bendera. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar 7. cawan. memadankan huruf mengikut urutan. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan permainan huruf. 3. Bahan: Lembaran kerja. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan 5. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza 3. manik. suku kata dan perkataan. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya.2 Peringkat Prabacaan • Kanak-kanak perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama 2. air). • Selain itu. aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. Berikut ialah kemahiran yang perlu diberi perhatian. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf 4. . Oleh itu.Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan. • Pada peringkat ini. bola. 2. menyusun benda atau gambar mengikut urutan 6. benda maujud (dulang berpasir. anda perlu memberi penekanan terhadap simbol dan maknanya. kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan. anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan berkesan. 3.1.

Pendekatan Cerakinan 7. Cara ini akan membantu murid-murid mengenal huruf. Pendekatan Gabungan Bunyi Kata 9. Pendekatan Abjad-Suku Kata • Bagaimana anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan? Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda: 1. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata 3. Kaedah Fonik 3. Kaedah Ayat dan Cerita 6. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis huruf. Kaedah Perkataan 5. • Setelah meneliti keterangan di atas. Penglihatan: Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Pendekatan PEBAS 8.• Untuk melaksanakan tujuan di atas. anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda ambil perhatian. Antara kaedah dan pendekatan yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut: 1. Pendengaran: Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan . Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan betul 2. Berikut ialah perkara-perkara tersebut: 1. Penguasaan bahasa lisan: Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi-bunyi tertentu. murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengenal pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut. 3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata 4. Kaedah Suku Kata 4. Oleh itu. Seterusnya. anda harus bijaksana memilih kaedah serta pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-benar dapat menolong murid-murid anda. Kaedah Abjad 2. suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja. bahan bacaan yang dipilih haruslah mengandungi perkataan-perkataan yang sudah ada dalam pengalaman murid-murid. 2.

latihan membaca melalui aktiviti bercerita atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang menarik. anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal perkataan-perkataan dalam pelajaran membaca. membunyikan huruf dalam perkataan 2. Hubungan huruf dengan bunyinya: Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. mengumpulkan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf awal 5. Anda patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini. kad-kad perkataan iv. membaca perkataan bergambar 4. Biasanya kanak-kanak amat gemar akan gambar atau kad-kad yang berwarna-warni. kad-kad huruf ii. suku kata atau . anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar. i. memadankan perkataan yang sama sebutannya 7. Peraturan membaca dari kiri ke kanan: Dalam tulisan Rumi. 3. anda harus mengajarkan kemahiran-kemahiran yang berikut kepada mereka.1. anda patut mengetahui apa yang diminati oleh murid-murid anda. 4. 5. Gabung jalin semua aspek bahasa: Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca di kalangan muridmurid. Oleh itu. pita rakaman vi.pendengaran kanak-kanak. Melalui latihan ini murid-murid dapat mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan. carta bergambar v. membunyikan huruf yang ditunjukkan 3. susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan. kad-kad suku kata iii. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut. carta huruf-huruf vokal dan konsonan vii. 1.3 Membaca secara mekanis • Untuk membolehkan murid-murid anda membaca secara mekanis. 7. mengecam dan menyebut perkataan berdasarkan bunyi huruf. bertutur dan menulis terlebih dahulu. carta huruf-huruf kecil dan besar dan lain-lain yang sesuai. Merangsang dan menghidupkan minat murid: Sebagai guru. membaca perkataan yang sama rimanya sacara nyaring 6. Untuk merangsang minat murid-murid. 6.

menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi 2. menceritakan semula cerita yang pernah dibaca 8.1.4 Membaca dan memahami • Pada peringkat ini. jadual dan data 4. • Walau bagaimanapun anda jangan lupa pada tujuh perkara yang telah disebutkan di atas tadi kerana tujuh perkara itu dapat dijadikan panduan untuk merancang pengajaran peringkat-peringkat membaca yang berkesan. menyatakan pokok persoalan dalam sesuatu ayat 7. menggambarkan isi bahan bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah 3. • Setelah meneliti kemahiran-kemahiran di atas. memahami bahan-bahan berbentuk teknikal yang berkaitan dengan sesuatu ilmu pengetahuan. membaca bahan-bahan bacaan secara nyaring dengan intonasi dan sebutan yang betul • Kemahiran-kemahiran di atas harus diajar melalui latihan atau aktiviti yang dibantu dengan alat atau bahan pengajaran yang menarik supaya murid-murid tidak jemu. memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu penyataan 9. • Proses bacaan yang meneliti aspek isi ini melibatkan kemahiran membaca kritis. 1.perkataan lain yang terkandung di dalamnya 8. Antara kemahiran tersebut adalah seperti yang berikut. menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks 5. Oleh itu. carta. harus memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar supaya murid-murid dibantu mengembangkan perbendaharaan kata mereka. . Penelitian akan mengambil kira aspek isi dan bahasa.5 Bacaan intensif • Bacaan intensif ialah bacaan yang dilakukan secara teliti dengan bimbingan guru. 3. memahami peta. rajah.1. kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran belajar dan berfikir. anda sebagai guru. membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah dipelajari 9. Oleh itu. menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bahan yang dibaca 10. menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan pendapat sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan bacaan 6. graf. cuba anda bayangkan betapa besarnya peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan amanah membimbing murid-murid supaya menguasai pelbagai kemahiran dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang tertinggi. 3. mulakan bimbingan anda terhadap kemahiran membaca dan memaham dari peringkat awal lagi.

kemahiran memaham dan kemahiran mengesan idea dalam bahan bacaan yang dibaca. dapat mengenal pasti pelbagai laras bahasa 7. boleh menguasai dan menggunakan gaya bahasa prosa serta puisi dengan baik 7. judul. • Bahan bacaan harus daripada pelbagai laras dan bidang ilmu kerana murid-murid sepatutnya merasa puas. • Anda harus memainkan peranan sebagai fasilitator.6 Bacaan ekstensif • Bacaan ini dilakukan di luar kelas secara kendiri tanpa bimbingan guru. 2.1. kaya dengan pengetahuan 4. dan terhibur selepas aktiviti membaca tersebut. Oleh yang demikian. • Walaupun bacaan ini merupakan aktiviti kendiri. bab. mempunyai kepantasan membaca dan memaham yang berkualiti. boleh membaca sendiri tanpa disuruh 2. Murid-murid boleh membaca bahan bacaan sebanyak mungkin dalam tempoh yang tidak terhad. 1. seronok. daftar kata. kandungan dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat umum. 1. dapat membaca dengan lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan yang betul 3. Bimbing murid-murid anda . dapat mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahan yang dibaca 6. boleh menilai dan mengulas isi atau idea yang tersurat serta tersirat dalam bahan yang dibaca 5. • Aspek bahasa yang diteliti sewaktu membaca. boleh membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca 3. • Proses bacaan akan melibatkan penelitian indeks. lancar membaca 3. anda akan berjaya melahirkan murid-murid yang. • Jika anda dapat membimbing murid-murid pada peringkat bacaan intensif dengan menggunakan kaedah. cekap merujuk kamus untuk mencari makna perkataan dalam ayat dan seterusnya mengayakan mereka dengan perbendaharaan kata 4. mahir merujuk kamus dalam usaha mencari makna perkataan sukar yang ditemui 8. anda sebagai guru perlu menggerak dan meragsang murid-murid anda supaya menguasai kemahiran ini kerana melalui bacaan ektensif anda dapat melahirkan murid-murid yang. tinggi daya pemikiran kreatif dan kritisnya 6. mendedahkan murid-murid pada aspek tatabahasa yang meliputi komponen morfologi dan sintaksis. pendekatan dan teknik yang berkesan. minat membaca 5. anda sebagai guru bahasa Melayu mesti menguasai ilmu tatabahasa supaya murid-murid anda mendapat bimbingan semaksimum mungkin. boleh membaca dengan baik dan betul dari segi sebutan dan intonasi.

membuat senarai semak atau catatan tentang faedah dan peningkatan yang mereka peroleh hasil bacaan ekstensif yang telah dilakukan .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful