You are on page 1of 13

LAPORAN BINA INSAN GURU.

Saya Wiswanathan a/l Thrammiyah dari unit Pengajian Bahasa Tamil semester 3 telah menyertai Program Bina Insan Guru Fasa III iaitu khidmat masyarakat yang telah dijalankan pada hari 09 APRIL 2013. Program Bina Insan Guru Fasa III, kali ini diadakan di sebuah sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Ulu Dong yang

terletak di Daerah Raub, Pahang. Semua guru pelatih PISMP semester 3 dikehendaki menyertai Program Bina Insan Guru Fasa III ini. Program Bina Insan Guru Insan berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai role model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi. Sebelum menjalankan aktiviti BIG Fasa III, semua guru pelatih telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, makanan, peralatan, bajet dan lainlain yang diperlukan. Kami telah mencadangkan beberapa tempat untuk

melaksanakkan BIG..Setelah mendapat kebenaran dan maklum balas yang positif daripada Guru Besar SK Ulu Dong. kami memutuskan untuk membuat B.I.G di sekolah SK Ulu Dong.

Perlantikan jawatankuasa telah dijalankan untuk program BIG ini berjalan dengan lancar tanpa segala permasalahan. Perlantikan jawatankuasa ini telah dibuat antara 12 unit. Setiap jawatankuasa yang dipilih dikehendaki menjalankan tugas-tugas mengikut bidang masing-masing, di samping mendapat bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang bertanggungjawab ke atas program tersebut. Sesuatu jawatan telah membawa nilai tanggungjawab terhadap seseorang. Dengan itu, mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan tugasan mereka berjalan dengan sempurna. Selain itu, Ketua Penyelaras BIG fasa III iaitu En.Haji Saharom memberi banyak maklumat yang amat bermanfaat kepada semua guru pelatih. Beliau

memberikan taklimat sebelum sehari pergi ke SK Ulu Dong yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diperlukan untuk membina insan guru yang seimbang. Taklimat tersebut diadakan pada 08 APRIL 2013 pada pukul 8.00 higga 11.00 malam. Dalam taklimat tersebut beliau telah mengadakan simulasi untuk majlis perasmian dan penutup. Beliau telah memilih beberapa orang guru pelatih untuk menjalankan simulasi tersebut.Saya dilantik sebagai ketua kampung dalam simulasi pertama. Mula-mula beliau menjalankan simulasi untuk majlis perasmian. Pada masa yang sama En. Haji Sharom dan En. Ramid telah memerhati setiap pergerakan guru-guru yang membuat simulasi. Selepas tamat simulasi majlis perasmian En. Haji Sharom dan En. Ramid memberi beberapa komen tentang simulasi kami. Beliau memberi komen yang positif dan negatif. Melalui simulasi ini saya dapat satu gambaran sebelum menyertai majlis perasmian dan penutup pada hari yang keesoknya. Di SK Ulu Dong. Beliau juga

menerangkan tentang kewajipan-kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seorang insan guru. Segala maklumat yang disampaikan oleh En. Haji Sharom akan saya aplikasikannya pada masa kelak.

SEMASA BINA INSAN GURU FASA III

Pada 09 APRIL 2013 bersamaan, dengan hari Selasa iaitu pada jam 7.30 pagi semua guru pelatih PISMP Sem 3 telah berkumpul di astaka Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menjalankan peranan mereka untuk menguruskan keberangkatan guru pelatih ke SK Ulu Dong.Sarapan pagi pula telah disediakan. Setelah semua peserta tiba, penyelaras telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan perjalanan ke sana. . Semasa perjalanan ke SK Ulu Dong kami telah bincang tentang tugasan. Sebaik sahaja tiba di sekolah, mereka menyambut kehadiran kami dengan gembira.Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong kami membuat senaman aerobik bersama-sama dengan pelajar dan guru sekolah tersebut.Murid-murid melakukan senaman aerobik dengan penuh semangat dan keseronokan. Kemudian program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong. Semua guru pelatih mengikuti kumpulan masing-masing seperti mana yang telah diagihkan. Kumpulan saya telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan kantin sekolah. Mula mula kawasan kantin sekolah kelihatan tidak ceria. Kami telah membahagikan tugas untuk membersihkan kawasan kantin sekolah. Antaranya ialah menyusun kerusi dan meja dengan kemas, menyapu sampah, membuang sampah,dan yang paling penting ialah kami melekatkan kata-kata hikmat serta sifir di tepi bumbung kantin.Kami berharap bahawa murid-murid akan mendapat manfaat daripada hasil kerja kami. Pihak sekolah juga prihatin terhadap kami semua. Mereka menyediakan

minuman dan makanan supaya kami dapat bekerja dengan penuh bertenaga. Kami berehat dan menjamu hidangan pagi yang telah diberi di kampus. Pihak kantin berterima kasih kepada kumpulan kami yang telah sudi menghulurkan tenaga untuk menceriakan kantin sekolah mereka dan berharap agar kegiatan seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.

Setelah kami menyiapkan kerja-kerja pembersihan , kami segera bergegas untuk mendapatkan makanan tengah hari yang telah disediakan. Ketika makan, kami berbualbual tentang aktiviti-aktiviti yang kami lakukan. Setelah selesai semua kerja di dewan sekolah, kami beredar ke tempat lain untuk menolong guru pelatih yang masih belum habis kerja. Sebaik sahaja tiba di kawasan tandas sekolah, saya menolong guru pelatih lain untuk melukis mural pada dinding tandas sekolah tersebut. Saya juga telah menulis kata-kata khidmat di dinding tersebut. Kami menjalankan kerja-kerja akhir seperti mengemas semula segala peralatan yang digunakan. Kawasan sekolah kini kelihatan bersih dan ceria kerana tiada lagi kelihatan sampah yang bersepah-sepah di sana-sini. Kami tolong-menolong dan memupuk kerjasama antara satu sama lain. Pada pukul 4.00 petang semua guru pelatih berkumpul di dewan untuk upacara penutupan rasmi Program BIG FASA III. Upacara ini dihadiri khas oleh En. Ramid yang merupakan Ketua Gerko Institut

Perguruan Tengku Ampuan Afzan dan juga Guru Besar Sk Ulu Dong.. Dalam majlis tersebut En. Ramid dan guru besar memuji semua guru pelatih dan mengucapkan tahniah bagi menjayakan program tersebut.. Selepas ucapan, Majlis penyampaian cenderamata dijalankan. Pada pukul 5.00 petang berakhirlah majlis penutupan rasmi BIG FASA III dan semua guru pelatih pulang ke Institut dengan menaiki bas yang disediakan. Saya berasa bangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada pihak sekolah. Saya berharap bahawa aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat ini diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Lampiran Bergambar

BINA INSAN GURU FASA 3 PISMP SEM 3.. SEKIAN,TERIMA KASIH..

REFLEKSI

Selamat sejahtera dan salam perpaduan, Saya WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH, sebagai guru pelatih di institut pendidikan guru kampus Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, kami perlu membuat portfolio untuk kursus BIG yang berlangsung pada 9 APRIL 2013. Yang pertama,saya ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada Ketua unit gerko iaitu EN.ABDUL RAMIT. Program Bina Insan Guru Fasa III (BIG) yang mengabungkan semua guru pelatih PISMP SEM 3 Ambilan Januari 2012 telah berlangsung pada 09 april 2013 (Selasa), iaitu pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang di Sekolah Kebangsaan Raub. Program BIG pada kali ini bertemakan khimat masyarakat dengan

membersihkan kawasan sekeliling SK Hulu Dong, masjid Hulu Dong dan juga kuburkubur yang terdapat di sekitar Hulu Dong. Program BIG ini akan mengambil masa sepanjang 10 jam. Program ini merupakan satu elemen yang amat berkesan untuk menjadikan semua guru-guru pelatih yang menyertai menjadi seorang warga bakal pendidik yang sentiasa mahu berkhimat untuk nusa, bangsa dan negara. Melalui Program Bina Insan Guru (BIG) ini , saya dapat memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman yang berguna. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.

Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Yang pertamanya, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala perkara dan kerja berlaku dengan teratur dan kemas Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah

ditetapkan.Dengan ini saya dapat mengenali kepentingan masa dari semasa ke semasa. Saya juga sedar bahawa kita haruslah bertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita. Hal ini demikian kerana kami akan menceriakan sekolah SK Ulu Dong dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Melalui program BIG ini, saya telah menyedari bahawa kepentingan kebersihan sesuatu kawasan adalah amat penting untuk menjaga kesihatan dan menjamin kebersihan sesuatu kawasan. Tempat yang bersih akan dapat menyebabkan seseorang berasa selesa dan menarik hati.Sebagai seorang bakal guru, saya mendapati kesedaran ini adalah amat penting agar saya akan mementingkan kebersihan sekolah dan kelas. Hal ini demikian kerana kawasan yang kotor akan menjejaskan kesihatan dan menghodohkan keindahan kawasan tersebut. Persekitaran sekolah yang selesa juga akan dapat menyebabkan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Oleh itu, melalui sepanjang program BIG ini, saya dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kepentingan kebersihan alam sekeliling. Melalui, kursus bina insan guru, banyak perkara kami perlu menambahbaikan dalam diri sendiri. Iaitu, Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Kita perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan.

Saya mempercayai bahawa ilmu ini akan membantu saya pada masa akan datang. Setelah menyelesaikan aktiviti ini, saya berasa amat bangga dengan keupayaan saya. Saya berasa amat bernasib kerana pensyarah saya banyak membantu saya untuk membuatkan aktiviti ini dengan lancar. Aktiviti menceriakan sekolah ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen saya dengan ahli kumpulan saya bagi menghasilkan aktiviti yang baik dan bermutu. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Haji Saharom, penyelaras BIG Siri 3 Tahun 2013 kerana sentiasa membantu kami sepanjang kem BIG ini. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada En. Abdul Ramit.Tidak lupa juga kepada semua tutor-tutor kumpulan, khususnya tutor kumpulan saya, terima kasih diucapkan kerana sentiasa membimbing, membantu dan menolong kami.

Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh.

Sekian, terima kasih.