Rumusan artikel Secara keseluruhannya artikel ini menjurus kepada penggunaan kaedah inkuiri dalam pengajaran sains kepada

murid khas yang berada dalam kelas inklusif berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap murid khas seluruh dunia. Penggunaan kaedah inkuiri tidak terhad kepada satu teknik sahaja kerana dibawahnya terdapat pelbagai pecahan seperti yang dinyatakan iaitu inkuiri continuum. Di bawah inkuiri kontinuum terdapat 3 jenis teknik inkuiri lagi iaitu inkuiri berstruktur, inkuiri panduan dan inkuiri berpandukan pelajar. Inkuiri berstruktur meliputi teknik hands-on di mana murid melakukan sendiri aktiviti dan mengalaminya diakhir sesi mereka akan membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan walaubagaimanapun masih lagi mengikut arahan guru sebagai fasilitator. Ia danamakan inkuiri berstruktur kerana teknik pengajaran distruktrurkan di mana pada permualaannya guru akan mengukur tahap pengetahuan murid sebelum menjurus kearah isi kandungan yang ingin di ajar. Murid khas akan memerlukan soalan yang berstruktur sebagai bantuan kepada mereka untuk membuat pemerhatian membangunkan pengetahuan baru justeru guru haruslah menstrukturkan soalan sebelum di ajukan kepada murid. Murid khas juga selalunya akan menunggu kue daripada guru sebagai bantuan dalam menjawab soalan. Semasa melakukan aktiviti guru akan mengajarkan perkataan yang baru melalui pembacaan bahan. Guru juga boleh melatih murid khas dengan merekod setiap perkataan baru dipelajari kedalam nota bagi memudahkan mereka mengulangkaji. Guru juga boleh memperkenalkan perkataan baru sebelum melakukan aktiviti dengan cara ini murid akan dapat mengaitkan perkataan yang bari dengan aktiviti yang mereka lakukan secara tidak langsung telah menjadi pengulangan kepada murid tersebut. Mnemonics atau teknik perkembangan-memori dapat6 membantu murid dengan adanya kue dari kesamaan, maujud, visual dan audio dalam membantu murid mengingati perbendaharaan kata.