ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

TAJUK 1 Konsep Asas Moral

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral.Kandungannya meliputi definisi, ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian.Konsep baik, benar, dan patut pula menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku yang selaras dengan peraturan moral yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.

HASIL PEMBELAJARAN i. Memberidefinisikonsepasas moral ii. Mengenalpastikonsepbaik, benardanpatut iii. Menjelaskanpernyataannormatifdandiskriptif iv. Menjelaskan empat aliran pemikiran tentang moral v. Menunjukkan sifat-sifat keempat-empat aliran pemikiran moral vi. Mengenal pasti contoh-contoh situasi bagi keempat-empat aliran pemikiran KERANGKA TAJUK-TAJUK

1

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1.0

Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsepkonsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli mores (adat menyumbangkan

pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi. Dagobert D. Runes Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakantindakan yang baiksebagai “kewajiban” atau “norma” Helden (1977) dan Richards (1971) Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

2

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Atkinson (1969) Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan. Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya. Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2

Konsep Etika Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

3

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Contoh 1 Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3

Konsep Akhlak Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan terhadap dalam masyarakat keluarga. dan melalaikan tanggungjawab berjudi boleh Allah dan Sesungguhnya

menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh. 4

minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. rohani dan jasmani ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat Dalam masyarakat Barat pula. Bagaimanapun. sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Arak dianggap tidak baik kepada kanakkanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. masyarakat Perbincangan 1. Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi: i) memelihara kesihatan mental. Etika dan Akhlak ii) Etika Perguruan merupakan satu garis panduan/peraturan yang telah diwujudkan untuk para guru. seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk. 5 . Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya setempat. cuba anda huraikan perkara-perkara berikut: i) Buat satu banding beza dia antara konsep Moral.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya. Dalam kumpulan. Jelaskan kebaikan Etika Perguruan ini.

Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. benar dan patut. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa. kecekapan dan sebagainya 3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan. sesuai atau tepat dan memberi sokongan atau persetujuan 4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya. mutu. ahli falsafah yang dan salah jika telah perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar. Anda patut makan makanan berkhasiat Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan Sesuatu tindakan itu dikata “baik” atau “benar” sekiranya tindakan sejajar adalah dengan agak tugas dan dan tanggungjawab. 6 . Maknabaik: 1. Contohnya: Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.1 KonsepBaik Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Benar dan Patut Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik. 2. Anda patut berkelakuan baik.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 2.0 Konsep Baik. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan 2.Konsep ini abstrak berlainan mentakrifkannya dalam kontek satau pendekatan yang berbeza.

3 KonsepPatut Patut bermaksud ‘seharus’. atau ‘sesuai’dan mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana Fikirkan “Banyak perkara yang baik serta benar tidak patut diamalkandi kalangan masyarakat kini”. ‘mesti’. sebab-sebab.Ulaskan 7 .2 KonsepBenar Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai. kebenaran mutlak – kepadaTuhan kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik. kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 2. mempunyaif akta-fakta. Perkataan benar boleh dilihat dari segi: i. dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti. 2. iii. ii.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2.4

PernyataanNormatifdanpernyataanDeskriptif

2.4.1 Pernyataan Normatif Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu: i) Pernyataan Normatif Moral Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang

menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak. Contoh-contohnya: (a) (b) Berzina adalah perbuatan yang sangat keji. Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan perbuatan atau istilah baik, buruk, individu. benar, salah, ini larangan, dipanggil tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perlakuan Perbuatan pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira. Contoh-contohnya: (a) (b) Kita patut menepati janji Perbuatan mencuri adalah salah.

Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya: (a) Seseorang yang kedekut adalah tidak baik. (b)Dia mempunyai motif yang benar. Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku.

8

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Apabila pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian. Contoh-contohnya: (a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan orang lain. Berhati-hati di jalan raya. (b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah. Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya: (a) Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi. (b) Tempat ibadat semua agama mesti dihormati. ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial. Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-contohnya: (a) Ini sebuah buku yang baik. (b) Anda tidak perlu membeli kasut itu. Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan agama ialah: (a) Saya sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa. (b) Menipu adalah satu dosa. 9

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2.4.2 Pernyataan Deskriptif Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilainilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal. Contoh-contohnya: (a) Dia sentiasa tidur awal. (b) Kereta itu berwarna biru.

Latihan

Bil 1. 2. 3.

Pernyataan Kelas itu sangat kotor Alat pengisar ini sangat baik Su Li seorang pelajar yang rajin dan sentiasa mengikut kata guru. Doktor itu telah memberikan layanan yang sama rata kepada para pesakitnya tanpa mengira bangsa dan agama. Emas mempunyai nilai harga yang sangat tinggi Saksi perbicaraan kes itu telah bercakap benar sewaktu disoal oleh para hakim.

Normatif/ Diskriptif

4.

5.

6.

10

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

3.0

Aliran Pemikiran Moral 3.1 Naturalis Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: • Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. • Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 52 tahun yang lalu. • Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

11

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut. kata-kata. 2. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu. menyiksa atau membunuhnya. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati.3 Intuisionis Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. 12 . Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: • Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah • • • • • • Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan. Maka berkatalah Munsyi Abdullah. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua. baru kutahu luasnya bentara’. menyelesaikan masalah. bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. intelek Melayu dalam bahasa indahnya. Kes-kes bunuh diri. ‘lagi kutebas pohon di hutan. menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu. orang yang terlebih dahulu makan garam. Kesimpulannya. Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.4 Rasionalis Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Perkaraperkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 13 orang cerdik pandai . sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang. membuat keputusan dengan bijak. 2.

Contohnya perkara tentang Hari Kiamat. Buat satu analisis berdasarkan pemikiran moral mengenai isu ini. kewujudan Tuhan. Huraikan berserta contoh aliran Pemikiran Instiusionis dan Emotivis 3. Sebutkan 4 jenis aliran Pemikiran Moral 2. Latihan: 1.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL berhimpun untuk mencari logiknya. Banyak berlaku salah laku di kalangan guru-guru terhadap murid-murid pada masa ini. Hari Pembalasan dan sebagainya. 14 .

Menjelaskan konsep konsep asas nilai. Menghubungkait dan mengaplikasi konsep nilai dan jenis nilai dalam membuat justifikasi dan pertimbangan moral atas tindakan sendiri dalam situasi tertentu.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL TAJUK 2 Konsep Asas Nilai SINOPSIS Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai jenis nilai dalam etika dan moral. 3. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. Kefahaman tentang jenis nilai ini akan memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu. 2. Menganalisis jenis-jenis nilai dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan. pelajar boleh membuat justifikasi dan pertimbangan dalam tindakan sendiri dan dalam situasi tertentu. pelajar boleh: 1. Berdasarkan kefahaman dan pengalaman. peraturan yang termaktub dan nilai-nilai sejagat. Pelajar juga dapat mengenali Jenisjenis Nilai yang mempengaruhi kehidupan manusia. 15 .

tingkah laku dan situasi) sebagai baik.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL KERANGKA TAJUK 2. dibenci atau di antara kedua pola ini. baik. diingini. iaitu sederhana. 16 . cantik dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.(Eow B. tidak berfaedah. berharga atau sebaliknya iaitu buruk. (Koo K. Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks. 2000:14-16) • Nilai Sifat (Attribute) – untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu seperti nilai yang diberikan kepada masa – seperti emas. idea.H.P. berfaedah. objek. buruk.1 KONSEP NILAI Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia. 1990: ms 70) Menilai sesuatu dengan perkataan.

• Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Nilai peringkat kedua.yang berkaitan dengan falsafah nilai. • Nilai Aksiologi. Nilai Instrumental (Ekstrinsik) • Nilai Intrinsik • Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. misalnya . 2. wujudlah pelbagai kegunaan nilai: • Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL • Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau perkara – seperti berapa harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita jalankan. Justeru. • Nilai bukan hanya merangsang. • Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. dihujah. • Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar.1 Jenis-jenis Nilai i. 17 Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.1. • • Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. diubah atau dipertahankan. Nilai budi yang tidak terbalas seperti dalam pantun nasihat Melayu: – hutang budi dibawa mati dalam pantun pisang emas.malah menghadkan perlakuan seseorang. • Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

rajin dan hormat • Nilai peringkat pertama. kasih saying. ibu bapanya. seseorang anak berkewajipan terhadap tanggungjawab Nilai-nilai di atas bergantung kepada menjalankan (ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif Nilai Subjektif Nilai Objektif • Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan • Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. ibubapa. sifat ikhlas. Contoh: Nilai Kasih sayang amat menyayangi ibu bapanya. 18 . Azmi tidak menghormati. Contoh : Peperangan • Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu. keadilan. Kesan peperangan dia selalu melepak di pusat beli belah ialah tragedi. Contoh : Melepak Rama seorang remaja yang baik. Walau Peperangan adalah ibarat ‘menang jadi bagaimanapun apabila dia penat belajar. Contoh: Keikhlasan tanggungjawab di dunia ini. arang kalah jadi abu’. Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL berani. daripada kendiri.misalnya baik hati. kita Kita perlu ikhlas dalam menjalankan Azhar Berkat Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi akan kesenangan memperoleh ketenangan dan kepuasan pernah mengharapkan harta warisan atau sebagainya kerana beliau berpendapat bahawa nilai lain untuk mencapai matlamatnya. • Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. • Boleh berubah mengikut masa. mercun kerajaan yang dikuatkuasakan tindakan oleh sebagai rasional 19 . Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu). Anak yang tidak menghormati ibu mula menerima pengharaman bermain bapa dianggap sebagai anak derhaka. Dia berpendapat bahawa melepak tidak salah kerana dia dapat melepaskan tekanan Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute Nilai Relatif • Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan untuk sesuatu mencapai • masyarakat • • Nilai Mutlak (Absolute) Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat. • Kekal sepanjang masa dan di semua semua masyarakat. tempat serta hampir norma situasi sesuatu matlamat masyarakat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL berhampiran dengan rumahnya. Contoh : Main Mercun Bermain mercun merupakan Contoh : Menghormati ibubapa sebahagian daripada amalan penting Anak dituntut untuk menghormati ibu dalam sambutan Tahun Baru Cina. bapa kerana tanpa mereka siapalah Walau bagaimanapun masyarakat Cina kita. tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu. bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan : “Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaddu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. progresif dan berdisiplin. rohani. falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru .” 20 . emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. demokratik.” Falsafah Pendidikan Guru : “Guru yang berpekerti mulia. bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara. Perbincangan Berdasarkan Instrinksik.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL pada masa kini. berpandangan progresif dan saintifik.

2. keturunan. intrinksik. Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut 1. 21 . relatif dan mutlak. Cari keratan akhbar yang mengandungi nilai-nilai instrumental. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan fungsi tertentu. kaum dan agama. Buatkan analisa dan kategorikan nilai yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur sesuatu. 3.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Fikir-fikirkan Manusia dicipta dari pelbagai bangsa. Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan bersatupadu. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral.subjektif. Rumusan 1. objektif. Justeru itu wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang budaya.

Teori Deontologi melihat kepada motif tindakan manakala “Virtue” berdasarkan tindakan yang disifatkaan sebagai “jalan tengah” dan berkeperibadian mulia. Menjelaskan teori-teori etika seperti teori. teori deontologikal dan kemoralan sosial. Dua jenis teori ini adalah amat penting untuk difahami kerana ia menerangkan tentang perbezaan tumpuan yang diberikan dalam mengenalpasti tindakan yang bermoral oleh individu-individu yang berlainan. 22 . teori teologikal . 2.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL TAJUK 3 TEORI-TEORI ETIKA SINOPSIS Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teori etika Kefahaman tentang teori ini membantu pelajar melihat perbezaan pandangan dalam membuat penilaian tindakan manusia daripada pelbagai asas teori. pelajar boleh: 1. Antaranya Teori Teleologi berasaskan kesan sesuatu tindakan. pasti sukar untuk guru-guru mengajar Pendidikan Moral kerana proses untuk mewujudkan insan terdidik dan matang dari segi moral adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang sewajarnya. Konsep etika dan kemoralan tidak diperjelaskan. Membincangkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam teori teologikal dan deontologikal. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini.

1 KERANGKA TAJUK 3. Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu.s. la memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu.2 TEORI ETIKA Teori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right" (MacKinnon. m.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 3. tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada 23 . 4. Membincangkan perbezaan di antara teori teologikal dan deontologikal dan 5. 1995. Menganalisis teori-teori etika dan membuat justifikasi dalam kehidupan seharian . Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam Pendidikan Moral 3. 8). Oleh itu.

1 TEORI TEOLOGIKAL  Perkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani “telos” yang bermaksud “tujuan” atau “matlamat”. 3. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama. Pada prinsipnya. tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik. iaitu Teori Teologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory).1 Utilitarianisme  24 .ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL tindakan yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral. Berdasarkan teori ini nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.2. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Bagaimanapun. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.1. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya. 3.2. Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan.

Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Contohnya. 25 . b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu . Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748–1832) dan John Stuart Mill (1806– 1873). kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan. Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. Pendukung teori ini percaya terdapat niat. tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang memaksimumkan kebahagiaan atau akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna” atau “kegunaan”. Disini. Teori moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan keseronokan kepada majoriti. maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.

5. Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri ( self-realization). Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan. Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Kelemahan Teori Utilitarianisme 1. membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang. 3. Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. 7. 4. 3. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya. kesihatan. ilmu pengetahuan dan lain-lain.2.2 Egoisme  Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah “betul” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri.1. 6. 26 . 2. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.

Teori ini mempunyai dua aspek iaitu 27 . Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu: 1. bertindak demi kepentingan. 3. Egoisme etika personal Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. 3. Egoisme etika individu Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya. ii. 2. benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik. dan terdapat orang yang kerap. Egoisme Etika Egoisme Etika adalah bersifat normatif. i. tetapi tidak selalu. tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.2 TEORI DEONTOLOGIKAL  Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “yang diharuskan atau diwajibkan”. manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian.2. Egoisme universal Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga memenuhi kepentingannya. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk. Contoh : Mengikut teori ini. serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. saya patut bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Egoisme Psikologikal Mengikut teori ini. Tindakan ini adalah semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.

betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada keburukan bagi individu.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL tindakan dan peraturan. Contoh: ’Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak itu’ Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral bersifat spesifik. Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama. iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme. kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. 28 . Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. oleh itu. 1. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant. masyarakat atau dunia. 2. seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsipprinsip tertentu manakala teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah. menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik. Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan.

Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (1877–1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum. tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul. Menurut Kant. walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).1 Prinsip Kewajipan  Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan ( principle of duty) yang menegaskan “duty for the sake of duty ” dan membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan susuatu tindakan. sebagai kemoralan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 3.( ibu. suami. Prima facie = (“at first glance” atau “on the surface of things”) 29 . kita perlu mengambil kira niat. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. Bukan semua tanggungjawab masa. Contohnya: pemain dalam pertandingan. tanggungjawab tanggungjawab Tanggungjawab adalah ketepatan dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat.2.2.

Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak. setiap individu bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam 30 . Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan. • Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif) 3. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. subjektif dan berubah-ubah. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas . Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Seperti Kant. Sebagai contoh. inteligensi. Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan.2.2 Eksistensialisme  Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas . dan sebagainya. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie: • • • • • • Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita.2. Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya.

Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum. 3. nilai dan pantang larang. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. kepentingan dan faedah masyarakat. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan tradisi. kod etika. 3. bukan kepentingan diri seseorang individu. norma. Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.2. setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. 2. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai kebiasaan atau adat. Contohnya. bukan individu sebagai matlamat etika.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ciri-ciri kemoralan Sosial 1. 31 .3 TEORI KEMORALAN SOSIAL  Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum.

32 . Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain. dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan moral masing-masing. e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan yang lain. d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral. c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masyarakat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Kelemahan kemoralan sosial ialah : a) Ia bersifat relatif. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing. contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel.

Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi. keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Terdapat dua jenis keperibadian mulia: a. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 3. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Sementara itu. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Seterusnya. Sebaliknya.2. Keperibadian mulia moral. dan b. Mengikut Aristotle. cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Keperibadian mulia intelektual. 33 . menyenangkan serta menyeronokkan. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE) bahawa “kecenderungan untuk itu manusia yang Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang sempurna”. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.

seperti para nabi dan rasul. Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian itu merupakan suatu ‘jalan tengah’ iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang. buruk dan boleh dicela. e. Berpegang kepada prinsip. memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah. Mereka percaya bahawa sesetengah insan. dan f. jahat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Ciri-ciri Keperibadian Mulia Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: a. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan. c. Jadual konsep ‘jalan tengah’ atau virtues Aristotle 34 . Jadual di bawah menerangkan tentang konsep ‘Jalan Tengah’. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. d. b. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan.

 Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Bidang lakuan atau perasaan kegentaran atau ketakutan dan keyakinan Perasaan malu Perasaan marah Ucapan diri Perbuatan kasar Kelakuan sosial Terlalu malu Panas hati Cakap besar / sombong Kelakar Hampakan diri Sopan Sabar Ketulusan / Kebenaran Bijak Ramah tamah Berlebihan Kegopohan Jalan Tengah Keberanian Terlalu kurang Perasaan atau perlakuan pengcut atau penakut Muka tebal Kurang semangat Kata-kata rendah diri Canggung Suka gaduh Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia. bercakap benar dll Fikirkan 35 . Ini kerana perbuatan”sederhana” berbeza antara individu dengan individu yg lain.  Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.  Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. mengumpat. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. cth keadilan.   Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.

Bagaimanakah pandangan mereka. Kaitkan tindakan guru tersebut berdasarkan teori etika. Berikan situasi-situasi di mana prinsip dan sistem nilai moral sesuai diamalkan dalam kehidupan harian. 2. 4. Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan utilitariasnisme?. Situasi Sesuai Diamalkan Dalam Kehidupan Harian • Kita boleh amalkan utilitarianisme dalam perkaraperkara yang tidak penting 36 Teori dan Sistem Nilai Utilitarianisme . Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Latihan 1. Siapakah yang menjadi perintis utilitarianisme?.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Berikan pendapat anda terhadap tindakan guru dalam gambar di atas. 1.D Ross terhadap deontologi Kant?. Bagaimanakah pandangan Immanuel Kant dalam teorinya yang disebut deontologi? Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan teori deontologi Kant?. Bagaimanakah pemeriksaan yang dicadangkan W. Latihan 2 1. 5. 3.

Sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan melebihi jumlah kejahatan. Memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesakitan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL terutamanya berunsur rekreasi dan hiburan di mana tujuan utama adalah keseronokan untuk semua Egoisme • Prinsip Kewajipan Eksistensialisme • • Keperibadian Mulia • Rumusan • • • • • Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. 37 . • Menurut Utilitarianisme individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada setiap orang / Kebahagiaan maksimum kepada majoriti. Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.

kecenderungan mencapai sesuatu tujuan. TAJUK4 Insan Moral SINOPSIS Tajuk ini bertujuan memberi pendedahan kefahaman kepada pelajar tentang komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan. pengasih diri. penghayatan. kepentingan diri dan ego Menurut teori keperibadian mulia. Individu mesti memelihara diri. keadilan. menyenangkan serta menyeronokkan.Ketiga-tiga dimensi ini melibatkan potensi daripada segi pemikiran. emosi dan tingkahlaku moral ii. dan amalan moral. Menjelaskan komponen penaakulan.Ini penting kepada setiap individu untuk menampilkan ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip insan moral iaitu altruisme.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL • Sesuatu perlakuan itu dianggap baik / benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu • • • Menurut teori Egoisme adalah menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri. Menganalisis personaliti tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa yang dipih dan kaitannya dengan sifat-sifat insan moral KERANGKA TAJUK-TAJUK 38 . Mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral dan keperluan hidup berdasarkan beberapa prinsip asas insan bermoral iii. dan autonomi/kebebasan. menjadi melalui latihan kebiasaan. emosi dan tingkah laku moral. HASIL PEMBELAJARAN i. tidak tetapi satu dihasilkan dalam dan individu oleh pengalaman alam sehingga semulajadi.

Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral.Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.1 Penaakulan Moral Disebut juga sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. 4. Contoh 1: Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri. kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi.1.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 4. iaitu penaakulan moral.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.Secara amnya.Keputusan 39 .1 Dimensi Moral Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. perasaan moral dan perlakuan moral.

Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir. guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut 4. Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu. Contoh 2: Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama. belas kasihan. Misalnya.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.2 Perasaan Moral Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen.Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral. prihatin. Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan. Sahsiah murid ini cukup Walau bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil. dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Contoh: • • • • Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun. bermotivasi dan murah hati. empati. 40 . peraturan sekolah. simpati.1. emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan. menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. menyenangkan guru kelasnya.Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

1 Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu Bermoral 41 . Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran. Mari kita 4.Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorangbertindak secara bermoral.3 Perlakuan Moral Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.1.2. 4. Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa.Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? renungkan bersama.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 4.2 Sifat-sifat Individu Bermoral Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ?Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Contoh: • • • memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas memimpin orang buta menyeberang jalan tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama • sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

yang mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Terdapat teoriteori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. bukan hanya sama dengan orang lain. Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya. Keadilan “ distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan 42 . seimbang. sama rata. tidak berat sebelah. sesuai dan berpatutan (reasonable way). Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya. dan sama rasa. (i) Prinsip Keadilan Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. prinsip altruisme dan prinsip autonomi.” iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya . Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka. Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu sebagai “ fair-minded”. Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Ada pihak yang mengatakan bahawa adil itu saksama.

Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL perjanjian antara manusia. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing . equity. Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan. kejujuran. simpati. simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri. Perasaan kasih sayang. (ii) Prinsip Altruisme Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. (iii) Prinsip Autonomi Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan 43 . Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. kebencian dan tamak. tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. integrity dan lawfulness.

Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal. 1990). keluarga dan sebagainya. (Koo. Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. 4. Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Adakah anda setuju dengan pendapat ini? Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Insan Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral.2 Profil Insan Bermoral Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti: 44 . Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi.2.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL konsep pertimbangan bebas. syarikat. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil.

kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Bebudi pekerti. guru. b. c. tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan seharian.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL a. amanah. bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa Tidak sombong. e. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Raja dan negara orang yang lebih tua. rakan. 45 . Jujur. ikhlas tanpa mengharapkan balasan. tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kelemahan dan kekurangan diri. Ini penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan pengaruh daripada media massa. d. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral seharusnya mampu: (a) mengenalpasti sesuatu situasi moral. Bergaul mesra.niat baik. dan jiran Ibu bapa Hak asasi manusia Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu Undang-undang Maruah diri Walaupun begitu pemikiran.

2. alternatif dan kesannya. Menghormati autoriti (ibu bapa. 3. tetapi mestilah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional.3 Ciri-ciri Insan Bermoral 1. 2. 46 . Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan membuat pelajar memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami perasaan orang lain. Orang yang bermoral juga akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala fakta. Selain itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan empati. Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan sesuka hati sahaja. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral. pemimpin negara dan agama) yang menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL (b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut. dan (d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan peraturan dan prinsip moral yang asas. (c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. guru. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. 4.

cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap. Seseorangakan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur. 5.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 4.3 Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. 4. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk 47 . Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Suasana sosial di sekolah.

Justeru itu. nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaranyang lain. Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral. Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan. adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai. Menyedari. dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. iaitu 48 . memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan. guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR.Dengan Sehubungan itu. tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. dan Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM. KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung. Selain itu. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:• • • • • Mengukuhkan amalan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

perasaan moral dan tingkah laku moral. Apakah yang dimaksudkan dengan Insan Moral 2.a. prinsip-prinsip Insan Moral dan profil Insan Moral Fikirkan Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bina satu peta minda yang menunjukkan dimensi moral." 49 . Buat satu hubungkait di antara penaakulan moral. Sabda Rasulullah s. bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. 3. Latihan 1.( Hamka).

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL TAJUK5 Nilai-nilai Agama dan Masyarakat SINOPSIS Tajuk ini memberi kefahaman kepada pelajar tentang agama dan kepercayaan yang terdapat di negara kita. HASIL PEMBELAJARAN i.Mempelajari nilai-nilai yang terkandung dalam setiap agama ini penting bagi menimbulkan rasa hormat-menghormati sesama kaum. Menjelaskan nilai-nilai masyarakat Malaysia 50 . iv. Menghayati dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Menjelaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran setiap agama. iii.Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Pegangan agama bagi setiap individu penting sebagaimana yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Menghuraikan kepentingan agama dan kepercayaan sebagai asas kehidupan. ii.Segala jenis perbalahan dan pertelingkahan boleh dielakkan jika setiap individu mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu agama tersebut.

Cina dan India. bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.Justeru.Kepercayaan kepada banyak tuhan Moral Zahud.Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat Moral Monoteistik .Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu. Ada tiga bentuk utama: Moral Politeistik . akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam.Kepercayaan kepada tuhan yang satu Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL KERANGKA TAJUK-TAJUK Agama dan Kepercayaan • • • • • • • • Islam Kristian Buddha Hindu Sikhisme Taoisme Confiusme Animisme Nilai Masyarakat Malaysia Nilai-nilai tradisional yang masih diamalkan Perubahan dalam nilai masyarakat Malaysia Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas mati).Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang 51 .

bahasa dan agama . Sikh. Hindu dan Buddha ISLAM 52 . taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri. namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman. ajaran Confucius dan Taoist.penekanan dan amalannya. 5. Namun. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu.hormat kepada orang tua dan sebagainya . Sikh . budaya.tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman . Prinsip.Kristian. Hindu .ajaran Confucius dan Taoist. murah hati. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam. Misalnya. 5.2 Nilai murni dari perspektif agama Islam. Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain. Buddha. amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran. Setiap agama berbeza dari segi ajaran . Agama merupakan pegangan hidup manusia. Kristian.semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilainilai moral yang mulia seperti sabar. agama Buddha. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat. sopan santun .1 Nilai Agama dan Kepercayaan Malaysia sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan .

ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama. Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.. 2.w.  Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL  Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah.W.iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.T Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela.ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah. Rukun Islam: 1.  Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu  Aqidah . 5. 4.w. 3. tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.w. 4. dan patuh kepada Allah S. 5.  Syariat atau ibadah . muamalat.a. Beriman kepada Allah s.t.w. patuh. munakahat dan jinayat.t.  Akhlak .t Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada Hari Kiamat Beriman kepada Qada’ dan Qadar 53 . bukan terpaksa atau dipaksa. 3. 2. 6. Mengucap dua kalimah syahadah Sembahyang lima waktu Puasa di bulan Ramadhan Membayar zakat Menunaikan haji bagi yang mampu Rukun Iman: 1. tunduk.

8. HINDUISME 1. Dheer. yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL BUDDHISME Jalan Lapan Lapis Mulia: 1. Dhruthi. 3. Stheyam. Pertuturan yang Betul 4. yang bermaksud kebersihan. Sikhisme dan Kepercayaan Animisme 54 . 2. Kahamaa. 4. Tumpuan yang Betul Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha. Mindriya Nigharam. Dharma. 7. ialah tidak tamak. 9. 5. Kesedaran yang Betul 8. ialah mengawal perasaan. yang bermaksud tanggungjawab. Ahimsa. Pandangan yang Betul 2. atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal perasaan. Perbuatan yang Betul 5. Usaha yang Betul 7. Fikiran yang Betul 3. yang bermaksud kasih sayang 3. Showcha.2 Nilai murni dari perspektif Agama Kristian. 6. Pekerjaan yang Betul 6. Damo ialah mengawal fikiran. yang bermaksud keberanian dan ketetapan.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL KRISTIAN Peraturan Emas Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah: • • • mencintai Tuhan dengan sepenuh hati mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia. SIKHISME Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Keberanian 6. Merendah diri 7. Kejujuran 3. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan. Keadilan 4. Kitab suci Guru Granth Sahib. Keperluan perkembangan insan 2. juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian: 1. Perhubungan antara manusia 3. Kesederhanaan 5. Kebijaksanaan atau Kearifan 2. Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut: 1. Kepuasan diri 55 .

Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang. tidak membangun dan primitif. busut dan sebagainya mempunyai semangat (roh) 56 . Secara umum mereka menganut fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti batu.  kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih)  kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru)  kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut)  kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa). tidak kejam atau keterlaluan. hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di negara ini iaitu Negrito. Senoi. dan Melayu Asli. Mengawal diri secara sederhana.Gelaran ini dibuat oleh British di zaman penjajahan. Nilai Murni Kebijaksanaan Kejujuran Kesederhanaan Keadilan Keberanian Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan ilmu rohani.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Perayaan :Vasakhidisambut pada 13 April setiap tahun. KEPERCAYAAN ANIMISME Animisme merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh masyarakat orang Asli yang disifatkan sebagai ‘ aborigines’ iaitu ahli-ahli masyarakat yang mundur. Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dgn sesiapa. LIMA K  kes (rambut yang tidak dicukur). kayu. Meliputi kesamaan sosial.

Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara. membesarkan tumbuh-tumbuhan. Pantang larang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan. mereka akan memuja benda ini. dukun dan bomoh. mengutip hasil hutan.Suku Senoi pula mempunyai empat dewa utama iaitu Engku. Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia.Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. laut. Apabila mereka membuat permintaan pertolongan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Mengikut encyclopedia. busut. mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung. mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar.Mengikut kepercayaan ini. dunia didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa. Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu.Dalam perinteraksian ini.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing. sungai. masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan. Hilok dan Hiwoh. menurunkan taufan dan sebagainya. kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai agama. Karei. bukit. mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang. 57 .Terdapat beberapa dewa yang menurunkan hujan. pokok dan tanaman.Ciri yang paling utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat. Sebagai contoh.Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis” yang membawa makna nyawa atau roh.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL a. e. Maka. b. Selain itu. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali. iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan dipaksa. CONFUCIANISME  Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang. d. segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai. Setelah kehadiran Islam. Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga. “Dua” dalam konsep ÂYang Satu melahirkan yang Dua merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang. f. 100 dan sebagainya. 58 . c. 7. mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3. Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka. pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa tuan. contohnya hitam dan putih. maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi. contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan. baik dan salah dan sebagainya.3 Nilai Murni dari perspektif Agama Taoisme dan confucianisme TAOISME Tao ialah suatu yang aktif. hindari bencara alam. 3. iblis dan jin.

 Shu yang meliputi murah hati.  Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.  Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.  Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.4 Nilai Masyarakat Malaysia 59 .  Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. sosial. 3.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL  Ianya merupakan ajaran tentang moral.  Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang.  Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia. toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU. kerelaan dan murah hati terhadap semua orang. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku.  Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.  Li meliputi nilai sopan santun. kemanusiaan. peraturan dan tingkah laku seseorang. berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. kebajikan. budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara. politik dan agama.

perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk. Lebih daripada itu. sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran. sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna. sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. 60 . Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. hedonisme dan sebagainya. Dengan erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme.Biar apapun sistem nilai yang dipegang. dan budaya sesebuah masyarakat. Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa. Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme.

Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Menyedari hakikat tersebut. malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah. Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama. 61 . Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat ‘sejarah yang membina bangsa dan negara’. sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri. Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita.

membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika memberi perkhidmatan.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orangorang tua seperti bekerjasama. Masyarakat kota yang paling biadab ialah Mumbai. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik. 62 . bandar raya New York. Reader’s Digest telah menghantar wartawannya untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali. saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain.Kecanggihan membolehkan mereka sistem komunikasi masalah seperti yang telefon dihadapi telah tanpa merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Di Asia. Daripada senarai yang dikeluarkan. Ed Koch.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Amerika Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan. India yang mana ketigatiga elemen yang dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya. Kekayaan yang dimiliki menyelesaikan memerlukan bantuan jiran-jiran Perubahan nilai masyarakat Malaysia Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai keramahan dan kemesraan.

norma dan budaya masyarakat.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk golongan pemodal. Natijahnya ialah wujud pertentangan kerana masyarakat tidak dapat menerima perubahan yang baru ini tanpa persediaan. Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya. British membawa masuk industri dan sistem pentadbiran yang lebih sistematik secara mengejut dan paksaan yang merosakkan sistem dan struktur nilai. 63 . Pada masa ini. pengurus. patuh kepada nilai-nilai dan norma masyarakat. kedamaian dan ketenangan menjadi keutamaan. era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima tahun. Nilai-nilai tradisi seperti keharmonian.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik berbanding bandar raya Asia yang lain. keamanan. Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau tersembunyi.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era pramoden. orang tengah dan tenaga buruh. pengusaha. Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam filem-filem Melayu klasik. ringkas dan praindustri.Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi permintaan buruh di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu dipinggirkan ke kampung dan sawah. Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20. kestabilan.Masyarakat ketika itu khususnya Melayu adalah masyarakat yang separuh tertutup. Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan sosial yang minimum dan tidak menimbulkan masalah sosial yang rumit.

64 . Kebudayan dan Warisan untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.Kesedaran keluarga bagi menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah kunci kepada kejayaan ini.Tambahan kempen ini bermusim. Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari bawah. Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi kerajaan bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020.Peranan kempen yang singkat tidak dapat memberi kesan yang sepatutnya. dari peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya. Setelah DEB berakhir.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima tahun dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar kita jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang terpuji sematamata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di mana kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyedarkan masyarakat Malaysia? Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat menerapkan nilai yang dikehendaki. Kita bersetuju dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian.Khalayak agak terkejut dengan kempen yang agresif dan singkat kerana mereka belum bersedia sepenuhnya. kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).

Sebagai seorang guru Pendidikan Moral bagaimanakah caranya anda ingin menerapkan nilai-nilai ini kepada murid-murid anda. Bahaskan bahawa kepelbagaian beragama dalam sesebuah masyarakat lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan.org. Kahamaa dalam ajaran agamaHindu bermaksud bertimbang rasa atau baik hati. 65 . Fikirkan Masyarakat yang tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman akan ketinggalan. http://www.haluan. Bagaimanakah caranya anda ingin menyeimbangkan di antara perubahan yang berlaku dalam nilai masyarakat kita tanpa mengorbankan nilai-nilai murni.my/v5/index.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala Lumpur diletakkan jauh ke bawah dalam kajian ini pada tahun ini sebaliknya perlu muhasabah diri bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. 2.php/topik-pilihan/sosial-akemasyarakatan/1438-perubahan-sosial-dan-kesopanan-masyarakat Latihan 1.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Topik 6 Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak 1. Teori tersebut ialah Teori Perkembangan Moral Kognitif. Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini mampu membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Teori Perkembangan Sosial Dan Teori Pembelajaran Humanistik.2 Hasil Pembelajaran 1. terdapat tiga teori yang boleh dijadi rujukan utama. Mengenalpasti teori-teori perkembangan moral 66 . perkembangan perasaan moral serta perkembangan tingkah laku moral.1 Sinopsis Perbincangan mengenai Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek iaitu perkembangan pemikiran moral. 1. Apabila membincangkan mengenai perkembangan moral.

hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg. Kerangka Kursus Teori Teori Perkembangan Perkembangan Moral Moral Kanak-kanak Kanak-kanak Teori Teori Perkembangan Perkembangan Moral Moral Kognitif Kognitif Teori Teori Perkembangan Perkembangan Sosial Sosial Teori Teori Pembelajaran Pembelajaran Humanistik Humanistik 1. Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta menjangka tingkah laku moral. termasuk salah laku. Menjelaskan mengenai kepentingan teori-teori perkembangan moral 4. 1994). Membezakan teori-teori perkembangan moral 3. Tavecchio. Secara empirikal.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL 2. 1. Stams. Menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral 1.3.4 Rajah 1: Ringkasan Isi Kandungan Pendahuluan Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Gibbs dan Basinger.5 Teori Perkembangan Moral Kognitif 67 .

1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget. Pemerhatian secara teliti menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial. tahap praoperasi. ii. mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.5. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkatperingkat perkembangan moral yang sama. Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas) Pada peringkat ini. ii. 1. Piaget menyatakan. perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat: i. Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria motor. beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana mereka memberi makna kepada dunia.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara: i. Pada peringkat ini. Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan ideaidea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanakkanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. tahap 68 . Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan. keadilan dan tanggungjawab.

Shaffer. 1969. Pada peringkat ini kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. Tahap pertama adalah tahap pramoral. Pada kali ini kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari golongan kanakkanak sehinggalah golongan dewasa. Selama tiga puluh tahun melakukan kajian. Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah Shahkat Ali. Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg. 1. 1993). Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Kanak-kanak juga berupaya membuat pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara. 1984).ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL operasi konkrit dan tahap operasi formal (Sakhilah Shahkat Ali. Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. ini meningkatkan keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif. Menurut Kohlberg (1976).1981. 1976. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous. kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. Piaget menjelaskan pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut bertambah. enam peringkat moral yang 69 . 1964. Kohlberg (1969) telah memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral. 1974. Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek boleh diambil kira. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan.5. Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget. 2009). Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. 2009). Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan pandangan sendiri.

Orientasi Hukuman dan Kepatuhan (Might makes right) Peringkat 2. iaitu: Tahap l: golongan prakonvensional. merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang sembilan tahun. Orientasi Timbal balik (Scratch my back. Tahap lll: golongan pascakonvensional. di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah bersifat luaran pada diri seseorang. masyarakat dan jangkaan. I’ll scratch yours) 70 . tahap konvensional (peringkat 3 dan 4). Tahap konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua puluh tahun. Ini dikenali. Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg ______________________________________________________________ Prakonvensional Peringkat 1. Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri. dan tahap pascakonvensional (peringkat 5 dan 6).ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Tahap ll: golongan konvensional. dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa. tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2). golongan ini berupaya membezakan diri daripada undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal). Tahap prakonvensional. Menurutnya lagi untuk memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih dahulu. sedikit golongan remaja.

Teori Perkembangan Sosial Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R. 1. Orientasi Prinsip Etika Sejagat (Universal justice. nice girl approval) Peringkat 4.H Walter 71 .ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL ______________________________________________________________ __ Konvensional Peringkat 3. right behavior consists in doing one’s duty) ______________________________________________________________ __ Pascakonvensional Peringkat 5. equality) ______________________________________________________________ __ Dipetik daripada Traviss. Orientasi Undang-undang dan Peraturan (Fixed rules. Orientasi Persetujuan Antara Individu (Good boy. 1985. tentang tahap-tahap dan peringkatperingkat perkembangan moral Kohlberg. Latihan 1 Bincangkan dalam kumpulan.6. Orientasi Kontrak Sosial (Standards critically examined and agreed upon by whole society) Peringkat 6. Jelaskan pemahaman anda mengenai perkara tersebut.

72 . Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru ibu bapa. Aktiviti 2 Berdasarkan pembacaan dan perbincangan dalam kumpulan berikan contoh-contoh kepada tiga bentuk peniruan di atas. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan. 1. Peniruan secara elisitasi. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu: i. iii. misalan dan teladan. tauladan. Tiruan secara langsung. Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang lain. ia merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan melihat kepada orang itu ii. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri tindakan orang lain.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini.6. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. proses ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya. tiruan dan penggunaan bahasa. guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal. Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi seseorang supaya ditirui. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh.1 Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura i. ii. sekat lakuan merupakan tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain.

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Untuk kanak. kita mesti menumpukan perhatian.faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. (i) Pemerhatian Untuk belajar melalui pemerhatian. abang atau kakak atau guru-guru. jantina. mengingat. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian. status dan perhubungan dengan pemerhatian. cekap atau disanjungi. diakhiri dengan peneguhan positif. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian. popular. peringatan.6.kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa. umur. (ii) Mengingat Untuk belajar melalui pemerhatian. iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang berpatutan. abang atau kakak atau guru-guru. reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting. Faktor. 1. kita mesti menumpukan perhatian. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. 73 . cekap atau disanjungi. umur. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai. popular.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL iii. v. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik.

(iv) Peneguhan/Motivasi Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Aktiviti 3 Cuba fikirkan cara menggunakan prinsip pembelajaran melalui pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran 1.7 Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah 74 . (iii) Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL jantina. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi.isi penting. status dan perhubungan dengan pemerhatian. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak. kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian. mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Selain itu. peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model.

Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran. Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan moralti (Durkheim. apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat. Menurut Durkheim. sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi 75 . 1. kanakkanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka. pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal.1 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.8 Teori Perkembangan Moral Humanis Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL masyarakat dapat mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden. Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.8. 1. 1906).

mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif. Moral Education Journals: http://www. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal.html 76 . budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Education Resources Infromation Center: http://www. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan member pujian atau ganjaran. Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa. orang dewasa dan dirinya sendiri. Akhirnya.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. rakan sebaya. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am. Cara.eric.cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Laman web yang boleh dilayari: 1. fizikal.moraleducation-journals. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.gov/ 2.edu. penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan . kasih saying dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

L.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL BIBLIOGRAFI Abd Rahman Aroff (1999). Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Pendidikan Moral Siri Pendidikan. ________________ (1999). New York: Macmillan. J. Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. Dewey. 77 . (1972). (1994). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral. K. Serdang: Penerbit UPM. Khamis (1999). Ahmad b.H. Bhd. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. ________________& Chang. Democracy and education. Bhd.

Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Modul Pengenalan Pendidikan Moral. M.. D. N. (1996). E.London: Harper & Row. Bhd. & Turiel. Emile (1973). J.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Downey. R. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. M. Kuala Limpur Vishalache Balakrishnan (2009). Pendidikan Moral. London: Kogan Page. A. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. K. Petaling Jaya. C. Durkheim. 78 . Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR.V. Windmiller.. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Bhd.K. (ed. Eow. Kuala Lumpur. Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Boston: Allyn & Bacon. A. A. Moral education: Theory and practice.Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. N. Kementerian Pelajaran Malaysia.M. Bhd. Cairns.H.ethics and citizenship in contemporary teaching . Education for values: Morals. (1990). M. Ee. New York: The Free Press Ee. & Tang. & Kelly. Tam.. P. B. Rajendram. Gardner. Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan Moral. Bhd.Bhd. Pearson Education Malaysia Sdn. Lambert. (1978). Open Universiti Malaysia .. Y. (2000).). Moral Education: A study in the theory & application of the Socialogy of education. & Lawton. (1994). Pendidikan Moral untuk universiti dan kolej. (1980). (1988). Y. Koo. Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi. (2000). K. Pendidikan Moral. Moral development and socialization. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.

2 tahun Guru Sekolah Menengah 5 Tahun 79 . Penolong Pengarah BPG. UTM Pengalaman: Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (Penyelaras j-QAF). FAZLULAINI BINTI MOHD YUNUS Pusat Pembangunan Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia Tel:012-2977446 fabmy74@yahoo.com KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Pendidikan. UM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN RENDAH) ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL (SR) NAMA PN.

Ed. KPLI(j-QAF). Bahagian Teknologi Pendidikan untuk Program Pembestarian Sekolah 2005-2007 Subject Content Expert (SME) E-Bahan Pendidikan Moral Tahun 3 bersama Syarikat Net Carbon bersama BTP.Pelajaran 2008-2009 80 .A. KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK tlg kemas kini ye .A. Hons.A.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL NAMA DR SAKHILAH BINTI SHAHKAT ALI Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik KELAYAKAN Kelulusan: Ph.. Kem.com Kelulusan: M. USM (1990) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPRM (9 tahun) Guru Sekolah (14 tahun) Ketua Panitia Pendidikan Moral (9 tahun) Penanda Kertas Peperiksaan Pendidikan Moral SPM. UTM B. (Pengajian Islam). dan KDPM SABK Panel Penggubal Modul LPBS/KDC – KPLI (R). Lembaga Peperiksaan Malaysia (6 tahun) Panel Penilaian Pembangunan E-Bahan Pendidikan Moral Tingkatan 1 dan 4.D ( Pengajian Islam). USM (1999) B. (Pendidikan Islam). Pendidikan (Pendidikan Islam). Hons. (Pengurusan dan Pentadbiran). KPLI(j-QAF). UKM (2007) B. Uni Al-Azhar. UM (1988) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (17 tahun) Guru Sekolah 6 tahun Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R).kelulusan dn pengelaman pun buat kemas kini ye PN NOORLELA BINTI MUHAMMED SHARIFF Pensyarah Cemerlang Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70600 Seremban Negeri Sembilan Kelulusan: M. PN BADRIYATUN BINTI KAMAR Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70600 Seremban Negeri Sembilan badriyatun@gmail.USM M Ed. (Edu) with Hons . Ed. Kaherah Dip. KDPM SABK.. MPI Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (13 tahun) Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/ Pendidikan Islam KPLI (R).

IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan 81 . Sasbadi Sdn.ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL NAMA KELAYAKAN Penulis Buku Kerja Pendidikan Moral SPM 20002004.Bhd.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 82 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful