Nama Penuh: Zainal Abidin Bin Ahmad Lahir pada 16 september 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Batu Kikir

, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. -Bersekolah semasa usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir, kemudian bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut dan menyambung pendidikan beliau di St Paul’s Institution, Seremban. -Merupakan anak Melayu pertama yang menduduki dan lulus peperiksaan Peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1915 dalam tempoh 6 tahun. -Menceburi diri dalam bidang perguruan sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru pada tahun berikut. -Mula menulis dengan serius sehingga berjaya menghasilkan rencana pertama berjudul “ Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” pada tahun 1916 dan rencana tersebut diterbitkan sebanyak 2 kali oleh Utusan Melayu. -Menjadi guru Bahasa Melayu serta penterjemah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dua tahun kemudian -Mula berminat dalam bidang karang-mengarang sehingga berjaya menulis dalam surat khabar, majalah dan periodikal Bahasa Inggeris. -Bertugas sebagai penterjemah di Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur. -Satu tahun kemudian, beliau bukan sahaja menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris/ Kolej Latihan Sultan Idris, Tanjung Malim, malahan beliau juga seorang penterjemah. -Memusatkan usaha menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dan menggunakan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan awam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful